Support My Blog

Sunday, July 1, 2018

PEMBAZIRAN MAKANAN MALAYSIA TINGGI

STATISTIK PEMBAZIRAN MAKANAN dinegara kita ada  menunjukkan bahawa jumlah sisa makanan yang dibuang di Malaysia amatlah mengejutkan dimana pada setiap hari kira-kira 3,000 tan metrik sisa makanan yang pada asasnya tidak disentuh dan masih boleh dimakan telah dibuang oleh isi rumah dan jumlah itu adalah mencukupi untuk memberi makan dua juta orang yang kelaparan. Daripada data yang penulis blog perolehi dimana secara keseluruhannya, semua jenis sisa makanan terbuang yang membentuk kira-kira 40 peratus atau pun sebanyak 15,000 tan metrik adalah sisa harian isi rumah di Malaysia. Angka-angka ini adalah berdasarkan daripada sumber penyelidikan yang dijalankan oleh Syarikat Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWC Corp) pada 2015. Pengarah SWCorp dari Wilayah Persekutuan Hazilah telah nyatakan dimana kajian itu juga mendapati bahawa isi rumah yang terdiri daripada lima anggota membelanjakan secara purata RM900 sebulan untuk makanan dan bahawa satu perempat daripadanya terbuang ketika penyediaan, memasak dan penggunaan. Fakta ini mengejutkan banyak pihak dinegara kita yang mana kementerian kesihatan ada nyatakan purata rakyat Malaysia yang kini mempunyai masaalah kegemukkan (Obesiti) tertinggi dikalangan negara-negara Asia Tenggara. Adakah sebenarnya terlalu banyak makanan diambil di kalangan rakyat negara ini dan kesannya banyak juga pembaziran makanan berlaku?. Memang sebenarnya  tidak lagi menghairankan apabila di Malaysia mempunyai banyak kedai menjual makanan dan restoren beroperasi 24 jam seperti Kedai Mamak dan juga beberapa premis lain. Ada makanan yang dibeli dengan kuantiti yang banyak terutama di bulan Ramadan tetapi tidak dimakan semasa berbuka dan ianya dibasirkan begitu sahaja. Kadar pembaziran makanan dibulan Ramadan dan diikuti dengan Jamuan Hari Raya biasa amat tinggi setiap tahun. Adakah sikap seperti ini boleh ditambahbaik dikalangan masyarakat agar kadar pembaziran makanan ini dapat dikurangkan atau diselesikan. Artikel pada subuh ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai status pembaziran makana di Malaysia didakwa diantara yang tertinggi di Asia.


Jika benar sebanyak 3,000 metrik tan makanan dibazirkan setiap hari, ini juga bermakna kira-kira RM225 (benar-benar) dibuang ke dalam tong sampah setiap bulan yang jumlahnya mencapai sebanyak RM2,700 setahun. Dalam kertas maklumat yang bertajuk "How Consumers Can Benefit From Reducing Food Waste" atau pun diterjemahkan bermakna sebagai "Bagaimana Pengguna Boleh Mendapat Faedah Dengan Mengurangkan Sisa Makanan" dibentangkan di forum MYSaveFood baru-baru ini. Penulis blog yang hadir forum sehari itu dianjurkan oleh sekretariat MYSaveFood di bawah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani YB Nogeh Gumbek pada masa itu. Dilaporkan walaupun 80 peratus daripada sisa makanan itu dianggap 'sesuatu yang tidak dapat dielakkan', 20 peratus adalah yang boleh dielakkan. Sebahagian besar makanan ini dibuang dalam tong sampah untuk dihantar ke loji sisa yang  tertentu (Sila lihat foto disebelah). Salah satu organisasi yang terlibat dengan cara perlupusan sisa-sisa makanan adalah  SWC Corp. Syarikat ini telah menyelia sistem pengurusan sisa pepejal dibeberapa negeri seperti di Kuala Lumpur, Putrajaya, Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah, Perlis, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp Dr Mohd Pauze Mohamad Taha, kuantiti sisa makanan biasanya didapati meningkat sebanyak 15% - 20% pada musim-musim perayaan. Ianya juga sering  berlaku semasa (bulan) Ramadan, Hari Raya dan Tahun Baru Cina. Semasa perayaan, orang ramai cenderung memasak atau menempah banyak makanan untuk tetamu mereka. Akhirnya, satu pertiga atau satu perempat daripada makanan itu terbazir.  Mengurangkan sisa makanan kini merupakan satu aktiviti berterusan yang perlukan penglibatan oleh semua rakyat Malaysia.


Biasanya bagi tujuan mengurangkan sisa makanan, isi rumah perlu dalam memastikan untuk hanya membeli ayam, daging, sayur-sayuran, buah-buahan dan barangan runcit lain sekadar memenuhi keperluan mereka. Ia kemudian perlu di masak dengan kuantiti makanan dengan secukupnya setiap hari. Bagaimana pun jika terdapat sisa yang berlebihan maka simpanlah sebaiknya supaya boleh dimakan kemudian. Sebaliknya jika ada berlebihan sisa makanan itu boleh diberikan kepada kepada jiran yang rapat atau boleh juga diberi makan haiwan peliharaan. Pada masa ini dilihat dimana rakyat Malaysia juga perlu belajar membuat kompos daripada sisa makanan dan menggunakannya sebagai baja untuk tanaman mereka (Sila anda lihat foto disebelah). Lazimnya dengan kaedah mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu untuk makanan, sekali gus pembaziran makanan berjaya dapat dikurangkan dan semua isi rumah bukan sahaja boleh menjimatkan wang tetapi juga mengurangkan kesan karbon dan melindungi alam sekitar melalui pelepasan metana yang lebih rendah daripada tapak pelupusan. Usaha itu juga boleh membantu menjimatkan tenaga dan sumber serta mencegah pencemaran alam sekitar yang berkaitan dengan proses pembuatan dan pengangkutan yang semakin meningkat malah, mengumpul sisa makanan dan kemudian akan menimbusnya. Selain itu semua isi rumah boleh membantu masyarakat dengan menderma semua makanan tidak lagi disentuh bagi mengelakkan pembaziran dengan kaedah memberikannya kepada golongan yang memerlukan.


Menyentuh isu kehilangan makanan penulis blog juga ada merujuk kepada jenis makanan khusus untuk manusia yang terbazir ketika pengeluaran, selepas penuaian, pemprosesan dan pengedaran. Menurut Timbalan Pengarah Program Jaringan Antarabangsa MARDI dikenali dengan nama Dr Ainu Husna jumlah yang mengejutkan iaitu 1.3 bilion tan metrik makanan yang bernilai RM4.4 trilion selalu hilang atau terbazir bersama-sama sistem makanan setiap tahun di seluruh dunia. Bermakna isu makanan hilang memang juga merangkumi satu pertiga daripada makanan yang dihasilkan dan cukup untuk memberi makan tiga bilion orang. Dilaporkan di Malaysia pada setiap tahun, negara Malaysia kehilangan kira-kira 28.5 peratus daripada beras yang dituai, bernilai RM918 juta. Bagi buah-buahan dan sayur-sayuran negara ini pula, dianggarkan 20 hingga 50 peratus hilang setiap tahun, ketika pasca penuaian (Sila anda lihat foto disebelah). Jumlah kehilangan makanan dan sisa makanan Malaysia adalah pada tahap "membimbangkan" dan telah menyebabkan kerajaan terpaksa membelanjakan berbilion ringgit untuk tujuan pengurusan sisa. Jika diambil kira akan magnitud dan kerumitan masalah kehilangan makanan dan bahan buangan serta kerjasama dan perkongsian daripada pelbagai pihak amat diperlukan untuk mencapai hasil yang berkesan. Artikel ini dalam anim agro technology memang berjaya memperjelaskan akan pembaziran makanan di Malaysia. Adalah penting agar semua pihak terlibat untuk meningkatkan tahap kesedaran dan mendidik masyarakat tentang betapa pentingnya mengurangkan kehilangan dan pembaziran makanan. Alhamdullilah penulis blog bersyukur kepada Allah swt yang membolehkan dapat kembali balik ke Malaysia setelah melawat Eropah selama 15 hari dibawah penjagaannya. Semuga anda semua mendapat info berguna membaca blog anim agro teechnology kali ini. Wasallam!!!..


BANYAK MAKANAN... DIMALAYSIA...
BANYAK TAN BERATNYA...DIMANA...
BELI SEDIKIT...CUKUP KELUARGA...
PERLU DISELESAIKAN...SEGERA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Bandar Baru UDA,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(19 Ramadan 1439H).
Alhamdullilah selamat kembali ke Malaysia
setelah melawat 2 minggu di Eropa
h dari 1 - 15 Syawal 1439H.
Taman Cendana, Melaka, Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...