Support My Blog

Tuesday, January 28, 2020

TANAM SIREH DAN KEGUNAANNYA

TANAMAN SIREH (Piper betle) merupakan satu aktiviti perkebunan yang amat jarang disebut dikalangan orang Melayu akan tetapi ia diusahakan secara semi-komersial atau komersil oleh masyaraat India di Malaysia. Pokok sireh yang berwarna hijau dan melilit kayu atau pokok sokongan  adalah daripada keluarga Piperaceae yang memang mudah ditanam dan dijaga dengan kaedah penanaman organik. Apa pun penulis blog tahu dimana dikalangan masyarakat Melayu cukup kenal dengan daun sireh kerana orang-orang tua dahulu kala gemar untuk makan daun sireh. Disamping itu juga dilaporkan dimana daun sireh mempunyai banyak manfaat terutamanya dalam perubatan tradisional. Daripada beberapa kali buat rujukkan didapati ada 4 jenis atau varieti daun sireh di Malaysia (tidak didaftarkan di bawah Senarai Varieti Tumbuhan Malaysia di Jabatan Pertanian lagi) iaitu Sireh Melayu Sireh Cina, Sireh Keling atau India dan Sireh Udang. Sireh Melayu adalah yang digemari dikalangan pengamal makan sireh dimana ia berdaun lebar dan warnanya hijau pekat. Sireh Cina mempunyai rasa yang lebih lembut berbanding sireh Melayu. Pokok ini boleh didapati di kawasan lembap seperti di tepi-tepi sungai atau berhampiran paya. Ia mudah ditanam tidak memerlukan penjagaan yang rumit seperti jenis sireh yang lain kecuali penyiraman air secukupnya bagi mengelakkan dia mati. Sireh Keling pula bersaiz sederhana dan berwarna kehijauan tetapi agak kusam. Rasanya lebih pedas dan teksturnya yang agak keras ketika dimakan. Sireh Udang pula mempunyai urat daun dibelakangnya yang berwarna merah dan gagangnya juga berwarna merah. Penulis blog sempa beberapa kali melawat kebun sireh milih orang tempatan yang agak komersil di Mantin, Negeri Sembilan, di Alor Gajah, Melaka dan di Kg Lima Kedai, Johor Bahru untuk mempelajari amalan agronomi penanaman sireh. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" yang ke 5,700 mempaparkan mengenai penanaman sireh dan beberapa kegunaan serta khasiatnya untuj rujukkan anda semua.

Kepada mereka yang kurang mengenali pokok sireh boleh membuat lawatan kekebun sireh yang anda tahu. Antara ciri-ciri sireh adalah sejenis pokoknya yang menjalar dan jika ia memanjat pada batang pokok sekelilingnya akan menjadi rimbun seakan ia berdiri sendiri pada kayu sokongan (Sila lihat foto disebelah). Apa yang selalu kita dengan dimana daunnya adalah berbentuk "Bujur Sireh" iaitu satu betuk unik yang wujud didalam peribahasa Melayu sejak dahulu kala. Tanaman ini hidup pada iklim tropika dan sesuai ditanam pada tanah gembur dan tidak terlalu lembab. Bagaimana pun kaedah penanaman yang terbaik adalah dengan melaksanakan pertanian separa organik atau organik sepenuhnya untuk pokok sireh terutama jika daunnya hendak dijual untuk dimakan agar ia selamat dan berkhasiat. Ada rasa pedas pada daun sireh matang dimana ini adalah disebabkan oleh minyak ruapan yang mengandungi bahan iaitu Fenol dan Terpene. Kedua bahan ini yag penulis blog tahu menyebabkan rasa kebas-kebas pada mulut jika di makan dengan kuantiti yang agak banyak. Bagaimana pun amalan makan sireh dikalangan generasi sekarang boleh dikatakan sudah tiada lagi kecuali dikawasan pendalaman mungkin masih ada. Banyak dakwaan yang negatif dan positif mengenai amalan makan daun sireh ini diperkatakan dan akan dibincangkan didalam artikl kali ini sedikit sebanyak.

Jika anda berminat untuk menanam sireh tentunya perlu ada ilmu asas penanaman dan juga bagaimana cara hendak menjaganya.  Penanaman sireh pada penulis blog memang tidak dinafikan memang tidaj mudah dan tidak senang untuk menanamnya. ini kerana kebanyakkan yang menanam sireh perlu menjaganya dengan baik agar ada menghasilkan daun bukannya tinggal rumpai yan tumbuh. Menanam pokok sireh perlukan bahan asas benih batang sireh sepanjang lebih kurang 2 kaki dan kemudian perlu dibuang daun disepanjang batang sireh. Ini bertujuan agar pertumbuhan akar sirih lebih cepat semasa ditanam (Sila lihat foto disebelah). Kemudian batang sireh tadi akan ditanam didalam tanah gebur dimana lingkaran dimasukkan kedalam tanah tetapi jangan terlalu dalam. Biasanya tanah ditimbus cukup sekadar menutup lingkaran tadi dan pastikan dibiarkan kedua-dua hujung batang pokok berada di atas tanah. Selepas siap tanam semestinya disiram batang sirih tu. Penanaman sebaiknya dipangkal kayu sokongan yang telah dipacak dahulu dengan kukuh. Sebagai amalan anda boleh meletakkan pokok ini ditempat yang sedikit teduh dahulu. Jikalau anda menanam di atas tanah dan tempat itu panas sebaiknya diberikan sungkupan atau pun perlindungan sedikit pokok sehingga separuh. Apabila naik pucuk yang baru kelak maka anda boleh kurangkan teduhan ini secara berperingkat. Penjagaan baik membolehkan anda menuai daun sireh dalam masa singkat sahaja sekitar 2 bulan lebih selepas penanaman.


Penggunaan Sireh agak kurang difahami oleh sesetengah orang. Apa pun selalunya sireh sering kali digunakan oleh masyarakat Melayu lebih-lebih lagi ketika mengadakan majlis meminang, bertunang mahupun pernikahan (Sila lihat foto disebelah). Untuk memulakan upacara merisik, bertunang dan pernikahan ini lazimnya masyarakat Melayu biasanya menggunakan tepak sireh sebagai pembuka kata. Kemudian dalam adat bersirih setiap bahan yang terkandung membawa maksud tertentu. Tepak sireh ini mengandungi daun sireh, kapur, gambir, buah pinang dan tembakau. Tapi tahukah anda dimana sireh merupakan sejenis tumbuhan herba yang hidup subur di Malaysia, Asia, Madagascar, Timur Afrika dan Hindia Barat. Ia tumbuh menjalar atau pun ia memanjat pada batang pokok atau kayu hingga 4.5 meter panjang. Memang ia sesuai ditanam di atas tanah gembur yang tidak terlalu lembab. Memerlukan cuaca tropika dengan air yang mencukupi. Antara khasiat sireh adalah seperti ia didakwa mengandungi protein, karbohidrat, mineral, tannin, kalsium, kalium, zat besi, vitamin A, B, dan C. Daun sirih juga didakwa boleh mengatasi masalah sakit gigi dan mulut berbau. Caranya dengan kunyah beberapa helai daun sirih dan berkumur.  Ekstrak air daun sirih boleh meredakan sakit kepala. Caranya, minum campuran akar daun sirih, pucuk jarak dan jintan hitam. Kemudian rawatan bagi menghentikan rembesan dan bengkak susu. Caranya dengan anda perlu mengambil beberapa helai daun dan panaskannya serta letak pada payudara.


Khasiat dan kegunnaan daun sireh adalah termasuk kerana ia mengandungi bahan Chavikol pada pada daun sirih boleh merawat masalah kulit dan jerawat. Untuk menghilangkan jerawat jadikan daun sirih sebagai masker. Sireh juga mampu untuk mengubati keputihan dan kegatalan pada alat sulit wanita. Caranya dengan ambil 10 helai daun sirih dan rebus. Air rebusan tersebut digunakan untuk membasuh kemaluan. Disebabkan terdapat banyak khasiat dalam sirih, pelbagai produk kesihatan telah dijual di pasaran yang berasaskan tumbuhan ini. Namun penggunaan daun sirih masih lagi memerlukan kajian terperinci untuk keselamatan penggunanya. Sireh yang kaya antioksidan seperti eugenol, hidroksichavikol dan vitamin A,B dan C. ia juga mampu menurunkan kandungan gula dalam darah serta juga mampu mengurangkan pembentukan tumor bagi kanser kulit. Sireh juga dapat menghentikan pendarahan hidung, meredakan gusi berdarah, mencegah batuk dan juga mengurangi bau badan. Daun sireh didakwa membantu sistem penghadaman, mengawal berat badan, merawat jerawat dan juga dapat mengawal stres. Memang daun sireh ini mampu untuk melancarkan haid dan meredakan senggugut bagi wanita serta mampu meredakan asma dan akhirnya didakwa menjadi penawar sakit jantung. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
TANAM SIREH... BAGAIMANA CARA...
DIDAKWAA SENANG... IA SUKAR JUGA...
BACA ARTIKEL... MENDAPAT IDEANYA...
TERIMAKASIH... SEMUA PEMBACA...

By,
M Anem,
Seior Agronomist,
Precint 11F, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(30 JamadilAwal 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...