Support My Blog

Saturday, January 11, 2020

CARA PETIK KELAPA PANDAN TEPAT

 KELAPA PANDAN (Cocos nucifera) merupakan sejenis kelapa daripada keluarga Arecacae yang memberikan aroma seperti daun pandan yang wangi dan manis sesuai untuk dijadikan minuman ang berkhasiat. Kelapa Pandan ini didaftarkan didalam National Plant Variety Listing di Jabatan Pertanian dengan nombor CN6. Bagaimanakah cara untuk memetik buah kelapa pandan yang tepat dengan isinya yang masih lembut dan tidak terlalu Tua atau tidak terlalu Muda.  Kelapa Pandan (Fragrant coconut) ini juga dipercayai berasal daripada negara Thailand dimana ianya diusahakan secara komersil di kebanyakkan kawasan tanah rendah seperti di kawasan sawah padi dan tanaman dusun campuran dinegara tersebut. Penanaman kelapa pandan untuk pengeluaran airnya boleh dilakukan diatas tanah pamah tepi laut atau dikawasan tanah mineral berbukit mengikut kehendak pemiliknya. Bagaimana pun aspek paling penting didalam penanaman kelapa pandan adalah sumber benihnya yang semestinya TULIN. Anda boleh mendapatkan maklumat mengenai kelapa pandan dan teknologinya dalam blog anim agro technology dengan membuat pautan dari (Sila Klik Disini), (Sila Klik disini), (Sila klik disini) dan banyak lagi artikel berkaitan kelapa pandan. Tanaman kelapa adalah tanaman yang ke 4 terpenting di Malaysia selepas tanaman Kelapa Sawit, Getah dan Padi. Jarak penanaman yang lazim diamalkan untuk menanam kelapa pandan dan kelapa manis ini adalah 6 meter x 6 meter yang memberikan kepadatan sebanyak 270 pokok sehektar.  Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan satu artiek bagaimana masa dan teknik betul untuk menuai buah kelapa pandan muda yang sesuai untuk djidaikan minuman untuk dijadikan bahan rujukkan anda semua.


Penulis blog yang menulis lebih daripada 250 artikel mengenai tanaman kelapa daripada varietinya, amalan agronomi, penanaman, pemilihan benih, penyediaan kawasan, penjagaan sehingga menusi dan oemasaran dan produk berasaskan kelapa boleh dibaca dan dirujuk sama. Sebenarnya kelapa pandan di Malaysia ini hanya digunakan untuk dijadikan Minuman Air Kelapa segar sahaja. Walau pun ada produk atau kegunaan lain kelapa pandan akan tetapi yang paling utama adalah untuk dijadikan minuman bersama buahnya. Dalam pada itu dilaporkan dimana air kelapa pandan adalah diantara jenis kelapa yang sesuai untuk dijadikan minuman segar kerana kemanisan dan aromanya yang unik. Aroma bau pandan yang terdapat pada kelapa pandan adalah disebabkan oleh komponen 2-acetyl-1-pyrroline (2-AP).  Dalam pada itu di negera Thailand dimana kelapa pandan ini dibiakbaka mendapati sehingga kini dua varieti yang sangat popular di negara tersebut adalah Kelapa Renek Hijau (MGD) iaitu Kelapa Pandan atau Aromatic Coconut dan Kelapa Manis (Nam Hom) atau Sweet Water Coconnut (Nam Wan). Penulis blog yang pernah berkunjung kenegara tersebut mendapati benih kelapa pandan dinegara tersebut adalah dilindungi dan tidak dibenarkan dibawa keluar dari Thailand. Mereka menuai kelapa pandan dengan indeks kematangan tepat agar pengguna berpuashati dengan aroma air kelapa pandan dan juga kemanisan pada isinya.


Sebenarnya petani perlu tahu bahawa buah kelapa mengambil masa selama 12 bulan untuk matang dan tua (Sila llihat foto paling bawah). Bagi tujuan untuk mendapatkan air kelapa panndan atau varieti lain yang masih muda dengan jaminan rasa manis dan mempunyai isi kelapa yang seakan jeli, buah kelapa  pandan tersebut memang perlu dituai pada peringkat umur 6 ke 7 bulan selepas disenyawakan. Itu secara teorinya akan tetapi mana kita hendak pantau bunga dan proses selepas pendebungaan pokok kelapa pandan tersebut. Sebenarnya kita hanya perlu melihat pada susunan mayang (bunga), buah muda dan buah tua yang berada pada setiap popkok kelapa pandan yang hendak dituai sahaja. Kemahiran petani dan pekerja kebun upahan yang telah biasa menuai buah kelapa pandan dimana ada antara mereka yang telah pun diberikan latihan melakukannya. Air kelapa merupakan endosperma dalam ovari kelapa dalam keadaan cecair. Air kelapa mula terbentuk pada bulan kedua selepas proses persenyawaan. Air kelapa pada peringkat awal pembentukan adalah agak masam. Kemanisan pada buah kelapa akan mula meningkat apabila memasuki bulan kelima (5th month) pertumbuhan. Selalunya pada bulan ke enam dan ke tujuh, air kelapa sudah sesuai untuk diminum kerana ia mula mempunyai kemanisan serta pada dinding tempurung kelapa juga sudah mula terdapat isi yang mula menebal yang seakan jeli. Memang enak sekali semasa penulis blog membuat tinjauan teknologi kawasan kebun kelapa yang selalu dijamu dengan air kelapa pandan atau kelapa muda.


Teknologi Pembajaan Kelapa Pandan yang diamalkan penting bagi tujuan mendapatkan buah kelapa berkualiti. Lazimnya pokok kelapa pandan matang ini akan diberikan baja baik dengan cara menggunakan sejenis baja impot (Jenis Yara Mila) yang mana ianya didapati mengandungi NPK 12:11:18S:3 MgO + 85 + TE dan sangat berkesan untuk kesuburan pokok kelapa pandan. Baja Yara Mila diimpot dan diedarkan diseluruh negara dari premis kedai pertanian dengan harga yang agak tinggi kerana ia adalah jenis baja 'fast release'. Selain itu baja sebatian SOP juga digunakan (NPK15:10:20:2 TE) yang di tabur sebanyak 4 kali setahun pada kadar 200 gram sepokok. Pemerhatian khas bagi mempastikan kualiti hasil kelapa seperti dikehendaki iaitu ujudnya kualiti 'Bau Pandan' dan 'Rasa Manis'. Bagi kawasan penanaman kelapa dipendalaman atas tanah mineral yang jauh dari laut sebaiknya dilakukan teknologi membubuh Garam Makan atau Garam Masin di tabur sebanyak 1-2 kg sepokok sebanyak 4 kali setahun pada pangkal pokok kelapa. Anda boleh baca dalam blog ini artikel berkaitan.  Baja organik tahi ayam proses juga perlu ditabur sebanyak 300-400 gm sepokok sebanyak 3 kali setahun. Kaedah pembajaan ini sesuai untuk umur pokok 10 tahun dan diberikan di keliling pangkal kanopi pokok. Perlu difahami yang pokok kelapa pandan memerlukan baja organik yang banyak untuk menjamin kesuburan pokok. Kalau pokok kelapa pandan tidak dibaja hasil dan kualiti buah kelapa pandan kurang memuaskan. Jika pokok kelapa pandan dapat dibaja dengan baik dan diberi pengairan maka tidak mustahil hasil tuaian kelak membolehkan anda tersenyum dengan pulangannya. Semuga artikel ini memberi info berguna bagaimana hendak memetik buah kelapapandan yang betul dan tepat oleh pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!....
KELAPA PANDAN... WANGI AROMA...
BUAH 8 BULAN... SESUAI PETIKNYA...
BERHATI-HARI... SEMASA TURUNNYA....
PETIK TEPAT... PASTILAH LAZATISINYA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka Bersejarah, Melaka,
Malaysia.
(22 RabiulAKhir 1441H).
21 Disember 2019.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...