MENTERNAK BURUNG UNTA merupakan satu aktiviti ternakan yang lumayan untuk dijalankan di Malaysia. Ini kerana Burung Unta (Struthio camelus) atau dipanggil juga sebagai Burung Kasawari atau Ostrich yang telah lama diperkenalkan di negara kita sekitar tahun 1980'an oleh kerajaan dan didakwa boleh diternak di Malaysia untuk pengeluaran dagingnya dan kini telah menjadi kenyataan. Burung ini berasal dari benua Afrika dan tergolong dalam order Ratitae iaitu burung yang tidak boleh terbang tetapi mampu berjalan dengan dua belah kakinya dengan pantas. Burung berkenaan tergolong dalam keluarga yang sama dengan burung kasuari, emu, rhea dan kiwi. Penulis blog pertama sekali melihat burung ini pada pameran Hari Penternak Peladang dan Nelayan (HPPNK) awal tahun 1980'an lagi dan terkejut dengan saiznya yang besar dan tinggi. Apa yang ada dalam sejarah perkembangan manusia, burung unta mula diternak secara komersial pada tahun 1860 di Afrika Selatan dengan matlamat utamanya untuk penghasilan bulu. Setelah mengalami beberapa kali kemerosotan dan aktiviti pemulihan maka pada tahun 1945, industri moden burung unta mula berkembang. Industri Ternakan Ayam dan Itik di Malaysia merupakan industri yang paling utama didalam sektor ternakan. Data menunjukkan sebanyak 225,789,620 ekor ayam atau ringkasnya 225 juta ekor ayam dikeluarkan pada 2010 dan jumlah ini terus meningkat saban tahun. Populasi itek pula sebanyak 7.927 juta ekor. Laporan dari Jabatan Verterinar tersebut tidak menyatakan berapa banyak populasi Burung Unta di Malaysia. Daripada jumlah tersebut sebanyak 1.295 juta metrik tan daging ayam dan itek dihasilkan dengan nilai sebanyakRM 5.776 billion. Permintaan dan penggunaan daging ayam di Malaysia adalah sebanyak 1,013 juta mt setahun berbanding dengan bekalan sebanyak 1.295 metrik tan setahun bermakna negara mempunyai lebihan bekalan daging ayam pada tahun 2010. Hampir 30% kawasan pengeluaran ayam di Malaysia adalah terletak di Negeri Johor dengan sebanyak 60.1 juta ekor setahun diikuti oleh Negeri Sarawak (32 juta ekor) dan Perak (18.8 juta ekor). Tidak ada laporan mengenai aktiviti penternakan ayam dan Burung Unta dilaporkan di Wilayah Persekutuan. Kalau ada pun mungkin di dalam Zoo Negara sahaja. Artikel malam ini dalan blog "Anim Agro Technology" saya terus menulis mengenai penternakan burung unta yang telah dilaporkan lumayan oleh akhbat tempatan sebagai satu testimoni untuk dijadikan bahan rujukkan.
Aktiviti menternak burung unta dilaporkan lumayan oleh akhbat Utusan Malaysia baru-baru ini. Burung unta atau Struthio camelus berasal dari benua Afrika dan tergolong dalam order Ratitae iaitu burung yang tidak boleh terbang. Burung ini yang berkenaan tergolong dalam keluarga yang sama dengan burung kasuari, emu, rhea dan kiwi. Potensi menternak burung ini selain untuk penghasilan bulunya maka daging dan kulit merupakan teras utama industri (Sila lihat foto disebelah). Dari laporan JPV, di Malaysia, sebilangan besar burung unta mula diimport pada tahun 1994 dan kini terdapat lebih 35 tempat pemeliharaan burung unta di seluruh negara. Daging burung unta kian popular di kalangan pengguna dan mudah diperoleh terutama di restoran dan hotel ternama. Dalam pada itu antara baka burung unta yang disyorkan adalah baka South African Black juga dikenali juga sebagai burung unta Oudtshoorn. Ia merupakan baka domestik dan paling diminati serta dipelihara serata dunia. Mempunyai kualiti bulu dan kulit yang tinggi iaitu paling banyak minyak dan daging merah yang pejal jika hendak dibandingkan dengan tiga baka yang lain. Seekor burung unta African Black boleh mengeluarkan 14 kaki persegi kulit. Tinggi dan berat dewasa 120 kilogram (kg) ketika berumur antara 18 dan 20 bulan. Baka Blue Neck atau burung unta Somali di mana jantan berwarna biru di tengkuk dan di paha. Ia sangat sesuai untuk daging, bersaiz besar jika hendak dibandingkan dengan African Blacks dengan berat dewasa 160kg. Merupakan burung unta yang paling tinggi dan bahagian atas kepalanya botak tetapi mempunyai kualiti bulu yang rendah. Baka Red Neck pula atau burung unta Massai di mana jantan berwarna merah jambu atau merah di tengkuk dan peha serta jambulnya botak sedikit. Ia juga merupakan baka yang tinggi, berat dewasa mencecah 170kg serta mempunyai kualiti bulu yang rendah tetapi terlalu agresif atau panas baran. Sungguhpun ia tidak boleh terbang, tetapi fizikalnya besar, mempunyai leher yang panjang, kuat dan mampu memecut sehingga 65 kilometer sejam (40 batu sejam) malah merupakan burung yang berlari terpantas di dunia. Oleh itu ia memerlukan kawasan lapang untuk berlari dan bergerak bebas, tidak kira apa jua sistem pengeluaran yang diamalkan. Sifat-sifat lain yang unik ialah, kakinya yang besar, hanya mempunyai dua jari, otaknya amat kecil berbanding dengan badannya yang besar, pendengaran dan penglihatannya amat tajam dan tabiatnya suka mematuk sesuatu sepanjang hari. Mekanisme kawalan suhu ada secara semulajadi pada tubuh burung, di mana burung unta menggunakan kepaknya untuk menutup tubuhnya yang tidak berbulu ketika sejuk atau melebarkan kepaknya pada waktu panas bagi membebaskan haba.
Dalam pada itu pembiakan burung unta bermula dari proses pemilihan pasangan yang telah mencapai tahap kematangan seks diikuti dengan proses mengawan, penghasilan telor, pengeraman dan penetasan. Kematangan seks burung unta adalah ketika berusia antara empat dan lima tahun manakala burung unta yang diternak matang lebih awal iaitu pada umur antara dua dan tiga tahun dan boleh dijual pada umur antara 10 dan 12 bulan. Seekor burung unta betina boleh menghasilkan telur sehingga antara 40 dan 80 biji setahun. Telur berkenaan boleh dieram secara semulajadi atau melalui alat pengeraman dimana tempoh penetasannya memakan masa selama 42 hari (Sila lihat foto disebelah). Seekor burung unta jantan boleh mengawan dengan beberapa ekor burung unta betina, namun nisbah jantan betina 1:1 adalah lebih sesuai. Pengurusan burung bermula dari peringkat perindukan (brooding) dari umur 0 - 3 bulan, diikuti peringkat juvenile dari empat kepada 11 bulan dan peringkat dewasa 12 bulan ke atas. Bagi burung unta pedaging 40 ekor burung unta boleh dipelihara di dalam kawasan seluas 0.4 hektar (satu ekar). Dalam sistem intensif, ruangan seluas 50 meter (m) persegi atau lebih diperlukan untuk sepasang burung unta. Bagi sistem separa intensif kadar bertelor dan kadar pensenyawaan lebih tinggi kerana lebih banyak ruang makanan diperolehi dan peluang untuk mengawan. Burung unta biasanya suka memakan biji-bijian atau makanan rumusan berbentuk pelet seperti pelet ayam, rumput, buah-buahan dan bunga-bungaan, juga serangga seperti locust. Rumput yang sesuai di makan terdiri dari Paspalum conjugatum, Panicum maximum, Pennisetum purpureum dan Asystasia coromandeliana. Ia mempunyai gigi yang sedikit dan lemah, juga ada yang langsung tidak mempunyai gigi. Kebanyakannya menelan makanan mereka bersama batu kerikil yang berfungsi sebagai gastrolith untuk menggiling makanan di dalam perut. Burung unta dewasa dianggarkan membawa bersama kira-kira sekilogram batu kerikil kecil ke dalam perut mereka. Apabila makan, ia akan mengisi kerongkongnya dengan makanan, bolus yang mengandungi campuran makanan dan kerikil kecil akan ditolak masuk melalui esofagus dan seterusnya ke dalam perut untuk dicerna. Burung unta boleh bertahan tanpa meminum air untuk beberapa hari, dengan menggunakan cecair metabolik tubuh dan kelembapan ketika menghadam tumbuhan sebagai sumber pendapatan air badan, namun mereka juga sangat menyukai air dan acap kali berendam jika air ada disekeliling mereka. Penyakit Avian Pox berlaku pada beberapa spesies burung dan kesannya adalah ketuat yang menggerutu, berwarna coklat dan membesar di sekeliling mata, juga di tepi mulut dan paruh. Penyakit ini boleh mengakibatkan kematian yang tinggi jika tidak dirawat. Serangga mencucuk/mengigit seperti nyamuk adalah vektor penyebaran penyakit ini. Pemberian vaksin boleh mengawal penyakit ini. Penyakit Green urine influenza atau influenza avian adalah sangat bahaya. Ia menjangkiti semua spesies burung. Penyakit ini menyebabkan kematian yang tinggi pada anak berumur kurang dari enam bulan. Oleh kerana jangkitan ini disebabkan oleh virus, tiada rawatan khusus untuk penyakit ini melainkan pencegahan sahaja. Simptom penyakit ini adalah urine berwarna hijau atau green urine.
Daripada testimoni akhbar lain bertajuk "Tingginya nilai burung unta" juga dilaporkan penternakan burung unta juga berkait dengan sektor perlancongan. Perlu ada kreativiti dalam menghasilkan produk kraftangan terutamanya daripada bahan-bahan yang dianggap tidak lagi bernilai sememangnya cukup istimewa dan luar biasa. Maka dengan kreativiti yang tersendiri, maka perhiasan yang menawan seperti cenderamata dan produk perniagaan dapat dihasilkan sebagai satu alternatif baru kepada masyarakat untuk membelinya. Walau pun bunyinya sedikit pelik, tetapi begitu mengujakan apabila pertama kali mengetahui produk-produk menarik itu yang dihasilkan daripada burung unta. Maka jika anda salah seorang penggemarnya, keunikan dan keindahan hasil produk dan kraf tangan burung unta itu boleh didapati di The Ostrich Desaru Showfarm yang terletak di Desaru di Johor ini boleh dijadikan contoh. Pengunjung yang melawat ladang penternakan burung unta tersebut bukan sahaja akan terpegun dengan hasil kraftangan yang dipamerkan bahkan boleh membelinya sebagai tanda kenangan peribadi (Sila lihat foto disebelah). Diantara barangan yang dipamer dan dijual di situ ialah kasut, tali pinggang, beg tangan, lampu perhiasan dan ukiran. Dalam pada itu seorang consultan ladang itu, Colin Teh berkata, barangan kraftangan tersebut diperbuat daripada kulit, telur dan bulu burung unta sebagai usaha menghargai nilai tambah yang terdapat pada haiwan tersebut. Biasanya orang ramai yang berminat untuk membeli barangan berkenaan boleh membelinya dengan harga berpatutan walaupun ada yang mencecah sehingga RM1,000. Ada para pembeli tidak akan merasa rugi dengan pembelian itu memandangkan barangan kraf yang dihasilkan adalah unik, berkualiti tinggi dan cantik. Barangan yang dihasilkan ini diproses di Kuala Lumpur oleh syarikat-syarikat terkenal dengan penghasilan produk yang diiktiraf ramai. Apa yang penulis blog pernah lihat semasa membuat lawatan disini mendapati The Ostrich Desaru Showfarm juga turut memberi pilihan kepada pengunjung apabila menawarkan daging segar burung unta. Biasanya para pengunjung boleh mencuba keenakan makanan berasaskan burung unta seperti sate, telur dadar dan burger yang pastinya jarang diperoleh di tempat lain di negara ini. Sebenarnya daging burung unta mempunyai keistimewaan tersendiri yang tidak diketahui ramai kerana memiliki kolestrol rendah. Pada masa yang sama, pengunjung beragama Islam tidak perlu ragu-ragu kerana makanan yang disediakan adalah halal dan bersih. Ladang tersebut dibuka dari pukul 10 pagi hingga 6 petang setiap hari dan pengunjung juga boleh menyaksikan sendiri pelbagai pertunjukan menarik di samping mempelajari habitat burung unta. Sehingga kini The Ostrich Desaru Showfarm yang diusahakan sejak 2001 menempatkan 360 ekor burung unta dan tiket lawatan dikenakan hanya RM10 bagi dewasa dan RM6 bagi kanak-kanak. Semuga tulisan dalam artikel ini memberi info berguna kepada folower anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
MENTERNAK BURUNG ... BURUNG UNTA...
BURUNG BESAR... DAGING SASARANNYA...
TELAH DITERNAK.... RAMAI SUDAH BERJAYA...
HENDAK CUBA... OLEH USAHAWAN MUDA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 530, Hotel Dorsett,
Precint 4, Putrajaya,
WP, Malaysia.
(22 Ramadan 1439H).
Posted from,
Bandar Baru UDA, JB.
(24 Syawal 1439H).
Posted from,
Bandar Baru UDA, JB.
(24 Syawal 1439H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.