Support My Blog

Thursday, November 30, 2023

CILI KULAI - APA HEBATNYA?

CILI KULAI (Capsicum annum) merupakan satu varieti cili yang popular ditanam oleh penanam sayur di Malaysia dan di terima dengan baik oleh para pengguna di negara ini. Cili ini adalah sejenis Cili Besar atau Cili Merah atau Cili Hijau yang mempunyai banyak panggilan dan juga jenama yang dijual di kedai pertanian. Cili Besar atau Cili Merah ini merupakan sejenis tanaman popular di Malaysia yang ditanam seluas 3,420 hektar dengan pengeluaran sebanyak 30,365 metrik tan pada tahun 2022 dengan nilai pengeluaran lebih RM 223 juta (Sumber: Booklet Keluasan Tanaman Makanan Malaysia, Jabatan Pertanian Malaysia 2022). Pengeluaran cili di Malaysia adalah untuk tujuan penggunaan segar. Bagaimana pun dipasaran pengguaan jenis cili merah kering import lebih dominan berbanding dengan penggunaan cili merah segar. Kebanyakan cili kering merah ini diimport dari India, China, Thailand dan beberapa negara lain yang benilai jutaan ringgit setahun memberikesan kepada jumlah import makanan negara mencecah RM75.54 billion direkod pada tahun 2022. Masakan masyarakat Malaysia sememangnya menggunakan pelbagai jenis cili sebagai komponen utama untuk perisa pedas kepada banyak kuliner makanan. Apakah varieti cili merah yang anda tahu sangat popular di tanam di Malaysia?. dimana dianalisa iaitu kebanyakan petani akan nyatakan Cili Kulai. Pada pengetahuan penulis blog di peringkat awal dulu Cili Kulai ini diberikan nombor 'MC' didepannya. Bagaimana pun cili kulai sebenarnya terdiri daripada banyak varieti kerana cili ini belum banyak yang didaftarkan dengan Senarai Pendaftaran Varieti (National Listing). Kajian penulis blog semasa bertugas dulu mendapati antara beberapa varieti cili merah yang sesuai ditanam adalah seperti Varieti MC 11, MC 12, MC 4, MC 5 dan akhir sekali Varieti Kulai Hibrid. Selain itu dipasaran ada pula yang mengelarkan cili besar atau cili merah ini mengikut lokaliti seperti Cili Merah Ipoh, Cili Merah  Minyak Beku dari Batu Pahat, Varieti Cili Bangi dan beberapa lagi. Pada penulis blog ada sedikit pencirian varieti cili merah agar dapat meningkatkan ilmu pengetahuan pembaca semua seperti ciri yang ada pada CA 905 (F1 Cili Kulai 905), CA 907 (F1 Cili Kulai 907), CA 910 (Cili Kulai Tempatan), CA 914 (F1 Cili Kulai Pedas), CA 915 (F1 Cili Kulai Kering), CA 908 (Cabai Kulai Kerinting), Cili No. 8338 (Cili Kulai King) dan terkini adalah Cili Kulai 461 (Jenis paling popular untuk Cili Fertigasi). Merujuk kepada artikel tulisan saya pada tahun 2013 (Ogos) dan 2011 yang telah menjelaskan beberapa jenis cili merah sesuai dirujuk dengan pautan (Sila klik disini) dan (Sila klik disini). Penulis blog pernah melawat beberapa pusat penyelidikan swasta termasuk CWG Sdn Bhd yang mempunyai koleksi baka benih cili kulai lebih daripada 35 varieti yang sesuai dikomersilkan sebahagiannya. Artikel pada malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya mengupas apa yang dikatakan sebagai 'Cili Kulai' berdasarkan kajian dan pengalaman sendiri penulis di lapangan untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Selalunya didalam menentukan sesuatu varieti tanaman data pencirian tanaman tersebut penting di kaji cirinya. Bagi varieti cili kulai memeng tidak ada didaftarkan lagi didalam Senarai Daftar Varieti Tanaman di Jabatan Pertanian Malaysia dimana cuma ada satu sahaja varieti cili yang ada iaitu CA9 iaitu Varieti Solok Pintal di luluskan pendaftarannya pada 11.11.2018 dari Kelantan. Penulis blog ada nyatakan pencirian v
arieti Cili Kulai dimana saiz buahnya berukuran diantara 12-15 cm panjang, hujungnya berbentuk tirus dan ia mempunyai mesocap tebal. Lazimnya dengan penanaman secara konvensional diatas tanah tinggi pokok adalah 60-180 cm dimana nilai rasanya adalah pedas sehingga sangat pedas. Hasil potensi tanaman cili secara konvensional sekitar 10 - 15 tan/hektar tetapi penanaman cili ini secara fertigasi mampu mencapai lebih dari jumlah tersebut. Dalam membuat tinjauan di kedai menjual benih cili merah dimana penulis blog dapati diantara jenis Varieti Cili Kulai yang terdapat di pasaran ialah dengan nama seperti CA 905 F1 Cili Kulai 905, CA 907 F1 Cili Kulai 905, CA 910 Kulai Tempatan, CA 914 F1 Cili Kulai Pedas, CA 915 F1 Cili Kulai Kering, CA 908 Cabai Kulai Kerinting, No 8338 Kulai King dan palin banyak di tanam untuk sistem cili fertigasi adalah Cili Kulai 461. Semasa membuat tinjauan ada juga sesetengah penjual dakwa cili kuli mereka adalah jenis cili ada yang dunyatakan sebagai 'Cili Hibrid F1' pada label. Perlu diingat bahawa kebanyakan jenis Cili Merah Kulai dilihat cara pembiakkannya adalah melalui proses penghasilan benih secara OP (Open Pillination). Apabila label ditulis sebagai benih hybrid maka lazimnya ia akan dijual dengan harga lebih tinggi sebagai salah satu strategi pasaran. Pada penulis blog yang telah membuat tinjauan teknologi kepada lebih 100 penanam cili di Malaysia mendapati petani akan membuat benih Cili Kulai sendiri dengan memilih buah tertentu untuk dijadikan biji benih Cili Kulai dan mereka ini amat jarang sekali membelinya di kedai. Mereka akan mendapatkan bekalan bijibenih daripada petani lain (rakan-rakan lain) dan jika terputus bekalan barulah mereka membelinya di kedai pertanian. 


Pada penulis blog dimana jika ditanya 
petani ada kalanya sampai pening untuk menjaawab pertanyaan pasal cili apa lagi kalau tanamannya sering di serang pelbagai penyakit. Kalau mereka bertanya apakah sebenarnya 5 jenis cili yang sering di tanam dan di makan di Malaysia mungkin boleh dijelaskan.  Bagaimana pun ketika berada dipasar pasti tidak ramai yang dapat membezakannya jenis-jenis cili merah tersebut asalkan cili tersebut cantik tidak berlubang akan dibeli. Sebenarnya cili kulai pun boleh dijual sebagai Cili Merah Besar dan Cili Hijau Besar. Pada masa ini  antara jenis yang popular di tanam terutama secara fertigasi adalah jenis Cili Kulai 461. Benih ini di keluarkan oleh Syarikat Sakata dengan nombor SJ2-461 dimana boleh di beli dikedai pertanian didalam tin kedap udara (jumlah banyak) atau dibeli secara on-line sahaja di Lazada dengan harga RM6.00 satu paket mengandungi 50 biji benih. Dari dakwaan pengedar dimana benih Cili Kulai 461 mempunyai rasa pedas sedikit dan sesuai digunakan untuk masakan dan penambah rasa dimana benih yang dihasilkan di Jepun dan stabil ditanam di bumi Malaysia secara komersil. Kalangan petani dimana jenis Cili Minyak Kulai 461 ini yang selalunya dijual di pasaraya yang ditulis sebagai cili merah atau cili hijau. Jika buahnya dipetik muda ketika masih muda maka ia adalah 'Cili Hijau' yang selalunya di potong-potong untuk dijadikan penambah keenakan makanan atau sesuai dijadikan jeruk cili. Jika buahnya di petik sudah matang ia akan berwarna merah yang dijual dengan harga lebih tinggi daripada cili hijau. Pada masa ini dilaporkan varieti ini popular ditanam secara fertigasi dimaa cara penanamannya selalu akan mengambil masa antara 60 - 65 hari dimana ia sesuai ditanam didalam polibeg menggunakan media cocopeat. Pada penulis blog pemilihan media cocopeat yang tepat selalunya akan menentukan penghasilannya yang ditanam diatas tanah yang dilapiskan dengan plastik tebal atau secara fertigasi gantung. Sila baca teknologi tanaman fertigasi gantung didalam blog ini dengan pautan yang berikut (Sila klik disini) dan (Sila klik disini).  Kebanyakan petani menggunakan baja A & B untuk membesarkan pokok secara fertigasi dimana ianya dilihat mampu memberikan hasil lumayan jika tiada serangan penyakit dan perosak serta harga baik.


Menarik di kongsikan fakta di bh.com bertajuk 'C
ili Kulai 461 fertigasi tahan lama, harga tinggi' sebagai rujukkan. Kisah dari Putrajaya dimana kaedah pertanian menerusi sistem fertigasi, terutama cili jenis 'Kulai 461' dilaporkan semakin mendapat tempat di negara ini kerana tidak memerlukan kawasan luas, selain hasil kebun mendapat harga yang tinggi di pasaran. Dilaporkan dimana cili kulai ini juga berkualiti, tahan lama dan mampu mengeluarkan hasil berkali ganda berbanding yang ditanam menggunakan kaedah konvensional. Konsep fertigasi tidak terhad kepada cili, malah tomato, timun Jepun, terung, strawberi dan pokok hiasan juga boleh ditanam secara komersial menggunakan kaedah sama. Bagi pengusaha cili fertigasi, Datuk Abdul Halim Samad nyatakan Cili 'Kulai 461' boleh dituai hasilnya seawal dua atau tiga bulan dimana ia berterusan berbuah sehingga pokok berusia enam bulan bagi mendapatkan hasil maksimum. Saiz cili jenis ini tirus dan tebal, panjangnya antara 15 - 18 cm serta mempunyai rasa sangat pedas. Tinggi pokoknya sekitar 60 - 180 cm dan mudah dijaga. Pokok cili kulai ini boleh mengeluarkan hasil sekitar dua hingga tiga kilogram sehari dimana ia juga mampu menghasilkan bunga secara serentak dengan buah dimana ia sekali gus memudahkan pengusaha membuat penuaian berterusan. Cili terbabit mendapat permintaan tinggi daripada pengguna dan pemborong dengan tawaran harga purata borong RM4.20 - RM5.00 sekilogram dan harga runcit pula RM5 - RM20 sekilogram mengikut pasaran semasa. Abdul Halim yang juga Pengarah Urusan Global Inter-Dream (M) Sdn Bhd dskwa dia mengeluarkan modal sekitar RM5,000 bagi menyediakan keperluan infrastruktur termasuk meratakan tanah. Walaupun modal agak tinggi dakwanya ia amat berbaloi kerana pulangannya lebih lumayan dan jangka hayat tanaman lebih panjang. Pada masa yang sama syarikatnya juga turut memberi khidmat nasihat kepada mereka yang berminat menceburi kaedah pertanian fertigasi, bermula dari awal projek sehingga hasil dapat dituai. Mereka juga ada menyediakan kursus sehari dengan sedikit bayaran kepada mereka yang mahu berjinak-jinak dalam bidang ini. Orang ramai boleh menghubungi Jabatan Pertanian atau agensi berkaitan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kursus yang ditawarkan secara percuma. Dijelaskan fertigasi berasal dari dua perkataan Inggeris, 'fertilization' dan 'irrigation' dimana ia adalah salah satu cabang hidroponik yang sangat sesuai bagi tanaman jenis sayuran berbuah dan berdaun. Kini kaedah fertigasi menggunakan pengairan dengan baja akan disalurkan dalam bentuk larutan terus ke bahagian akar pokok. Pokok lazimnya ditanam dalam beg plastik atau 'polybag' dan diletakkan di atas pelantar setinggi hampir satu meter bagi memudahkan kerja memetik hasil. Pengairan titis membolehkan larutan baja menitis secara perlahan dan berkala bagi mengoptimumkan pertumbuhan pokok dalam tempoh yang ditetapkan. Kaedah fertigasi tidak menggunakan tanah, sebaliknya digantikan dengan sabut kelapa atau sekam yang dapat mengelakkan serangan penyakit akar berpunca daripada tanah. Sebagai info asas dimana kawasan seluar 0.4 hektar boleh memuatkan 4,000 beg plastik yang ditanam dengan pokok cili 'Kulai 461' perlu 120 hari untuk matang.  Setiap pokok boleh hasilkan satu hingga tiga kilogram cili sehari dengan jangka hayat produktif pokok ialah enam bulan.


Dalam portal utusanborneo.com juga menarik kisah petani menanam cili bertajuk '
Pemuda cipta pendapatan tanam Cili Kulai' sesuai dikongsikan. Dilaporkan seorang pemuda yang telah diberhentikan kerja susulan krisis ekonomi sejak penularan wabak COVID-19 menjadikan projek penanaman Cili Kulai sebagai sumber pendapatan baharu. bagi pemuda tersebut iaitu Ashyraf Yusof (29) yang sebelum ini pernah bekerja sebagai pembantu pejabat di salah sebuah syarikat swasta diberhentikan kerjasemasa pendemik covid19 apabila majikannya mengurangkan jumlah perkerja kerana pendapatan syarikat merosot. Dia mengambil keputusan untuk lebih serius dan sepenuh masa mengusahakan projek penanaman cili yang diusahakannya di Kg Pasir Putih, Tawau. Dia berminat mengusahakan projek ini setelah melihat di media sosial ramai yang sudah berjaya dan mencipta pendapatan daripada penanaman cili menggunakan kaedah fertigasi. Dia mengusahakan tanah kakak yang terbiar dijadikan tempat menanam pokok cili dan bersyukur kerana keluarganya semua setuju dan sepakat untuk berkongsi mengeluarkan modal permulaan sebanyak RM20,000 untuk membeli benih dan peralatan lain. Ashyraf mulanya ada cabaran kerana dia tidak mempunyai apa-apa pengetahuan dan pengalaman berkaitan pertanian, hanya berpandukan pembelajaran di media sosial serta rakan yang mempunyai kebun cili sebagai rujukan. Mulanya dari 500 pokok yang ditanam hanya 430 pokok sahaja yang tumbuh subur, namun tetap bersyukur kerana sehingga kini lebih 800 kilogram sudah hasil yang dituai dan dijual. Dia dapat menjangkakan hasil tuaian akan mencecah kira-kira 1,100 kilogram dalam sebulan yang dipasarkan di supermaket dan pasar tempatan. Dakwanya penanaman cili agak mudah dan tidak memerlukan kawasan yang luas malahan dapat berbuah dengan cepat. Cili Kulai ini hanya mengambil masa 70 hari sahaja untuk dituai dan harga pasarannya juga sangat lumayan boleh mencecah RM17 sekilogram. Dia kemudian menanam 1,500 pokok dan akan membuka kebun baharu di tempat lain. Ashyraf turut menasihatkan kepada sesiapa yang dibuang kerja supaya tidak menjadikannya sebagai alasan untuk terus berputus asa dan hanya berharap bantuan sahaja. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
CILI KULAI... BANYAK JENISNYA...
LUAS DITANAM...FERTIGASI ADA...
HARGA MAHAL...PETANI PUN SUKA...
MENYEDAPKAN MAKANAN... LADA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(13 Jamadilawal 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...