Support My Blog

Saturday, July 7, 2018

TAMBAH NILAI - BUAH MELAKA

BUAH MELAKA (Phyllanthus emblica L) adalah sejenis buah dari keluarga Euphorbiaceae yang kini menjadi salah satu pokok ikon kepada kerajaan Negeri Melaka. Kenalkah anda semua dengan Kuih Buah Melaka?... Jangan keliru dengan 'Kuih Buah Melaka' berwarna hijau dengan kelapa parut yang mengandungi isi gula melaka atau pun di panggil juga sebagai 'Onde-onde' atau di kampong saya dipanggil sebagai 'Kueh Kelepon'. Pokok ini berasal dari kawasan Asia Tenggara dan terdapat juga tumbuh di India, Nepal, Selatan China dan sekitar Indo-China. Buah Melaka lazimnya di makan mentah dan mengandungi vitamin C yang tinggi serta serabut larut pektin yang membantu didalam mengurangkan kolesterol dalam darah. Banyak maklumat mengenai info tumbuhan ini yang kita tidak tahu kalau kita tidak membuat kajian dan membuat banyak rujukkan. Tidak mengapa kalau kita belum tahu. Penulis blog yang lama bertugas di Melaka dan membeli rumah di sana juga mendapati pokok Melaka pertama kali saya nampak di Negeri Melaka di Bandar Hilir hampir 20 tahun lalu yang ditanam sebagai satu ikon negeri tersebut. Saya pun tidak pasti pokok tersebut masih ada lagi atau tidak kerana sudah lama tidak berkunjung ke Bandar Hilir, Melaka. Pokok Melaka mempunyai bersaiz sederhana besar dan dengan batang yang tumbuh tegak dan kurus. Pokok ini mampu tumbuh setinggi 25 meter (Spesis liar dalam hutan) tetapi jika ditanam dikawasan lapang biasanya mencapai ketinggian sekitar cuma sekitar 8 meter atau lebih. Dahan yang banyak, bengkang bengkok dimana terdapat beberapa bonjolan pada bahagian bataang dan rantingnya. Daunnya kecil, ringkas, tirus yang memanjang dan berwarna hijau. Ukuran panjang daun sekitar 5 -20 mm dan lebarnya 1-5 mm sahaja yang tersusun dalam dua baris pada ranting membentuk seperti daun majmuk. Bunga jantan saya dapati berada dalam jambak yang keluar dari ketiak daun sementara bunga betina keluar secara tunggal.Berbeza dengan Kuih Buah Melaka adalah buat seperti bola atau bulat lonjong yang berwarna hijau ketika muda dan kemudian bertukar menjadi kekuningan coklat setelah masak. Buah yang kecil ini berukuran 13-20 mm dan lebar ukurlilit buah sekitar 23-30 mm yang keluar dari celah ranting daun. Buah yang masak ini didapati mengandungi air, karbohiderat, protin, lemak, serabut dan banyak pektin. Setiap 100 gram jus buah ini mengandungi 1,000 mg asid askorbik dan kajian menunjukkan kandungan Vitamin C dalam buah ini 20 kali ganda dari dalam buah oren. Apa yang hebat ialah kerana Vitamin C ini tidak hilang sepenohnya walau pun Buah Melaka di jeruk didalam air garam atau di proses dalam bentuk buah kering. Penelitian penulis blog mendapati dimana pada bahagian daun, kulit pokok, buah sangat kaya dengan kandungan Tanin yang bagus untuk kesihatan kita. Kajian di makmal juga menunjukkan kulit pokok dikeringkan dilaporkan mengandungi 10-20% Tanin, Ranting dikeringkan mengandungi 12-24% Tanin dan sementara Daun yang dikeringkan mengandungi 22 - 28% Tanin.  Artikel pagi Rabu ini dari Vienna, Austria saya menulis didalam "Anim Agro Technology" artikel yang ke 4,820 dengan kudrat dari Allah juga subuh jam 2.10 pagi mengenai teknologi berkaitan pokok buah Melaka untuk menafaat bersama.


Dalam sebuah akhbat tempatan Harian Metro ditulis oleh wartawan Mohd Husin dimana ia satu laporan mengenai kajian buah Melaka ini yang penulis blog rujuk dan tulis semula. Artikel bertajuk "Tambah nilai buah melaka" amat baik untuk dijadikan bahan rujukan dalam blog Anim Agro Technology yang dibaca lebih dari 250,000 orang sebulan. Pada muka depan dipaparkan wajah En Mohd Khairil memegang buah melaka yang diekstrak untuk dijadikan set penjagaan diri dan kosmeseutikal yang diberi nama M’blica. Pada penulis blog apabila disebut buah melaka terbayang di fikiran penulis sejenis kuih onde-onde yang cukup popular di negara ini. Walau pun ada anggapan penulis hakikatnya tersasar apabila buah melaka yang dimaksudkan adalah sejenis buah berwarna hijau untuk dijadikan produk kecantikan yang tumbuh di negeri Melaka saja (Sila lihat foto paling atas). Saya ada menulis artikel mengenai ppokok buah melaka lama dahulu untuk paparkan mengenai buah melaka (Sila klik disini) dan beberapa artikel lain berkaitan. Apa yang penulis blog lebih bangga dimana semasa bertugas di Melaka dahulu selama 14 tahun ada melihat pokok ini banyak ditanam di Bandar Hilir (kini sudah menjadi Kompleks Datarn Pahlawan dan pusat beli belah komersil). Laporan akhbat nyatakan En Khairil yang pernah bekerja sebagai pegawai penyelidik di Melaka Biotech berjaya menghasilkan produk berasaskan buah melaka diekstrak untuk dipasarkan. Menurut Pengarah Urusan Tropical Bioessence Sdn Bhd (TBESB), Mohd Khairil berkata syarikatnya memperkenalkan set penjagaan diri dan kosmeseutikal yang diberi nama M’blica. Penulis blog tidak tahu bagaimana nama ini diberikan namun percaya yang perkataan 'M' itu mungkin untuk 'Melaka'.


Dakwanya produk 'M’blica' juga adalah produk yang dihasil berasaskan ekstrak buah melaka. Katanya pokok melaka ialah sejenis pokok yang bersaiz kecil, sederhana dan mencapai ketinggian antara lapan hingga 18 meter (Saya sudah jelaskan dalam para 1). Ia juga mempunyai batang yang lazimnya bengkok dan dahannya terbuka luas selain mempunyai bunga berwarna kuning hijau. Dalam keadaan biasa biji buah melaka berwarna hijau kuning muda, berbentuk sedikit bulat dengan enam jalur tegak serta masak pada musim luruh dengan rasanya pahit dan masam. Buah melaka mempunyai kandungan asid askorbik yang tinggi. Selain itu didakwa ia juga mempunyai kandungan kumpulan Fenolik yang banyak seperti asid elagik, sid gallic, quecertin, kaempherol, emblicanins, flavonoids, glycosides dan tannin. Kesemua bahan ini adalah sumber antioksidan yang kuat. Kajian dilakukan terhadap asid askorbik di dalam buah melaka menunjukan terdapat aktiviti antioksidan yang tinggi sekitar 45 - 70 peratus. Hasil dari kajian juga menunjukkan ekstrak buah melaka didapati mempunyai kesan antibakteria yang tinggi. Ditambah dengan kehadiran kandungan vitamin C dan kumpulan fenolik yang tinggi dan terkenal sebagai ajen antioksidan hebat. Dakwanya lagi buah melaka dipercayai mampu mengurangkan masalah kedutan kulit, mengurangkan proses pigmentasi dan membantu kulit untuk memelihara kesan kelembapan secara semula jadi. Kajian invitro ke atas fibroblas kulit menunjukkan terdapat peningkatan terhadap bilangan sel dan penghasilan kolagen. Kini ekstrak buah melaka sememangnya bebas aktiviti pro-oksida sepenuhnya apabila ia dapat memanjangkan keupayaan untuk melindungi daripada kerosakan kulit disebabkan cahaya. Buah melaka juga amat bagus dalam merangsang pertumbuhan rambut dan mencegah pertumbuhan uban. Produk Mblica yang dihasilkan dalam kilang tersebut mematuhi piawaian sedia ada (Sila lihat foto disebelah). Ia memerlukan kepakaran yang baik didalam menghasilkan produk makanan kesihatan seperti ini.


Selanjutnya dinyatakan dari dari kajian menunjukkan kandungan terbitan vitamin C dan kompaun polifenolik meningkatkan sel Dermal Papila (DP), iaitu sel mesenchymal khusus yang memainkan peranan penting dalam mengawal atur kitaran pertumbuhan dan keguguran rambut. Sel DP bukan saja membekalkan nutrien akan tetapi ia turut menghasilkan banyak faktor pertumbuhan (growth factors) dan cytokines yang mempengaruhi pertambahan sel serta fungsi beberapa sel folikel (folliculars) yang dinamakan keratinosit (keratinosystes) dalam keadaan normal (Sila lihat foto sel tersebut disebelah). Kini berdasarkan penemuan yang memberangsangkan ini maka Syarikat TBESB telah mengambil langkah proaktif untuk menambah nilai kepada produk buah melaka dengan menghasilkan beberapa produk kecantikan dan penjagaan diri berasaskan ekstrak buah melaka. Sehingga kini difahamkan dimana produk M’blica ini dilancarkan di Milan, Itali pada semenjak 10 Jun 2015 iaitu semperna Expo Milano 2015 dan terus mendapat sambutan baik dikalangan pengguna. Pelancaran tersebut telah pun disempurnakan mantan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) masa itu iaitu Datuk Dr Ewon dengan kerjasama Malaysian Biotechnology Corporation (Bioechcorp). Kini diantara produk M’blica yang dihasilkan dari buah melaka ialah syampu rambut, gel mandian, losyen badan dan serum rambut (Sila lihat foto dibawah). Syarikat TBESB beroperasi sejak lapan tahun lalu dimana ia sudah mendapat status Bionexus yang dianugerahkan oleh pihak Malaysian Biotechnology Corporation Sdn Bhd dimana sehingga kini menghasilkan 50 produk Sutra yang dikategori sebagai Aromaterapi, Fragrance dan Wellness. Bagi menghasilkan produk itu syarikay ini telah menggunakan teknologi terkini iaitu Supercritical Fluid Extration (SFE) di dalam penyulingan minyak pati daripada tumbuhan dan ekstrak herba asli tanpa tambahan bahan pengawet serta kimia. Penulis blog dapati jika produk ini boleh dikembangkan diperingkat antarabangsa maka keperluan untuk menanam pokok buah melaka secara komersil tentunya ada. Maka perlu ada pakej amalan agronomi tanaman perlu disediakan oleh pihak berwajib. bagaimana pun sebaiknya ia mengambil kira dengan kaedah penanaman mengikuti MyOrganik Certification kerana nanti produk tersbut adalan untuk produk kommsetik dan juga kesihatan. Semuga tulisan disiapkan jam 2.51 subuh ini memberi info terbaik dari Aienna, Austria kali ini. Wasallam!!..

NAMA DIBERIKAN... BUAH MELAKA...
BERWARNA HIJAU... MASAM RASA....
BOLEH DIPROSES...PRODUK M'BLICA...
PERLU DITANAM... MYORGANIK CARA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert, 

No 30, Pratesterm Apartmeent,
Wolfgang Schmazl Casse,
18 - 20, Leopoldstradt,
Vienna, Austria.
(7 Syawal 1439H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...