Sektor pertanian diantara sektor yang perlukan perubahan teknologi didalam meningkatkan pengeluaran dan juga ia membaiki kualiti produk yang dihasilkan. Penggunaan teknologi ada dilakukan seperti amalan kaedah Pertanian Tepat (Precicion Farming) dengan kaedah menggunakan gabungan teknologi untuk mengukur dengan tepat bagi setiap proses pertanian bagi memastikan setiap sumber digunakan dengan optimum. Ini bermakna sumber-sumber yang digunakan adalah dalam keadaan berkadar boleh ubah dan bukannya berkadaran tetap. Teknologi yang digunakan termasuklah GPS, sensor, dron, kecerdasan buatan (AI) dan robotik. Sebagai contoh dron digunakan untuk mengambil gambar imej tanaman dan imej ini boleh dianalisis untuk mengesan penyakit pada pokok, kadar klorofil, kadar kelembapan tanah dan kewujudan serangga perosak. Apa pun secara saintifiknya dengan mengetahui kadar kelembapan tanah maka kalangan petani dapat mengetahui kadar air yang diperlukan oleh tanaman mereka. Begitu juga dengan kadar klorofil dan penyakit pokok yang membolehkan pemberian baja dan racun dapat digunakan dengan sewajarnya secara tepat di kawasan yang memerlukan sahaja. Dalam masa itu terkini dimana penggunaan sensor di ladang pula ianya boleh mengukur tahap keasidan dan kealkalian tanah. Teknologi dalam bidang pertanian ini dapat melakukan kerja sedia ada yang dibuat secara manual dengan lebih cepat dan tepat. Projek Pertanian Tepat di kawasan sawah padi di MADA, Kedah dan IADA Seberang Perak menunjukkan penjimatan penggunaan baja sehingga 25% sehektar dan kos operasi buruh dapat dikurangkan sehingga 50% sehektar dimana ini dilihat telah mengoptimumkan pengeluaran hasil padi. Ramai yang masih kurang mampu menggunakan Pertanian Tepat ini yang dilaporkan dapat membantu masalah global yang selalu dihadapi oleh para petani. Ini termasuk kekurangan sumber air, variasi cuaca yang tidak menentu, kos tenaga yang mana ia semakin meningkat dan aspek kekurangan sumber tanah. Terdapat juga desakan daripada masyarakat yang inginkan proses penghasilan produk pertanian menjadi lebih telus dimana kini dengan pendekatan kaedah Pertanian Tepat maka semua data-data yang diperlukan untuk menyelesaikan permasalahan ini dapat dijana secara automatik dengan lebih cepat dan tepat. Penggunaan air yang berlebihan dilihat dapat dikurangkan dan hasil dapat ditingkatkan walaupun secara penggunaan keluasan kawasan yang sama. Kecanggihan teknologi membolehkan serangga yang menyerang tanaman dapat dikesan dari jarak ketinggian 200 kaki dari udara dan hanya kawasan yang terjejas sahaja yang perlu disembur dengan racun serangga perosak menggunakan drone. Data-data tersedia ini dapat dihidangkan kepada pengguna pada masa nyata bagi menunjukkan hasil pertanian memenuhi piawaian keselamatan yang ditetapkan. Teknologi Pertanian Tepat ini hadir kerana wujudnya gabungan teknologi yang menyokong antara satu sama lain. Kecerdasan buatan dapat menganalisa imej-imej yang diambil oleh dron bagi membantu sistem membuat keputusan. Imej-imej ini pula disokong dengan data-data daripada sensor yang dipasang di ladang pertanian atau ternakan. Dron dan jentera pembajak pula dapat bergerak dengan cekap menggunakan teknologi GPS. Kesemuanya ini pula dihubungkan melalui Internet dan membolehkan pemilik ladang membuat kawalan di telefon bimbit. Gabungan teknologi ini membolehkan satu sistem automasi dilakukan daripada fasa pertama penggemburan tanah sehingga ke fasa akhir di mana tuaian dilakukan.
Sering di war-warkan dimana teknologi moden boleh pikat generasi muda bertani ada dilaporkan dalam media dan ketika ucapan kalangan pemimpin. Isu-isu bagaimana di Malaysia dilaporkan purata umur pesawah di kawasan jelapang padi MADA di Kedah dan Perlis adalah sekitar 60 tahun sudah di ketahui umum. Bagi sektor kelapa sawit pula penulis blog dapati dimana ada lebih 80% pekebun kecil berumur lebih 45 tahun. Mungkin isu ini menjadikan sektor pertanian sering dianggap sektor yang dimonopoli golongan berumur dan berkemahiran rendah. Ini bukanlah sesuatu yang unik di Malaysia kerana perkara sama juga dihadapi negara lain mengenai profil petani mereka sama ada di negara maju atau negara membangun. Kajian yang sudah dijalankan juga menunjukkan kekurangan pembabitan generasi muda mungkin kerana tiada akses kepada sumber utama pertanian iaitu tanah, tenagakerja, modal kewangan dan kekurangan sumber kewangan. Bagaimana pun masa ini dengan kehadiran teknologi dalam pertanian mungkin mampu mengurangkan jurang ini. Pertanian moden tidak lagi perlukan ruang tanah luas mahupun tenaga buruh ramai. Teknologi pertanian moden seperti teknik susun-tindih, serta teknologi hidroponik terkini mengurangkan penggunaan tenaga buruh serta keperluan ruang minimum. Usahawan yang menerokai bidang pertanian tidak perlu modal tanah tinggi. Evolusi dalam teknologi dalam pertanian juga menyebabkan kos peralatan pertanian moden semakin rendah lantas kos permulaan minimum. Bagi generasi muda daripada keluarga petani dan mempunyai tanah agak luas, kepesatan teknologi dalam bidang pertanian mampu menggalakkan mereka terus bertani iaitu sebagai petani moden generasi kedua. Lazimnya bagi mengurus ladang yang agak besar dimana teknologi secara penggunaan dron serta automasi boleh mengurangkan lagi kebergantungan kepada tenaga buruh ramai lantas dapat mengurangkan kos operasi. Teknologi satelit juga mampu membantu petani memantau kawasan bermasalah dengan lebih tepat dan menyeluruh. Penggunaan imej satelit berserta dron dapat mengenalpasti kawasan yang memerlukan pemerhatian dan penjagaan khusus di samping mengenal pasti risiko dan serangan penyakit secara lebih tepat. Apabila ada pembabitan generasi muda dalam bidang pertanian maka isu ini perlu dilihat di luar skop dan sistem pertanian sedia ada iaitu secara konvensional. Ini terpapar melalui minat generasi muda mencari sumber makanan alternatif seperti protein buatan. Sebagai contoh, proses pembiakan serangga sebagai protein alternatif yang dahulunya dilaksanakan usaha tani tradisional kecil-kecilan di pedalaman Asia, kini mendapat tempat agropreneur muda di Amerika Syarikat dan Perancis. Dua negara ini membawa kaedah pembiakan serangga sebagai sumber protein alternatif ke tahap lebih tinggi melalui kaedah automasi.
Dalam pada itu sering dibincangkan mengenai kepentingan 'Pertanian Bandar' yang sesuai dilaksanakan di Malaysia dengan amalan termasuk sistem fertigasi, teknologi hidroponik dan juga aplikasi foliar fertilizer. Pada penulis blog kalangan generasi muda yang semakin peka terhadap isu alam sekitar juga mempengaruhi penyertaan dalam pertanian moden. Dalam keinginan mendapatkan makanan yang tidak memberi kesan negatif kepada alam sekitar, generasi muda terutama yang tinggal di kota banyak terbabit dalam 'pertanian bandar.' Bentuk pertanian terbaru ini dilihat ia merangkumi teknologi hidroponik terkini, teknologi penderiaan jauh (lebih dikenali sebagai teknologi remote sensing) dan teknologi pencahayaan untuk penanam dalam bangunan. Apa pun kepesatan teknologi sebagai daya penarik kepada belia untuk membabitkan diri dalam bidang pertanian telah menjadi strategi utama di banyak negara. Di Eropah dilaporkan dimana sungguhpun jumlah generasi muda dalam pertanian adalah rendah namun tahap kemahiran mereka adalah lebih tinggi dengan amalan dan bantuan pengeluaran melalui teknologi moden. Statistik menunjukkan dimana seorang setiap lima petani muda Eropah mempunyai pendidikan dan latihan pertanian secara formal dimana ini memang berlainan dengan situasi di Malaysia dimana petani lebih berumur di lapangan dan menjalankan aktiviti bertani kebanyakannya adalah melalui pengalaman bertani. Di samping itu dilaporkan dimana kalangan petani muda di Eropah di bawah umur 35 tahun dan mereka membuat pelaburan purata tertinggi jika dibandingkan petani yang lebih berumur. Ini menunjukkan petani muda lebih berminat untuk gunakan teknologi dan automasi dalam sektor pertanian. Di Jepun pula yang maju dalam banyak aspek dilaporkan dimana jumlah generasi muda dalam pertanian juga beransur meningkat. Industri pertanian di Jepun mencatat penambahan 23,000 orang pekerja di bawah umur 49 tahun pada 2015 iaitu berbanding sejumlah 18,000 dalam lima tahun sebelumnya. Kebanyakan petani muda di Jepun berkelulusan tinggi serta guna teknologi pertanian terkini. Kes lain merujuk kepada isu ini di UK yang dilaporkan petani millennial kini mereka lebih berkemahiran tinggi dan mesra teknologi serta meletak pertanian sebagai karier pilihan kehidupan. Penulis blog dapati dimana ada banyak negara seluruh dunia dimana mereka memperkenalkan pelbagai dasar baru membabitkan penggunaan teknologi sebagai pemangkin untuk menarik generasi muda menyertai bidang pertanian. Walau pun kini di Malaysia juga tidak ketinggalan dengan memperkenalkan beberapa program seperti memmperkenalkan Program Agropreneur Muda. Program ini juga dilaksanakan di pelbagai Jabatan dan agensi pelaksana. Kajian mendapati dimana tahap perkembangan teknologi dalam pertanian ini sebagai satu agenda penting untuk Malaysia dan sedang berusaha mengkaji perkara ini dengan lebih mendalam. Padapenulis blog adalah tidak mustahil kalau dalam pada masa singkat dimana tahap kemahiran serta kelulusan menjadikan petani moden di Malaysia mungkin setaraf pekerja profesional di syarikat antarabangsa.
Salah satu perkara tekologi dalam bidang pertanian yang perlu berubah seiring dengan revolusi industri 4.0 adalah melalui pengeluaran tanaman makanan terutama dengan kaedah berteknologi terkini seperti penggunaan teknologi baru untuk pengeluaran makanan. Ini boleh dilakukan dengan cara meningkatkan kecekapan rantaian makanan serta bekerjasama dalam industri teknologi dan penggunaan iaitu dengan pelaksanaan teknologi dron, analisis data, penggunaan internet, pertanian tepat dan nanoteknologi. Contohnya semasa penulis blog melawat projek 'RoofTop farming' di Singapura pada beberapa tahun lalu dimana mereka mengaplikasikan teknologi Vertical System Farming secara fertigasi dan organik (Sila lihat foto disebelah). Kini ia diperluaskan lagi di beberapa kawasan perumahan dan mampu memberikan produk sayuran daun berkualiti. Kemudian penulis blog sempat melawat beberapa projek 'Vertical Farming' dimana teknologi penanaman pokok sayuran secara vertical farming dijalankan di menara jenis aluminium setinggi enam meter di Singapura. Pertanian ini dilakukan dengan menggunakan sistem ini mempunyai banyak kelebihan seperti pengeluaran yang lebih terancang dapat dilaksanakan sepanjang tahun. Penggunaan sumber air, cahaya dan tenaga buruh yang lebih cekap dan kawasan yang terlibat tidak dipengaruhi oleh cuaca (Sila lihat foto paling bawah). Hasil yang dituai dilaporkan adalah bebas daripada bahan kimia racun serta ia sesuai dilaksanakan di semua kawasan , persekitaran dan tanah. Di samping itu produktiviti sayuran ini dapat ditingkatkan sehingga 4 kali ganda kuantiti atau jumlahnya berbanding pertanian secara konvesional. Hasil teknologi ini dilihat dalam kualiti atau bentuk premium, segar, bernutrisi dan selamat dimakan. Selain itu teknologi pertanian moden di kaitkan dengan Penanaman Tanaman Makanan sepertui Sayuran Di bawah Tanah atau didalam bangunan. Ia adalah salah satu teknologi pertanian di dalam bandar yang besar dan pesat membangun bukanlah sesuatu perkara yang mustahil. Di Tokyo dilaporkan sudah ada sebuah kumpulan yang dikenali sebagai kumpulan Pasona telah membangunkan sawah dan kebun sayuran di ruangan bawah tanah di sebuah Pasaraya iaitu Nomura yang mempunyai 27 tingkat aras dan terletak di Otemachi di Bandar Tokyo. Apa pun dilaporkan kawasan tersebut yang luasnya 3,000 meter persegi ditukar kepada sawah dan kebun yang ditanam dengan 100 jenis tanaman termasuk padi, sayur, bunga dan rempah (Sila lihat foto paling bawah). Sinaran matahari yang telah ditukar kepada lampu-lamu LED dan lampu high pressure sodium vapor. Keperluan-keperluan asas tersebut dikawal oleh komputer di mana suhu, cahaya dan air adalah seperti di habitat asal tanaman. Telah dilaksanakan sejak tahun 2005 dimana sudah ada sembilan projek yang sama telah dibangunkan dan kini semakin banyak. Ianya juga telah dijadikan sebagai satu destinasi perlancongan teknologi pertanian yang menarik perhatian ramai di Jepun. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
SENTIASA BERUBAH... ICT DIGUNA...
PENGHASILAN TINGGI...BERHARGA...
PERLU BERUBAH... PETANI MUDA....
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
pRecint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(17 JamadilAkhir 1445H).