TIGER FLY (Coenosia exigua) merupakan sejenis serangga seperti lalat yang kini telah digunakan untuk mengawal perosak seperti jenis PELOMBONG DAUN pada tanaman sayur-sayuran yang merupakan teknologi kawalan perosak secara IPM (Intertergrated Pest Management) kepada sayur-sayuran. Pada penulis blog yang baru-baru ini menghadiri Simposium Biosekuriti Tumbuhan 2017 di DITC, Kemaman, Terengganu mendapati keberkesanan kawalan biologi ini telah dibentangkan oleh seorang pakar daripada Jabatan Pertanian Cameroon Highland iaitu En Hatta amat memberi info berguna untuk dikongsi bersama pembaca blog anim agro technology ini. Tiger fly (Sila anda lihat foto diatas) sebenarnya merupakan salah satu spesies lalat yang mana ia dikenalpasti amat berpotensi menjadi agen biologi untuk mengawal perosak sayuran jenis Pelombong Daun atau Leaf Miner (Liriomyza spp). Serangga tiger fly ini telah mula diperkenalkan di Cameron Highlands pada 2010 dibawah penyeliaan Jabatan Pertanian. Daripada laporan luar negara seperti di Thailand, sebenarnya saintis mereka telah berjaya mengenalpasti mengenai penggunaan serangga Tiger fly ini untuk mengawal pelombong daun (Liriomyza huidobrensis) iaitu ia merupakan perosak serius pada pelbagai jenis bungaan dan sayuran di Thailand. Laporan menunjukkan dimana serangga ini telah menunjukkan keberkesanan kawalan perosak pelombong daun tanpa penggunaan racun perosak. Dari segi lain sebenarnya Perosak Pelombong Daun (Leaf miner) merupakan sejenis perosak yang serius kepada kebanyakkan bunga dan sayur-sayuran. Pelombing Daun akan menyerang beberapa jenis sayuran seperti tomato, cili, timun, salad, daun sop sawi dan sebagainya. Dari tinjauan penulis di Cameroon Highland bersama APK Kawasan dilaporkan dimana serangan teruk pelombong daun boleh menyebabkan kehilangan hasil sehingga 100%. Rencana petang Rabu ini dalam "Anim Agro Technology" saya mempaparkan satu teknologi terkini mengenai kaedah kawalan secara biologi perosak pelombong daun dengan menggunakan serangga Tiger Flt untuk dipraktikan.
Dalam kita ingin mengetahui mengenai Konsep Pengawalan Perosak Bersepadu atau IPM lebih baik penulis paparkan akan maksudnya. Sebenarnya kaedah kawalan perosak seperti serangga, hama, rumpai dan penyakit tanaman menggunakan organisma lain dan tidak terus gunakan bahan kimia adalah penting. Kaedah ini berasas prinsip iaitu pemangsaan (predatory) iaitu paratisma, herbivori atau lain-lain mekanisma pemangsaan semulajadi. Amalan IPM menggabung semua kaedah yang sesuai untuk mengawal penyakit dan perosak untuk mengelakkan penggunaan bahan kimia yang menyebabkan kepada kekebalan perosak dan juga kos yang jauh lebih murah serta kaedah yang praktikal. Serangan ulat perosak pelombong daun akan menyebabkan bahagian daun menjadi rosak akibat tisu dibahagian atas dan bawah daun dimakan dan menjadikan sayuran tersebut tidak ada nilai ekonomi (Sila lihat foto disebelah). En Hatta dengan pasukan beberapa orang petani terpilih telah menjalankan kajian keberkesanan penggunaan agen biology tiger fly untuk kawalan pelombong daun. Kajian dilakukan di dua lokasi iaitu di Projek Sayuran di Sg. Mensun dan di Projek Sayuran Kg Raja, Cameroon Highland. Bagi kawasan sayuran Sg Mensun didapati terdapat penurunan serangan Pelombong Daun yang ketara di kebun petani yang dibuat ujikaji dan juga kawasan disini adalah lokasi kebun dikelilingi kawasan yang amalkan organik. Bagi Projek di Kg.Raja juga dilaporkan terdapat penurunan serangan Pelombong Daun, kemudian serangan berulang semula dan akhirnya menurun cuma bezanya kebun disini dikelilingi oleh kawasan kebun konvensional.
Pada asasnya beberapa bahan asas perlu untuk digunakan untuk menyediakan bahan makanan untuk tiger fly. Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti kulit kacang tanah (2 bahagian), Nasi Putih atau Beras Pulut (1 bahgaian), Kompos (1 bahagian), Cocopeat (1 bahagian) dan tanah halus (1bahagian). Seterusnya adalah bagaimana proses pusat atau tempat pembiakan tiger fly iaitu mencampurkan bahan substrat tanah, kulit kelapa dan kulit kacang digaul dan masukkan kedalam bakul. Kemudian beras atau pulut dimasak sehingga menjadi nasi dan ditabur diatas nekas bakul tersebut. Sebaiknya setiap bakul atau blog disusun sebanyak 4 unit didalam kawasan tanaman sayuran dengan susunan yang sesuai. Kemudian substrat ini perlu sentiasa diperiksa selalu agar kadar kelembapan didalamnya sentiasa pada kadar 60% kelembapan dengan menyiram air (Sila lihat foto disebelah). Tidak lama kemudian substrat dan nasi atau pulut ini akan menghasilkan miselium kulat. Kemudiannya Fungus Gnat akan tertarik untuk makan miselium kulat dan yang betina akan bertelur dimana apabila telur menetas ianya akan menjadi larva. Penelitian menunjukkan dimana akhirnya Fungus gnat adalah lalat kecil yang sering terdapat pada tanah, campuran pasu, media penanaman dan sumber penguraian organik. Larva fungus gnat memakan kulat dan bahan organik dalam tanah. Larva fungus gnat merupakan sumber makanan kepada serangga tiger fly terutama yang betina untuk bertelur. Pada masa sama lazimnya serangga dewasa yang lain akan memakan fungus gnat dan leaf miner dikawasan tersebut. Pembiakan Tiger fly di ladang adalah sebagai menambah populasi Tiger fly yang sedia ada untuk memberi tekanan kepada populasi perosak pelombong daun. Melalui peningkatan populasi Tiger fly populasi perosak Pelombong Daun dapat dikawal dengan lebih baik.
Bagaimana pun untuk kekalkan populasi lalat tiger fly maka petani perlu menambah sendiri sama nasi atau beras pulut dalam bakul lapisan substrat (Sila anda lihat foto disebelah). Kajian menunjukkan dimana dengan kaedah penggunaan agen biologi Tiger fly untuk kawalan perosak didapati masaalah serangan oleh Pelombong Daun ini hanya berkesan dijalankan di kawasan kebun berstatus Ladang Organik. Kajian selama 7 tahun semenjak 2010 sehingga 2017 yang dilakukan menunjukkan bagi rawatan sama dilakukan di kawasan kebun amalan konvensional (menggunakan bahan kimia diladang) didapati memang tiada tiger fly yang datang. Ini boleh dinyatakan dimana kaedah ini memang tidak praktikal untuk kawasan kebun yang tidak mengamalkan pertanian organik. Kajian yang dijalankan di tanah tinggi ini bagaimana pun boleh di cuba dilaksanakan di kawasan tanah rendah yang mengamalkan kaedah organik. Daripada analisa kewangan didapati untuk menyediakan 6 blok perlu 24 bakul (4 bakul/blok) perlukan anggaran perbelanjaan bagi membeli Kacang 1 bag (30 kg @ RM10.50/kg) = RM 315.00, kos membeli bakul plastik sebanyak 24 buah (RM9.40/unit) = RM 225.00, Kos untuk membeli Cocopeat sebanyak 50 kiub RM1.90 = RM 95.00, kos untuk membeli Kompos 5 bag (RM25.50/bag) = RM 127.50 dan kos untuk menyediakan beras pulut 6 blok x RM 21.00(RM7.00 x 3kg/4 bakul) = RM126.00 dan menjadikan keseluruhan kos adalah sebanyak RM 888.50 untuk menyediakan kaedah kawalan ini. Apa pun ianya dilaporkan amat berkesan mengurangkan tahap serangan perosak pelombong daun tanpa penggunaan racun perosak. Selainitu didapati kaedah ini memberi kebaikan kepada pengguna dan alam sekitar. Cara ini juga mampu mengelakkan kerintangan perosak pada racun kimia seterusnya akan mengurangkan kos kawalan perosak dengan racun kimia. Akhirnya ia akan meningkatkan pengeluaran sayur-sayuran berkualiti yang lebih selamat dimakan dan boleh dipersijilkan dengan logo MyOrganic yang ada jaminan kualiti. Semuga tulisan ini mampu memberi info berguna kepada anda pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
LALAT TIGER FLY... APA BENDANYA...
BUATKAN UMPAN... DATANGLAH DIA...
PELOMBONG DAUN..LARVA MEMANGSA...
SAYUR SELAMAT... ORGANIK KAULITINYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
DITC, Telok Kalong,
Kemaman, Terengganu,
Malaysia.
(6 Syaaban 1438H)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.