SUP BELUT (Eel soup) merupakan sejenis makanan yang semakin popular terutama di beberapa negeri di Utara dan Timur Semenanjung Malaysia seperti di Kedah dan Kelantan. Penulis blog baru-baru ini menikmati sup belut di restoren Pak Awi Belut Sup Special di Kota Bharu bersama rakan-rakan dan keluarga. Bukan sahaja membuat tempahan sup belut malahan dihidangkan dengan belut goreng kunyit yang dimakan bersama nasi putih. Pada penulis blog memang tidak menjadi perkara pelik atau geli seperti sesetengah orang apabila makan sup belut ini kerana semasa remaja dahulu sering memancing di anak sungai dan disawah yang mendapat belut dan dimasak oleh ibu untuk hidangan istimewa. Bezanya belut yang dipancing ini biasanya bersaiz lebih besar daripada belut sawah atau yang berada dikawasan paya. Makanan sup belut merupakan sejenis makanan yang berkhasiat dan sihat kerana ia mengandungi banyak protin disamping banyak rempah ratus yang digunakan untuk menyediakan sup ini. Kepakaran tukang masak sup belut penting untuk menghilangkan banu hanyir belut tersebut. Mereka lazimnya akan banyak menggunakan bahan seperti lengkuas, halia, bawang besar, serai, limau dan beberapa lagi untuk menyediakan resepi sup belut ini. Hidangan sup belut paling enak dimakan dengan nasi putih panas dan beberapa lauk lain seperti sambal belacan dan sebagainya. Kini sup belut mudah didapati di Lembah Kelang terutama di restoren Ala-Thai dengan pelbagai resepi masakkan. Artikel malam ini saya menulis lagi dari Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai sup belut dan apakah dia belut serta khasiat belut tersebut untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.
Pada penulis blog memang banyak cara memasak sup belut bergantung kepada citarasa dan kehendak tekak kita. Daging belut segar akan mempastikan keenakkan sup belut. Bahan-bahan asas yang perlu disediakan untuk memasak sup belut adalah seperti 0.5 kg belut yang perlu dipotong kecil dan sebaiknya bersihkan dengan membasuh bersama asam limau. Bahan ramuan yang perlu seperti 5 ulas bawang merah (dihiris), 2 ulas bawang putih (dihiris), 3 inci halia yang dihiris, Lada hitam dan lada putih yang ditumbuk (kuantiti mengikut citarasa), 3 batang akar ketumbar yang diketuk, 2 bungkus sup bunjut, 1 batang kayu manis, 3 kuntum bunga lawang, 7 kuntum cengkih, lengkuas, halis dipotong racik, air secukupnya untuk kuah dan semestinya perlu ada daun sup, daun bawang dan juga perahan jjus limau. Bagi menambah keenakknya boleh ditambah dengan 3 tangkai cili api ang diketuk dan juga sebiji buah 1 biji tomato yang dihiris. Jangan ketinggalan adalah bahan perisa iaitu garam secukupnya. Saiz potongan belut ini bergantung kepada kehendak kita sama ada 1 cm sehingga 4-5 cm panjangnya tetapi mesti sesuai dengan kaedah memasak dan memakannya. Jangan buang tulang dan duri kerana daging belut akan hancur jika dimasak terlalu lama. Bagi memasaknya maka masukkan sedikit minyak untuk menumis dan dipanaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, hirisan halis, bungkah lengkuas dan bahan hiris sehingga wangi. Kemudian ditambahkan secukupnya air dan sup bunjut dan setelah mendidih maka masukkan belut dan bahan-bahan lain. Bagi sentuhan terakhir sebaiknya diberikan rasa masam dengan memasukkan air limau serta sedikit garam secukup rasa. Sup belut ini sudah sedia untuk dihidangkan dan enak dimakan semasa masih panas-panas lagi dan perut kita sedang lapar nasi waktu makan.

Pada penulis blog haiwan belut ini memang geli apabila melihatnya panjang, licin dan berlendir serta bukan jenis haiwan yang sesuai dijadikan haiwan kesayangan. Belut (Anguilliformes) merupakan sejenis order ikan yang mempunyai badan panjang tanpa anggota tangan atau kaki. Hasil rujukkan di internet, dikatakan belut mempunyai 4 suborder, 19 famili, 110 genus dan 400 spesies belut. Kebanyakan belut juga merupakan haiwan pemangsa (Ppredator) seperti ikan kecil dan sebagainya. Belut lazimnya akan tinggal di dalam air sama ada dalam air tawar, air payau atau air masin dan sebahagian belut sebenarnya tingga dilaut. Cuma belut dari famili Anguillidae tinggal di kawasan air tawar. Sesetengah belut suka bersempunyi di dasar laut iaitu sehingga 4,000 meter bagi sepeti jenis Synaphobranchidae dan lazimnya kebanyakkan beut bergerak melalui berenang. Di Malaysia dan negara ASEAN lain terdapat belut popular iaitu Belut Sawah. Belut Sawah (Monopterus albus) adalah sejenis ikan dari keluarga Synbranchidae (belut) yang mempunyai nilai ekonomi dan ekologi dalam ekosistem semulajadi. Belut sama seperti ikan boleh dimakan sama ada ianya digoreng, dimasak dengan sos asam pedas, dibuat sup belut atau digoreng kering sebagai makanan ringan. Secara ekologi lazimnya haiwan licin belut ini sangat sesuai untuk dijadikan indikator pencemaran disekitar sawah padi diman lazimnya belut mudah beradaptasi. Lenyapnya belut menandakan kerosakan pada ekosistem dimana hidupan ini boleh hidup.
Dalam dunia tersebut haiwan belut dianggap sebagai haiwan pemangsa yang ganas di lingkungan paya dan sawah. Makanannya ikan kecil, cacing, krustasea dimana lazimnya belut aktif pada malam hari. Haiwan ini dapat mengambil oksigen terus dari udara dan mampu hidup berbulan-bulan tanpa air iaitu asalkan persekitarannya tetap basah. Haiwan ini bahkan mampu menyerap oksigen melalui bahagian kulitnya. Belut pada kebiasaaannya akan bersarang di dalam lubang berlumpur dan menunggu mangsa yang melaluinya. Ia mudah di tangkap dengan memancing (Sila lihat foto disebelah) menggunakan umpan sesuai atau di tuba dimana ia akan keluar dan mabuk atau mati. Walaupun belut didakwa berasal dari tropika tetapi dilaporkan jenis belut sawah diketahui dapat bertahan hidup melepasi musim sejuk dengan suhu keliling sangat rendah. Hebatnya pada kombinasi sifat-sifat yang dimiliki belut membuatnya menjadi haiwan yang dianggap berbahaya bagi persekitaran yang bukan habitatnya. Secara umumnya belut mempunyai ukuran maksimum adalah 1meter walaupun yang banyak dimakan paling panjang 40 cm sahaja terutama jenis Belut Sawah. Uniknya belut ini jenis ikan yang tidak memiliki sirip kecuali sirip ekor yang memanjang. Bentuk tubuhnya menyerupai tabung dengan tubuh licin, tanpa sisik. dengan warna bervariasi namun warna biasa adalah kecoklatan hingga kelabu. Belut merupakan haiwan hermaprodit dimasa muda merupakan belut betina dan bersarang di lubang untuk meletakkan telur-telurnya pada buih-buih di air yang cetek. Jika telur menetas maka kan keluarlah belut muda yang semuanya betina. Dalam usia lebih tua perkembangan berikutnya biasanya belut ini akan menjadi belut jantan.
Dalam para terakhir mengenai sup belut dan khasiat belut baik penulis blog kongsi info dengan pembaca blog anim agro. Haiwan belut mempunyai nilai pemakanan yang tinggi dimana secara keseluruhan didalam daging belut terkandung kebaikan yang banyak. Di antaranya termasuk kolesterol, sodium, protein, air, kalori belut sawah berkhasiat tinggi, asid lemak tidak tepu Omega-3, Asid lemak tak tepu, Total Omega-6, Vitamin A, C, E (Alpha Tocopherol), Thiamin, Ribofl avin, Niacin, Vitamin B6, Folate, Vitamin B12, Pantothenic Acid, Choline, Kalcium, Zat besi, magnesium, fosfor , potassium, sodium, Zinc, Mangan dan Selenium. memang panjang senari mineral didalam belut dimana ia sesuai untuk dijadikan sumber khasiat . Lazimnya seekor belut sawah gred standard boleh didapati yang beratnya hanya 204 gram saja. Dalam perubatan tradisional apa yang penulis blog dapat info adalah dimana belut dikatakan boleh membantu mengubati penyakit seperti buah pinggang, lelah, darah gemuruh, lemah tenaga batin dan penyembuhan luka pembedahan. Khusus kepada pengidap buah pinggang adalah dipercayai dimana belut dimakan hidup-hidup ataupun dipanggang terlebih dulu sesuai untuk dimakan. Limpa belut dipercayai mampu mengubati penyakit lelah caranya dengan ambil limpa belut salai dan ia kemudian dibakar hangus akan dimakan bersama seulas bawang putih dan serbuk halia. Selain itu amalan meminumnya reneh sup belut dikatakan mampu mengubati penyakit lelah. Sup belut juga mampu mengubati penyakit darah gemuruh dan juga didakwa mampu mengatasi masalah lemah tenaga batin. Pesakit yang baru selepas pembedahan sesuai makan sup belut bagi menyembuhkan luka dan kesan pembedahan dengan lebih cepat. Didakwa jika kerap memakan belut adalah dipercayai ia dikatakan boleh menguatkan daya tahan tubuh, menormalkan tekanan darah, menghaluskan kulit, mencegah penyakit mata, menguatkan daya ingatan. Penulis blog gembira dapat makan sup belut ini dimana mungkin ramai dikalangan pembaca belum menikmati sup belu ini. Semuga tulisan malam ini dalam anim agro technology mampu memberi info kepada anda semua. Wasallam!!!...
SUP BELUT... YANG DIGORENG SAMA...
HIDANGAN ENAK... IA ISTIMEWA JUGA...
BANYAK KHASIAT... KEPADA YANG SUKA...
YANG GELI DAN TAKUT... BACA BLOG SAJA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 8005, Executive Floor,
Hotel Perdana, Kota Bharu,
Kelantan, Malaysia.
(21 Syawal 1439H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.