KUIH TAHI ITEK merupakan nama sejenis kuih yang sangat popular terutama di negeri pantai timur iaitu Kelantan dan Terengganu. Bagi penulis blog kali pertama mendengar makanan ini aitu ''Tahi Itek'' ada membayangkan geli pada mulanya untuk makan kerana ia disamakan dengan ''tahi itek sebenar''. Ia merupakan sejenis kuih yang biasanya dibuat menggunakan telur dan disira panas dalam air gula. Ia kemudian akan dibentuk bertempek-tempek seperti tahi itik iaitu lazimnya menurut cita rasa pembuatnya (Sila lihat foto paling atas). Penulis blog kurang gemar untuk makan kuih tahi itek ketika baru mengenalinya dahulu tetapi kini sudah mula biasa dengan hidangan kuih ini. Biasanya kuih tahi itik dibuat serentak dengan kuih jala mas atau pun sejenis kuih yang juga pelik namanya iaitu kuih pauh dilayang. Ini kerana diantara kedua kuih tersebut ia memang menggunakan bahan asas hampir sama iaitu kuning telur bagi kuh jala mas sementara tahi itik menggunakan bahagian putih telur. Apa yang unik mengenai kuih ini adalah dimana kuih tahi itik ini lazimnya akan disediakan dengan menggunakan putih telur yang telah diasingkan dari kuning telur. Selepas itu putih telur yang telah diasingkan itu akan disira dengan dimasak dalam air gula pekat dengan dituang sedikit demi sedikit bagi tujuan untuk menghasilkan bentuk akhir. Biasanya kuih tahi itik tidak dibentuk dalam bentuk tertentu kerana ia pada kebiasaannya hanyalah kuih sampingan kepada penyediaan kuih yang lain. Pada penulis blog yang dilahirkan di Johor memang hanya apabila dewasa sahaja baru mengenali kuih tahi itik ini kerana zaman dahulu sekitar tahun 1970'an mana ada kemampuan untuk menjelajah sehingga ke Kelantan dan Terengganu. Pada masa ini kalau hendak kenal kuih tahi itik hanya memerlukan beberapa saat sahaja menggunakan talipon bimbit dan google untuk melihat foto dan resepi untuk membuatnya. Artikel pada tengah malam ini saya menulis dalam blog ''Anim Agro Technology'' mengenai kuih tahi itik yang mempunyai nama unik untuk dikongsi bersama semua.
Pada masa dahulu sehingga kini pun kuih tahi itik biasanya tidak banyak dijual secara meluas dan kerana kaedah pembuatannya bergantung kepada ada putih telur atau tidak dimana biasanya merupakan sisa dari penyediaan kuih jala mas dan seperti dengannya. Kuih tahi itik biasa boleh didapati di pasar, pasar minggu dan pasar tani pada musim-musim tertentu seperti musim cuti sekolah, ketika banyak berlangsung majlis perkahwinan diadakan. Walau pun kuih tahi itik ini lebih popular di sebelah pantai timur tetapi kini ada sesekali dijual di sekitar Lembah Kelang. Di Kelantan dan Terengganu apa yang berlaku biasanya kuih tahi itik ada dijual secara meluas pada musim tertentu dibeberapa geai tradisional. Ia juga merupakan sejenis kuih yang mudah dihasilkan dimana harganya juga berpatutan. Apa yang penulis blog ingin nyatakan adalah dimana walau pun nama kuih tahi itik mungkin berdasarkan rupanya yang bewarna keputih-putihan dan bertempek-tempak tetapi orang kita dakwa ia adalah sebenarnya menyerupai tahi itik. Betulkah begitu?... Apakah warna tahi itik sama dengan kuih ini?. Selain itu mungkin juga kerana ia dihasilkan dari sisa penghasilan kuih lain dimana ia ditakrifkan dan menyebabkan ia disamakan dengan sisa atau pun ''tahi''. Umum juga faham dimana kuih tahi itik ini lebih popular di sebelah pantai timur, terutama di Kelantan dan Terengganu yang biasa dan mempunyai banyak hidangan kuih yang manis. Biasanya kos untuk membuat kuih ini adalah rendah dimana ia dijual begitu sahaja dan tidak perlu ditempah lebih awal. Bagaimanapun penghasilannya dan penjualannya adalah bermusim seperti musim perayaan dan ada banyak majlis perkaahwinan atau kenduri tertentu sahaja.
Kuih tahi itik pada tinjauan penulis blog bagaimana pun kurang popular dibuat atau dijual di negeri lain di Malaysia. Ini juga berkemungkinannya disebabkan oleh rasanya yang amat manis dan bergula itu dianggap kurang baik bagi kesihatan. Selain itu rasanya yang manis itu ia juga didakwa akan menyebabkan seseorang yang memakannya merasa melekit pada tekak atau digelar lekat ditekak. Kuih tahi itik biasanya dihidangkan secara atas darat atau kering tanpa kuah atau air gula, kecuali yang melekat pada kuihnya. Kuih tahi itik memang agak kurang diminati dikalangan golongan muda kerana ia merupakan sejenis kuih yang manis. Selain itu ia dianggap mempunyai kandungan kalesterol yang tinggi dengan itu dianggap kurang baik bagi kesihatan. Kuih tahi itik juga sesuai untuk dijadikan sebagi makanan petang kerana rasanya yang sedap dan manis dimana ia biasanya dihidangkan dengan teh tawar kerana ia telahpun manis. Kuih tahi itik biasanya akan turut menjadi tumpuan pengemar makanan yang ingin menukar namanya menjadi sesuatu yang lebih komersial. Apa yang pasti semasa membuatnya bahagian putih telur yang telah diasingkan itu akan disira dengan dimasak dalam air gula pekat dengan dituang sedikit demi sedikit bagi menghasilkan bentuk akhir. Artikel ini memberi resepi membuat kuih tahi itik yang kovensional untuk para pembaca blog anim agro berdasarkan tinjauan penulis di rumah Pak Omar beberapa bulan lepas.
Diantara bahan yang digunakan oleh Pak Omar (Sila lihat foto disebelah) untuk membuat kuih tahi itik dia menggunakan 10 biji putih telur ayam, 500ml santan kelapa, 400gm gula pasir, 100gm tepung pulut , 150gm tepung beras dan juga sehelai daun pandan yang perlu dicarik-carik. Cara membuatnya amat mudah iaitu dengan mencampurkan semua bahan diatas dan kacau atas api sehingga masak dan nampak sedikit berkilat dan kemudian ia perlu dibiarkan sejuk. Setelah itu maka ia perlu dibulatkan atau boleh dibentuk mengikut kesukaan sendiri. Pak Omar Mohamad berumur 69 tahun dari Kampung Tikat, Kota Bharu, Kelantan akan menggunakan sebanyak 2, 000 biji telur ayam sehari siapkan kuih tahi itik secara komersil. Dakanya memang 2,000 telur digunakan setiap hari untuk menghasilkan 'tahi itik' yang menjadi antara kuih tradisional pilihan ramai sebagai juadah berbuka puasa. Walau pun pada saya kuih tahi itik mungkin agak pelik pada namanya, namun ia adalah kuih warisan Kelantan yang sangat disukai kerana rasa dan teksturnya yang lembut dan sedap. Beliau yang lebih 10 tahun berkecimpung dalam pembuatan kuih berkenaan berkata, bahan asas untuk membuat kuih itu hanyalah menggunakan telur putih, tepung, minyak dan gula. Apa yang penting adalah cara memproses kuih itu tidaklah begitu rumit tetapi perlu sentiasa dikacau setiap masa iaitu selama sejam selain memerlukan sukatan bahan tepat untuk menghasilkan kuih yang sempurna.Dia akan menjual kuih ini setiap hari dengan dibantu empat daripada tujuh anak yang turut berkecimpung dalam perniagaan kuih termasuk Jala Mas, Buah Tanjung dan Murtabak Raja. Bagaimana pun dakwanya pada bulan Ramadan kuih tahi itik mendapat permintaan berlipat kali ganda bukan saja dalam kalangan masyarakat setempat malah dari Johor, Pahang dan Kuala Lumpur. Disepanjang berniaga dia dapat melihat pelbagai reaksi pelanggan apabila mengetahui nama kuih itu dimana katanya ada yang terkejut dan juga ada yang teruja. Namun yang pasti ramai yang menyukai rasanya. Kuih tahi itik dijual pada harga RM1 untuk 100 gram dan biasanya dia dan dua pekerja lain sudah menyediakan kuih yang siap dibungkus dengan harga RM5 sebungkus. Kini selain dari menjual disekitar kampong beliau telah kembangkan pasarannya sehingga ke Gua Musang, Jeli dan Rantau Panjang. Ada juga beberapa orang ejen yang datang untuk mengambil bekalan untuk dipasarkan. Dakanya lagi kuih tahi itik yang dihasilkan keluarga mereka adalah resipi keluarga yang mana selain memiliki rasa sedap yang tidak terlalu manis, ia juga mampu tahan sehingga empat bulan jika disimpan di dalam peti ais. Semuga anda mendapat info berguna dari tulisan anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
KUIH YANG PELIK...TAHI ITEK NAMANYA....
BERASASKAN TELUR... MANIS RASANYA....
MUDAH DIBUAT... DIPANTAI TIMUR SAHAJA...
SUDAH KENAL... PERGI DAN MERASA PULA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 8005, Hotel Perdana,
Kota Bharu,
Kelantan, Malaysia.
(25 Syawal 1439H).
Published From:
INTAN, Bukit Kiara,
Kuala Lumpur.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.