Support My Blog

Saturday, May 31, 2025

SEMBANG PROSES FOTOSINTESIS

PROSES FOTOSINTESIS
(Photosynthesis) adalah salah satu proses dimana tumbuh-tumbuhan, bakteria dan organisma menggunakan tenaga daripada matahari untuk menghasilkan gula melalui sel-sel semulajadi yang manjadikan bahan tenaga kepada hidupan. Penukaran tenaga matahari tersebut kepada bentuk tenaga lain melalui sel hijau pada tumbuhan yang dikenali sebagai Klorofil (chlorophyll). Lazimnya proses fotosintesis memerlukan air dan mengeluarkan gas oksijen untuk mempastikan bahawa manusia hidup dengan menyedut oksijan setiap masa. Proses fotosintesis juga menyerap Karbon dioksida (CO2) untuk ditukar kepada oksijan. Hasil daripada proses ini juga tumbuhan menghasilkan makanan daripada tumbuhan sebagai bahan sumber tenaga manusia. Bertapa pentingnya proses fotosintesis dalam pusingan kehidupan manusia. Ramai pembaca blog mungkin telah faham dan mendengar di sekolah dulu mengenai proses fotosintesis semenjak belajar dibangku sekolah lagi. Cikgu kita dan buku-buku sains kita mendedahkan bagaimana tumbuhan memggunakan Karbon Dioksida dan Air untuk ditukarkan kepada Oksijan dan tenaga oleh krolofill pada daun tumbuhan dengan formula yang kita tidak boleh lupa iaitu satu bentuk sperti 6H2O + 6CO2 ----> C6H12O6+ 6O2. Maksud formula tersebut ialah dimana enam (6) molekul air digabung dengan enam (6) molikul karbon dioksid diproses dengan kaedah fotosintesis menghasilkan satu (1) molekul gula dan enam (6) molikul oksijen. MasyaAllah sungguh besar rahmat Allah kepada umatnya untuk mendapat rahmat dengan berlakunya proses ini. Manusia pula bernafas dengan menyedut oksijen dan membebaskan karbon dioksida sebagai proses Pernafasan. Ini bermakna kitaran pusingan udara sentiasa seimbang dengan adanya berjuta-juta tumbuhan didunia untuk membebaskan Oksijen. Artikel dalam blog "Anim Agro Technology" pada subuh ini saya sembang serius dengan membincangkan bagaimana proses fotosintesis sebagai bahan rujukkan semua pembaca blog ini.


Bagi penulis blog dimana antara faktor yang dapat mempengaruhi proses foto sistesis ini ada banyak seperti keadaan ketersediaan cahaya matahari, air, nutrien, udara (oksijen) dan juga suhu. Selalunya didalam setiap sel daun dilaporkan memang ada 40 - 50 kloroplas yang tersusun atas dua lapis membran (Sila lihat foto disebelah). Membran ini sama ada ia berada didalam dan luar akan mengalami perluasan saiz dengan cara membentuk tilakoid dimana fungsinya menangkap sumber tenaga dari cahaya matahari dan mengubahnya menjadi tenaga kimia. Tilakoid selalunya akan membentuk struktur khas yang mana ia bertumpuk-tumpuk yang dikenali sebagai 'grana'. Selalunya cairan akan mengisi kloroplas disebut melalui stroma iaitu lokasi atau tempat pembentukan glukosa, karbon dioksida dan air. Proses fotosintesis secara umum ia boleh dibahagikan kepada keadaan iaitu Peringkat Terang dan juga Peringkat Fotosintesis Gelap. Peringkat Terang selalu akan berlangsung di bahagian grana kloroplas dimana ia akan terjadi apabila ada cahaya. Selama reaksi ini dimana grana ini akan menyerap tenaga cahaya merah dari matahari yang mana ia adalah bergelombang panjang. Tenaga itu digunakan untuk memecahkan molekul air menjadi hidrogen dan oksigen. Proses ini disebut sebenarnya di panggil sebagai 'Fotolisis'. Sementara reaksi gelap akan berlangsung di bahagian iaitu stroma. Pada reaksi ini tidak diperlukan cahaya dimana selama proses tindakbalas berlaku akan terjadi proses pengangkutan karbon dioksida untuk membentuk glukosa dengan tenaga yang dihasilkan reaksi terang. Proses ini akan berterusan sepanjang siang hari sehingga ketiadaan cahaya matahari lagi. Proses ini berlaku kepada semua jenis tumbuhan yang melakukan proses fotosintesis sepanjang hidupnya. Kesannya pokok akan terus membesar, menghasilkan bunga dan buah serta lain-lain proses pertumbuhan.



Fotosintesis adalah proses pembuatan makanan pada tumbuhan hijau dengan bantuan energi cahaya matahari. Proses fotosintesis yang terjadi pada tumbuhan selalunya akan memerlukan 4 elemen, iaitu unsur Air (H2O), Cahaya matahari, Karbon dioksida (CO2) dan Klorofil tumbuhan (selalu berwarna hijau) yang memiliki klorofil dapat membuat makanan sendiri dengan proses fotosintesis. Rajah sebelah menunjukkan bagaimana grafik reaksi fotosintesis. Apa pun tumbuhan memang susah untuk bernafas atau menyerap CO2 semasa suhu sekeliling semakin panas pada waktu siang. Bagaimana pun 
fotosintesis pada tumbuhan terjadi di bahagian daun yang mengandungi warna hijau daun atau klorofil. Komponen-komponen yang diperlukan dalam proses fotosintesis seperti klorofil, air, karbon dioksida dan cahaya matahari berlaku semasa cahaya matahari mengalami perubahan energi kimia yang bermanfaat untuk mengubah air, karbon dioksida, dan mineral menjadi oksigen serta unsur iaitu organik. Air diperolehi oleh tumbuhan dari dalam tanah yang diserap oleh sel-sel akar untuk disalirkan ke seluruh bahagian tumbuhan termasuk kepada daun. Kemudian unsur karbon dioksida didapatkan dari udara yang masuk lewat stomata di bagian bawah daun. Proses fotosintesis terjadi ketika klorofil di daun menangkap cahaya matahari, dan menggunakannya untuk mengubah air serta karbon dioksida menjadi gula dan oksigen. Gula yang dihasilkan dapat digunakan langsung oleh tumbuhan, atau disimpan dalam bagian lain, seperti buah. Selain gula, fotosintesis juga menghasilkan oksigen melalui stomata atau mulut daun. Fotosintesis menghasilkan bahan karbohidrat (zat gula) dan oksigen atau O2. Kelebihan hasil karbohidrat pada tumbuhan akan disimpan sebagai makanan yang kemudian disimpan makanan di bahagian akar, batang, buah, atau biji tumbuhan. Antara beberapa contoh tanaman dan bahagian tanaman yang digunakan sebagai tempat menyimpan makanan seperti karot, lobak dan ubi kayu, keledek, kentang. Tumbuhan yang menyimpan makan di batang seperti tebu dan sagu. Simppanan didaun seperti sayur Bayam, Sawi, Kangkong, kobis, brokoli (jenis sayur daun). Paling selalu di lihat adalah simpanan makanan tumbuhan pada buah seperti Pisang, Epal, Durian, Limau dan beratus tumbuhan lagi. Ada yang menyimpannya didalam tunas seperti rebung buluh, asparagus dan sebagainya. Pendek kata kepentingan fotosintesis pada tumbuhan akan memberikan rantaian makanan kepada manusia, haiwan dan sebagainya.


Apa pun proses f
otosintesis adalah suatu proses pembuatan atau pembentukan makanan yang dilakukan oleh tumbuhan, terutama tumbuhan yang mengandungi klorofil berwarna hijau pada daun. Komponen seperti klorofil dengan ada bantuan bantuan energi cahaya matahari akan membolehkan tumbuhan tumbuh dengan baik dan mengeluarkan makanan kapeada manusia dan haiwan dalam rantaian ekosistem. Asasnya memang ada empat perkara penting yang diperlukan dalam proses fotosintesis iaitu pertama unsue AIR (H2O), Unsur KARBON SIOKSIDE (CO2), KLOROFIL dan terakhir keperluan CAHAYA MATAHARI. Air didapatkan tumbuhan dari dalam tanah yang diserap oleh akar disalirkan ke seluruh bahagian tumbuhan termasuk daun. Kemudian karbon diokside didapatkan dari udara yang masuk melalui stomata. Apa pun 'Stomata' ini letaknya di bahagian bawah daun. Selalunya proses fotosintesis terjadi ketika klorofil di daun menangkap cahaya matahari dan menggunakannya untuk mengubah air dan karbon diokside menjadi gula dan oksigen. Kemudian hasil gula yang didapati akan digunakan terus secara langsung oleh tumbuhan atau disimpan dalam bahagian lain seperti menjadi BUAH yang sering manusia atau haiwan gunakan sebagai makanan. Selain gula dimana proses fotosintesis juga menghasilkan oksigen (O2) yang akan keluar melalui stomata ke udara dan manusia dan haiwan akan gunakan untuk bernafas. Gas karbon diokside (CO2) dan air (H2O) adalah bahan asas untuk menghasilkan Glukosa (C6 H12 O6) dan Oksigen (O2) semasa proses fotosintesis dimana kemudian glukosa akan disusun menjadi zat pati atau zat amilum (C6 H10 O5)n iaitu melalui tindakbalas polimerisasi. Apa pun kemudian zat pati ia akan disimpan di dalam akar tumbuhan, batang, daun dan buahnya. Proses fotosintesis berlaku dalam kloroplas didaun dimana melalui dua proses dikenali peringkat tindakbalas (reaksi) Terang dan peringkat tindakbalas Gelap. Reaksi Terang ini sangat bergantung pada cahaya dimana tenaga matahari yang ditangkap oleh klorofil akan ia digunakan bagi memecahkan molekul air. Pemecahan molekul air tersebut disebut dengan fotolesis. Jenis pigmen klorofil yang berbza--beza dan ia hanya dapat menyerap jalur panjang gelombang dengan besar foton (energi cahaya) yang berbeza pula dimana berlaku reaksi terang selalunya akan berlaku di dalam sinaran grana. Grana adalah tumpukan tilakoid. Energi cahaya dalam grana akan memacu pelepasan elektron dari fotosistem di dalam membran tilakoid. Didalam sel-sel daun terdapat tilakoid dan protein serta molekul lain akan membentuk fotosistem. Fotosistem merupakan aktiviti iaitu berlaku dari ratusan molekul pigmen fotosintesis dimana ada terdapat dua jenis fotosistem yang bekerjasama terdiri daripada Fotosisten I dan Fotosistem II dimana ia kemudian menghasilkan ATP dan NADPH2 sebagai produk utama dalam reaksi terang. Apa pun dalam reaksi terang ada terdapat dua kemungkinan aliran elektron iaitu jalur non-siklik (non-cyclic) dan aliran siklik (cyclic). Aliran non siklik merupakan jalur utama dengan elektron terus mengalir dari molekul air dimana ia kemudian melalui fotosistem II dan fotosistem I. Seterusnya dalam proses Reaksi Gelap dimana dinamakan 'reaksi calvin' juga biasa disebut dengan istilah Kitaran Calvin-Benson dimana ia disebut gelap disebabkan reaksi ini tidak akan bergantung dengan cahaya matahari. Reaksi gelap adalah proses ATP dan NADPH yang dibuah CO2 menjadi gula dimana ia terjadi pada stroma yang berlaku fiksasi, reduksi, dan regenerasi. Reaksi gelap terbagi melalui beberapa peringkat iaitu dimana karbon diokside akan diikat oleh RuBp menjadi fosfogliserat (PGA), PGA direduksi menjadi PGAL (fosfogliseraldehida) dan akhirnya PGAL akan diregenerasi menjadi glukosa dan RuBp. Tidak faham bab keempat tidak apa sebab itu kerja saintis sahaj ayang perlu memahaminya.  Semuga tulisan artikel ini memberi maklumat dan sumber rujukkan yang berguna kepada pembaca blog anim agro technology semua. Wasallam!!!...
NAMA PROSES... FOTOSINTESIS JUA....
PADA DAUN.. KLOROFIL TEMPATNYA...
CAHAYA MATAHARI... AIR, NUTRIEN ADA...
TUMBUHAN HIDUP... BERLAKU SENTIASA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(7 Ramadan 1446H)
Bersamaan 8 March 2025.

SEMBANG ISU SANTAN KELAPA MAHAL (PART 2)

ISU HARGA SANTAN KELAPA mahal muncul lagi pada awal tahun 2025 ini dan memuncak pada April 2025 dimana harga antan segar mencecah RM20/kilogram di Terengganu. Santan kelapa atau 'Coconut Milk' merupakan satu produk dari biji kelapa (Cocos nucifera) yang banyak kegunaannya. Santan Kelapa dihasilkan dari perahan isi kelapa iaitu cecair yang berwarna putih serta mengandungi banyak zat makanan. Pada zaman dahulu, secara tradisional isi kelapa akan diparut dengan menggunakan alatan 'Parut' atau 'Kukur' kemudian dicampur dengan air sebelum diperah bagi menghasilkan santan. Pada masa kini santan kelapa dapat diperah terus secara cekap menggunakan Alatan Mesin Pemerah Santan Kelapa. Terdapat beberapa varieti kelapa yang mengandungi santan yang banyak dan ada juga varieti kelapa yang kurang kandungan santannya. Umur pokok juga memainkan peranan penting mengenai kualiti santan dimana pokok muda kualiti santanya rendah (cair) berbanding dengan pokok tua. Lazimnya biji kelapa dari pokok yang tua memberikan kualiti santan lebih baik kerana ianya lebih pekat. Santan Kelapa banyak mengandungi zat permakanan seperti Vitamin, Lemak, Asid Laurik serta banyak kandungan mineral (Kalsiam dan Ferum) . Setiap 15 gram santan mengandungi sebanyak 35 kilokalori tenaga, Lemak (3.6 g atau 6% dimana 3.2 gram adalah Lemak Tepu dan sebanyak 0.2 gram adalah Lemak Tidak Tepu), Protin (0.3 gram), Gula (0.2 gram), Serat (0.2 gram) dan bahan Karbohiderat (0.8 gram) serta Vitamin A dan Vitamin C. Kandungan zat dalam permakanan ini banyak bergantung kepada varieti kelapa dan umur pokok kelapa. Kandungan air dalam santan kelapa adalah komponen paling tinggi. Proses memerah santan kelapa kini telah menjadi mudah dengan penggunaan beberapa mesin seperti mesin parut kelapa, mesin pemerah santan kelapa dan juga alatan lain. Kelapa perlu di buang kulit sabut secara manual menggunakan 'Penyadap' di kebun kelapa sehingga menjadi kelapa bulat. Kelapa ini perlu dipecahkan dan keluarkan airnya (Air kelapa boleh diproses menjadi Nata de Cocoa atau CocoJelly). Keluarkan isi kelapa kemudian dimasukkan terus kedalam mesin pemerah santan kelapa dan menghasilkan santan. Kaedah lain adalah dengan membelah kelapa kepada 2 bahagian dan diparut menggunakan mesin parut kelapa. Parutan kelapa ini perlu dicampur dengan air untuk diperah santannya atau dimasukkan kedalam 'press machine' bagi kuantiti yang banyak. Artikel subuh ini saya sembang dengan cara menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai isu harga dan bekalan kelapa dan santan kelapa yang terus meningkat di pasaran Malaysia seperti dilaporkan oleh media tempatan untuk bacaan dan juga bagi tujuan pengetahuan semua pembaca blog ini.


Dalam portal bharian.com dilaporkan 'Santan mahal, peniaga berhenti buat laksam dan laksa lemak' dari Gua Musang, Kelantan wajar di kongsikan infonya. Bagi para peniaga laksam dan laksa lemak dalam daerah ini terpaksa menghentikan jualan hidangan lokal berkenaan berikutan kenaikan harga santan segar yang mencecah hingga RM20 sekilogram sejak seminggu lalu. Menurut seorang yang sentiasa membuat laksam dan laksa lemak Miswati Yah (40) dimana sejak hampir sebulan lalu dia terpaksa menghentikan jualan kerana ketiadaan santan dan harga bahan itu yang mahal. Dakwanya sejak awal Syawal santan semakin sukar untuk diperoleh dan terpaksa membeli kelapa biji dan perlu memprosesnya sendiri untuk santan. Harga kelapa parut pun sudah mencecah hingga RM18 sekilogram namun oleh kerana tiada pilihan untuk menyiapkan tempahan pelanggan saya terpaksa membelinya. Dia yang menjual laksam dan laksa lemak dengan harga RM 3.30 sebungkus ketika harga santan antara RM17 hingga RM18 sekilogram. Sekarang sudah mencecah RM20 sekilogram, kalau ingin teruskan perlu naikkan harga dimana dia tidak menggunakan santan kotak kerana makanan tidak dapat bertahan lama dan cepat basi. Apa pun bagi peniaga gerai makanan lain disini iaitu Zalina Abdul Rahman dakwa sejak berlaku masalah santan yang mahal ramai pembuat kuih mengurangkan kuantiti makanan dan ada daripada tidak lagi meletakkan makanan berasaskan santan di gerainya. Kini ramai pembuat kuih yang terkesan dengan kenaikan harga santan dan kelapa sehingga terpaksa menghentikan pembuatan bahan makanan berasaskan santan.


Dalam portal hmetro.com pula di laporkan 'Kelapa melawas punca harga santan naik mendadak' berkitan dengan tajuk artikel kali ini. Di Cheras dimana ada seorang peniaga santan kelapa, Saifuddin Samsuddin menjual santan sebiji pada harga RM2.00. Harga dijangka naik RM3.00 sepanjang bulan Ramadan pada tinjauan di Pasar Pagi Ikan Emas, Cheras baru-baru ini. Dilaporkan yan harga santan dijangka meningkat menjelang Ramadan susulan harga kelapa di pasaran yang tidak menentu sehingga mencecah RM3 sebiji. Tinjauan oleh Harian Metro di Pasar Basah Datuk Keramat mendapati santan dijual pada harga RM8 sekilogram, manakala kelapa parut pula dijual RM10 sekilogram dan RM3.50 sebiji. Aduan dan kelohkesah ini oleh rata-rata peniaga santan mengakui terpaksa menaikkan harga jualan berikutan bekalan kelapa tempatan yang tidak stabil ketika ini selain berlaku isu iaitu peningkatan harga kelapa biji. Bagi Azhar Ishak (59) dakwa dimana harga sebiji kelapa sebelum ini adalah sekitar RM2.20, namun kini meningkat 70 sen kepada RM3 sebiji. Harganya naik sedikit demi sedikit bermula Disember tahun lalu dimana ia bergantung kepada pembekal dimana pada mula-mula naik 20 sen, kemudian 20 sen lagi dan terbaru 30 sen pula. Kalau dia sebelum ini menjual santan dengan harga sekitar RM7 sekilogram akan tetapi terpaksa naikkan harga kepada RM8 bagi menampung peningkatan kos terbabit. Isu bekalan kelapa juga tidak banyak dimana dia cuma boleh dapat 1,000 biji kelapa bagi setiap empat hari daripada pembekal dari Bagan Datuk, Perak dan Sabak Bernam, Selangor. Kadang-kadang berlaku keadaan dia akan dapat buah kelapa segar yang bilangannya kurang daripada itu. Isu kekurangan bekalan komoditi itu terjadi akibat musim kelapa melawas iaitu keadaan putik kelapa gugur dari tandan disebabkan cuaca ekstrem sama ada panas melampau atau hujan lebat. Dijelaskan jika putik kelapa gugur maka bilangan hasil buah kelapa tua pun akan berkurang. Selalunya buah kelapa tempatan akan melawas antara Disember sehingga awal Februari setiap tahun. Nasib sama dikongsikan Muhammad Rani Thani (44) yang turut berdepan masalah kekurangan bekalan kelapa hingga menjejaskan perniagaannya. Dia dakwa kalau sebelum ini dia boleh mendapatkan sekitar 7,000 biji kelapa daripada peraih dari Bagan Datuk dan Kuala Selangor dalam tempoh seminggu, namun sekarang jumlah itu menurun sekitar 4,000 saja. Tambahnya apabila bekalan kelapa biji sikit kesannya agak susah hendak pusing modal, ditambah lagi harga kelapa sama saja walaupun saiz yang dia terima ada besar bercampur saiz ada juga kecil. Selalunya dia akan perlukan dua atau tiga biji kelapa untuk hasilkan satu kilogram santan. Jadi keuntungannya tidak besar mana. Apa pun dakwanya dalam tempoh sebulan, tiba-tiba pembekal kata harga kelapa kampung naik dan dia sebagai penjual hadapi masalah untuk terangkan kepada pelanggan. Hendak jual mahal pun kasihan kepada pelanggan dan kalau jual murah dia akan rugi. Dakwanya berdasarkan pengalaman 10 tahun dalam perniagaan itu dimana kadar permintaan santan ketika Ramadan adalah berbeza iaitu pada minggu pertama puasa, permintaan terhadap santan boleh dikatakan lengang. Namun, pada pertengahan puasa, permintaan terhadap santan akan meningkat naik kerana orang sudah mula berniaga lemang. Ketika itu, kita perlukan bekalan yang banyak sehingga hari terakhir sebelum raya. Sementara itu, seorang lagi peniaga santan iaitu Mohd Nordin (59) berharap bekalan kelapa di pasaran dapat distabilkan semula supaya tiada lagi kenaikan harga kos. katanya kelapa ini masalah dari segi harga saja, mahal pun peniaga seperti saya terpaksa beli. Bulan Ramadan ini mungkin naik harga kerana saya ada dengar mungkin (harga kelapa biji) naik sekitar 10 sen lagi. Katanya kalau ikutkan situasi ini, untung kami tak banyak, ada sikit hendak besarkan anak dan makan belanja dapur. Orang kata cukup-cukup makan.


Akhbar sama laporkan dimana 'Harga santan di Terengganu naik berganda' memang sering di laporkan. Dilaporkan dimana harga santan segar di negeri ini naik berganda daripada RM9 sekilogram kepada RM19 sekilogram sekaligus menyebabkan peniaga terutama pengusaha makanan berasaskan kelapa berada dalam dilema untuk menentukan harga barang. Difahamkan kenaikan terbaharu itu dikatakan bermula kira-kira lebih seminggu lalu dan dijangka meningkat kepada RM20 sekilogram pada Ramadan ini. Kenaikan berterusan itu adalah disebabkan harga borong bagi buah berkenaan ialah RM3.60 berbanding sebelum ini RM3.20 sebiji. Bagi peniaga santan, Wan Mohd Sukri Wan Muda (50) dimana rata-rata pengusaha santan musykil dengan kenaikan harga kelapa kerana mendakwa bekalan bahan berkenaan mencukupi. Dakwanya pada setiap minggu dia memerlukan sebanyak tujuh tan (7 tan) kelapa yang diambil daripada pembekal tempatan dengan harga RM3,000 bagi setiap tan. Dakwanya lagi kalau sebelum berlaku isu bekalan kelapa, harga santan hanya RM9 sekilogram, namun selepas itu bermula Oktober kenaikan berlaku secara berperingkat. Dalam tempoh lima bulan, harga sudah naik sekali ganda dimana isu berlaku dengan harga terbaharu ini, katanya, kos yang terpaksa diperlukan bagi membeli buah berkenaan juga meningkat iaitu sebanyak RM21,000 bagi setiap minggu dengan keuntungan diperolehi bagi setiap kilogram santan hanya sekitar RM2 hingga RM3 saja. Jumlah keuntungan itu berkurangan kalau ditolak dengan gaji pekerja, plastik, letrik, penyelenggaraan mesin pemerah santan, untung bersih hanya beberapa sen sahaja. Menambah lagi dimana jika banyak buah yang rosak maka keuntungan akan menjadi semakin sedikit. Dia yang bermiaga santan di Pasar Chabang Tiga iaitu sejak lebih 30 tahun lalu berkata, setakat ini dia menjual santan segar dengan harga RM18 sekilogram, harga runcit sebiji kelapa RM4, kelapa parut biasa (RM12) dan kelapa parut (putih) RM14 sekilogram. Harga bahan berkenaan dijangka naik sehingga mencecah RM22 sekilogram sebaik menjelang Hari Raya Aidilfitri. Setiap Ramadan dakwanya isu harga makanan berasaskan kelapa seperti ayam percik, lemang, lauk pauk dan kuih muih sedikit tinggi berbanding bulan biasa memang dijangka berlaku sebab ia berkait dengan keberadaan kelapa di pasaran. 


Menarik isu kelapa dimana dilaporkan '
Pengguna tertekan, santan kelapa naik harga' yang menjejaskan pihak penjual dan pengguna kelapa di Malaysia. Isu harga sebiji kelapa kini amat mahal manakala untung kami perolehi amat sedikit. Namun pengguna tetap beli santan sebab ia keperluan dakwa seorang peniaga santan dan kelapa parut, Mufarohah Rokip (49). Dia memberi reaksi itu ketika diminta mengulas mengenai kenaikan harga santan segar yang dilaporkan berlaku sejak kebelakangan ini. Kini dia tiada pilihan dan terpaksa menaikkan harga santan berikutan kenaikan (harga sebiji kelapa) di peringkat pembekal menghampiri RM3 sebiji. kalau ada segelintir pelanggan merungut namun saya tidak dapat berbuat apa-apa kerana turut terkesan dengan kenaikan berkenaan. Kasihan juga dengan pelanggan tapi apa boleh buat harga memang naik. Apa pun buat masa ini dia jual santan asli pada harga RM16 sekilogram manakala yang biasa RM8 sekilogram tetapi di tempat lain ada yang jual santan biasa pada harga antara RM9 hingga RM12.50 sekilogram. Untuk kelapa parut pula, saya letak tanda harga RM12 sekilogram tetapi jual RM10 kepada pelanggan di temui wartawan di Pasar Chow Kit, Kuala Lumpur. Bagi seorang lagi peniaga lain yang dikenali Yogi, 29, berkata, harga santan naik sejak dua minggu lalu akibat bekalan mahal diperoleh daripada pembekal dan bukan hanya pelanggan malah peniaga turut terkesan dan dia menjangkakan kemungkinan berlaku lagi kenaikan harga dalam waktu terdekat. Kalau bulan lalu, harga sebiji kelapa RM2.20 namun kini menghampiri RM3 sebiji. Saya terpaksa naikkan harga santan biasa pada harga RM8 sekilogram manakala RM16 sekilogram untuk santan asli. Sebelum ini santan biasa dijual pada harga RM7 sekilogram dan santan asli dijual RM14 sekilogram dan menurutnya, santan seberat 400 gram pula dijual dengan harga RM3. Dalam pada itu, Ramli Ahmad, 65, yang menjual kentang, bawang dan cili turut mengakui harga semasa dijual lebih tinggi berbanding sebelum ini dan katanya ikutkan harga tidak banyak beza berbanding sebelum ini tapi agak mahal terutama untuk yang berniaga dan kurang berkemampuan. Nagi bawang putih dijual RM14 sekilogram, bawang besar RM7, bawang kecil RM8 dan kentang RM4 sekilogram. Kalau hendak beli borong pun tidak untung mana kerana sebahagiannya rosak. Mungkin banyak kelapa yang di petik sebagai kelapa muda, di proses menjadi Minyak Kelapa dara (Sila lihat foto dibawah), di jadikan minyak kelapa dan banyak pokok sudah mati akubat diserang dengan Kumbang RPW. Pokok kelapa yang baru di tanam bekum berhasil lagi dilapangan. Artikel ini di tulis dalam dua segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang disyorkan agar di baca keduanya. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pamneca blog anim agro technology. Wasallam!!!...

SANTAN KELAPA...KURANG DI MALAYSIA...
KELAPA MAHAL.... KURANG BEKALANNYA...
KUOTA IMPORT... DARIPADA INDONESIA...
PENGGUNA MENGELUH...SEBAB HARGA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(21 Syawal 1446H).

Thursday, May 29, 2025

SEMBANG ISU SANTAN KELAPA MAHAL (PART 1)

ISU HARGA SANTAN KELAPA
mahal muncul lagi pada awal tahun 2025 ini dan memuncak pada April 2025 dimana harga antan segar mencecah lebih RM20/kilogram di Terengganu. Santan kelapa atau 'Coconut Milk' merupakan satu produk dari biji kelapa (Cocos nucifera) yang banyak kegunaannya. Santan Kelapa dihasilkan dari perahan isi kelapa iaitu cecair yang berwarna putih serta mengandungi banyak zat makanan. Pada zaman dahulu, secara tradisional isi kelapa akan diparut dengan menggunakan alatan 'Parut' atau 'Kukur' kemudian dicampur dengan air sebelum diperah bagi menghasilkan santan. Pada masa kini santan kelapa dapat diperah terus secara cekap menggunakan Alatan Mesin Pemerah Santan Kelapa. Terdapat beberapa varieti kelapa yang mengandungi santan yang banyak dan ada juga varieti kelapa yang kurang kandungan santannya. Umur pokok juga memainkan peranan penting mengenai kualiti santan dimana pokok muda kualiti santanya rendah (cair) berbanding dengan pokok tua. Lazimnya biji kelapa dari pokok yang tua memberikan kualiti santan lebih baik kerana ianya lebih pekat. Santan Kelapa banyak mengandungi zat permakanan seperti Vitamin, Lemak, Asid Laurik serta banyak kandungan mineral (Kalsiam dan Ferum) . Setiap 15 gram santan mengandungi sebanyak 35 kilokalori tenaga, Lemak (3.6 g atau 6% dimana 3.2 gram adalah Lemak Tepu dan sebanyak 0.2 gram adalah Lemak Tidak Tepu), Protin (0.3 gram), Gula (0.2 gram), Serat (0.2 gram) dan bahan Karbohiderat (0.8 gram) serta Vitamin A dan Vitamin C. Kandungan zat dalam permakanan ini banyak bergantung kepada varieti kelapa dan umur pokok kelapa. Kandungan air dalam santan kelapa adalah komponen paling tinggi. Proses memerah santan kelapa kini telah menjadi mudah dengan penggunaan beberapa mesin seperti mesin parut kelapa, mesin pemerah santan kelapa dan juga alatan lain. Kelapa perlu di buang kulit sabut secara manual menggunakan 'Penyadap' di kebun kelapa sehingga menjadi kelapa bulat. Kelapa ini perlu dipecahkan dan keluarkan airnya (Air kelapa boleh diproses menjadi Nata de Cocoa atau CocoJelly). Keluarkan isi kelapa kemudian dimasukkan terus kedalam mesin pemerah santan kelapa dan menghasilkan santan. Kaedah lain adalah dengan membelah kelapa kepada 2 bahagian dan diparut menggunakan mesin parut kelapa. Parutan kelapa ini perlu dicampur dengan air untuk diperah santannya atau dimasukkan kedalam 'press machine' bagi kuantiti yang banyak. Artikel subuh ini saya sembang dengan cara menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai isu harga dan bekalan kelapa dan santan kelapa yang terus meningkat (cecah RM20/kg) di pasaran Malaysia seperti dilaporkan oleh media tempatan untuk bacaan dan juga bagi tujuan pengetahuan semua pembaca blog ini.


Berita dalam Bulletin Utama TV3 laporkan dimana '
Harga santan naik RM20 sekilogram di Terengganu' wajar di kongsikan dan disembangkan. Kisah dari Kuala Terengganu dimana kes kekurangan bekalan kelapa import dari Indonesia memaksa peniaga santan di Terengganu menaikkan harga santan segar sehingga mencecah RM20 sekilogram. Tinjauan Buletin TV3 di Pasar Cabang Kuala Terengganu mendapati harga santan segar mula dinaikkan sejak seminggu lalu. Menurut peniaga kalau sebelum ini santan dijual pada harga sekitar RM15 sekilogram, namun disebabkan kenaikan harga kelapa, mereka terpaksa menaikkan harga kepada RM20 sekilogram. Bagi seorang peniaga, Wan Yusof Wan Muda ketika ditemui nyatakann dia terpaksa menaikkan harga kerana pembekal kelapa kini menjual pada kadar lebih tinggi dan isu ketiadaan stok kelapa juga menyebabkan sesetengah peniaga terpaksa menutup perniagaan mereka buat sementara waktu. Bekalan sekarang ni tak adalah. Kita 100 peratus harap bekalan dari Indonesia. Sekarang di sana tak banyak kelapa dah sebab cuti raya. Masa ni pembekal terlalu lama beraya jadi kita terpaksa tutup, tiada bekalan lima hari ke enam hari. Seorang lagi peniaga lain Wan Mod Shukri dakwa peniaga berharap pihak berwajib segera bertindak menangani isu kekurangan bekalan kelapa. Buah kelapa kurang, buah tempatan pun tak ada dan ambil dari Indon untuk tampung tu pun tak cukup. Kenaikan harga santan segar turut memberi kesan kepada peniaga makanan dan orang ramai, terutama apabila penggunaan santan meningkat sempena musim perayaan. Kenaikan harga dari sehari ke sehari. Pada awal harga RM15 dimana pada hari ini mencecah RM20. Ia jadi bebanpembeli dengan ada sambutan Rumah Terbuka setiap sepanjang syawal. Agak membebankan pengguna dan penjual yang jual ketupat pada harga biasa lagi, RM60 seratus biji. Penggunaan santan kotak tidak setanding dengan santan segar yang mana isu ini menyebabkan masakan kurang enak. Selalunya pada musim perayaan harga santan memang tinggi. Saya rasa masakan orang Terengganu melibatkan penggunaan santan yang tinggi, jadinya untuk kos sekarang agak membebankan. Sebab kalau hendak guna santan kotak dilaporkan yang rasanya tidak sama, masakan dia tidak akan menjadi seenak yang kita guna santan segar. Kes kenaikan harga santan turut menyebabkan beberapa pasar raya di sekitar Kuala Terengganu dilaporkan menghadkan pembelian santan kotak kepada lima kotak bagi setiap transaksi. Menurut Pengarah FAMA Terengganu dakea dimana pihaknya sentiasa memantau bekalan kelapa di Terengganu dan bekalan kelapa dijangka pulih selepas bulan Syawal. Kini bekalan kelapa sudah mula stabil dimana jika berlaku kekurangan pihak FAMA akan meningkatkan bekalan ditempat yang berkurangan dan bekalan bahan berkenaan akan ditambah di premis runcit FAMA dan di setiap daerah di Terengganu.


Dalam portal mstar.com juga melaporkan '
Harga Santan Kini Semakin Mahal Di Terengganu' apabila orang ramai terutama peniaga makanan di negeri ini meminta pihak berkenaan mengambil langkah segera menyelesaikan masalah harga santan yang semakin mahal. Ini berikutan harga kelapa di negeri ini kini meningkat kepada RM1.70 sebiji manakala santan dijual pada harga RM7 hingga RM8 sekilogram berbanding RM4 sebelum ini. Bagi seorang peniaga nasi dagang yang hanya mahu dikenali sebagai Mek Yam (50) dakwa keadaan itu memang ia membebankan peniaga sepertinya yang banyak pengguna menggunakan santan dalam masakan. Dia juga terpaksa menaikkan harga jualan nasi dagang kerana tidak lagi dapat menampung kos yang semakin mahal. Bagi seorang peniaga nasi lemak Habsah Ali (42) pula berkata kenaikan harga kelapa telah menyebabkan kos pembuatan nasi lemak kini naik hampir sekali ganda. Pihak FAMA dakwa dimana isu kenaikan harga kelapa banyak bergantung kepada bekalan dan antara faktor yang menyumbang kepada masalah itu ialah pekebun kini lebih suka menjual kelapa muda kerana harganya lebih tinggi. Isu bekalan kelapa di Terengganu sekarang ini memang berkurangan dan untuk menampung kekurangan itu, Fama mengimport kelapa dari Indonesia sebanyak 15 tan seminggu. Katanya harga kelapa sekarang ini tidak stabil iaitu antara RM1.20 hingga RM1.70 sebiji. Bagi penulis blog percaya banyak pokok kelapa di Terengganu yang berhasil sudah mati disebebkan oleh serangan oleh serangga Red Palm Weevil (RPW) yang serius sejak tahun 2015 lagi. Beribu-ribu pokok kelapa dewasa yang sedang berbuah sudah mati terutama di sepanjang pesisir pantai di Terengganu. Kerajaan negeri perlu menanam semula pokok kelapa secara serius dan komersil bagi menstabilkan dan menjamin bekalan kelapa di Terengganu akan mencukupi dan lebih stabil.


Sementara itu portal sinarharian.com pula laporkan '
Peniaga santan risau harga kelapa import dijangka naik lagi' yang dilaporkan dari Alor Setar, Kedah. DIlaporkan dimana kalangan para peniaga santan segar di negeri ini gusar susulan harga kelapa import berkemungkinan mengalami kenaikan sekali lagi memandangkan tiada kawalan harga ditetapkan oleh kerajaan setakat ini. Bagi peniaga santan di Taman Wira Mergong Mohd Sufi (41) dakwa ketika ini kenaikan tertinggi dicatatkan sebanyak RM3.20 sekilogram pada minggu lalu. Harga bahan mentah itu telah menunjukkan peningkatan mendadak sejak Oktober tahun lalu dan terus melonjak selepas Aidilfitri dimana ketika Oktober kenaikan harga cuma sebanyak RM1.80 dan peniaga masih boleh terima sebab tidak terlalu membebankan. Semasa raya baru-baru ini dilaporkan harga mentah terus naik hingga RM2.90 sekilogram, jadi saya jual santan pada harga RM18 sekilogram sebab kasihan kepada pelanggan walaupun untung sedikit. Peliknya selepas raya naik lagi, minggu lepas sampai RM3.20 sekilogram dan saya terpaksa jual pada harga RM20/kg dimana ia untuk elakkan kerugian. Kini terdapat ura-ura harga kelapa import akan naik lagi mencecah RM3.50 sekilogram yang mana ia jelas membebankan peniaga kecil. Dia yang sudah berniaga selama lebih sembilan tahun dakwa harga sekarang ini paling teruk dan dia rasa macam hendak putus asa. Kalau harga terus naik tanpa kawalan kesannya memang ramai peniaga akan tutup kedai dimana dia ;azimnya akan ambil bekalan kelapa biji sebanyak 300 kilogram dua kali seminggu. Kekurangan bekalan kelapa biji dari Indonesia dipercayai menjadi punca kenaikan harga, namun beliau belum dapat pengesahan rasmi mengenainya. Dia berharap akan ada campur tangan daripada kerajaan berkaitan isu kelapa ini. Bagi peniaga santan seperti kami, ini sahaja mata pencarian untuk menyara keluarga dan kalau perlu dia akan terpaksa gulung tikar. Bagi peniaga lain bernama Kasmawati Abdul (44) dari Pendang pula memberitahu dia pernah menghentikan operasi ketika kerajaan melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) sempena Hari Raya Aidilfitri lalu. Ketika itu kerajaan menetapkan harga siling RM17.50 sekilogram sepanjang tempoh berkenaan tetapi saya tidak mampu menjual pada harga tersebut disebabkan harga kelapa yang melambung. Dalam tempoh tersebut dia tidak berani menjual santan melebihi harga siling semasa kerana bimbang dikenakan denda oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) walaupun ada sesetengah peniaga berbuat demikian. Dia yang sudah hampir 20 tahun dalam perniagaan ini dan mempunyai pelanggan tetap yang mempercayai kualiti santan asli yang dia bekalkan. Apa pun setakat ini dia masih menjual santan asli pada harga RM22 sekilogram bagi menampung kos bekalan kelapa yang tinggi serta kos operasi lain. Jika keadaan tidak berubah dalam masa terdekat, saya mungkin perlu menghentikan operasi setiap kali bekalan kelapa tidak dapat diperoleh. Dalam kes lain dilaporkan bagi pengusaha ketupat palas, Siti Masrurah (34) dakwa kenaikan harga santan turut beri kesan dan memaksanya menilai semula harga produk palas yang dijualnya. Dia pernah dapat santan RM18 sekilogram akan tetapi itu pun yang sudah merah sebab yang betul-betul elok sekarang memang RM20 ke atas. Kemudian dia terpaksa jug amenaikkan harga ketupat palas seringgit.


Merujuk kepada beberapa laporan kajian bertajuk 'Kehebatan Khasiat Santan Kelapa' sama ada ia baik atau bahaya sesuai di sembangkan. Siapa cakap santan merupakan makanan yang tidak sihat?. Selain d
igunakan dalam masakan, santan kelapa juga sering digunakan sebagai syampu atau perapi rambut, terutamanya untuk mereka yang inginkan rambut lebat, hitam dan sihat. Santan mempunyai kalori dan lemak tepu yang tinggi dan ia juga mengandungi pelbagai vitamin dan mineral. Santan segar dan santan kotak dilihat ia mempunyai tahap nutrisi yang berbeza dimana bagi pengguna sebelum beli sesuai baca dulu fakta nutrisi yang tertulis di belakang pek pembungkus. Pengguna akan menggunakan santan sebagai bahan dalam masakan. Ia bukan sahaja dapat membuatkan lauk rasa lebih berlemak, malahan santan juga boleh digunakan sebagai pemekat dan pemanis. Fakta menarik dimana nilai nutrisi untuk santan segar (240 gram) yang digunakan khas untuk memasak e=terdirii dari sebanyak 552 kkalori, 162 g air, 5.5 g Protein, 57.1 g Lemak, 13.3 g Karbohiderat, 38/4 mg Kalsium, 631 mg Kalium, 3.94 Magnesium, 88.8 mg Zat Besi (Fe),  38.4 miligram (mg) dan sebanyak 6.72 mg vitamin C. Kedua-dua jenis santan segar dan santan kotak bagi penulis blog mempunyai kebaikan dan keburukannya yang tersendiri. Bagi Jenis Santan Kotak yang harganya lebih murah dengan sekotak kecil cuma RM3.00 - RM3.50 sahaja. Jenis santan kotak selalunya dijamin ia tahan lama walaupun selepas dibuka dan ia mudah disimpan dan senang didapati. Santan kotak sukar untuk kejadian 'pecah minyak'  dimana ciri-ciri ini mungkin tidak sesuai untuk sesetengah masakan. Santan kota mempunyai kurang rasa lemak tetapi ciri baunya juga tidak wangi serta ia sesuai diguna untuk masakan berkuah sebab ia sukar pecah minyak.


Berlainan cirinya bagi 
Santan Segar dimana kini ia mudah didapatkan di kedai runcit atau dipasaraya atau pasar malam atau pecahkan kelapa sendiri dan di perah santannya dimana ia adalah berlainan kualitinya. Selalunya harga santan segar yang di jual di pasar adalah ia harganya lebih mahal. Kalau ada pokok kelapa di kawasan rumah dan berbuah dan gugur ia perlu di buang sabutnya dahulu, di pecahkan tempurung, di keluarkan isinya dan di parut atau d blender sebelum di perah bagi mendapatkan santannya. Kerjanya amat remah dan ia perlukan kemahiran juga. Pendek kata kerja menyediakan santan kelapa segar sendiri memang ia lebih sukar untuk disediakan. Ciri yang paling ketara dimana jenis santan segar ia tidak tahan lama berbanding dengan jenis santan kotak. Kalau hendak menyimpan santan segar perlu segera ianya dibekukan dalam peti sejuk agar ia boleh diguna lebih lama. Paling hebat sebab santan kelapa segar baunya lebih wangi dan akan berikan rasanya juga berlemak apabila di gunakan didalam masakan laup pakuk atau dijadiikan kuih mueh. Bila di masak selalunya santan kelapa segar mudah untuk pecah minyak dimana ia lebih sesuai untuk semua jenis masakan. Penulis blog juga bincangkan ciri Santan Kelapa Serbuk (Powder) yang selalunya harganya jauh lebih murah jika dibanding dengan santan kotak dan santan segar. Bagi santan serbuk pula dimana kalau ia tidak habis digunakan tetap ia boleh disimpan semula. Santan serbuk ini di buat daripada santan kelapa cair yang di keringkan sehingga menjadi serbuk dan ada beberapa kualiti. Kualiti premium adalah ia cuma ada santan serbuk sahaja dan kualiti lain di campurkan dengan tepong atau bahan lain. Ia boleh digunakan untuk buat puding, agar-agar dan nasi lemak dimana kalau di buat kuah kari selalu yang murah akan cepat basi berbanding gunakan santan kotak atau santan segar. Santan serbuk kurang di minati di Malaysia tetapi ia penyelamat untuk makanan yang terlalu cair. Artikel ini di tulis dalam dua segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang disyorkan agar di baca keduanya. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pamneca blog anim agro technology. Wasallam!!!...
SANTAN KELAPA...KURANG DI MALAYSIA...
KELAPA MAHAL.... KURANG BEKALANNYA...
KUOTA IMPORT... DARIPADA INDONESIA...
PENGGUNA MENGELUH...SEBAB HARGA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(21 Syawal 1446H).

Wednesday, May 28, 2025

SEMBANG BUAH HUTAN BOLEH MAKAN (Part 3)

BUAH HUTAN
atau lebih di kenali sebagai Buah-buahan Nadir Malaysia adalah buah-buahan yang jarang-jarang ditanam secara komersil dan semakin sukar untuk ditemui. Bahi penulis blog dimana kebanyakkannya jika ada yang ditanam ianya hanya bercampur dengan buah-buahan popular lain di dusun dan ada yang dijadikan sebagai pokok teduhan di halaman rumah. Selain itu lazimnya dimana buah-buahan Nadir juga terdapat di hutan-hutan dan ada juga yang tumbuh secara liar di kawasan tanah berhampiran kampong yang dekat dengan hutan. Perkataan iaitu 'Nadir' bagi penulis blog sendiri membawa maksud 'sedikit' atau 'jarang'. Semasa bertugas di Jabatan Pertanian Bahagian Hortikuktur, Putrajaya penulis blog ada menerbitkan beberapa risalah mengenai buah-buahan nadir yang selelu di edarkan kepada orang ramai. Dalam maklumat tersebut ada dinyatakan terdapat tiga (3) kategori mengikut asal buah Nadir tersebut iaitu Buah Nadir Tempatan ( Semenanjung Malaysia), Buah Nadir yang dibawa masuk dari Luar Negara (Eksotik) dan Buah Nadir Sabah dan Sarawak. Sebagai penjelasan dimana buah hutan atau buah nadir ini merupakan jenis buah-buahan yang mana ia tumbuh secara semulajadi atau ditanam tetapi ia jarang-jarang ditanam di peringkat komersial. Kebanyakan buah nadir ini apa yang penulis blog ketahui adalah ia ditanam bercampur dengan buah-buahan lain di dalam dusun atau dijadikan pohon teduhan di kawasan halaman rumah. Pengalaman penulis blog seasa bertugas di Jabatan Pertanian Malaysia yang terlibat terus dengan dokumentasi mengenai buah-buahan nadir ini mendapati ada lebih 60-70 spesies buah-buahan nadir telah dikelaskan ke dalam kategori buah-buahan nadir dan diterbitkan dalam risalah rasmi jabatan. Setiap kali ada pameran Hari Peladang dan Neayan Kebangsaan (HPPNK) dan MAHA memang penulis blog ada terlibat untuk menyediakan bahan pameran buah-buahan nadir ini agar dilihat oleh para pengunjung. Malaysia mempunyai iklim yang sesuai untuk pelbagai spesis buah-buahan. Memang ada dibuat pemerhatian dimana penulis blog dapati buah-buahan di Semenanjung Malaysia boleh di golongkan kepada tiga kelas iaitu Buah-buahan Utama, Buah-buahan Nadir dan Buah-buahan Liar. Melihat dimana pokok buah-buahan yang dikenali sebagai buah-buahan nadir kebanyakannya dibiarkan dalam keadaan separuh liar tanpa penjagaan yang sempurna. Biasanya ia ada banyak terdapat di kampung-kampung sama ada di halaman rumah, di dusun kecil bersama pokok buah-buahan yang lain atau di pinggir kawasan hutan. Apa pun didapati spesis buah-buahan nadir ini ada yang boleh dimakan dalam keadaan segar seperti Buah Tampoi dan Buah Salak. Selain dimakan dalam keadaan segar penulis blog dapatia ada juga beberapa spesis buah-buahan nadir ini juga ada yang berpotensi untuk diproses. Antaranya Buah Sentul, Asam Jawa, Cermai dan sebagainya. Biasanya terdapat juga buah-buahan nadir yang tidak dapat dimakan kerana terlalu masam atau kelat dan ia bagaimana pun sesuai diproses untuk ianya dijadikan halwa dan jem yang sedap rasanya. Memandangkan buah-buahan nadir ini tidak diberi perhatian dan ia hampir dilupakan maka ada usaha-usaha mengumpulkan semula maklumat tentang buah-buahan ini oleh pihak Jabatan Pertanian dan organisasi lain untuk dijadikan aboretum atau bank janaplasma. Artikel pada pagi Sabtu ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya sembang dengan menulis mengenai kepentingan buah hutan yang boleh di makan untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


(7) BUAH SENTUL

Buah Sentul (Sandoricum koetjape) ianya merupakan sejenis tumbuhan yang ada terdapat di Malaysia daripada keluarga Meliaceae. Pokok sentul dipercayai berasal dari kawasan Asia Tenggara seperti Malaysia, Thailand, Laos, Filipina, Vietnam dan Indonesia serta Kemboja. Pokok Sentul adalah pokok saka yang sederhana besar dengan ketinggian mencapai 30 meter (hampir 100 kaki) terutama yang tumbuh dikawasan hutan. Batangnya adalah jenis kayu keras dengan pokok dewasa mempunyai ukurlilit batang sehingga 90 cm serta kulitnya mempunyai getah putih. Daun sentul berwarna hijau gelap berkilau dan bahagian bawahnya berwarna hijau pucat. Bentuk daun adalah majmuk ‘Trifoliate’ dimana sehelai daun mempunyai 3 anak daun dengan susunan berselang seli. Pemerhatian saya mendapati yang panjang tangkai daun sekitar 18-20 cm dengan 5-25 cm panjang dan lebarnya 3-14 cm. Bunga sentul berwarna hijau kekuning-kuningan dengan sifat dwijantina (Hermaprodite) berukuran 10-25 cm panjang dalam jambak pada ketiak daun. Buah sentuk berbentuk berry dengan ukuran garispusat 5-7 cm yang berwarna kuning keemasan serta berbulu lembut. Kulitnya tebal dan berisi serta liat. Rasa buahnya adalah kelat manis dengan isi warna putih yang lembut mengelilingi bijinya. Kegunaan tanaman sentul adalah untuk menghasilkan buah segar yang boleh di makan. Batang kayu yang keras adalah kategori ‘kayu balak’ yang boleh dijadikan Tiang Rumah, Papan lantai dan dinding rumah, Perabot dan banyak lagi. Saya ada merujuk beberapa buku seperti tulisan oleh Ong Hean Chooi yang mengatakan akar pokok sentul yang direbus boleh diminum dan memberikan rawatan cirit birit, disentri, bengkak usus besar, kejang otot, tonik melegakan perut dan sesuai dijadikan tonik untuk ibu selepas bersalin. Buahnya pula dijadikan jus sangat baik untuk rawatan disenteri. Daun segar boleh dijadikan ubat rawatan gatal-gatal kulit, dicampur dengan daun lain untuk dijadikan ramuan mandian bagi meredakan demam panas. Orang Asli ada yang menggunakan kulit kayu pokok sentul dijadikan serbuk bagi rawatan kurap pada kulit.


(8) BUAH ASAM RENDA

Buah Asam Renda atau Asam Kerandas atau Asam Kerenda (Carissa caranda) juga nama Inggrisnya Caranda plum, Nam Phrom, Perunkila dan Cu Huang Guo agak unik. Pokok ini dipercayai berasal dari India. Ia merupakan sejenis pokok renek separa menjalar. Biasa jumpai di kampung sebagai tanaman hiasan halaman rumah. Pokok Asam Kerenda mempunyai bunga berwarna putih dan berbau wangi. Buahnya boleh dimakan mentah atau boleh juga dijadikan jem. Rasa buahnya yang masam menjadi kegemaran kanak-kanak kampung. Dilaporkan iaitu dimana diantara khasiat perubatan tradisional pokok Asam Kerenda seperti bahagian buahnya boleh digunakan untuk mengubati seriawan dan demam, mengubati sembelit, mengawal tekanan darah tinggi, mengubati kegatalan akibat kes seperti digigit serangga. Buah ini juga kaya dengan Vitamin C dan Zat Besi yang baik di gunakan sebagai bahan Anti-inflamasi. Penulis blog ada beberapa kali ujirasa buah ini dimana buah asam renda ialah sejenis buah tropika yang kurang dikenali tetapi popular di kalangan masyarakat tempatan. Buah asam renda berbentuk bulat kecil dan ia menyerupai bentuk buah manggis tetapi lebih kecil. Warna buah ini berwarna merah ketika muda dan berubah menjadi ungu kehitaman apabila buaah ini masak sepenuhnya. Buah asam renda mempunyai rasa masam yang tajam asam keping atau asam jawa dimana disebabkan oleh ciri rasa masamnya yang kuat maka ia jarang dimakan segar dan lebih sering digunakan dalam masakan.


(9) BUAH ROKAM
Buah rokam (Flacourtia rukam) adalah sejenis buagh hutan atau buah nadir yang rami tidak kenali. Pokok ini hidup liar didalam hutan atau di tanam dimana selalu daunnya yang berselang-seli, bertangkai. Buahnya yang bertangkai adalah bujur hingga bujur tertekan atau berbentuk titis dan akan bertukar merah jambu atau merah tua apabila masak (Sila lihat foto disebelah). Selain buah dimana daun muda dan pucuk muda merah dimakan mentah dalam salad dan ulam. Kalau hendak makan buah rokam boleh digolek buah di antara tapak tangan sebelum dimakan yang bertujuan mengurangkan kekentalan semula jadi buah. Buah rukam elok dimakan dan boleh dimakan segar sendiri atau bersama buah-buahan lain dalam salad sebab ia ada rasa istimewa yang boleh digambarkan sebagai manis dan sedikit masam yang mana sebaiknya dimakan segar. Ia boleh di awetkan dengan dijadikan jem, jeli dan jenis pengawet lain. Apa pun buahnya secara semula jadi manis dan masam iaitu satu ciri yang menjadikannya bahan yang bagus untuk membuat sapuan yang boleh dimakan pada roti, roti bakar, atau sebagai hidangan tambahan. Ia boleh dijadikan minuman dimana jika dibuat minuman yang sejuk memang ia enak. Jus buah-buahan boleh dikeluarkan dan digunakan sebagai asas untuk minuman, smoothie, atau tumbukan buah. Juga, jus boleh dicampur dengan air atau cecair lain untuk membuat minuman dengan rasa yang berbeza. Buah ini boleh di buat sos dan Perasa: Buah rukam boleh dimasak dan dijadikan sos atau chutney yang sesuai dengan pelbagai jenis makanan. Sos boleh digunakan sebagai sos pencicah, perapan, atau untuk membuat makanan berperisa lebih enak. Ia juga sesuai untuk dijadikan gula-gula dan makanan ringan iaitu dijadikan snek manis atau topping atau sesuai dikeringkan. Paling selalu di buat Acar Buah Rukan dimana ia boleh dijeruk untuk kemudian ia dijadikan sos yang masam dan sedap. Menjeruk buah rukan adalah proses mengawet buah dalam campuran cuka, garam, dan rempah ratus. Ini menjadikan rasa buah lebih enak dan membiarkannya bertahan lebih lama. Apa pun ia adalah buah sesuai untuk dijadikan pencuci mulut yang berikan rasa manis yang berbeza dan menarik. Ia boleh digunakan dalam salad buah-buahan, tart buah-buahan, pai, dan gula-gula berasaskan buah-buahan seperti hancur buah-buahan dan tukang kasut. Terkini dilaporkan yang buah rukan boleh dijadikan Aiskrim dan Sorbet kerana ia masam manis pada masa yang sama sesuai untuk membuat hidangan sejuk beku yang lazat dan menyegarkan dengan mencampurkan buah dengan krim atau jus buah. Memang enak meminuk siram buah rokan dicampur dengan jus limau berperisa. Ia boleh menambah rasa uniknya pada minuman yang akan membuatkan anda berasa lebih baik dan menghilangkan dahaga. Kulit Buah Rukam boleh dicampur menjadi puri, kemudian diratakan nipis dan dikeringkan untuk dijadikan kulit buah. Snek yang kenyal dan sihat ini ialah pilihan yang bagus untuk menggulung buah-buahan yang dibeli di kedai, dan mudah untuk disimpan untuk kemudian. Pokok rukam kayunya keras dan digunakan untuk membuat alu atau aci di Filipina. Daun rukan ada digunakan secara tradisional sebagai bahan penghalau serangga semulajadi untuk menyingkirkan pepijat dan perosak. Kulit kayu atau gentian batang boleh digunakan untuk membuat kraf tradisional seperti bakul dan benda lain untuk rumah. Produk pewarna asli yang diperbuat daripada buah rukam atau bahagian lain tumbuhan boleh digunakan untuk mewarnakan kain dan kraf. Daun atau buah tumbuhan Rukam boleh digunakan dalam bunga rampai atau penyegar udara kerana ia mempunyai bau yang harum. Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 dimana sesuai di baca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BUAH HUTAN... BUAH NADIR SAMA...
JARANG DI JUMPAI... DI HUTAN ADA...
ADA BOLEH DI MAKAN... ENAK RASA...
ADA YANG BERACUN...IA MERBAHAYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(26 Zulkaedah 1446H).

Tuesday, May 27, 2025

SEMBANG BUAH HUTAN BOLEH MAKAN (Part 2)

BUAH HUTAN atau lebih di kenali sebagai Buah-buahan Nadir Malaysia adalah buah-buahan yang jarang-jarang ditanam secara komersil dan semakin sukar untuk ditemui. Bahi penulis blog dimana kebanyakkannya jika ada yang ditanam ianya hanya bercampur dengan buah-buahan popular lain di dusun dan ada yang dijadikan sebagai pokok teduhan di halaman rumah. Selain itu lazimnya dimana buah-buahan Nadir juga terdapat di hutan-hutan dan ada juga yang tumbuh secara liar di kawasan tanah berhampiran kampong yang dekat dengan hutan. Perkataan iaitu 'Nadir' bagi penulis blog  sendiri membawa maksud 'sedikit' atau 'jarang'. Semasa bertugas di Jabatan Pertanian Bahagian Hortikuktur, Putrajaya penulis blog ada menerbitkan beberapa risalah mengenai buah-buahan nadir yang selelu di edarkan kepada orang ramai. Dalam maklumat tersebut ada dinyatakan terdapat tiga (3) kategori mengikut asal buah Nadir tersebut iaitu Buah Nadir Tempatan ( Semenanjung Malaysia), Buah Nadir yang dibawa masuk dari Luar Negara (Eksotik) dan Buah Nadir Sabah dan Sarawak. Sebagai penjelasan dimana buah hutan atau buah nadir ini merupakan jenis buah-buahan yang mana ia tumbuh secara semulajadi atau ditanam tetapi ia jarang-jarang ditanam di peringkat komersial. Kebanyakan buah nadir ini apa yang penulis blog ketahui adalah ia ditanam bercampur dengan buah-buahan lain di dalam dusun atau dijadikan pohon teduhan di kawasan halaman rumah. Pengalaman penulis blog seasa bertugas di Jabatan Pertanian Malaysia yang terlibat terus dengan dokumentasi mengenai buah-buahan nadir ini mendapati ada lebih 60-70 spesies buah-buahan nadir telah dikelaskan ke dalam kategori buah-buahan nadir dan diterbitkan dalam risalah rasmi jabatan. Setiap kali ada pameran Hari Peladang dan Neayan Kebangsaan (HPPNK) dan MAHA memang penulis blog ada terlibat untuk menyediakan bahan pameran buah-buahan nadir ini agar dilihat oleh para pengunjung. Malaysia mempunyai iklim yang sesuai untuk pelbagai spesis buah-buahan. Memang ada dibuat pemerhatian dimana penulis blog dapati buah-buahan di Semenanjung Malaysia boleh di golongkan kepada tiga kelas iaitu Buah-buahan Utama, Buah-buahan Nadir dan Buah-buahan Liar. Melihat dimana pokok buah-buahan yang dikenali sebagai buah-buahan nadir kebanyakannya dibiarkan dalam keadaan separuh liar tanpa penjagaan yang sempurna. Biasanya ia ada banyak terdapat di kampung-kampung sama ada di halaman rumah, di dusun kecil bersama pokok buah-buahan yang lain atau di pinggir kawasan hutan. Apa pun didapati spesis buah-buahan nadir ini ada yang boleh dimakan dalam keadaan segar seperti Buah Tampoi dan Buah Salak. Selain dimakan dalam keadaan segar penulis blog dapatia ada juga beberapa spesis buah-buahan nadir ini juga ada yang berpotensi untuk diproses. Antaranya Buah Sentul, Asam Jawa, Cermai dan sebagainya. Biasanya terdapat juga buah-buahan nadir yang tidak dapat dimakan kerana terlalu masam atau kelat dan ia bagaimana pun sesuai diproses untuk ianya dijadikan halwa dan jem yang sedap rasanya. Memandangkan buah-buahan nadir ini tidak diberi perhatian dan ia hampir dilupakan maka ada usaha-usaha mengumpulkan semula maklumat tentang buah-buahan ini oleh pihak Jabatan Pertanian dan organisasi lain untuk dijadikan aboretum atau bank janaplasma. Artikel pada pagi Sabtu ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya sembang dengan menulis mengenai kepentingan buah hutan yang boleh di makan untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


(4) BUAH KEMUNTING
 
Spesis Buah Kemunting (Rhodomyrtus tomentosa) merupakan salah satu jenis buah hutan yang semakin pupus di Malaysia. Dilaporkan dimana jenis buah kemunting rasanya manis dimana kalangan peminatnya ia sesuai untuk dibuat jem atau jus minuman. Didalam alam bebas dimana buah kemunting amat di sukai dan di makan oleh haiwan liar seperti burung, tupai dan sebagainya sebab ia enak dan manis. Penulis blog ada beberapa kali ujirasa buah ini dimana selalunya buah kemunting yang sudah masak warnanya ungu tua iaitu dengan permukaan seperti berkabut. Setelah bahagian kepalanya dibuang dimana buah kemunting sedia untuk dimakan bersama kulit-kulitnya sekali jika mahu. Dalam beberapa tinjauan di laporkan dimana dikawasan Selatan Thailand ada jenis buah kemunting yang masak ranum dan manis rasanya dimana ia sering dimakan bersama santan yang dicampur dengan sedikit garam seakan memakan buah mangga dengan pulut sahaja. Pokok dan batang kemunting mampu tumbuh dan mencapai tinggi dua meter dimana selalunya ia mempunyai ciri batang kayunya yang sangat keras dimana di kalangan penduduk kampong zaman dulu akan menjadikannya sebagai kayu api. Pokok kemunting mampu di jdikan tumbuhan hiasan juga dengan sedikit ilmu tanaman ornamental yang menarik. Ini kerana dilihay yang bunganya yang berwarna merah muda dengan benang sari menawan memang ia layak dijadikan tanaman hiasan di halaman rumah. Bagi penulis blog dimana selain dari rasa buahnya yang enak didakwa dimana bahagian akar pokok kemunting boleh di rebus untuk tujuan dalam merawat kes muntah darah. Beberapa testimoni menyatakan jika cara mereka merawatnya adalah dengan meminum air rebusan akarnyanya (kuantiti lebih kurang 150 ml) yang perlu diminum tiga kali sehari selama tiga hari. Didakwa ia juga sesuai untuk merawat sakit perut iaitu mengambil bahagian pucuk daunnya dan mesti di rebus dan airnya di minum. Petua kehebatan pokok ini dimana bagi kalangan wanita bersalin di amalkan iaitu memgambil bahagian pucuk daunnya kemudian di rebus bersama daun inai dan daun jambu dan kemudian airnya akan diminum bagi tujuan membantu mengecutkan rahim. Petua lain kehebatan pokok ini dimana bagi tujuan merawat kes-kes keputihan dimana pucuk dan akarnya dan diminum airnya.


(5) BUAH TARAP HUTAN
Buah Tarap Hutan (Artocarpus odoratissimus) yang juga dikenali sebagai Buah Terap, Buah Marang, Oak Johey, Green Pedalai, Madang, Tarap atau Timadang merupakan buah nadir yang semakin popular. Pokok dan buah ini dipercayai memang ia berasal dari Borneo, Palawan dan Pulau-pulau sekitar Mindanao, Filipina. Buah ini juga didakwa amat berkait rapat dengan pokok-pokok nangka, cempedak dan sukun yang semua tergolong dalam genus yang sama iaitu grup Artocarpus. Bagaimana pun ia dikenali juga dengan buah Kiran di Sarawak. Pada penulis blog yang pernag bertugas di Jabatan Prtanian Sarawak amat bertuah kerana sepat mengenali dan membuat ujirasa buah tarap di kawasan pendapaman di Long Atip, Long Semadoh, Long Lellang dan beberapa lokasi lain. Penulis masa itu dari kejauhan di Long Pasia selepas turun kapalterbang dimana ia mempunyai ciri iaitu kelebaran daunnya seakan sudah dari jauh kenal akan pokok ini dilokasi dan akan merasa teruja apabila ia berbuah. Bagi kalangan penduduk dipendalaman mereka tahu dimana daunnya yang kasar seperti dawai pencuci periuk itu dahulu memang ada dilaporkan ia digunakan untuk menggilap muka nascaya tidak akan ada ruang di wajah yang nampak serinya untuk tempoh paling kurang tiga bulan. Bagaimana pun kini ianya sudah kurang dilakukan kerana banyak berlaku kemodenan budaya. Daun pokok ini memang kasar ketika di pokok mahupun ketika daun ini telah gugur ke tanah. Sebab itu kadangkala daun tarap digunakan untuk melicinkan kayu dalam hasil kerja seni ukiran kayu masa dahulu. Ketika buah tarap tersentuh ke mulut maka selalu baharulah kita menyedari betapa bertuahnya kita yang tinggal di Asia dan Borneo ini kerana adanya buah tarap yang rasa manisnya lain daripada rasa manis yang ada pada buah-buahan lain. Lemak dan lembut yang segar bagaimana pun pengalaman penulis blog kena berhati-hati dengan getahnya (latex) yang terkena dimana ia boleh menyebabkan kehilangan dan kegatalan tekak. Terdapat pelbagai spesis pokok tarap yang dikenalpasti Jabatan Pertanian akan tetapi ianya boleh dibezakan oleh saiz buah dan ketebalan isinya. Belum ada pendaftaran rasmi akan varieti buah tarap di lakukan sehingga kini didalam senarai pendaftaran varieti tanaman Malaysia. Ada juga isi buah ini yang berwarna oren. Buah ini bagaimana pun masih dikategorikan sebagai sejenis buah nadir yang mana belum banyak menanamnya secara komersl. Buah ini juga masih belum menembusi pasaran meluas seperti durian, mangga dan papaya. Pokok ini ada ditanam dibeberapa stesyan pertanian di Sabah dan Sarawak untuk dibuat penelitian dan penyelidikan seterusnya.


(6) BUAH JENTIK-JENTIK

BUAH JENTIK-JENTIK (Baccaurea polyneura) adalah sejenis buah hutan atau buah nadir yang natif di Malaysia daripada famili Euphobiaceae (ada yang kata ia famili Phyllanthaceae). Kali pertama saya jumpa buah ini ialah semasa lawatan ke Kampong Jeram Ulu, Mukim Bakri, Muar bersama-sama dengan rombongan Pegawai Daerah Muar masa itu iaitu Tn Hj Mislan. Ketika dihulur buah kecil yang isinya merah menyala (lihat foto diatas),saya memang teruja hendak makan kerana buah yang telah masak pada tangkai ini akan pecah apabila 'dijentik' iaitu pada tahun 2009. Ada dua spesis jentik-jentik yang saya rujuk iaitu jenis Baccaurea Polyneura yang sering juga dipanggil jentik-jentik merah dan Baccaurea hookeri dipanggil jentik-jentik hutan. Seingat saya setangkai buah jentik ini mengandungi beratus biji dimakan oleh 3 orang ketua jabatan sehingga habis semua tapi tidak rasa kenyang. Didalam saya merujuk kepada laporan rasmi Jabatan Pertanian, tidak ada maklumat rasmi mengenai keluasan, lokasi dan pengeluaran hasil buah jentik ini memang tidak direkodkan. Kalau mengikut anggaran saya, mungkin keluasan pokok ini sekitar bawah 20 hektar CHE sahaja kerana kebanyakannya ditanam oleh 'orang lama' dan sebahagian lagi didalam hutan. Tanaman ini yang saya jumpa di Kampong Jeram, ada 2 pokok yang berumur lebih dari 15 tahun dan berbuah lebat. Pokok buah jentik-jentik adalah natif dari Malaysia, Sumatera hingga ke Borneo dan tumbuh dikawasan tanah yang bercampur dengan tanaman lain. Pada saya, mengenali keunikannya buah ini adalah apabila sudah masak dan apabila dijentik terus terbuka (asal usul namanya) dan bijinya yang berjus biasanya dimakan terus. Daripada tinjauan saya di Pameran MAHA semanjak MAHA International 2012, Jabatan Pertanian ada mempamerkan buah ini dimana sebilangan besar pengunjung terutama gulungan muda sekarang ini mungkin tidak pernah melihat buah jentik-jentik dan bertanya kepada kami. Ramai mereka memang tidak pernah jumpa apa lagi memakannya. Apabila tiba musim pengeluaran hasil (ia buah bermusim), lazimnya kanak-kanak gemar memakan buahnya dan terus menelan bijinya. Pokok ini mungkin tidak mempunyai nilai ekonomi dimana banyak pokok ini telah banyak ditebang tanpa memikirkan akan kepunahan habitat pokok ini untuk genarasi akan datang. Ciri umum buah jentik-jentik adalah ia berbentuk bulat kecil dimana ia menyerupai saiz anggur atau buah rambai. Warna buah ini ada;ah kuning kehijauan atau oren muda apabila sudah masak dimana kulitnya agak keras dan tebal namun ia mudah dikupas dengan cara dijentik. Rasa buah jentik-jentik adalah manis-masam dan sesuai dimakan segar sebagai kudapan kerana rasanya yang menyegarkan. Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 dimana sesuai di baca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BUAH HUTAN... BUAH NADIR SAMA...
JARANG DI JUMPAI... DI HUTAN ADA...
ADA BOLEH DI MAKAN... ENAK RASA...
ADA YANG BERACUN...IA MERBAHAYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(26 Zulkaedah 1446H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...