Support My Blog

Sunday, March 31, 2019

DURIAN BUKIT JANA, TAIPING

DURIAN BUKIT JANA, TAIPING merupakan satu produk durian didakwa tebaik di Taiping, Perak oleh pengusahanya. Penulis blog telah membuat tinjauan teknologi ke banjaran Bukit Titiwangsa dimana penanaman durian premium telah dilakukan oleh En Ong Han Kee dan En Quah Bee Kiat yang juga ahli Projek Kelompok Buah-buahan Kg Sg. Relong atau PB Buah Bukit Jana, Taiping, Perak. Turut hadir dalam tinjauan ini adalah En Shafie iaitu Timbalan Pengarah Jabatan Pertanian Perak, Pn Zurina Pegawai Pertanian Daerah dan En Mior KU BPIT Negeri Perak serta Agen Pengembangan Tanaman Kawasan (APT) dan lain-lainnya. Kelompok buah-buahan ini merupakan salah satu kelompok buah-buahan dengan perkhidmatan pengembangan yang diberikan oleh Pejabat Pertanian Daerah Larut Matang dan Selama. Durian Taiping didakwa antara durian premium yang terbaik sebagaimana yang didakwa oleh pekebun dari kawasan ini kerana di Taiping mereka menerima hujan yang banyak dan tanah dikawasan tepi gunung ini adalah jenis tanah yang subur dengan amalan agronomi yang baik. Durian merupakan tanaman buah utama di Perak dengan jumlah keluasan 4,592 hektar dengan pengeluaran sebanyak 33,987 mt pada tahun 2018. Di Daerah Selama dan Larut Matang (Taiping) terdapat seluas 2,330 hektar tanaman durian dengan jumlah pegeluaran tertinggi iaitu sebayak 18,968 mt atau 55.9% dari penghasilan durian seluruh Negeri Perak. Kawasan dilereng bukit dan gunung disekitar daerah ini membolehkan petani tempatan (kebanyakan kaum Cina) mengusahakan tanaman durian disini sejak berpuloh tahun dahulu. Sepanjang perjalanan dilihat beberapa jenis buah-buahan lain ditanam iaitu seperti Buah Nangka, Cempedak, Jambu Batu dan juga durian belanda. Artikel subuh ini dalam "Anim Agro Technolgy" saya berkongsi info mengenai tinjauan penulis blog ke projek Tanaman Durian di Projek Berkelpmpok Kg. Jana, Taiping untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.


Lokasi pertama adalah Kebun En Ong Han Kee seluas 14.2 hektar yang dimajukan pada tahun 2017 (pokok sudah beumur 11 tahun). Tanaman utama beliau adalah Durian dari pelbagai jenis pada 2007 akan tetapi kini hampir kesemua pokok durian dikebun ini sudah di tukar kepada varieti durian premium utama seperti Musang King (D197) sebanyak 760 pokok dan Durian  D200 (Ochee) sebanyak 242 pokok. Apa pun pekebun menanam beberapa varieti lain untuk tujuan pasaran dan pendebungaan seperi D24 (Bukit Merah), D160, D123, D175 dan D159. Terdapat juga beanyak pokok durian kampong yang masih ada dan baru ditanam untuk tujuan dijadikan pokok induk kelak bagi program cantuman dewasa. Pokok durian kampong ini didakwa terbaik untuk dijadikan pokok induk kerana ia mempunyai tahap kerintangan tinggi dalam serangan penyakit tanaman durian. Terdapat banyak kaedah bagi Encik Ong Han Kee untuk membuat cantuman dewasa dikebunnya dan kepada ahli kelomppok yang lain. Apa pun kaedah paling popular digunakan adalah dengan menebang pokok durian sedia ada di atas dahan pertama yang ada pada pokok asal. Ini kerana teknik menebang rendah (tanpa dahan pertama) menyebabkan pokok gagal untuk dijalankan cantuman dewasa. Ke wujudan dahan pertama ini membolehan cantuman dewasa ini lebih berjaya menukar varieti durian premium yang dikehendakki. Beliau nyatakan dahulu mereka menebang sehingga 1-2 meter tinggi batang pokok durian dan membuat cantuman dewasa pada tunas yang keluar ditunggul tersebut akan tetapi akhirya tunggul mati dan cantuman dewasa gagal. Bila penulis blog lihat sekeliling kebun baru dapat lihat dimana cantuman dewasa ini pada paras ketingggian berbeza sehingga ada yang mencecah 10 meter baru dilakukan cantuman dewasa. Dahan yang tertinggal akan pastikan pokok tidak mati untuk dilakukan canuman dewasa ini.


Mengenai Amalan Agronomi, Petani H.K. Ong telah mempastikan bahawa beliau kurang menggunakan bahan kimia sebalikya kearah perladangan organik. Ladang beliau telah menerima persijilam MyGAP sejak beberapa tahun dulu dan kini mengekalkan persijilan tersebut. Antara baja yang dibunakan seperi baja organik dan baja chitosan base fertilizer yang sesuai untuk tanaman durian. Racun rumpai memang tidak digunakan langsung akan tetapi kawalan rumpai menggunakan mesin rumput sahaja. Penulis blog jelaskan bagaimana pentingnya proses pendebungaan durian dimana semestinya perlu ada campuran beberapa varieti untuk tujuan pendebungaan. Ada beberapa buah sarang kelult diletakkan dikawasan dusun durian ini bagi membantu pendebungaan durian dakwanya. Koloni Trigona itama ini diletakkan dikawasan ponduk rumah dan dijaga baik. Selain itu petani ini ada membuat semaian nurseri benih durian cantum untuk dijual kepada pembeli yang ingin mendapatkan baih dueian premiu. Benih durian Musang King djual pada harga RM17 - RM18 sepokok. Jabatan Pertanian telah membantu petani ini dibawah Program Kluster Durian pada tahun 2018 dengan bantuan input pertanian sebagai satu kaedah meningkatkan pengeluaran buah dari kawasan ini. Rekod menunjukkan En Ong berjaya meningkatkan hasil Durian Premium sebanyak 1,040 kg pada tahun 2018 brnilai RM31,200. Hasil durian kampung pula telah juga meningkat kepada 2,950 kg bernilai RM29,500 pada tahun yang sama. Jumlah penjualan durian beliau adalah sebanyak RM60,700 dimana purata harga durin terpilih sekitar RM30/kg dan Durian Kampong sekitar RM10/kg. 


Lokasi kedua awatan penulis blog adalah kekebun En Quah Bee Keat yang kini diuruskan anaknya yang juga seorang Jurutera dalam O&G sebelumnya. Kebun bapa beliau seluas 3.7 hekyar telah ditanam denga durian varieti D197 Musang King sebanyak 125 pokok dan durian D200 sebanyak 75 pokok. Hampir 75% pokok durian dikebunnya telah ditukar dengan varieti durian premium dan masih ada baki pokok durian kampung yang masih beliau kekalkan untuk buah dan juga sumber untuk pendebungaan. Kebun ini juga dibuka pada ahun 2007 dengan menanam pelbagai durian kebanyakannya dari jenis durian kampong. Jabatan Pertanian memberi banuan input durian dibawah projek Kluster durian seperti bahan input dan sebagainya. Rekod menunjukkan penghasilan buah durian beliau ada 2018 sebanyak 2,800 metrik tan iaitu 1,500 kg dari darian prenium dan 1,300 kg adalah dari jenis durian kampong. Jumlah pendapatan petani ini pada 2018 juga sebanyak RM58,000 dimana durian premium dijual dengan harga RM30/kg dan durian kampong dijual dengan harga RM10/kg. Hasil durian ini dipasarkan sekitar Taiping dan paling jauh dihantar ke Pulau Pinang dan Alor Setar. Quah mendakwa kejadian serangan penyait kanker Durian di kawasan ini adalah semasa musim kering panjang. Penulis blog juga ada mencadangan agar beliau menggunakan 'gel pertanian' di atas pokok durian yang baru ditanam disini. Ini kerana dikebun ini tiada dipasang dengan sprinkler atau titis dapat dilihat. Penulis blog juga syorkan agar ditanam pokok benih bari dibawah pokok Musang King dewasa yang mana batangnya telah diserang dengan kanker untuk gantikan pokok induk tersebut. Kedua-dua petani penanam durian ini menjenput penulis blog datang lagi pada buln Ogos atau julai kelak untuk menikmati buah durian dari kebunnya. Semuga tulisan ini memberi info terbaik kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NAMA DAERAH... LARUT MATANG SELAMA...
MUDAH DIPANGGIL... TAIPING SAHAJA...
TANAMAN DURIAN... DI BUKIT TINGGINYA...
TUKAR VARIETI...CANTUMAN DEWASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 729, Novotel Hotel,
Taiping, Perak,
Malaysia.
(22 Rejab 1440H).

Saturday, March 30, 2019

JARING DI BAWAH POKOK DURIAN


JARING ATAU PUKAT DIBAWAH POKOK DURIAN kini adalah merupakan satu kaedah atau teknologi yang dilakuka oleh pemilik kebun durian bagi mendapatkan buah durian berkualiti. Memasang Pukat atau Meletakkan Jaring (Jaring atau pukat Ikan) dibawah pokok durian dewasa semasa musim buah durian gugur merupakan satu rekomendasi kepada pemilik dudun durian semuasa buah gugur oleh Jabatan Pertanian. Jaring atau pukat yang terpakai atau jaring baru dipasang dengan merentang disekeliling pokok durian dengan ketinggian 0.5-1.0 meter atau mengikut kesesuaian dan keceruna dusun diatas tanah. Jaring ini akan berfungsi sebagai penampan (cushion) jika buah durian jatuh atau gugur tanpa mengira waktu kebawah. Buah durian ini akan jatuh diatas hamparan jaring yang menjadikan kulitnya tidak pecah atau isinya tidak cepat rosak (Sila lihat foto diatas). Penulis blog sering ditanya rakan dan petani dari seluruh negara apakah waktu pling kerp berlaku durian gugur. Maka saya akan jawab di waktu malam atau subuh hari. Kemudian ditanya lagi kenapa durian sebagai buah digelar 'Raja Segala Buah' ini suka gugur malam masa gelap. Apa yang pelik saya puas menjelaskan kepada mereka secara saintifik mengenai perkara ini akan tetapi mereka jawab dengan muadah... Durian takut gugur siang hari kerana 'DURIAN TAKUT AKAN KETINGGIAN'!. Wow!... itu jawapan luar kotak.. Ha, Ha , Ha. Buah durian lazimnya akan jatuh jadi bersih daripada kekotoran tanah, kotoran jenis sampah atau daun kayu. Buah ini juga mudah diambil kerana ia akan berkumpul untuk dipungut dan mudah untuk digredkan sebelum dipasarkan. Buah durian yang jatuh diatas jaring ini mengelakkan haiwan perosak untuk pengguna memakannya kerana ia tergantung atas jaring dengan selamat. Teknik memasang pukat ini merupakan kaedah mengutip buah durian yang sangat signifikan dikawasan dusun durian yang ada batu keras dibawahnya atau kawasan cerun bukit yang curam. Kawasn pokok durian yang berbuah dikawasan cerun bukit curam agak sukar untuk memungut hasil jika jatuh kedalam gaung. Ia juga digalakkan jika pokok durian dahannya berada diatas jalanraya dan buahnya akan gugur diatas jalan. Sama ada buah durian yang jatuh diatas jalanraya rosak akibat hentakan keras atau ia mungkin akan dipungut oleh mereka yang lalu dijalan tersebut. Artikel petang Sabtu ini sambil menonton TV3 cerita Hindustan berjudul ''Once Upon A Time in Mumbai Dobrabara'' saya menulis dalam blog ''Anim Agro Technology'' teknologi penggunaan jaring untuk menampa buah durian yang gugur.

Pokok Durian (Durio zibethinus Murr) di Malaysia yang matang biasanya sudah menumbuh dengan tinggi. Apa lagi kalau pokok tersebut daripada varieti durian kampong yang umurnya mencecah hingga ratusan tahun tentuya ada yang mencecah lebih 100 kaki tingginya. Bagi pengusaha tanaan durian komersil memang biasa mereka mempunyai pokok durian dengan ketinggian sekitar 30 - 50 kaki tinggunya dimana diahagian bawahnya adalah biasanya dijaga baik dan bersih (Sila lihat foto disebelah). Buah durian di Malaysia lazimnya akan gugur dengan bermula daripada Daerah Pontian di Johor naik ke atas sehingga ke Utara dan berakhir selalunya dikawasan Raub, Pahang. Buah durian adalah jenis buah bermusim dimana ia akan mula gugur daripada bulan Julai - September sepanjang tahun digelar sebagai 'Musim Durian Gugur'. Jika cuaca berubah diantara siang dan malam maka lazimnya buah durian akan gugur dengan lebih banyak atau pun berlaku ribut dimalam hari makan buah juga akan banyak gugur. Buah yang gugur ini perlu dikutip mengikut jenis dan dikumpulkan sebelum ianya digredkan mengikut varieti, saiz, kualiti, kerosakkan dan sebagainya. Bagaimana pun jika banyak buah yang pecah akibat kesan jatuh ia tentuya akan mengurangkan kualiti buah sebab ia akan mudah turun kualitinya.

Pemasangan jaring atau pukat dibawah pokok durian dilakukan sebaik sahaja buah akan mula gugur (Seawal beberapa hari sebelum buah pertama gugur). Bergantung kepada saiz kebun dan keadaan terrain dusun durian, cara pemasanganya berbeza begitu juga dengan jenis jaring atau pukat yang digunakan. Biasanya pukat ikan ini adalah berwarna hijau yang dibuat dari tali nylon dengan ukuran 4 inci x 4 inci boleh dan sesuai digunakan. Kalau belum ada jaring maka perlu beli baru dari kedai dan kalau jaring lama masih elok berfungsi boleh digunakan semula. Kebanyakan pemilik dusun akan memasang jaring atau pukat ini setinggi 1 - 1.5 meter dari paras tanah dengan cara menggantung pada batang pokok atau kayu sokongan. Pastikan ia diikat dengan kuat sebab jika jumlah buah yang gugur terlalu banyak maka ia akan terlucut dari ikatan atau kayu sokong menjadi patah. Pengalaman penulis yang ada banyak kali kedusun durian ini mendapati ada pemilik dusun yang memasang jaring ini setinggi 10 - 15 kaki dari paras tanah agar buahnya terselamat. Pemasangan jaring yang tinggi ini menyebabkan buah berada tinggi dah tidak dapat dilihat pencuri (jika ada) atau dirosakkan oleh haiwan lain. Buah yang gugur ini akan jatuh diatas jaring dan kemudian bergolek sebelum ia berhenti (Sila lihat foto disebelah). Kulit buah masih elok dan tidak pecah jika ia betul-betul tidak bertinduh atau jaring masih berfungsi.

Ada pula dikalangan pemilik dusun yang tidak mampu untuk pasang jaring ini akan tetapi membiarkan rumput dan semak samun tidak dibuang dakwanya untuk memberikan 'cushion' apabila buah durian gugur. Memang agak betuk juga idea ini seperi yang diamalkan secara tradisi dikawasan kampong untuk durian kampong. Bagaimana pun pekebun tersebut perlu membuat ''carian'' dicelah-celah semak unuk mencri buah durian yang gugur tersebut. Kalau buah durian tersebut silap jatuh terkena kayu atau akar kayu atau batu tidak mustahil ia akan pecah dan masuk angin. Memang kebun durian dikawasan tebung curam dan banyak batu disyorkan memadang jaring kerana banyak kes durian yang gugur sukar divari dicelah-celah batu dan semak serta kawasan curam yang ada. Penggunaan jaring dibawah pokok durian merupakan satu amalan penting didalam menentukan buah durian yang gugur lebih baik berbanding dengan kuaiti buah durian yang jatuh ketanah. 

Seelah musim durin gugur tamat sebaiknya dibuka seula jaring atau pukat tersebut. Ia kemudian perlu dibersihkan daripada kekotoran ranting dan daun yang terkumpul. Kemudian ia perlu digulong atau dilipat dengan lok dan dijemur (jika berkeadaan basah). Jaring kering yang telah digulong dan dilipa ini perlu disimpan ditempat selamat. Ada kes dimana sang Tikus akan makan jaring yang didimpan didalam tong. Pada kebanyakan pemilik ddun durin mereka juga akan memasang lampu perngkap kupu-kupu dn serangga penorek buah diwaktu malam. Lampu ini akn menarik serangga ini dan mendektinya sebelum ianya jatuh kebwah dimana ada takungan air yang diiisi dengan sabun menyebabkan serngga perosk ini mati. Kaedan malan kultura ini mampu mengurngkan kadar serangan ulat buah durian yang menjatuhkan kkualiti danharga durian. Kadang kala kerosakan buah durian yang jatuh diatas jaring ii tidak dapat dilihat dengan mata kasar dimana isinya sudah ada ulat. Ada kebaikannya peda pengguna yang makan durian di gerai dimana meminta penjual memotong atau membuka buah durian bagi mendpatkan kualiti isi durian yang baik. Apa pun ada pendapat lain dimana jika dalam pangsa buah durian itu ada ulat bermakna tiada kesan sisabaki racun makhluk perosak dan ia paling selamat dimakan. Teknologi emasangan pukat atau jaring dibawah pokok durian kini menjadi satu amalan kepada penanam duian komersil akan tetapi tidak raai petani kecil yang memasangnya. Semuga artikel petang ini memberi info bergina keppada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
PASANG JARING... RENTANG DIBAWAHNYA...
BUAH DURIAN GUGUR... ADA PENAMPANNYA...
BUAH TIDAK PECAH... IA LEBIH TAHAN LAMA...
AMALAN BAIK... PEKEBUN DURIAN BUANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 729, Novotel Taiping,
Taiping, Pera,
Malaysia.
(25 Rejab 1440).

LATEKS - SUSU GETAH

LATEKS atau SUSU GETAH adalah cairan berwarna putih yang dihasilkan daripada hasil torehan pada pokok getah (Hevea brasiliensis). Pokok getah matang akan ditoreh lazimnya pada pagi hari menggunakan pisau toreh dan lateks ini akan keluar daripada kesan torehan mengalir perlahan terus masuk kedalam cawan (Sila lihat foto diatas). Bergantung kepada klon, cuaca dan amalan agronomi, kuantiti lateks yang dihasilkan menentukan pendapatan penoreh getah. Bagaimana pun lateks ini akan turun kualiti jika hujan turun (ia menjadi cair) atau dimasukkan bendasing (getah dan kulit torehan) kedalamnya (biasanya untuk membuat getah beku). Lateks ini akan dikutip didalam dua bentuk iaitu lateks cair atau pun getah buku (dikutip pada keesokkan hari selepas menoreh dan lateks membeku). Apa yang berlaku sebenarnya adalah proses pengekstrakan lateks atau susu getah dari pokok memang ia adalah untuk digunakan dalam pengeluaran getah. Perkataan lateks juga digunakan untuk merujuk kepada getah lateks semula jadi (natural rubber) terutamanya bukan getah tiruan (tervulkan). Antara produk paling terkenal daripada lateks adalah produk seperti sarung tangan lateks, kondom lateks dan pakaian lateks. Dari segi sains, lateks adalah penyebaran (emulsi) yang stabil dari mikrozarah polimer dalam medium berair. Ia didapati dari pokok getah semula jadi. Bagaimana pun terdapat juga getah sintetik yang diperbuat daripada bahan lain dikomersilkan. Lateks sintetik boleh dibuat dengan polimerisasi monomer seperti stirena yang telah diemulsi dengan surfactan. Lateks yang terdapat secara semulajadi adalah jenis cecair susu yang terdapat dalam 10% daripada semua tumbuhan berbunga (angiosperm). Ia merupakan emulsi kompleks yang terdiri daripada protein, alkaloid, pati, gula, minyak, tanin, resin dan gusi yang membeku pada pendedahan ke udara. Ia biasanya keluar dari pokok selepas kecederaan pada tisu tumbuhan terlibat. Di kebanyakan tumbuhan akan mempunyai warna susu getah putih akan tetapi ada yang mempunyai getah kuning, oren atau merah. Umumnya definasi lateks adalah istilah untuk bahan cecair di tumbuh-tumbuhan. Pada tumbuhan ia berfungsi sebagai pertahanan terhadap serangga herbivora. Artikel subuh pagi Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology'' mengenai lateks atau susu getah untuk dijadikan bahan bacaan atau rujukkan. 


Apakah dia kegunaan lateks pokok getah dalam industri?. Getah digunakan untuk membuat tayar kereta, tayar kapal terbang, hos pengalih haba, pegas, pengelap cermin kereta, sisip pengadang lumpur, alas lantai kereta dan alas bateri. Dalam pada itu landasan keretapi juga menggunakan pelapik getah untuk mengurangkan gegaran dan geseran. Jambatan juga di kebanyakan lebuh raya menggunakan lapik getah untuk mengurangkan gegaran dan perubahan suhu. Di pelabuhan pula biasanya getah digunakan untuk pelapik dermaga agar dermaga tidak bergegar semasa kapal hendak berlabuh. Apa yang unik juga di negara Jepun yang selalu menghadapi masalah gempa bumi lazimnya lapisan getah diletakkan di bawah bangunan agar gegaran dapat dikurangkan dan bangunan akan tidak mudah runtuh. Kegunaan getah daripada lateks untuk kegunaan harian tidak dapat dinafikan. Terdapat banyak barangan ialah tilam, sarung tangan, hos, permaidani, tikar getah dan kasut. Jaket dan kasut bagi but keselamatan juga diperbuat daripada getah. Terkini adalah penggunaan kayu getah dalam industri perabut. Kini kayu getah amat menarik perhatian kerana berwarna putih cerah dan garisan halus yang timbul. Banyak perkakas di rumah dan perabot menggunakan kayu getah. Pada masa ini tidak kurang 50,000 jenis barangan dibuat daripada getah. Pokok getah yang hasilkan lateks dan kayu getah kini semakin berharga dalam industri berkaitan.


Adalah menjadi persaingan diantara lateks dari pokok getah asli dengan getah sintetik yang dikomersilkan. Kini getah sintetik ataupun getah tiruan bersaing dengan hebatnya dengan getah asli. Bagaimanapun ia mempengaruhi pasaran dunia dimana jika berlaku kenaikan harga minyak maka  getah asli mempunyai peluang yang cerah dengan daya saing yang lebih. Ini disebabkan di atas beberapa fakta. Harga getah sintetik akan naik kerana minyak yang merupakan bahan utama semakin mahal. Bekalan getah asli kurang akibat harga getah yang rendah sebelum ini. Pokok getah baru memerlukan masa untuk matang untuk ia ditoreh dan produktif. Kini bekalan getah sedia ada mendapat kadar permintaan yang tinggi daripada negara China. Ini adalah disebabkan tiada bekalan bagi menampung permintaan yang meningkat. Bagaimana pun harga getah terus menurun semenjak beberapa tahun akibat harga minyak dunia rendah dimana ini menyebabkan tahap pengeluaran getah sintetik meningkat.


Dalam pada itu lateks adalah getah kental, seringkali sama dengan susu yang mana ia dihasilkan dari banyak tumbuhan dan membeku ketika terkena udara bebas. Selain tumbuhan juga dilaporkan dimana ada beberapa hifa cendawan yang juga diketahui mampu untuk menghasilkan cairan kental serupa lateks. Pada beberapa tumbuhan, lateks dihasilkan oleh sel-sel yang membentuk suatu pembuluh tersendiri yang disebut pembuluh lateks. Sel-sel ini berada di sekitar pembuluh tapis (floem) dan memiliki inti banyak dan keluarkan butiran-butiran kecil lateks di bahagian sitosolnya. Apabila jaringan pembuluh sel ini terbuka seperti ditoreh atau dikerat maka akan terjadi proses pelepasan butiran-butiran ini ke pembuluh dan keluar sebagai getah kental. Lateks terdiri atas partikel getah dan bahan bukan getah (non-rubber) yang larut dalam air. Lateks juga merupakan suatu larutan koloid dengan partikel getah dan bukan getah yang terapong  di dalam suatu media yang mengandungi berbagai macam zat  lain. Di dalam lateks mengandung 25-40% bahan getah mentah (crude rubber) dan 60-75% serum yang terdiri dari air dan bahan galian yang terlarut. Bahan getah yang masih mentah mengandungi unsur  90-95% getah asli, 2-3% protein, 1-2% asid lemak, 0.2% gula, 0.5% jenis garam dari Na, K, Mg, Cn, Cu,Mn dan Fe. Partikel getah terapong dalam lateks atau tersebar merata dalam serum lateks dengan ukuran 0.04 - 3.00 micron dengan bentuk partikel bulat sampai lonjong. Kajian mengenai getah asli dan kepelbagaian penggunaannya memang sudah jelas dibincangkan. Boleh dikatakan kehidupan kita setiap hari akan menggunakan getaj dari lateks pokok getah. Pandu kereta sahaja banyak komponen didalam kereta yang menggunakan lateks. Dalam rumah pakai seluar dalam pun ada gunakan getah dan didapor banyak lagi perkekasan yang menggunakan getah. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...

LATEKS GETAH... MACAM SUSU DIA...
WARNA PUTIH... AROMANYA SAMA...
BILA DITOREH...DICAWAN MASUKNYA...
GETAH ASLI... PELBAGAI GUNANYA...

By,
M Anem,
Senior Argonomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
17 Rejab 1440H).

Friday, March 29, 2019

TANAM KETUM - LIPUTAN MEDIA

TANAM POKOK KETUM (Mitragyna speciosa Korth., Havil ) telah menjadi tajuk panas dalam media massa sekarang apabila ia diperkatakan oleh banyak ihak. Ketum adalah merupakan sejenis tumbuhan yang tumbuh liar dikawasan hutan tropika dan kini dikategorikan sebagai tumbuhan yang terkawal dibawah Akta Dadah Merbahaya 1952. Nama lain tumbuhan ini adalah seperti Kratom, Kakuam, Ithang, Biak atau Thom dimana ia adalah daripada famili Rubiaceae. Daripada segi taburan tumbuhan Ketum ini didapati banyak tumbuh liar di Utara Semenanjung Malaysia iaitu di kawasan hutan, belukar, sawah padi dan juga di persekitaran kawasan kampung. Pokok ketum lazimnya hidup subur di kawasan bertanah lembap dan tanah tidak mudah tenggelam terutama pada musim hujan. Pokok ketum merupakan pokok saka yang mana ia lazimnya memang boleh mencapai ketinggian melebihi 50 kaki. Ia boleh dibiakan melalui biji benih atau juga keratan batang yang boleh dijadikan benih untuk ditanam. Daun ketum dari segi sejarah memang telah lama digunakan secara tradisional untuk tujuan mengeluarkan angin dalam badan dan meningkatkan lagi tenaga untuk melakukan kerja-kerja berat serta oleh wanita lepas bersalin. Batangnya tumbuhan ini menegak dengan banyak cabang. Daun Ketum berwarna hijau gelap dan tebal dengan susunan bersilang berukuran 4-10 cm lebar dan 10-18 cm panjang. Bentuk daun adalah jenis 'Ovate-accuminate'. Daunnya akan gugur sedikit semasa musim panas tetapi ia akan menjadi sangat lebat semula dalam musim hujan. Bahagian daun inilah yang mengandungi bahan aktif MITRAGININE iaitu sejenis bahan alkoloids yang memabukkan dan ia boleh menyebabkan KETAGIHAN (addicted). Akar pokok ketum adalah terdiri dari akar tunjang dengan kuat masuk jauh kedalam tanah. Bunga ketum adalah berwarna kuning dengan berjambak mengandungi lingkungan 120 kelopak setiap satu tangkai. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tumbuhan Ketum yang mendapat liputan luas edia empatan untuk dikupas semula bagi rujukkan pembaca semua.

Berita Harian terbitkan laporan bertajuk ''Cadangan haram tanam ketum ke Jawatankuasa Kabinet ''  dimana  Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mencadangkan kepada Jawatankuasa Kabinet supaya penanaman pokok ketum di negara ini diharamkan, sekali gus mengelak penyalahgunaan tanaman itu daripada terus berleluasa.  Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pihaknya mendapati penyalahgunaan ketum jelas membawa kesan bahaya kepada pengguna walaupun ia tidak dikategorikan sebagai dadah berbahaya. Kementerian tidak akan membiarkan perkara (penyalahgunaan ketum) itu berleluasa memandangkan banyak tangkapan berkaitan penyeludupan ketum dilaporkan setakat ini. Katanya mengikut peruntukan undang-undang sedia ada, bahan mitragynine yang terkandung dalam pokok ketum adalah tersenarai dalam Jadual 3, Bahan Pskioterapik Akta Racun 1952, malah bahan berkenaan dikawal di bawah Seksyen 30, Akta Racun 1952 iaitu pengawal import, eksport, pembuatan, penjualan dan lain-lain. KDN sudah bincang panjang lebar perkara ini dan kita hendak mencadangkan kepada Jawatankuasa Kabinet yang akan bersidang tidak lama lagi supaya penanaman pokok ketum diharamkan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Bertindak Penguatkuasaan Undang-undang (JPU), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di sini, hari ini. Pihaknya sedar rakyat di negeri-negeri di utara terkilan mengenai cadangan itu, namun ia langkah penting bagi mengelak keadaan lebih sofistikated (canggih) selain mengelak ketum diproses dalam bentuk yang membawa kesan bahaya. Kementerian berharap supaya tindakan pengharaman penanaman pokok ketum dapat diputuskan oleh Jawatan kuasa Kabinet. KDN juga mendapati tanaman ketum tidak terkawal, malah ada kes pokok ketum kita dieksport ke Thailand sedangkan negara berkenaan sudah pun mengharamkan tanaman itu. Apa pun sekiranya cadangan ini diterima kelak, beberapa langkah akan dimasukkan bagi menentukan hukuman dan kawalan kepada mereka yang terbabit selain memasukkannya dalam Akta Racun atau Akta Dadah Berbahaya. Bagi tujuan perubatan pula, ia terserah kepada Kementerian Kesihatan. Kalau mereka kaji ada keperluan tertentu dari sudut perubatan, maka ia akan dibuat dalam bentuk yang terkawal. Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, pihaknya juga akan mencadangkan pengenalan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Bahan Khayal atau Inhalant 2018 ke Parlimen tidak lama lagi sebagai usaha mengawal isu menghidu gam khususnya dalam kalangan remaja. RUU ini dicadangkan oleh AADK kerana berdasarkan jumlah laporan besar yang diterima berkaitan penghidu gam dalam kalangan remaja dan ia semakin membimbangkan. Hidu gam tidak dikategorikan dalam bahan dadah, malah ia terkeluar daripada rang undang-undang sedia ada. Justeru, kami mencadangkan kepada Jawatan kuasa Kabinet supaya ia dibawa ke Parlimen untuk ianya dibentangkan dan diluluskan. KDN berharap penghidu gam ini dapat dikawal dari sudut undang-undang dan mereka juga akan diberi bantuan pemulihan, nasihat dan pendidikan. Dalam pada itu berhubung isu penggunaan ganja dalam perubatan, Muhyiddin berkata kementerian bertegas ia tidak akan dilaksanakan di Malaysia, malah ia juga keputusan yang sudah dipersetujui bersama menerusi mesyuarat peringkat ASEAN di Hanoi, Vietnam, baru-baru ini.

Laporan lain beberapa hari kemudian media melaporkan tahuk ''Apa salahnya Malaysia tanam ketum?'' yang dipetik dari Kuala Lumpur dimana masyarakat setempat di utara tanah air berupaya meraih pendapatan lumayan jika kerajaan membenarkan penanaman ketum secara terbuka di negeri berkenaan. Laporan ini dipetik wartawan dri bekas Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Datuk Zahidi Zainul Abidin, berkata kerajaan harus mencontohi beberapa negara jiran termasuk Thailand yang meluluskan ketum dan ganja. Kebanyakan kawasan di selatan Thailand menanam ketum dan menjadikannya sebagai tapak sebagai komersial yang meraih pendapatan mencecah berbilion ringgit. Kegiatan pertanian ini boleh menjadi antara sumber pendapatan negara khusus bagi golongan pekebun kecil dan pengusaha ladang sawit yang bergelut dengan masalah ekonomi sekarang ini. Semalam, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pengharaman penanaman ketum dicadangkan bagi mengelak penggunaan bahan yang boleh mengkhayalkan itu menjadi tidak terkawal sehingga menimbulkan kesan buruk kepada masyarakat. Zahidi yang juga Ahli Parlimen Padang Besar berkata, daun ketum dari utara tanah air bermula dari Perak Utara hingga Perlis memiliki kualiti terbaik di dunia. “Banyak negara lain termasuk Amerika Syarikat berminat membuat tempahan ketum di sini, jadi ambillah kesempatan untuk tujuan yang baik. Dakwanya apa masalahnya kalau Malaysia tanam ketum?.

Hari berikutnya dipaparkan artikel bertajuk ''Minta kebenaran, jika mahu tanam ketum - TPM'' oleh MyMetro diana katanya jika ada penanaman ketum tanpa kebenaran pihak berkuasa akan menjadi satu kesalahan di negara ini. Timbalan Perdana Menteri berkata jika ingin  menanam ketum perlu mendapatkan kebenaran pihak berkuasa termasuk Kementerian Kesihatan dan tumbuhan itu tidak boleh ditanam secara sesuka hati selepas ini. Beliau berkata, Jawatankuasa Kabinet Membanteras Gejala Dadah (JKMD) bersetuju akta berkaitan dipinda bagi memasukkan kesalahan menanam ketum tanpa kebenaranMengikut peruntukan undang-undang, bahan ‘mitragynine’ yang terkandung di dalam pokok ketum adalah tersenarai dalam Jadual Ketiga, Bahan Psikotropik, Akta Racun 1952. Bahan ini dikawal di bawah seksyen 30, Akta Racun 1952 iaitu pengawalan bagi import, eksport, pembuatan, penjualan, dan lain-lain bahan psikotropik," katanya selepas mempengerusikan JKMD di Putrajaya. Sebagaimana sedia maklum penanaman ketum buat masa ini adalah dibenarkan cuma apabila ia dituai dan dijual adalah menjadi kesalahan. “Jadi selepas ini sesiapa nak tanam (ketum) kena mohon,” katanya.

Berlainan dengan laporan media di Perlis bertajuk ''Polis Perlis tidak setuju penanaman pokok ketum secara komersial'' yang menarik dibaca sekali. Foto sebelah menunjukkan Noor Mushar (tengah) ketika sidang akhbar di IPK Perlis, Kangar. Senior Asisten Komisioner Noor Mushar Mohd. secara peribadi tidak bersetuju sekiranya cadangan kerajaan membenarkan tanaman pokok ketum sebagai tanaman komersial untuk menjana pendapatan rakyat dilaksanakan.  Ketua Polis Perlis mendakwa cadangan tersebut boleh mengundang penyalahgunaan selain menyuburkan aktiviti penyeludupan khususnya ke Thailand. Polis khuatir kerana daun ketum boleh disalah guna malah air tanaman herba itu boleh dicampurkan dengan ubat nyamuk yang mampu memberi mudarat kepada peminumnya. Polis sedia maklum harga daun ketum boleh mencecah RM80 sekilogram bagi pasaran Thailand. Kes-kes penyeludupan daun ketum turut berlaku dengan aktif ke Thailand dan penyeludup ini bijak serta kreatif untuk mengelak kegiatan mereka daripada dikesan pihak berkuasa. Isu ini dipetik ketika beliau ditemui pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis di sini hari ini.  Bagaimanapun, bekas Ketua Pusat Pengajian Sains Pengurusan Krisis dan Bencana Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur itu berkata, sekiranya cadangan itu diluluskan beberapa aspek penting perlu diberi perhatian serius. Setakat ini kes kesalahan daun ketum untuk tujuan komersial dan diharamkan mengikut Seksyen 30(5) Akta Racun 1952. Sekiranya kesalahan itu mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 itu lebih baik dan ramai pihak boleh memberikan perhatian serius kerana pelaksanaan undang-undang yang lebih ketat. Setakat ini pihak polis menangani kes-kes penyeludupan di Perlis ini dengan serius dan banyak tangkapan telah dilakukan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) Perlis.

Beberapa hari kemudian akhbar Kosmo melaporkan dimana  kerajaan bersedia untuk mengadakan perbincangan serta pertimbangan semula terhadap isu cadangan penanaman pokok ketum atau nama saintifiknya mitragyna speciosa yang memiliki nilai perubatan tinggi sebagai tanaman komersial untuk menjana pendapatan rakyat. Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli berkata, pihaknya sedia bertemu bagi mendapatkan pendapat pelbagai pihak termasuklah badan bukan kerajaan mengenai cadangan tersebut. Langkah tersebut selaras dengan usaha kerajaan yang menyasarkan sumbangan industri herba kepada Keluaran Dalam Negara Kasar sebanyak RM2.2 bilion menjelang tahun 2020. Dakwanya tiada masalah untuk membawa cadangan tersebut ke Kabinet tetapi kita mahu ia dilakukan dengan menyeluruh supaya tanaman pokok ketum dan tanaman pokok herba lain mampu memberikan manfaat dalam perubatan dan orang ramai. Kini difahamkan bahawa harga daun ketum ini boleh mencecah RM30 sekilogram bagi pasaran negara ini sementara di Thailand berharga RM80 bagi satu kilogramKes-kes penyeludupan daun ketum berlaku hampir setiap hari di Perlis kerana pagar sempadan yang mudah dirosakkan dan ada laluan tikus selain faktor bukit bukau dan kawasan pergunungan. Tanaman daun ketum secara komersial lebih menguntungkan berbanding mengusahakan sawah atau mempelam harumanis. 

Isu tanaman ketum di jadikan tajuk penting iaitu ''Lampu hijau untuk 'pekebun ketum' tak lama lagi?'' dimana dilaporkan setelah perbahasan bertahun-tahun maka pekebun kecil mungkin boleh mengusahakan tanaman ketum secara komersial untuk dieksport tidak lama lagi. Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata perbincangannya dengan pihak berkaitan sudah sampai ke peringkat akhir dan cadangan itu dijangka dapat direalisasikan lagi “sebulan dua”. Zahidi berkata Risda telah berbincang dengan pihak Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM), polis bahagian narkotik dan Kementerian Kesihatan. Kami juga akan adakan pertemuan dalam satu atau dua bulan ini, kita akan adakan perbincangan dengan anggota parlimen dan senator Dewan Negara. Kerajaan akan kutip cukai siapa yang tanam. Contohnya, pendaftaran atau cukai bagi setiap ekar kita ambil RM150 dan nilai keuntungan ketum itu kita bagi kepada agensi dadah (berkaitan) untuk membuat tangkapan dan kawalan. Dakwanya cadangan itu sudah di peringkat akhir pelaksanaannya dan akan buat jawatankuasa khas. Kelak apabila sudah diperingkat akhir iaitu di peringkat pengeluaran lesen oleh Pusat Racun Negara dan jika tidak ada halangan kita hanya tunggu mungkin dalam sebulan, dua ini. Dkwanya lagi memang tidak perlu perubahan akta. Dakwanya lagi kalau kerajaan benarkan menanam ketu, maka akan dapat lebih kurang nilai eksport RM10 juta sebulan dan ini melibatkan cukai yang kerajaan kutip, pendapatan orang kampung. Zahidi berkata Risda mengambil kira manfaat perubatan dan ekonomi daripada penanaman ketum tetapi menolak penyalahgunaan tumbuhan itu. Anggota parlimen Padang Besar itu juga berkata telah wujud permintaan ketum untuk digunakan sebagai dadah gantian heroin dari Amerika Syarikat dan Eropah. Pihak luar juga terlibat dalam kajian bersama yang diterajui oleh Universiti Sains Malaysia (USM) yang telah menelan belanja jutaan ringgit. Sumber kewangan bukan kerajaan Malaysia. Tetapi gaji mereka semua (penyelidik universiti) kerajaan Malaysia bagi. Cumanya (dana) tambahan untuk membuat kajian ini dari Universiti Florida, Amerika Syarikat, kalau tak silap saya, dan yang terlibat itu adalah pakar dadah antarabangsa.

Dakwanya lagi dimana ''Kalimantan sudah kaya-raya'' dengan tanaman ini. Beliau berharap penanaman ketum secara komersial itu bakal membantu menambah pendapatan pekebun kecil yang kini telah berhadapan masalah kos sara hidup ketika harga getah jatuh. Kita ada bantuan one-off RM500 kepada pekebun kecil ini (sewaktu harga getah jatuh) yang melibatkan peruntukan sejumlah RM137 juta iaitu ia menggunakan duit Risda. Sekurang-kurangnya daripada RM500 dapatlah tambahan (bantuan pekebun kecil getah) ke RM1,000 sebulan. Di negeri jiran seperti Indonesia dakwanya, pihak terlibat dalam penanaman ketum telah pun membantu mereka keluar dari garis kemiskinan. Sekarang ini nilai eksport yang kita dapat tahu daripada Kalimantan adalah lebih kurang RM5 juta sebulan dan mereka yang terlibat pun dah jadi kaya-raya. Memetik kajian Pusat Penyelidikan Dadah dan Ubat-ubatan, Universiti Sains Malaysia (CDR), Zahidi berkata ketum-ketum di bahagian utara tanah air - dari Perak sampai ke Perlis yang dikenal pasti berkualiti tinggi dan boleh dijual dengan harga yang mahal. Dakwanya ini adalah yang terbaik dan ada 17 spesis yang terbaik dan ia membuatkan Amerika Syarikat nak beli. Katanya 'Labur semula untung untuk bendung salah guna'. Keudian beliau mengulas isu penyalahgunaan ketum, Zahidi mencadangkan keuntungan hasil eksport ketum boleh dilaburkan semula untuk mengawal penyalahgunaan di negara ini dimana mekanisme itu dah ada. Contohnya kalau orang itu ditangkap kita akan buat pemulihan kepada mereka dengan memberikan motivasi, memberikan peluang yang ada kepada mereka kerana mereka ini aset negara. RISDA juga akan buat kursus yang melibatkan NGO tentang masa depan mereka kerana tidak ada guna kita tangkap dan penjarakan mereka tetapi adalah lebih baik untuk kita beri semangat kepada mereka. Sistem yang dicadangkan beliau itu bukan sesuatu yang mustahil jika penanaman ketum mendapat kelulusan kerajaan. Kita akan buat lebih daripada itu dengan peruntukan kewangan yang akan kita sediakan daripada hasil keuntungan jualan ketum itu nanti.

Laporan terakhir dalam liputan media kali ini penulis blog ambil artikel bertajuk ''Tanam ketum perlu kebenaran'' yang mana juka menanam tumbuhan ketum tanpa kebenaran daripada pihak berwajib akan menjadi satu kesalahan di negara ini. Perkara itu berikutan persetujuan Jawatankuasa Kabinet Membanteras Gejala Dadah (JKMD) agar pindaan akta berkaitan dibuat bagi memasukkan kesalahan menanam ketum tanpa kebenaran. 
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, oleh itu kebenaran daripada pihak Kementerian Kesihatan diperlukan bagi penanaman tumbuhan berkenaan.
 Sebagaimana sedia maklum penanaman ketum buat masa ini adalah dibenarkan manakala apabila ianya dituai dan dijual adalah menjadi kesalahan.
 Jadi siapa hendak tanam itu perlu memohon dan tidak boleh sesuka hati,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat JKMD di bangunan Perdana Putra, di sini hari ini.
 Yang turut hadir, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.
 Tambah Wan Azizah lagi mengikut peruntukan undang-undang, bahan mitragynine yang terkandung di dalam pokok ketum adalah tersenarai dalam Jadual Ketiga, Bahan Psikotropik, Akta Racun 1952. 
Bahan itu dikawal di bawah seksyen 30, Akta Racun 1952 iaitu pengawalan bagi import, eksport, pembuatan, penjualan dan lain-lain bahan psikotropik. 
Akhir kalam semua liputan media ini diakhiri dengan isu dimana penanaman pokok ketum secara komersil di negara kita adalah DIHARAMKAN. Jadi penduduk dinegara ini dinasehatkan agar tidak menanam ketum sehingga artikel ini ditulis. Berkemungkinan juga ia akan dibolehkan ditanam satu masa kelak tidak mustahil. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
MENANAM KETUM... LIPUTAN MEDIA...
PIHAK MENYOKONG... BAIK HASILNYA...
PIHAK KDN... DAKWANYA MERBAHAYA...
LAPORAN MEDIA... BAGUS BERITANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(18 Rejab 1440H).

Thursday, March 28, 2019

TANAMAN JAGUNG BIJIAN - IKUT JENIS TANAH

JAGUNG BIJIAN (Zea mays) merupakan sejenis tanaman jangkapendek yang berasal daripada Amerika Tengah yang diusahakan sebagai tanaman penting bagi menghasilkan biji jagung untuk kegunaan makanan ternakan. Jagung bijirin atau bijian ini (cereal corn) merupakan sejenis tanaman yang digalakkan untuk ditanam dalam negara oleh kerajaan bagi mengantikan kebergantungan import jagung ini terutama bagi diproses menjadi makanan ternakan melalui beberapa jabatan dan agensinya termasuk oleh Jabatan Pertanian untuk dimajukan. Oleh itu kerajaan telah mula memajukan tanaman ini secara perintis dibeberapa negeri seperti di Terengganu, Kedah, Pahang, Perak, Johor dan beberapa negeri termasuk Sabah dan Sarawak. Berapakah pula anggaran pendapatan tambahan yang akan dijana daripada teknologi intensifikasi daripada aktiviti penanaman jagung bijirin jika ditanam dikawasan sawah padi yang selalu ditanam hanya sekali setahun ini?. Kini telah ada galakkan khas daripada pihak kerajaan untuk menanam jagung bijirin dinegara kita bagi mengatasi isu pengimportan bahan jagung bijirin dan kacang soya yang amat tinggi khususnya untuk diproses menjadi makanan ternakan. Malaysia mengimport sebanyak3.2 juta metrik tan jagung bijirin pada tahun 2015 bernilai sekitar RM3.2 billion daripada beberapa negara seperti USA, Argentina dan juga China. Sementara itu pengimportan kacang soya pula adalah sebanyak RM2.1 billion pada tahun yang sama menjadikan jumlahnya kepada RM5.3 billion daripada keseluruhan jumlah defisit perdagangan bahan makanan negara yang berjumlah RM18.1 billion pada tahun 2015. Ini amat merugikan negara kerana berlaku aliran wang keluar yang ketara untuk jangka masa panjang. Dikalangan negara-negara ASEAN yang berjiran dengan kita, dilaporkan dimana Indonesia menghasilkan sebanyak 9.6 juta mt jagung bijirin setahun, Filipina (7.8 juta mt), Vietnam (6.0 juta mt) dan Thailand (4.7 juta mt). Malaysia memang tidak pernah melaporkan pengeluaran jagung bijirin pada setiap tahun. Keluasan penanaman jagung di Malaysia sekitar 6,430 - 6,800 hektar CHE setiap tahun dimana hampir 99% adalah daripada varieti Jagung Manis Hibrid. Kawasan pengeluaran utama jagung manis di Malaysia adalah di Johor, Selangor, Perak dan Pahang. Di Johor sahaja mereka mampu dalam menghasilkan lebih 35% daripada bekalan jagung manis negara iaitu untuk pasaran tempatan dan eksport. Eksport utama jagung manis segar adalah ke Singapura(Sumber: Laporan Statistik, Jabatan Pertanian Malaysia 2015). Beberapa projek perintis termasuk penanaman jagung bijirin di Kampong Dadong, Kemaman, Terengganu diantara yang telah dilakukan aktivitii penuaian dilakukan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Ta baru-baru ini. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa keratan akhbar berkaitan dengan aktiviti menuai dan aktiviti penanaman jagung bijirin mengikut jenis tanah sama ada Tanah Mineral, Tanah Sawah, Tanah Bris atau Tanah Gambut untuk dijadikan bahan rujukan semua.


Bagi TANAH MINERAL proses penyediaan tanah dengan membajak piring seedalam 20 - 25 cm dan dirotor halus serta dikapor dengan kadar capaian pH 5.5 - pH 6.5 iaitu penggunaan kapor sebanyak 5mt/ha (pH kurang 4.5), sebanyak 3 mt/ha kapor (pH4.5 - 5.5) dan sebanyak 1.5 mt/ha (pH 5.0-5.5). Penanaman dengan jentera tanaman dengan jarak 25 cm x 75 cm dengan kadar benih diperlukan sebanyak 15 kg/ha memberikan kepadatan pokok sebanyak 53,333 pokok sehektar. Penyiraman dilakukan setiap hari iaitu pada waktu pagi sekitar 20 minit menggunakan sistem sprinkler kecuali pada hari hujan. Pembajaan perlu dilakukan kepada tanaman jagung birijin dengan 3 mt/ha baja organik (2 heri sebelum tanam), 100 kg/ha (NPK Green 15:15:15 20 hari selepas tanam, 150 kg/ha Baja Urea (20 hari selepas tanam) dan 150 kg/ha Baja NPK Blue 12:12:17:2 (45 hari selepas tanam). Kawalan penyekit bagi jagung bijirin yang perlu dijaga adalah Ulat Pengorek batang, Ulat Tongkol Jagung dan Kutu Daun. Kawalan menggunakan racun cypermethrin atau chlorophyrifos dengan kadar disyorkan. Penuaian dilakukan selepas 100-110 hari selepas tanam menggunakan jentuai. Hasil jagung dibawa keloji pengeringan untuk diproses. Suhu pengeringan adalah diantara 45 - 60 Celcius sehingga mencapai kelembapan biji jagung 14.5%.Kemudian ia dibungkus kedap udara dan disimpan sebelum dijual. Analisa kewangan penanamn bijirin ditanah mineral melibatkan kos input RM1,666, kos Tenaga RM2,230, Kos Pelbagai RM195 menjadikan jumlah kos sebanyak RM4,091/ha. Anggaran hasil jagung sebanyak 8,000 kg dengan harga jualan RM1.00 sekilogram menjadikan pendapatan kadar RM8,000. Anggaran pendapatan bersih tanaman jagung bijirin ditanah mineral sebanyak RM3,909 sehektar semusim.


Bagi TANAH SAWAH proses penyediaan tanah dengan membajak piring seedalam 20 - 25 cm dan dirotor halus serta dikapor dengan kadar capaian pH 5.5 - pH 6.5 iaitu penggunaan kapor sebanyak 5mt/ha (pH kurang 4.5), sebanyak 3 mt/ha kapor (pH4.5 - 5.5) dan sebanyak 1.5 mt/ha (pH 5.0-5.5). Penanaman dengan jentera tanaman dengan jarak 25 cm x 75 cm dengan kadar benih diperlukan sebanyak 15 kg/ha memberikan kepadatan pokok sebanyak 53,333 pokok sehektar. Penyiraman dilakukan setiap hari iaitu pada waktu pagi sekitar 20 minit menggunakan sistem sprinkler kecuali pada hari hujan. Pembajaan perlu dilakukan kepada tanaman jagung birijin dengan 3 mt/ha baja organik (2 heri sebelum tanam), 100 kg/ha (NPK Green 15:15:15 20 hari selepas tanam, 150 kg/ha Baja Urea (20 hari selepas tanam) dan 150 kg/ha Baja NPK Blue 12:12:17:2 (45 hari selepas tanam). Kawalan penyekit bagi jagung bijirin yang perlu dijaga adalah Ulat Pengorek batang, Ulat Tongkol Jagung dan Kutu Daun. Kawalan menggunakan racun cypermethrin atau chlorophyrifos dengan kadar disyorkan. Penuaian dilakukan selepas 100-110 hari selepas tanam menggunakan jentuai. Hasil jagung dibawa keloji pengeringan untuk diproses. Suhu pengeringan adalah diantara 45 - 60 Celcius sehingga mencapai kelembapan biji jagung 14.5%.Kemudian ia dibungkus kedap udara dan disimpan sebelum dijual. Analisa kewangan penanamn bijirin ditanah mineral melibatkan kos input RM1,666, kos Tenaga RM2,310, Kos Pelbagai RM198 menjadikan jumlah kos sebanyak RM4,175/ha. Anggaran hasil jagung sebanyak 8,000 kg dengan harga jualan RM1.00 sekilogram menjadikan pendapatan kadar RM8,000. Anggaran pendapatan bersih tanaman jagung bijirin ditanah mineral sebanyak RM3,825 sehektar semusim.

Bagi TANAH GAMBUT proses penyediaan tanah dengan membajak piring seedalam 20 - 25 cm dan dirotor halus serta dikapor dengan kadar capaian pH 5.5 - pH 6.5 iaitu penggunaan kapor sebanyak 5mt/ha (pH kurang 4.5), sebanyak 3 mt/ha kapor (pH4.5 - 5.5) dan sebanyak 1.5 mt/ha (pH 5.0-5.5). Penanaman dengan jentera tanaman dengan jarak 25 cm x 75 cm dengan kadar benih diperlukan sebanyak 15 kg/ha memberikan kepadatan pokok sebanyak 53,333 pokok sehektar. Penyiraman dilakukan setiap hari iaitu pada waktu pagi sekitar 20 minit menggunakan sistem sprinkler kecuali pada hari hujan. Pembajaan perlu dilakukan kepada tanaman jagung birijin dengan 3 mt/ha baja organik (2 heri sebelum tanam), 100 kg/ha (NPK Green 15:15:15 20 hari selepas tanam, 150 kg/ha Baja Urea (20 hari selepas tanam) dan 150 kg/ha Baja NPK Blue 12:12:17:2 (45 hari selepas tanam). Kawalan penyekit bagi jagung bijirin yang perlu dijaga adalah Ulat Pengorek batang, Ulat Tongkol Jagung dan Kutu Daun. Kawalan menggunakan racun cypermethrin atau chlorophyrifos dengan kadar disyorkan. Penuaian dilakukan selepas 100-110 hari selepas tanam menggunakan jentuai. Hasil jagung dibawa keloji pengeringan untuk diproses. Suhu pengeringan adalah diantara 45 - 60 Celcius sehingga mencapai kelembapan biji jagung 14.5%.Kemudian ia dibungkus kedap udara dan disimpan sebelum dijual. Analisa kewangan penanamn bijirin ditanah mineral melibatkan kos input RM2,790, kos Tenaga RM2,498, Kos Pelbagai RM264 menjadikan jumlah kos sebanyak RM5,552/ha. Anggaran hasil jagung sebanyak 8,000 kg dengan harga jualan RM1.00 sekilogram menjadikan pendapatan kadar RM8,000. Anggaran pendapatan bersih tanaman jagung bijirin ditanah mineral sebanyak RM2,448 sehektar semusim.

Bagi Tanah BRIS proses penyediaan tanah dengan membajak piring seedalam 20 - 25 cm dan dirotor halus serta dikapor dengan kadar capaian pH 5.5 - pH 6.5 iaitu penggunaan kapor sebanyak 5mt/ha (pH kurang 4.5), sebanyak 3 mt/ha kapor (pH4.5 - 5.5) dan sebanyak 1.5 mt/ha (pH 5.0-5.5). Penanaman dengan jentera tanaman dengan jarak 25 cm x 75 cm dengan kadar benih diperlukan sebanyak 15 kg/ha memberikan kepadatan pokok sebanyak 53,333 pokok sehektar. Penyiraman dilakukan setiap hari iaitu pada waktu pagi sekitar 20 minit menggunakan sistem sprinkler kecuali pada hari hujan. Pembajaan perlu dilakukan kepada tanaman jagung birijin dengan 3 mt/ha baja organik (2 heri sebelum tanam), 100 kg/ha (NPK Green 15:15:15 20 hari selepas tanam, 150 kg/ha Baja Urea (20 hari selepas tanam) dan 150 kg/ha Baja NPK Blue 12:12:17:2 (45 hari selepas tanam). Kawalan penyekit bagi jagung bijirin yang perlu dijaga adalah Ulat Pengorek batang, Ulat Tongkol Jagung dan Kutu Daun. Kawalan menggunakan racun cypermethrin atau chlorophyrifos dengan kadar disyorkan. Penuaian dilakukan selepas 100-110 hari selepas tanam menggunakan jentuai. Hasil jagung dibawa keloji pengeringan untuk diproses. Suhu pengeringan adalah diantara 45 - 60 Celcius sehingga mencapai kelembapan biji jagung 14.5%.Kemudian ia dibungkus kedap udara dan disimpan sebelum dijual. Analisa kewangan penanamn bijirin ditanah mineral melibatkan kos input RM2,730, kos Tenaga RM2,280, Kos Pelbagai RM250 menjadikan jumlah kos sebanyak RM5,260/ha. Anggaran hasil jagung sebanyak 8,000 kg dengan harga jualan RM1.00 sekilogram menjadikan pendapatan kadar RM8,000. Anggaran pendapatan bersih tanaman jagung bijirin ditanah mineral sebanyak RM2,740 sehektar semusim.
Kajian diatas menunjukkan penanaman jagung bijirin adalah paling baik diatas Tanah Mineral dengan anggaran purata pendapatan bersih tertinggi iaitu sebanyak RM3,909 sehektar diikuti dengan Tanah Sawah sebanyak RM3,825 sehektar, Tanah Bris RM 2,740 sehektar dan paling rendah adalah pada tanah Gambut RM2,448 sehektar. Semuga artikel ini memberi info terbaik kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
JAGUNG BIJIRIN... SUDAH DI CUBA...
TANAH SAWAH...TERBAIK TANAHNYA...
TANAH MINERAL.. TEMPAT KEDUA...
TANAH BRIS ... KETIGA TEMPATNYA...
TANAH GAMBUT..AMBOI RENDAHNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(18 Rejab 1440H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...