Support My Blog

Sunday, February 28, 2021

SIAPA DILARANG MAKAN DURIAN

SIAPA MEREKA YANG DILARANG MAKAN DURIAN?. Itu merupakan satu persoalan yang jarang kita tanya kepada mereka termasuk kalangan peminat 'Raja Segala buah' ini. Buah Durian (Durio zibethinus) merupakan sejenis buah yang enak dimakan dengan khasiatnya tersendiri. Buah durian berkualiti yang telah masak mengeluarkan aroma atau bau yang menyebabkan semua suka memakannya. Bagaimana pun sebelum penulis blog meneruskan siapa golongan yang 'dilarang makan' durian lebih baik kita lihat akan manafaat buah durian. Manfaat buah durian ternyata cukup penting bagi kesihatan manusia dimana isi buah durian yang bertekstur krim serta bau yang tajam memang buah ini banyak dinikmati di kawasan Asia. Durian memiliki banyak peminatnya akan tetapi tidak kurang juga ada orang menghindarinya mungkin disebabkan oleh baunya yang menyengat. Didakwa dimana antara manfaat buah durian dinilai dapat mencegah penyakit jantung, melawan infeksi dan menurunkan gula darah. Durian mengandungi nutrisi aromatik yang memberikan aroma yang kuat dan bila dimakan akan memberi kepuasan kepada penggemarnya. Durian adalah sumber energi yang baik dimana setiap 100 gram buah ini memberikan sekitar 21% dari keperluan karbohidrat harian. Durian merupakan sumber karbohidrat yang kaya mengembalikan kbanyak tenaga. Bahan karbohidrat bermanfaat untuk menyediakan energi untuk olahraga dan kegiatan sehari-hari. Durian sesuai untuk dimakan sebelum berolahraga dimana ia mampu memberikan pelepasan energi cepat untuk membuat menjadi kuat semasa berolahraga. Durian secara yang kaya dengan vitamin B6 penting untuk pengeluaran Serotonin dimana selalunya pada kadar serotonin yang rendah dapat memicu tekanan (depresi). Makan buah durian disyorkan untuk meningkatkan kadar serotonin agar dapat mengatasi depresi. Durian mengandungi bahan dikenali Triptofan dimana ketika triptofan memasuki otak itu akan ditukar menjadi serotonin dan kemudian ia akan merangsang kepada perasaan relaksasi dan kebahagiaan. Kelebihan serotonin kemudian melepaskan bahan Melatonin ke dalam aliran darah yang menyebabkan tubuh lebih rileks. Seterusnya buah durian kaya akan kalsium, kalium dan vitamin B. Kehadiran vitamin kalsium, kalium dan B dalam jumlah yang signifikan membuat buah ini bermanfaat untuk menjaga kesihatan gigi dan tulang. Kalsium sangat penting untuk perkembangan, pertumbuhan, dan pemeliharaan tulang. Orang-orang yang tidak makan kalsium yang cukup sebelum usia 20-25 selalu memiliki risiko yang jauh lebih tinggi terkena penyakit tulang rapuh atau osteoporosis pada kemudian hari.  Manfaat buah durian selanjutnya adalah mencegah penuaan dini. Durian juga kaya akan vitamin C sebagai bahan antioksidan kuat yang membantu menjaga stres oksidatif yang ditimbulkan oleh radikal bebas. Semakin rendah tingkat stres oksidatif maka akan semakin lambat proses penuaan. Hanya dengan dua biji durian didakwa dimana buah ini sudah cukup mengandung lebih banyak vitamin C daripada kebanyakan buah tropika lain. Buah durian juga tinggi seratyang dapat menjauhkan sembelit dan meningkatkan kekuatan sistem pencernaan. Kehadiran Thiamin dan Niasin meningkatkan nafsu makan serta daya pencernaan. Durian memiliki indeks glikemik (GI) yang lebih rendah daripada banyak buah tropika lainnya. Ukuran ini adalaah semakin kecil angka indeks glikemik maka semakin sedikit dampak makanan pada gula darah. Durian juga mengandung manganese (Mn) yang cukup untuk membantu dalam pengaturan dan pemeliharaan kadar gula darah. Durian adalah sumber potasium yang baik yang diperlukan untuk menjaga kadar Natrium (Na) tubuh tetap utuh dimana jika makan buah ini secara teratur akan dapat atasi masalah hipertensi dan keadaan berkaitan. Durian merupakan sumber Kalium yang kaya dan karena kalium adalah bagian integral dari keseimbangan garam dan cairan di seluruh sel tubuh kadar kalium juga menentukan tekanan darah. Durian juga mengandung sejumlah mineral yang berbeza termasuk Asid folate tahap tinggi dan ini merupakan komponen penting dalam pengeluaran sel darah merah. Kekurangan folate dapat menurunkan jumlah sel darah merah yang dihasilkan. Durian adalah sumber folate yang baik bersama dengan tembaga (Cu) dan besi (Fe). Pesakit anemia dapat memanfaatkan kekuatan buah ini untuk mengatasi masaalah kesihatannya. Kandungan serat dalam durian mengurangkan jumlah kolesterol dalam darah dengan membuang kolesterol LDL (kolesterol jahat) dari tubuh. Kehadiran organosulfur ini akan membantunya untuk mengatur enzim inflamasi. Durian juga berpotensi menjauhkan penyakit kardiovaskular seperti jantung. Beberapa unsur zat dalam durian dapat membantu mengurangi kadar kolesterol dan risiko aterosklerosis. Durian mengandungi Asid Amino Esensial Triptofan dimana ia kemudian ditukar menjadi melatonin iaitu sejenis hormon yang mengawal kitaran waktu tidur. Dalam satu kajian dari jurnal peer-review Medicine didapati bahan triptofan berpotensi membantu dalam mengurangkan gangguan tidur jangka pendek. Buah durian sangat membantu sistem kekebalan tubuh sebab kandungan vitamin C yang tinggi. Dalam sistem kekebalan bagi melindungi tubuh dari pengaruh berbahaya dari lingkungan biasanya Vitamin C sangat baik untuk mampu melawan penyakit seperti flu, merangsang penyembuhan luka, dan meningkatkan aliran darah. Kulit durian juga mengandung senyawa yang memiliki sifat antibakteri dan anti-ragi. Ada juga kajian menemui dimana buah durian mengandungi kadar estrogen yang tinggi dimana kadar estrogen sangat penting bagi kesuburan wanita. Durian juga dapat meningkatkan libido dan stamina seksual. Begitu banyak kehebatan dan manafaat buah durian seperti penulis blog senaraikan akan tetapi ia juga memberikan kesan negatif. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agriculture Technology'' saya terpanggil untuk menulis mengenai siapa yang dilarang makan buah durian atau beringat smasa memakannya agar dijadikan panduan kepada semua pembaca semua.

Apa pun dalam 
kalangan masyarakat kita memang ada dua jenis makanan yang boleh menyatukan dan boleh 'memecah-belahkan' masyarakat. Makanan yang pertama ialah Kambing dan kedua adalah Durian. Meskipun ia mitos dan  merupakan percakapan secara seloroh akan tetapi memang bagi penulis blog ianya kadang-kadang ia ada benarnya. Ini kerana apabila bercakap tentang muism buah durian dimana raja buah itu seumpama seperti ada 'kuasa sakti'. Orang yang sedang dibelenggu sakit misalnya akan menikmatiya dan adakalanya tidak mengendahkan penyakitnya semata-mata mahu menikmati kepuasan seulas durian. Perkara ini memang selalu terjadi terutama ramai dikalangan peminat buah durian. Apa lagi jika seseorang itu telah mempunyai masaalah penyakit tiga serangkai iaitu Kencing Manis, Darah Tinggi dan Kolesterol TInggi. Terdapat juga kes-kes dilaporkan peminat buah durian untuk membuat rawatan di klinik swasta malahan ada yang terus masuk wad dihospital akibat makan buah durian yang tidak terkawal. Apa pun musim buah durian tepap datang setiap tahun untuk buahnya dikutip, diedarkan dijual dan dibeli oleh masyarakat tempatan sebagai sumber makanan yang diminati ramai. Kadang kala ada masa harga durian yang melambung tinggi sehingga mencecah lebih dari RM70 sekilogram bagi beberapa varieti buah durian premium seperti durian Musang King, Durian Black Thorn, Durian Raja Udang dan beberapa lagi. Malaysa dan Thailand merupakan antara beberapa negara didunia yang mampu mengeluarkan durian berkualiti untuk pasaran domestik dan eksport. Dalam satu laporan media dimana ada beberapa tahap persepsi tentang raja buah itu. Pertama beliau nyatakan dimana buah tempatan ini sudah pastinya ia mempunyai pelbagai kebaikan kesihatan seperti saya tuliskan diatas. Buah durian yang mengandungi pelbagai jenis vitamin dan mineral seperti kalsium, magnesium, kalium dan zat besi memang enak dimakan. Antara kebaikan yang dihasilkan oleh buah durian ialah ia kaya dengan antioksidan yang mampu membantu menghalang penyakit kanser. Penggemar buah durian juga akan mendapat manfaat melalui rumusan asid amino jenis tryptophan yang akan menghasilkan serotonin dan melatonin yang membantu mengawal emosi. Kemudian beliau sahkan dimana ia mampu mengurangkan stres, insomnia dan depresi bahkan unsur trytophan durian membantu seseorang tidur dengan lebih lena.

Bagaimana pun dinyatakan dimana ada i
mplikasi lain jika makan durinan jika tidak diketahui. Sebaiknya semua orang makan durian dengan kadar sederhana sahaja dan elakkan makan buah durian dengan berlebihan sama ada buah percuma atau harga murah. In ikerana buah durian diketahui mempunyai kalori yang tinggi apabila dinikmati dalam kuantiti yang banyak. Jika hanya dua ulas buah durian dilaporkan dimana ia sudah memberikan 60 kalori dalam 15 gram karbohidrat. Bayangkan jika diambil satu biji buah yang mempunyai berulas-ulas durian maka ia sudah melebihi kalori harian. Ini antara penyebab durian sering dikatakan boleh menyebabkan kegemukan dan meningkatkan kolesterol walau pun ia sebenarnya tidak begitu kerana kolesterol hanya terdapat pada haiwan sahaja. Apa pun keadaan itu boleh berlaku jika pengambilan diet harian sudah tinggi kandungan lemak dan kolesterol yang dimakan sebelum makan durian. Apa pun jika hanya makan sekadar satu hingga dua ulas maka lazimnya ia langsung tidak akan meningkatkan paras kolesterol. Kandungan karbohidrat yang tinggi dalam buah durian juga mampu menyebabkan kenaikan aras gula dalam darah sekiranya dimakan berlebihan. Bagi pesakit diabetes perlu berhati-hati dengan pengambilan buah ini. Sebarang kemungkinan boleh berlaku andai gula dalam darah tidak terkawal. Selalu dikaitkan dimana apabila makan buah durian menyebabkan panas badan sebenarnya ia berlaku jika buah itu dimakan dalam jumlah yang banyak. Bagi wanita sedang mengandung kajian mendapati buah durian mengandungi tinggi gula dan potassium.  Jika hanya makan beberapa ulas sahaja tidak akan memberi sebarang perubahan drastik dalam badan. Ia juga tidak akan memberi kesan secara langsung seperti pesakit mengalami lumpuh, sawan, menggigil atau sebagainya. tetapi perlu ingat bagi individu yang mempunyai beberapa masalah kesihatan seperti kencing manis, penyakit buah pinggang dan sebagainya. Gula yang tinggi terdapat pada buah durian boleh menyebabkan paras gula dalam darah pesakit kencing manis meningkat mendadak. Masaalah hyperkalemia (akibat terlebih potasium) biasanya boleh juga berlaku kepada pesakit buah pinggang yang berada pada tahap akhir (menyebabkan masalah cardiac arrest). Ada juga desakit boleh meninggal dunia akibat masalah jantung yang terhenti!. Bagi individu normal dan tiada masalah kenaikan gula dalam badan atau dehidrasi selepas makan durian. Disebabkan kenaikan itu dapat dikawal segera dengan menukarkan glukos tadi kepada glikogen untuk disimpan. Namun pengambilan air kosong masih digalakkan selepas makan durian untuk mengurangkan risiko dehidrasi walaupun individu yang sihat. Ramai juga mengatakan ibu hamil tidak boleh makan durian bimbang boleh menyebabkan keguguran dan sebagainya. Buat masa ini, tiada kajian saintifik yang mengaitkannya dengan masalah kepada ibu mengandung. Buah durian merupakan buah yang berkhasiat. Namun semua benda di dunia ini ada kesan sampingannya dan untuk selamat ambil dalam kuantiti berpada-pada seperti disarankan beberapa doktor perubatan. 

Mengenai implikasi makan ubat selepas nikmati durian sering diperkatakan juga. Ubat tidak boleh diambil apabila makan durian kerana dipercayai boleh membahayakan kesihatan seperti mana mitos dan beberapa kenyataan yang sering dilaung-laungkan oleh sesetengah individu. Adakah perkara ini benar boleh berlaku?. Menurut Pegawai Farmasi, Hospital Universiti Sains Malaysia, Khairul Bariah Johan nyatakan dimana tiada kajian jelas mengenai hal yang terbabit. Sehingga kini tiada aktiviti penyelidikan khusus untuk membuktikan bahawa durian boleh membahayakan mereka yang mengambil ubat darah tinggi atau kencing manis. Bagaimana pun bagi pesakit kencing manis dan darah tinggi serta penyakit yang berkaitan perlu mengehadkan pengambilan buah durian disebabkan jika kandungan potassium dan gulanya yang tinggi. Kandungan potassium dalam buah durian menyebabkan seseorang yang mempunyai penyakit darah tinggi dimana dia misalnya perlu mengawal pengambilan durian. Ekoran paras potasium yang tinggi boleh mempengaruhi tekanan darah dan kadar juga denyutan jantung. Ia secara tidak langsung boleh akibatkan atau menyebabkan kesan ubat kencing manis atau darah tinggi terganggu. Terdapat satu kajian tempatan yang telah dijalankan ke atas haiwan tikus berkaitan bagaimana durian mempengaruhi suhu badan dan interaksi durian dengan ubat paracetamol. Hasil kajian tersebut menemukan bahawa kadar peningkatan suhu badan tikus dengan pengambilan durian adalah tidak ketara. Dalam pada itu kes interaksi buah durian dengan paracetamol menunjukkan penurunan suhu badan tikus yang ketara, yang mana itu mungkin boleh dikaitkan dengan kesan toksik antara dua campuran ini. Bagaimanapun sehingga kinnii cara atau mekanisme kesan toksik itu masih belum diketahui.

Dalam laporan lain dipetik dari media KOMPAS di indonesia dimana Dr Dian Permatasari ada mengatakan iaiitu selain kaya vitamin, serat, dan mineral yang baik untuk tubuh, buah durian juga memiliki kandungan kalori dan bahan karbohidrat yang lebih tinggi dibanding buah lain. Menurutnyaa makanan atau buah yang selalu mengandung kalori tinggi dapat menyebabkan obesiti (kegemukan). Obesiti adalah menjadi faktor kepada risiko penyakit kronik seperti sakit jantung dan diabetes. Untuk itu  ada beberapa orang yang dianjurkan mengambil atau makan durian atau diberi had batasan semasa makan buah durian. Dinyatakan agar dihentikan mitos berhenti dan menyalahkan durian didakwa menjadi penyebab kematian mendadak, Ini juag dikaitkan dimana orang yang obesiti dikhuatiri jika terlalu banyak makan durian boleh akan menambah berat badannya. Ini disebebkan durian memiliki kandungan kalori dan bahan karbohidrat yang tinggi dimana mereka perli menjadi lebih berhati-hati terutama penderita diabetes dan mereka obesiti.  Kompas.com nyatakan dimana rang yang obesiti sebaiknya cuba mengelakkan makan lebih lagi kerana iai akan menyebabkan kenaikan berat badannya. Bagi penderita diabetes diingatkan elakkan dari memakan durian kerana kandungan gulanya tidak mudah terkawal. Buah durian justru dapat meningkatkan kadar gula dalam darah dan akhirnya menyebabkan gejala yang tidak diinginkan seperti akan pening kepala. Ada beberapa orang yang memiliki masaalah gastrik (maag) lebih baik memakan durian dalam kuantiti yang wajar sahaja atau makan sikit. Bagaimana pun banyak dilaporkan mereka yang ada massalah gastri elakkan makan durian kerana menyebabkan makanan ini bergas untuk dihindari. Bagi ibu hamil memeng tidak dilarang makan durian asalkan jangan berlebihan. Sementara untuk semua orang yang tidak termasuk tiga kelompok di atas sebaiknya amalkan memakan durian selagi masih dalam tahap wajar dan sesuai kuantitinya. Dsyorkan untuk makan tiga sampai empat ulas sahaja dalam sehari memadai. biji per hari.

Laporan lain menyatakan dimana 
ada beberapa kandungan di dalam durian yang membuat beberapa orang dengan masalah kesihatan tertentu tidak sesuai disarankan mengambilnya. Lazimnya golongan ini yang tidak boleh makan durian adalah orang dengan masaalah kesihatan seperti diabetes, orang hipertrigliserida dan mereka yang ada gastrik. Orang dengan diabetes dilarang makan durian kerana ada kandungan gula di buah ini yang begitu tinggi. Seperti diketahui dimana penderita diabetes harus mengambil kuantiti gula kedalam tubuh. Orang dengan diabetes tidak boleh mengambil buah bermusim ini kerana kandungan tinggi gula. Antaramya adalah seperti buah rambutan, duku, mata kucing dan buah durian. Apabila berlaku seseorang dengan diabetes makan durian, meski hanya satu biji kemudian kadar gula darahnya akan langsung melonjak tidak terkawal. Bagi orang dengan kadar trigleserida tinggi juga tidak boleh makan durian. Apa itu trigliserida?. Sebenarnya dalam suatu bentuk total kolesterol iaitu selain LDL dan HDL sebenarnya terdapat kadar yang dinamakan trigliserida. Trigliserida merupakan satu bentuk utama dari bahan lemak. Disebebkan oleh kerana buah durian ini gulanya tinggi akhirnya kelak akan menjadi trigliserida. Dilaporkan dimana ada larangan untuk makan durian pada orang dengan ada masaalah gastrik serius kerana adanya kandungan uunsur alkohol dalam buah durian dilaporkan. Alkohol itu sendiri akan membuat terjadinya penumpukan purin dalam tubuh. Bagaimana pun mereka yang sudah faham akan tahap kesihatannya dan selalu membuat pemeriksaan doktor secara berkala boleh makan budh durian dengan kadar sesuai. Apabila dijemput rakan atau pekebun durian makan durian percuma pun perlu berhati-hati walau pun sedap memakannya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
MAKAN DURIAN... ADA PEMINATNYA...
MASAALAH KESIHATAN... KENA JAGA...
MAKAN SEDIKIT... SEKADAR UJIRASA...
BACA ARTIKEL... DAPAT MEMEHAMINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronmist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(26 JamadilAkhir 1442H).

Saturday, February 27, 2021

TUKIL - APA DIA?

TUKIL
mungkin perkataan yang agak pelik dan jarang ianya didengar dikalangan pembaca blog semua. Bagaimana pun dalam say amencari apakah makna 'tukil' dalam lamanweb tidak ada yang spesifik menerangkannya secara teknikal untuk saya rujuk. Dalam pada itu maksud [erkataan 'tukil' ini (tu.kil) sebenarnya ditakrifkan sebagai 
nomina (n) iaitu 'tabung dari buluh dan sebagainya (untuk tujuan mengisi air nira dan sebagainya). Bagaimana pun alat yang dinamakan tukil ini sekarang suadh menjadi sejenis alat untuk menangkap ikan dan belut yang diperbuat daripada buloh (tukil tradisional) dan daripada PVC (tukil moden). Kalangan penduduk kampung dan pemburu belut mereka akan menggunakan tukil PVC sebagai alat terbaik masakini kerana ia ringan, murah, tahan lama, senang dibawa, mampu disesuaikan dengan banyak keadaan dan praktikal. Foto diatas saya ambil daripada youtube dimana seorang pemuda di Kelantan menggunakan alat tukil untuk menangkap belut dengan cekap. Video tersebut menunjukkan beliau yang memasang 10 tukil pada satu malam dengan menggunakan umpan ikan selayang mampu mendapatkan hasil belut sebanyak 5.5 kilogram. Kalau dijual dengan harga RM20 sekilogram makan hasil diperolehi beliau adalah sebanyak RM110 semalam. Tetapi pemburu belut perlu sentiasa berubah-ubah lokasi kerana lokasi sama biasanya sudah berkurangan jumlah belutnya akibat kerap ditangkap. Tukil PVC ini bukan sahaja sudah digunakan di Malaysia akan tetapi ia merupakan alat khusus yang sudah poplar dibanyak negara termasuk di Indonesia, Thailand, Kemboja, Filipna dan negara lain. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan sejenis alat dinamakan 'Tukil' digunakan untuk menangkap belut. 

Sebelum jauh kita perlu kenali belut dahulu dan anda boleh membuat pautan dengan tulisan saya
(Sila klik disini)(Sila klik disini) dan beberapa lagiBelut Paya atau disebut Belut Sawah (Monopterus albus)  merupakan haiwan yang mempunyai 4 genera dan lebih 20 spesis. Terdapat banyak jenis belut yang didapti daripada belut didalam air masin, belut air payau dan juga belut air tawar. Didalam laut banya terdapat jenis ikan belut yang kebanyakannya adalah pemangsa. Di negara kita dan beberapa negara Asean yang lain paling popular adalah Belut Sawah atau dipanggil Moa, atau Lindung iitu adalah sejenis ikan daripada anggota suku Synbranchidae (belut), ordo Synbranchiiformes yang mana ia mempunyai nilai ekonomi dan ekologi. Ikan ini boleh dimakan dengan cara menggoreng, dimasak dengan sos pedas masam atau dijadikan Sup Belut yang berkhaiat. Apa pun secara ekologi saintis juga telah menjadikan belut sebagai satu indikator dalam pencemaran persekitaran habitat sebab haiwan ini agak mudah didalam beradaptasi. Ketiadaan belut disuatu lokasi menunjukkan telah berlaku kemusnahan persekitaran yang sangat parah telah terjadi. Belut adalah predator ganas di kawasan paya dan sawah. Makanannya terdiri daripada hidupan seperti ikan kecil, cacing, krustasea dimana belut juga lazimnya aktif di malam hari. Haiwan ini dapat mengambil oksigen terus dari udara dan mampu hidup berbulan-bulan tanpa air asalkan kelilingnya tetap basah. Penulis blog juga mendapati belut mampu menyerap oksigen melalui bahagian kulitnya. Belut lazimnya akan bersarang di dalam lubang berlumpur dan menunggu mangsa yang melalui didepanya dan juga mampu menghidu makanan dalam jarak jauh. Walaupun didapati dimana berasal dari daerah tropika tetapi belut sawah memang diketahui dapat bertahan hidup dimasa musim sejuk dengan suhu sangat rendah. Kombinasi sifat-sifat yang dimiliki belut membuatkannya menjadi haiwan yang dianggap sangat berbahaya bagi persekitaran yang bukan habitatnya. Bagaimana pun kini belut sawah telah dijadikan ternakan yang komersil melalui berbagai kaedah penternakan dan teknologi.

Membuat tukil untuk menangkap belut  sangat mudah dilakukan. Sebatang PVC berdiameter 3 inci dengan panjang 4 meter boleh dipotong untuk dapatkan beberapa batang tukil yang panjangnya 80 cm ( 3 kaki) setiap satu (Sila lihat foto disebelah). Gunakan pemotong gergaji PCV dan sediakan sebanyak 10 - 20 tukil bergantung kepada kemahuan. Bagaimana pun biasanya ia sesuai disimpan lama jika diletakkan dikawasan selamat. Berbeza dengan tukil yang diperbuat daripada buluh dimana perlu dicari buluh yang diameternya 3 inci keatas dan dipotong dengan panjang sekitar 3 kaki. Kaedahnya sama dimana ada pintu untuk belut masuk dan ada pintu untuk mengeluarkan belut. Bagi buluh perlu disediakan pintu masuk belut dibuat daripada lidi buluh dianyam sama seperti pintu masuk pada lukar. Belut tidak boleh keluar selepas masuk kedalamnya. 
Tukil menggunakan paip PVC lebih ringan berbanding buluh. Ia juga lebih tahan lama iaitu boleh mencapai ketahanan selama hampir 10 tahun jika dibanding hanya tahan dua tahun sekiranya menggunakan buluh.

Bagaimana pun kini pembuat tukil PVC lebih kreatif didalam membuat pintu masuk. Mereka akan memotong PVC 10 - 15 cm PVC dan kemudian dipotong dengan membentuk jejari tirus dihujungnya (Sila lihat foto disebelah). Kemudian dibuat jejari sebelum dipanaskan dan sehingga boleh dibengkokkan seperti pintu lukah. 'Pintu lukah' ini akan dipasang dibawah batang PVC dengan digam gunakan gam PVC sehingga kukuh. Ada juga yag gunakan PVC kecil sedikit dan 'ngam' dimasukkan kedalam batang PVC (atau ada yang melayur batang PVC untuk membesarkannya. Pastikan dihujung jejari lembut dimana beut yang dari luar apabila terbau umpan yang diletakkan didalam batang PVC akan boleh masuk akan tetapi tidak boleh keluar lagi kerana di bahagian atas sudah ditutup. Selalunya dibahagian atas perlu dibuat beberapa lubang (diameter 1 cm) untuk lubang pengudaraan belut. Penutup tukil digunakan PVC atau kini pemburu belut akan tutup dengan bekas botol minuma air mineral. Cucukkan sahaja botol tersebut diatasnya. Semasa mengeluarkan belut dari dalam tukil dicaput botol dan tuangkan belut kedalam bekas.

Penulis blog yang pernah membuat tinjauan kepada aktiviti pemburu belut mendapati selalunya b
elut ditangkap menggunakan tukil. Walau pun masih ada orang yang guna pancing untuk menangkap belut tetapi kaedah menangkap gunakan tukil sangat praktikal dan tidak mengecewakan. Biasanya dipasang umpan diletakkan didalam karung yang dianyam daripada tali nylon berwarna hijau seakan-akan 'karung' dan disambung dengan tali. Ikan air tawar atau ikan laut yang direbus atau dicincang dimasukkan kedalam karung dan diletakkan dibahagian tengah tukil. Bau hanyir ikan dari dalam tukil mampu untuk menarik perhatian belut masuk ke dalamnya. Jenis umpan mengikut kreativiti masing-masing. Biasanya umpan yang sering digunakan dibuat menggunakan ikan rebus mahupun ikan mentah dan ada juga menggunakan usus lembu. Tukil diletakkan di kawasan diyakini ada belut dengan sebaiknya ada kawasan sekitar rumput dan tersembunyi (Kalau orang nampak nanti dicuri). Tukil dipasang waktu petang dan akan dipungut hasilnya keesokkan hari. Belut biasanya aktif waktu malam dan mampu menghidu bau hanyir ikan atau umpan beberapa meter (l3 - 5 meter) disekitarnya untuk makan. Belut yang masuk di dalam tukil terperangkap dan tidak dapat keluar. Pastikan dibahagian atas berada datas air untuk membolehkan belut bernafas dan dapatkan udara. Jika semua tukil tenggelam dalam air ia mungkin akan mati jika lewat diambil. Penulis blog dapati kalau dahulu jarang orang makan belut akan tetapi kini belut semakin digemari. Sudah ada macam-macam menu belut disediakan di restoran dan didakwa ia sebagai makanan yang enak dan berkhasiat. Oleh itu disebabkan permintaan terhadap belut tinggi, maka harganya juga meningkat sedangkan bekalan belut liar semakin sukar didapati. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
NAMANYA TUKIL... SENANG BUATNYA...
DARIPADA PVC... 3 KAKI PANJANGNYA...
DIBUBUH UMPAN... SEMALAMAN LAMA...
BELUT MAHAL... PELBAGAI RESEPINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(13 Rejab 1442H). 

Friday, February 26, 2021

STEVIA - TANAMAN UNTUK KESIHATAN

STEVIA
(
Stevia rebaudiana) merupakan sejenis tanaman herba yang cantik untuk landskap dan memberikan rasa manis sekitar 300 kali ganda daripada gula. Tumbuhan ini mempunyai nama lain seperti Teh manis, sweet leaf of Paraguay, caa-he-éé, kaa jheéé, ca-a-jhei, ca-a-yupi, azucacaa dan eira-caa. Ia juga mempunyai nama botani sinomis sebagai Eupatorium rebaudianum seperti tumbuhan capim doce, erva doce, sweet-herb, honey yerba, honeyleaf, yaa waan, candy leaf atau sugarleaf daripada keluarga  Astereacea yang berasal dari Paraguay. Banyak dakwaan dimana daun manis dari tumbuhan stevia digunakan sebagai  pengganti gula untuk pesakit kencing manis. Tumbuhan ini juga dikategorikan sebagai pokok renek dimana ia amat sesuai sebagai tanamn penghias penutup bumi. Stevia adalah keluarga keturunan kepada bunga matahari atau ia adalah dalam suku sakat mereka. Kajian para pakar yang meneliti mengenai tumbuhan pengganti bahan pemanis ini disebebkan daun stevia ini di percaya0 ada keistimewaan sebagai herba perubatan yang mana ianya boleh mengurangkan penyakit kencing manis walaupun ianya lebih manis 300 kali daripada gula. Pokok stevia ini sudah lama di gunakan di beberapa negara maju sebagai pemanis teh dan ubat-ubatan. Stevia telah ditanam dibanyak negara seluruh dunia dan di Malaysia teah ramai pengusaha yang telah menanam stevia secara 'penanamann kontrak' atau 'contract farming' dengan ikatan kepada beberapa syarikat tempatan. Produk stevia tempatan kini didakwa sangat baik untuk mereka yang menghadapi masaalah diabetis. Penanaman boleh dijalankan secara kecil-kecilan dikeliling rumah atau pun secara komersil dikebun. Artikel pagi Selasa ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai penanaman stevia dan kehebatanya daripada kajian pakar untuk dijadikan bahan rujukan dan bacaan anda semua. 

Penanaman stevia kini sesuai juga ditanam menggunakan konsep 'Edible Garden'  atau 
Taman Ramuan dimana ia menitik beratkan setiap pokok yang ditanam boleh dijadikan makanan, ubatan selain menghias laman lebih cantik. Pada penulis blog sememangnya ada beberapa jenis tumbuhan atau pokok yang dikategorikan sebagai tanaman herba boleh dijadikan hiasan menarik dalam Taman Ramuan termasuk stevia atau daun manis yang boleh menjadi pilihan ramai kebelakangan ini (Sila anda lihat foto disebelah). Stevia bukan saja indah pada nama tetapi unik kerana khasiat yang dihasilkan daunnya boleh menggantikan gula. Stevia didakwa boleh menggantikan gula untuk pesakit kencing manis yang juga dikategorikan sebagai pokok renek sesuai menjadi penghias penutup bumi. Daunnya berbentuk bujur manakala batangnya lembut, halus dan bergerutu dimana lazimnya ia boleh membesar setinggi satu meter manakala bunganya kecil berwarna putih menyerupai bunga aster, cuma saiznya lebih kecil. Stevia adalah satu daripada 240 spesies herba daripada keluarga bunga matahari (Astereacea). Justeru itu biasanya pokok stevia menghasilkan biji benih apabila matang. Pokok ini boleh juga dibiakkan dengan menggunakan biji benih, namun kadar percambahan biji benihnya amat rendah sehingga jarang dibiakkan dengan cara itu. Kini teknik pembiakan stevia selalunya menggunakan kaedah Keratan Batang (Stem cutting). Sejarah menyatakan dimana stevia berasal daripada kawasan tropika dan sub-tropika di Amerika Selatan dan Amerika Tengah walau pun dakwaan ada yang menyatakan ia berasal dari Paraguay.

Pada masa ini s
elain untuk landskap tanaman stevia ditanam dalam kebun dengan cara komersil. Bagi tanaman landskap atau tanaman keliling rumah ia di tanam didalap bekas polibeg atau pasu sesuai dan diletakkan agar memberikan permandangan cantik (Sila   lihat foto disebelah). Bergantung kepada kreativiti seseorang tanaman stevia disekeliling rumah ini amat mudah dilakukan. Daun stevia pula slalu digunakan secara meluas sebagai pemanis terutama stevia daripada spesis spesies Stevia rebaudiana. Dilaporkan stevia ini mula digunakan kaum Red Indian Guarani di Paraguay sejak 1,500 tahun lalu sebagai pemanis teh herba dan juga sebagai makanan mereka. Mereka juga menggunakan Stevia sebagai penawar menurunkan tekanan darah tinggi, mampu untuk melawaskan kencing dan merawat luka terbakar. Apa pun kemuidan di Eropah dimana kegunaan stevia sebagai pemanis mula disedari pada kurun ke-16 dan ia kemudian dibawa ke Asia. Kajian mengenai tumbuhan ini dimulakan pada awal kurun ke-19 apabila pengkaji di Brazil mendengar cerita yang sehelai daun stevia boleh memaniskan sebiji buah peria dan secawan teh herba yang kelat. Hebatnya dimana daun stevia adalah pemanis semula jadi disahkan ianya tidak mengandungi kalori dan ekstraknya dikatakan 300 kali lebih manis daripada gula biasa. Kajian mendapati kandungan utama yang menyebabkan ia manis iaitu steviosid tidak mengandungi toksid. Stevia juga didapati tidak menyebabkan mutasi sel dan tidak memberi kesan terhadap kesuburan, namun terdapat konflik terhadap kajian kesuburan stevia. Dalam satu kajian mendapati stevia tidak memberi apa-apa kesan terhadap kesuburan serta juga didapati air yang diekstrak daripada daun stevia didapati menurunkan paras testostron dan bilangan sperma bila diuji pada tikus jantan.

Hasil dari kajian ini saintis merumuskan steviosid yang diambil secara oral adalah berkesan untuk menurunkan tekanan darah dan ia mungkin boleh dipertimbangkan sebagai bahan alternatif atau tambahan untuk pesakit darah tinggi. Bagi s
atu kumpulan saintis lain yang telah melakukan ujian terhadap kesan hipoglisemik glikosid dalam stevia mendapati steviol tidak menghasilkan glukos, bermakna ia baik untuk pengidap diabetes. Saintid dari  Denmark mendapati hipoglisemik in vitro yang dilakukan steviosid dan steviol berupaya menghasilkan insulin melalui tindakan terus terhadap sel-sel beta. Mereka merumuskan hasil kajian mendapati sebatian ini mungkin mempunyai potensi untuk menjadi ejen anti-hipeglisemik dalam rawatan diabetes mellitus jenis 2. Terdapat dakwaan yang menyatakan stevia juga digunakan sebagai tonik untuk jantung dan juga berfungsi menstabilkan tekanan darah serta degupan jantung. Sehingga kini dilaporkan ada berjuta-juta orang di Brazil dan Jepun menggunakan stevia sebagai perisa makanan dan pemanis semula jadi, malahan menjadi perisa makanan diluluskan sejak 20 tahun lalu. Penduduk Jepun adalah pengguna paling besar menggunakan stevia untuk tujuan memaniskan hampir semua produk makanan termasuk jeruk, minuman ringan dan coklat. Sehingga kini dilaporkan syarikat pengeluar minuman seperti Coca Cola menggunakan ekstrak stevia sebagai gantian kepada NutaSweet dan sakarin untuk produk mereka yang dipasarkan di Jepun, Brazil dan Kanada. Dalam pada itu di USA, stevia menjadi bahan larangan yang tidak boleh digunakan terhadap produk makanan. Ini mungkin kerana monopoli pengeluar pemanis tanpa kalori sintetik yang terdapat di sana. Di Malaysia banyak rujukan boleh diperolehi dimana tanaman ini seduai di tanam didalam tanah kompos, tanah campuran bukan tanah liat yang menakung air. Stevia memerlukan cahaya matahari dan air yang mencukupi serta perlu disiram dua kali sehari dalam cuaca panas. Pokok ini akan cepat kering dan mati jika kekurangan air. Biasanya dos yang biasa digunakan dan dicadangkan untuk penggunaan stevia ini ialah 1/4 sudu makan. Daunnya yang dihancurkan digunakan untuk menggantikan 1 sudu makan gula biasa. Beberapa tip mengenai kegunaan dan khasiat stevia yang dilaporkan termasuk stevia sebagai bahan pemanis semula jadi yang menurunkan kadar gula dalam darah, melawaskan kencing, menurunkan tekanan darah, membunuh bakteria, membunuh kulat, membunuh virus, mengurangkan masaalah keradangan dan ia membantu menurunkan berat badan. Semuga artikel ini mempu memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technolog kali ini. Wasallam!!!...
POKOK RENEK SAHAJA.... IA STEVIA...
MUDAH DITANAM... DIMANA SAHAJA...
SANGAT MANIS .... 300 KALI GANDA...
TANAM SENDIRI... MUDAH DIGUNA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(7 JamadilAkhir 1442H).

Thursday, February 25, 2021

SISABAKI RACUN DAN KISAHNYA

SISABAKI RACUN DALAM MAKANAN 
merupakan satu isu yang berlanjutan di banyak negara termauk Malaysia. Ia selalu diukur dengan perkataan MRL. 
MRL bermakna Maximum Residue Limit merupakan tahap maksimum kuantiti atau kadar atau kekuatan atau kepekatan yang dibenarkan boleh terdapat dalam tanaman makanan akibat penggunaan racun perosak tersebut berdasarkan Amalan Pertanian Baik (APB). Kadar ini boleh diukur dan ia perlu dikawal dengan baik terutama oleh petani dan usahawan pertanian supaya jumlah kandungannya berada pada paras yang selamat bagi tujuan kesihatan pengguna. Almalan bagi mendapat kadar MRL boleh dijalankan melalui ujian makmal ke atas sampel hasil pertanian (seperti Sayur-sayuran, buah-buahan, produk lain) diman ini memang sering dilakukan. Sampel ini perlu diambil secara rawak daripada bakul dalam dua peringkat iaitu sampel di kebun (dijalankan oleh Jabatan Pertanian) dan sampel dipasar (oleh Kementerian Kesihatan) dengan kuantiti tertentu untuk di hantar ke Makmal Analisa Residu. Maklumat ujian iaitu kandungan bahan kimia sisabaki akan direkodkan. Jika berlaku perlanggaran maka tindakan selanjutnya akan terus dilakukan oleh kedua-dua pihak penguatkuasa tersebut. MRL berkait dengan penggunaan Racun Makhluk Perosak atau didefinasikan sebagau sebarang bahan atau pun sebatian bertujuan untuk mengawal, mencegah, memusnah, melemah, menghalau, melegakan atau mengurangkan jumlah makhluk perosak. Racun perosak mungkin terdapat dalam bentuk bahan kimia, agen biologi, antimikrob, bahan penyahjangkit atau alatan digunakan terhadap apa-apa jenis makhluk perosak. Makhluk perosak termasuklah serangga, patogen tumbuhan, rumpai, moluska, burung, mamalia, ikan, nematod, dan mikrob yang merosakkan benda, menyebarkan penyakit atau menjadi vektor untuk penyakit. Walaupun ada kebaikan dalam menggunakan racun perosak akan tetapi sebenarnya ia tetap ada keburukannya seperti potensi keracunan terhadap manusia dan haiwan lain. Mengikut Konvensyen Stockholm Mengenai Pencemar Organik Berterusan, 9 daripada 12 bahan kimia organik yang berbahaya dan bersifat kekal (berterusan) ialah racun perosak. Sisa racun makhluk perosak (MRL) pula merujuk kepada racun perosak yang mungkin kekal atau dalam makanan selepas ia digunakan untuk tanaman makanan. Tahap maksimum yang dibenarkan oleh sisa-sisa makanan dalam makanan sering ditetapkan oleh badan pengawalseliaan di banyak negara. Peraturan-peraturan seperti selang pra-tuaian juga sering menghalang tuaian tanaman atau produk ternakan jika dirawat baru-baru ini untuk membolehkan kepekatan sisa berkurang dari masa ke masa ke tahap yang selamat sebelum musim menuai. Pendedahan penduduk umum kepada sisa-sisa ini biasanya terjadi melalui penggunaan sumber makanan yang dirawat, atau berada dalam hubungan rapat dengan kawasan yang dirawat dengan racun perosak seperti ladang atau rumput. Dilaporkan ada banyak bahan kimia terutamanya derivatif racun perosak berklorin dimana ia adalah bioakumulasi yang boleh membina tahap berbahaya di dalam badan serta di alam sekitar. Bahan kimia yang berterusan boleh diperbesarkan melalui rantaian makanan dan telah dikesan dalam produk yang terdiri daripada daging, ayam, dan ikan, minyak sayuran, kacang, dan pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran. Artikel tengahari Isnin ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis rencana ke 6,257 mengenai sisabaki racun dan statusnya seperti dilaporkan dalam banyak media tempatan.

Pengguna seharusnya bijak dalam membuat p
emilihan sayur-sayuran dan buah-buahan ketika mendapatkannya atau membelinya. Ini kerana kandungan sisa racun makhluk perosak dan bahan toksin pada sayur-sayuran dan buah-buahan menimbulkan kebimbangan terhadap pengguna kerana ia menjadi punca pelbagai penyakit berbahaya seperti kanser. Bagaimana pun tanggapan ini kurang tepat kerana bahan pencemaran dan aditif makanan pada paras yang rendah hanya boleh mendatangkan risiko bahaya tetapi tidak terus memberi kesan kepada tubuh manusia. Jika residu racun ini terkumpul pada paras yang tinggi dalam tubuh maka ia juga mungkin boleh mendatangkan bahaya untuk kesan jangka masa panjang. Sebaiknya pengguna boleh mengelakkan dari pengumpulan residu bahan pencemaran dengan mengikuti beberapa asa panduan yang saya senaraikan. Pertama adalah dengan mempelbagaikan jenis makanan. Sebaiknya cuba elak mendapatkan sesuatu jenis makanan dari satu punca iaitu pembekal atau tempat yang sama. Biasanya makanan dari satu punca menggunakan kaedah pengeluaran serupa (Jika ia banyak guna racun ada risikonya). Begitu juga penggunaan racun perosak yang sama atau pencemaran alam sekitar yang sama. Amalan dengan menukar punca makanan dimana ia mengurangkan risiko pengumpulan bahan toksik. Kedua adalah dengan menanam sendiri sayur-sayuran dan buah-buahan di kebun sendiri atau di keliling rumah. Amalan menanam sendiri sayur-sayuran dan buah-buahan di sekeliling rumah memastikan ia bebas daripada racun perosak. Ketiga adalah dengan memilih sayur-sayuran dan buah-buahan yang ada kesan ulat atau serangga. Buah yang mempunyai kesan ulat atau serangga menunjukkan sayur-sayuran dan buah-buahan itu kurang atau tiada sisa racun perosak. Dipasaran ada pelbagai jenis racun bahaya yang boleh menyebabkan makhluk perosak lali. Ke empat adalah dengan amalan membasuh dengan bersih sayur-sayuran dan buah-buahan. Amalan membasuh sayur-sayuran dan buah-buahan mengurangkan residu racun perosak sehingga 20 peratus. Racun makhluk perosak tidak dapat dihilangkan 100 peratus kerana buah-buah mempunyai lapisan minyak di permukaannya yang mengikat racun perosak. Ke lima adalah dengan cara mendapatkan sayur-sayuran dan buah-buahan hidroponik. Kaedah penanaman hidroponik di kawasan yang ditutupi jaring menghalang serangan racun perosak. Untuk lebih pasti lagi, dapatkan sayur-sayuran dan buah-buahan yang mempunyai label. Ke enam adalah dengan cara untuk mendapatkan bekalan dari pertanian organik. Kaedah penanaman organik dihasilkan secara semula jadi tanpa menggunakan bahan kimia dan racun perosak. Ia menggunakan baja organik. Hasil pertanian organik lebih mahal tetapi lebih selamat untuk dimakan. Di samping itu pembaca blog memastikan sayur-sayuran dan buah-buahan bebas daripada racun perosak, pengguna perlu tanaman itu selamat dimakan, bersih dan mempunyai kandungan zat makanan.

Di Malaysia dilaporkan pada tahun semasa terdapat 
800 notifikasi sisa racun dalam hasil pertanian tempatan. Ini juga berkait dngan situasi dimana Malaysia menerima sebanyak 800 notifikasi dari Singapura, Jepun, Jerman dan Taiwan setiap tahun, berkaitan sisabaki (residu) racun perosak yang melebihi paras dibenarkan dalam hasil pertanian yang dieksport negara ini. Menteri Pertanian dan Industri Makanan Dr Ronald Kiandee nyatakan hasil dari laporan Jabatan Pertanian bagi tahun 2018 dan 2019 itu menunjukkan situasi itu memberi gambaran negatif mengenai jaminan keselamatan dan kualiti hasil pertanian Malaysia kepada negara pengimport dan pasaran tempatan. Kini telah ada galakan pelaksanaan sistem Pengurusan Perosak Bersepadu (IPM) di sektor pertanian dan akan terus dipromosi pelaksanaannya dalam kalangan pengusaha dan pengeluar bahan pertanian tempatan. Cara ini dalam memastikan angka notifikasi produk pertanian Malaysia pada masa akan datang dapat dikurangkan serta kualiti dan jaminan keselamatan untuk keperluan eksport ke pasaran antarabangsa mampu untuk ditingkatkan. Impak yang paling utama disasarkan kerajaan menerusi sistem IPM ini adalah rakyat dapat menikmati hasil pertanian di pasaran tempatan yang selamat untuk dimakan dan berkualiti kerana bebas dari pencemaran racun berbahaya. Makanan yang selamat juga adalah satu daripada elemen penting sebagaimana yang ditetapkan Food and Agriculture Organization (FAO) untuk menilai kedudukan sekuriti makanan dalam sesebuah negara. Dalam lima tahun kebelakangan ini dilaporkan tanaman di Malaysia diserang pelbagai jenis perosak invasif antaranya kumbang merah palma pada tanaman kelapa, 'bacterial panicle blight' pada tanaman padi dan 'fall armyworm' pada tanaman jagung. Tiga perosak ini memberi kerugian anggaran hampir RM10 bilion kepada bukan sahaja hasil tanaman dan perdagangan sahaja malahan kerajaan sudah membelanjakan lebih RM5 juta dalam tempoh itu bagi aktiviti kawalan dan pemusnahan perosak di seluruh negara. Kini dengan keadaan suasana ekonomi dunia kini yang terjejas akibat wabak COVID-19 maka pastinya semua pihak tidak mahu kerugian hasil dari pertanian akibat ketidak boleh pasaran atau kemusnahan hasil pertanian akibat serangan perosak memburukkan lagi situasi dunia masa kini. Jabatan Pertanian yang menjalankan fungsi sebagai Organisasi Perlindungan Tumbuhan Kebangsaan berusaha untuk memastikan pelaksanaan biosekuriti tanaman dan tumbuhan menjadi keutamaan dalam memacu usaha ke arah pertanian mampan. IPM ini sebenarnya ketika RMK-11, kerajaan peruntukkan RM2.5 juta dan kita akan perkasakan lagi dalam RMK-12 ini dengan RM10 juta untuk hasilkan makanan yang selamat dimakan rakyat di negara ini dan untuk dieksport. Jabatan juga memudahkan pensijilan myGAP dan ia bergantung kepada jenis sayuran di mana dalam tempoh tiga bulan sudah boleh peroleh sijilnya.

Dalam laporan media lain dimana pihak 
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan 21 sampel cili yang dijual di pasaran tempatan tidak mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 berkaitan residu racun perosak. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dakwa pihak KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan telah pun menjalankan pemantauan terhadap cili import di pintu masuk negara dan pasaran tempatan. Hasil pemantauan KKM dari Januari lalu hingga kini sebanyak 503 sampel cili termasuk cili dari Vietnam telah dianalisis dan didapati 21 sampel cili (4.2 peratus) tidak mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 berkaitan residu racun perosak dan tindakan penguatkuasaan telah pun dijalankan. KKM akan meneruskan pemantauan ke atas sayur-sayuran termasuk cili di pintu masuk negara dan di pasaran tempatan bagi memastikan pematuhan ke atas Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Semua makanan yang diimport ke negara ini perlu mematuhi akta-akta berkenaan dan menjadi tanggungjawab pihak terlibat bagi memastikan produk makanan yang diimport dan dijual di pasaran dalam mematuhi perundangan makanan. Kegagalan mematuhi peraturan tersebut adalah satu kesalahan dan jika disabit, boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak lebih daripada tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.  Pernah dilaporkan dalam sebuah akhbar tempatan dimana ia melaporkan cili merah Vietnam dikesan diseludup masuk dan dijual secara berleluasa di seluruh pasaran negara meskipun kerajaan telah menggantung import permit (IP) masa tersebut.

Pihak KKM juga melalui MStar.com telah melaporkan dan m
ngesahkan salad jenis Iceberg Lettuce jenama Vege 2 Fresh di cemari bahan kimia Fibronil. Jualan bagi produk diarahkan untuk di HENTIKAN serta merta pada 18 Oktober 2018 menjadi peringatan kepada semua petanii dan pengguna. Fibronil merupakan sejenis RACUN SERANGGA yang boleh memberi kesan kepada kesihatan sekiranya di ambil dalam paras yang tinggi. Dilaporkan dimana ia boleh boleh menyebabkan berpeluh, loya, muntah, sakit kepala, sakit perut, pening, resah, lemah badan dan kekejangan. Aktiviti pemantauan ke atas sayur-sayuran di pasaran tempatan akan dilakukan. Laporan tersebut telah menyatakan pihak AVA (Kini SFA) telah mengarahkan produk lettuce berjenama Pasar dan Iceberg keluaran Malaysia dengan berat 400 gram setiap produk ditarik balik dari pasaran Singapura kerana dikesan tercemar dengan bahan kimia fipronil. Fipronil adalah sejenis racun serangga biasanya digunakan ke atas haiwan untuk mengatasi masalah kutu dan hama. Pengambilan fipronil pada paras tinggi dalam jangka pendek boleh menyebabkan berpeluh, loya, muntah, sakit kepala, sakit perut, pening, resah, lemah dan kekejangan. Menurutnya hasil pemantauan KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan dari 2017 sehingga Julai 2018, sebanyak 5,297 sampel sayur-sayuran dan buah-buahan diambil di pasaran tempatan dan di pintu masuk negara bagi yang diimport untuk dianalisis.  Hasil analisis mendapati 97 (1.8%) sampel dikesan mengandungi residu racun perosak melebihi kadar maksimum yang dibenarkan dan tindakan penguatkuasaan telah dijalankan. KKM akan terus meningkatkan pemantauan ke atas sayur-sayuran di pasaran tempatan dan di pintu masuk negara bagi memastikan pematuhan ke atas perundangan makanan. Di bawah Seksyen 13 Akta Makanan 1983 ada menetapkan mana-mana orang menyediakan atau menjual apa-apa makanan mengandungi bahan beracun, merosakkan atau selainnya memudaratkan kesihatan adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
APA DIA MRL.. DALAM MAKANAN KITA...
RACUN KIMIA... KESANNYA BAHAYA...
PERLU KAWAL... PIHAK BERKUASA...
MAKANAN SELAMAT... KITA BAHAGIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(10 Rejab 1442H).

Wednesday, February 24, 2021

MENCARI BELUT DAN PASARANNYA

BELUT (Monopterus albusmerupakan sejenis haiwan dari keluarga Synbranchidae yang mempunyai 4 Genera dan 20 jenis atau spesis. Belut mempunyai ciri khusus iaitu haiwan tidak bersisik dan tidak mempunyai sirip kecuali di bahagian ekor dimana ramai orang akan 'geli' atau 'takut' atau 'fobia' untuk memegangnya. Kebanyakan belut dari kawasan tropika adalah mempunyai insang yang sempit dan tinggal dikawasan lembab berair dan mampu mengambil udara atau bernafas melalui kulit. Penulis telah mengenali haiwan belut semenjak kecil lagi ketika memancing di anak sungai dekat rumah di Muar, Johor. Kadang-kadang mata kail di makan oleh belut yang memang menjengkelkan tetapi rupa-rupanya belut sangat sedap untuk dijadikan lauk. Belut dikawasan sawah padi atau di Betawi Indonesia di panggil sebagai moa (Monopterus albus) adalah sejenis ikan anggota suku Synbranchidae (belut) dari ordo Synbranchiiformes yang mempunyai nilai ekonomi dan nilai ekologi. Kini menternak belut merupakan satu bidang usaha yang agak kurang di usahakan di Malaysia oleh rakyat tempatan. Terdapat hanya beberapa syarikat yang pernah menjalankan ternakan belut secara komersil seperti oleh Syarikat Soon Seng, di Nenasi, Pekan, Pahang dimana syarikat tersebut telah beroperasi lebih 15 tahun bersama dengan ternakan udang. Bagaimana pun kini kebanyakkan kolam di lokasi tersebut telah menukar operasi kepada penternakan udang harumau yang beberapa jenis ikan lain. Terdapat banyak jenis belut yang didapati daripada belut didalam air masin, belut air payau dan juga belut air tawar. Didalam laut banyak terdapat jenis ikan belut yang kebanyakannya adalah pemangsa. Di negara kita dan beberapa negara Asean yang lain paling popular adalah Belut Sawah atau dipanggil Moa atau Lindung itu adalah sejenis hidupan yang mana ia mempunyai nilai ekonomi dan ekologi. Belut boleh dimakan dengan cara menggoreng, dimasak dengan sos pedas masam atau dijadikan Sup Belut yang berkhasiat. Apa pun secara ekologi dimana para saintis telah menjadikan belut sebagai satu indikator tahap pencemaran persekitaran habitat sebab haiwan ini agak mudah untuk beradaptasi. Ketiadaan belut disuatu lokasi menunjukkan telah berlaku kemusnahan persekitaran yang sangat parah telah terjadi. Artikel petang Isnin ini semasa PKP2.0 akibat kes pandemik covid19 yang bersambung lagi saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai teknik khas atau teknologi mesra alam menangkap belut liar di Kelantan untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukan anda.

Dalam habitat semulajadi b
elut adalah predator ganas di kawasan paya dan sawah. Makanannya terdiri daripada hidupan seperti ikan kecil, cacing, krustasea dimana belut juga lazimnya aktif di malam hari. Haiwan ini dapat mengambil oksigen terus dari udara dan mampu hidup berbulan-bulan tanpa air asalkan kelilingnya tetap basah. Penulis blog juga mendapati belut mampu menyerap oksigen melalui bahagian kulitnya. Belut lazimnya akan bersarang di dalam lubang berlumpur dan menunggu mangsa yang melalui didepanya dan memakannya. Walaupun didapati dimana berasal dari daerah tropika tetapi belut sawah diketahui dapat bertahan hidupdimasa musim sejuk dengan suhu sangat rendah. Kombinasi sifat-sifat yang dimiliki belut membuatkannya menjadi haiwan yang dianggap berbahaya bagi persekitaran yang bukan habitatnya. Bagaimana pun kini belut sawah telah dijadikan ternakan yang komersil melalui berbgai kaedah penternakan dan teknologi.  Haiwan ini juga dapat mengambil oksigen terus dari udara dan mampu hidup berbulan-bulan tanpa air asalkan kawasan tempat tinggalnya tetap basah. Belut juga mampu menyerap oksigen melalui kulitnya yang licin dan berwarna coklat sehingga kehitaman. Warna belut bergantung kepada keadaan dipersekitarannya dan boleh membesar sehingga 1 meter. Pada kebiasaaannya belut bersarang di dalam lubang berlumpur dan menunggu mangsa yang lalui dihadapannya. Belut mempunyai deria pergerakan yang sensitif untuk mengesan mangsa walau mempunyai mata tetapi kurang berfungsi. Belut Sawah betina lazim bersarang di dalam lubang dimana ia akan bertelur dan meletakkan telur-telurnya pada gelembong atau buih-buih di air yang cetek atau dangkal. Jika telur belut menetas maka keluarlah anak belut muda yang semuanya betina. Dalam proses pembesarannya akan ada beberapa ekor akan yang menjadi belut jantan.

Pencari belut memerlukan asas kemahiran, keberanian dan ilmu khusus dalam mencari lubuknya. Telah menjadi rutin harian kepada pencari belu dikenali 
Che Madzlan Mir dimana beliau bermula kira-kira pukul 7 pagi sudah mulakan aktivitinya. Bermula dengan merebus ikan sepat yang ditangkapnya pada hari sebelumnya. Kebiasaannya dia beroleh hasil tangkapan ikan sepat itu sebanyak sekitar satu setengah kilogram (kg). Selesai sahaja merebus ikan sepat kemudian dia akan menggaul ikan air tawar itu dengan tanah liat yang diambil di kawasan berhampiran rumahnya di Kampung Cherang Melintang, Tumpat, Kelantan. Petua untuk campuran ikan sepat dengan tanah liat adalah cetusan idea kenalan beliau dari Thailand. Ini satu kaedah pembuatan sebagai sejenis umpan untuk menaikkan bau hanyir ikan bagi menarik belut masuk ke dalam 'tukil' iaitu sejenis alat khas untuk menangkap belut yang efektif (Sila lihat foto disebelah). Biasanya bau hanyir ikan sepat itu mampu tersebar kira-kira sejauh lima meter daripada lokasi tukil itu diletakkan di dalam paya. Dakwa Che Madzlan teknik menggunakan kaedah itu dimana dia pernah memperoleh hasil tangkapan belut terbaik dengan sebanyak 30 kg dalam tempoh seminggu sahaja terutamanya pada musim tengkujuh. Che Madzlan atau lebih selesa disapa dengan panggilan Abe Lan ialah seorang pencari belut dari Kampung Cherang Melintang yang menjadikannya sumber mata pencarian untuk menyara keluarga sejak enam tahun lalu. Biasanya dia akan mencari lubuk belut di kawasan berlumpur berhampiran rumahnya di Kampung Cherang Melintang, Tumpat, Kelantan dan hasilnya dijual kepada peminat belut.

Sebagai pencari belut dia selalunya 
menggunakan kudratnya sendiri untuk menghasilkan 100 buah tukil yang diperbuat daripada paip polivinil klorida (PVC) sepanjang 3 meter. Pada masa dahulu dia membuat tukil daripada batang buluh tetapi kini lebih mudah, murah, ringan dan tahan lama dengan gunakan PVC. Kekangan menggunakan buluh adalah lebih berat dan penangkap belut tidak boleh membawa banyak tukil buluh untuk dipasang di kawasan paya pada satu-satu masa. Pada kebiasaannya selain paip PVC ada juga rautan buluh halus juga digunakan sebagai injap. Ini berfungsi memberi pengudaraan kepada belut apabila ianya terperangkap di dalam tukil. Alat tersebut juga memerangkap belut bersaiz sederhana. Alat khas tukil akan diletakkan di kawasan paya, sawah padi, lubuk atau lombong yang mempunyai lumpur kerana di situ adalah habitat belut (Sila lihat foto disebelah). Kawasan rayauan beliau selain Kampung Cherang Melintang adalah dimana dia juga sering meletakkan tukil di beberapa kawasan lain di sekitar daerah Tumpat dan Kota Bharu seperti di Bunut Susu, Gelang Mas, Pasir Pekan dan Dewan Beta. Sekiranya musim hujan atau tengkujuh lazimnya dia mampu memperoleh hasil tangkapan sebanyak 10 kg sehari. Bagaimana pun sekiranya tidak bernasib baik dia pernah pulang dengan tangan kosong sahaja. Beliau yang dibantu isteri Pn Normadiah lazimnya akan menjaja belut segar kerana memperoleh hasil tangkapan yang terlalu banyak pada tahun 2020 lalu. Mereka akan pergi ke kedai makan di Tumpat dan Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu untuk menghabiskan tangkapan belut. Menceritakan pengalaman beliau dakwa ada kala dia tidak memperoleh hasil tangkapan terutamanya pada musim kemarau. Walau pun penat untuk memeriksa setiap tukil dimusim panan tetapi hasil tangkapan pun tiada sambil mengeluh.

Semasa 
sewaktu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat dari pandemik covid19 daripada Mac 2020 sehingga artkel ditulis pada Febuari 2021 walau pun dia ada menahan tukil, namun hanya memperoleh kira-kira hanya 1 kg sehari dan tangkapan itu hanya dijadikan lauk-pauk untuk keluarganya sendiri ekoran peraih belut dan kedai makan menutup operasi mereka. Selalunya hidangan yang dia paling suka dan penduduk tempatan buat dengan belut adalah menus masakan Belut Madu (Sila lihat foto dibawah). Biasanya saiz yang ideal bagi belut untuk dijual kepada peraih atau kedai makan ialah sebesar ibu jari kaki dengan panjang 60 cm (sentimeter). Belut dengan saiz itu mempunyai isi yang lembut dan lebih mudah dipotong untuk dijadikan hidangan. Antara cabaran utama dalam aktiviti penangkapan belut sudah tentu bertemu ular senduk. Dia pernah terserempak dengan reptilia itu beberapa kali dan menakutkan dimana selalunya dia akan terus pulang ke rumah sahaja kerana tidak mahu mengambil risiko. Seterusnya mengikut dakwaan seorang peraih belut di kampung itu bernama Mohd. Shaibon berumur 32 tahun dakwa kebanyakan penangkap belut menjual hasil tangkapan mereka kepadanya setiap hari. Beliau yang mengambil alih perniagaan ibu dan bapanya sejak tujuh tahun lalu dakwa dimana belut merupakan rezeki kepada penduduk kampung. Selalunya dia akan membeli belut pada harga borong iaitu RM20 sekilogram daripada penduduk kampung dan haiwan itu akan disimpan di dalam tangki air yang mampu untuk menampung kira-kira 100 kg belut dalam satu masa.

Diperjelaskan lagi dimana p
ada musim banjir kemampuan seorang penangkap belut mampu memperoleh sebanyak 10 kg belut sehari. Biasanya penangkap belut memerlukan satu tempat yang besar untuk menyimpannya sebelum dijual di kedai makan atau di pasar. Selain menjual kepada peraih biasanya Che Madzlan turut menjual hasil tangkapannya terus kepada pengusaha kedai makan di Kampung Talak, Chabang Empat Tok Mek Ngah, Tumpat. Bagi pemilik Kedai Makan Sup Belut Talak bernama Zailani Nawi berumur 50 tahun sedia untuk berkongsi cerita dimana lazimnya pada musim hujan dia akan membeli sebanyak 10 kg belut daripada Che Madzlan dan jumlah itu akan habis dalam tempoh beberapa jam sahaja. Selain penduduk kampung memang terdapat ramai masyarakat dari luar jajahan Tumpat datang ke kedainya hanya untuk mereka menikmati hidangan belut. Biasanya selain supbelut yang enak anara hidangan belut yang popular adalah dengan cara memasak tiomyam belut, mi segera belut dan paprik belut. Ekoran banyak permintaan terkini pemilik kedai makan ini  juga telah mencipta satu resipi baharu iaitu belut madu sebagai tambahan menu yang disukai ramai. Ramai yang terkejut apabila saya menjual hidangan berasaskan belut madu iaitu dengan harga RM7 satu set. Harganya berbaloi dan disebabkan itu juga menu belut habis dijual hanya beberapa jam. Dakwanya disepanjang tiga tahun membuka kedai makan dimana menu belut antara tarikan utama untuk menarik pelanggan. Belut Madu adalah menu kegemaran ramai yang tidak boleh nafikan untuk pembaca blog ujirasa semasa berpeluang ke Tumpat. Semuga pembaca blog anim agro technology yaang belum pernah merasa akan keenakkan belut mendapat 'keberanian' untuk menikmati keenakan makanan belut selepas membaca artikel ini. Wasallam!!..
NAMANYA BELUT... LICINNYA DIA...
GUNAKN TUKIL... PVC RUPANYA...
RM20 SEKILO... BELUT SEGARNYA...
BELUT MADU.. KENALAH UJIRASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(11 Rejab 1442H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...