DURIAN (Durio zibethinus Murr) merupakan sejenis buah-buahan tropika yang sangat popular di Asia khususnya di Asia Tenggara seperti Malaysia, Thailand, Indonesia dan sebagainya. Buah durian ini hanya dikenali oleh orang-orang barat semenjak zaman kolonial Belanda sekitar tahun 1912 dimana, walau pun ada diantara mereka yang mengatakan bau durian itu busuk (Skunk of the orchard) tetapi durian mempunyai rasa sangat sedap (Morstesen and Bullard , 1964). Sehingga kini pun penulis blog dimaklumkan apabila pernah diberitahu dimana buah durian dihalang untuk dibawa masuk kedalam bilik hotel kerana baunya yang kuat akan menganggu penghuni hotel yang lain akibat edaran udara di dalam sistem berhawa dingin. Saya dapati kebanyakan hotel di Malaysia, Indonesia dan Thailand membuat peraturan dan papantanda menghalang buah durian dan buah Manggis untuk dibawa masuk kedalam bilik penginapan dihotel-hotel. Buah Durian akan menyebabkan ada bau durian yang kuat dalam hotel sementara getah manggis juga boleh sebabkan warna hitam yang merosakan cadar tilam atau langsir dalam hotel. Penulis beberapa kali membuat rujukkan dari buku terkenal mengenai buah durian iaitu karangan Suranat Subhadrabandhu dan Saichol Ketsa dari Thailand dalam bukunya berjudul 'Durian - King of the Fruit'. Dakwanya durian merupakan tumbuhan natif dari kawasan di Malaysia dan juga Thailand tetapi kini telah disebarkan ke kawasan lain seperti di Sri Lanka, Selatan India, Myanmar, Vietnam, Filipina, New Guinea dan terkini ia telah banyak di tanam di Australia Utara. Di Malaysia sahaja terdapat seluas 104,655 hektar tanaman durian dilaporkan oleh Jabatan Pertanian pada tahun 2011 dengan penghasilan sebanyak 300.47 juta metrik tan yang bernilai RM 1.40 billion pada tahun 2016. Terdapat banyak spesis durian dan jenis yang popular ditanam adalah Durio ziberthinus Murr. . Antara spesis lain yang boleh dijumpai dibeberapa lokaliti seperti di Borneo, Indonesia dan Thailand adalah seperti durian dinamakan sebagai Lai (Durio kutejensis), Keratongan (Durio oxleyanus) atau dikenali dengan nama ''Hairy durian'', Tabelak (Durio graveolens) atau ''Red Durian'' dan Lahong (Durio dulcis) atau jenis durian berbau kuat. Spesis tersebut adalah spesis yang jarang kita jumpa. Durian dahulu dalam pengkelasan adalah dibawah Order Malvales iaitu didalam Keluarga Bombaceae. Keluarga Bombaceae yang mana ia mempunyai 200 spesis dimana genus Durio mempunyai 28 spesis yang mana 19 spesis daripadanya terdapat hanya di kepulauan Borneo. Banyak tu! . Daripada 19 spesis tersebut, didapati sebanyak 14 spesis terdapat di Sabah dan 16 spesis di Sarawak (Abang Mokhtar, 1991). Adakah spesis-spesis ini telah diambil dan digunakan untuk program pembiakbakaan oleh negara lain ?. Artikel subuh Jumaat ini saya menulis dalam ''Anim Agro Technology'' mengenai bermacam-macam kisah mengenai buah durian seperti dilaporkan oleh akhbar tempatan untuk dikongsi bersama anda semua.
Kes pertama berkaitan dengan tajuk akhbar ''Penuh durian curi'' dimana sepasukan anggota polis telah berjaya memeriksa dan menangkap kenderaan yang digunakan suspek (Sila lihat foto disebelah). Berita sensasi ini dilaporkan berlaku di Daerah Segamat, Johor dimana seorang lelaki berusia 34 tahun ditahan polis kerana mencuri durian di dusun di Kampung Tengah pada jam 2 petang. Dilaporkan pada masa sama hasil dari siasatan polis mendapati kereta jenis Perodua Kembara digunakan suspek juga adalah merupakan kenderaan curi. Menurut Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Raub Selamat berkata dimana lelaki terbabit ditahan ketika pihaknya melakukan rondaan mencegah jenayah di kawasan berkenaan. Dakwanya ketika dihampiri pihak polis didapati suspek terus menghidupkan enjin kenderaan. Pihak Polis menahannya dan pemeriksaan di bahagian belakang kereta Perodua Kembara itu menemui guni dipenuhi dengan buah durian. Pemeriksaan lanjut pada nombor pendaftaran pada Perodua Kembara itu mendapati ia menggunakan nombor pendaftaran kereta Proton Saga. Polis mendapati durian yang dicuri bernilai RM500 dan ujian air kencing mendapati suspek positif Methamphetamine iaitu dadah. Suspek yang mempunyai empat rekod jenayah lampau berkaitan dadah direman tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri. Kes ini menunjukkan dimana buah durian pun ada nilai untuk dijadikan bahan curi bagi mendapatkan dadah!.
Dalam kes kedua mengenai macam-macam durian laporan akhbar bertajuk ''Mat Salih 'hantu' durian'' dimana ada satu berita iaitu Mat Salleh bernama Justyna dan Simon menikmati durian ketika berkunjung ke Sabah. Mereka dilaporkan boleh makan durian antara
15 - 30 biji sehari (Sila lihat foto disebelah). Mereka telah makan untuk sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam. Pasangan pengembara Eropah dikenalpasti sebagai Justyna Stolklosa berusia 38 tahun dan teman lelakinya En Simon Beun yang berusia 25 tahun. Memang mendengar cerita ini bunyinya agak pelik memandangkan kebanyakan pelancong Eropah akan mengelak daripada raja buah itu kerana tidak gemar rasa dan baunya. Bagaimanapun bagi pasangan ini mereka sudah terpikat dengan durian. Malah minat terhadap durian dan buahan eksotik membawa pasangan itu mengembara ke beberapa negara di Asia Tenggara iaitu sejak dua tahun lalu. Dalam pada itu Justyna yang berasal dari Belgium berkata, dia dan teman lelakinya mengamalkan gaya hidup fruitarian, sejak empat tahun lalu. ''Fruitarian'' adalah amalan diet hanya berasaskan buah-buahan. Bagaimanapun kini mereka hanya berpeluang mencuba durian di Belgium iaitu kira-kira dua tahun lalu. Durian itu diimport dari Thailand. Ketika mencuba durian buat pertama kali mereka telah melihat teksturnya agak kompleks berbanding buah lain seperti epal dan pisang dimana dengan sedikit rasa seperti madu dan pudina. Mereka mendakwa sebenarnya mula menggemari durian ketika mengembara di Bali. Walaupun hanya makan buahan, namun ia sudah cukup memberi kami tenaga bagi melakukan pelbagai aktiviti ketika mengembara. Justyna berkata dia dan teman lelakinya yang telah mengamalkan makan durian bersama air kelapa.
Meneruskan laporan tersebut mereka berdua dilaporkan boleh makan durian tanpa makanan lain, katanya ketika ditemui di gerai menjual buahan dikawasan gerai di Segama, Kota Kinabalu, Sabah. Sementara itu Mr Simon yang berasal dari Poland berkata durian adalah buah pertama yang mereka cari di setiap destinasi yang tuju kerana keunikan raja buah itu. Walau ramai pelancong asing tidak gemar menikmati durian, namun ia berbeza bagi kami kerana beranggapan raja buah ini mempunyai rasa unik dan tidak terdapat pada buahan lain. Secara peribadi dia memang saya suka makan durian, Ini keana buah-buahan terutama di Borneo mempunyai keistimewaannya tersendiri. Selain durian dikatakan pasangan itu turut gemar menikmati rambutan, tarap, cempedak dan bambangan. Simon berkata yang mereka turut merakamkan pengalaman mengembara sambil menikmati pelbagai buahan tempatan menerusi Instagram. Ditanya selepas ini lagi mereka akan melawat Bali. Ini memandangkan musim durian baru saja bermula di sana. Kami mahu menikmati keistimewaan musim buahan di sana. Penulis blog dapati memang ada jenis manusia pelik seperti ini yang menjadikan buah durian semakin berharga.
Kes ketiga pula bertajuk iaitu ''Durian Musang King cecah RM800 bagi 1kg'' merupakan senario berlaku masa kini. Berita yang dipetik dari Seremban, Negeri Sembilan 2017 ini menyatakan kadar permintaan tinggi terhadap durian jenis Musang King (D197) menyebabkan harga raja buah terbabit melonjakkan sehingga mencecah RM800 sekilogram di luar negara. Ia berikutan buah berkenaan mendapat sambutan baik terutama dari negara China, Singapura, Hong Kong dan Australia sekali gus memberi impak kepada harga di pasaran tempatan yang mencecah antara RM60 sehingga RM100 sekilogram. Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Sembilan Mat Iesak Ngathinee berkata, disebabkan itu pihaknya juga telah menggalakkan usahawan menceburi penanaman durian Musang King yang mampu memberi pulangan lebih lumayan selain menjana hasil baik sama ada untuk pasaran tempatan mahupun luar negara. Kini Jabatan yang mencari mereka berminat untuk lebih ramai mengusahakan penanaman itu dengan sasaran 50 peserta membabitkan keluasan satu hektar tanah bagi setiap seorang bermula tahun depan. Peserta yang berminat perlu berhubung dengan pegawai pertanian di daerah masing-masing untuk mendapatkan maklumat lanjut. Kami akan membantu daripada segi baja dan khidmat nasihat,” katanya selepas program Hari Ladang Peringkat Daerah Seremban di Balai Raya Kampung Gebok, di sini, kelmarin. Majlis itu dirasmikan Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Chong Sin Woon. Ini menunjukkan buah durian telah menjadi sejenis tanaman yang semakin mendapat perhatian dikalangan petani yang mempunyai dudun durian diseluruh negara.
Dalam macam-macam durian dilaporkan kes ke 4 dengan tajuknya ''Hati-hati beli durian, takut kena tipu'' dimana ia sering berlaku. Semasa membeli buah durian sebaiknya jangan terima saja dan sebaik-baiknya periksa hasil timbangan berat durian yang dibeli dan alat penimbang yang digunakan (Sila lihat foto disebelah). Itu yang perlu anda semua dilakukan penggemar durian bagi mengelak ditipu penjual durian yang mahu mendapatkan untung berlebihan. Dalam viral pada Sabtu lalu, video yang berdurasi 41 saat tular menunjukkan anggota penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menimbang sebiji durian dengan menggunakan dua penimbang berbeza di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. Berat asal sebiji durian hanya dua kilogram namun apabila ditimbang ia menjadi lebih tiga kilogram angkara oleh kelicikan peniaga durian. Bagaimana pun kes seperti ini akhirnya peniaga dan ativiti jualan peniaga itu disita oleh DBKL. Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kuala Lumpur, Ummi Nasrah Othman berkata, pihaknya mengalu-alukan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai penipuan seperti itu melaporkan segera kepada KPDNKK. Antara gerai menjual durian yang telah diperiksa anggota KPDNKK KL di sekitar Kuala Lumpur. Orang ramai boleh membuat aduan di e-Aduan atau boleh menghubungi talian 1800-88-6800 atau terus ke pejabat KPDNKK. ''Jadilah pengguna bijak''. Menurutnya hasil dari susulan video tular itu sebanyak 52 gerai durian di sekitar Kuala Lumpur diperiksa pihaknya. Operasi dijalankan selama dua hari bermula Sabtu hingga Ahad lalu. Antara lokasi pemeriksaan termasuk di Cheras, Setapak dan Kampung Baru. Operasi Ops Durian itu dijalankan susulan video tular di laman sosial mengenai peniaga durian menggunakan penimbang tipu. Hasil pemeriksaan mendapati dua gerai gagal mempamerkan tanda harga bagi durian yang dijual manakala dua lagi gerai yang mana penjualnya berusia lingkungan 40 hingga 50-an menggunakan alat timbang yang tidak ditentusahkan (tiada pelekat tanda penentusahan). Biasanya "Alat 'Standard Weight' digunakan bagi tujuan menentukan ketepatan alat timbang perniaga dan mendapati semua alat timbang yang diuji periksa adalah tepat timbangan. Akhirnya peniaga dikenakan tindakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 dan Akta Timbang dan Sukat 1972. Semuga laporan akhbar mengenai kes-kes buah durian dalam artikel kali ini yang dipaparkan didalam blog anim agro technology kali ini memberi info berguna kepada anda pembaca semua. Wasallam!!...
LAPORAN AKHBAR... RAMAI YANG PERCAYA...
MUSIM DURIAN.. RAMAI DAKWA SAUDARA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Cendana,
Persimpangan Bukut Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(4 Ramadan 1439H).
Posted from:
Room 743, Hotel Mariott,
Putrajaya, WP, Malaysia.
(11 Julai 2018).

KES BUAH DURIAN ... MACAM-MACAM CERITA...
ADA YANG MELUCUKAN...JENAYAH PUN ADA...LAPORAN AKHBAR... RAMAI YANG PERCAYA...
MUSIM DURIAN.. RAMAI DAKWA SAUDARA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Cendana,
Persimpangan Bukut Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(4 Ramadan 1439H).
Posted from:
Room 743, Hotel Mariott,
Putrajaya, WP, Malaysia.
(11 Julai 2018).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.