KESAN CAHAYA LAMPU untuk tanaman sudah pun banyak diperkatakan didalam sektor pertanian moden dimana ia perlu dilakukan bagi aktiviti penanaman di dalam bangunan atau pun pencahayaan pada malam hari. Keperluan Malaysia untuk menambahkan lagi pengeluaran makanan tempatan semakin kritikal apabila di nyatakan nilai Import Makanan pada tahun 2022 meningkak kepada RM75 billion semasa perasmian HPPNK Kebangsaan 2023 di Ipoh, Perak oleh Perdana Menteri. Oleh itu pelbagai cara perlu dilakukan bagi Malaysia dapat meningkatkan pengeluaran makanan tempatan dan mengurangkan import. Teknologi menanam tanaman didalam bangunan dan menjalankan aktiviti pertanian di malam hari sudah di fikirkan untuk dilakkan. Perlua ada teknologi baru leibatkan penggunaan cahaya lampu untu tuumbuhan hidup subur. Teknologi penggunaan mentol lampu khas sudah agak lama di lakukan tertama di beberapa negara maju yang mana ia disesuaikan untuk penghasilan tanaman makanan terutama di musim sejuk (winter). Kini di pasaran di Malaysia sudah ada ada lampu tanaman LED yang dijual dan ia dapat disesuaikan dengan spektrum tanaman khususnya bagi memberi tanaman cahaya yang setanding dengan cahaya matahari. Dilaporkan dimana ia juga mampu meningkatkan kecekapan didalam proses fotosintesis tanaman. Bagaimana pun bagi tujuan untuk mengatasi keadaan persekitaran yang berbeza ini melalui teknologi dalam menyediakan tanaman dengan persekitaran cahaya yang ideal untuk fotosintesis serta untuk dapat ianya mempromosikan pertumbuhan tanaman pada tahap yang berbeza boleh dilakukan. Warna cahaya putih yang sejuk dilaporkan ia sesuai untuk menambah cahaya bagi tumbuhan jenis succulents dan bunga kecil. Secara amnya dilaporkan dimana jenis lampu LED adalah yang paling sesuai digunakan kerana ia mempunyai kelebihan penggunaan watt rendah dan juga ia menggunaan tenaga letrik yang rendah. Semasa membeli lampu jenis ini perlu teliti dengan tidak membeli mentol yang berharga murah sebab tidak dapat mencapai kesan cahaya tambahan. Lampu tumbuhan LED adalah mentol yang berikan kesan cahaya khas dengan panjang gelombang spektrum tertentu yang dirancang untuk menggantikan fungsi cahaya matahari. Lampu LED dapat mengawal panjang gelombang spektrum dengan baik dimana ia dapat memenuhi aspek keperluan tanaman untuk cahaya. Panjang gelombang spektrum yang diperlukan untuk fotosintesis tumbuhan biasanya dalam lingkungan 400 ~ 720nm. Dilaporkan jenis Lampu biru mempunyai gelombang 400 ~ 520nm dan cahaya merah dengan gelombang 610 ~ 720nm menyumbang paling banyak kesan fotosintesis tumbuhan. Panjang gelombang merah dan biru lampu tumbuhan LED berada dalam julat ini dimana ia dapat memberi tanaman panjang gelombang spektrum yang sesuai bagi pertumbuhan tanaman. Lampu LED juga mempunyai sifat yang baik seperti ketahanan kelembapan, saiz kecil dan jangka hayat yang panjang (lebih daripada 30,000 jam). Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" di kongsikan maklumat kesan cahaya lampu untuk tumbesaran tanaman terutama di malam hari di negara kita.
Di Malaysia dimana sepanjang tahun akan ada cahaya matahari siang yang panjang kecuali bebrapa waktu di musim hujan dan monsun. Kebanyakan petani hanya menanam dikawasan yang mendapat banyak cahaya matahari sama ada tanaman makanan (sayuran, padi, buah-buahan dsb) atau tanaman industri (kelapa sawit, getah dsb) tanpa risau akan sinaran matahari yang membatu fotosintesis. Sejak seawal 7.00 pagi sehingga jam 6.00 akan ada cahaya matahari untuk pertumbuhan tanaman dan tumbuhan di hutan. Bagaimana pun diatas kepentingan makanan di beberapa tempat perlu ada cahaya mentol untuk membolehkan penanaman memberikan hasil lumayan seperti tanaman bunga tertentu di Dalam SPH di Tanah Tinggi Cameroon Highland, Pencahayaan untuk Penanaman tertutup Dalam Bangunan (Indoor Farming) dan sebagainya sudah dilakukan. Teknologi menjalankan aktiviti penanaman di dalam rumah atau bangunan merupakan salah satu faktor yang semakin popular dikalangan usahawan di Malaysia dimana ia adalah pentingkan keperluan cahaya. Kini tiada lagi masalah untuk menanam di dalam kawasan tertutup (indoor) dengan adanya lampu pencahayaan untuk tanaman (atau sebgai grow light). Pemilihan jenis lampu dan mengetahui serba sedikit akan peranannya dapat membantu menjayakan hasrat kita untuk berkebun di dalam rumah atau bangunan tertutup (indoor system) perlu mengkaji serta pastikan bagi berkebun dibawah cahaya lampu. Faktur tersebut adalah Intensiti Cahaya, Tempoh Pencahayaan, Warna Cahaya, Kitaran Cahaya dan juga Lampu T5. Pertama dimana mengenai Intensiti Cahaya dimana tanaman memang ia memerlukan kadar cahaya yang terang dimana jika tanaman tidak menerima cahaya yang cukup tanaman akan menjadi layu. Antara cara yang sering digunakan ialah dengan meletakkan tanaman di sebelahan tingkap di tepi rumah agar mendapat cahaya. Cara ini dilihat agak berkesan namun intensiti cahaya tidak dapat diterima dengan makssiam dimana ia disebabkan terdapatnya halangan-halangan lain. Sebagai jalan penyelesaian penggunaan 'Grow Light' amatlah membantu. Cara ini juga memang membolehkan kawalan intensiti cahaya dapat dilakukan secara maksimum. Terdapat beberapa cara untuk mengawal intensiti cahaya dengan mudah antaranya dengan menetapkan jarak tanaman dengan lampu grow light iaitu dengan menetapkan jarak antara 2-3 inci mentol grow light di atas tanaman. Mengunakan lampu LED dilaporkan dimana lampu LED adalah sangat baik digunakan dari proses menyemai hinggalah ke peringkat tuai. Lampu LED 5X lebih lama daripada mentol neon dimana ia bebas merkuri dan tidak akan pecah seperti kaca. Mentol pijar tetap tidak digunakan untuk peringkat semaian benih kerana ia mengeluarkan terlalu banyak haba dan boleh menyebabkan dedaun lembut terbakar. Pemilik perkebunan ini peru mengetahui akan aspek teknikal dan simpanan mentol lampu untuk digantikan apabila ia rosak.
Faktir pencahayaan didalam teknologi ini termasuk 'Tempoh Pencahayaan' dimana dolaporkan tanaman sayur-sayuran memerlukan tempoh cahaya yang lama dimana kebanyakannya memerlukan antara 14 hingga 18 jam cahaya matahari. Tetapi kebiasaan tanaman yang ditanam di negara kita adalah jenis tanaman cukup dengan hanya menerima cahaya antara 14 hinga 18jam sehari. Pengunaan lampu grow light ini perlu mengikut jangkawaktu keperluan tanaman terhadap cahaya. Kerana pertumbuhan tanaman yang sihat memerlukan juga waktu rehat sekurang-kurangnya 6 jam dalam keadaan gelap. Penting bagi pengusaha tanaman sayuran didalam bangunan yang tiada cahaya matahari menyediakan tempoh pencahaan yang mencikupi memadai dengan memasang 'timer' sahaja untuk mengeluarkan cahaya. Faktir Warna Cahaya memang penting diketahui dimana jika cahaya matahari semulajadi adalah cahaya yang ideal untuk pertumbuhan tanaman diatas tanah. Bagaimana pun teknologi bagi penggunaan cahaya dari grow light ini disyorkan agar ia juga dapat memberikan keseimbangan cahaya sejuk dan hangat yang mereplikasi spektrum solar semulajadi. Perlu juga mengetahui teknologi 'Lampu T5' dimana ia adalah satu jenis lampu yang boleh digunakan sebagai lampu alternatif untuk sistem grow light iaitu ia adalah lampu untuk jenis tanaman sayur hinggalah tanaman buah. Penggunaan T5 yang cekap dilaporkan dimana ia menjimatkan kos dari sesi penggunaan elektrik. Apa pun dilaporkan lampu jenis T5 ini amat mudah disesuaikan untuk membina set mengikut saiz sesuai dan jenis-jenis tanaman. Sebaiknya sebelum mengunakan lampu jenis T5 sebagai alat grow light ini pemilik perlu tahu beberapa pekara asas tentangnya. T5 adalah 'lampu pendarfluor' berbentuk tiub dimana dari segi nama cahaya “T” adalah bermaksud bentuk tiub dan “5” adalah berukuran 5/8 inci. T5 ini boleh digunakan di dalam rumah hijau atau di dalam persekitaran kurang cahaya sebagai sumber pencahayaan tambahan atau cahaya penuh untuk tumbuhan bagi mewujudkan spektrum cahaya semulajadi.
Penting memahami bagaimana cara penggunaan Lampu T5 dengan cara betul untuk memberikan kesan maksima. Terdapat beberapa tip yang perlu diketahui sebelum membeli lampu dimana diantaranya adalah keperluan saiz lampu T5. Di pasaran atau pembelian secara on-line memang ada terdapat lebih dari sedozen kepelbagaian (variation) berkaitan saiz lampu T5. Saiz Mentol lampu yang betul hendaklah dipilih mengikut keperluan set penanaman yang hendak dibina. Apa pun selalunya Lampu T5 dipasaran biasanya datang dalam 2 saiz berbeza dengan konfigurasi mentol yang berbeza. Ada dilaporkan dimana di pasaran domestik dimana lampu T5 ini boleh didapati dengan ukuran 2 kaki dan 4 kaki panjang dan mempunyai 1, 2, 4, 6, 8 dan 12 mentol set per fixture (Sila lihat foto disebelah). Bgaimana pun memang ada banyak produk dimana buatan China dilihat terlalu banyak pilihan dan memang ada banyak jenis montol yang murah atau mahal.
Selalunya dilihat dari segi bentuk memang ada pelbagai jenis warna dan bagaimana cara pengunaan tenaga. Jenis mentol ini juga terdapat 3 jenis keluaran iaitu jenis Keluaran Normal (NO), Jenis Keluaran Tinggi (HO) dan jenis Keluaran Yang Sangat Tinggi (VHO). Cadangan bagi pekebun indoor di Malaysia adalah mereka menggunakan atau memilih mentol yang berada di skala tengah iaitu HO. Apa pun memang setiap tumbuh-tumbuhan (terutma tanaman makanan) yang ditanam memerlukan keperluan cahaya yang berbeza-beza. Sebagai cadangan garis panduan umum boleh digunakan seperti bagi jenis pengunaan penggunaan suhu warna (color temperature) adalah disyorkan 6,500 Kelvin. Suhu warna 6,500 kelvin ini amat sesuai untuk tanaman beriklim Malaysia (khatulistiwa) bagaimana pun bagi negara empat musim mereka memberikan suhu cahaya 6,500 kelvin untuk tujuan pembesaran tanaman dan mereka mesti menukar ke 3,000 kelvin apabila sampai ke peringkat berbunga dan berbuah. Ini kerana suhu warna 3,000 kelvin ini lebih panas atau hangat (seperti suhu cahaya matahari terbenam) dengan tambahan warna merah ia amat sesuai untuk tanaman jenis mekar (berbunga). Penetapan Sistem Lampu T5 ini penting difahami. beberapa perkara utama yang perlu diteliti dahulu adalah Ketinggian dimana ia bermaksud berapa jarak antara kanopi tanaman yang ditanam dengan kedudukan lampu T5 tersebut. Walaupun haba yang dilepaskan oleh lampu T5 ini sangat sedikit tetapi ianya tidak bermakna kita boleh meletakkan ia terlalu dekat dengan kanopi tanaman kerana lazimnya jarak yang terlalu dekat akan merosakkan tanaman tersebut. Ketingian terbaik lampu T5 dengan kanopi tanaman adalah sekitar 6-8 inci untuk tanaman berumur satu minggu ke atas dimana jika tanaman adalah dalam proses percambahan dan masih anak benih hendaklah mejarakkannya sejarak 12 inci dari tanaman. Pengusaha juga perlu tahu teknologi 'Kitaran Cahaya' atau 'life cycle' dalam perlaksaannya. Selalunya setelah set grow light dapat disiapkan maka hendaklah pemilik menentukan kitaran cahaya dalam tempoh 24 jam diatur sebaiknya. Kitaran ini perlu agar tanaman dapat membesar secara semula jadi dan baik. Seperti kitaran di persekitaran luar rumah iaitu cahaya siang dari matahari dan gelap. Kedua-dua waktu ni perlu bagi proses pembesaran tanaman dimana di waktu cahaya penuh tanaman membesar dan diwaktu malam tanaman berehat. Selaluna ada beberapa contoh kitaran yang boleh digunakan antaranya kitaran 12/12 jam, kitaran 18/6 jam dan kitaran 12/0 jam masa cahaya atau gelap. Di Malaysia kitaran cahaya yang berlaku antara 12/12 jam dimana lazimnya petani boleh meniru kitaran cahaya ini untuk mengatur masa sistem grow light. Biasanya lebih banyak cahaya dipasang maka ia bermakna pertumbuhan akan lebih cepat dan akan menghasilkan pertumbuhan yang lebih besar, hasil yang lebih baik. Jika semua aspek teknikal penggunaan lampu bagi kebun didalam bangunan penting memberikan nutrien untuk tumbuhan dan air. Ini kerana asasnya bahan air, baja dan cahaya adalah keperluan utama fotosintesis dan kehudipan tumbuhan. Dalam pada itu diantara elemen-elemen lain yang perlu di sediakan adalah semasa meletakkan set tanaman di ruang yang kecil memang amat perlu menambah alat pengawal pengudaraan bagi ia bertujuan mengawal suhu persekitaran bilik tersebut. Asas pengudaraan dan persekitaran kondusif membolehkan tanaman didalam indoor ini mampu tumbuh dengan baik, berkualiti dan cepat proses pertumbuhannya. Semuga artikel ini mampu memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..

TANAMAN DAMAM BANGUNAN... SUDAH ADA...
PERLUKAN ILMU CAHAYA... SESUAI DI GUNA...
TANAMAN CEPAT TUMBUH.. CEPAT TUAINYA...
By,
M Anem,
Senior Agronommist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(30 RabiulAkhir 1445H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.