Inovasi SAPU GAM PELEKAT KUNING ini penulis kongsi bersama pembaca untuk dijadikan amalan yang berkesan sebagai satu teknologi. Penggunaan pelekat kuning (yellow sticker) merupakan satu amalan pengurusan Perosak Bersepadu atau Intergrated Pest Management (IPM) yang penting dalam pengurusan tanaman seperti sayuran jenis tomato dan sebagainya. Lazimnya pelekat kuning ini akan dipasang dikawasan tanaman sayuran bertujuan untuk mengenalpasti jumlah serangga perosak didalam kawasan penanaman. Selain daripada pelekat kuning terdapat juga Pekelat Biru (Blue sticker) untuk memerangkap serangga dalam kawasan penanaman. Serangga lazimnya akan tertarik kepada warna kuning dan biru bergantung kepadae specieisnya. Penggunaan Pelekat Kuning dan Pelekat Biru (Yellow and Blue Sticker) merupakan satu cara yang sering digunakan untuk menarik serangga di kawasan kebun sayur. Pelekat Kuning asalnya digunakan untuk mengkaji populasi serangga dalam satu kawasan. Pelekat ini terdiri daripada kertas warna kuning dilapiskan dibahagian luar dengan plastik jernih yang disapu dengan gam. Ia juga mempunyai lapisan plastik yang dibubuh pelekat (sticker) dan serangga yang terbang melihat warna terang tersebut akan melekat dimana akhirnya akan mati. Begitu juga dengan stiker biru yang menarik spesis serangga berbeza. Pemasangan bahan pelekat ini di kawasan kebun sayur seperti kebun Tomato (Lycopersicum esculentum) atau Tanaman Cili (Capsicum annum) dan sebagainya membantu kita mengetahui populasi perosak sebelum membuat semburan dengan racun kimia atau racun serangga. Walau pun begitu kini ada petani yang menggunakan pelekat sebagai teknik untuk mengurangkan populasi serangga perosakseperti white fly dikawasan tanaman tomato fertigasi dalam greenhouse tertutup. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" bagaimana menggunakan alat inovasi khas untuk menyapu gam pada plastik dengan kemas dan mudah serta praktikal.
Terdapat berbagai cara untuk sapu gam pada lapisan plastik jernih yang hendak dilepakpan kepada kertas warna. Pada kebiasaannya cara sapu yang selalu dilakukan adalah dengan menggunakan berus lukisan yang dicelup dalam botol berisi gam dan kemudian disapukan secara manual kepada lapisan plastik jernih. Ia mengambil masa selama 3-5 minit untuk menuiapkan satu sarung untuk menyapu gam dengan berlus lukisan ini. Kadang-kadang terdapat gam yang meleleh jatuh keatas tanah atau kepada susunan plastik yang belum disapu. Sapuan juga kadang kala tidak meneluruh kepada seluruh permukaan plastik tersebut. Penulis yang melihat alat inovasi menyapu gam kepada lapisan plastik di Benom Height Hydroponic Sdn Bhd di Raub baru-baru ini telah melihat bagaimana mudahnya menyapu gam pada lapisan plastik. Alat yang diperbuat daripada botol minuman kaca (ada juga yang gunakan botol minuman plastik) diisikan gam dan diatasnya dipasang struktur plastik berbentuk 'T' yang simpel (Sila lihat foto disebelah). Terdapat lubang pada struktur 'T' yang boleh mengalirkan gam dari botal dimana ia akan disapu terus pada lapisan plastik yang telah digantung pada kertas warna. Cara sapu gam ini hanya mengambil masa selama 1-2 minit sahaja untuk menyapu kedua-dua belah lapisan plastik berukuran 15 cm x 20 cm dan amat mudah dilakukan. Penulis yang mencuba beberapa pelekat kuning mendapati cara menyapu gam dengan alat ini amat baik dimana sapuannya adalah rata dan sama ketebalannya serta tiada pembaziran gam tertumpah.
Pekerja kebun tomato diladang ini menyapu gam dilapisan plastik jernih dengan kekerapan 4-6 hari sekali. Pelekat plastik kuning ini digantung dibahagian atas tanaman tomato yang boleh dilihat oleh serangga seperti white fly dalam SPH diladang ini (Sila lihat foto disebelah). Pekerja gunakan jenis tangga alumimium untuk menggantikan plastik pelekat lama dengan yang baru sebelum menyapu dengan gam menggunakan alatan inovasi diatas. Menurut pemilik kebun, kaedah ini amat berkesanuntuk mengawal populasi serangga perosak dalam SPH sebelum kerja-kerja kawalan penyemburan dengan bahan kimia dilakukan. Selain dari itu diletakkan plastik kuning besar berukuran 1 meter x 1 meter dilaluan tengah dalam SPH untuk menarik lebih banyak white fly (Sila lihat foto paling bawah). Dilihat daripada bahagian hadapan dan belakang seakan tiada apa-apa yang melekat pada yellow sticker ini tetapi apabila dilihat daripada sisi alangkah terkejutnya penulis melihat beratus malah ribuah white fly yang telah melekat pada gam. Menurut pemilik syarikat serangan oleh white fly terhadap tanaman tomato amat serius dan perlu sentiasa dijaga dengan baik. Beliau telah menggunakan pelbagai cara IPM, Kimia dan sebagainya dalan mengawal serangan.
Hasil daripada pemeriksaan alatan menyapu gam pada plastik pelekat sticker penulis blog mendapat ia mudah dibuat sendiri tanpa kos. Gunakan botol minuman yang terpakai dan pastikan ia ada penutup. Kemudian dipasang struktur 'T" daripada bahan terbuang paip PVC arau polipaip sedia ada yang kukuh. Ia sebaiknya ringan dan mudah dibawa serta tahan lasak. Hasil daripada pemasangan yellow sticker dikebun fertigasi dalam SPH ini penulis dapati pertumbuhan tanaman tomato sangat baik dan seragam. Air baja yang dialirkan kedalam polibeg membolehkan bunga yang terhasil dan didebunganakn dengan angin dari mesin 'blower' menghasilkan buah yang banyak. Penulis dapati serangan perosak dan penyakit diladang ini adalah terkawal walau pun memerlukan amalan pertanian baik yang sesuai. Bagaimana pun apabila ditanya sama ada beliau ingin memohon sijil MyGAP beliau hanya geleng kepala. Katanya tidak ada berlaku perbezaan harga dipasaran masa kini daripada produk yang dihasilkan secara MuOrganik dan MyGAP terhadap harga sayur yang dijual. Bagaimana pun setelah diberi penerangan pengurus ladang akan memohon persijilan MyGAP dalam masa terdekat. Pprojek tanaman tomato yang hanya satu-satunya di banjaran gunong Benom ini masih berupaya mengeluarkan makanan untuk rakyat Malaysia. Semuga tulisan ini memberi info beguna kepada pembaca blog anim agro technology. Wasallam!!!..
PELEKAT KUNING...TARIK SERANGGA...
DIBUBUH GAM... ADA INOVASINYA....
BOTOL DENGAN 'T'... RATA SAPUNYA...
SERANGGA LEKAT...KIRA JUMLAHNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Ladang Fertigasi Tomato,
Sg Klau, Raub,
Pahang, Malaysia.
(4 Syaaban 1438H)

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.