APAKAH ANDA SEORANG AGEN PENGEMBANGAN YANG BERKESAN?
Itu merupakan satu persoalan terhadap beberapa jabatan dan agensi yang sering menjalankan aktiviti pengembangan pertanian di Malaysia. bagaimana pun sebenarnya secara menyeluruh, aktiviti pengembangan adalah bertujuan untuk mencetuskan perubahan di kalangan golongan sasar dari segi cara berfikir, sikap, pengetahuan, dan penerima gunaan sesuatu teknologi. Secara spesifik, pengembangan pertanian sewajarnya dapat memastikan berlakunya perubahan dalam pengamalan teknologi daripada yang lama kepada yang baru dalam usaha meningkat produktiviti dan keuntungan bidang yang ingin diterokai. Oleh yang demikian keperluan asas seorang agen pengembangan perlu melakukan pelbagai usaha dan bukan sahaja sekadar memberi maklum sahaja tetapi ia mengharapkan dan perlukan komitmen yang tinggi untuk membimbing dalam memperbaiki keupayaan golongan sasar untuk menyelesaikan setiap masalah atau sebarang kepincangan dalam pengurusan bidang yang diterokai atau aktiviti pertanian yang diusahakan. Justeru itu penulis blog anim agro technology berpendapat kaedah atau pun apa yang dikatakan sebagai methodologi pengembangan yang berkesan secara prinsip perlu mempunyai elemen atau unsur pembelajaran. Pembelajaran dalam konteks pengembangan merupakan satu proses memperolehi dan memindahkan pengetahuan bagi meningkatkan keupayaan atau kuasa menakkur (reasoning) dan membuat analisa pertimbangan (judgement) bagi memperlengkapkan kematangan intelektual dalam diri sendiri dan orang lain untuk menghadapi proses kehidupan yang kian mencabar. Bagi agen pengembangan senior yang berpengalaman mereka telah ada cukup kekuatan untuk menjadi agen pengembangan yang lebih berkesan. bagaimana pun mereka yang baru dilantik sebagai agen pengembangan kurang pengalaman dan mungkin akan timbul ketidakcekapan atau penerimaan dikalangan golongan sasar. Latihan demi katihan perlu dilakukan sepanjang masa untuk meningkatkan tahap kompentesni seseorang agen pengembangan.
Berbincang dibawah sinaran panas matahari di Sengkang, Ledang. |
Perhatikan semakan berikut didalam menjalankan komunikasi dalam sistem penyampaian sebagai agen pengembangan yang berkesan:
Ø Elakan saluran komunikasi secara satu hala.
Saluran komunikasi satu hala lazimnya menghadkan kesediaan golongan sasar untuk lebih berinteraksi secara aktif. Golongan sasar merasakan mereka kurang dihargai dan penerokaan opsyen lain akan jadi terhad. Realisasi keperluan akan dapat dicerna dengan berkesan jika komunikasi dua-hala diamalkan.
Ø Elakan aktiviti pengembangan bersifat melatih tubi
Pendekatan latih tubi seperti dalam proses pendidikan pedagogi hanya memberikan peluang terhad kepada golongan sasar untuk berfikir. Sesi pembelajaran seharus menjurus kepada perkongsian pengalaman yang dapat menimbulkan kesedaran situasi permasalahan tanpa provokasi yang berlebihan. Sisih persepsi bahawa golongan sasar adalah jahil dalam semua situasi.
Ø Elakan aktiviti pengembangan yang memberi fokus kepada pemindahan teknologi sahaja dan kurang bersifat membimbing.
Pendekatan agen pengembangan harus tidak terfokus kepada jenis teknologi yang ingin disampaikan, tetapi harus digabungkan dengan aspek mengapa, bagaimana serta faedahnya. Dalam semua keadaan, seorang agen pengembangan juga perlu mendekatkan dengan realiti permasalahan dalam konteks sebab dan akibat. Dengan cara ini, ia mampu menimbulkan minat dikalangan golongan sasar. Mungkin golongan sasar mengetahui masalah yang dihadapi, namum mereka tidak pasti lamgkah mengatasinya. Justeru itu, agen pengembangan harus menunjukkan arah yang betul.
Teruskan usaha terbaik tanpa tangguh. Sahabat besar Nabi SAW iaitu Saidina Omar al-Khattab RA akan menyebut berulang-ulang Ayat Quran (Asy-Syarh: ayat 7:94) yang bermaksud ”Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah berkerja keras (untuk urusan yang lain)” apabila selesai sahaja melunaskan sesuatu tugas. Ayat ini memberi ajaran kepada kita untuk berkerja keras dalam mengapai kejayaan. Renung-renungkan dan lakukan dari langkah pertama untuk memberikan perkhidmatan dalam pengembangan yang berkesan kepada golongan sasar. Seorang agen pengembangan pertanian paling asas mestilah mempunyai tahap pendidikan formal daripada mana-mana institusi pertanian diperingkat Sijil, Diploma, Ijazah, Masters dan juga sehingga tahap PhD. Apa pun kelayakan akademik masih tidak mencukupi untuk menjadi seorang agen pengembangan yang baik dan berkesan. Pada saya yang terlibat terus sebagai agen pengembangan lebih daripada 35 tahun mendapati kekuatan dalam menguasai ilmu pengetahuan teknikal adalah asas terpenting. Hanya mereka yang mahir dalam aspek teori dan praktikal dalam teknologi pertanian akan mudah untuk melaksanakan tugasnya. Selain itu seorang agen pengembangan mestilah mahir dalam sistem berkomunikasi secara berkesan untuk berhubung dengan pemindahan teknologi kepada golongan sasaran. Hanya dengan kaedah penyampaian yang berkesan dan mudah akan memberikan impak jelas kepada golongan sasar. Selain itu kepakaran seseorang akan lebih terserlah apabila kepercayaan ujud untuk dijadikan sebagai pakar rujuk. Selamat bertugas dengan cemerlang kepada anda semua. Wasallam!...
ADA KERJA... PINDAHKAN TEKNOLOGI...
AGEN PENGEMBANGAN..DULU DAN KINI...
PANDAI BERCAKAP... ILMUNYA DIYAKINI...
MEMBERI KHIDMAT... KEPADA PETANI...
By,
M Anem
Senior Agriculture Extension Expert,
Universiti Putra Malaysia,
Serdang, Selangor,
Malaysia
(11 Mei 2013)
Ditulis semula pada 14 Mei 2017
ADA KERJA... PINDAHKAN TEKNOLOGI...
AGEN PENGEMBANGAN..DULU DAN KINI...
PANDAI BERCAKAP... ILMUNYA DIYAKINI...
MEMBERI KHIDMAT... KEPADA PETANI...
By,
M Anem
Senior Agriculture Extension Expert,
Universiti Putra Malaysia,
Serdang, Selangor,
Malaysia
(11 Mei 2013)
Ditulis semula pada 14 Mei 2017
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.