MENTERNAK BELUT SAWAH (Monopterus albus) seperti belut sawah merupakan satu bidang usaha yang agak kurang di usahakan di Malaysia oleh rakyat tempatan. Terdapat beberapa syarikat yang pernah menjalankan ternakan belut secara komersil seperti oleh Syarikat Soon Seng, di Nenasi, Pekan, Pahang dimana syarikat tersebut telah beroperasi lebih 15 tahun bersama dengan ternakan udang. Bagaimana pun kini kebanyakkan kolam di lokasi tersebut telah menukar operasi kepada penternakan udang harumau yang beberapa jenis ikan lain. Terdapat banyak jenis belut yang didapti daripada belut didalam air masin, belut air payau dan juga belut air tawar. Didalam laut banya terdapat jenis ikan belut yang kebanyakannya adalah pemangsa. Di negara kita dan beberapa negara Asean yang lain paling popular adalah Belut Sawah atau dipanggil Moa, atau Lindung iitu adalah sejenis ikan anggota suku Synbranchidae (belut), ordo Synbranchiiformes yang mana ia mempunyai nilai ekonomi dan ekologi. Ikan ini boleh dimakan dengan cara menggoreng, dimasak dengan sos pedas masam atau dijadikan Sup Belut yang berkhaiat. Apa pun secara ekologi saintis juga telah menjadikan belut sebagai satu indikator pencemaran persekitaran habitat sebab haiwan ini agak mudah beradaptasi. Ketiadaan belut disuatu lokasi menunjukkan telah berlaku kemusnahan persekitaran yang sangat parah telah terjadi. Belut adalah predator ganas di kawasan paya dan sawah. Makanannya terdiri daripada hidupan seperti ikan kecil, cacing, krustasea dimana belut juga lazimnya aktif di malam hari. Haiwan ini dapat mengambil oksigen terus dari udara dan mampu hidup berbulan-bulan tanpa air asalkan kelilingnya tetap basah. Penulis blog juga mendapati belut mampu menyerap oksigen melalui bahagian kulitnya. Belut lazimnya akan bersarang di dalam lubang berlumpur dan menunggu mangsa yang melalui didepanya dan memakannya. Walaupun didapati dimana berasal dari daerah tropika tetapi belut sawah diketahui dapat bertahan hidupdimasa musim sejuk dengan suhu sangat rendah. Kombinasi sifat-sifat yang dimiliki belut membuatkannya menjadi haiwan yang dianggap berbahaya bagi persekitaran yang bukan habitatnya. Bagaimana pun kini belut sawah telah dijadikan ternakan yang komersil melalui berbgai kaedah penternakan dan teknologi. Artikel pada petang Jumaat ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai teknologi penternakan belut sawah sebagai satu manifestasi penulis blog unggul di Malaysia.
Bagi mengenali ciri-ciri dan sifat belut lebih baik merujuk kepada beberapa jurnal. Biasanya ukuran maksimum belut adalah 1meter walau pun ada yang banyak dimakan paling panjang 40 cm. Belut ini tidak memiliki sirip kecuali sirip ekor yang memanjang (Sila lihat foto disebelah). Bentuk tubuhnya menyerupai tabung panjang dengan tubuh licin dan memang tanpa sisik. Warna belut adalah bermacam warna namun biasanya kecoklatan hingga kelabu bergantung juga kepada persekitarannya. Apa yang anda perlu tahu dimana belut merupakan haiwan hermaprodit dimana masa muda ia merupakan belut betina dan bersarang di lubang untuk meletakkan telur-telurnya pada buih-buih di air yang cetek. Kemudian aapabila telurnya menetas maka keluarlah belut muda yang semuanya betina. Dalam usia lebih tua dalam proses kehidupannya berikutnya ia akan menjadi belut jantan. Belut sawah berasal dari Asia Timur dan Asia Tenggara barat bagaimana pun kini belut sawah sekarang sudah ada dipaya di Hawaii, Florida dan Georgia di USA dan dianggap sebagai haiwan invasif. Apa yang pasti dimana belut sawah adalah sejenis ikan yang hidup liar pada air di sawah, kawasan paya atau di pinggiran sungai. Binatang ini menyerupai juga ular. Bentuknya panjang dan memiliki tubuh yang licin karena diselimuti oleh lendir. Meski sebahagian orang merasa jijik terhadap jenis ikan ini akan tetapi belut memiliki kandungan protein yang sangat tinggi. Daging belut ini sangat baik jika dierikan makan kepada kanak-kanak disebabkan kandungan proteinnya sangat tinggi memang amat baik untuk masa pertumbuhan dan untuk membangun otak anak kita.
Apa yang berlaku kini harga runcit belut amat baik dipasaran. Harga runcit sekitar RM10.00 - RM15.00 sekilogram bergantung kepada musim, saiz dan juga kesegaran untuk belut hidup. Tinjauan penulis blog baru-baru ini di tepi jalan Rantau Panjang, Kelantan ia dijual dengan harga RM8.00 sekilogram. Di negara jiran Indonesia harga belut sawah diantara R030,000 - Rp50,000 sekilogram bergantung juga kepada kualiti dan musim serta kadar permintaan, Khasiat belut sawah yang kaya dengan zat protin menyababkan semakin ramai orang yang mula mencarinya untuk dimakan. Walau pun harga agak tinggi bagi belut yang suadh siap diproses sedia untuk dimasak tetapi permintaan untuk belut adalah terus meningkat. Mencari belut liar dikawasan sawah sudah menjadi semakin sukar dimasa ini. Ini disebabkan oleh kerana aktiviti mrmburu belut secara liar tanpa kawalan menyebabkan ia semakin pupus terutama jika menggunakan kaedah yang tidak mesra alam. Penyebab menurunnya habitat belut di alam atau di sawah juga sebab memburu menggnakan kejutan eletrik, penggunaan baja kimia dan racun kimia berlebihan disawah sehingga keadaan tanah menjadi keras dan belut tidak boleh hidup dan membiak. Belut dikawasan sawah yang komersil semakin kurang apabila makannannya seperti ikan-ikan kecil juga pupus akibat penggunaan bahan kimia berlebihan disawah padi.
Kini telah ada aktiviti dan teknologi menternak belut dimana ia juga telah menjadi salah satu usaha yang menjanjikan pulangan lebih baik daripada memburunya. Kini ada permintaan pasaran agak yang tinggi untuk produk belut. Pengeluaran belut masih sangat terbatas sebab belum ada teknologi penternak komersil yang produktif dan praktikal untuk ikan jenis belut ini. Permintaan belut dipasaran antarabangsa didakwa mencecah sehingga 300,000 metrik tan setahun dimana hampr separuh adalah untuk pasaran di Jepun sahaja iaitu sebanyak 150,000 metrik tan setahun. Selain Jepun didapati permintaan daging belut berlendir ini amat tinggi dibeberapa negara lain seperti Hong Kong, Korea Selatan, China dan Taiwan. Hanya beberapa negara yang ada menternak belut ini secara komersil seperti di Thailand, Indonesia dan juga di Malaysia untuk pasaran eksport. Dilaporkan pada masa ini negara Indonesia masih merupakan pengeluar ikan belut terbesar di dunia sama ada belut yang diburu daripada kawasan semulajadi atau pun belut yang diternak. Sebenarnya selain pasaran eksport didapati belut sawah mendapat permintaan baik didalam negara. Apa yang penulis blog hendak kongsi adalah kehebatan khasiat belut. Belut memiliki nilai zat permakanan yang sangat tinggi. Kandungan vitamin A ikan belut sawah mencapai 15,000 IU/100 gram diana nilai ini adalah lebih tinggi dibandingkan dengan vitamin A yang terkandung dalam mentega yang hanya mempunyai sekitar 1,900 IU/100 gram. Kandungan DHA pada belut adalah 1,337 mg/100 gram dimana nilai ini mengalahkan ikan salmon yang hanya mengandungi sekitar 820 mg/100 g juga mengalahkan ikan makarel yang hanya mengandung 748 gram/100gram dagingnya. Walau pun ramai geli geleman melihat belut ini tetapi apabila dihidangkan dengan tersusun rapi akan menarik mereka untuk memakannya. Belut memiliki cita rasa yang khas berlemak, lazat, dan berkhasiat dimana ia sesuai dioleh kepada pelbagai jenis masakkan seperti belt goreng, belut sambal, sup belut dan bermacam lagi.
Meskipun belut adalah haiwan yang termasuk dalam kategori ikan tetapi belut berbeza dengan jenis ikan pada umumnya. Ini disebebkan belut dapat hidup di air yang tidak terlalu banyak seperti lumpur. Belut juga banyak ditemui di paya dan persawahan. Tetapi sekarang dilaporkan semakin susah untuk mencari belut dikawasan sawah kerana ia semakin pupus seperti dilaporkan diatas. Cara Ternak Belut yang mudah dengan memnyiapkan kolam menternak belut. Kini belut dapat diternak dengan tong drum, kolam kanvas, tong atau kontainer plastik. Dua kaedah yang paling sering dilakukan untuk menternak belut adalah menternak didalam tong drum plastik atau didalam kolam kanvas (Sila lihat doto disebelah). Plastik kanvas dan tong drum plastik ini amat sesuai untuk elakkan belut-belut ini keluar sendiri dari kawasan ternakan kerana permukaan yang licin dan kerana sukar untuk belut menebuknya. Sebaiknya cari tong darum plastik (selalu berwarna biru) dan dicuci hingga benar-benar bersih terutama pada bahagian dalam tong drum. Kemudian dibuat lubang persegi panjang pada bahagian atas tong drum dan letakkan drum pada bahagian tanah yang rata dan diberi penyokong gar tong drum tidak terguling atau pun ia tergolek. Kemudian dibuat saluran pembuangan air dan kekotoran di bawah tong drum. Digalakkan agar semua otng drum ini diletakkan dibawah peneduh supaya belut tidak kepanasan sebab terkena sinaran matahari terus. Dalam pada itu rahsia kejayaan menternak belut adalah pemilihan media yang betul. Media yang sesuai adalah diberi lapisan jerami pada dasar drum dengan ketebalan 50 cm dan sebaiknya siram jerami menggunakan mikrrorganisma starter sebanyak 1 liter per drum. Kemudian diberi lapisan kompos setinggi 7 cm dimana kompos sesuai juga diganti dengan baja organik atau najis haiwan atau tanah humus. Lapisan terakhir (paling atas) diberi lumpur kering yang sebelumnya dicampur dengan TSP 5 kg dan diletakkan hingga setinggi lapisan 25 cm. Akhirnya dimasukkan air bersih sedalam 17 cm dan ia dan biarkan selama 14 hari untuk tujuan proses pereputannnya. Elakkan masukkan benih belut sebelum 14 hari keatas.
Kemudian selepas 14 hari benih anak belut baru dimasukkan. Sebaiknya pastikan memilih benih belut yang bagus dan sihat agar meminimaksn kadar kematian belut. Kriteria bibit belut yang sihat dengan memilih benih belut dengan ukuran yang seragam agar semasa menuai kelak akan mendapat saiz belut yang dihasilkan juga seragam atau sama besar. Selain itu ia bertujuan untuk elakkan agar belut tidak saling memangsa belut lain yang ada di kolam. Pilih belut yang cergas, lincah dan aktif serta semestinya bebas dari penyakit. Penulis blog meninjau dimana saiz benih belut yang sesuai berukuran sekitar 10-12 cm panjang. Memberi makan belut sawah penting semenjak permulaan penternakan. Makanan belut berupa ikan kecil, berudu (anak katak), isi siput atau cacing yang sebelumnya dicincang terlebih dahulu. Makanan ini perlu diberikan satu kali sehari setiap petang sebanyak 5 - 20% dari jumlah benih belut setiap hari. Pada umumnya belut diserang penyakit yang disebabkan oleh organisma seperti virus, bakteria, protozoa atau kulat. Bakteria yang sering menyerang belut adalah Aeromonas sp dan Pseudomonas sp. Belut yang diserang bakteria tersebut tandanya adalah seperti berlaku pendarahan hebat di bahagian bawah kulit, insang dan juga rongga mulut dan akan merebak ke seluruh bahagian tubuh. Kawalan boleh dilakukan dengan memasukkan umbut batang pisang pisang yang telah busuk ke dalam tempat ternak belut. Umbut batang pisang berfungsi sebagai antiseptic semulajadi yang dapat memusnahkan kadar pertumbuhan kedua patogen bakteria tersebut. Selain itu umbut batang pisang yang telah busuk juga akan dapat menimbulkan cacing-cacing kecil yang akan menjadi punca makanan semulajadi kepada belut (Sila lihat foto disebelah). Teknologi ini mudah dan murah serta sangat efektif didalam penternakan belut.
Aktiviti menuai belut sawah boleh dijadualkan mengikut program jualan. Apa yang penulis blog pernah tinjau di negara jiran didapati untuk satu tong drum sahaja secara idealnya benih belut yang dapat masuk sebanyak 2 kg dengan ukuran benih tersebut sekitar 11-13 cm. Waktu pengusaha menuai belut dalam masa 3 - 4 bulan selepas masukkan benih. Harga benih belut yang berukuran sekitar panjang 7-12 cm (Besar) sekitar RM18.00 satu bekas yang mengandungi sebanyak 76 - 111 ekor. Jika penternak membeli benih belut yang kecil sedikit sekitar RM10.00 satu bekas dengan mempunyai 4 - 6 ekor sahaja. Pemasaran belut diperingkt awal perlu dikenalpasti dimana dan bagaimana. Belut kini telah menjadi salah satu makanan harian yang banyak disukai masyarakat sama ada digorengm dibuat sup atau dijadikan kerepek belut yang popular di Indonesia. Khasiat belut banyak diperkatakan dimana isi daging belut mengandung protein yang tinggi sehingga baik untuk masa pertumbuhan kanak-kanak. Lebih dari itu daging belut juga mengandung vitamin, mineral, kalsium, karbohidrat, fosfor dan lemak sama halnya seperti ikan. Didakwa dar kajian makmal belut mempunyai kalori sebanyak 303 kcal, Lemak (27 gram), Protein (14 gram), Fosforus (200 mg), Karbohidrat (0), Kalsium (20 mg), Vitamin A (1,600 IU), Air (58 gram), Vitamin B (0.1 mg), Zat besi (20 mg) dan Vitamin C (2 mg) bagi setiao 100 gram yang dianalisa. Aktiviti penternakan belut di Malaysia perlu dilakukan untuk menjanjikan pendapatan baik kepada pengusaha golongan muda. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
MENTERNAK BELUT... ADA TEKNOLOGINYA...
DALAM TONG DRUM...IA BOLEH DIGUNA...
LEPAS 3-4 BULAN... MULA MENUAINYA...
BANYAK KHASIAT... ARTIKEL MEMBANTUNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan Padi Ria,
Bandar Baru UDA,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(29 Syawal 1439H).

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.