Support My Blog

Friday, January 31, 2020

SEJARAH VARIETI NANAS MD2

SEJARAH NANAS VARIETI MD2 selalu ditanya oleh ramai penanam dan peminat nanas varieti ini kepada penulis blog apabila mereka berpeluang bertanya. Artikel ini merupakan urutan artikel mengenai tanaman nanas dalam blog anim agro technology yany kini melebihi 200 artikel semuanya yang saya telah tulis sebelum ini. Mengikut seorang saintis bernama Williams and Fleisch (1993) telah melaporkan dimana PRI hybrids (PRI - Pineapple Research Institute) telah membuat penyelidikan dan kajian nanas ini kerana hasilnya apabila dibandingkan dengan nanas jenis ‘Smooth Cayenne’ ia dilaporkan mempunyai ciri-ciri khas untuk dimakan segar. Nanas MD2 kini didakwa mempunyai daya ketahanan kepada serangan penyakit Reput Phytophthora, Layu Nanas, Nematod, Penyakit Pink dan Bintik Coklat perdu serta mengandungi tahap bahan vitamin A dan C yang lebih tinggi. Nanas MD2 juga kurang kandungan asid jika dipetik musim sejuk dimana ia sesuai juga untuk dipetik tujuan untuk ditinkan. Nanas ini mempunyai kadar pertumbuhan lebih cepat, hasil tinggi dengan citarasa serta aroma yang khusus (distinctive flavors). Nanas MD2 (Ananas comosus) semasa proses pemilihan biakbaka melalui kaedah pemilihan intensif akhirnya dapat dilihat bagaimana varieti ini didakwa berjaya menggantikan vatieti ‘Smooth Cayenne’ sama ada untuk kegunaan segar atau ditinkan. Selepas lebih daripada 50,000++ benih sulur nanas ini di pilih daripada setiap pokok induk yang dilakukan biakbaka bersilang iaitu daripada tahun 1960'an sehingga awal 1970an alan tetapi ia masih gagal untuk menghasilkan baka nanas yang boleh di terima dalam industri. Pihak PRI kemudian menghentikan program biakbaka nanas pada tahun 1972 dan malang sekali apabila Stesen Biakbaka tersebut telah ditutup pada tahun 1975.  Bagaimana pun sulur benih dan baka-baka tersebut telah diserahkan kepada Maui Pineapple Company pada tahun 1985 setelah pemilihan varieti nanas dibuat oleh PRI kepada beberapa syarikat untuk tujuan dikomersilkan. Dr. David D.F. Williams dan pembantunya iaitu Frank Bermudas bersama Toshio Minagawa kemudian melakukan banyak biakbaka melalui kacukan silang nanas ini pada tahun 1970 dimana hasil kerja mereka bertiga ini menjadi sejarah akan kelahiran nanas MD2.  Ia merupakan kacukan diantara baka nanas  PRI hybrids 58-1184 dengan baka 59-443 yang mana dari kedua baka ini mempunyai ciri-ciri superior tetapi masih menghadapi masaalah bagaimana nanas jenis ini boleh dikomersilkan. Benih hasil kacukan silang ini ditanam pada tahun 1971 dan daripada banyak progeni dipilih hanya dua (2) yang memberikan ciri terbaik untuk menghasilkan buah nanas pada tahun 1973. Setelah melalui proses biakbaka dan pemilihan teliti berterusan mereka khhirnya berjaya maka mereka selaku penyelidik dimana memilih Nanas baka Nombor 50 dan 114 iaitu 73-50 dan 73-114. Peratus baka induk kedua klon nanas ini memang agak kompleks iaitu gabungan diantara ciri-ciri  baka induk ‘Smooth Cayenne', Smooth Guatemalan, ‘Ruby’ (Baka Klon ‘Spanish’), ‘Queen’ dan ‘Pernambuco’ (Williams and Fleisch, 1993). Kedua baka ini bagaimana pun dilihat mempunyai 50% ciri 'Smooth Cayenne' dimana ia adalah signifikan untuk pasaran di Hawaii dan USA sebagai sejenis nanas yang berpotensi untuk dimajukan (Armstrong et al., 1979; Seo et al., 1973). Artikel tengahari ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan info mengenai sejarah nanas MD2 yang selama ini menjadi varieti nanas yang popular di komersilkan didunia serta di Malaysia juga untuk dijadikan bahan rujukkan anda semua. 

Diantara tahun 1973 dan 1980 penanaman ujian kedua hibrid nanas ini serta beberapa varieti nanas lain dijalankan bertujuan memilih variti nanas unggul dilakukan di Maui, Hawaii. Kemudian sekitar tahun 1978 hingga 1980 penanaman dilakukan oleh Ladang Del Monte di Oahu, Hawaii. Varieti ini kemudian telah pun diistiharkan (released) oleh PRI kepada Syarikat Del Monte Corp dan juga Maui Pineapple Co. untuk penelitian lanjut pada tahun 1980. Akhirnya pada tahun 1981 Del Monte telah memberikan nama baka 73-50 sebagai Nanas “MD-1", walau pun ia tidak dikenali diluar Del Monte diluar. Kemudian baka 73-114 dinamakan Varieti “MD-2". Kedua-dua varieti ini diberikan nama isteri kepada Pengurus Besar Del Monte Hawaii iaitu Frank Dillard’s wife Millie. Ia adalah singkatan kepada 'Milie Dillard' atau 'MD' dan kekal sehingga artikel ini ditulis. Pemberian nama MD ini diterima oleh penyelidik Del Monte iaiitu George M. Yamane dan pembantunya Calvin Oda. Nanas Hibrid 73-50 telah pun di patentkan sebagai Nanas Hibrid dimana ia juga diberikan dengan nama ‘CO-2’ (Chan et al., 2003). ‘CO-2’ bagaimana pun mempunyai kejayaan yang terhad penanamannya dan ia kemudian terus menggunakan nama MD2 sehingga kekal sekarang. Varieti nanas ‘MD-2’ yang mempunyai ciri cepat kadar pertumbuhannya dan tahan kepada banyak penyakit biasa nanas mampu memberikan hasil tinggi dan buah yang berkualiti premium. Antara kualiti premium termasuk warna isi kuning keemasan, warna kulit luar yang berwarna kuning keemasan dan kandungan bahan pejal (solid content) yang lebih tinggi daripada jenis ‘Smooth Cayenne'. Ciri lain adalah kandungan asid lebih rendah terutama apabila ia dituai musim sejuk, kandungan vitamin C lebih tinggi dan ia juga ada jangkamasa pasca tuai yang lebih lama (longer post-harvest shelf life). Pada masa itu hingga kini pun belum ada varieti nanas hibrid seumpama kultivar MD2 untuk pasaran antarabangsa termasuk kualiti penyimpanan didalam peti ais. Perkara ini memyebabkan penyelidik Yamane dan Oda percaya nanas ini sangat digalakkan penanamannya untuk pasaran eksport masa itu. Beberapa kontena benih MD2 dihantar ke ladang nanas Del Monte’s Philippines sebagai syaikat subsidiari pada tahun 1983-84 untuk dikomersilkan. Percubaan pemasaran nanas MD2 ini dilakukan di Jepun walau pun pada peringkat awal agak perlahan penerimaan pengguna. Ini disebebkan pengguna masa itu lebih biasa dengan citarasa nanas 'Smmooth Cayenne’ yang lama dipasaran Jepun dan didakwa tidak mengambil masa lama pengguna terima. 

Syarikat Del Monte memperluaskan business buah nanas mereka dengan menghantar benih nanas MD2 keladang nanas terbiar di Costa Rica lewat tahun 1970'an. Syarikat ini mengambil beberapa ratus hektar ladang nanas terbiar di Costa Rica pada lewat 70'an berasaskan kepada ilmu dan varieti baru. Del Monte pokok nanas sedia ada dana menggantikan dengan nanas hebat PRI ‘Smooth Cayenne’ iaitu jenis Champaka F-153 yang sebelum ini luas ditanam di Hawaii dan di Maui oleh  Del Monte. Bagaimana pun kedua jenis nanas Champaka F-180 dan PRI ‘Smooth Cayenne’ kurang berjaya dimasa itu. Kemudian itu Syarikat mencuba menanam nanas F-180 dikawasan sejuk di Queensland, Australia dan menjadi klon utama di sana. Kemudian penyelidik syarikat iaitu Yamane menanam nanas MD2 yang dibawa dari Hawaii ke Costa Rica iaitu pada pertengahan tahun 1980s. Kemudian  dilaporkan dimana nanas MD2 telah berkembang luas penanamannya dan berjaya di usahakan di Costa Rica tetapi bukan untuk petani biasa (Hanya Del Monte yang ada hakmilik). Kemudian Frank (2003) telah membuat jangkaan pada 1980 hingga 1990 permintaan nanas MD2 meningkat dan ia benar berlaku. Ia dipasarkan oleh syarikat tukarnama iaitu Del Monte Tropical Fruit (Fresh Del Monte Produce, 2009) beribupejabat di Boston dan di Florida, USA dibawah jenama Del Monte Gold Extra Sweet (Kotak pembungkusan nanas kali pertama dilabel dengan Nanas MD2) seperti dilaporkan D. Bartholomew. Hasil percubaan pemasaran nanas MD2 kemudian didapati sangat baik dan Del Monte mendapat jenis nanas premium ini sesuai untuk diperluaskan penanamannya. Ia mencecah pasaran Eropah dan USA dalam masa singkat.

Pada tahun 1993  sehingga 2003 pun masih banyak penelitian dilakukan berkaitan nanas MD2 (Frank, 2003; Janick, 2003; Greig, 2004) dimana ia mampu memberi impak kepada syarikat tertentu sahaja. Maka ia tidak banyak dipersoalkan ketika itu kerana ia merupakan satu perniagaan yang sangat baik. Kini nanas MD2 sudah diterima sebagai nanas premium dan semala lebih 10 tahun masih kekal sebagai nanas berkualiti premium. Kehadiran nanas MD2 telah hampir 'melenyapkan' nanas jenis ‘Smooth Cayenne’ yang sebelum ini mendominasi pasaran nanas yang ditanam diseluruh dunia untuk jangkamasa yang lama. Kemudian syarikat  Fresh Del Monte Produce (nama ditukar pada 1996) merupakan pemilik tunggal nanas MD-2 dengan perolehan syarikat meningkat daipada USD 200 juta (1996) kepada USD440 juta (2002). Bagaimana pun kemudian ia telah mengalami kerugian teruk tahun berikutnya (Frank, 2003). Nanas jenis ‘MD-2’ kemudian telah berkembang dan ditanam oleh banyak syarikat dan usahawan biasa sama ada ianya berskala kecil atau besar. Kebanyakan nanas ini dieksport keluar negara temperate sebagai nanas segar seperti ke USA, Europe, England, Japan, Korea, Hong Kong, China, Singapore dan the Middle East. Statistik juga menunjukkan sukar menentukan akan keluasan penanaman nanas MD2 sebab ia ditanam dan dipasarkan secara persendirian dan syarikat multinasional. Masa itu dilaporkan keluasan MD melebihi 60,000 hektar (FAO: Agriculture Stat 2007) dimana di Costa Rica sahaja terdapat seluas 42,500 ha. Sehingga artikel ini di tulis Costa Rica merupakan pengeluar nanas terbesar di dunia dengan kebanyakannya adalah dari jenis MD-2’. Negara lain yang dilaporkan menanam nanas ‘MD-2’ termasuk negara Ecuador (5,850 ha), Honduras (2,800 ha), Guatemala (500 ha), Panama (1,600 ha), Brazil (500 ha), Ghana (600 ha), Cote d'Ivoire (500 ha), Hawaii (about 820 ha) and Philippines (10,000 ha di Kawasan Davao dan Bukidnon). Malaysia hanya memulakan penanaman nanas MD2 sekitar tahun 2005 apabila benih tersebut dibawa masuk daripada Filipina. Terkini penulis blog menganggarkan jeluasan nanas MD2 di Malaysia mencapai keluasan 3,500 hektar (Sumber: Laporan Ex-KP LPNM, 2019). Penanaman nanas MD2 di jadikan sebagai Program Sumber Kekayaan Baru Negara sejak 2018 dan menerima banyak galakan kerajaan.

Selepas itu dilaporkan penanaman dan pengeluaran serta pasaran nanas MD2 terus meletup dan meningkat (Loeillet, 2008). Di Costa Rica sahaja pada 2006 mengeksport sebanyak 1.2 million metrik tan (MT) nanas segar iaitu kenaikan sebanyak 30% daripada tahun 2005. Kadar kenaikan eksport dari Costa Rica terus meningkat sekitar 25 - 30% setiap tahun dan menupakan satu kejutan didalam industri nanas segar itu sendiri. Exports nanas dari Costa Rica dilaporkan dikira dengan gandaan 2.6 kali semenjak tahun 2002 dimana ia adalah satu lonjakan yang diluar jangkaan untuk segmen nanas segar. Kadar penerimaan nanas MD2 bukan sahaja dari Costa Rica akan tetapi ia juga dinikmati oleh negara Cote d’Ivoire (Loeillet, 2008) dan negara Ghana. Pada tahun 2000 bagaimana pun negara Ghana telah mengalamii kemerosotan eksport nanas disebabkan banyak pengimport memilih MD2 sedangan di Ghana kebanyakannya adalah nanas ‘Smooth Cayenne'. Kemudian dengan bantuan kerajaan Ghana pada tahun 2002 sebanyak USD2 juta menukar nanas MD2 menggunakan benih Kultur Tisu dimana pada akhir tahun 2007 Ghana berjaya mengeksport sebannyak 42,000 MT nanas MD2 dipasaran dunia. Ghana mampu menjana sebanyak USD20 juta hasil eksport nanas ‘MD-2’ dimana kemudian Ghana diistihar sebagai pengeluar nanas ke 3 terhebat sebagai pengeksport ke EU (Ghana Export Promotion Council, 2008). 

Berdasarkan kepada pembentangan laporan pada Seminar Nanas Antarabangsa ini, penulis blog dapati memang cukup panjang sejarah perjalanan nanas MD2 sehingga artikel ini ditulis. Sebenarnya kemunculan nanas ‘MD-2’ adalah 'Tepat Masa' iaitu apabila citarasa pengguna telah bertukar daripada memakan nanas didalam tin (cannes pineapple) kepada nanas segar. Ia juga berkait dengan citarasa pengguna yang lebih suka makan buah dan sayuran segar untuk kesihatan. Kalau sebelum ini syarikat Del Monte berjaya menanam nanas ‘Smooth Cayenne’ di Costa Rica, berkemungkinan ada syarikat lain yang akan memperkenalkan nanas baka baik kepasaran dunia. Apa pun perlu diberikan kredit kepada syarikat Del Monte dan para saintik pembiakbaka mereka seperti Yamane and Oda yang berusaha keras membuat penyelidikan dan mempromosikan berama-sama pengurus syarikat sehingga berjaya. Mereka didakwa memang berja mempastikan (capitalize) nanas MD-2 dengan mengenalpasti citarasa pengguna (consumer preference) dengan menawarkan nanas MD2 terutama dipasaran USA dan Eropah. Strategi mengena apabila pengguna dia USA dan Eropah menerima nanas MD2 mana ia mudah untuk berkembang di Asia dan benua lain diseluruh dunia. Sebagai satu kebangnaan mereka kepada nanas MD-2 yang dibiakbaka dengan teknologi moden telah berjaya menggantikan nanas jenis ‘Smooth Cayenne' yang mana ia dibangunkan pada zaman Amerindians selepas zaman Colombus lagi sebagai kejayaan hebat di peringkat dunia. Walau pun jumlah pasaran nanas MD2 tidak dapat diketahui namun ada dakwaan dimana ia mencecah nilai melebihi USD 1 billion setahun (RM4.088 billion). Dr. David D. F. Williams telah diberi pengiktirafan berupa medal di Colorado pada Julai 2009 oleh Persatuan American Society for Horticulture Science (ASHS). Ini disebabkab hasil kajian beliau memperkenalkan nanasf PRI hybrid 73-114 yang kemudiannya dinamakan sebagai nanas kultivar ‘MD-2’. Ia juga diistiharkan oleh ASHS 2009 sebagai "Outstanding Fruit Cultivar". Artikel ini adalah merupakan sebahagian daripada laporan berkaitan nanas karangan dari buku Duane P. Bartholomew dan Robert E. Paull yang penulis blog ini ada membacanya beberapa kali. Diharap dengan penulisan yang saintifik ini maka lebih ramai rakyat Malaysia dapat memahami akan sejarah nanas MD2 dengan lebih jelas. Saya mengambil masa lebih 2 bulan untuk menulis semula artikel ini daripada beberapa buku rujukkan sehingga berjaya. Wasallam!!...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Malaysia.
5 JamadilAkhir 1441H
(bersamaan 30 January 2020).

Thursday, January 30, 2020

PERANAN KELAWAR DAN KELUANG

HAIWAN KELAWAR (Bats) atau KELUANG (Giant Bats) merupakan sejenis binatang mamalia yang hanya keluar pada malam hari dari kumpulan haiwan yang dinamakan ChiropteraKeluang merujuk kepada haiwan mamalia dalam keluarga haiwan kelawar dipanggil Pteropodidae. Kalau dulu saya dapati yang kelawar (bats) ini sering dikaitkan dengan cerita-cerita yang menakutkan seperti 'vampire bat' yang sering menghisap darah haiwan atau manusia. Sebenarnya terdapat dua jenis kelawar iaitu kelawar pemakan buah-buahan dan juga kelawar penghisap darah (Desmondus rotundus). Kelawar berbeza juga dengan Keluang (Megabats) yang lebih besar saiznya. Dalam bahasa greek, nama kelawar ini membawa maksud 'Tangan Bersayap' kerana memang bentuk haiwan ini adalah dimana terdapat tangan yang bersayap untuk terbang. Saya membaca beberapa buku mendapati yang kini terdapat sebanyak 1,240 spesis Kelawar di seluruh dunia. Bagaimana pun hampir 70% daripada spesis kelawar adalah jenis yang menjadikan serangga sebagai makanan mereka. Hanya sebahagian spesis kelawar menjadi musuh petani kerana menjadikan buah-buahan sebagai makanan terutama dengan buah-buahan bermusim. Pada saya ia lebih membantu petani kerana kelawar makan banyak serangga termasuk serangga perosak tanaman. Antara buah yang digemari dimakan kelawar atau keluang adalah seperti Buah Mata Kucing, Buah Longan, Rambutan, Mangga, Ciku, Pulasan, Buah-buah hutan dan sebagainya. Di negara kita jenis yang makan buah-buahan ini kita namakan sebagai Keluang (haiwan tersebut juga telah dikekalkan sebagai satu daerah di negeri Johor iaitu Daerah Kluang). Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai peranan haiwan kelawan dan kaedah kawalan keluang untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.

Penulis blog mendapati dimana populasi kelawar kini dilaporkan semakin berkurangan di hutan Malaysia dan perkara ini boleh menghancurkan industri durian (Durio zibhethinus) yang bernilai berjuta-juta ringgit kerana ia penting untuk sistem pendebugaan bunga durian. Bunga durian akan kembang pada tengahmalam sehingga subuh dimana hanya haiwan kelawar, kupu-kupu serta tiupan angin yang berlaku pada waktu tersebut. Beberapa kajian dijalankan oleh pihak tertentu yang bahawa kelawar termasuk kelawar mini, kelawar biasa dan juga kelawar gergasi (dikenali sebagai 'keluang' dalam bahasa Melayu) semakin berkurangan pada masa ini. Haiwan yang cekap untuk melakukan proses pendebungaan durian dan pokok buah naga dilakukan oleh agen pendebungaan seperti kelawar. Masih ada laporan dimana haiwan keluang biasanya dibunuh sebagai perosak kerana terdapat tanggapan bahawa bentuknya yang besar dan mampu merosakkan buah dalam satu malam sahaja memang merugikan pekebun. Di Sarawak pula Keluang ada di buru dengan menembaknya pada bulan Julai - Ogos untuk dijadikan hidangan 'exsotic delicacy' di Limbang semasa penulis blog bertugas di negeri tersebut. Satu pasukan saintis diketuai oleh Dr Sheema dari UM telah meletak perangkap kamera di pokok durian di Pulau Tioman untuk melihat gelagatnya. Beliau dakwa dan mendapati sebaliknya: Keluang bukan sahaja tidak merosakkan durian akan tetapi ia didakwa memainkan peranan penting dalam proses pendebungaan.

Pada masa ini berlaku pengurangan populasi keluang boleh membawa kepada pengurangan jumlah durian atau pun kemerosotan mutunya. Beliau dakwa kalau sebelum ini orang percaya bahawa keluang makan bunga durian tetapi kajian mereka telah menunjukkan sebaliknya. Mereka tidak memusnahkan bunga akan tetapi hanya meminum nektar dengan menjilatnya iaitu dengan menggunakan lidah mereka. Debunga dari bunga melekat pada bulu mereka semasa mereka memakan nektar dimana debunga itu dipindahkan dan disebarkan apabila keluang terbang bergerak untuk makan di pokok lain. Pokok durian memang perlu ditanam daripada beberapa varieti pada satu kebun untuk membolehkan berlaku proses pendebungaan silang. Proses memindahkan debunga dari anter bunga satu tumbuhan kepada stigma bunga tanaman lain daripada spesies yang sama, adalah penting untuk menghasilkan buah sihat. Pokok durian telah berkembang menjadi sangat sesuai untuk pendebungaan melalui kelawar, menjadikan haiwan ini agen pendebungaan utama dan paling berkesan bagi pokok durian.

Di Malaysia kelawar atau lazimnya digunakan bagi merujuk kepada spesies khusus Pteropus vampyrus. Keluang merupakan sejenis haiwan berdarah panas dalam kumpulan kelas mamalia. Sebagaimana haiwan mamalia lain perlu diingat dimana haiwan keluang membiak cara beranak. Keluang mempunyai ukuran yang berkali-kali ganda lebih besar berbanding kelawar biasa. Panjang antara hujung sayap dengan hujung sayap kira-kira 0.5 meter hingga 1.0 meter. Walau pun ramai menganggap kelawar dan keluang mempunyai sifat sama akan tetapi ada beberapa perbezaan yang sering disebut oleh orang yang mengatakan keluang dan kelawar sama hanyalah pada ukurannya. Sebenarnya keluang dan kelawar amat berbeza. Antaranya tabiat keluang berbeza dengan kelawar. Jika kelawar keluar pada waktu malam, keluang pula keluar pada waktu pagi. Sifatnya waktu cari makan sama dengan burung yang keluar waktu pagi dan pulang ke sarang pada waktu petang. Makanan utama keluang ialah buah-buahan dimana bagi kelawar pula suka makan serangga. Keluang memang mempunyai mata boleh melihat dan sebab itu keluang terbang berkawan dan arah terbangnya lurus seperti burung. Keluang terbang jauh pergi mencari makan hingga berpuluh-puluh kilometer dari tempat tinggalnya setiap hari. Semasa keluang terbang ada kalanya ia akan mengeluarkan bunyi nyaring. Lazimnya mana-mana tempat mempunyai dusun pokok sedang berbuah akan menjadi tumpuan kumpulan keluang. Keluang menjadi musuh utama bagi pemilik dusun  selain ancaman tupai dan musang.

Kelawar tidak mempunyai mata yang berfungsi untuk melihat. Kelawar ada mata, tetapi buta. Kelawar terbang secara rawak (tidak lurus) dan bergantung kepada deria bunyi untuk mengelak melanggar sesuatu. Pada waktu petang (hampir malam), keluang akan berkumpul sambil mengeluarkan bunyi yang nyaring. Dalam peribahasa Melayu ada juga menyebut, “bagai keluang bebar petang” yang bermaksud orang berkerumun (berhimpun) beramai-ramai. Memang agak sukar untuk melihat kelawar dan keluang kecuali di kawasan pedalaman yang masih dipenuhi hutan. Penulis blog sendiri sudah tidak melihat keluang lebih daripada 30 tahun. Masa dahulu memang boleh dikatakan setiap petang pada musim buah-buahan orang kampong akan berpeluang melihat berpuluh-puluh dan sampai beratus-ratus ekor kelawar atau keluang terbang di ruang angkasa dimusim buah-buahan tetapi kini sukar dilihat lagi. Mungkin kini jika ada yang sebut keluang ada ramai generasi muda tidak mengenalinya. Untuk mengambarkan tentang keluang dan paling sebang google di internet dan nanti akan jumpa tulisan saya Anim Agro Technoogy (Sila klik disini)Namun kini didalam filem tempatan dan siri Kartun TV telah ada cerita mengenai haiwan ini iaitu 'Kluang Man' yang sama gagah dengan Batman. Pada penulis blog peranan kelawar dan keluang didalam pertanian ada dua perkara iaitu kebaikan membantu pendebungaan dan satu lagi merosakkan buah-buahan tertentuu yang hampir matang. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
KELAWAR DAN KELUANG... APA DIA...
TERBANG MALAM... SIANG PUN ADA...
MEMBANTU PENDEBUNGAAN...JUGA...
BACA ARTIKEL... MAKLUMAT DITERIMA...

By.
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11F, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(30 JamadilAwal 1441H).

Wednesday, January 29, 2020

BAWANG MERAH MAHAL?- TANAM SENDIRI

HARGA BAWANG NAIK MENDADAK?... Itu laporan akhbat Berita Harian dan beberapa buah akhbat lain serta dilaporkan dalam media eletronik di negara kita baru-baru ini. Trend turun naik bawang merah dan bawang besar memang berlaku beberapa tahun sekali cuma kadar kenaikan mendadak menjadikan ramai orang akan menjadi panik. Kini berlaku lagi isu tersebut dimana orang ramai terus merungut berikutan kenaikan mendadak harga bawang merah India sejak beberapa minggu lalu kerana bekalan didakwa semakin kurang. Pemborong dan peruncit pula tidak ada pilihan dan terpaksa meletakkan harga yang mahal kerana mendakwa mereka juga memperoleh bekalan daripada pembekal pada harga tinggi. Tinjauan BH di beberapa negeri semalam mendapati harga runcit sekilogram bawang merah India antara RM10 -  RM15 sekilogram berbanding antara RM5 - RM8 sekilogram sebelum ini. Menurut seorang pemborong di Kangar En Shahrudi tidak mustahil harga bawang merah India melonjak kepada RM20 sekilogram dalam masa terdekat jika masalah bekalan tidak diatasi segera. Dakwa beliau tiga hari lepas pekerjanya terpaksa ke Pulau Pinang bagi mencari bawang merah, namun tidak mendapat sebarang stok kerana pembekal di negeri itu juga kehabisan bekalan. Beliau berniaga runcit di kedainya di Bintong, Perlis. Dalam pada itu di sekitar Kangar, peruncit menjual bawang merah antara RM10 -RM12 sekilogram. Laporan di Seremban didapati tidak pernah harga bawang merah naik sehingga antara RM11 ke RM14 sekilogram berbanding RM5 sebelum ini.  biasanya bawang jenis lain seperti bawang dari Belanda, Pakistan dan China untuk keperluan masakan harian. Harga bawang merah mula naik sejak awal November lalu, tetapi kenaikannya dalam lingkungan RM9 sekilogram. Ada peniaga laporkan dimana sudah lebih sebulan mereka tidak menjual bawang merah itu kerana harganya mahal. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan mengenai isu kenaikan harga bawang merah mendadak dan bagaimana menanam bawang merah sendiri untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda semua.

Wartawan BH membuat tinjauan di Alor Setar iaitu di Pasar Besar mendapati harga bahan itu sekitar RM12 sekilogram. Menurut peniaga Pn Zaiton Saad ada mendakwa dia terpaksa menjual bawang merah pada harga itu akibat tindakan pemborong menaikkan harganya sejak sebulan lalu. Hari ini (semalam) pemborong menjual 1.4 kilogram (kg) bawang merah pada harga RM11 berbanding hanya RM3 sebelum ini (Sila lihat foto disebelah). Dalam pada itu seorang pemborong bernama En Tan Gim Teong juga mendakwa harga bawang ketika ini adalah tertinggi dalam tempoh 10 tahun. Dakwanya bawang merah dia jual pada harga RM10 seguni kecil yang beratnya kira-kira 1.2kg, bawang besar pula RM5 lebih dan bawang putih RM7.20. Tambahnya cuma bawang Holland murah sedikit iaitu RM16.50 bagi setiap guni 8kg. Di Kuala Lumpur pula peniaga terpaksa menaikkan harga bawang merah sejak beberapa bulan lalu kerana bekalan terhad. Kini rata-rata peruncit di sekitar Bangsar menjual bawang merah antara RM12 - RM15 sekilogram. Bawang besar terpaksa dijual RM5 sekilogram, berbanding sebelum ini sekitar RM2 sahaja, manakala bawang merah hanya RM8 akan tetapi sekarang dijual dengan harga RM13 iaitu peningkatan RM5. Kepada seorang peniaga ayam penyet dikenali Indah Sakinah dakwa dia terpaksa membeli juga bawang merah walaupun sedar harganya semakin mahal sejak sebulan lalu. Sementara itu di Pasar Segar Terus Segar dilaporkan harga bawang merah India naik kepada RM7 sekilogram berbanding RM4 sebelum ini.

Tinjauan di Ipoh dilaporkan dimana para peniaga Pasar Besar Ipoh mereka terpaksa menaikkan harga bawang merah RM10 satu kg berbanding RM5 sekilogram sejak dua minggu lalu. Kalau sebelum ini bawang besar dijual dalam harga cuma RM2.50 hingga RM3 sekilogram (kg) tetapi sejak dua bulan lalu kita terpaksa menaikkan harga kepada RM7 sekilogram. Memang banyak rungutan pembeli setiap hari terpaksa menghadapi mereka. Penjual terpaksa mengambil bekalan bawang besar dari China dan Pakistan kerana terputus bekalan dari India sejak dua bulan lalu. Di Kuala Terengganu pula beberapa peniaga Pasar Payang termasuk Pn Khatijah berkata harga bawang merah naik mendadak sehingga terpaksa dijual RM12 sekilogram. Harga yang mereka ambil daripada pembekal adalah RM40 bagi 4kg dan itu belum berat bersih lagi (sebelum dipilih yang tidak elok). Ini adalah kenaikan harga bawang merah paling tinggi sepanjang lebih 20 tahun saya berniaga dan biasanya kami jual antara RM3 hingga RM4 sekilogram. Tinjauan BH di beberapa pasar raya besar mendapati tiada bawang merah India dijual berikutan kesukaran untuk mendapatkan bekalan daripada pemborong. Bawang merah memang menjadi antara bahan utama dalam masakan. Hampir semua masakan Malaysia ada menggunakan bawang merah sebagai bahan seperti telur dadar, masak kicap, masak sambal dan lain-lain lagi.  Apabila ada kes bawang dari China banyak guna racun, kita jadi takut untuk membeli bawang dari sana. Tetapi memang pun banyak bawang merah di Malaysia kita import dari China. Antara penyelesaian mudah adalah kita tanam sendiri bawang merah. Perlu tahu bahawa hasil bawang itu tidak akan sebanyak hasil dari negara asal. Tapi tidak juga bermakna kita tidak boleh menanam bawang merah sendiri untuk kegunaan sendiri.

Penulis blog kongsi info mengenai botani bawang merah untuk dirujuk surirumah yang mana mereka mamu menanam sendiri. Bawang Merah (Allium cepa cv. aggregatum) merupakan tumbuhan umbisi daripada keluarga Alliaceae dimana ia juga dipanggil sebagai Bawang merah, bawang India atau shallot (Inggeris). Biasanya kaedah pembiakan bawang ini melalui biji benih ataupun bebawang (bulbs). Kalau hendak saiz bawang menjadi besar pastikan ia mendapat cahaya matahari perlulah penuh atau 100%. Anda boleh menanam dikebun atau pun didalam batas atau dalam pasu atau diatas kotak telur ayam terpakai. Daun bawang yang ditanam dikebun mampu menghalau serangga perosak kerana baunya yang kuat. Penanaman bawang merah di Malaysia tidak dilakukan kerana kos pengeluaran tinggi, hasil rendah dan mengimport lebih murah dari menanam sendiri. Bawang tidak membesar seperti yang dikehendaki kerana bawang perlukan cahaya matahari 13 jam bagi menghasilkan bebawang berkualiti. Malaysia hanya menerima di antara 6-8 jam pancaran cahaya matahari yang menyebabkan bawang berbunga awal. Untuk elak bawang berbunga awal sebaiknya bagi menanam bawang memerlukan cahaya lebih daripada itu. bagaimana pun di Indonesia ada varieti bawang merah yang sesuai dengan cuaca tropika dengan hanya 6 - 8 jam sinara matahari. Punca bawang India sebagai pengeluar bawang terbesar kerana negara sana menerima cahaya 12-13 jam sehari pada musim panas.

Penanaman bawang merah bagaimana pun sesuai dilakukan dinegara kita untuk mengurangkan kebergantungan import. Apa perlu dilakukan bagi penanaman paling sesuai sekali untuk dipraktikkan di rumah dan kebun-kebun kecil adalah dengan menggunakan bebawang. Penanaman dengan biji benih adalah lambat dan peratus percambahannya juga < 40% kerana iklim khatulistiwa di Malaysia. Lagipun mana ada orang jual biji benih bawang. Benih atau penyediaan bebawang bolehlah dibeli dari pasar kemudian dipotong 1/3 untuk percambahan bawang cepat. Bagaimana pun bagi kaedah penanaman skala besar dinasihatkan agar bebawang yang telah dipotong direndam dahulu dengan larutan thiram untuk mengelakkan serangan fungus pada bebawang. Bawang merah perlu dipotong atasnya 1/3 bagi mempercepatkan percambahannya. Mengikut pengalaman penulis blog sendiri yang pernah menanam bawang di Mersing seluas 4 ekar dulu biasanya dalam masa 2-3 hari sahaja bawang merah akan mengeluarkan tunas jika atasnya dipotong betul. Tanah perlu dikambus biar sekadar cukup menutupi lapisan tipis atas bawang. Jarak penanaman adalah 20 cm (antara baris) x 10 cm (antara pokok). Jarak antara baris (20 cm) x Jarak antara bawang (10 cm) dalam 1m x 1m batas. Boleh selang-selikan barisan bawang dengan barisan sayur lain seperti kangkung, bayam, kobis, ataupun sawi. Bawang memang boleh bertindak sebagai tanaman penghalau. 

Pembajaan disepanjang tempoh penanaman bawang sebanyak 2 kali iaitu semasa penanaman dan beberapa minggu selepas penanaman. Baja NPK yang disyorkan N 150 kg/ha P 150 kg/ha K 150 kg/ha dan bagi tujuan pembajan pertama boleh bubuh 100 kg N/ha atau NPK hijau (15:15:15). Baja kali ke dua pada minggu ke-5 selepas pembajaan pertama iaitu kadar sebanyak 50 kg N/ha atau 2 g/bawang. Manabur baja perlulah di sekitar barisan antara bebawang. Buat beberapa alur parit di tepi bawang dan taburkan baja. Pastikan tidak terkena bawang kerana baja boleh melecurkan bawang dan akarnya nanti. Kambus alur kemudiannya agar dapat mengurangkan larut lesap baja. Daun bawang boleh dituai 2 minggu selepas penanaman apabila sudah panjang dimana ia memang sesuai untuk dibuat bersama cucur. Penyiraman dilakukan 2 kali sehari sebaiknya pada waktu pagi sekali dan kemuidan sekali lagi pada waktu petang. Amalkan mencantas kuntum bunga bawang. Bawang memerlukan pancaran cahaya matahari melebihi 13 jam untuk menghasilkan biji benih berkualitim sedangkan di Malaysia hanya ada 12 jam pancaran matahari. Jadi memang di negara kita tidak sesuai untuk menanam bawang untuk penghasilan biji benih. Lebih kepada sebagai tanaman penghalau serangga. Kuntum bunga bawang perlu dicantas atau cubit segera sebaik sahaja ia muncul agar dapat menghasilkan bebawang yang besar. Jika tak dibuang akan mengakibatkan segala nutrient disalurkan kepada bunga menyebabkan bebawang mengecut. Selalunya bunga bawang akan muncul selepas 21 hari percambahan. Jadi boleh lah bersedia untuk potong bunga bawang ketika itu. Antara petunjuk daun tersebut adalah daun bunga bawang adalah daun lebih panjang daripada yang lain dan ia keras. Boleh potong sebelum ia jadi kumtum bunga. Buang kuntum bunga bawang kerana ia membazirkan nutrien bawang sahaja. Bawang merah sukar diserang perosak kerana baunya yang tidak disukai serangga. Sangat sesuai dijadikan tanaman penghalau (repellent crop). Bagaimana pun penulis blog dapati ada serangan penyakit seperti bebawang lembik akibat serangan fungus. Elakkan tanam bawang di tanah yang menyimpan air (tanah gambut) ataupun pada musim hujan. Kawalan dengan merendam dengan thiram 10 minit sebelum tanam pada batas. Penuaian bawang merah setelah hampir semua daunnya rebah (35-45 hari selepas bawang bercambah). Seeloknya tuai 2-3 hari tak hujan bagi memastikan bebawang benar-benar kering dan mudah disimpan nanti. Jika cuaca lembab boleh menyebab bebawang diserang fungus nanti. Daun bawang rebah tanda sudah masanya menuai dan bawang boleh dicabut, dikeringkan dan dibersihkan sebelum dihantar untuk dijual. Semuga artikel iini memberi info berguna kepada pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
 HARGA BAWANG... NAIK BERGANDA...
IA DIIMPORT... DARI LUAR NEGARA...
DARI CHINA.. ATAU PUN DARI INDIA...
TANAM SENDIRI...SEMUA KENA CUBA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11F, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(12 JamadilAwal 1441H). 

Tuesday, January 28, 2020

TANAM SIREH DAN KEGUNAANNYA

TANAMAN SIREH (Piper betle) merupakan satu aktiviti perkebunan yang amat jarang disebut dikalangan orang Melayu akan tetapi ia diusahakan secara semi-komersial atau komersil oleh masyaraat India di Malaysia. Pokok sireh yang berwarna hijau dan melilit kayu atau pokok sokongan  adalah daripada keluarga Piperaceae yang memang mudah ditanam dan dijaga dengan kaedah penanaman organik. Apa pun penulis blog tahu dimana dikalangan masyarakat Melayu cukup kenal dengan daun sireh kerana orang-orang tua dahulu kala gemar untuk makan daun sireh. Disamping itu juga dilaporkan dimana daun sireh mempunyai banyak manfaat terutamanya dalam perubatan tradisional. Daripada beberapa kali buat rujukkan didapati ada 4 jenis atau varieti daun sireh di Malaysia (tidak didaftarkan di bawah Senarai Varieti Tumbuhan Malaysia di Jabatan Pertanian lagi) iaitu Sireh Melayu Sireh Cina, Sireh Keling atau India dan Sireh Udang. Sireh Melayu adalah yang digemari dikalangan pengamal makan sireh dimana ia berdaun lebar dan warnanya hijau pekat. Sireh Cina mempunyai rasa yang lebih lembut berbanding sireh Melayu. Pokok ini boleh didapati di kawasan lembap seperti di tepi-tepi sungai atau berhampiran paya. Ia mudah ditanam tidak memerlukan penjagaan yang rumit seperti jenis sireh yang lain kecuali penyiraman air secukupnya bagi mengelakkan dia mati. Sireh Keling pula bersaiz sederhana dan berwarna kehijauan tetapi agak kusam. Rasanya lebih pedas dan teksturnya yang agak keras ketika dimakan. Sireh Udang pula mempunyai urat daun dibelakangnya yang berwarna merah dan gagangnya juga berwarna merah. Penulis blog sempa beberapa kali melawat kebun sireh milih orang tempatan yang agak komersil di Mantin, Negeri Sembilan, di Alor Gajah, Melaka dan di Kg Lima Kedai, Johor Bahru untuk mempelajari amalan agronomi penanaman sireh. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" yang ke 5,700 mempaparkan mengenai penanaman sireh dan beberapa kegunaan serta khasiatnya untuj rujukkan anda semua.

Kepada mereka yang kurang mengenali pokok sireh boleh membuat lawatan kekebun sireh yang anda tahu. Antara ciri-ciri sireh adalah sejenis pokoknya yang menjalar dan jika ia memanjat pada batang pokok sekelilingnya akan menjadi rimbun seakan ia berdiri sendiri pada kayu sokongan (Sila lihat foto disebelah). Apa yang selalu kita dengan dimana daunnya adalah berbentuk "Bujur Sireh" iaitu satu betuk unik yang wujud didalam peribahasa Melayu sejak dahulu kala. Tanaman ini hidup pada iklim tropika dan sesuai ditanam pada tanah gembur dan tidak terlalu lembab. Bagaimana pun kaedah penanaman yang terbaik adalah dengan melaksanakan pertanian separa organik atau organik sepenuhnya untuk pokok sireh terutama jika daunnya hendak dijual untuk dimakan agar ia selamat dan berkhasiat. Ada rasa pedas pada daun sireh matang dimana ini adalah disebabkan oleh minyak ruapan yang mengandungi bahan iaitu Fenol dan Terpene. Kedua bahan ini yag penulis blog tahu menyebabkan rasa kebas-kebas pada mulut jika di makan dengan kuantiti yang agak banyak. Bagaimana pun amalan makan sireh dikalangan generasi sekarang boleh dikatakan sudah tiada lagi kecuali dikawasan pendalaman mungkin masih ada. Banyak dakwaan yang negatif dan positif mengenai amalan makan daun sireh ini diperkatakan dan akan dibincangkan didalam artikl kali ini sedikit sebanyak.

Jika anda berminat untuk menanam sireh tentunya perlu ada ilmu asas penanaman dan juga bagaimana cara hendak menjaganya.  Penanaman sireh pada penulis blog memang tidak dinafikan memang tidaj mudah dan tidak senang untuk menanamnya. ini kerana kebanyakkan yang menanam sireh perlu menjaganya dengan baik agar ada menghasilkan daun bukannya tinggal rumpai yan tumbuh. Menanam pokok sireh perlukan bahan asas benih batang sireh sepanjang lebih kurang 2 kaki dan kemudian perlu dibuang daun disepanjang batang sireh. Ini bertujuan agar pertumbuhan akar sirih lebih cepat semasa ditanam (Sila lihat foto disebelah). Kemudian batang sireh tadi akan ditanam didalam tanah gebur dimana lingkaran dimasukkan kedalam tanah tetapi jangan terlalu dalam. Biasanya tanah ditimbus cukup sekadar menutup lingkaran tadi dan pastikan dibiarkan kedua-dua hujung batang pokok berada di atas tanah. Selepas siap tanam semestinya disiram batang sirih tu. Penanaman sebaiknya dipangkal kayu sokongan yang telah dipacak dahulu dengan kukuh. Sebagai amalan anda boleh meletakkan pokok ini ditempat yang sedikit teduh dahulu. Jikalau anda menanam di atas tanah dan tempat itu panas sebaiknya diberikan sungkupan atau pun perlindungan sedikit pokok sehingga separuh. Apabila naik pucuk yang baru kelak maka anda boleh kurangkan teduhan ini secara berperingkat. Penjagaan baik membolehkan anda menuai daun sireh dalam masa singkat sahaja sekitar 2 bulan lebih selepas penanaman.


Penggunaan Sireh agak kurang difahami oleh sesetengah orang. Apa pun selalunya sireh sering kali digunakan oleh masyarakat Melayu lebih-lebih lagi ketika mengadakan majlis meminang, bertunang mahupun pernikahan (Sila lihat foto disebelah). Untuk memulakan upacara merisik, bertunang dan pernikahan ini lazimnya masyarakat Melayu biasanya menggunakan tepak sireh sebagai pembuka kata. Kemudian dalam adat bersirih setiap bahan yang terkandung membawa maksud tertentu. Tepak sireh ini mengandungi daun sireh, kapur, gambir, buah pinang dan tembakau. Tapi tahukah anda dimana sireh merupakan sejenis tumbuhan herba yang hidup subur di Malaysia, Asia, Madagascar, Timur Afrika dan Hindia Barat. Ia tumbuh menjalar atau pun ia memanjat pada batang pokok atau kayu hingga 4.5 meter panjang. Memang ia sesuai ditanam di atas tanah gembur yang tidak terlalu lembab. Memerlukan cuaca tropika dengan air yang mencukupi. Antara khasiat sireh adalah seperti ia didakwa mengandungi protein, karbohidrat, mineral, tannin, kalsium, kalium, zat besi, vitamin A, B, dan C. Daun sirih juga didakwa boleh mengatasi masalah sakit gigi dan mulut berbau. Caranya dengan kunyah beberapa helai daun sirih dan berkumur.  Ekstrak air daun sirih boleh meredakan sakit kepala. Caranya, minum campuran akar daun sirih, pucuk jarak dan jintan hitam. Kemudian rawatan bagi menghentikan rembesan dan bengkak susu. Caranya dengan anda perlu mengambil beberapa helai daun dan panaskannya serta letak pada payudara.


Khasiat dan kegunnaan daun sireh adalah termasuk kerana ia mengandungi bahan Chavikol pada pada daun sirih boleh merawat masalah kulit dan jerawat. Untuk menghilangkan jerawat jadikan daun sirih sebagai masker. Sireh juga mampu untuk mengubati keputihan dan kegatalan pada alat sulit wanita. Caranya dengan ambil 10 helai daun sirih dan rebus. Air rebusan tersebut digunakan untuk membasuh kemaluan. Disebabkan terdapat banyak khasiat dalam sirih, pelbagai produk kesihatan telah dijual di pasaran yang berasaskan tumbuhan ini. Namun penggunaan daun sirih masih lagi memerlukan kajian terperinci untuk keselamatan penggunanya. Sireh yang kaya antioksidan seperti eugenol, hidroksichavikol dan vitamin A,B dan C. ia juga mampu menurunkan kandungan gula dalam darah serta juga mampu mengurangkan pembentukan tumor bagi kanser kulit. Sireh juga dapat menghentikan pendarahan hidung, meredakan gusi berdarah, mencegah batuk dan juga mengurangi bau badan. Daun sireh didakwa membantu sistem penghadaman, mengawal berat badan, merawat jerawat dan juga dapat mengawal stres. Memang daun sireh ini mampu untuk melancarkan haid dan meredakan senggugut bagi wanita serta mampu meredakan asma dan akhirnya didakwa menjadi penawar sakit jantung. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
TANAM SIREH... BAGAIMANA CARA...
DIDAKWAA SENANG... IA SUKAR JUGA...
BACA ARTIKEL... MENDAPAT IDEANYA...
TERIMAKASIH... SEMUA PEMBACA...

By,
M Anem,
Seior Agronomist,
Precint 11F, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(30 JamadilAwal 1441H).

Monday, January 27, 2020

FAKTA TENTANG - BUAH DELIMA

BUAH DELIMA (Punica granatum) merupakan sejenis buah daripada keluarga Punicaceae (Lythraceae) yang ada disebut dalam al-Quran dimana ia merupakan buah yang sangat berkhasiat.  Buah ini ada disebut dala Surah Al-An'am 6:99, Surah Al-An'am 6:141, Surah Al-Rahman 55:68-69 yang mana digambarkan buah ini adalah buah dari syurga. Kajian saintifik menunjukkan kandungan bahan antioksidan dalam buah delima adalah sebanyak dua atau tiga kali ganda berbanding dengan buah anggur merah. Buah Delima dipanggil sebagai Pomegranate (Inggeris) dan Rumman (Arab) yang mana pokoknya tumbuh menegak dengan buah masak bergantung pada dahannya. Ada dakwaan negara asal buah delima yang mempunyai iklim sesuai daripada India Utara sehingga Mediterranean termasuk negara Turki, Jordan, Sepanyol dan sekitarnya sehingga menghasilkan buah delima gred premium. Diriwayatkan bahawa Ibnu 'Abbas telah mengambil sebiji buah delima lalu memakannya. Orang bertanya kepadanya, "Wahai Ibnu 'Abas kenapa engkau melakukan sedemikian?" dan beliau menjawab 'Sesungguhnya telah sampai kepadaku bahawa tiada sebiji delima yang dipetik didunia ini melainkan terdapat satu biji benih daripada benih-benih disyurga. Mudah-mudahan biji tersebut ialah biji ini." Dari segi sains pertanian pokok buah delima adalaj jenis pokok yang tahan kemarau dan dapat sesuaikan dengan suhu dingin di kawasan pertumbuhannya. Kini buah delima telah ditanam dibanyak negara diseluruh dunia seperti di USA, Timur Tengah, Caucasus, Afrika Tengah, Afrika Tropika, Asia Tenggara, Asia Tengah, Asia Selatan tetapi terbaik di Lembah Mediterranean. Artikel subuh ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya akan  kongsikan fakta mengenai buah delima dalam dunia Islam dan khasiat serta kegunaannya.


Pokok delima merupakan jenis pokok renek dengan ketinggiam mampu mencapai 3-6 meter walau pun ada juga spesis yang kerdil serta berduri pada hujung ranting. Pokoknya mempunyai dahan dengan bunga 1-5 kuntum pada hujung ranting dan agak berlilin sama ada ianya berwarna merah atau kuning. Saiz bunga kira-kira 4-5 cm panjang. Daun delima berwarna hijau dengan susunan yang bertentangan antara daun berukuran 5 cm panjang dan 2-3 cm lebar serta mempunyai permukaan atas yang berkilat. Buah delima berbentuk bulat dengan berwarna hijau ketika muda bertukar kepada warna kuning , merah bercampur hijau apabila masak. Buahnya mengandungi banyak biji yang deselaputi isi manis sama ada berwarna merah atau merah jambu yang lutsinar. Penanaman Delima boleh ditanam menggunakan biji benih yang diambil dari varieti yang baik dan buuah telah cukup masak. Kaedah paling baik adalah dengan menggunakan KERATAN BATANG yang diperolehi dengan mengetut selepas 3-4 bulan. Lazimnya anak pokok yang ditanam menggunakan benih keratan batang lebih cepat berbuah berbanding dengan pokok dari biji benih. Jarak penanaman disyorkan adalah 3m x 3 m bergantung kepada keadaan tanah dan cara pengurusan. Berikan baja organik dalam lubang penanaman dan pastikan kawasan mempunyai saliran yang baik. Kawalan rumpai dijalankan secara manual dan kimia.


Delima mempunyai banyak jenis tetaoi dilaporkan 8 varieti utama yang menjadi kesukaan raai dan didagangkan adalah seperti Pink Satin, Wonderful, Sweet, Red Silk, Sharp Velvet, Garnet Sash, Ever Sweet dan Kashmir Blend. Jus delima didakwa mengandungi bahan Higrolisat Tanin iaitu diantara bahan antioksidan terbaik didunia.  Kandungan Asid Elagik dalam buah delima akan dimetabalismakan menjadi Urotin dalam masa 12 jam selepas penyerapn urotin ini boleh dikesan didalam air kencing sehingga selama 48 jam. Memang buah delima dijadikan bahan makanan tambahan yang terkenal didunia wapau pun harganya juga tidak murah untuk membelinya.  Buah delima didakw amengandungi bahan antioksidan seperti polifenol larut, tanin dan antisianin dimana ia mampu mengurangkan ketebalan didalam ateri jantung selepas setahun dimakan. Bagaimana pun kajian lanjut masih dilakukan kaitan antara jus buah delima dengan masaalah sakit jantung kkoronari semik (CHD). Nilai diet buah delima setiap 100 gram mempunyai 65 kcal tenaga dan 14.5% bahan protin. Buah delima juga kaya dengan bahan mineral seperti Kalsium, Posforus, Vitamin B Kompleks dan juga Vitamin C. Kaedah penyimpanan buah delima segar dengan memasukannya dalam beg plastik berlubang dan ia disimpan didalam peti sejuk. 


Dalam bulu yang dirujuk terdapat sebanyak 41 jenis amalan perubatan dan perubatan Islam mengenai khasiat dan kegunaan buah delima. Kegunaan pertama dimana kulit buah delima disapukan dibahagian kulis berkudis dan galal dimana ia akan sembuh. Ke2 dimana perahan jus delima segar mampu merawat mata yang rabun dan lemah penglihatan. Ke 3 dimana buah delimaberkesan merawat measaalah cacing pita. Terdapat 5 cara merawatnya yang ditulis dalam buku dimana salah satu caranya dengan tumbuk lumat biji dekima dan dijadikan jus dan diminum. Buah delima didakwa baik didalam merawt pendarahan atau luka dalam perut dengan merendak bunganya dalam air dan diminum selalu. Bagi demam kuning sesusi dirawat dengan merebus akar pokok delima dan diminum airnya. Buah delima juga mampu merawat masaalah keputihan, mengurangkan lemak dan juga mengurangkan berat badan. Masaalah sakit dada, badan lemah, buasir, radang gusi dan sakit didalam hati boleh dirawat dengan delima. Masaalah selsema, sakit jantung, menghilangkan benjao, melegakan kulit gatal. menghilsngkan kesan terbakar dan luka berdarah boleh dirawat dengan buah delima. Dalam pada itu perubatan  Islam melaporkan buah delima mampu merawat luka teruk dengan merebus 20 g bunga delima dan airnya ditapis sebelum ia diiminum. Dilaprokan juga ia mampu merawat pendarahan kulit, mata kabur, sakit mata dan juga mulut pecah. Masaalah cirit birit, sakit paru-paru, perut kembong, masaalah penghadaman dan sakit peru cuma ambil daun atau akar atau buah deima direbus dan minum.  Dalam pada itu jika ada masaalah sembelit, pendarahan pangkal rahim, pencernaan yang bermasaalah, melegakan sakit tekak dan batuk boleh dirawat denga delima. Jia anda batu melebihi 100 hari sebaiknya kunyan sebiji buah delima setiap malam sebelum tidur sehingga sembuh. Semua sakit tekak sama ada tekak berkahak, perit serak dikerongkong boleh dirawat dengan merebu buah dan akar delima dan diminum airnya. Semua petua ini boleh dilakukan dengan mengikuti cara dan kaedahnya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BUAH SYURGA... TERMASUK DELIMA...
DI MEDITERANEAN.. ASAL USULNYA...
BANYAK KHASIAT... MAHAL HARGANYA...
BANYAK PENYAKIT... MAMPU DIRAWATNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Wilayah Persekutuan,
Putrajaya,
Malaysia.
(18 Safar 1441H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...