KERENGGA (Oceophylla smaradgina) adalah sejenis serangga yang mempunyai 6 kaki ( 3 pasang) dari Keluarga FORMICIDAE yang mudah kita jumpa di Malaysia. Ramai orang Malaysia kenal akan serangga ini yang mana sering mengigit mangsa yang cuba mengganggu koloni tersebut dekat pokok dimana kerengga tinggal atau bersarang. Satu petang minggu lepas saya ketawa apabila ada 3 pelajar Arab yang mana seorang darinya panjat pokok ornamental iaitu di sekitar Taman Bunga PICC Putrajaya. Apa lagi!... apabila sahaja kerengga sudah serang banyak ekor dalam baju dan seluar... maka si Arab tadi berlari-lari kesakitan dan buka baju dan seluar.... ramai pengunjung ketawa melihat aksi gelagatnya. Kerengga merupakan serangga yang tinggal berkoloni dengan RATU, JANTAN, PEKERJA (Askar) , LARVA (Anak) dan juga KEPOMPONG. Kerengga di panggil sebagai Weaver Ants, Green Ant, Green Tree Ant dan Orange Gaster dalam bahasa Inggeris. Artikel ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai jenis serangga iaitu KERENGGA berdasarkan pembacaan buku, carian di laman sesawang dan pengalaman penulis sendiri.
Kerengga adalah serangga yang mempunyai 3 segmen iaitu Bahagian Kepala (Head), Bahagian Badan (Thorax) dan Bahagian Abdomen (Belakang). Bahagian Kepala mempunyai sepasang mata kompound yang besar dan sepasang sesungut. Mata kerengga berwarna hitam di bahagian atas hadapan (Lihat Foto sebelah). Sesungut kerengga mampu bergerak-gerak dan merupakan alat penghubung penting diantara mereka. Kajian menunjukkan sesungut kerengga digunakan untuk berkomunikasi didalam koloni. Terdapat sepasang taring bergigi tajam di hadapan mulut kerengga. Taring ini merupakan senjata untama bagi kerengga pekerja (askar) untuk mnyerang mangsa, juga membawa makanan, membuat sarang dan pelbagai fungsi lain. Leher kerengga adalah kecil tetapi sangat kuat sehingga mampu mengangkat objek atau mangsa berkali ganda saiz dan berat. Taringnya yang tajam dan kuat mampu mengigit, mengoyak dan mampu dijadikan senjata bagi koloni kerengga.
Bahagian Badan (Thorax) Kerengga mempunyai 6 pasang kaki yang kuat. Kakinya berfungsi untuk berjalan dengan kaedah pergerakan yang amat unik dan mampu berherak dengan pantas. Kelebihan pada kaki kerengga adalah kemampuannya untuk 'melekat' atau 'gripping power' ajaib dimana cengkamannya mampu melekat pada semua sudut pergerakan. Kekuatan kaki juga untuk membawa objek besar dan serangga mangsa yang masih hidup untuk di bawa kesarang. Kaki kerengga juga di gunakan bersama bahagian badan lain untuk kerengga 'Terbang' dari bahagian atas ke bawah kesasaran dengan baik. Bahagian tengah ini mempunyai beberapa 3 ketak dan bersambung dengan Bahagian Abdomen yang sangat ramping. Itulah sebabnya wanita cantik sering dikaitkan dengan mempunyai pinggang ramping 'Seperti Pinggang Kerengga'.
Bahagian Abdomen Kerengga bulat besar di belakang badan kerengga yang hujungnya tajam. Bahagian ini terdiri dari bahagian perut dan mempunyai kulit berketak-ketak atau ruas. Kerengga yang terdapat di Malaysia lazimnya berwarna merah tetapi di negara lain terdapat jenis Weavers Ant atau Kerengga yang berwarna Hijau atau Hujau kehitaman (lihat foto sebelah). Kerengga adalah berbeza dengan 'SEMUT API' walau pun dalam beberapa artikel yang saya baca dikatakan hampir serupa. Kerengga Hijau mempunyai ciri dan habitat yang sama dengan kerengga merah di negara kita. Ada sesiapa yang pernah perhati dan kaji tentang keujudan kerengga warna hijau di Malaysia??
Kerengga RATU merupakan penentu bilangan koloni yang kecil, sederhana atau besar (Lihat foto kiri). Uniknya Ratu Kerengga adalah kerana ia berpindah-randah daripada satu sarang kepada sarang lain dalam koloni yang sama. Setelah proses mengawan denga Kerengga jantan, Ratu lebah akan bertelur antara 10-15 biji satu sarang yang akan di jaga oleh kerengga pekerja. Saiz Badan kerengga Ratu lebih besar daripada Kerengga Pekerja. Lazimnya kerengga ratu di sediakan oleh proses pemilihan telur khusus yang di pilih dikalangan koloni untuk di jadikan 'ratu'. Pemerhatian saya mendapati pokok buah-buahan yang ada sumber makanan yang banyak seperti buah, bunga, nektar dan serangga lain mampu di huni oleh beberapa sarang kerengga. Populasi pada musim panas kering lebih tinggi berbanding dengan populasi pada musim hujan.
Telur Kerengga yang dikeluarkan oleh Kerengga Ratu berbentuk bulat lonjong berukuran 3-6 mm berwarna putih (Foto kanan) . Telur kerengga menjadi makanan utama di Thailand, Vietnam, Filipina dan merupakan makanan eksotik kerana mengandungi protin yang tinggi. Aktiviti mengutip telur kerengga dijadikan satu 'bisnes; dinegara tersebut. Mereka juga memungut kerengga dewasa untuk dijadikan makanan dengan mengutipnya. Di Malaysia telur kerangga merupakan satu jenis 'umpan' yang sangat effisien untuk memancing ikan puyu atau kadang-kadang ikan haruan atau seluang. Telur yang di kutip di gaul dengan kuning telur dan sedikit tepung untuk menaikan baunya. Telur kerengga mampu menarik semua populasi ikan puyu dalam lubuknya.
Koloni kerengga tinggal didalam 'SARANG' khas yang diperbuat daripada daun-daun pokok dan ranting kayu (Foto kiri). Proses membuat sarang baru bermula dengan peningkatan koloni kerengga terutama di waktu puncak seperti musim bunga dan musim buah. Kerengga akan mengigit daun-daun lebar yang sesuai dan di cantumkan dengan menggunakan 'air liur' atau benang yang melekit. Bahagian dalam sarang biasanya disusun daun kering berlapis-lapis sehingga sarang menjadi tebal dan kuat. Pintu keluar masuk terdapat beberapa laluan dan di kawal oleh kerengga askar. Ajaibnya sarang kerengga tidak tembus air, angin dan jarang-jarang di rosakkan oleh musuh. Terdapat sarang kerengga yang bersaiz besar melebihi 1 kaki garispusat jika saiz koloni itu sangat besar.
Kerengga makan daun, nektar dan yang utama serangga lain yang mampu di buru oleh kerengga. Keupayaan Kerengga Pekerja atau Kerengga Askar memburu mangsa sangat hebat sehingga seekor burung pun mampu di tangkap oleh koloni kerengga. Makanan yang lazim ialah seperti ulat, belalang, semut lain, kumbang dan kalau dekat kuarters saya di Mersing Kanan dulu kerengga masuk rumah di dapur dan curi ikan, ikan kering, bilis, belacan, nasi, cili kering dan macam-macam lagi. Terdapat lebih dari 12 sarang kerengga pada pokok Jambu Mawar di belakang dapur. Pening juga saya dibuatnya kerana kalau nasib tak baik kerengga memburu tuan rumah dengan mengigit saya ketika tidur. Gigitan kerengga biazanya mengeluarkan cecair yang menambahkan lagi bisa gigitan tersebut. Cecair tersebut mampu melemahkan musuh kecil yang digigit kerengga.
Berbalek kepada pengalaman saya di Mersing, Johor (5 tahun tinggal di Mersing) dulu sampai pening macam mana nak mengawal atau mengurangkan populasi kerengga. Apabila pokok telah membesar dan saya hendak buat cantasan dahan kerana dikhuatiri dahan pokok patah dan menghempap rumah, saya panggil rakan-rakan untuk bantu mencantas. GAGAL....kerana baru dekat dengan pokok semua lari tak tahan diserang kerengga yang amat banyak. Mereka gunakan 'RIDSECT' dan menyembur di batang pokok, GAGAL.... kerana populasi sangat banyak. Di atas masaalah tersebut saya buat kajian dengan menangkap berpuloh ekor kerengga dan bunuh. Saya gaulkan kerengga tersebut dengan sedikit udang kering dan nasi serta 'UBAT SEMUT' di beli di pasar malam RM 1.00 sepokok. Letakkan di pangkal pokok dan ianya habis di makan esoknya. Sebulan selepas itu ....... tiada kerengga lagi dipokok jambu mawar belakang rumah.
BERGERAK PANTAS ... ITU KERENGGA....
SARANG DI KAIT....KEMAS BERONGGA....
PANDAI MEMBURU....TIDAK KIRA MANGSA....
BERGUNA....KAWAL PEROSAK SERANGGA..
Related articles:
1. Semut Hitam (Klik disini)
2. Serangga Perosak (Klik disini)
3. Kutu Beras (Klik disini)
4. Lebah Madu (Klik disini)
5. Pepatung -Dragonfly (Klik disini)
6. Warna label Racun Perosak (Klik disini)
By,
1. Semut Hitam (Klik disini)
2. Serangga Perosak (Klik disini)
3. Kutu Beras (Klik disini)
4. Lebah Madu (Klik disini)
5. Pepatung -Dragonfly (Klik disini)
6. Warna label Racun Perosak (Klik disini)
By,
M Anem
Senior Agronomist,
Taman Bunga PICC,
Senior Agronomist,
Taman Bunga PICC,
Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia
Wilayah Persekutuan,
Malaysia
(Kemaskini pada 24 Jun 2013)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.