SEKOI (Pennisetum glaucum) atau dipanggil juga sebagai 'Millet' atau 'Pearl Millet' atau dalam bahasa Jawa di kampong saya di Muar sebagai 'Jagung Jali' merupakan sejenis tumbuhan bijirin yang dikisar untuk dijadikan tepung. Tepung daripada sekoi dijadikan bahan makanan utama dibeberapa negara seperti di India, Namibia dan juga Afrika Barat. Tanaman ini dianggap sebagai salah satu jenis tanaman bijirin yang ditanam untuk mendapatkan bijinya. Tumbuhan ini sebenarnya dianggap sebagai lalang yang tumbuh liar di kawasan pergunungan di benua Afrika sebelum di bawa ke India dan menjadi tanaman penting di negara tersebut. Pada peringkat awalnya tanaman ini pernah menjadi tanaman bijirin dan menjadi makanan ruji bagi memenuhi mesyarakat tempatan. Ianya kemudian di bawa ke benua Amerika sekitar tahun 1850'an sebelum dijadikan tanaman utama di brazil sekitar tahun 1960'an. Sekoi adalah tanaman yang lasak dan boleh hidup pada pelbagai jenis tanahseperti tanah yang kering, tanah beralkali , tanah berasid dan juga tanah liat dengan ketahanan pH sehingga nilai pH8.5. Selain daripada tahan kepada keadaan kering, tanaman sekoi juga tahan dalam keadaan banjir tidak seperti tanaman jaguung yang mudah rosak akibat bencana alam sekitar. Tanaman sekoi juga tahan dari serangan sebarang serangga perosak dan penyakit tidak seperti tanaman pokok jagung sebagai perbandingan. Kepada mereka yang tidak pernah tengok pokok sekoi dimana ianya lebihkurang sama dengan ciri-ciri marfologi pokok jagung cumanya hasil atau buahnya terletak dibahagian atas pucuk. Tunas baru atau dipanggil juga sebagai 'anak' akan keluar dari bahagian batang utama yang dipotong dipanggil sebagai 'Tanaman Ratoon'. Artikel petang ini saya teruskan menulis dalam blog popular "Anim Agro Technology" mengenai tanaman sekoi atau pearl millet untuk dijadikan bahan rujukkan dan menambah pengetahuan semua pembaca bersama.
Pemerhatian dari beberapa petani yang pernah menanam sekoi di India mendapati pokok sekoi akan sesuai di tuai sekitar 97 - 110 hari selepas ditanam. Hasil sekoi dituai dengan memotong tangkai dengan pisau tajam. Kemudian untuk tujuan ratoon maka pokok dipotong pada pangkal paras tanah untuk menghasilkan anaknya. Ratoon kedua ini dibuat untuk mendapatkan hasil pusingan kedua. Rekod menunjukkan anggaran hasil sekoi adalah diantara 1,500 - 1,700 kg sehektar bergantung kepada varieti, pengurusan tanman dan juga cuaca. Lazimnya sekoi yang dituai akan dikeringkan sebelum disimpan pada tahap kekeringan 10-14% dan disimpan didalam setor. Serangan kulat dapat dikurangkan dengan menceraikan biji sekoi dari jambak dan pastikan benar-benar telah kering. Negara pengeluar utama sekoi adalah India terutama di kawasan sekoi menjadi makan utama penduduk dikawasan Gujerat, Haryana, Rajastan dan Madhya Pradesh. Sekoi juga menjadi makan ruji dai beberapa negara di Afrika seperti di Bukina Faso, Nigeria, Niger dan Mali. Di Negara Namibia pula tanaman sekoi ini dikenali dengan nama 'Mahangu' yang sering dimasak seperti bubur yang dimakan dan ada juga sekoi yang di peram untuk dijdikan makan penting dinegara tersebut. Pokok sekoi yang berwarna merah ungu ini juga popular di negara kita untuk dijadikan pokok hiasan, pokok ornamental dan juga pokok pagar sempadan. Gandingan warna hijau, merah, ungu yang disusun dalam kawasan taman menjadikaan permandangan yang cantik dan eksotik. Bunga sekoi juga mengeluarkan bau yang harum dan sesuai untuk dijadikan tanaman hiasan.
Dari segi nutrisi makanan didapati sekoi memang jenis bijirin yang berkhasiat. Fakta nutrisi sekoi (pearl millet) ini bagi setiap 100 gram yang boleh dimakan mengandungi sebanyak 378 kcal. Bagi kegunaan harian juga sekoi didapati mengandungi Lemak (4.2 gram atau 6%), Lemak Tepu (0.7 gram atau 3%), Lemak Polysaturated (2.1 gram), Lemak Monosaturated (0.8 gram), Kolesterol (0%), Garam Sodium 5%), Potassium (195 mg atau 5%), Karbohiderat (73 gram atau 24%), Fiber (73 gram atau 36%) dan juga protin (11 gram atau 22%). Ia tiada vitamin A dalam sekoitetapi memgandungi 20% vitamin B6, 12% vitamin B12 dan mineal Magnesium sebnayak 28%. Makanan Bubur Sekoi mudah disediakan dimana ia didakwa makanan berkhasiat dan ia bubur sangat berguna malangnya tidak begitu popular di kalangan suri di Malaysia. Hakikatnya ia mengandungi vitamin yang memuaskan serta mudah disediakan dengan cepat. Terdapat banyak resipi yang lazat dengan makanan berasaskan sekoi atau ia dicampur dengan bahan seperti air, susu, dihidangkan dengan daging atau cendawan. Sekoi juga boleh menjadi krim, buah-buahan dan sayur-sayuran. Bagi resepi membuat bubur sekoi dengan susu bahan-bahan yang diperlukan adalah Sekoi sebanyak 250 gram, Susu (1 liter), gula (50-80 g), Mentega (20g) dan secubit garam. Cara menyediakan dengan membilas dengan bersih sekoi di bawah aliran air dan kemudian dimasukkan ke dalam periuk dan tambahkan susu bijirin. Bubuh sedikit garam dan gula dan dimasak sehingga mendidih dan sebelum api dikurangkan perlahan-lahan dengan mereneh selama 30-35 minit. Tambah bahan mentega dan kacau. Makanan bubur ini amat sesuai dihidangkan semasa panas. Makanan berkhasiat ini akan memberikan tenaga dan kesihatan kepada semua. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NAMANYA SEKOI... BAIK KHASIATNYA...
AMAT KURANG DITANAM...DI MALAYSIA...
LUAS DIUSAHAKAN ...DINEGARA INDIA....
BACA ARTIKEL... BARU TAHU AKAN DIA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Aras 8, Menara Peladang,
Lembaga Pertubuhan Peladang,
Jalan Sultan Salahuddin,
Kuala Lumpur, WP,
Malaysia.
(3 Zulkaedah 1439H)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.