Support My Blog

Tuesday, May 10, 2011

BUAH (Fruit)

BUAH (Fruit) adalah salah satu komponen utama tumbuh-tumbuhan yang dimaksudkan dengan struktur yang mengandungi BIJI (Seeds). Buah sering di gunakan sebagai sumber makanan kepada manusia dan haiwan sebagai sumber tenaga selain daripada peranan mereka dalam proses pembiakan tumbuhan secara semulajadi melalui biji benih. Kebanyakan buah mempunyai rasa seperti manis, masam dan bentuk serta warna yang berbagai-bagai yang menarik dan tidak menarik. Buah juga mengeluarkan bau atau aroma kuat untuk menarik peminatnya seperti buah Durian. Buah sebenar dimakan segar adalah seperti Apel, Nenas, Pisang, jambu batu, rambutan, Pear, limau, durian, manggis, pulasan, betik, avocado dan banyak lagi. Buah ini dimakan segar apabila cukup masak dan ada yang boleh di proses. Buah juga ada berkait dengan bentuk lain seperti SAYUR (Vegetables), KON (Cones), KEKACANG (Pods) , NUTS dan EARS (Rumput). Artikel kali saya akan bincang mengenai BUAH berdasarkan beberapa sumber maklumat dan pengalaman penulis sendiri dalam bidang pertanian berpuloh tahun.

Buah terhasil daripada proses pendebungaan diantara bunga Jantan (Debunga) dan Bunga Betina (Ovary) yang berlaku secara 'Pendebungaan Sendiri' atau Pendebungaan Kacuk atau Bersilang'. Debunga akan diproses dalam ovari untuk dijadikan Biji, Isi dan Kulit. Kulit Luar terbentuk bagimelindungi ISI yang sering di makan oleh manusia atau haiwan lain. Bahagian biji pula terdiri daripada Lapisan Kulit Keras dan Isi biji (endosperm) yang juga mempunyai potensi untuk mengeluarkan tunas baru apabila disemai. Terdapat berbagai bentuk dan saiz biji buah-buahan mengikut GENUS dan FAMILY setiap jenis buah-buahan. Lazimnya dua kategori buah dalam perbincangan sektor pertanian ialah BUAH-BUAHAN IKLIM TROPIKA dan BUAH-BUAHAN IKLIM SEDERHANA (Temperate fruit). Buah-buahan Tropika seperti Pisang, Nenas, Jambu Batu, Avocado dan banyak lagi sementera buah-buahan temperate seperti Epal, Anggur, Pear dan banyak lagi.

Buah terdiri dari pelbagai jenis dan rupa seperti BUAH SEBENAR iaitu mempunyai semua komponen lengkap kulit dan isi yang melindungi biji yang paling banyak terdapat dikalangan pokok yang berbuah. Kategori ini juga mempunyai beberapa jenis iaitu BUAH TUNGGAL, BUAH GANDA dan BUAH MAJMUK. Buah Tunggal adalah buah yang terbentuk daru satu bunga yang akan membentuk satu buah dengan satu biji atau banyak biji seperti buah Mangga, jambu, Durian dan epal. Buah Berganda adalah buah yang berasal dari satu bunga dan bakal menjadi banyak buah tetapi seakan satu buah sahaja seperti buah Anona (Annona spp). Buah Majmuk pula adalah buah yang terbentuk dari banyak bunga tetapi kemudian memjadi seakan satu buah sahaja seperti Nenas (Ananas cosmosus) dan Bnga matahari. Keunikan ini menjadikan banyak buah-buahan dihasilkan mengikut keperluan dan kegunaan alam smulajadi.

Terdapat beberapa bentuk buah yang mempunyai sifat sebagai BUAH KERING iaitu buah tunggal yang terbentuk dikenali sebagai Siccus iaitu bahagian kulit luar sangat keras seperti kayu atau seperti kulit kering. Satu lagi buah Kering ialah Buah Berdaging (Camosus) iaitu mempunyai isi buahnya yang tebal. Buah kering ini pula ada dua jenis iaitu buah kering yang memecahkan dirinya (dehisens) dan buah kering yang tidak memecahkan dirinya (indehisens). Contoh-contoh kategori buah Kering adalag seperti Buah Padi, Buah Keras, Buah Kurung, Buah Berbelah, Buah Kedanga , Buah Kotak, Buah Bumbung, Buah kekacang dan Buah Lobak.

Buah Berdaging pula adalah buah yang tidak memecah apabila masak kecuali buah pala (Myristica spp). Buah Buni (Basca) adalah buah yang yang mempunyai dua lapisan iaitu lapisan luar yang nipis dan lapisan dalam yang tebal (Epikap dan mesokarp)> Contoh buah jenis ini ialah Belimbing (Averrhoa carambola) dan jambu batu (Psidium guava). Buah Mentimun (Pepo) adalah buah yang mempunyai kulit nipis dan mempunyai rongga ditengahnya seperti Buah Timun. Buah Jeruk (Hasperidium) adalah buah yang mempunyai pembahagian berulas-ulas seperti buah limau dimana setiap ulas mengandungi biji benih. Buah Batu (Drupa) mempunyai dinding buah yang ada 3 lapis dan agak keras dan kadang-kadang bsesabut seperti buah Mangga dan Buah Kelapa.

Buah ada yang berbiji, tidak berbji, berbiji banyak dan berbiji tunggal. Biji ini pula ada yang bersaiz kecil, sederhana, besar dan ada yang bijinya berada diluar (Buah Gajus). Contoh buah yang tidak ada biji adalah Buah Sukun dan Buah Nenas. Buah yang berbiji memang banyak seperti mangga, nangka, durian dan macam2 lagi yang tak cukup nak tulis disini. Biji buah di sebarkan oleh agen-agen seperti Binatang atau Manusia, Angin, Air dan Sendiri. Biji yang disebarkan oleh binatang ini lazimnya gula atau bahan makanan yang lain. Antara penyebar utama buah-buahan adalah manusia, musang, burung, tupai dan banyak binatang lagi. Buah Betik, Durian , cili padi disebarkan dengan cara ini. Benih rumput Kemuncup juga disebarkan oleh binatang kerana melekat pada pakaian dan bulu binatang. Biji yang disebarkan oleh angin bersifat ringan atau berkepak seperti Bunga Lalang, Gandum, Kapas dan Bunga Angsana. Biji yang disebarkan oleh air biasanya mempunyan 'pengapung' untuk buah timbul diatas air dan bergerak ikut arus seperti buah kelapa (Cocos nucifera) dan Putat.

MAKAN BUAH...MEMANG ENAKNYA...
BUAH DIBELI...MANIS RASANYA....
MAKAN BUAH...ELOK PENGHADAMANYA...
TANAM POKOK BUAH...ADA FAEDAHNYA..


By
M Anem
Putrajaya
Malaysia

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...