Support My Blog

Thursday, February 18, 2021

KOPI DARI NAJIS BURUNG JACU?

MINUMAN KOPI (Coffea spp) merupakan minuman yang paling lazim diambil oleh penduduk dunia selepas minuman air putih (plane water). Terdapat beratus-ratus jenis bentuk kopi yang diproses dengan pelbagai jenama dan mempunyai keistimewaannya tersendiri didunia untuk dinikmati oleh peminat kopi. Bagaimana pun dilaporkan dimana minuman kopi jenis premium ini lebih banyak diambil dikalangan negara-negara maju dan kini dikomersilkan dengan pelbagai cap dagangan seperti Starbuck, Nescafe, Indocafe, Costa Coffee dan banyak lagi. Berpuluh jenis nama kopi sudah dipromosikan daripada Expresso, Americano, Latte, Mpccha, Macinto dan banyak nama lagi.  Bagaimana pun terkini sudah dipopularkan beberapa lopi unik dan termahal didunia seperti 'Kopi Luwak' yang diproses daripada najis musang. Kini kalau anda berada di Indonesia ada jenama kopi luwak yang mahal akan tetapi rupanya di Brasil ada pula kopi dari najis haiwan burung iaitu 'Kopi Burung Jacu'. Kopi ini diproses daripada  biji kopi yang sudah dicerna dalam perut burung jacu seakan sama konsepnya dengan kaedah penyediaan kopi luwak. Penulis blog rasa teruja menulis kopi ini untuk dijadikan bahan bacaan. Kopi Burung Jacu adalah salah satu produk dari jenis kopi paling sukar didapati atau dibeli kerana ia memang antara kopi termahal di dunia. Kopi ini terbuat dari buah kopi yang sudah dimakan dan kemudian dicerna dan akhirnya dikeluarkan (diberakkan) melalui najis atau kotoran burung jacu. Kopi ini dianggap produk kopi eksotik kerana ia perlu proses fermentasinya berlangsung secara semulajadi. Mungin kalangan orang Malaysia belum ramau yang pernah mencuba minum Kopi Burung Jacu ini kerana susah untuk membelinya akan tetapi sesiapa juga yang pernah berkunjung ke Brazil  mungkin berpeluang menikmatinya. Dilaporkan aktiviti untuk menyediakan kopi ini disekitar Oddity Central di Brazil iaitu didalam kawasan kebun kopi Camocim Estate. Syarikat ini dilaporkan memiliki ladang kopi seluas 50 hektar yang menjadi 'pusat' pemprosesan produk kopi burung jacu. Pemilik Kebun kopi dikawasan ini didakwa walau pun sedikit sahaja keluasan kebunnya akan tetapi mampu meraih keuntungan berlipatkali ganda hasil jualan kopi burung jacu. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai sejenis kopi unik yang mahal menandingi kopi luwak untuk dijadikan bahan rujukan pembaca semua.

Kopi Burung Jacu kini sudah diiktiraf seagai diantara minuman kopi paling eksotik didunia menandingi kopi luak atau Kopi Tahi Musang. Dari segi sejarah pula dilaporkan dimana kopi ini dimulakan seawal tahun 2000-an apabila seorang pekebun iaitu Henrique Sloper de Araújo melihat banyak burung jacu singgah di kebun kopi miliknya. Petani kopi ini tahu kalau burung jenis ini termasuk burung yang sukar dijumpai dan merupakan spesis burung yang dilindungi di Brazil (Sila lihat foto burung jacu diatas dan dibawah). Pada eringkat awal pkebun Henrique Sloper de Araújo menghalau kehadiran burung jacu ini dari kebun kopinya sehingga pada satu peringkat apabila banyak burung yang datang dia memanggil pihak polis untuk membantunya. Bagaimana pun burung-burung jacu ini tetap datang dan singgah dikebun kopinya taanpa ketakutan. Beliau tidak menyangka burunh jacu ini memberikan rezekii tersendiri apabila burung ini berak dan menjatuhkan kotoran najisnya dalam bentuk najis biji kopi (Sila lihat foto disebelah). Kotoran ini dilihat bertaburan dimerata kawasan kebun kopi kemudian dikutip dan diproses untuk dijadikan produk kopi burung jacu yang premium. Kopi ini menjadi eksotik kerana biji kopi yang keras kulitnya tidak akan terhadam didalam perut selepas melalui proses pencernaan yang lengkap sama dengan biji kopi daripada tahi musang di Indonesia. Sebenarnya sebelum menjadi petani kopi, Henrique Sloper adalah peminat sukan ombak laut yang yang kerap mengejar ombak di beberapa lokasi termasuk di Bali, Indonesia. Dari sinilah dia mengetahui bagaimana eksotiknya kopi luwak sebagai salah satu kopi termahal di dunia. Terinspirasi dari kopi luwak kemudian beliau terus mencuba memproses biji kopi yang sebelumnya sudah dimakan oleh burung jacu di kebunnya di Brazil. Dia  juga menyedai dimana memang sesuai dicuba sesuatu yang serupa dengan kopi luwak. Walau pun pada peringkat awal pemuatannya sukar diterima pekebun kopi diBrazil akan tetapi di berjaya meyakinkan para pemetik kopi selain memetik bbuah kopi juga mereka memungut tahi burung jacu dikebun kopi mereka.

Apabila sudah ada pasaran bagus dan dengan jenama kopi eksotik yang baik serta ada tawaran harga tinggi semakin ramai pemilik kebun yang bersama-sama memajukannya. Petani kopi kemudian diminta mencari kotoran tahi burung untuk mendapatkan biji kopi hasil fermentasi semulajadi dalam kebun mereka. Awalnya memang ramai yang masih ragu dengan apa yang dilakukan Henrique Sloper. Biji kopi dari kotoran najis burung jacu ini kemudian melalui proses panjang. Biji kopi harus dikeluarkan dan dibersihkan dari kotorannya dengan tangan serta mesti dicuci bersih dan kemudian ia dikupas dari kulit selaputnya. Proses yang panjang ini memang amat melelahkan dimana sebenarnya inilah yang membuatkan kopi burung Jacu jauh lebih mahal daripada jenis kopi lainnya
(Sila anda lihat foto disebelah). Dakwa Henrique Sloper de Araújo menyatakan dimana kopi burung Jacu punya rasa yang luar biasa mungkin disebabkan burung ini hanya makan ceri kopi paling matang didalam keadaan semulajadi. Beliau sendiri sering membuat pemerhatian bagaimana mulut burung akan luas ternganga semasa burung Jacu memilih buah kopi yang paling matang pada pokok kopi dikawasan kebunya iaitu dikebun kopi Camocim Estate ini. Dakwanya berbeza dengan kopi luwak yang dicerna oleh musang Indonesia kelainan nyata adalah dimana biji kopi melalui proses lebih cepat melalui sistem pencernaan burung Jacu yang ringkas berbanding dengan musang. Biji kopi didalam perut burung Jacu tidak hancur atau pecah semasa didalam perutnya walau pun ada asid perut didalamnya. Disebebkan oleh kualiti premium dan eksotik serta sukar untuk mendapatkannya maka Kopi Burung Jacu ini kini adalah antara produk kopi termahal didunia iaitu sekitar RM4,040 sekilogram (USD1,000 sekilogram). Memang kopi ini akan menjadi lebih enak meminumnya jika kita perlu membayar dengan harga yang begitu mahal agaknya!...

Dalam satu laporan portal berita oleh Dream.co.id dengan artikel bertajuk 'Bukan Cuma dari Luwak, Ada Juga Kopi Mahal dari Kotoran Burung' menark untuk dijadikan rujukkan. Dilaporkan tahap keistimewaan Kopi Burung Jacu adalah sama dengan kopi Luwak. Selama ini hanya kopi luwak begitu popular di Indonesia dimana bahkan ia juga sudah terkenal diseluruh dunia sebagai salah satu kopi termahal. Rasa kopi ini disebut-sebut sangat istimewa dan terbaik dengan memiliki rasa yang agak berlainan kerana mengalami proses fermentasi dalam perut haiwan dahulu atau pencernaan luwak (musang) dan keluar melalui najis atau kotorannya. Rupanya terkini bukan hanya haiwan musang (luwak) sahaja yang melakukan pencernaan dan kotorannya dimanfaatkan untuk membuat biji kopi jadi special akan tetapu sudah dipastikan ada juga burung yang makan kopi. Biji kopi ini kemudian melalui proses pencernaannya diproses menjadi minuman kopi mahal dan eksotik iaitu Kopi Burung Jacu. Kopi Jacu atau Kopi Burung Jacu merupakan salah satu produk kopi yang sukar dibeli  dimana ia adalah antara yang termahal di dunia. Proses fermentasi semulajadi inilah yang menjadikan Kopi Jacu jadi salah satu kopi eksotik di dunia selain kopi Luwak. Melansir dari Oddity Central iaitu salah sebuah lokasi perkebunan kopi bernama Camocim Estate luasnya 50 hektar ini menjadi pusat penghasilan Kopi Burung Jacu. Maklumat seperti ini amat jarang kita ketahui kalau tidak membaca dan menulis blog seperti ini. Kepada sesiapa pembaca blog yang pernah minum kopi luwak tidak hairan selepas membaca artikel ini teringin pula untuk minum kopi burung jacu pula. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam...!.
ADA KOPI EKSOTIK... PELIK BUATNYA... 
BURUNG JACU... DIAMBIL NAJISNYA...
BIJI-BIJI DICERNA... DIPROSESNYA..
RM4,040 SEKILOGRAM... MAHALNYA!...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(6 Rejab 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...