Support My Blog

Showing posts with label TANAH. Show all posts
Showing posts with label TANAH. Show all posts

Saturday, February 6, 2016

TANAH (Part 3)

TANAH (Soils) merupakan satu lapisan paling atas pada permukaan bumi. Ia mempunyai lapisan yang berbeza dari segi ketebalan dan warna yang dipengaruhi oleh iklim, topografi, bahan induk, tumbuhan asal dan masa. Dalam keadaan semulajadi lapisan tanah bolehh dikelaskan kepada 3 iaitu (1) Tanah Atas (2) Tanah Bawah dan (3) Batuan (Sila lihat foto diatas). Tanah Atas merupakan lapisan yang ada sisa tumbuhan dan haiwan. Lazimnya tanah atas mempunyai ketebalan 15 cm dan lapisan paling subur untuk tanaman dan kehidupan lain. Tanah ini juga mempunyai sistem pengudaraan baik dan kandungan bahan organik tinggi. Ini merupakan dimana akar dapat tumbuh dengan baik untuk menyerap air dan zat galian serta merupakan tempat tinggal organisma tanah. Tanah Bawah pula berada di bawah tanah atas dimana ia adalah jenis tanah lebih padat dan keras dimana ini selalunya akan menghalang pertumbuhan akar dan sistem pengaliran air. Ia mengandungi bahan terkumpul melalui larut resap dan hanya sedikit organisma tanah tinggal di sini. Bagi lapisan ke 3 iaitu Batuan merupakan lapisan bahan induk tanah. Ia akan mengalami proses luluhawa yang lama untuk menjadi tanah lapisan atas. Kepentingan tanah adalah amat penting dalam sektor pertanian yang akan menghidupkan tanaman dan sumber makanan kepada manusia dan haiwan serta organisma lain. Tanah memberi sokongan kepada akar dimana akar mencengkam tanah dan dapat tumbuh tegak. Ini menyebabkan pokok yang tumbuh menegak ia akan dapat menerima cahaya. Tanah juga membekalkan nutrien dam tempat menyimpan nutrien. Bahan organik yang reput menjadi nutrien pada tanah boleh digunakan sebagai sumber makanan pada tumbuhan dan baja yang beri juga terkumpul di dalam tanah. Tanah akan membekalkan oksigen dan air kepada tumbuhan dimana udara dalam tanah serlalunya mengandungi gas Karbon dioksid (CO2) dan Oksijan (O2). Gas CO2 lebih banyak dalam tanah disebabkan oleh proses respirasi akar, organisma dan pereputan bahan organik. Selain itu ada kandungan air tanah dalam bentuk lapisan air, wap air dan cecair. Artikel subuh ni saya menulis dalam "Anim Agro Technology" bertajuk 'Tanah' dan perkara penting mengenai tanah dalam kehidupan manusia. 


Aktiviti Pengapuran (Liming) dilakukan kepada tanah untuk menyuburkannya. Bahan digunakan adalah Kapur seperti Batu Kapur (CaCO3), Kapur Tohor (CaO) atau pun jenis Kapur Mati Ca(OH)2.  Faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum melakukan aktiviti pengapuran adalah Jenis Tanaman dimana petani perlu faham bahawa bahan kapur diberi mestilah ikut jenis tanaman. Perkara ini adalah kerana kadar keperluan kapor bagi setiap jenis tanaman berbeza (Sila lihat foto disebelah). Faktur ke 2 adalah Jenis Bahan Kapur yang digunakan dimana jenis Kapur Dolomit mampu membekal Ca dan Mg sesuai tanaman kelapa sawit, koko dan jagung. Perlu dinyatakan jenis Kapur Tohor adalah jenis kapor dimana kandungan Ca tinggi dan kurang kaustik serta ia tidak mudah diguna. Faktur ke 3 adalah mengenai Jenis Tanah yang hendak ditanam dimana jika ia dari jenis tanah berasid (acid sulfate soil) atau tanah gambut sesuai dirawat dengan menggunakan bahan kapur. Pengapuran secara berlebihan menyebabkan ketoksikan. Faktur ke 4 adalah faktor jumlah Kandungan Bahan Organik dalam tanah tersebut. Kelebihan bagi bahan organik adalah dimana ia mampu untuk menyerap H+ dimana aktiviti pengapuran ini sebenarnya akan menyebabkan kapur sukar mengubah pH di kawasan banyak bahan organik.


Tanah yang baik perlu dilakukan beberapa aktiviti Pemugaran. Pemugaran Tanah ialah ditaktifkan sebagai aktiviti atau kerja untuk memecah, menggembur dan menghapuskan rumpai. Terdapat beberapa langkah untuk proses pemugaran iaitu Pemugaran Primer dan Pemugaran Sekunder. Pemugaran Primer adalah kerja awal dengan memotong dan membalik tanah dengan menggunakan alatan khusus (Sila anda lihat foto disebelah). Ia kemudian diikuti dengan aktiviti memecah dan melonggarkan lapisan struktur tanah keras. Aktiviti menyediakan tanah untuk tujuan pemugaran sekunder selalunya menggunakan peralatan seperti bajak sepak, bajak piring, bajak putar dan bajak pahat. Pemugaran sekunder pula adalah aktiviti memusnahkan rumpai dan mencampur baja dan racun kimia bertujuan sebagai teknik pengawal perosak ke dalam tanah. Ini termasuk menimbus dan menggaul sisa tumbuhan serta aktiviti memusnah atau untuk mengawal perosak serta aktiviti menyediakan batas tanaman. Ini akan menghasilkan tanah dimana permukaan tanah lebih halus dimana ianya akan sesuai untuk menyemai dan menanam. Tanah yang dipugarkan membolehkan dimana tanaman subur dan memberikan hasil baik.


Dalam berbicang menganai Tanah, Isu mencegah dan mengawal hakisan tanah adalah penting. Ini kerana hakisan tanah ada dua jenis iaitu Hakisan Permukaan, Hakisan Alor dan Hakisan Lurah. Hakisan Permukaan merupakan proses hakisan peringkat permulaan pembukaan kawasan dimana ini akan menyebabkan iaitu lapisan bahagian atas tanah menjadi nipis dan permukaan tanah hilang. Tanah atas sekali merupakan jenis tanah yang subur untuk tujuan penanaman.  Hakisan Alur merupakan sejenis hakisan diperingkat ke dua dimana tanah akan dihakis lebih dalam sehingga membentuk seperi alur yang sering jadi semulajadi untuk laluan air (Sila anda lihat foto disebelah). Seterusnya adalah jenis Hakisan Lurah yang berasal atau sambungan daripada aktiviti hakisan alur jika dibiarkan atau dilakukan kawalan hakisan, Hakisan ini jika berterusan membentuk lurah dan sukar untuk dipulihkan kembali. Antara prinsip pencegahan dan kawalan hakisan tanah oleh air dengan menjalankan kawalan mencegah hakisan tanah. Paling popular disyorkan adalah dengan menanam penutup bumi dengan jenis kekacang seperti Centrosema pubecens dan Calopogonium mucinoides. Ada yang menanam penutup bumi jenis Peuraria spp. Tumbuhan  penutup bumi dapat menutup permukaan tanah bagi tujuan untuk mengurangkan kelajuan aliran air apabila berlaku timpaan hujan. Cara kedua mengawal hakisan dengan membuat teres. Teres lazimnya akan dapat untuk memperlahankan larian air menuruni lereng bukit. Cara ke 3 dengan meenanam mengikut kontor dan lereng seperti menanam pokok getah dan kelapa sawit ditanam mengikut kontor bagi menghalang kelajuan air menuruni lereng bukit. Seterusnya dengan membuat sungkupan dengan gunakan bahan sungkupan yang diletak di permukaan tanah untuk melindung permukaan tanah ditimpa hujan. Selain itu kaedah sungkupan dapat mengelakkan hakisan tanah dan berupaya menggelakkan tanah menjadi padat. Teknik menanam secara jalur mampu menghalang air dari mengalir terus sepanjang kawasan curam. Cara kawalan hakisan ke 6 adalah dengan membina sistem perparitan dimana parit ini akan dapat memindahkan air berlebihan yang menyebabkan banjir. Ia juga dapat menyediakan tempat air mengalir dan dapat mengelakkan hakisan alur dan lurah. Kawalan hakisan amat kritikal dilakukan pada kawasan berbukit dan banyak curahan hujan. Sila baca sama artikel mengenai tanah Part 1 dan Part 2. Wasallam!.
TANAH PERTANIAN...KAPOR DITABUR...
PERINGKAT AWAL....DIBAJAK PUGAR...
HAKISAN TANAH...USAHA DIIKHTIAR...
TINDAKAN SEGERA... JANGAN DIBIAR...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Aras 13, Desaminium Flora,
Seri Kembangan, Selangor,
Malaysia.
(23 RabiulAwal 1437H)

Friday, February 5, 2016

TANAH (Part 2)

TANAH (Soils) merupakan satu lapisan paling atas pada permukaan bumi. Ia mempunyai lapisan yang berbeza dari segi ketebalan dan warna yang dipengaruhi oleh iklim, topografi, bahan induk, tumbuhan asal dan masa. Dalam keadaan semulajadi lapisan tanah bolehh dikelaskan kepada 3 iaitu (1) Tanah Atas (2) Tanah Bawah dan (3) Batuan (Sila lihat foto diatas). Tanah Atas merupakan lapisan yang ada sisa tumbuhan dan haiwan. Lazimnya tanah atas mempunyai ketebalan 15 cm dan lapisan paling subur untuk tanaman dan kehidupan lain. Tanah ini juga mempunyai sistem pengudaraan baik dan kandungan bahan organik tinggi. Ini merupakan dimana akar dapat tumbuh dengan baik untuk menyerap air dan zat galian serta merupakan tempat tinggal organisma tanah. Tanah Bawah pula berada di bawah tanah atas dimana ia adalah jenis tanah lebih padat dan keras dimana ini selalunya akan menghalang pertumbuhan akar dan sistem pengaliran air. Ia mengandungi bahan terkumpul melalui larut resap dan hanya sedikit organisma tanah tinggal di sini. Bagi lapisan ke 3 iaitu Batuan merupakan lapisan bahan induk tanah. Ia akan mengalami proses luluhawa yang lama untuk menjadi tanah lapisan atas. Kepentingan tanah adalah amat penting dalam sektor pertanian yang akan menghidupkan tanaman dan sumber makanan kepada manusia dan haiwan serta organisma lain. Tanah memberi sokongan kepada akar dimana akar mencengkam tanah dan dapat tumbuh tegak. Ini menyebabkan pokok yang tumbuh menegak ia akan dapat menerima cahaya. Tanah juga membekalkan nutrien dam tempat menyimpan nutrien. Bahan organik yang reput menjadi nutrien pada tanah boleh digunakan sebagai sumber makanan pada tumbuhan dan baja yang beri juga terkumpul di dalam tanah. Tanah akan membekalkan oksigen dan air kepada tumbuhan dimana udara dalam tanah serlalunya mengandungi gas karban dioksid (CO2) dan Oksijan (O2). Gas CO2 lebih banyak dalam tanah disebabkan oleh proses respirasi akar, organisma dan pereputan bahan organik. Selain itu ada kandungan air tanah dalam bentuk lapisan air, wap air dan cecair. Artikel subuh ni saya menulis dalam "Anim Agro Technology" bertajuk 'Tanah' dan perkara penting mengenai tanah dalam kehidupan manusia. 


Tanah berkait rapat dengan berlakunya penyakit tumbuhan. Lazimnya tanah pada pH rendah boleh menyebabkan kulat (Fungi) mudah membiak sementara tumbuhan sukar memperoleh nutrien dan pertumbuhan akar terjejas apabila pH tanah terlalu tinggi atau rendah. Ini menyebabkan tumbuhan akan mudah terkena penyakit. Terdapat beberapa unsur perlu untuk pertumbuhan tanaman dalam tanah. Unsur tersebut adlah MAKRONUTRIEN (Macronutrient) iaitu terdiri daripada O,C,H,N,P,K dan MIKRONUTRIEN iaitu Fe, B, Mn, Zn, Cu, Mo dan Cl. Jika dalam tanah tiada atau tanpa bahan nutrien ini akan menyebabkan tumbuhan tidak membesar dengan sempurna dimana ada fungsi spesifik sesuatu nutrien tidak boleh diganti dengan nutrien lain. Fungsi unsur Nitrojen (N) adalah untuk menjadi komponen proteín untuk menghasilkan klorofil  dan mempercepatkan tumbesaran tumbuhan Kerana kadar fotosíntesis tinggi. Unsur Fosforus (P) pula berfungsi sebagai unsur untuk mempercepatkan lagi pertumbuhan akar, mencepatkan kematangan bunga, buah dan pokok, menguatkan tangkai buah dan bagi tujuan untuk menghasilkan tenaga diperingkat awal tumbesaran. Unsur Kalium (K) pula berfungsi untuk mempercepatkan proses pengeluaran bunga dan buah, memberi ketahanan terhadap penyakit, tujuan diperlukan untuk metabolisme kanji dan protein dan mengaktifkan enzim.


Di Malaysia terdapat beberapa jenis Tanah Bermasaalah iaitu terdiri daripada Tanah Asid Sulfat, Tanah Gambut, Tanah Bris, Tanah Bekas Lombong dan Tanah Lempung (Liat). Jenis Tanah Asid Sulfat adalah berciri sebagai tanah liat dengan nilai pH kurang daripada 3.5 iaitu kategori tanah tidak subur, toksik aluminium, Fe dan Mn. Kedua adalah Jenis Tanah Gambut (Peat) dimana cirinya ia mempunyai bahan organik tinggi, sistem saliran tidak baik, tidak menyokong akar, tanah berasid serta lazimnya kurang nutrien Cu, Mn, Zn, Fe, Mo dan Bo. Tanah Bris merupakan jenis tanah dengan kandungan pasir tinggi, ia tanah tidak berstruktur dengan ada lapisan keras dibawahnya. Tanah Bris juga mempunyai daya simpanan air rendah, kurang air pada musim panas dengan nilai diantara pH 4.3- pH 5.8. Ke 4 adalah Tanah Bekas Lombong (Tin tailing) dimana ia mempunyai kandungan Pasir sebanyak 80%, tiada struktur, mengandungi mineral kuarza dan tiada air. Jenis Tanah Lempung pula mengandungi bahan liat tinggi dengan sistem saliran kurang baik, agak sukar dikerjakan dan selslu melekit bila basah dan akan menjadi keras bila kering. Kesemua jenis tanah yang dinyatakan diatas terdapat di negara kita dengan taburan di seluruh negeri. 


Beberapa teknologi atau amalan untuk membaiki keadaan tanah boleh dibuat. Antaranya melalui aktiviti Pembajaan, Pengapuran, Pemugaran serta Mencegah dan Mengawal Hakisan. Pertama adalah aktiviti Pembajaan dimana gred baja ialah kuantiti nutrien utama yang terdapat dalam baja.( % N, P2O5 dan K). Antara jenis-jenis baja sesuai digunakan seperti Baja Campuran iaitu baja yang dicampur secara fizik antara beberapa unsur tetapi tidak disebatikan. Sementara itu Baja Sebatian adalah sejenis baja mengandungi beberapa bahan nutrein yang disebatikan secara kimia dibuat di kilang. Baja Lengkap pula adalah kombinasi semua nutrien utama, mikro nutrien, enzim dan pengawal atur (Growth regulator). Baja Terus (Straight fertilizer) adalah jenis baja yang membekalkan satu jenis atau satu nutrien sahaja yang aplikasinya untuk tujuan tertentu sahaja. Akhirnya adalah Baja Organik daripada najis (tinja) ternakan dan sisa ladang seperti kompos. Cara untuk membaja lazimnya dilakukan melalui 4 kaedah iaitu Secara Tabur, Secara Alur, Secara Poket dan Secara Semburan adun. Membaca Secara Tabur dilakukan dengan menabur baja dengan sekata atau digaul dalam tanah atau pun diletak disekeliling pokok (Dibawah kanopi daun). Jenis baja sesuai untuk ditabur sebaiknya dari jenis baja butiran halus atau granule. Membaja Cara Alur bilamana baja akan diletak di kiri dan kanan tanaman atau pun dibarisan biji benih yang baru ditanam iaitu dengan jarak 4 - 5cm dalam sisi barisan pokok. Pembajaan Cara Poket dilakukan dengan cara meletakkan baja dalam lubang poket yang digali iaitu di hujung kanopi pokok. Baja ini akan di letak dalam poket dan kambus semula. Kaedah membaja dengan Cara Semburan Daun (Foliar spray) menggunakan jenis baja larutan atau cecair yang disembur terus pada daun. Kaedah membaja semburan daun amat sesuai untuk sayuran jenis daun dan tanaman singkat masa lain. Pembajaan adalah penting untuk menjadikan tanah terus subur dan memberikan tumbuhan sihat dan mampu memberikan hasil baik. Sila baca artikel Part 1 dan Part 3 mengenai info selanjutnya mengenai apakah dia tanah. Wasalam!.

PENTINGNYA TANAH...KEPADA KITA....

5 KOMPONEN... ADA AIR DAN UDARA....
WARNA TANAH... HITAM SUBURNYA....
KEMASAMAN TANAH...ADA JULATNYA...

By,
M Anem,  
Senior Agronomist,
Aras 13, Desaminium Flora,
Seri Kembangan, Selangor,
Malaysia.
(23 Rabiulawal 1437H)

Thursday, February 4, 2016

TANAH (Part 1)

TANAH (Soils) merupakan satu lapisan paling atas pada permukaan bumi. Ia mempunyai lapisan yang berbeza dari segi ketebalan dan warna yang dipengaruhi oleh iklim, topografi, bahan induk, tumbuhan asal dan masa. Dalam keadaan semulajadi lapisan tanah bolehh dikelaskan kepada 3 iaitu (1) Tanah Atas (2) Tanah Bawah dan (3) Batuan (Sila lihat foto diatas). Tanah Atas merupakan lapisan yang ada sisa tumbuhan dan haiwan. Lazimnya tanah atas mempunyai ketebalan 15 cm dan lapisan paling subur untuk tanaman dan kehidupan lain. Tanah ini juga mempunyai sistem pengudaraan baik dan kandungan bahan organik tinggi. Ini merupakan dimana akar dapat tumbuh dengan baik untuk menyerap air dan zat galian serta merupakan tempat tinggal organisma tanah. Tanah Bawah pula berada di bawah tanah atas dimana ia adalah jenis tanah lebih padat dan keras dimana ini selalunya akan menghalang pertumbuhan akar dan sistem pengaliran air. Ia mengandungi bahan terkumpul melalui larut resap dan hanya sedikit organisma tanah tinggal di sini. Bagi lapisan ke 3 iaitu Batuan merupakan lapisan bahan induk tanah. Ia akan mengalami proses luluhawa yang lama untuk menjadi tanah lapisan atas. Kepentingan tanah adalah amat penting dalam sektor pertanian yang akan menghidupkan tanaman dan sumber makanan kepada manusia dan haiwan serta organisma lain. Tanah memberi sokongan kepada akar dimana akar mencengkam tanah dan dapat tumbuh tegak. Ini menyebabkan pokok yang tumbuh menegak ia akan dapat menerima cahaya. Tanah juga membekalkan nutrien dam tempat menyimpan nutrien. Bahan organik yang reput menjadi nutrien pada tanah boleh digunakan sebagai sumber makanan pada tumbuhan dan baja yang beri juga terkumpul di dalam tanah. Tanah akan membekalkan oksigen dan air kepada tumbuhan dimana udara dalam tanah serlalunya mengandungi gas karban dioksid (CO2) dan Oksijan (O2). Gas CO2 lebih banyak dalam tanah disebabkan oleh proses respirasi akar, organisma dan pereputan bahan organik. Selain itu ada kandungan air tanah dalam bentuk lapisan air, wap air dan cecair. Artikel subuh ni saya menulis dalam "Anim Agro Technology" bertajuk 'Tanah' dan perkara penting mengenai tanah dalam kehidupan manusia. 


Terdapat Lima (5) komponen tanah yang perlu penulis paparkan untuk rujukan anda. Komponen tersebut adalah Bahan Mineral, Bahan Organik, Udara, Air dan Organisma Tanah (Sila lihat rajah sebelah). Komponen pertama adalah Bahan Mineral yang merupakan komponen terbanyak sekitar 45%. Ia terdiri dari bahan atau kumin mineral seperti pasir, kelodak dan liat hasil proses luluhawa. Kedua adalah Bahan Organik iaitu bahan humus, hasil akhir pereputan sisa tumbuhan dan haiwan yang diurai oleh bacteria dan kulat. Antara ciri-ciri humus adalah dimana ia adalah stabil, berwarna gelap, tidak larut dalam air, mampu untuk menyimpan air dan menyimpan kation. Antara kebaikan bahan organik dimana ia membekalkan nutrient kepada tumbuhan dan membaiki struktur tanah. Bahan humus bertindak sebagai bahan pelekat yang melekatkan kumin-kumin tanah dan membentuk agregat tanah. Lazimnya susunan agregat ini dipanggil butir rapuh dan memperbaiki pengudaraan dan saliran air tanah. Bahan organik akan menambahkan daya penampungan air tanah, tanah pasir jika dicampur dengan bahan organik dapat memegang air. Ia juga menghalang kehilangan nutrien dalam tanah. Proses pereputan bahan organik akan menghasilkan bahan becas yang dapat menarik ion. Komponen ke 3 adalah Udara yang terdiri dari Karbon dioksida (CO2) dalam kandungan yang lebih banyak di dalam tanah berbanding atmosfera. Udara seperti Oksigen (O2) dalam tanah penting untuk respirasi akar dan organisma tanah. Penulis juga dapati komponen ke 4 adalah Air (Water) dimana air terdapat di celah rongga yang halus. Selalunya rongga tanah yang lebih besar terisi dengan gas yang banyak berbanding sebaliknya. Ini untuk memastikan bekalan oksigen untuk akar dan organisma tanah mencukupi. Ciri-ciri muatan air tanah dimana muatan medan (had basah) iaitu kandungan air berlebihan dalam tanah mengalir keluar mengikut tarikan graviti. Jika berlaku dimana tanah tepu air bermakna rongga tanah dipenuhi air. Istilah Had Layu (titik layu) adalah keadaan dimana jika air tiada maka akar tidak dapat mengambil air kesannya akan menyebabkan pokok layu. Komponen ke 5 adalah terdiri dari Organisma Tanah iaitu bakteria, actinomycetes, nematod, cacing tanah dan algae (kulat). Bakteria akan membantu proses pereputan bahan organik dan ia adalah penting untuk pengedaran C,N,P dan S dalam tanah. Organisma Aktinomisit pula akan membantu proses pereputan. Sementara itu Kulat selain membantu proses pereputan akan bersimbiosis dengan akar tumbuhan untuk memegang nutrien. Cacing Nematod juga membantu dalam proses pereputan. Bahan Algae pula akan melakukan proses fotosintesis iaitu menukarkan CO2 kepada O2 di dalam sawah padi. Ini membantu dalam proses menyerap N daripada udara dan diberikan kepada pokok padi. Organisma Cacing tanah selalunya menggaul hasil reputan daun di atas tanah ke bahagian dalam tanah dan akan memindahkan tanah dari satu lapisan ke lapisan lain. Cacing tanah akan membaiki udara dan saliran tanah melalui terowong yang dibina dimana tinja cacing mengandungi kalsium yang menyuburkan tanah.


Mengetahui sifat-sifat Fizikal Tanah ada 4 perkara penting. Ianya adalah mengenai warna tanah, tekstur tanah, struktur tanah dan kimia tanah. Warna Tanah akan dapat menggambarkan keadaan fizikal dan kandungan tanah (Sila lihat foto disebelah). Warna Tanah juga akan dapat menggambarkan kandungan bahan organik, saliran tanah, aktiviti mikroorganisma dan kesuburan tanah. Umumnya tanah yang berwarna gelap lebih subur dan tanah yang pudar paling tidak subur. Penggunaan Carta warna Munsell (Munsell Colour Chart) boleh digunakan untuk membandingkan warna tanah. Tekstur Tanah lazimnya boleh dikesan dengan merasa dengan tangan atau kaedah mendapan. Tekstur tanah ialah peratus perbandingan antara pasir, kelodak dan liat tanah. Kepentingan tekstur tanah adalah dimana bila tekstur kasar, air dan gas mudah dan gas boleh mengalir meresap. Jika teksur tanah halus maka ia boleh menyimpan dan menyerap nutrien. Pemugaran sukar bila tekstur tanah halus. Struktur Tanah dimaksudkan dengan susunan kumin-kumin tanah (soil particles). Terdapat beberapa jenis struktur tanah seperti jenis Butir Rapuh, Jenis Berlapis, Jenis Berblok, Jenis Prismatik, Jenis Kolumnar dan akhirnya Jenis Tidak ada struktur iaitu dikatakan sebagai bongkat atau butir tunggal. Lazimnya jenis tanah pasir tiada struktur. Struktur tanah yang paling baik ialah butir rapuh. Kepentingan struktur tanah adalah dimana jika struktur tanah yang baik maka air dan udara mudah meresap, oleh itu akar mendapat air dan oksigen yang mencukupi. Struktur yang baik menambah daya tahan tanah terhadap hakisan. Struktur yang baik mengurangkan kesan toksik CO2 kerana udara mudah meresap keluar.



Sifat Kimia Tanah penting diketahui semua dimana ia diukur dengan istilah 'pH tanah'. Tanah tropika bersifat asid kerana menerima banyak hujan yang membekalkan banyak ion hidrogen. Lazimnya pH tanah boleh ditentukan dengan dua cara iaitu Kaedah Kuhn (Penunjuk universal) dan gunakan Meter pH. Rajah diatas menunjukkan Julat pH Tanah yang umumnya perlu diketahui sama ada ia sesuai untuk tanaman. Nilai pH diantara 6.0 - 6.8 dikatakan paling sesuai untuk pertumbuhan tanaman. Tanah terlalu asidik dan alkaline tidak sesuai untuk kebanyakan jenis tanaman. Diantar beberapa faktor yang mempengaruhi pH tanah kandungan bahan induk tanah dimana bahan asal dari mana tanah itu terbentuk. Contohnya, batu granit mengandungi aluminium yang bila berhidrolisis akan mengeluarkan ion hidrogen. Ini akan menurunkan pH tanah dan tanah menjadi berasid. Faktur Larutresapan (Leaching) akan menyebabkan kehilangan ion Ca, Mg dan K. Penggunaan baja kimia seperti baja amonium sulfat akan hasilkan ion Nh+ dan H+ menurunkan pH tanah. Proses pereputan bahan organik juga menyebabkan asid organik merendahkan pH tanah. Ia juga berkait dengan penambahan asid karbonik dan asid nitrik dalam tanah. Proses respirasi akar dan organisma tanah menyebabkan pelepasan CO2 dihasilkan bertindakbalas dengan air menghasilkan Asid karbonik. Beberpapa perkara penting yang mesti diketahui adalah kesan pH kepada tanaman. Pada keadaan dimana (1) Ketersediaan nutrien tanah dianalisa dimana walaupun nutrien dibekalkan kepada tanah, tumbuhan tidak dapat mengambil nutrien tersebut kerana beberapa sebab. Antaranya apabila pH rendah, ion ferum dan magnesium dibebaskan sebaliknya bila pH tinggi, ion kalsium dan magnesium dibebaskan. Ion ini akan memegang ion yang terdapat di dalam nutrien menyebabkan tumbuhan tidak dapat mengambil nutrien tersebut. Aktiviti mikrob atau mikroorganisma yang bermanfaat adalah dimana kebanyakannya hidup pada Ph 5.5 – 7.8 sahaja. Kebanyakkan mikroorganisma yang menjalankan proses penitratan terjejas bila pH kuran 5.5. Perlu ingat bahawa pada pH rendah (Asidik) akan merencatkan aktiviti cacing tanah. Artikel ini bersambung pada Pat 2 dan Part 3. Wasallam!.
PENTINGNYA TANAH... KEPADA KITA....
5 KOMPONEN... ADA AIR DAN UDARA....
WARNA TANAH... HITAM SUBURNYA....
KEMASAMAN TANAH...ADA JULATNYA...

By,
M Anem,  
Senior Agronomist,
Aras 13, Desaminium Flora,
Seri Kembangan, Selangor,
Malaysia.
(23 Rabiulawal 1437H)

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...