Pada penulis blog bawang besar juga merupakan satu keperluan yang penting sebagai makanan di Malaysia. Walau pun ada dikalangan kita yang tidak suka makan bawang besr keran bau akan tetapi ia merupakan satu keperluan didalam memakan sate (Sila lihat foto disebelah). Ada pula yang dakwa kalau makan bawang besar memang banyak khasiatnya. Bawang besar adalah salah satu bahan umbisi kering yang digunakan dalam masakan untuk menyedapkan hidangan ada juga yang menggunakannya untuk hiasan. Dalam beberapa rujukkan mendapati bawang merah mempunyai khasiat seperti mampu mengekalkan kesihatan jantung. Ia didakwa dapat menurunkan kolestrol yang tidak baik dengan cara pemakanan yang betul. Makan secara mentah dan teratur memberi impak keberkesanan yang baik. Bawang merah juga mampu menggawal gula dalam darah. Kandungan bahan mineral penting didalam bawang besar dapat membantu sel-sel untuk bertindak balas dalam mengawal paras gula dalam badan. Dilaporkan juga bawang besar akan mencegah Asma dengan ia memudahkan pengeluaran kahak dalam dada pesakit asma yang sedang mengalami batuk teruk. Bawang Besar memang mampu dalam memudahkan proses penghadaman sebab ia juga mempunyai serat yang dapat membantu dan mengekalkan kesihatan dalam sistem penghadaman. Serat yang ada membantu penyakit daripada mengalami sembelit seperti contoh. Selain itu didakwa dimana bawang besar mampu didalam meningkatkan sistem imuniti dalam badan. Iini berkait dengan bawang besar mampu memberi manfaat dalam meningkatkan sistem imun dan merawat keradangan dan sistem kunci yang kuat dapat mempertahankan diri daripada penyakit. Penulis blod dapat tahu kepada semua pembaca untuk langkah permulaan, anda boleh mulakan dengan pengambilan bawang besar dalam makanan sedikit demi sedikit. Mungkin dalam salad mahupun hidangan.
Dalam pada itu penanaman Bawang Besar dengan biji dimulakan dengan menyemai benih sedalam 2 cm (3/4 inci) dalam barisan. Jarakkan kira-kira 30cm (12 inci). Anda boleh jarakkan dengan mencabut pokok yang terlalu rapat sama ada dalam kotak kayu atau yang ditanam dikebun luas. Bagaimana pun teknik menanam dengan Bebawang (Bulbs) dengan kita mengupas kulit luar yang kering untuk aktifkan bawang. Kulit ini adalah nipis seperti kertas. Jika bawang tiada bertunas maka perlu dipotong sedikit bahagian atas. Kemudian perlu ditoreh sedikit di bahagian akar (bahagian bawah bebawang). Pada permukaan tanah kemudian dibuat jalur penanaman menggunakan Alat sesuai (rake) dan juga untuk gemburkan tanah. Lazimnya dengan ibu jari maka tolak bebawang dengan berhati-hati sehingga bebawang tenggelam di dalam tanah (Sila lihat foto sebelah) . Jika keadaan agak tanah keras maka sebaiknya kita korek lubang menggunakan pengorek untuk mengelakkan dari mencederakan bahagian bawah bebawang. Pastikan bahagian akar berada di bahagian bawah. Dalam banyak keadaan jarak tanaman bawang besar dengan jarak 10 cm (4 inci). Menyiram dengan air tetapi jangan terlalu banyak kerana tanah yang terlalu basah akan menyebabkan bebawang menjadi rosak dan busuk.
Tanaman Bawang Besar seperti juga bawang merah perlukan penjagaan dimana aktiviti merumput dilakukan awal dimana kerja membuang rumpai secara manual menentukan tahap kesuburan bawang. Bawang akan kalah dengan kebanyakan rumput dan ia perlu dibasmi (Sila lihat foto sebelah) Siram dengan air tetapi jangan sampai tanah menjadi terlalu basah. Pembajaan bawang dilakukan beberapa peringkat iaitu peringkat vegetatif dan juga peringkat mengeluarkan bebawang. Baja NPK 15:15:15 boleh digunakan bersama baja organik dan baja NPK 12:12:17 digunakan apabila bebawang mula terbentuk. Unsur Nitrojen (N) yang tinggi adak membesarkan bebawang dalam tanah. Pembajaan sebaiknya dilakukan kerap setiap 2 minggu. Hentikan pembajaan apabila bebawang membesar dan ia akan menolak tanah keluar (Bulbing process started). Jangan cuba menimbus bebawang yang keluar dari permukaan tanah. Bawang besar yang bebawangnya telah keluar dipermukaan tanah tidak perlu disiram jika sungkupan telah digunakan dipermukaan atas tanah seperti jerami padi dan rumput kering. Jika cuaca kering bagaimana pun bawang besar perlu disiram sekurang-kurangnya seminggu sekali. Bagi mendapatkan rasa bawang besar yang manis memang perlukan air.
Kawalan perosak dan juga penyakit bawang besar dilakukan apabila berlaku serangan pada tanaman. Serangan oleh hama Thrips merupakan sering berlaku dimana kita ambil beberapa helai daun dan ketuk diatas kertas dimana thrips akan jatuh diatasnya. Jika kadar populasi signifikan maka jalankan semburan dengan racun serangga bersabun (insectidal soap) dengan kekerapan setiap 3 hari. Bagaimana pun kadar semburan mengikut arahan pada label racun tersebut. Tanaman bawang besar juga diserang Ulat Bebawang (Onion maggots) yang sering tinggal dalam baja organik yang diberikan dikebun (Sila lihat foto sebelah). Ulat ini akan bertelur pada perdu tanaman bawang terutama pada musim hujan. Cara kawalan adalah dengan memasang jaring halus dipermukaan atas tanaman bawang yang baru ditanam dan serangan ini jarang berlaku pada musim panas. Tanaman bawang merah akan menuai apabila cukup umurnya. Langkah awal dengan memotong daun bawang selepas dua minggu. Daun bawang memang enak dibuat salad atau dimasak misalnya dibuat cucur bawang. Selain dari daun, bunga, tangkai bunga dan bebawang boleh dimakan. Bebawang sedah sedia untuk dituai apabila daun mula menjadi layu, kuning atau bawang mula berbunga. Keadaan tanah peroi membantu menuai bawang dari kecederaan semasa menuai. Biarkan bebawang kering selama seminggu diladang sebelum diambil untuk dimasukkan kedalam guni berjaring. Sebaiknya apabila bawang besar telah cukup kering baru dimasukan dalam setor penyimpanan dan dipasarkan kemudiannya. Semuga artikel ini memberi info bergun aepada pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam !.
BAWANG BESAR... TANAM DIMANA...
PENGELUAR HEBAT..NEGARA CHINA...
BANYAK KHASIAT...MAKAN CARA MANA...
PILIH YANG SEGAR...DIMAKAN ENAKNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(10 JamadilAwal 1441H).
Bersamaan 6 Januari 2020).
BANYAK KHASIAT...MAKAN CARA MANA...
PILIH YANG SEGAR...DIMAKAN ENAKNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(10 JamadilAwal 1441H).
Bersamaan 6 Januari 2020).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.