Support My Blog

Monday, May 26, 2025

SEMBANG BUAH HUTAN BOLEH MAKAN (Part 1)

BUAH HUTAN
atau lebih di kenali sebagai Buah-buahan Nadir Malaysia adalah buah-buahan yang jarang-jarang ditanam secara komersil dan semakin sukar untuk ditemui. Bahi penulis blog dimana kebanyakkannya jika ada yang ditanam ianya hanya bercampur dengan buah-buahan popular lain di dusun dan ada yang dijadikan sebagai pokok teduhan di halaman rumah. Selain itu lazimnya dimana buah-buahan Nadir juga terdapat di hutan-hutan dan ada juga yang tumbuh secara liar di kawasan tanah berhampiran kampong yang dekat dengan hutan. Perkataan iaitu 'Nadir' bagi penulis blog  sendiri membawa maksud 'sedikit' atau 'jarang'. Semasa bertugas di Jabatan Pertanian Bahagian Hortikuktur, Putrajaya penulis blog ada menerbitkan beberapa risalah mengenai buah-buahan nadir yang selelu di edarkan kepada orang ramai. Dalam maklumat tersebut ada dinyatakan terdapat tiga (3) kategori mengikut asal buah Nadir tersebut iaitu Buah Nadir Tempatan ( Semenanjung Malaysia), Buah Nadir yang dibawa masuk dari Luar Negara (Eksotik) dan Buah Nadir Sabah dan Sarawak. Sebagai penjelasan dimana buah hutan atau buah nadir ini merupakan jenis buah-buahan yang mana ia tumbuh secara semulajadi atau ditanam tetapi ia jarang-jarang ditanam di peringkat komersial. Kebanyakan buah nadir ini apa yang penulis blog ketahui adalah ia ditanam bercampur dengan buah-buahan lain di dalam dusun atau dijadikan pohon teduhan di kawasan halaman rumah. Pengalaman penulis blog seasa bertugas di Jabatan Pertanian Malaysia yang terlibat terus dengan dokumentasi mengenai buah-buahan nadir ini mendapati ada lebih 60-70 spesies buah-buahan nadir telah dikelaskan ke dalam kategori buah-buahan nadir dan diterbitkan dalam risalah rasmi jabatan. Setiap kali ada pameran Hari Peladang dan Neayan Kebangsaan (HPPNK) dan MAHA memang penulis blog ada terlibat untuk menyediakan bahan pameran buah-buahan nadir ini agar dilihat oleh para pengunjung. Malaysia mempunyai iklim yang sesuai untuk pelbagai spesis buah-buahan. Memang ada dibuat pemerhatian dimana penulis blog dapati buah-buahan di Semenanjung Malaysia boleh di golongkan kepada tiga kelas iaitu Buah-buahan Utama, Buah-buahan Nadir dan Buah-buahan Liar. Melihat dimana pokok buah-buahan yang dikenali sebagai buah-buahan nadir kebanyakannya dibiarkan dalam keadaan separuh liar tanpa penjagaan yang sempurna. Biasanya ia ada banyak terdapat di kampung-kampung sama ada di halaman rumah, di dusun kecil bersama pokok buah-buahan yang lain atau di pinggir kawasan hutan. Apa pun didapati spesis buah-buahan nadir ini ada yang boleh dimakan dalam keadaan segar seperti Buah Tampoi dan Buah Salak. Selain dimakan dalam keadaan segar penulis blog dapatia ada juga beberapa spesis buah-buahan nadir ini juga ada yang berpotensi untuk diproses. Antaranya Buah Sentul, Asam Jawa, Cermai dan sebagainya. Biasanya terdapat juga buah-buahan nadir yang tidak dapat dimakan kerana terlalu masam atau kelat dan ia bagaimana pun sesuai diproses untuk ianya dijadikan halwa dan jem yang sedap rasanya. Memandangkan buah-buahan nadir ini tidak diberi perhatian dan ia hampir dilupakan maka ada usaha-usaha mengumpulkan semula maklumat tentang buah-buahan ini oleh pihak Jabatan Pertanian dan organisasi lain untuk dijadikan aboretum atau bank janaplasma. Artikel pada pagi Sabtu ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya sembang dengan menulis mengenai kepentingan buah hutan yang boleh di makan untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


(1) ⁠BUAH KERANJI

Buah keranji (
Dialium indum) merupakan sejenis buah hutan atau buah nadir yang amat ia jarang dijumpai dimana saja. Bagi penulis blog yang pernah beberapa kali uijrasa mendapati dimana bentuk buah keranji bulat atau bujur dan bersaiz kecil. Kulitnya agak keras dan berwarna hitam atau coklat tua apabila masak. Lazimnya bahagian isi buah keranji berwarna kuning atau coklat kekuningan dimana ia mempunyai tekstur yang kering dan sedikit berserabut. Rasanya manis-masam dan ada sedikit seakan-akan asam jawa. Selalunya buah keranji boleh dimakan terus sebagai kudapan terutamanya oleh masyarakat tempatan di kampong atau oleh orang asli tempatan. Kulit luarnya yang keras perlu dipecahkan dahulu dan mesti dibuang bertujuan mendapatkan isi di bahagian dalam. Memang enak apabila buah ini di makan cukup masak dan banyak khasiatnya.


(2) BUAH CERMAI MERAH

Buah cermai mer
ah (Eugenia uniflora) bagi penulis blog memang unik sebab bentuk dan rasanya. Buah hutan ini juga ada yang memanggilnya sebagai Cermai Belanda, Cermai Pantai atau Cermai Mekah dimana dalam bahasa Inggeris pula ia di panggil sebagai Surinam Cherry, Brazilian Cherry atau Cayenne Cherry. Buah hutan ini berbentuk bulat kecil seperti anggur mini tetapu penulis blog yang sudah ujirasa mendapati buah cermai jenis ini memang ia mempunyai rasa masam dan sedikit pahit. Bagaimana pun buah ini jarang dimakan secara segar dan lebih digunakan dalam masakan sebagai pengganti asam jawa. Buah cermai merah kaya dengan vitamin C dan mampu meningkatkan sistem imunisasi badan. Dikalangan peminat dilaporkan ada yang rasanya kelat ketika hijau dan masam ketika ia berwarna merah tetai mendakwa apabila sudah berwarna hitam maka dilaporkan ia akan berikan rasa masam masam manis. Buah ini siapa yang suka akan boleh memakan begitu sahaja (tetapi penulis blog terpejam mata di buatnya). Pernah makan buah ceri merah yang di buat jem (ada bubuh banyak gula) untuk di makan dengan roti. Kalangan penduduk kampong ada yang menprosesnya menjadi Halwa dan Jeruk. Pokok Cermai Merah ini akan mula berbunga dan berbuah selepas 2-3 tahun di tanam. Dilaporkan diantara khasiat dan manfaat buah hutan ini yang kaya dengan zat vitamin C yang dipercaya akan dapat meredakkan berbagai penyakit. Bahagian daunnya apabila ditumbuk akan mengeluarkan minyak dimana ia digunakan sebagai pengusir serangga dan berfungsi sebagai bahan anti nyamuk. Daunnya ada digunakan sebagai ubat mengatasi sakit perut serta boleh bertindak meredakan demam, dapat bantu untuk menurunkan tekanan darah tinggi dan kolesterol dan tekanan darah, cirit birit dan beberapa lagi. Apa pun ciri pokok dan rantingnya yang sudah tua sangat kuat dan liat untuk dipatahkan dimana dilaporkan ia sesuai dibuat tongkat atau ada juga yang membuat menjadi kayu tasbih yang baik. Dalam pada itu ramai jug amemilih pokok cermai merah ini untuk di jadikan Pokok Bonsai.


(3) BUAH NAM-NAM
BUAH NAM-NAM (Cynometra cauliflora) merupakan sejenis buah yang dihasilkan oleh pokok Nam-nam daripada keluarga Leguminosae yang jarang dijumpai atau kurang dikenali oleh masyarakat kita. Penulis blog buat kali pertama terjumpa pokok buah Nam-nam ini atau juga dipanggil Buah Katak Puru ketika membuat lawatan kerja di Kg Orang Asli Peta di Mersing, Johor iaitu pada tahun 2001 dimana pada masa itu bertugas disana. Sila baca tulisan saya dalam artikel sebelum ini (Sila Klik DIsini). Pada mulanya saya menyangka ia adalah buah dari Hutan Endau iaitu sejenis buah agak pelik kerana tidak pernah nampak. Apa pun seterusnya saya ada membuat pertanyaan kepada salah seorang penduduk disitu (En Lamson - terkini dimaklumkan dia sudah meninggal dunia) yang mana dia kata ia sejenis buah nadir. Pada masa itu saya masih kurang pakar dalam hal tanaman tidak seperti sekarang. Memang setelah dibuat semakan didapati bahawa buah tersebut adalah sebenarnya pokok katak puru atau pun pokok buah nam-nam yang dipercayai berasal daripada Asia Tenggara dan India. Pokok dan buah katak puru ini tergolong dalam kumpulan nadir kerana ianya semakin sukar untuk dijumpai. Pokok katak puru mempunyai ketinggian yang sederhana iaitu kira-kira 3 - 4 meter. Ia jenis tumbuhan yang membesar dengan kadar yang sangat perlahan. Untuk ia mencapai ketinggian 2 meter ia mengambil masa lebih kurang selama 20 tahun. Pokok ini berbunga dan berbuah sepanjang tahun terutama jika berada pada tanah tepi sungai yang subur. Bunganya akan keluar secara berjambak pada bahagian pangkal batang, batang dan dahan. Semasa peringkat muda atau bersaiz kecil, buahnya berwarna hijau gelap dan setelah masak ia menjadi warna hijau kekuningan. Apabila buah nam-nam masak lazimnya ia akan gugur sendiri diatas tanah dan bijinya yang baik akan bercambah. Daripada kajian ujirasa yang dijalankan didapati buah ini mempunyai rasa masam manis dan sesuai dimakan dengan cicah garam atau makan begitu sahaja. Buah nam nam berbentuk tidak sekata dan menyerupai bentuk buah badam. Buah berwarna hijau ini akan berubah menjadi coklat kekuningan atau coklat tua apabila sudah masak. Rasa buah nam nam mempunyai adalah masam manis dan boleh dinikmati secara terus atau dijadikan jeruk. Buah nam nam jarang ditemui di pasar tetapi sesetengah pekebun kampung ada menanamnya. Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 dimana sesuai di baca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BUAH HUTAN... BUAH NADIR SAMA...
JARANG DI JUMPAI... DI HUTAN ADA...
ADA BOLEH DI MAKAN... ENAK RASA...
ADA YANG BERACUN...IA MERBAHAYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(26 Zulkaedah 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...