Sebenarnya ada 8 ciri penting untuk mengetahui akan jenis tanah yang subur boleh dijadikan panduan untuk dapat mempastikan tanaman tumbuh dengan baik dan banyak mengeluarkan hasil. Pada penulis bog mengetahui ciri tanag yang subur adapah penting kerana aspek tanah yang subur merupakan salah satu faktor penting dalam mendapatkan asas kualiti tanaman yang tumbuh di atasnya. bagaimana pun sebenarnya ada banyak faktur dan indikator yang mempengaruhi sesuatu tanah itu di katakan 'Tanah Subur'. Antara beberapa indikator penting termasuk tagap kelembapan, intensiti cahaya, keseimbangan tingkat kemasaman tanah sehingga kepada kadar nutriennya. Dalam pertanian khususnya sektor tanaman dimana aspek kesuburan tanah juga mengalakkan kepada kemampuan tanah untuk mendorong kesuburan tanaman dan juga penghasilan tanaman yang leboh positif. Kesuburan tanah juga ada kaaotan dengan kandungan bahan organisme baik (bebeficial irganism() yang ujud di dalamnya. Perlu dipastikan bahawa jenis tanah subur apabila terdapat komponen seperti kandungan butrien dan unsur lain yang seimbang. Misalnya kadar kandugan unsur air, mikrob, bahan organik sehingga kepada kandungan nutrisi yang boleh digunakan oleh akar tumbuhan atau diberikan melalui baja. Perkara yang tersebut juga sesuai diterapkan dengan mengetahui karakteristik atau ciri pada semua tanah yang subur. Asas tanah subur juga berkaitan dengan sifatnya seperti kandungan nutrien, tahap kelembapan serta jumlah kandungan air yang diperlukan. Suatu tanah yag subur boleh digunakan dengan baik setiap kali masa penanaman dan mampu di ulangkali aktiviti menanam dengan tanaman makanan atau pun jenis tumbuhan lain yang berfaedah. sas kepada 8 ciri tanah yang subur meliputi ia adalah pertama jenis tanah yang kaya dengan nutrisi didalamnya dari jenis kandungan nutrisi asas yang diperlukan oleh tumbuhan sebagai makanan tanaman seperti bahan Nitrogen (N), fosforan (P) dan juga Kalium (K). ia juga dikatakan subur apabila mempunyai unsur mikro (trace element) seperti unsur Boron (B), Klorin (Cl), Kobalt (Co), Tembaga (Cu), Besi (Fe), Manganese (Mn), Magnesium (Mg), Molybdenum (mb), Belerang atau Sulfur (Su) dan Zink (Zn).
Memang penting dimana tanah subur dikaitkan dengan jenis tanah yang mengandungi banyak bahan organik tanah yang berguna untuk memperbaiki strukturnya. Bahan organik atau bahan semula jadi merupakan asalnya tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang mati seperti bangkai haiwan dan daun yang mereput sehingga sesuai menjadi kompos. Semakin lama bahan ini terkompos maka akhirnya bahan ini akan masuk ke dalam tanah. Bahan seperti ini boleh menghasilkan baja organik yang lebih baik daripada baja kimia kerana baja organik tidak mengancam hidupan yang lain. Tanah subur juga mempunyai ciri dengan ada ciri ketahanan dan kelembapan yang sesuai untuk pertumbuhan akar didalam tanah. Kandungan air yang berlebihan atau kekurangan air (kekeringan air) menjadikan akar tanaman tidak dapat berfungdi dengan baik. Selalu didengar dimana tanah subur selalau mempuntai nilai kemasaman ideal pada tahap pH6.0 sehingga pH6.8 kerana tanah asidik selalunya merencatkan proses pertumbuhn tanaman. Begitu kuga jika tanah terlelu alkaline kurang sesuai untuk kebanyakan jenis tanaman. Pemberian baja kapor kepada tanam masam boleh meninglatkan kemasaman tanah atau meningkatkan nilai pH tanah. Tanah yang subur memang sangat signifikan jika ianya mempunyai sistem saliran (drainage yang baik). Ketiadaan sistem saliran menyebabkan air akan bertakung yang boleh menyebabkan tumbuhan lemas dan boleh mati juga. Tanaman durian (Durio zibethinus) antara jenis tanaman yang perlukan saliran baik tetapi pada masa sama ia memerlukan satu pemasangan sistem pengairan (irrigantion system) sempurna untuk tumbuh dengan baik dan menghasilkan buah yang lumayan (Sila lihat foto disebelah). Tanah subur dinilai bagaimana jumah kandungan mikrob dan hidupan kecil berfaedah lain yang ada didalamnya. Ini kerana banyak mokrob baik (bebeficial organism) yang membantu pertumbuhan tanaman seperti bahan cacing tanah, rhizobium, bakteria baik, EM dan sebagainya. Paling asas dimana tanah yang subur seelunya daripada lapisan 'tanah atas' atau selelu dipanggil sebagai 'top soil'. Lapisan Tanah Atas dimaksudkan merupakan satu jenis lapisan yang berada kedalaman 30 cm (Top Soil) dimana dilapisan ini banyak sekali bahan bahan organik, humus dan juga menghasilkan lapisan yang paling subur sehingga sangat sesuai untuk tumbuhan tanaman akar pendek. Lapisan tanah bawah kurang subur seperti apabila tanah di potong untuk dibuat teres bagi tujuan penanaman yang kurang subur.
Banyak jenis tanah biasa yang boleh dijadikan kepada 'Tanah Subur' dengan memberikan rawatan atau aplikasi khas kepada tanah tersebut. Antaranya dengan menjadikan tanah tersebut mampu menyeimbangkan kandungan nutrisinya melalui pembajaan dan rawatan lain. Ini kerana keseimbangan nutrisi merupakan perkara dasar yang perlu diperhatikan semasa merawat tanaman. Penting diketahui keperluan nutrisi tumbuhan adalah berlkian mengikut umur pokok, jenis tanaman, keadaan cuaca, sistem penanaman, kesihatan tumbuhan dan sebagainya. Petani yang bijak mampu dalam mempastikan apakah jenis nutrien, jumlah diberikan serta masa sesuai diberikan atau yang diperlukan mengikut rekomendasi pakej amalan teknologi yang digunakan termasuk unsur makronutrien dan unsur mikronutrien. Aktiviti pembajaan merupakan kaedah rawatan paling popular digunakan untuk menyuburkan tanah. Petani boleh amalkan cara meningkatkan kesuburan tanah dengan meningkatkan kadar nutrisi tanaman dengan memberikan baja. Baja ini ada beberapa jenis daripada baja kimia, baja organik atau kombinasi diantara keduanya. Kini teknologi pemberian baja foliar (baja semburan) didapati lebih praktikal banyak kebanyakan jenis tanaman makanan. Ini kerana jika tanah subur dan pokok disembur dengan baja foliar pastinya akan pempastikan pokok subur dan gbanyak hasilnya. Penting bagi tanah subur diketahui akan intensiti cahaya dan air yang ada dimana ia berkait dengan kedapatan cahaya matahari dan air. Perkara ini penting bagi proses fotosintesis tumbuhan dimana pentin didlam tumbesaran tanaman. Amalan agronomi seperti Penggiliran Tanaman (crop rotation) iaitu cara menggiliran tanaman berlainan setip musim penamanan yang sesuai membolehkan tanah akan terus menjadi subur dalam masa lebih lama. Tanaman jenis kekacang (legume) mampu menambahkan kandungan Nitrigen (N) dalam tanah. Penting sebagai asas kesuburan tanah adalah sentiasa memberikan Baja Organik kepada tanah. Baja organik dilaporkan mampu meningkatkan keupayaan tanah untuk menampung air dan nutrien dalam tanah dengan lebih cekap. Ia sangat berguna terutamanya kepada tanah berpasir yang mudah hilang nutrien dan tidak dapat menahan air semasa hujan lebat. Proses pengkomposan (composting) merupakan ciri bagii tanah yang subur. Pengomposan merupakan satu proses menukan bahan organik kepada unsur atau bahan nutrien yang boleh diserap oleh akar tumbuhan. Kaedah ini selalunya amat berguna untuk menstabilkan nutrisi yang lebih mudah meruap dan larut serta pembentukan humus tanah. Keberadaan kompos dalam tanah membolehkan ia mampu meningkatkan retensi air (water retention) pada tanah yang membentu untuk mencegah penyakit pada tanaman. Terkini istilah yang agak jarang digunakan di Malaysia adalah istilah 'Gunakan Kekuatan Ayam' yang bermaksud penggunaan baja tahi ayam (baja organik) sebagai baja yang sesuai digunakan sepanjang masa. Najis tahi ayam kalau dahulu hanya digunakan terus kepada tanaman akan tetapi kini sudah banyak produk dari najis ayam diproses menjadi baja hibrid iaitu kombinasi bahan orgaik dengan baja kimia yang dikenali sebagai 'Baja Tahi Ayam Proses'. Walau pun harganya agak mahal akan tetapi dilaporkan tahap keberkesanannya terutama kepada tanaan makanan sangat signifikan.
Dalam pada itu penulis blog ingin kongsikan maklumat mengenai jenis-jenis tanah untuk dirawat tanah agar lebih subur dimana tanaman akan sihat bagi memberikan hasil lebih banyak dan lebih berkualiti. Secara umumnya merujuk kepasa ilmu sains tanag dimana pentinh bagi semua mengetahui jenis dan karakteristiknya tanah. Pertama ada jenis Tanah Regosol iaitu jenis tanah yang bertekstur pasir halus hingga kasar. Namun ciri tanah jenis ini adalah ia mudah di perbaiki dengan cara khusus kerana daya tahan terhadap penyimpanan airnya relatif rendah seperti tanah bris dan tanah bekas lombong. Diketahui juga bahwa tanah ini merupakan salah satu jenis tanah entisol yang berasal dari proses iaitu pelapukan material letusan gunung berapi. Contoh lain seperti jenis tanah debu, pasir, lahar dan sebagainya. Petani perlukan kos lebih bagi merawat tanah jenis ini dimana masih ada banyak penambahbaikan perlu bagi menjadikan tanah ini menjadi subur dengan sempurna. Jenis Tanah Latosol pula dilihat ia mempunyai warna kuning hingga merah. Tanah ini cirinya ia bertekstur liat atau lempung dimana jenis ini ada banyak dimana sahaja. Tanah Latosol merupakan tanah vulkanik yang mengandungi bahan organik yang masam. Seterusnya jenis ketiga adalah Jenis Tanah Organosol atau mudahnya dari jeni Tanah Gambut. Gambut adalah jenis tanah yang terbentuk dari pengumpulan sisa-sisa tumbuhan yang separuh terurai dimana selalunya kandungan bagi bahan organiknya tinggi. Ia terbentuk dari bahan induk organik hutan atau rumput yang mengalami pereputan dimana unsur sat makanan atau nutrien didalamnya sangat sedikit. Ia dikelaskan sebagai jenis tanah kurang subur atau jenis tanah bermasaalah untuk digunakan dalam sektor pertanian. Akhir sekalai adalah jenis Tanah Laterit iaitu jenis tanah yang ada batu yang kaya dengan besi dan aluminium dan biasanya terbentuk di kawasan tropika panas dan basah warnanya kemerah-merahan. Perlu diketahui asasnya dimana tanah ini tidak subur dimana ia biasanya ditumbuhi rumput dimana ia selalu dikelaskan sebagai jenis tanah yang sudah berumur tua. Akhir sekali adalah jenis Tanah Humus iaitu jenis tanah yang mempunyai banyak kandungan humus dengan ciri ia bertekstur yang gembur. Jenis ini terbentuk dari pereputan tumbuhan-tumbuhan dalam jangkamasa lama. Di dalam tanah jenis ini ada terdapat unsur zat makanan seperti nutrien dan juga bahan mineral. Tanah jenis ini adalah jenis tanah yang paling direkomendasikan untuk bercucuk tanam terutamanya tanaman makanan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
KANDUNGAN NUTRIEN...PERLU ADA....
SALIRAN BAIK... MUDAH DIBAJA JUGA...
HASIL TANAMAN BAIK... PETANI KAYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandaraya Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(17 Rabiulakhir 1445H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.