Support My Blog

Thursday, May 18, 2017

KANTAN - MARFOLOGI TUMBUHAN

POKOK KANTAN (Phaeomeria speciosa) merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Zingiberaceae yang natif di negara kita dan ditanam untuk nendapatkan Bunga Kantan. Tanaman ini banyak ditanam di Perak, Johor, Kelantan, Pahang dan Selangor dengan keluasan sekitar 120 hektar (Laporan Statistik Jabatan Pertanian 2016). Penulis blog telah berpeluang melihat bagaimana tanaman kantan ini ditanam sebagai tanaman komersil ketika melawat projek tanaman kantan di Daerah Batu Pahat seluas 4 hektar dan Kg Pamah Rawas, Raub seluas 12 hektar. Pokok kantan lazimnya ditanam dikawasan keliling rumah dikawasan kampong bagimana pun kini telah ramai petani yang menanam secara komersil dan ada yang ditanam didalam pasu. Bunga kantan merupakan sejenis bunga yang banyak digunakan didalam masakan seperti Kuah Laksa Asam, Masak Asam, Asam Pedas, Nasi Kerabu dan banyak lagi. Belum banyak varieti pokok kantan yang didaftarkan di Malaysia kerana hanya Varieti Kantan Tempatan sahaja yang ada ditanam. Artikel subuh Sabtu ini sambil mendengar kicauan burung dari FELDA Residence Hotsprings di Sungkai, Perak saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai marfologi tanaman kantan untuk di jadikan bahan bacaan.



Tumbuhan Kantan tumbuh dalam keadaan berumpun dan berkelompok secara semulajadi terutama dikawasan tanah subur yang agak lembab. Pokok kantan membiak dalam rumpun melalui umbisi dalam tanah dalam keadaan kelompok atau secara merimbun. Marfologi kantan terdiri daripada bahagian Daun, Bunga, Batang, Biji, Akar dan juga Umbisi (Lihat rajah disebelah). Daun Kantan merupakan jenis daun yang lurus dan mempunyai upih. Saya dapati ia mempunyai urat daun selari dengan permukaan daun yang licin. Ia mempunyai warna hijau cerah semasa muda dan akan berwarna hijau gelap kebiruan apabila matang (Lihat foto dibawah). Pucuk daun lazimnya berwarna hijau dan kemerahan dibahagian tepi daun. Panjang daun adalah sekitar 0.6 - 1.0 meter dengan susunan bertentangan pada tangkai daun yang panjang. Lebar daun adalah antara 15 - 25 cm dimana setiap pelepah mempunyai antara 10 - 15 helai daun.


Pokok kantan sesuai ditanam di pelbagai jenis tanah dan elakkan kawasan yang bertakung air. Di Malaysia belum ada kultivar yang di kenalpasti tetapi kebanyakkannya Kultivar Tempatan Jenis Pink. Penanaman pokok kantan menggunakan benih dari Rizom atau boleh juga dari biji benih. Penggunaan benih rizom lebih popular kerana mudah serta menjadi pilihan petani. Kaedah ini lebih cepat berhasil sedangkan biji benih lama untuk berhasil ( 2 tahun). Rizom kantan di cangkul dari perdu pokok induk. Pastikan ada 2-3 mata tunas dan akar serabut untuk pertumbuhan. Jarak penanaman disyorkan ialah 2 m x 1 m dalam lubang penanaman. Letakkan rizom bersusun dan pada peringkat awal tutup dengan sungkupan dari rumput/ daun untuk melindungi tunas baru. Sistem tanaman disesuaikan dengan tanaman selingan atau tanaman tunggal. Bagi kaedah tanaman selingan dengan getah ditanam dalam jarak getah 6m x 3m (555 pokok/ha) dan jarak kantan ( 2m x 1 m sebanyak 333 pokok/ha). Jika selingan di kawasan dusun buah2an sebanyak 3,333 pokok/ha dan jika di tanam secara tunggal sebanyak 4,200 pokok/ ha. Pangkas daun kantan yang tua untuk elakkan penyakit dan glakkan pengeluaran bunga kantan. Daun yang dipangkas diletak selari dalam barisan tanaman untuk kawal rumpai dan sebagai satu jenis sungkupan. Pembajaan bermula dengan CIRP (50 gm/pk) dan 125 gm/pk semasa menanam dan 4 bulan pertama dengan tahi ayam (1 kg/ pk). selepas 5 bulan guna NPK 15:15:17:2 (30 gm/ pk) dinaikkan kepada 70 gm, 100 gm pada bulan ke 7 dan ke 9. Pembajaan selepas 15 bulan sebanyak 0.5 kg/pk setahun di buat 2 kali.


Penuaian bunga kantan yang berlebihan pada bulan Mei setiap tahun menyebabkan ianya agak sesuai untuk diproses bunga kantan menjadi 'pes kantan' yang boleh didimpan lama dalam peti sejuk. Biasanya daripada tinjauan penulis di beberapa lokasi premis memproses kantan pesmendapati sebanyak 30 kuntum bunga kantan segar memberikan sebanyak 4 kg pes bunga kantan yang berkualiti tanpa apa-apa bahan campuran tambahan mahupun air. Bunga kantan segar yang telah dibersihkan akan dikisar beberapa kali sehinga menjadi pes yang halis dan dijual dengan harga borong RM9.00 - RM12.00 sekilogram. Pes ini tahan lama dan dua syarikat yang menjadi pembeli tetap produk pes bunga kantan seperti syarikat berkaitan dengan penyediaan mkanan seperti Dewina dan Sos Nyonya yang mana ia berberpengkalan di Kuala Lumpur dan Melala. Kini pes bunga kantan telah dibungkus dalam dalam pek kecil-kecil untuk dibekalkan kepada pasar basah dan juga kedai runcit. Penulis blog  fikir produk pes bunga kantan ini mempunyai potensi yang sangat besar pada masa akan datang kerana ia merupakan produk yang perlu digunakan oleh ramai surirumah. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada anda semua. Wasallam!!!.
POKOK KANTAN...MUDAH KENALNYA...
TUMBUH MENEGAK....JENIS HERBA... 
ADA BATANG, BUAH...DAN BUNGA...
BIJI DAN UMBISI...BERGUNA JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 222, FELDA Residence Hotsprings,
Sungkai, Perak,
Malaysia
(13 April 2013)
Kemaskini 15 April 2017

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...