BAJA KOMPOS DARI TINJA LEMBU TENUSU yang siap diproses dengan teknologi pemprosesan moden di Ladang Tenusu Eco-Yap di Keningau, Sabah merupakan sejenis baja organik berkualiti tinggi. Penulis blog berkesempatan untuk meninjau sendiri proses pembuatan baja kompos organik ini dan diberikan penerangan yang jelas oleh pemilik ladang tenusu dan juga pengurus Evergreen Livestock Sdn Bhd di Kg Bomboi, Keningau iaitu iaitu Dato Yap Yun Fook. Ladang Tenusu ini juga dikenali sebagai Ladang Tenusu Yun Fook Resources Sdn Bhd mempunyai sekitar 5,000 ekor lembu jenis Sahiwal-Fresian. Pengurusan ladang yang sistematik membolehkan pengeluaran susu segar dri Ladang Evergreen adalah antara ladang ternakan lembu tenusu terbesar dan moden di Sabah dengan memiliki kira-kira 5,000 lembu dan kapasiti pengeluaran 8.5 juta liter susu segar setahun atau sekitar 29 peratus daripada jumlah susu segar dikeluarkan di Sabah dalam setahun. Ladang ini merupakan salah satu pengeluar susu segar terbesar di Sabah dan juga di Malaysia berdasarkan kepada rekod pengeluaran dan pengedaran ke seluruh negeri Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Susu segar dengan jenama ''Eco-Yap'' ini dijual melalui proses pasteurization dan dilaporkan amat berkhasiat sesuai untuk program susu disekolah-sekolah. Kini seain daripada hasil susu segar dari ladang ini penulis blog dapati ia juga mampu menghasikan baja kompos tinja lembu yang mana ia berkualiti dan digunakan sebagai baja penting untuk tujuan penanaman rumput napier diladngnya dan juga untuk ianya dijadikan baja organik yang bagus untuk tanaman lain. Pengeluaran baja ini berterusan setiap hari melalui kaedah pemprosesan yang moden dan cekap. Baja organik amat penting didalam menyuburkan tanah dan mempastikan tanah mampu menghasilkan tanaman yang subur. Artikel petang Sabtu ini saya menulis dalam blog ''Anim Agro Technology'' mengenai penghasilan baja kompos dari tinja lembu tensu di Keningau untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.
Sistem penternakan moden lembu tenusu diladang ini menggunakan lantai konkrit bercerun membolehkan najis kumbahan lembu tenusu dan anaklembu tenusu akan disalirkan air bersih yang kuat dan najis akan dikumpulkan dalam kolam kumbahan setiap hari waktu pagi dan petang (Sila anda lihat foto disebelah). Semua kekotoran dari lembu (tahi dan ir kencingnya) yang kaya dengan unsur amonia bersama dengan rumput napier yang tidak ahadm atau terjatuh didalam laluan ini akan dibawa arus air sehingga kehujung kandang. Kadar kecerunan yang dibuat enurut Dato Yap adalah 1% setiap meter sepanjang 200 meter panjang kandang lembu tersebut. Lantai kandang lembu tenusu ini akan menjadi bersih dan tiada bau seperti kandang lembu tenusu tradisional yang pernah penulis blog selalu lawati. Terdapat 4 buah tangki simpanan air yag disedut dari kolam berhampiran dijadikan stok simpanan air dengan ketinggian tangki sekitar 10 meter untuk berikan kadar tekanan mencukupi untuk semburan air. Pekerja akan membuka paip mengikut jadual dan menggunakan penyapu khas menolak mana-mana longgokan najis yang tersekat sehingga kehujung kandang. Akhirnya semua air kumbahan najis lembu ini terkumpul dalam beberapa buah kolam takungan najis konkrit direkabentuk daripada yang pekat sehingga kepada kolam kumbahan air terproses.
Sebuat jentera khas akan mengumpulkan semua longgokan najis dari lembu dalam kolam kumbahan yang telah mengeras (seakan tanah hitam) dan dimasukkan kedalam lori kecil atau trailer untuk dihantar kerumah pembuatan kompos. Rumah kompos setinggi 15 meter ini dengan ia telah direkabentuk mempunyai 4 kompartment dimana setiap kompartment ini dipisahkan dengan dinding konkrit setinggi 1.5 meter untuk memproses tinja lembu tenusus mengikut pusingan. Semua najis ini dikumpulkan setinggi 0.5 - 1 meter dimana trdapat sebuah alat pembalik kompos automatik yang dibeli khas untuk membalik-balikan tinh=ja ini melalui proses penguraian semulajadi (Sila lihat foto disebelah). Mesin ini beropersi secara automatik dan hanta memerlukan seorang pekerja sahaja untuk mereka mengoperasikannya. Mesin yang diimport dari Australia ini sangat cekap dimana ia boleh dialuhkan kepada setiap kompartment denga mudah dan cekap. Apa yang saya lihat dimana boleh dikatakan kawasan pengkomposan ini tidak berbau dan tiada lalat seperti mana kawasan pembuatan kompos menggunakan tinja lembu yang lain. Ini kerana suhu panas semasa proses penguraian ini berlaku lengkap menyebaban tiada lalat bertelur didalamnya. Setelah dibalikkan beberapa kali pusingan maka baja ini sudah bersedia untuk dikumpulkan dan dibungkus.
Baja siap proses ini akan berwarna coklat kehitaman tanpa bau yang kuat (Sila lihat foto disebelah). Semua serat rumput napier dan juga biji napier sudah reput sepenohnya dan Dato Yap tidak takut mendakwa bahawa baja kompos ini adalah yang terbik dimana ia telah digunakan diladang Napier sebagai satu jenis baja yang menyuburkan tanaman. Semua baja ini akan dimasukkan dalam mesin kontainer dimana ia boleh dimasukkan dalam guni seberat 50 kg setiap guni dengan mesin tersebut dan diikat. Baja ini akan dikumpulkan untuk kegunaan sendiri diladang napier, ladang nanas Golden Diamond, tanaman durian dan juga tanaman kelapa sawit diladangnya. Satu guni dijual dengan harga RM45.00 dimana memang 100% dari ladangnya tidak termasuk kos pengangkutan (Sila lihat bungkusan baja di foto paling bawah sekali). Setakat ini ada pembeli yang membuat tempahan baja kompos ini disekitar Sabah dan juga daripada Semenanjung Malaysia. Daripada penelitian penulis blog semasa melawat ladang Napir disini mendapati baja ini ditabur dibawah tanaman rumput napier membolehkan ia sesuai dipotong sebulan sekali (lazimnya selama 45-50 hari) diladang lain. Penggunaan baja ini juga didapati berkesan menghasilkan buah nanas yang manis diladang nenasnya.
Pada masa sama penulis blog merujuk kenyataan akhbar tematan dimana kira-kira RM200 juta diperlukan untuk tujuan membangunkan industri tenusu negara khususnya bagi menambah jumlah lembu tenusu hingga mencapai 10,000 ekor dalam tempoh lima tahun akan datang. Berita dipetik dari akhbar Berita Harian dimana Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata sasaran itu bagi memastikan pengeluaran susu segar untuk menampung keperluan negara mencapai tahap sara diri iaitu kira-kira 30 juta liter setahun. Ketika ini, katanya, jumlah pengeluaran susu segar tempatan masih kecil dan perlu ditampung menerusi susu import dengan jumlahnya mencapai kira-kira 20 juta liter setahun. Kini jika kita ada 10,000 lembu tenusu maka ia mampu menghasilkan kira-kira 30 juta liter susu iaitu purata pengeluaran 3,000 liter susu bagi setiap lembu. Jumlah itu sudah melebihi import susu dari Australia, New Zealand dan beberapa negara lain ketika ini yang mencecah kira-kira 20 juta liter setahun," katanya kepada pemberita selepas melawat ladang lembu tenusu Evergreen Livestock Sdn Bhd di Kampung Bomboi, di sini, sebentar tadi. Yang turut hadir ialah Pengarah Urusan Evergreen Livestock Sdn Bhd, Datuk Yap Yun Fook. Ladang Evergreen adalah antara ladang ternakan lembu tenusu terbesar dan moden di Sabah dengan memiliki kira-kira 5,000 lembu dan jumlah kapasiti pengeluaran 8.5 juta liter susu segar setahun atau 29 peratus daripada jumlah susu segar dikeluarkan di Sabah dalam setahun. Ahmad Shabery berkata, pihaknya akan membincangkan soal mendapatkan peruntukan untuk mencapai sasaran itu dan penyediaan kemudahan infrastruktur berkaitan dengan Kementerian Kewangan. Kini jika kita mahu membangunkan industri tenusu dan dapat menggalakkan rakyat minum susu segar, kerajaan perlu melabur untuk meningkatkan pengeluaran sedia ada," katanya. Beliau berkata, ada tiga mekanisme perlu diberi perhatian untuk mencapai tahap sara diri pengeluaran susu dalam masa lima tahun iaitu komitmen kerajaan, model penternakan yang digunakan dan jumlah penternak. Semuga tulisan dalam anim agro technology kali ini memberi info terbaik kepada pembaca semua. Wasallam!!!..
MENTERNAK LEMBU... IA ADA TINJANYA...
DIKUMPUL DIPROSES... DIJADIKAN BAJA...
DIGUNAKAN SEMULA... NAPIER SUBURNYA...
SIAPA INGIN BELI... CUBA DAPATKANNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Ladang Evergreen Livestock Sdn Bhd,
Kg Bomboi, Keningau,
Sabah, Malaysia.
(25 Syaaban 1439H).
Posted from:
Room 743, Hotel Marriot,
Putrajaya, WP, Malaysia.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.