TUPAI (Callosciurus cenisep atau Callosciurus nigrovittatus, atau Callosciurus notatus) merupakan sejenis binatang dari keluarga Tupaiidae, Sciuridae atau Ptilocercidae iaitu sejenis Rodentsia yang terdapat dinegara kita dan sering dikenali sebagai perosak tanaman terutama buah-buahan. Tupai merupakan sejenis binatang mamalia yang berdarah panas dan memakan kebanyakannya dari jenis tumbuh-tumbuhan dihabitatnya. Tupai merupakan sejenis binatang yang makan bahagian Buah, Daun, Kulit Pokok malahan bahagian akar tumbuhan. Antara pokok buah-buahan lazimnya buah durian akan rosak akibat ditebuk tupai (Sila lihat foto diatas). Tupai ialah sejenis rodensia yang kecil hingga sederhana saiznya dimana ia mampu bergerak dengan pantas diatas pokok mahu pun diatas tanah. Pergerakan pantas ini diantara dahan juga kadang-kadang melalui kaedah 'ala- terbang' daripada satu dahan kedahan yang lain dengan bantuan anggota dibahagian ekornya. Tupai merupakan haiwan mamalia dan berdarah panas. Tupai menjaga anaknya didalam saramh kayu yang dibina dan merupakan haiwan yang memakan tumbuh-tumbuhan secara amnya. Tupai adalalah mamalia yang bersosial bermasyarakat di mana tupai jantan dan betina yang tinggal dalam sarang bersama dan kemudian melahirkan anak. Sarang tupai terdiri daripada ranting-ranting dan daun-daun kayu yang dibuat dikawasan agak tinggi dan selamat dari ancaman musuh seperti ular dan burung pemangsa. Tupai biasanya mengeluarkan bunyi yang nyaring utuk berkomunikasi dengan kumpulan atau ahli keluarganya apabila mereka mencari makanan atau pun ia diganggu musuh. Di kalangan pemilik dusun seperti pemilik tanaman dusun durian serangan tupai berlaku dimana ia akan menebuk buah durian dan merosakkannya. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" beberapa kaedah dan tips untuk mengawal populasi tupai yang menyerang tanaman.
Dalam membuat penelitian, penulis blog mendapati ada beberapa kelebihan tupai dimana kemampuannya bergerak dengan pantas dan laju diantara satu pokok dan satu dahan ke destinasi yang lain. Tupai mampu terbang dengan lompatannya dari satu dahan kedahan lain atau pun dari bahagian atas kebahagian bawah dengan imbangan kaki dan ekornya. Kukunya yang tajam selalu menjadikan cengkamannya sangat kuat pada daun atau dahan kayu yang dia hinggap dengan kuat. Tupai juga mempunyai gigi yang sangat tajam dan mampu menggigit dengan pantas untuk menebuk kulit buah-buahan malahan kulit atau batang pokok yang keras. Ketajaman gigi tupai juga mampu menebuk buah durian yang mempunyai duri-duri tajam. Walau pun kehadiran tupai dikawasan dusun durian adalah semulajadi tetapi jika populasinya tinggi maka kadar kerosakannya juga terkesan kepada buah durian yang dihasilkan kelak. Terdapt beberapa cara atau tips untuk mengawal populasi tupai dikawasan susun. Kaedah kawalan ini walau pun dilakukan untuk tujuan mengawal populasi tupai bagaimana pun agak jarang dilaksanakan oleh pemilik kebun kecuali mereka yang merasa kerugian akibat serangan tupai. Artikel ini menjelaskan beberapa petua untuk mengawal tupai untuk dijadikan rujukkan iaitu dengan cara menembak guna senapang, memasang zink pada batang pokok, memasang perangkap tupai, menyembur bahan air kencing harimau dan sebagainya.
Teknik mengawal tupai dkawasan dusun adalah dengan menembak guna senapang patah dan peluru penabur. Ramai pemilik dusun yang ada senapang patah untuk tujuan mengawal musuh tanaman. Pemilik dusun kemuidan lazimnya akan memohon lesen daripada pihak polis dan siasatan laporan kebun atau dusun akan dilakukan oleh Jabatan Pertanian. Laporan Jabatan Pertanian lazimnya menyatakan akan jumlah pokok buah-buahan dan keperluan senapang untuk mengawal kerosakkan akibat serangan perosak seperti tupai, babi hutan, monyet dan sebagainya. Petani akan menembak tupai dikawasan dusun durian hanya semasa pokok mula menghasilkan buah dimana kehadiran tupai pada waktu tersebut adalah banyak berbanding dengan musim biasa. Pemilik dusun akan membawa senapang patah dan peluru pada waktu siang dan menunggu tupai yang hadir diatas pokok sedang menebuk buah atau bersarang. Mereka akan membidik sehingga tupai jatuh ketanah dan mati atau cedera (Sila lihat foto disebelah). Penulis blog dapati kaedah menembak tupai merupakan teknik mengawal tupai yang cekap untuk dilakukan.
Kaedah atau petua kedua didalam mengawal serangan tupai terutama pada pokok durian adalah dengan memasang sekeping zink pada batang pokok. Zink ini sama jenis zink atap rumah (Sila lihat foto disebelah) atau zink licin sesuai dipasang denga memakunya kepada batang pokok durian. Zink ini yang bersifat licin tidak membolehkan tupai, minyet dan hariwan lain untuk memanjat batang pokok durian. Kuku tupai yang tajak tidak membolehkan ia memanjat pokok untuk menikmati buah durian. Kaedah ini memang murah, tahan lama dan praktikal untuk dilakukan dalam dusun durian yang kedudukan pokoknya berjauhan atau pokok laon disekeliling yang ada dahan dibuang dahulu. Dalam penulis membuat pemerhatian dikawasan dusun durian komersil, kaedah memasang zink logam adalah yang paling popular dikalangan penanam durian di Malaysia. Ia mesra alam, mudah dipasang dan boleh dicat dengan warna sesuai untuk membuat inventori pada pokok durian tersebut. Tupai memang tidak mampu memanjat pokok durian daripada bahagian bawah pokok.
Teknik yang mana ada digunakan untuk mengawal tupai dikawasan dusun adalah dengan memasang 'perangkap tupai'. Kini terdapat beberapa jenis perangkap tupai yang dipasang didusun untuk memerangkap tupai. Perangkap kotak logam seperti perangkap tikus adalah antara yang sering digunakan. Ia dipasang pada laluan utama tupai didahan atau diatas tanah dengan cara memberi umpan yang sesuai (Sila lihat foto disebelah). Lazimnya tupai akan tertarik dengan umpan yang diberikan dan memakannya dan pintuk perangkap akan tertutup apabila disentuh. Tupai ini perlu dikeluarkan untuk ianya dimusnahkan dan perangkap boleh digunakan semula. Kini selain perangkap tsersebut terdapat beberapa jenis perangkap tupai lain seperti menggunakan getah pelekat yang disapu pada dahan pokok. Tupai yang melaluinyua akan melekat pada getah dan usukar untuk melepaskan diri. Selain itu ada dibuat perangkap separti tali racik benang sama seperti racik untuk burung merpati.
Kaedah terkini yang masih dalam perhatian penulis blog adalah dengan menggunakan bahan cairan seperti kencing harimau. Walau pun kaedah ini masih kurang diketahui ramai petani tetapi ada beberapa testimoni menyatakan kencing harimau yang disembur pada kawasan dusun mengelakkan serangan haiwan seperti tupai, monyet, tikus, babi hutan dan sebagainya. Walau pun memang sukar untuk mendapatkan air kecning harimau (Sila lihat foto disebelah) tetapi ianya diantara yang paling praktikal untuk diamalkan jika ada peluang. Kini terdapat produk seperti bau kencing harimau yang dikomersilkan di Malaysia dengan jenama KERIMO. Saya ada menulis artikel ini untuk dibaca selanjutnya (Sila klik artikel ini disini). Dalam lamanweb ada mmpromosi produk KERIMO yang dijual dalam bentuk semburan (spray) dan gel serta cairan atau pekatan. Semuga artikel malam ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology berkaitan kawalan musuh tupai. Wasallam!!!...
HAIWAN TUPAI... SERANG TANAMAN...
PERLU DIKAWAL... TEMBAK SENANG...
PASANG PERANGKAP... BERKESAN...
KAEDAH LAIN.... BOLEH DIGUNAKAN...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Ladang Durian Komersil,
Kg Tras, Raub, Pahang,
Malaysia.
(21 Syaaban 1438H)

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.