MASAK LEMAK TELUR ITIK merupakan sejenis hidangan istimewa dikalangan masyarakat Malaysia dimana ia sering dihidangkan dibeberapa majlis keramaian, kenduri dan makanan ahli keluarga. Lauk ini juga sering dihidangkan dibeberapa buah restoren terutama restoren yang biasanya menyediakan makanan Melayu Tradisional. Penulis blog memang suka makanan ini terutama untuk hidangan makan tengahari (lunch) atau pun adakalanya dihidangkan pada waktu makan malam. Sesuai dimakan dengan nasi panas ia membuka selera apabila aroma dan warna kekuninan dipancarkan daripada hidangan masak lemak telur itik. Bergantung kepada citarasa dan kemahiran tukang masak, lazimnya resepi yang paling disukai ramai adalah jenis masak lemak telur itik cili padi yang pedas, lemak dan enak. Kaedah masakan lauk unik ini ada berbagai daripada yang mudah dan simpel kepada yang komplikated dengan pelbagai campuran lain dan hiasannya. Lauk ini adalah jenis makanan yang berkhasiat kerana mengandungi tinggi protin, lemak dan vitamin. Telur itik mengandungi Vitamin A yang cukup tinggi, iaitu sekitar 472 IU vitamin A, yang mampu memenuhi 9.4 peratus yang diperlukan, selain amat baik untuk kesihatan mata, tulang dan gigi serta membantu menguatkan sistem imuniti. Dalam sebiji telur itik juga terdapat 0.9 mg vitamin E, yang mewakili 3 peratus daripada keperluan seharian tubuh badan yang dapat memelihara sistem pencernaan dan metabolisme serta berperanan sebagai antioksidan terhadap penyakit. Selain itu didakwa kandungan mineral seperti fosforus, kalsium, kalium dan zat besi merupakan sumber yang ideal bagi tubuh kita. Kini dengan harga yang lebih murah daripada daging atau susu, makin ramai memilih telur itik untuk memenuhi keperluan protein sehari-hari. Selain itu, telur itik mentah juga biasa dibuat telur asin. Kaedah menyediakannya juga mudah kepada mereka yang pandai memasak dan rajin masuk dapur. Kos untuk membuatnya juga amat murah berbanding dengan laukpauk lain yang berasaskan daging dan telur. Penulis baru-baru ini berkunjung kerumah saudara di Melaka yang mana dihidangkan dengan lauk masak lemak telur itik dengan nasi putih untuk makan tengahari. Artikel subuh ini saya menulis dalam ''Anim Agro Technology'' mengenai makanan istimewa iaitu masak lemak telur itik untuk dikongsi dengan pembaca semua.
Resepi masak lemak telur itik ini berbeza-beza mengikut negeri dan kehendak tukang masak. Kalau hidangan ini dibuat di Negeri Sembilan dan Melaka mereka lazimnya akan masak dengan cili api yang pedas menyengat sebaliknya di sebelah Kelantan dimasak dengan kurang pedas. Diantara bahan-bahan yang diperlukan untuk masak dengan pedas makanan ini adalah mengunakan 5 ulas bawang merah, 15 cili padi, 1.5cm kunyit hidup, sehelai daun kunyit yang perlu dikoyak-koyakkan, sebatang serai yang perlu diketuk, 2 cawan santan kelapa, 4 biji telur itik segar dan juga perisa seperti garam, gula dan sebagainya. Pada penulis blog resepi asas memasak untuk satu keluarga mudah dimana pertama sekali perlu ditumbuk bawang merah, cili padi dan kunyit sehingga lumat dalam lesung. Kemudian bahan ramuan ini dimasukkan dalam periok atau kuali bersama dengan ramuan lain iaitu bahan yang telah ditumbuk bersama daun kunyit, serai dan santan ke dalam periuk. Didihkan di atas api yang perlahan dan dikacau agar tidak hangus. Kemudian dipecahkan telur sebiji demi sebiji ke dalam kuah tadi dan biarkan membeku dimana elakkan telur tersebut dikacau kerana ia akan tidak berketul (Sila lihat foto disebelah). Akhirnya perlu dimasukkan garam secukup rasa dan biarkan sehingga telur masak. Perlu diingatkan agar jangan kerap dikacau bagi mengelakkan telur hancur. Makanan ini sudah sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas dengan rasa yang pedas.
Bagi resepi yang mana ia kurang pedas diperlukan bahan yang hampir sama iaitu 5 biji telur itik, 450ml santan kelapa pekat, 1-2 keping asam keping, garam dan gula secukup rasa dan bagi bahan ramuan perlu disediakan 5 ulas bawang merah, 1cm kunyit hidup, 1 batang serai, 1 biji cili merah dan 1 biji cili hijau. Bagi masakkan jenis ini disyorkan kalau ada belimbing buluh pun sesuai. Mula-mula bahan ramuan seperti bawang, serai, kunyit hidup, cili dikisar didalam blender sehingga lumat. Seterusnya perlu juga dimasukkan bahan santan kelapa, asam keping, bahan kisar, garam dan gula dalam periuk dan sentiasa dikacau dengan api yang dikawal kepanasannya. Panaskan di atas api yang perlahan sambil dikacau sentiasa supaya tidak pecah minyak. Kemudian apabila santan kelapa hampir sahaja menggelegak pecahkan telur sebiji-sebiji sambil dikacau perlahan. Sebaiknya jangan masak terlalu lama kerana nanti akibatnya telur itik akan menjadi keras tidak berapa sedap. Kemudian tuup api dan masukkan didalam mangkuk hidangan dengan hiasan daun kunyit yang dihiris dan ia sedia untuk dimakan (Sila lihat foto disebelah). Resepi jenis ini sesuai dimakan oleh orang dewasa dan juga kanak-kanak berbanding dengan resepi masakan masak lemak telur itik cili api yang pedas. Dalam beberapa rujukkan penulis blog dapati manfaat telur itik yang dikaitkan dengan kesihatan tubuh manusia dimana setiap sebiji telur itik memiliki 9 gram protein yang mampu memenuhi 18 peratus protein yang diperlukan tubuh manusia setiap hari untuk membaiki dan memelihara sel-sel dalam tubuh, terutamanya setelah kita berolahraga.
Dalam pada itu telur itik memang mudah dibeli di pasar atau pasar tani atau pun kedai runcit. Harganya juga masih berpatutan untuk telut itik segar mahu pun telur itik masin. Kini ada dakwaan dimana ramai yang mendakwa makan telur dalam jumlah yang banyak boleh menjejaskan kesihatan kerana tahap kolesterol yang tinggi. Namun adakah benar fakta tersebut?. Dalam satu artikel yang penulis buat rujukkan sebenarnya mengamalkan memakan telur ayam atau telur itik adalah baik kerana ia memang diakui banyak khasiatnya. Ia adalah makanan asli yang ideal dan diterima sebagai diet harian manusia di seluruh dunia. Itik juga merupakan sejenis ternakan yang boleh dipelihara sendiri dikawasan rumah yang sesuai (Sila lihat foto disebelah). Sebenarnya sejak turun-temurun lagi telur ayam dan kadang kali bagi penduduk kampung telur itik dan angsa menjadi makanan menyihatkan dan ubat bagi pelbagai penyakit. Cara penyediaannya juga mudah dimana ia boleh dimasak dengan pelbagai cara sama ada separuh masak, tiga suku masak, rebus, goreng, sambal, kari dan sebagainya dan artikel ini mempaparkan masak lemak. Selain itu popular juga telur ayam kampung dimana ia boleh dijadikan penawar atau ubat tradisional bagi merawat pelbagai penyakit. Permintaannya sangat tinggi untuk telur ayam kampung dan telur itik kerana ia mengandungi vitamin dan galian yang mencukupi hasil daripada pemakanan haiwan tersebut yang asli dan organik, iaitu bebas daripada bahan kimia. Sebiji telur ayam atau telur itik mengandungi lebih kurang 10 peratus cangkerang, 30 peratus kuning telur dan 60 peratus albumen (mengikut berat). Kandungan kimia telur ayam, telur itik dan telur puyuh tidak terlalu berbeza antara satu dengan lain, kecuali kandungan kolesterol telur itik adalah lebih tinggi sedikit iaitu lebih kurang 16.20 miligram bagi setiap gram kuning telur. Bahagian putih telur mengandungi protein albumin yang juga merupakan vitamin larut lemak. Apa yang agak unik adalah ia juga mengandungi sejenis lagi protein yang dipanggil avidin iaitu sejenis bahan antibiotik semula jadi yang amat berguna untuk melawan jangkitan mikro organisma yang dapat merosakkan telur tersebut. Antibiotik ini wujud bersama-sama dengan biotin dan akan musnah apabila dimasak. Kadar lemak dan kalori dalam telur adalah rendah tetapi ia kaya dengan sumber protein dan vitamin A. Bahagian kuning telur merupakan makanan yang mengandungi zat yang berbagai dan seimbang. Selain kolesterol ia mengandungi banyak zat-zat makanan yang penting, antaranya adalah 67 miligram sulfur atau lapan peratus daripada keperluan seharian. Semuga artikel dalm anim agro technology subuh ini memberi info berguna kepada anda semua. Wasallam!!!...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.