TANAMAN ANGGUR (Vitis vinifera) atau Grapes perlu dijalankan mengikut amalan pertanian baik bertujuan untuk mendapatkan hasil berkualiti. Penanaman anggur pada masa ini didunia di monopoli oleh beberapa negara seperti China, Itali, Turki, Sepanyol, Perancis, Turki dan dan juga beberapa negara lain dengan pengeluaran melebihi 70 juta metrik yan setahun. Teknologi penanaman anggur telah mencapai tahap maju dimana penanaman berskala besar dan luas akan di buat mengikut sistem seperti estet dengan cara pengurusan yang baik. Penanaman secara kecil-kecilan juga banyak dijalankan oleh pekebun kecil dengan teknologi pengurusan yang hampir sama. Pemilihan varieti anggur yang sesuai penting untuk menghasilkan buah yang tinggi dan berkualiti dan tahan kepada penyakit. Bahan tanaman menggunakan keratan batang (vine cuttings) adalah sesuai digunakan jika tidak ada masaalah dengan nematod dan phylloxera. Bahan tanaman cantuman baji (bench graft) sesuai dengan pokok penanti yang tahan dari serangan tersebut. BUAH anggur mengandungi kimia piceatannol yangmenghalang perkembangan sel lemak dalam badan. Tanaman ini pernah diusahakan secara komersil di Malaysia oleh beberapa syarikat tempatan tetapi sehingga kini belum menampakkan peratus kejayaan yang memuaskan. Ada beberapa syarikat di Selangor, Negeri Sembilan yang mengupah pakar-pakar menanam anggur daripada negara Thailand untuk menjadi pengurus malahan pekerja ladang tetapi masih banyak masaalah perlu diatasi. Minat orang Malaysia terhadap buah anggur memang tinggi dimana komoditi ini banyak diimport untuk makan segar. Buah anggur juga mudah dibeli di negara kita dan sering juga dijadikan 'buah tangan' untuk pesakit dihospital, bahan hantaran perkahwinan dan sebagainya. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa laporan akhbar aktiviti penanaman anggur yang menarik untuk dikongsi bersama pembaca blog.
Laporan dari Sarawak bertajuk "Anggur hidup subur di Sarawak" seperti dilakukan oleh Nur Fazilah Ludan dan anaknya Sharifah Aishah berjaya menanambuah anggur di kebun mereka di Miri (Sila lihat foto disebelah). Jika dulu kawasan pendalaman Ba'Kelalan terkenal dengan buah epal yang ditanam dan tumbuh subur tetapi kini usaha dalam penanaman anggur pula cuba dibangunkan di Miri. Berada pada kedudukan di utara Sarawak iaitu bandar raya yang pesat membangun ini sebenarnya mampu menghasilkan penanaman anggur yang baik dan berkualiti. Lazimnya pokok anggur hanya boleh ditemui di kawasan beriklim sederhana tetapi oleh kerana sikap ingin tahu dan keazaman salah seorang pengusaha tanaman kecil-kecilan iaitu Syed Fazil Yahya menunjukkan pokok anggur hidup subur di Miri. Beliau juga yakin suatu hari nanti penanaman anggurnya itu boleh dibekalkan ke seluruh bahagian negeri ini termasuk di Semenanjung. Beliau yang kini baharu menanam 12 pokok anggur di atas tanah seluas empat hektar itu memberitahu dia kini juga masih dalam proses belajar untuk mereka dapat mengusahakan tanaman tersebut. Sebelum ini beliau juga menanam pokok buah mata naga namun penanaman tersebut terpaksa dihentikan ekoran kesemua pokoknya diserang penyakit. Walaupun terpaksa menukar jenis dan kaedah penanaman kini Syed Fazil optimis tanaman anggurnya itu pasti akan berjaya dan memberi hasil pulangan lumayan. Dia nyatakan akan membina dua buah rumah khas bagi penanaman anggur jenis Black Opal itu tidak lama lagi dengan sebuah rumah boleh menanam 12 pokok anggur. Dia hanya mempelajari proses menanam anggur itu melalui Internet selepas mendapati pokok buah mata naga mereka diserang penyakit. Dijelaskan dimana pada awalnya hanya ingin mencari cara hendak merawat pokok buah mata naga tetapi secara kebetulan terlihat kaedah menanam anggur yang boleh menghasilkan pendapatan lebih lumayan. Beliau tertarik dengan info dari laman web tersebut dan terus mengajak isterinya mencuba tanaman anggur itu. Sebenarnya dia juga pernah mengikuti beberapa kursus penanaman anggur di beberapa bengkel bagi menambah ilmu pengetahuan mengenai tanaman barunya itu. Dia juga rajin menyertai pameran buah-buahan yang dianjurkan oleh Jabatan Pertanian. Dari situ dia hanya sekadar mampu bertemu dengan ramai orang dan juga pengusaha tanaman lain bagi bertukar-tukar pendapat dan idea mengenai penanaman.
Pengusaha ini juga ada juga terfikir untuk membuka perniagaan tetapi kena tunggu sehingga banyak pokok anggur ditanam terlebih dahulu. Dia yakin sekiranya tanaman anggurnya itu berjaya maka ia ujudkan satu keunikan tersendiri dimana Sarawak akan semakin terserlah di mata dunia. Jika dahulu orang telah mengetahui di Ba'kelalan ada tanaman epal tetapi kini tidak mustahil untuk Miri pula ada ladang buah anggur (Sila lihat foto disebelah). selaini itu tanaman lain diusahakan adalah buah rock melon dan cili yang diusahakan sejak 20 tahun lalu. Kedua tanaman itu tidak seperti buah mata naga yang sering rosak dan diserang penyakit. Tanaman buah rock melon dan cili juga mampu memberikan hasil yang lumayan apabila pada bulan lepas dia telah berjaya memperoleh sehingga RM7,000. Dinyatakan antara rahsia tanamannya itu adalah dengan menggunakan baja organik kerana pokok-pokok tersebut boleh menghasilkan lebih banyak buah. Bagi mendapatkan baja organik dia membela dua ekor kuda dan 18 ekor kambing di dusunnya untuk dijadikan sumber baja tinja yang dproses menjadi baja organik. Usaha seperti ini memang sepatutnya diberikan sokongan daripada pihak tertentu agar pemilihan varieti anggur yang sesuai dan berhasil tinggi serta aalan agronomi mampu menghgasilkan buah angur tempatan.
Dalam kes lain seorang usahawan muda berjaya menanam pokok anggur di Perlis. memng umum telah mengenatui dimana tanaman anggur sering dikaitkan dengan Perlis sebagai negeri pertama dan hebat mengusahakan ladang anggur di negara ini kini hidup subur dan mengeluarkan buah berkualiti di Kampung Banggol Jenereh, dekat sini. Seorang pengusaha dikenali dengan nama Wandir Ali berusia 46 tahun telah bermula dengan menanam sepohon anggur sebagai percubaan empat tahun lalu Terkini terdapat 30 pokok anggur yang ditanam dan membiak dengan baik di sekeliling rumahnya (Sila lihat foto disebelah). Apa yang lebih membanggakan dakwanya kualiti buah anggur dihasilkan tiga kali setahun dari ‘kebun’nya itu dikatakan setanding dengan anggur yang dijual di kedai, malah lebih beraroma kerana dipetik segar dari pokok. Penulis blog yang pernah berkunjung kerumah beliau mendapati dimana buah anggur dirumahnya boleh dipetik antara tiga hingga empat bulan semusim atau tiga kali setahun dan kebun anggur saya dapat menghasilkan kira-kira 12 kilogram anggur setiap kali tuaian. Beliau dakwa dimana anak pohon anggur sama ada untuk ditanam atau dijual menggunakan kaedah pembiakan tut (markot) bagi menghasilkan pokok yang berkualiti. Kesemua 30 pokok anggur di kebunnya telah dibiakkan dengan menggunakan kaedah tut bermula daripada pohon pertama yang dia beli ketika melawat Ladang Anggur Perdana di Perlis. Dia juga telah menghasilkan anak pohon anggur guna kaedah tut untuk dijual atas permintaan saudara mara dan rakan yang ingin cuba tanam anggur di rumah mereka. Lazimnya pokok anggur dibiak untuk dijual atau ditanam di kebunnya itu daripada jenis White Malaga bagi anggur hijau dan Cardina bagi anggur merah. Anggur Cardina berbentuk bulat dan putiknya berwarna hijau sehingga sebulan sebelum masak, baru bertukar warna merah, manakala bentuk anggur White Malaga lebih bujur. Dua jenis anggur itu sesuai ditanam di kawasan tanah berpasir atau dalam pasu dengan nisbah 80 peratus pasir dan selebihnya tanah. Kini selain tempat penggantungan, tanaman anggur perlukan ‘rumah’ sebagai teduhan kerana pohon yang terdedah hujan akan menghasilkan buah kurang berkualiti dan putiknya juga mudah gugur. Dia banyak belajar cara menanam dan menjaga tanaman anggur serta menambah pengetahuannya mengenai tanaman itu melalui Internet. Antara cabaran yang dihadapi sepanjang menceburkan diri dalam penanaman anggur adalah penerimaan orang ramai yang masih kurang percaya. Kini bila bercakap tentang tanam anggur di rumah maka masih ada orang di sekeliling pandang sinis kerana tidak percaya tetapi kini dia mampu membuktikannya. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology semua. Wasallam!!!...
TANAM ANGGIR... DI DALAM NEGARA...
BELUM KOMERSIL...MENCUBA SAHAJA...
DISARAWAK DIPERLIS...MACAM DAH ADA...
KAJIAN LANJUTAN ... PERLUKAN MASA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Senior Agronomist,
Hotel Grand Allora,
Alor Setar, Kedah,
Malaysia.
(24 Ramadan 1439H).
Published from:
Hostel Anggerik, INTAN Bukit Kiara,
Kuala Lumpur, WP, Malaysia.
Published from:
Hostel Anggerik, INTAN Bukit Kiara,
Kuala Lumpur, WP, Malaysia.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.