STRUKTUR PELINDUNG HUJAN (SPH) merupakan satu struktur bangunan yang didirikan untuk penanaman bahan makanan sama ada sayuran, buah-buahan atau ulaman. Kini telah ramai petani komersil kawasan tanah tinggi yang telah mengubah kaedah penanaman mereka kepada 'vertical technology' ini melalui penggunaan teknologi sistem secara penanaman fertigasi dalam rumah Struktur Pelindung Hujan atau ringkasnya SPH ini atau dalam bahasa Inggersi sebagai Greenhouse. Malaysia adalah sebuah negara tropika dengan suhu panas sepanjang tahun dan kelembapan yang tinggi membolehkan penanaman bahan makanan dilakukan sepanjang tahun. Bagaimana pun dalam musim hujan atau 'monsoon season' maka penanaman sayuran terutama sayuran berdaun sering dimusnahkan hujan lebat. Kini kaedah penanaman dengan SPH dilakukan di kawasan pengeluaran sayuran utama seperti di Tanah Tinggi Cameroon Highland, Lojing dan beberapa projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) kelolaan Jabatan Pertanian Malaysia. Mereka menggunakan struktur rumah SPH yang dibina dengan besi atau GI dan ditutup dibahagian atasnya dengan plastik lutsinar dan ditutup sekelilingnya dengan sistem berjaring (netting). Bergantung kepada rekabentuk dan bahan digunakan, ketahanan struktur SPH ini terutama plastik dibahagian bumbung bergantung kepada kualiti bahan digunakan dan juga pengurusan menjaga plastik bumbung tersebut. Kebanyakan bumbung plastik ini hanya tahan sekitar 3-5 tahun sahaja dan banyak yang telah rosak dan tidak berfungsi kurang dari 3 tahun. Pada penulis blog, keupayaan menjaga bumbung plastik SPH ini amat penting kerana jika tidak diuruskan dengan baik dan rosak maka SPH tersebut sudah tidak dapat berfungsi dengan sewajarnya. Baru-baru ini penulis melawat satu projek tanaman fertigasi tomato yang abak luas di Raub tetapi yang menarik adalah bagaimana syarikat ini mampu menjada bumbung plastiknya hampir 10 tahun tanpa rosak (Sila lihat foto diatas sekali). Artikel pagi Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" bagaimana teknologi untuk cuci dan menjaga bumbung plastik SPH agar sentiasa bersih dan boleh tahan lama.
Pembinaan semua rumah SPH memang memerlukan kepakaran khusus dan juga kos yang agak tinggi. Hanya syarikat, usahawan dan juga Jabatan Kerajaan yang selslunya membina SPH untuk menanam beberapa jenis sayuran atau buah-buahan yang bernilai tinggi dan mampu dihasilkan sepanjang tahun. Antara jenis tanaman yang sering ditanam di bawah SPH ini seperti Rock Melon, Timun Jepun, Melon, Tomato, Capsicum (Cili Benggala), Lettuce, Zuchinni, Strawberry, Bunga-bungaan terpilih, Cili Padi, Cili Besar dan sebagainya. Tanaman ini perlukan sistem penanaman tersendiri dimana kebanyakannya adalah dengan teknologi fertigasi. Dalam sistem ini air baja diberikan terus kepada polibeg tanaman memgikut jadual dan juga keperluan pokok. Bangunan SPH ini dibina setinggi 15 - 20 kaki bergantung kepada keadaan tanah, kecerunan, arah tiupan angin dan bahan yang digunakan (Sila anda lihat foto disebelah). Terdapa berpuloh jenis rekabentuk rumah SPH yang dibangunkan oleh usahawan. Bagaimana pun hampir semuanya memang menggunakan konsep yang sama iaitu memasang bumbung plastik dibahagian atas dan menutup dengan netting disekelilingnya. Sebuah pintu utama berlapis akan dibina agar tidak berlaku kemasukkan serangga perosak dan patogen lain yang boleh mengganggu tanaman dalam SPH. Penjagaan rapi SPH perlu dilakukan sepanjang masa kerana kerosakan awal jika tidak dibaiki segera akan menyebabkan kerosakkan lebih teruk seperti bahagian bumbug atau dinding netting yang koyak akibat ditiup angin.
Bumbung Plastik dan dinding netting selalunya akan berkulat atau ada fungus dibahagian luar dan dalamnya. Keujudan kulat yang berwarna hijau atau gelap ini menyebabkan ia menyekat pancran sinar matahari untuk digunakan oleh tanaman dalam proses fotosintesis. Kalau dalam keadaan biasa ia mampu menerima cahaya matahari 90 -1 00% tetapi jika kulat ini tumbuh dengan banyak dan tidak dibersihkan maka tumbuhan didalam SPH hanya mendapat sekitar 50 - 70% sahaja cahaya matahari. Kesannya apabila fotosintesis kurang cekap maka kualiti dan kuantiti penghasilan tanaman akan berkurangan dengan nyata. Aktiviti mencuci bumbung plastik ini agar sentiasa bersih bukan satu perkara yang mudah dilakukan. Apa usahawan yang akan menggunakan berus khas daripada getah disambung dengan galah dan pekerja perlu memanjat SPH. Mereka akan berjalan diatas struktur 'Gutter' dari hujung kearah hujung satu lagi untuk kedua-dua bahagian bumbung. Terdapat mereka menggunakan bahan kimia tertentu seperti sabun untuk membersihkannya. Kerja ini menjadi rumit jika SPH tersebut dibuat tidak kukuh. Ia membahayakan mereka yang sedang mencuci bumbung SPH dan ada kemungkinan terjatuh atau sturktur patah. Kini penulis menjumpai satu teknologi yang sesuai diikuti oleh orang lain dalam mencuci bumbung SPH. Syarikat ini telah membina satu struktur khas dengan besi yang dibengkokkan dan diletakkan disebelah tepi atas bumbung plastik (Sila lihat foto diatas dan disebelah). Bawah struktur membengkok ini dipasang dengan kain tebal sekitar 0.5 meter dan ianya akan menyentuh permukaan bumbung plastik. Struktur khas ini akan ditarik dengan tali (ada yang hanya tekan butang kerana ada motor elektronik digunakan) dari pangkal kehujung dan kembali kepangkal semula. Kesannya adalah ia mampu membersihkan permukaan atas bumbung plastik dengan barsih dan kerja ini menjadi mudah dilakukan walau pun oleh pekerja yang baru bekerja.
Proses membersihkan bumbung plastik untuk membuang kulat yang tumbuh amat penting dijalankan. Anggaran kos tambahan diperlukan bagi memmbina satu unit pencuci bumbung plastik dulu sekitar RM500 - RM700 semasa proses perolehan dijalankan. Kajian pasaran menunjukkan kini pemasangan struktur ini telah meningkat lebih dari RM1,000 kerana kos bahan asas dan tenaga semakin meningkat. Teknologi ini perlu diketengahkan kepada usahawan dan pakar SPH di Jabatan Pertanian dan agensi lain untuk meningkatan kecekapan dalam sistem penanaman dibawah SPH. Kalau dulu kawasan penanaman sistem SPH ini dilakukan secara manual tetapi kini ia telah pun disyorkan. Pembersihan bumbuh plastik SPH ini kurang dijaga oleh beberapa peserta TKPM di Kuantan dan amat digalakkan memerlukan keadaan cuaca terang dalam rumah SPH untuk hasil optima. Semuga artikel boleh dijadikan bahan rujukkan pakar teknologi ini dan boleh dikembangkan keoada kumpulan tani lain dimasa datang. Wasallam!!!..
RUMAH SPH... PLASTIK BUMBUNGNYA...
SELALU BERKULAT... PERLU DICUCINYA...
CARA LAMA... MEMBERUS MEMANJATNYA...
INOVASI TERKINI.. STRUKTUR MEMBUATNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Hotel Melang Inn,
Kualal Pilah, NS,
Malaysia.
(5 Syaaban 1438H)

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.