Support My Blog

Sunday, July 8, 2018

HEBAT PERANAN BURUNG PUNGGUK

BURUNG PUNGGUK (Tyto alba) merupakan spesis burung yang hebat. Berdasarkan kepada laporan akhbar bertajuk ''Burung Pungguk Selesai Masalah Tikus Di Subang Jaya'' iaitu satu laporan testimoni akhbar yang penulis blog dapati ia agak menarik untuk dikupas pada artikel kali ini. Burung Pungguk ini apa yang penulis blog ketahui memang digunakan secara meluas didalam kawasan sawah padi dan ladang kelapa sawit untuk mengawal populasi tikus. Tikus adalah haiwan perosak tanaman padi dan buah kelapa sawit serta tanaman lain iaitu didalam sektor pertanian dimana burung pungguk ini dikelaskan sebagai agen kawalan tikus secara biologi dalam Amalan Kawalan Perosak Bersepadu (APB). Terkini burung ini juga telah cuba digunakan bagi menangani masalah tikus di Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM) dengan cara menggunakan burung pungguk sebagai ejen biologi mengawal pembiakan haiwan terbabit. Terkini dilaporkan sebanyak 12 burung pungguk  telah berjaya ditempatkan di Subang Jaya, USJ dan Bandar Sunway dalam tempoh enam bulan sebagai satu inisiatif pertama dilakukan seumpamanya di Asia. Maklumat dari pegawai di MPSJ ada menyatakan projek perintis bagi cara mengawal populasi tikus di kawasan perbandaran itu turut mendapat kerjasama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan Buletin Subang Jaya dan SJ Echo. Sebelum ini MPSJ hanya memfokus kepada cara kaedah kawalan tikus dengan cara meletakkan racun tikus bagi tujuan mengawal peningkatan populasi tikus namun usaha tersebut kurang berkesan. Seterusnya  MPSJ terus berjaya menerima idea dimana penyelidikan dilakukan bersama pihak USM apabila pihak universiti tersebut menghubungi beliau. Perkara ini tidak menjadi asing bagi Jabatan Pertanian yang memang ada ramai pakar mengenai burung ini digunakan dikawasan sawah padi untuk mereka membuat rujukkan. Ini kerana ada perbezaan diantara persekitaran untuk burung pungguk tinggal di kawasan pertanian yang gelap dan sunyi diwaktu malam berbanding dengan suasana terang dan bising dikawasan bandar. Penulis blog juga fikir perlu ada 'kaedah penyesesuaian' untuk burung pungguk yang dibawa dari kawasan pertanian untuk tinggal dikawasan bandar ini. Sebaiknya gunakan burung pungguk yang diambil daripada kawasan bandar juga. Dilaporkan dimana masalah tikus didakwa pernah cetuskan kebimbangan awam dan penduduk setempat dimana pihak MPSJ cuba cari idea lain selain menggunakan racun dan perangkap. Jika usaha ini berjaya ia akan diteruskan ke kawasan lain. Bagi tujuan untuk merealisasikan hasrat tersebut maka pihak MPSJ memperuntukkan sebanyak RM50,000 selain ia turut mendapat tajaan hampir RM100,000. Artikel subuh ini didalam blog "Anim Agro Technology" saya berkongsi info dengan anda mengenai kehebatan burung pungguk dalam kedinginan suhu 12 Celcius dari Confort Hotel,Olomuc, Republic Czech.


Dalam satu laporan dinyatakan sejak dua tahun lalu hampir 8,500 ekor tikus berjaya ditangkap di kawasan MPSJ melalui beberapa kaedah. Diharapkan dengan menggunakan burung pungguk ia dapat mengurangkan jumlah populasinya didalam kawasan MPSJ iaitu pihak berkuasa tempatan (PBT) yang didakwa pertama melaksanakan projek tersebut. Burung dikenali sebagai Burung Pungguk Jelapang padi (BPJ) adalah spesies yang paling meluas digunakan kerana terdapat habitat sesuai di seluruh semenanjung Malaysia. Jabatan Pertanian apa yang penulis pernah bertugas puluhan tahun ada memberikan bantuan memasang rumah burung pungguk diatas sawah padi bagi tujuan mengawal tikus. Saya ada menulis artikel mengenai perkara ini dalam blog sama (Sila klik disini), (Sila Klik Disini) dan (Sila klik disini). Biasanya diet atau pemakanan burung tersebut lebih eksklusif kepada tikus perosak dan dianggarkan sepasang burung pungguk bangsal boleh makan 1,300 tikus setahun. Cara ini adalah bagi  menjadikan mekanisme kawalan biologi berkesan terhadap populasi tikus boleh berlaku. Burung tersebut juga secara teorinya adalah lebih suka mangsa yang bersaiz lebih kecil dan biasanya menelan mangsa secara keseluruhan (Sila lihat foto disebelah)Saiz tikus seberat hampir 350 gram boleh dimakan burung tersebut pada satu-satu masa dimana lazimnya burung pungguk ini juga akan menangkap jumlah mangsa lebih banyak semasa musim mengawan.


Dalam pada itu pengalaman hampir sedekad dalam mengkaji ejen perosak tanaman maka semakin kuat keyakinan pensyarah dari Universiti Sains Malaysia (USM) iaitu Dr. Hasber beritahu hakikat bahawa fauna yang menjadi seteru sebenar tikus (Sila lihat foto disebelah). Sebenarnya memang semulajadi dimana burung ini atau juga dipanggil burung hantu atau nama biasa dipanggil sebagai burung pungguk sahaja menjadikan tikus sebagai salah satu makanannya. Burung Pungguk juga merupakan sejenis burung yang selama ini diceritakan angau merindui bulan purnama. Menurut pakar ini cuba lupakan kucing, ular dan biawak kerana ironinya burung yang sering dibayangi mitos dan disalah erti penjemput kematian itulah pemberi manfaat sebenar bagi manusia akibat potensi idealnya mengekang populasi vertebrata iaitu Tikus sebagai penyebar Penyakit Leptospirosis itu secara biologi. Spesies pungguk jelapang dengan nama saintifiknya Tyto alba javanica pada hakikatnya adalah haiwan yang sukar didekati. Hasber yang kini berkhidmat di Pusat Pengajian Sains Kajihayat USM cukup teruja apabila beliau berkongsi pengetahuannya tentang burung ini untuk tujuan seperti dinyatakan diatas. Belia mendedahkan berdasarkan hasil kajiannya didapati 99 peratus diet makanan pungguk jelapang ialah tikus. Ini dibuktikan daripada tembolok burung itu sendiri dikaji mengandungi tulang tikus. Biasanya burung pungguk jelapang makan dengan cara menelan sebelum mencerna isinya lalu memuntahkan segala tulang dan bulu-bulu dalam bentuk palet. Kita dapati, hampir kesemua tulang yang dimuntahkan adalah tulang tikus.


Burung Pungguk adalah aktif pada waktu malam sama seperti tikus dimana ia juga adalah haiwan yang cukup berselera dengan tikus apabila boleh makan tiga ekor tikus dalam satu malam. Kucing pun boleh makan hanya seekor sahaja. Apa yang penulis blog pernah melawat ladaang kelapa sawit, mereka ada menggunakan khidmat ular tedung hitam dan biawak untuk mengawal tikus di ladang-ladang sawit mereka dimana ia juga ternyata bukan pendekatan yang bagus apabila binatang ini turut melahap atau menganggu hidupan lain. Selain itu adala juga dimaklumkan burung helang dan gagak pula makan tikus tetapi ia tidak aktif pada waktu malam dan seterusnya ia hanya makan bangkai tikus. Biasanya burung  pungguk jelapang mempunyai ciri khas pemburu tikus yang jitu dengan deria pendengaran sensitif dan penglihatan dalam gelap-gelita yang amat tajam. Di sebalik wajah comelnya yang unik dia mempunyai naluri pemangsa yang hebat. Kukunya amat tajam dan mempunyai pegangan yang amat kuat sehingga tikus boleh mati kerana genggamannya. Ia tidak menyerang manusia tetapi andai ia mencengkam lengan manusia dan manusia itu cuba menariknya dimana akibatnya tisu lengan boleh terkoyak. Burung ini berupaya memusingkan kepalanya 180 darjah ke belakang dari kiri atau kanan. Berbanding kebanyakan burung berpenglihatan mata sisi monokular, ia berpenglihatan stereoskopik (mata dua di depan) sekali gus mampu menganggar jarak dengan baik dan ia menyambar mangsanya tanpa bunyi.


Seterusnya sebagai info asas memang ramai mungkin tahu burung pungguk jelapang sesuai hidup dalam persekitaran manusia kerana sejarah dan nama haiwan itu menunjukkan hubungannya dengan manusia. Dalam bahasa Inggeris burung ini disebut 'barn owl' atau burung pungguk bangsal yang tidak pandai membuat sarang. Secara semulajadi ia berasal dari hutan tetapi ia terbang ke kawasan pertanian dan kampung-kampung untuk mencari tikus sebagai sumber makanannya. Pada masa dahulu lazimnya burung-burung ini tinggal di dalam lubang-lubang rumah atau surau lama dan celah-celah batu. Kemudian pada sekitar tahun 70-an dimana selepas kampung-kampung mula membangun dan kawasan tempat tinggal burung pungguk telah berkurang maka pesawah dan Jabatan Pertanian mula membuatkan rumah untuknya yang lazim didirikan di sawah padi untuk menghapuskan tikus. Ia nyata hidupan yang boleh bertoleransi dengan manusia. Hasil kajian terkini Hasber menegaskan, pungguk jelapang juga telah dibuktikan mampu hidup dalam persekitaran berbeza apabila projek USM, UPM, Jabatan Pertanian dan Felda pada tahun 2009 telah menerbangkan burung-burung ini ke ladang sawit dan Sawah Padi di Sabah dan kini telah beranak-pinak. Projek terkini satu percubaan lebih berani telah dilakukan apabila burung pungguk digunakan untuk mengawal populasi tikus di bandar iaitu di Subang Jaya, Selangor. Ia merupakan yang pertama di Malaysia dan didakwa pertama di Asia. Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menempa sejarah apabila melancarkan Projek Kawalan Tikus Menggunakan Burung Pungguk dengan pengenalan sepasang pungguk jelapang. Selaku koordinator burung pungguk bagi projek sama, Memang perlu difahami semua bahawa percubaan seperti ini memerlukan masa untuk melihat keberkesanannya. Ini kerana burung ini burung kampung an perlu disesuaikan untuk dijadikan ia burung bandar dimana ia memerlukan masa untuk penyesuaian diri dengan cuba biasakan ia makan tikus bandar dulu. Memang peringkat permulaan ia memang sukar tetapi apabila anak-anaknya sudah dilahirkan di bandar dan membesar di situ dipercayai barulah ia tidak sukar kerana ia sudah menjadi burung bandar. Pembaca pula jangan jangan skeptikal mengenai kaedah ini dimana biasanya jika tikus bandar dewasa terlalu besar untuk dimakan diharapkan ia tetap mampu memberi kesan kepada pengurangan tikus kerana zuriat-zuriat tikus telah dimakan. Seterusnya mengenai kemungkinan pungguk bandar akan menjadi pesaing gagak maka dilaporkan ia dijangka tidak berlaku memandangkan kedua-duanya keluar pada waktu yang berbeza dan gagak ialah haiwan pembangkai. Setakat ini juga tidak ada laporan. Biasanya burung pungguk akan terbang dengan senyap sehingga sukar untuk mengesannya. Ia terbang secara senyap, tidak seperti burung-burung lain, maka kita kena menggunakan keupayaan visual dalam gelap untuk memerhatikan punggu.  Jika kajian ini berjaya ia akan menjadi satu kebangaan dimana burung pungguk dibandar ampu mengurangkan populasi tikus seperti mana yang berjaya dilakukan dikawasan sawah padi dan ladang kelapa sawit. Semuga artikel subuh yang dingin ini dalam anim agro technology memberi info berguna kepada anda semua. Wasallam!!!...

BURUNG PUNGGUK... UNIK HABITATNYA...
MEMAKAN TIKUS... ITU KELEBIHANNYA...
DISAWAH PADI...IA TERBUKTI BERJAYA...
DIBANDAR PULA... KAJIAN BERMULA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 604, Confort Hotel Olomuc Center,
Wolkerova 29, Olomuc,
Republic Czech.
(4 Syawal 1439H).
Posted from:
Room 8005, Hotel Perdana,
Kota Bharu, Kelantan.
(20 Syawal 1439H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...