Support My Blog

Sunday, July 29, 2018

IKAN EMPURAU - BOLEH DITERNAK???


IKAN EMPURAU (Tor tambroides) iaitu daripada keluarga - Cyrpinidae atau IKAN KELAH merupakan sejenis ikan air tawar yang sangat eksotik dan merupakan antara jenis ikan air tawar termahal semasa ini. 
Pada saya di Semenanjung Malaysia ikan ini lebih popular dengan penggilan Ikan Kelah (bahasa Inggeris adalah Mahseer) merupakn sejenis ikan kap dalam keluarga Cyprinidae yang bersisik besar dan merupakan ikan untuk aktiviti sukan (sport fishing) yang digilai dan banyak terdapat di India, Indonesia, Malaysia dan secara amnya di Asia Selatan. Ikan jenis Golden Mahseer pernah dilaporkan seenis ikan kelah yang besar hingga mencapai 2.75 meter (9 kaki) panjangnya dan 54 kilogram (118 paun) beratnya walaupun spesimen sebesar ini jarang dijumpai pada hari ini. Pada keadaan biasa dilaporkan Ikan Empurau atau IkanKelah ini mendiami di sungai serta tasik dan naik sehingga ke anak sungai yang ada arus deras serta dasar sungai yang berbatu-batan untuk membiak. Pada umumnya ia serupa dengan jenis ikan kap yang lain iaitu mereka juga ikan merupakan omnivor dan makan bukan sahaja alga, krustasia, serangga, katak, dan ikan yang lain, tetapi juga buah-buahan yang jatuh daripada pokok-pokok di atas. Kalau di Malaysia ikan Empurau lebih sinonim di Negeri Sarawak sebagai Ikan Ingegebious. Ia merupakan spesis ikan air tawar yang mahal sehingga terkenal diseluruh dunia. Pernah dilaporkan seorang Tycoon Jutawan daripada Hong Kong datang ke Kuching dengan jet peribadinya semata-mata ingin menikmati hidangan ikan empurau yang harganya mencecah ribuan ringgit. Ikan empurau merupakan ikan eksotik yang sukar didapati dalam keadaan liar semulajadi dan kadar pembiakan dan tumbesaran lambat menyebabkan ia menjadi mahal. Walau pun di negara Barat ikan seperti ini sebagai delikasi jenis ikan kap, ikan empurau didakwa mempunyai daging isi yang lebih enak dengan tekstur yang lebih kenyal. Dalam keadaan semulajadi ikan empurau ini makan buah-buahan daripada tumbuhan tebingan sungai sepanjan sungai. Ini menyebabkan rasa ikan empurau adalah berkrim, savor, manis sedikit dengan ada bau seperti buah-buahan. Artikel petang Khamis ini sempena cuti Awal Puasa (1 Ramadan) bagi Negeri Johor saya menulis dalam''Anim Agro Technology'' mengenai Ikan Empurau sama ada ianya boleh diternak kerana amat sukar untuk mecarinya secara semulajadi.


Dalam beberapa kali laporan akhbar tempatan ada dinyatakan bahawa ikan empurau merupakan ikan eksptik yang mahal dan sukar untuk mendapatkannya. Satu akhbar dengan judul "Raja sungai boleh diternak'' dinyatakan oleh Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Profesor Datuk Dr Kadim Suaidi (kanan) bersama ikan yang terdapat dalam projek sistem tagang ketika lawatan ke tapak Projek Pemerkasaan dan Transformasi Tangang Komuniti. Ini merupakan satu projek pemerkasaan dan transformasi Tangang Komuniti Sarawak. Apabila ada dakwaan bahawa ikan empurau pernah dilaporkan mencecah harganya sehingga RM17,000 seekor!. Itulah yang perlu dibayar untuk membeli seekor ikan empurau seberat 20 kilogram (kg) untuk dijadikan hidangan eksotik istimewa. Ikan Empurau yang digelar ‘raja sungai’ memang dikatakan paling sukar diperoleh kerana hanya hidup di habitat semula jadi iaitu hulu sungai yang berarus deras, jernih dan berbatu. Di Sarawak didapati ikan empurau atau dikenali nama saintifiknya Tor Tambroides (Valenciennes) boleh didapati di kebanyakan sungai utama di negeri itu seperti Rejang, Sungai Baram dan juga Sungai Limbang. Harganya pula mencecah RM850 sekilogram dimana memang dimaklumkan sentiasa ada permintaan yang tinggi dikalangan pelancong ditambah pula dengan populasinya yang makin menurun di habitat semula jadi menyebabkan harga ikan ini terus meningkat.


Lantaran itulah maka Jabatan Pertanian Sarawak (JPS) cuba mengkomersialkan penternakan ikan ini selain dari berusaha memulihara habitatnya bagi memastikan ia tidak pupus. Menurut Pembantu Perikanan di Jabatan Pertanian Sarawak Learned Musa Bandang mennyatakan Jabatan Pertanian Sarawak (saya pernah bertugas di jabatan ini pada tahun 1995 -1977) mereka mewujudkan dua lokasi menggunakan sistem tagang bagi memastikan pengawalan dan pemuliharaan ikan empurau di negeri itu. Sistem tagang diwujudkan di kawasan Sungai Engkatit Yong dan Sungai Tisa Yong di Kapit yang dikenal pasti sebagai habitat semula jadi pembiakan ikan itu. Pada masa ini sistem tagang adalah satu perkongsian pintar antara masyarakat setempat dengan JPS bagi melindungi, memulihara dan menguruskan sumber perikanan sungai di kawasan-kawasan yng terpilih. Sistem ini bermaksud larangan menangkap ikan dalam sungai. Larangan itu ditetapkan Jawatankuasa Tagang yang ditubuhkan di kawasan kampung terpilih. Penangkapan ikan ini juga dilakukan secara terkawal. Dalam pada itu  Learned berkata ketika ditemui di ruangan pameran JPS sempena sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Pering­kat Kebangsaan (HPPNK) lokasi di Kota Samarahan, Sarawak. Kini kewujudan sistem itu secara tidak langsung berjaya melindungi dan memulihara ekosistem su­ngai supaya tidak rosak serta tercemar, selain mening­katkan pengeluaran ikan dan menjana pendapatan baru kepada masyarakat. Di Sarawak dakwanya sistem ini bukan saja dilakukan terhadap ikan empurau. Antara spesies ikan lain yang diternak menerusi sistem terbabit ialah semah, baung, kapiat, sebarau, bantak, lais dan kulong. Pemilihan ikan untuk sistem tagang bergantung kepada kesesuaian hidupan dengan kawasan terbabit. Misalnya, air Sungai Kedup di Kampung Terbat Mawang, Mongkos Serian tidak sesuai untuk penternakan empurau, tetapi sesuai untuk ikan semah dan baung dimana anak benih ikan terseut dilepaskan kedalam sungai (Sila lihat foto disebelah). Ini bagi mempastikan ikan tersebut akan didapati didalam sungai terilih.


Dalam pada itu di Sarawak dilaporkan sehingga kini terdapat 42 kawasan atau perkampungan me­ngamalkan sistem tagang. Sistem Tagang yang pertama dilancarkan pada tahun 2005 di Sungai Brayong, Long Tuyo. Tagang yang mana ia bermaksud sebagai pengawalan dan pemuliharaan dalam bahasa Iban berjaya menjadi sistem yang bukan saja berupaya meningkatkan sumber ikan air tawar di negeri ini, malah membantu mengurangkan penangkapan ikan secara haram. Menurut Learned, selain memelihara ekosistem ikan air tawar, projek tagang ikan empurau berpotensi dijadikan produk agro pelancongan dan memberi peluang kepada penyelidik menjalankan kajian spesies ikan itu. Kewujudan sistem tagang membantu membina semula habitat semula jadi populasi ikan terbabit. Selain kejayaan sistem tagang bagi ikan empurau ini, pelaksanaan projek lain yang berjaya membabitkan penternakan ikan tawar di negeri ini ialah di Kampung Terbat, Serian dan Long Lidung Lawas serta Limbang. Dalam pada itu, Learned berkata, hasil kajian JPS untuk memelihara dan memulihara empurau mendapati ia boleh diternak dalam kolam atau tangki konkrit. Walau bagaimanapun ia hanya boleh dilaksanakan dengan syarat kawasan penternakan itu mempunyai pengudaraan yang baik serta pergerakan dan kesesuaian air untuk pembesaran ikan. Ikan yang diternak diberi makanan palet berkualiti mengandungi sekurang-kurangnya 45 peratus protein mentah. Usaha pembiakan empurau berjaya dijalankan sejak tahun 2003 seperti dilakukan oleh Dr Elli (Sila lihat foto disebelah). Apa pun kualitinya tidak sama dengan ikan empurau liar iaitu termasuk melalui sistem tagang yang dilaksanakan JPS ketika ini. Perkara ini dijelaskan lebih lanjut mengenai ikan ini dimana ciri-ciri khas pada ikan empurau ialah mempunyai sisik besar berwarna perak gelap di bahagian atas dan agak cerah di bawah.


Biasanya ikan empurau mempunyai daging di bawah dagu dan jumlah sisik di bahagian garisan lateral ikan dewasa antara 20 -30 keping (Sila lihat foto disebelah)Di Sungai Rajang ada tiga jenis empurau iaitu Empurau Burak, Empurau Merah dan Empurau Chelum. Namun hasil kajian masih dijalankan untuk menentukan ikan ini adalah subspesies atau variasi kepada spesies sedia ada. Dalam pada itu biasanya anak ikan empurau boleh ditemui di kawasan sungai cetek manakala kebanyakan induk yang matang di air dalam. Ia lazimnya di hulu sungai yang berarus deras, jernih dan berbatu. Biasanya seekor empurau boleh mencapai berat lebih 20kg dan mencapai satu meter panjang. Ikan eksotik ini mempunyai isi lembut dan enak, sesuai dimasak dengan menggunakan kaedah kukus bagi mengekalkan citarasa kelazatannya. Buah-buahan seperti neram, maris, ara, perah, jambu air dan mata lembu yang gugur di permukaan air sungai menjadi makanannya. Maka tidak hairanlah empurau mempunyai keenakan yang tersendiri kerana ia memakan tumbuhan semula jadi yang tumbuh meliar di tebing sungai dan gugur di permukaan sungai. Walaupun empurau dikatakan banyak di kawasan Baleh dan Kapit, bukan semua nelayan dapat menangkapnya kerana ia agak liar. Nelayan tempatan biasanya menebarkan jala di lubuk empurau dan apabila masuk dalam perang­kap, ia akan terus ditang­kap menggunakan tangan. Nelayan perlu menjual empurau dalam keadaan hidup kepada pembeli kerana ia mempunyai nilai tinggi berbanding yang sudah mati. Malah biasanya  bagi masyarakat Cina jika memakan empurau dipercayai membawa tuah dan mereka sanggup berbelanja besar untuk menikmati ikan air tawar termahal ini. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
IKAN EMPURAU .. APAKAH DIANYA...
SANGAT TERKENAL..DIMANA-MANA...
SPESIS IKAN KELAH... LAIN CIRINYA....
HARGA MAHAL.. UNTUK ORANG KAYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1226, Hotel Hilton,
Kuching, Sarwak,
Malaysia.
(2 Ramadan 1439H).
Published from:
Anggerik Hostel, Intan Bukit Kiara,

Kuala Lumpur, WP, Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...