Jalan masuk keladang ini hanya sejauh 7 km tetapi memerlukan masa selama hampir 1.5 jam kerana jalan kecil yang curam serta berbatu. Hanya kenderaan 4WD seperti Toyota Hilux dan Pajero sahaja yang mana ia mampu melepasinya. Selain jalan yang sempit ianya mempunyai banyak simpang yang akan menyesatkan mereka yang tidak mahir menggunakan laluan ini. Bagaimana pun lokasi kebun ini satu-satunya kawasan SPH di Banjaran Gunung Benom iaitu yang kedua tertinggi selepas Gunung Tahan di Pahang ini. Hanya satu jenis tanaman sahaja dijalankan dikebun ini iaitu tomato dengan hanya satu varieti sahaja yang ditanam. Kebun yang beroperasi hampir 20 tahun ini mempunyai seramai 40 pekerja asing dengan permit sah daripada Nepal dan Myanmar dengan penanaman yang sangat intensif. Penghasilan dilakukan setiap hari tanpa gagal. Jadual tanaman diatur untuk setiap SPH agar pengeluaran sentiasa berterusan. Syarikat ini menggunakan jaring (netting) sangat halus sekitar 50 mesh bagi mengelakkan kemasukkan lalat putih (white fly). Ini menyebabkan hampir tiada langsung agen pendebungaan untuk tanaman tomato dalam SPH dikebun ini. Oleh itu penulis blog kali ini berkongsi maklumat mengenai teknologi pendebungaan yang cekap dan berkesan untuk dipelajari.
Setiap SPH dipastikan tiada kebocoran untuk elakkan dari serangga lalat putih dan juga serangga perosak lain atau serangga yang berfaedah masuk. Bunga tomato dengan tanaman cara fertigasi lazimnya keluar antara 2-5 putik setiap masa dibahagian atas pokok. Oleh kerana tidak ada serangga pendenunga didalamnya dan tiada tiupan angin untuk membantu pendebungaan maka akibatnya buah tomata kurang dihasilkan. Proses pendebungaan pelu dilakukan agar proses pendebungaan tomato amat tinggi. Oleh itu teknologi menyembur angin dengan jentera amatlah wajar dijalankan. Dikebun ini penyembur angin jenis OGAWA digunakan untuk prose pendebungaah setiap hari. Mesin ini mempunyai hos yang mengeluarkan angin kuat dan muncinnya dihalakan kebahagian atas atau pucuk tomato untuk beberapa saat sahaja. Pekerja akan menghidupkan injin dan muncung alat ini dihalakan keatas sehingga semuanya disembur angin. Menurut pakar dan penelitian penulis, kaedah ini sudah lama dilakukan dibeberapa negara moden yang menanam banyak tomato untuk pasaran domestik dan eksport.
Teknologi ini amat mudah tetapi ianya memberikan kesan kepada pengahsilan buah tomato yang sangat praktikal. Tanaman tomato fertigasi dikebun ini memang perlu menghasilkan buah tomato berkualiti premium untuk menyakinkan pengguna bahawa bekalan berterusan, kualiti dijamin dan harga yang berpatutan. Menurut pemioik kebun ada menyatakan purata harga tomato dari kebunnya dijual dengan purata harga ladang sekitar RM2.20 bagi setiap sekilogram. Selain daripada pemberian baja set A dan set B yang berkualiti dan kaedah pegurusan serangan perosak dan penyakit maka proses pendebungaan berbentu degan menyembur angin dbahagian bunga amatlah kritikal. Hanya seorang sahaja operator yang menyembur angin setiap hari atau pun dalam sekali setiap dua dari adalah mencukupi. Mereka akan pastikan berlaku pendebungaan dengan baik dan memberikan inovasi terbaik kepada pembaca blog "Anim Agro Technology" kali ini. Sekian terimakasih. Wasallam!!!...
BUNGA TOMATO... KUNING WARNANYA...
DALAM SPH...TIADA AGEN PENDEBUNGA...
SEMBURAN ANGIN... PERLU DILAKSANA...
TEKNOLOGI BARU... PENULIS KONGSINYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Istana,
Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(2 Syaaban 2438H)
-Setelah melawat Benom Height di Raub, Pahang.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.