Support My Blog

Friday, May 19, 2017

TERNAK UDANG GALAH - SATU CATITAN

UDANG GALAH (Macrobrachium rosenbergii) merupakan hidupan air tawar yang sangat aktif pada waktu malam dimana kini udang galah telah sesuai diternak secara komersil. Lazimnya udang galah pada kebiasaannya akan hidup di sungai, saliran, tasik dan di muara sungai. Ianya merupakan udang yang amat digemari kerana isinya yang lebih enak jika dibandingkan dengan udang-udang jenis-jenis lain yang ada di perairan Malaysia. Harga udang galah segar biasanya akan dijual di dipasaran dimana ia  kini mencecah RM 40 ringgit - RM60 sekilogram. Harga udang galah yang tinggi sebegini menjadi pemangkin kepada penternak ikan lain untuk bertukar kepada aktiviti penternakan udang galah. Walaubagaimanapun, Malaysia tetap jauh ketinggalan dalam industri udang galah ini jika dibandingkan dengan Thailand, Indonesia, Taiwan dan Vietnam dalam beberapa aspek teknikal dan pengeluaran. Di negeri Pahang ada bandar mana ia sering menghasilan udang galah iaitu Daerah Rompin. Ini kerana banyak sungai-sungai didaerah ini merupakan 'syurga' kepada pemancing dan nelayan sungai untuk mencari udang galah. Udang galah mudah dijumpai di Sg Endau, Sg Pontian dan banyak lagi sungai yang ada habitat udang galah mengikut musi, Pengalaman penulis blog yang dulu merupakan pemancing  udang galah di Sg Endau juga faham akan musim memancing udang galah paling baik iaitu sekitar Januari - Febuari (musim panas setiap tahun). Tangkapan udang galah liar di sungai-sungai didaerah ini telah menjadikan beberapa restoren dan gerai khusus memasak udang gsalah untuk peminatnya. Seekor udang galah berukuran sedang dimasak sambal dijual dengan harga RM12 - RM15 seekor. Bagaimana pun penulis leih suka saiz udang galah saiz sedernana yang masih segar. Artikel petang Sabtu ini selepas mambuat lawatan ke gerai-gerai pameran senpena HPPN Pahang 2017 di Kuantan, saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai aktiviti berkaitan, Semuga semuanya akan lebih produktif dalam penternakkan udang galah.


Penternakan udang galah kini telah boleh diusahakan dengan kaedah monokultur (monoculture) atau dalam ertikata lain sebagai 'penternakan tunggal' atau pun cara polikultur (polyculture) atau maknanya sebagai 'penternakan bersepadu'. Kini didalam negara kita masih banyak sumber air tawar yang belum tercemar seperti di negeri Pahang, Negeri Sembilan, Terengganu, Sabah dan Sarawak dimana kawasan ini merupakan lokasi yang ideal untuk penternakan dan juga tumbesaran udang galah. hanya terdapat beberapa aspek yang perlu diberi perhatian khusus sebelum memulakan penternakan udang galah ini kepada individu, syarikat atau pelabur. Pada penulis blog antara asper utama seperti saiz dan kedalaman kolam udang yang hendak digunakan. Sebaiknya saiz kolam perlulah sesuai dengan kuantiti udang yang bakal diternak. Ini kerana kolam yang terlalu sempit akan menyebabkan persaingan yang sengit diantara udang galah yang mana keadaa ini akan mempengaruhi saiz udang. Aspek yang kedua adalah masa dan kaedah pengeringan kolam. Sebagai amalan terbaik disyorkan agar semua kolam udang galah perlu didedahkan dengan matahari terik bagi tujuan membunuh semua jenis pemangsa yang ada di dalam kolam tersebut. Antara pemangsa yang perlu dihapuskan seperti ikan dan belut. Ini kerana ikan terutamanya ikan haruan dan belut akan terus memakan udang didalam kolam jika ia berada didalamnya. Keperluan cahaya matahari juga membantu didalam proses mempercepatkan aktiviti pereputan bahan organik seperti najis, daun dan rumput mati. Sebaiknya aktiviti seperti pengeringan kolam mestilah dibuat selama dua minggu. Jangkamasa ini sesuai untuk menghapuskan kebanyakkan pemangsa udang dalam kolam kelak. Sekiranya pengeringan tidak dapat dijalankan ada juga disyorkan supaya kolam tersebut hendaklah diracun untuk membunuh pemangsa tetapi pastikan kesan racun dibuang sebelum memulakan penternakan udang galah.


Penjagaan ternakan udang galah tidaklah rumit bagi penternak yang berpengalaman, mereka yang mempunyai modal cukup dan kawasan yang sesuai. Bagaimana pun kepada para penternak baru ianya perlukan pengalaman dan kemahiran tertentu sebelum mereka ingin memulakannya. Lazimnya pengusaha cuma perlu melaksanakan beberapa perkara saja iaitu mengapur, membaja, memberi makanan dan mengawal penyakit. Walau pun bunyinya nampak macam mudah tetapi pernah dilaporkan bagaimana ada penternak udang galah di negara kita mengalami kerugian besar dalam menternak udang galah. Kini secara teorinya aktiviti mengapur kolam udang memang dilakukan untuk menstabilkan pH air dan ini dapat menggalakkan udang untuk salin kulit. Anatara jenis-jenis kapur yang biasa digunakan ialah calcium oxide dan calcium carbonate. Membaja kolam udang pula perlu dilakukan untuk menggalakkan pertumbuhan makanan semula jadi seperti cacing, siput dan lumut. Bagi baja kimia digalakkan agar menggunakan Triple-phosphate dimana pemberian boleh digunakan pada kadar 3,5kg/1000m/week. Bagi tujuan mempastikan kualiti air yang baik, ada penternak yang memasang 'aerator' dikolam (Sila lihat foto disebelah). Lazimnya dalam penternakan udang galah memang perlu dipastikan bahawa air yang disalurkan ke kolam hendaklah sentiasa bersih dan tidak membawa apa-apa pathogen yang boleh menyerang udang galah. Penyakit yang biasanya menyerang udang galah ialah Black Spot iaitu penyakit yang disebabkan oleh bakteria. Penyakit ini mampu dikawal dengan cara merawat sumber air yang digunakan dan juga dengan mengelakkan kecederaan fizikal udang. Antara jenis rawatan kimia yang boleh dipraktikkan adalah dengan cara mengunakan 10ppm Asid Oxolinic selama setengah jam atau dua nifurpirinol untuk 98 jam dan 11-13ppm furozolid.Kini negara Malaysia mampu untuk maju dalam industri udang galah ini jika kepakaran dalam teknologi pembenihan, penternakan dan pemprosessan udang galah dipertingkat. Setiap industri mempunyai risiko tersendiri namun ianya tetap mampu berkembang dengan adanya sokongan daripada pelbagai pihak.


Sistem pengairan kolam udang galah penting untuk selalu dibuat pemantauan. Sumber air memasuki kolam melalui penapis halus bagi menghindari kemasukan haiwan jenis pemangsa. Sebaiknya udang dilepas seminggu selepas air masuk. Kadar tukaran air terbaik untuk kolam ternakan udang adalah sekali untuk seminggu hingga dua minggu. Kadar ini mampu dalam menampung kepadatan ternakan sebanyak 10/m tanpa perlukan alat pengudaraan. Kadar alir air yang lebih perlahan akan menyebabkan air kolam kurang bermutu dan juga memerlukan alat pengudaraan. Kadar aliran air yang sangat cepat sebaliknya membawa baja keluar kolam tanpa dapat dimanfaatkan untuk pertumbuhan makanan semulajadi udang. Kolam udang yang tidak melakukan penukaran air memerlukan alat pengudaraan seperti kincir air (paddle wheel), penyembur angin (air blower), pemampat angin (air compressor) dan pam air bagi membantu menambah kandungan oksigen terutama waktu malam. Bagi aktiviti pemberian makanan udang galah, sebaiknya berikan jenis makanan rumusan udang galah (pellet) sesuai kerana mengandungi protein yang tinggi (30 hingga 40 peratus), mengandungi zat-zat lain yang diperlukan dan stabil dalam air. Bagaimanapun didapati udang masih memerlukan bekalan makanan semula jadi dari kolam. Pemberian makanan adalah dua atau tiga kali sehari. Makanan awalan (starter) diberikan untuk bulan pertama hingga kedua, diikuti dengan makanan tumbesaran (grower) bagi bulan kedua hingga keempat dan dua bulan berikutnya dengan makanan Penamat (finisher) sehingga udang dipasarkan. Kini penternak mampu untuk menghasilkan makanan sendiri. Makanan boleh dihasilkan sendiri untuk mengurangkan kos. Bahan-bahan asas yang biasa diguna untuk membuat makanan adalah seperti tepung ikan, kulit udang, kacang soya, kacang tanah, tepung gandum, beras, ubi kayu, minyak kelapa, sawit dan minyak ikan. Makanan sampingan seperti kopra kelapa, jagung, daging ayam atau itik, perut ayam dan hampas kacang soya juga boleh diberikan. Bagaimanapun mutu air kolam hendaklah sentiasa dalam kawalan agar tidak terlalu subur yang memungkinkan kematian udang ternakan.


Dalam penternakan udang galah perlu dipastikan akan berlaku pungutan hasil. Biasanya kadar tumbesaran individu udang berbeza bergantung kepada jantina, baka, mutu dan jumlah makanan, mutu air dan kadar pelepasan. Penjaringan boleh dimulakan pada bulan ke empat dan diulangi tiga hingga empat minggu sekali sehingga semua udang dikeluarkan dari kolam. Kolam kemudian dikeringkan dan rawatan kolam dilakukan. Udang yang terlalu kecil dari beberapa kolam boleh di asing dan di pindah ke satu kolam lain untuk dibesarkan. Penyakit dan kawalan perlu sentiasa dilakukan pemantauan. Ini kerana jika berlaku serangan penyakit maka akan menyebabkan kerugian keraia ia merupakan faktor yang membatas penghasilan udang galah. Penyakit yang banyak menyerang udang galah adalah bintik hitam (black spot) iaitu penyakit yang disebabkan oleh bakteria sering menyerang peringkat larva tahap 4 dan 5. Penyakit tersebut boleh dicegah melalui pengurusan air dan elakkan dari kecederaan fizikal udang, stok melebihi kadar muatan atau kekurangan makanan. Kaedah rawatan boleh dilakukan dengan merendam dalam 10 ppm asid oxolinic untuk selama sejam atau dua ppm nifurpirinol untuk 96 jam. Penyakit yang disebabkan oleh bakterial berasal dari air laut iaitu Vibro sp mempunyai simptom stres. Rawatan boleh dilakukan dengan merendam dalam 11 - 13 ppm Furozolidone selama tiga hari dimana ia mangawal serangan. Semuga artikel malam Ahad danam anim agro technology kali ini memberi info berguna kepada anda. Wasallam!!!...

UDANG GALAH... MAHAL HARGANYA...
MUDAH DITERNAK... PELBAGAI CARA...
KAWALAN PENYAKIT... KUALITI AIRNYA...
ENAK DIMAKAN.. BERKHASIAT PULA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 310, Hotel Charisma,
Indera Mahkota, Kuantan,
Pahang, malaysia.
(16 Syaaban 1438H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...