Berbanding dengan buah Epal dan Oren yang menjadi buah dimakan oleh ramai penduduk dunia, banyak varieti yang dihasilkan oleh saintis biakbaka sehingga menghasilkan banyak varieti. Tanaman kelapa bagaimana pun tidak mempunyai banyak varieti tetapi boleh dikelaskan kepada 3 kategori iaitu Kelapa Tinggi (Tallvariety), Kelapa Renek (Dwarf variety) dan Kelapa Hibrid (Hybrid variety). Varieti tanaman kelapa hanya khusus untuk kawasan tertentu sahaja yang ditanam dengan varieti sama kerana pokok kelapa melakukan pendebungaan silang (Cross pollination) menyebabkan buahnya tidak sesuai digunakan untuk benih. Varieti kelapa yang sama ditanam disatu kawasan terpencil (seperti pulau) mampu mengekalkan sifat varieti kelapa tersebut dan sering dinamakan dengan nama lokaliti. Nama kelapa jenis tinggi adalah seperti Malayan, Rennel dan juga Samoan yang lazimnya tumbuh tinggi sehingga melebihi 70 kaki dengan batang yang besar ditapak bawahnya (tapak gajah), lambat berhasil (7 tahun baru berhasil) dan tahan lasak. Akarnya kuat mencengkam tanah sehingga ia tahan dan tidak tumbang jika ditiup angin kencang. Kelapa ini menguasai 70% daripada varieti kelapa yang ditanam di Malaysia dan kebanyakkan negara-negara Asia Tenggara yang lain. Buahnya besar dengan sabut tebal dan matang dalam 12-13 bulan sebelum gugur diatas tanah untuk dikutip. Ada teknik memetik kelapa tinggi ini dengan menggunakan beruk, mengait dengan galah dan sebagainya.
Berbalik kepada kelapa jenis renek, Ia mempunyai saiz batang yang kecil, pokok tidak tinggi dan membolehkan buah dituai dengan mudah. Pokok varieti Tacunan adalah jenis renek yang mana pelepah daunnya masih mencecah tanah dan pokok sudah berbuah. Kelapa Tacunan adalah varieti kelapa popular di Filipina yang singkatannya dikenali dengan TACD (Tacunan Green Dwarf). Penulis dapati nama tempatan kelapa ini adalah 'Bilaka' dan 'Linkuranay' yang memberi makna 'jenis kelapa rendah dan hasil cepat'. Saiz buah dari jenis SEDANG dan BESAR berbanding dengan varieti kelapa renek lain. Kelapa ini amat popular ditanam untuk isi kelapa dan air kelapa dimana ia dikomersilkan. Dari segi bentuknya kelapa ini berbentuk Bulat dan warna HIJAU. PCA telah syorkan petani tanam varieti ini. Kelapa Tacunan adalah varieti kelapa yang cepat berbuah dimana tandan pertama lazimnya mencecah tanah dimana buahnya boleh dipetik tanpa perlu panjang atau gunakan galah. Ia boleh berhasil dalam masa kurang 2 tahun jika kawasan sesuai dan dijaga baik. Di Filipina yang mengalami bencana ribut taufan saban tahun menanam varieti Tacunan kerana ia dibuktikan tahan tiupan angin kuat dan ribut (cyclone) dan tidak mudah tumbang. Ini kerana batang kelapa Tacunan berbatang kuat, akar dalam dan robust. Laporan PCA menyatakan kelapa Tacunan mempu memberukan purrata hasil sebanyak 94 biji/pokok sepokok setahun dengan hasil potensi 204 biji/pk/tahun. Kelapa ini juga sesuai untuk ditanam di Malaysia. Benih asas Tacunan baru di tanam di Kongkong, Johor dan akan menghasilkan benih pada tahun 2020.
Pokak kelapa renek termasuk kelapa tacunan sesuai ditanam sebagai tanaman landskap dan komersil. Pokok kelapa Tacunan telah dibuat penyelidikkan di Jabatan Pertanian Sabah dengan membuat biakbaka untuk memilih varieti terbaik. Ia kini mula diterima oleh petani di Sabah sebagai satu varieti yang produktif dan menghasilkan buah dengan cepat. Beberapa petani telah menanam dan mula berbuah dengan benihnya dikeluarkan oleh UDARS (Sila lihat foto disebelah). Lawatan penulis ke UDARS telah menerima maklumat mengenai bagaimana proses biakbaka kelapa Tacunan ini yang kajiannya telah mengambil masa lebih daripada 15 tahun. Walau pun benih kelapa tacunan yang dijamin ketulinannya masih terhad, usaha untuk membiakkan dengan lebih banyak kelapa tacunan sedang giat dijalankan. Ramai pegawai pengembangan dan petani di Semenanjung Malaysia yang menunggu untuk menanam kelapa varieti tacunan ini. Penulis dapati walau pun ia jenis kelapa renek tetapi saiz buahnya menyamai dan lebih besar daripada kelapa Malaysn Tall. Ia tidak sama seperti kelapa renek lain dimana buahnya kecil seperti kelapa renek Papua yellow, Samoan dan Fiji Dwarf and Cameroon red serta jenia kelapa Malayan Yellow (MYD) and Nias Green. Bagaimana pun umumnya semua kelapa renek berbuah cepat.

Kelapa Hibrid adalah kelapa hasil kacukan antara Kelapa Tinggi dan kelapa Renek untuk mendapatkan ciri pokok rendah, buah besar, cepat berbuah dan tahan penyakit. Ia dibangunkan dengan kaedah kacukan silang yang bersistem untuk mempastikan hanya hibrid yang terpilih sahaja akan dijadikan benih untuk ditanam. Di Malaysia antara kelapa Hibrid yang popular adalah seperti Kelapa Matag (Matag Hijau - CN13, Matag Orange - CN14 dan Matag Gold -CN15). Kelap hibrid lain yang pernah popular di tanam di Malaysia adalah varieti Kelapa MAWA. Di Indonesia kelapa Hibrid yang popular seperti Varieti KHINA 1, KHINA 2, KHINA 3, KHINA 4 dan KHINA 5. Kelapa Macapuno merupakan sejenis kelapa mutan yang mana isinya adalah seperti jelly (thick gelatinous meat( dengan kandungan air sedikit. Saya ada menulis mengenai kelapa Macapuno (Sila klik disini) dan Kelapa hibrid Indonesia (Sila klik disini). Kelapa Macapuno adalah sangat popular di Filipina yang dijual sebagai makanan eksotik dalam bentuk sirap dan pencuci mulut. Saya berpeluang makan isi kelapa Macapuno yang ditanam disalah sebuah stesyen kelapa Jabatan Pertanian semasa membuat lawatan awal Febuari 2015 dimana kebetulan ia berbuah 4 biji dan hanya 1 biji sahaja yang ada ciri macapuno (jelly meats).
Pokok kelapa varieti Tacunan mampu mengeluarkan hasil sehingga 50 ke 90 biji sepokok setahun buah kelapa pada keadaan tempatan. Kajian dimakmal mendapati isi kelapa tacunan memang mengandungi asid laurik dan hasil minyak yang tinggi. Purata sebiji kelapa tacunan boleh menghasilkan sebanyak 53ml VCO (Virgin Coconut Oil). Ia merupakan varieti kelapa yang sangat sesuai ditanam untuk industri pembuatan VCO dimasa akan datang. Kajian juga mendapati buah kelapa tacunan yang cukup matang mengandungi 460g isi segar yang boleh menghasilkan 247g kopra pada 6% kelembapan. Purata berat buah yang diukur adalah 1,292gram (atau 1.3 kg sebiji) dan ini merupaka sangat besar (Sila lihat foto disebelah). Ketika penulis bersama mengukur buah tersebut di UDARS mendapati, purata ukurlilit 'polar' buah sepanjang 62cm dan juga ukurlilit 'equatorial' buah adalah 55cm. Kemudian sabut kelapa dikeluarkan dan ditimbang dimana ia memebrikan bacaan 381 gram. Kajian mengenai jumlah isipadu air dalam kelapa tacunan adalah purata sebanyak 238 ml sebiji. Ini amat sesuai untuk dijadikan industri air kelapa dan cconut shake (boleh dapat 2-3 gelas!). Apa yang istimewa mengenai kelapa tacunan ini juga mengenai kandungan dan tahap kemanisan airnya dengan bacaan 8.9%TSS (Total soluble sugar) iaitu agak manis. Berat tempurung yang dikira sebanyak 212 gram sebiji dan memberikan berat isi segar sebiji kelapa memberikan purata 460 gram. Kajian sterusnya mendapati ketebalan isi kelapa adalah sekitar 10.7mm. Analisa dilakukan terhadap kelapa tacunan dimana berat kopra yang dihasilkan sebanyak 247 gram sebiji dengan hasilkan kandungan minyak sebanyak 53ml. Purata berat buah kelapa muda untuk kegunaan air minuman pula adalah sekitar 3,837gram dimana ia mempunyai air dan sabut basah yang besar. Semuga artikel mengenai varieti kelapa tacunan yang julung-julung kali ditulis ini dapat menambah ilmu pembaca blog 'Anim Agro Technology' sebagai bahan rujukkan dan ilmiah. Wasallam!.
KELAPA TACUNAN... VARIETI BARU...

KELAPA RENEK... MASIH BAHARU.....
DARI FILIPINA...BIAKBAKA DILAKU...
TAHUN 2020..BENIHNYA DITUNGGU...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
UPLB, Los Banos,
Manila, Philipines.
(23 Rabiulawal 1435H)
-Attended International Course at SEARCA
Posted on 31 Ogos 2015
SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE 58
SEHATI SEJIWA