Kawasan penanaman padi pulut adalah di Asia Tenggara terutama dinegara seperti di Thailand, Laos, Filipina, Indonesia, Myanmar, Malaysia, Kemboja, Vietnam dan beberapa negara lain seperti Jepun, China, Korea, Bangladesh, Taiwan dan Indai Timur. Laporan menunjukkan di kawasan Lembah Sungai Mekong telah lama menanam padi pulut iaitu semenjak beribu tahun dahulu dengan produktiviti yang amat produktif. Tanaman padi pulut ini mengambil masa untuk menuai lebih lama jika dibandingkan dengan tanaman padi biasa. Semasa bertugas memberi ceramah di Laos pada 2011 dan hadir berkursus di Viantiane pada 2012, saya sempat melawat beberapa lokasi sawah di Laos PDR yang mana lebih 80% daripada varieti padi yang ditanam adalah jenis padi pulut. Rakyat mereka memang suka makan beras pulut berbanding dengan rakyat negara ASEAN yang lain. Beberapa varieti padi pulut yang ditanam dengan luas dan memberikan pulangan memuaskan kepada penanam padi pulut di negara mereka. Di Malaysia hanya pulut hitam PH9 sahaja yang ada ditanam secara kecil-keilan untuk pasaran tempatan (Rujuk Artikel Padi Pulut Hitam - Sila klik disini). Ini pun ditanam dikawasan luar jelapang padi atau diluar skim pengairan utama kerana jangkamasa penanaman sehingga menuai adalah lama. Pada masa ini pun memang sukar untuk mendapatkan benih padi pulut kerana ia sukar mencari pembekalnya. Dalam artikel tersebut manyatakan anggaran keluasan tanaman pulut hitam di Malaysia sekitar 15 - 20 hektar dimana dari penelitian yang dilakukan di Melaka pesawah tersebut menyatakan purata anggaran hasil sebanyak 4.0 - 4.5 metrik tan sehektar jika dijaga dengan baik.
Basi Pulut melekit disebabkan kandungan 'gluten' yang mana kandungan tersebut dikenali sebagai 'glutenin' dan 'gliadin'. Laporan kajian juga menunjukkan bahan Amylopectin juga mempengaruhi kelekitan nasi pulut yang dimasak. Rasa nasi pulut juga agak berbeza dengan nasi biasa dimana ia lebih lemak, lebih rasa manis dan sedap dimakan serta lembut. Penulis blog mendapati ada pengguna yang lebih suka masak beras pulut separuh masak kemudian dikukus bagi mendapatkan rasa dan tekstur yang optimum. Harga beras pulut putih dan beras pulut hitam adalah lebih mahal daripada beras biasa. Lazimnya beras pulut dijual sedikit-sedikit sama ada ditimbang mengikut kehendak pembeli atau telah di bungkus dalam bungkusan 0.5 kg atau sekilogram dijual diantara RM5.00 - RM10.00. Di Pasar Rabu Alor Setar, Pasar Khadijah, Pasar Payang dan beberapa lokasi lagi beras pulut banyak dijual secara runcit untuk dijadikan bahan membuat kuih dan lain-lain kegunaan. Beras pulut juga ada dijual dikedai runcit dan juga hypermarket. Memasak beras pulut sama dengan memasak nasi tetapi lebih elok kalau mengukusnya sahaja. Nasi dagang adalah diantara makanan yang saya amat suka makan dimana beras pulut sering digunakan sebagai bahan masakan yang menambah keenakan nasi dagang.
Antara makanan berasaskan pulut yang popular adalah Kuih SERI MUKA. Kuih Pulut Serimuka merupakan jenis kuih yang mudah disediakan dan dibeli (Sila lihat foto disebelah). Resepi turun temurun ini mudah didapati daripada buku masakkan dan melayar internet melalui Handphone atau Laptop dirumah. Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti 1.5 cawan beras pulut, 2 cawan santan, 4 biji telur,1 cawan gula, sedikit kulit kayu manis yang ditumbuk halus dan juga 1/2 cawan pati santan yang diperah dengan air daun pandan. Cara menyediakannya dengan memasak pulut dengan 2 cawan santan dan sedikit garam dalam loyang sehingga masak. Sementara itu, pukul telur, gula, santan dan air daun pandan serta serbuk kulit kayu manis sehingga sebati dan kemudian tapiskan. Apabila pulut masak maka perlu ditekan supaya kejap dengan daun pisang yang bersih.
Tuang adunan telur dan santan ke atasnya dan kukus sehingga masak. Kuih Seri Muka atau yang memanggilnya Kuih Talam kini telah dikomersilkan dan boleh dibeli dikantin, pasar malam malahan kini ada dijual melalui laman wen atau internet. Kuih yang enak ini memang telah dikomersilkan dan mudah untuk disediakan sendiri dirumah.
Beras pulut juga sering dimasak untuk menyediakan PULUT KUNING. Ini kerana apabila memasak PULUT KUNING ianya amat mudah dan hanya memerlukan bahan asas yang memang mudah. Bagaimana pun lazimnya pulut kuning akan dimakan dengan rendang daging, rendang ayam atau serunding daging atau serunding ayam. Lazimnya apabila memakan pulut kesannya adalah ianga amat kenyang untuk jangkamasa yang lama. Pulut Kuning ini lazimnya disediakan dan dihidangkan ketika hari-hari kebesaran atau hari raya puasa atau ada nazar (Sila anda lihat foto disebelah). Bagi tujuan memasak pulut kuning sahaja amat mudah iaitu dengan menyediakan bahan iaitu 1 kg beras pulut yang perlu dibasuh dahulu, 3 keping asam keping, 2 sudu besar kunyit serbuk yang dibancuh dan ia ditapiskan, garam. gula dan air secukupnya untuk merendam pulut. Sebaiknya sediakan bahan daun pisang yang diguna untuk lapikkan lubang dalam periuk kukusan serta 1 biji kelapa untuk diambil santan atau beli sahaja santan pek dikedai. Cara membuat dengan meendamkan beras pulut dengan asam keping dan larutan kunyit selama 5 jam dimana tujuannya adalah untuk mendapatkan warna kuning. Sekali sekala gaulkan bahan ini supaya beras pulut ini rata warna semua warna kuningnya. Kemudian perlu toskan beras pulut dalam tapisan. Panaskan kukusan dan kemudian dilapikkan daun pisang dalam periuk kukusan. Masukkan pulut dalam kukusan yg telah dilapikkan daun pisang. Kukuskan pulutu tersebut sehingga naik wap dari tepi periuk. Kemudian angkat keluar pulut dan masukkan dalam bekas mangkuk besar. Tuangkan santan yang telah digaulkan dgn garam dan gula. Gaul dan kacau rata santan dan pulut. Masukkan semula dalam periuk kukusan. Kukuskan semula sehingga naik wap lagi. Apabila telah naik wap, tutup api dapur dan ia adalah sudah sedia dihidangkan pulut dengan rendang atau gulai ayam atau daging. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology semua. Wasallam!!!...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.