Support My Blog

Thursday, August 31, 2023

ARANG KAYU BIASA VS ARANG KAYU BRIKET (Part 2)

ARANG KAYU
(Bukan Arang Batu) adalah merupakan sisa kehitaman yang terdiri dari karbon tidak tulen yang terhasil dengan penyingkiran air dan bahan mudah terbakar lain dari bahan haiwan dan tumbuhan. Arang biasanya dihasilkan melalui proses pirolisis perlahan, pemanasan kayu, gula, tulang, atau bahan lain tanpa oksigen. Bahan yang terhasil adalah bahan lembut, rapuh, ringan, hitam, poros menyerupai batu arang dan merupakan 85% hingga 98% karbon dengan sisanya terdiri dari bahan kimia mudah terbakar dan abu. Berbeza pula dengan 'Arang Batu' atau 'batu arang' adalah sejenis batu enapan hitam mudah terbakar terdiri utamanya dari karbon sebati sikit dengan unsur-unsur lain seperti hidrogen (dalam bentuk hidrokarbon), sulfur, oksigen dan nitrogen. Sejak dulu dimana sebelum penggunaan gas dalam memanaskan bilik atau memasak lazimnya orang-orang menggunakan arang hampir setiap hari untuk keperluan rumah tangganya. Mungkin untuk kebanyakan orang dan disesetangah kawasan dimana penggunaan arang lebih popular untuk keperluan memasak. Selain itu apa yang penulis blog tahu dimana arang juga digunakan untuk kegiatan lain terutama dalam sektor tanaman atau mereka yang minat berkebun dimana mereka tahu manfaat arang ini untuk tanaman namun tidak untuk orang-orang awam yang lain. Arang adalah bahan yang sangat mudah untuk semua orang mendapatkannya sebagai bahan pembakaran penting terutama jika ada yang berminat dengan membuat Majlis BBQ untuk membakar sate, daging bakar, ayam bakar, mushmelo dan sebagainya. Di Malaysia bekalan arang boleh dibeli di kedai runcit, mini market, pasaraya, di pasar biasa malahan kini boleh didapatkan melalui belian secara atas talian )on-line) sahaja. Harga arang kayu pun mampu di beli walau pun ada sedikit kelainan dari segi harga, kualiti dan kuantiti yag dibeli. Artikel pada malam Selasa ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan beberapa fakta menarik iaitu mengenai perbezaan antara arang kayu dengan arang kayu briket untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan semua pembaca blog.


Mungkin masih ramai kalangan pembaca blog ini yang tidak tahu fakta iaitu apakah dia 
perbezaan di antara arang kayu biasa serta arang kayu briket yang sudah ada di pasaran. Perbezaan pertama adalah JENIS BAHAN ASAS yang digunakan. Secara umumnya arang kayu biasa akan menggunakan pelbagai bentuk asal kayu yang telah diproses atau pun sudah dibakar untuk dijadikan arang. Apa yang penulis blog faham dimana arang jenis ini adalah ia 100% dari bahan asal (kayu) yang diambil dari pelbagai jenis, saiz dan kualiti pokok yang dipilih. Di Malaysia paling popular di jadikan arang kayu biasa adalah Arang Kayu Bakau yang diambil dari pokok bakau yang banyak tumbuh dikawasan hutan pantai. Memang di beberaa negara lain pun dilaporkan diantara yang popular di gunakan adalah jenis pokok kayu bakau dan pokok balak. Berlainan ula dengan jenis arang briket yang mana ia menggunakan bahan asas habuk kayu dari kilang dari bahan terutama habuk arang kayu (bercampur) dan kemudian ia akan dicampurkan dengan arang tempurung kelapa (kerana kandungan bahan arang tempurung kelapa dalam arang briket menentukan kualiti arang). Lebih tinggi kandungannya maka lebih berkualiti arang briket tersebut yang dipasarkan. Apa pun ada juga bahan lain termasuk bahan natural seperti tepung kanji yang berfungsi untuk membentukkan arang itu di dalam acuan mengikut kemahuan pengilang. Memang penting untuk mengetahui formulasi oleh pengilang arang briket kerana sesetengah pengilang menambah lagi beberapa bahan lain (termasuk bahan kimia tertentu) untuk meningkatkan 'kualiti dan kemasan' arang briket tersebut. Dilaporkan antara bahan yang ada ditambah seperti bahana khas untuk membuatkan arang briket ini mampu menghasilkan abu yang berwarna putih dan nampak lebih cantik ketika proses pembaraan semasa pembakaran.


Faktur KEPANASAN atau SUHU dalam penyediaan dan penggunaan arang menentukan ciri perbezaan antara kedua jenis arang ini. Bagi jenis a
rang kayu biasa dilaporkan ia adalah lebih panas dan boleh menghasilkan suhu pembakaran yang lebih tinggi sehingga mencecah 1,000°C. Arang kayu sebenarnya sesuai untuk pembakaran yang pantas dan juga digunakan oleh 'pandai besi' dalam memanaskan besi bagi dijadikan pelbagai produk besi (Sila lihat foto disebelah). Bagaimana pun dilaporkan dimana tahap efektif pembakaran lebih rendah kerana suhu sukar dikawal dan senang pula ia mengeluarkan api. Ada dakwaan dimana ada banyak bentuk (shape) dan zaiz arang kayu biasa dan ia berlainan untuk disusun dimana ini memburukkan lagi tahap efektif untuk mengawal bahan bakar BBQ dan ia mudah hangus. Memang bentuk dan saiz arang kayu biasa sukar untuk mendapat saiz yang segaram didalam pembungkusan dan petugas terpaksa memecahkan menggunakan tukul sebelum dimasukkan kedalam tempat pembakaran. Berlainan pula dengan jenis arang briket dimana suhu arang briket lebih rendah dari suhu arang kayu biasa dimana dilaporkan yang suhunya adalah bergantung pada kualiti briket kepanasan lingungan dari 800 - 950°C akan tetapi arang briket ini lebih senang untuk dikawal. Malah bentuk dan saiznya yang sama membuatkan tahap efektif pembakaran bahan BBQ akan menjadi lebih baik, ia mudah dikawal dan bahan BBW yang di bakar akan dapat masak dengan lebih konsisten. Perbezaan mengenai MASA UNTUK ARANG DIHIDUPKAN antara kedua jenis arang ini adalah berkaitan. Bagi jenis arang kayu biasa dimana selalunya proses menghidupkan lebih mudah kerana arang kayu biasa sangat responsif pada oksigen. Bergantung juga pada kepandaian seseorang atau tukang hidupkan arang tersebut memang ia mudah terbakar. Pada kebiasaannya dimana proses untuk menghidupkan arang kayu biasa ini akan menggunakan minyak masak, tiub tayar serta papan telur. Berlainan pula dengan jenis arang briket masa memproses menghidupkan agak mengambil masa jika tidak kena pada caranya. Disebabkan itu setiap pengeluar arang briket juga akan membekalkan 'fire starter' yang perlu dibeli berasingan untuk membantu dalam proses menghidupkan arang briket (juga sesuai digunakan untuk diguna kepada arang kayu biasa). Bagaimanapun lazimnya arang briket sangat mudah merebak setelah berjaya dihidupkan dan tidak mengeluarkan api seperti arang kayu biasa.


Melihat kepada cara dan juga kepada  PEMBUNGKUSAN kedua jenis arang ini adalah berlainan. Apa yang penulis blog lihat dimana bagi jenis arang kayu biasa bisanya ia akan dibungkuskan dalam guni atau plastik bag yang besar disebabkan bentuk yang berbeza. Juga saiz arangnya sangat berlainan kadangkala ada arang yang terlalu besar dan ada yang terlalu kecil. Setiap bungkusan berada dalam bentuk yang tidak teratur dan ia juga terlalu besar dan lazimnya ia lebih berat. Semasa arang kayu ini di bawa dimana selalunya ia akan berlau kes yang mengakibatkan banyak terjadi masalah arang yang pecah dan hancur kepada pembeli yang membeli dengan kuantiti banyak. Bagi arang briket pula dimaman pada kebiasaannya ai akan dibungkus didalm bag plastik, kotak atau bag kertas yg berkualiti tinggi (Sila lihat foto disebelah). Setiap bungkusan arang briket ini adalah dalam saiz yang sama iaitu ukuran kecil tetapi mempunyai lebih berat semasa ditimbang. Ia juga sangat mudah disimpan dalam kuantiti yang banyak dan kurang risiko pecah. Menilai perbezaan dari segi MASA PEMBAKARAN dimana arang kayu biasa yang mana ia lebih responsif kepada oksigen dan komposisi material yang keras serta cirinya yang tidak padat dan masih dalam bentuk asli pepejal, maka pembaraan pada arang kayu akan disertai oleh pembakaran pada arang tersebut. Maka arang kayu biasa akan lebih cepat habis dan hanya mampu bertahan tidak sampai 1 jam pada saiz yang medium. Berlainan pula dengan arang briket yang mana ia mempunyai komposisi arang briket lebih padat disebabkan proses mampatan yang diproses di dalam acuan. Biarpun selalunya dilihat ia agak sukar dihidupkan berbanding arang kayu akan tetapi arang briket yang telah berjaya dihidupkan mampu bertahan lama iaitu sehingga 2-4 jam bergantung pada kualiti arang tersebut.


Perbezaan juga berlaku dengan melihat 
KUANTITI ABU jenis arang yang akan dihasilkan. Pengalaman penulis blog yang sering menggunakan kedua jenis arang ini mendapati dimana arang kayu biasa akan hasilkan jenis abu yang dinilai ia lebih ringan dan sedikit jumlahnya (Sila lihat foto disebelah). Penulis bloh lihat ramai pengusaha membakar sate akan menggunakan arang kayu biasa berbanding dengan arang kayu briket kenala ia lebih murah, kurang jumlah abu yang dikeluarkan dan mudah dihidupkan. Dalam pada itu jenis arang briket dilihat ada kuantiti abu pada arang briket yang dilihat ia lebih banyak disebabkan penggunaan habuk arang kayu sebagai bahan utama. Bagaimanapun terdapat juga keadaan dimana ada sesetengah arang briket berkualiti tinggi yang mampu menghasilkan tahap kuantiti abu yang juga agak  sedikit. Bergantung pada tahap kualiti arang briket tersebut. Akhir sekali adalah perbezaan dari segi KUANTITI ASAP yang berlainan diantara kedua jenis arang ini, Bagi arang kayu biasa penulis blog dapati dimana asap yang terhasil selalu sangat banyak seiring dengan asap pembakaran yang biasa akan di lihat. Bagaimana pun bagi arang briket dimana selalunya ia hanya membara dan mengeluarkan asap yang terhasil disebabkan oleh minyak bahan membakar semasa bahan BBQ dibakar. Perlu untuk di pilih arang briket yang tidak mempunyai campuran bahan kimia kerana akan arang akan menghasilkan bau kimia tersebut ketika membara. Kebiasaannya arang import seperti buatan China banyak menggunakan bahan kimia didalam arang briket mereka. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 dan sesuai dibaca semuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
ARANG KAYU... ARANG BRIKET APA BEZA....
ARANG KAYU... AGAK MURAH HARGANYA...
ARANG BRIKET... RAMAI YANG MENGGUNA...
HARGA AGAK MAHAL... BELI ON-LINE SAJA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(12 Safar 1445H).
SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN KE 66!....

Wednesday, August 30, 2023

ARANG KAYU BIASA VS ARANG KAYU BRIKET (Part 1)

ARANG KAYU
(Bukan Arang Batu) adalah merupakan sisa kehitaman yang terdiri dari karbon tidak tulen yang terhasil dengan penyingkiran air dan bahan mudah terbakar lain dari bahan haiwan dan tumbuhan. Arang biasanya dihasilkan melalui proses pirolisis yang perlahan, pemanasan kayu, gula, tulang, atau bahan lain tanpa oksigen. Bahan yang terhasil adalah bahan lembut, rapuh, ringan, hitam, poros menyerupai batu arang dan merupakan 85% hingga 98% karbon dengan sisanya terdiri dari bahan kimia mudah terbakar dan abu. Berbeza pula dengan 'Arang Batu' atau 'batu arang' adalah sejenis batu enapan hitam mudah terbakar terdiri utamanya dari karbon sebati sikit dengan unsur-unsur lain seperti hidrogen (dalam bentuk hidrokarbon), sulfur, oksigen dan nitrogen. Sejak dulu dimana sebelum penggunaan gas dalam memanaskan bilik atau memasak lazimnya orang-orang menggunakan arang hampir setiap hari untuk keperluan rumah tangganya. Mungkin untuk kebanyakan orang dan disesetangah kawasan dimana penggunaan arang lebih popular untuk keperluan memasak. Selain itu apa yang penulis blog tahu dimana arang juga digunakan untuk kegiatan lain terutama dalam sektor tanaman atau mereka yang minat berkebun dimana mereka tahu manfaat arang ini untuk tanaman namun tidak untuk orang-orang awam yang lain. Arang adalah bahan yang sangat mudah untuk semua orang mendapatkannya sebagai bahan pembakaran penting terutama jika ada yang berminat dengan membuat Majlis BBQ untuk membakar sate, daging bakar, ayam bakar, mushmelo dan sebagainya. Di Malaysia bekalan arang boleh dibeli di kedai runcit, mini market, pasaraya, di pasar biasa malahan kini boleh didapatkan melalui belian secara atas talian )on-line) sahaja. Harga arang kayu pun mampu di beli walau pun ada sedikit kelainan dari segi harga, kualiti dan kuantiti yag dibeli. Artikel pada malam Selasa ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan beberapa fakta menarik mengenai perbezaan antara arang kayu dengan arang kayu briket untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan semua pembaca blog.


Lazimnya bahan a
rang kayu biasa dan arang briket merupakan bahan bakar alternatif yang banyak digunakan untuk keperluan memasak khususnya bagi membakar atau memanggang bahan makanan seperti daging, ikan, hingga sayuran tertentu.  Arang (charcoal) adalah kayu yang telah dipanaskan pada suhu tinggi tetapi dalam keadaan tanpa udara sehingga tidak boleh terbakar. Semua getah dan resin yang dikandung didalamnya mengurai atau menruap habis dan meninggalkan karbon hampir tulen yang akan terbakar perlahan-lahan dengan mudah daan dan bersih. Aada jenis arang dari kayu keras yang asli dimana ia dilihat masih berbentuk potongan kayu asalnya dan tidak mengandungi bahan aditif. Penggunaan arang kayu dimana ia tidak memengaruhi cita rasa makanan yang dimasak dengannya. Berlainan pula dengan jenis arang briket dimana arang ini diperbuat daripada habuk kayu, sekam padi dan sebagainya yang diproses menjadi debu arang dan dicetak mengikut bentuk sesuai. Penulis blog dapati dimana memang ada banyak jenis arang di pasaran yang berbagai katogorinya. Apa pun paling mudah ditemi adalah arang kayu diikuti dengan arang serbuk gergaji, arang sekam padi, arang tempurung kelapa, arang serasah, arang kulit buah mahoni dan jugaarang briket. Masing-masing jenis arang itu tentunya memiliki kelebihan dan kekurangan. Malaysia menghasilkan arang dibeberapa negeri seperti di kawasan pesisir pantai yang ada banyak sumber kayu bakau. Kayu Bakau juga dilaporkan antara bahan asas membuat arang kayu dan ia juga mampu hasilkan arang berkualiti di Malatysia. Kini arang ada dijua di kedai-kedai runcit, pasaraya dan dari atas talian sahaja. Penggunaan arang dalam penyediaan beberpapa jenis makanan terutama untuk membakar Sate, Roti Canai, Mee Goreng dan sebagainya amat disukai ramai penduduk tempatan.


Berbalik kepada jenis Arang Briket dimana ia biasanya berbentuk lebih rapi kerana ia menggunakan bahan yang telah dihaluskan dan kemudian dicetak supaya hasilnya lebih seragam. Briket arang sendiri merupakan hasil dari modifikasi dan inovasi dari arang kayu. Keunggulan dari arang briket jika ia dibandingkan dengan arang kayu adalah daya tahan bakar yang lebih lama, sisa dari hasil pembakaran sedikit, asap yang dihasilkan sedikit dan kadar panas yang lebih tinggi. Arang ini merupakan arang yang ia dibuat dari arang jenis lain yang dihaluskan terlebih dahulu kemudian dicetak sesuai keperluan dengan campuran tepung kanji. Tujuan dari pembuatan briket arang adalah untuk ia dapat menambah jangka waktu bakar dan untuk lebih kos efektif. Dalam pada itu dilaporkan arang yang sering dijadikan briket arang antara lain adalag arang sekam, arang serbuk gergaji dan arang serasah. Arang-arang tersebut ukurannya terlalu kecil untuk digunakan terus sebagai bahan bakar dan akan cepat habis. Maka arang tersebut  adalah lebih sesuai jika ia diubah bentuknya menjadi briket arang. Biadanya bagi jenis arang tempurung kelapa dapat dijadikan briket arang akan tetapi hanya menggunakan bahan arang tempurung yang sudah hancur saja. Sebaiknya jika arang tempurung ini yang masih utuh maka ia sudah tidak perlu dijadikan briket arang dan sedia untuk dijual. Apa pun asasnya kelainan diantara arang kayu dengan arang briket adalah cara pembuatannya dan bahan asas digunakan. Briket arang adalah arang kayu yang diubah bentuk, ukuran dan juga sudah disesuaikan kepadatannya dengan cara tekanan (press) bahan campuran serbuk arang dan bahan perekat yang digunakan. Bahan asas sesuai yang digunakan untuk pembuatan briket arang umumnya arang atau kayu berukuran kecil yang diperolehi dari sisa habuk gergaji atau dari sisa daribahan industri perkayuan.


Lazimnya jika dilihat dari cara proses pembuatannya dimana arang briket mempunyai rupa bentuk yang cenderung lebih seragam dibandingkan arang kayu biasa. Arang kayu biasanya ia akan mempunyai bentuk yang tidak seragam dengan ukuran yang tidak seragam antara satu dengan lainnya. Arang briket pula dilihat lebih padat jika dibandingkan arang kayu biasa. Oleh sebab itu arang briket mempunyai daya tahan bakar yang lebih lama dengan jenis residu atau sisa hasil pembakaran sedikit dan cenderung lebih panas dibanding arang kayu biasa. Bagimana pun dari segi harga dimana arang briket pada umumnya dijual pada harga lebih mahal dari arang kayu biasa. Merujuk kepada kaedah pembelian Arang Briket secara on-line di Malaysia melalui aplikasi Shopee dimana 3 kg dijual dengan harga RM12.000 sahaja (RM4.00 sekilogram). Sementara intu di portal sama iaitu di Shopee dimana 20 kg arang kayu biasa dijual dengan harga sebanyak RM46.00 (sekitar RM2.30 sekilogram). Baik briket maupun arang sebenarnya sama-sama boleh digunakan untuk keperluan memasak atau pun membakar bahan makanan seperti BBQ. Sebenarnya Briket Arang atau biasa disebut 'Briquette Charcoal' atau mempunyai nama lain sebagai 'Arang Briket Sawdust' atau 'Sawdust Charcoal' atau 'Yakitori Charcoal' atau 'Ogatan Charcoal' adalah salah satu jenis arang yang dibuat dari bahan baku iaitu serbuk kayu yang di press menjadi briket lalu di proses menjadi arang dengan menggunakan 'carbonised stove' kiln sehinggakemudian ia menghasilkan salah satu briket arang yang mana ia mempunyai kualiti arang yang terbaik jika hendak dibanding jenis arang lainnya. Proses pengeuarannya dimana bahan asasnya iaitu serbuk kayu di campur kedalam loader untuk dilakukan aktiviti pencampuran dari berbagai jenis kayu keras yang lain. Serbuk kayu yang telah masuk loader di jalankan dengan menggunakan conveyer untuk masuk kedalam 'rotary mixer' yang berbentuk seperti mixer truk simen. Setelah serbuk arang tersebut melalui mixer maka serbuk itu di masukkan kedalam rotary dryer atau mesin cyclone dryer untuk menghasilkan serbuk kayu yang memiliki kekeringan maksima. Serbuk kayu yang sudah sangat kering tersebut diproses seterusnya didalam mesin briket press untuk menghasilkan briket kayu yang di press dengan kekuatan sekian ton untuk tujuan bagi menghasilkan briket yang kuat dan padat. Briket kayu yang sudah jadi tersebut kemudian di masukkan kedalam kiln carbonation atau tungku kiln untuk diproses menjadi arang sempurna selama lebih kurang 7 hari dan didinginkan 7 hari.  Briket arang siap untuk di bungkus sesuai dengan pasaran. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 dan sesuai dibaca semuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
ARANG KAYU... ARANG BRIKET APA BEZA....
ARANG KAYU... AGAK MURAH HARGANYA...
ARANG BRIKET... RAMAI YANG MENGGUNA...
HARGA AGAK MAHAL... BELI ON-LINE SAJA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(12 Safar 1445H).

Tuesday, August 29, 2023

PADI - CIRI PERTUMBUHAN DAN MUTASI

TANAMAN PADI 
(Oryza sativa L.) merupakan tanaman semusim yang mempunyai kemampuan beradaptasi pada berbagai keadaan dan persekitaran. Tanaman ini termasuk golongan jenis Poaceae (dulu adalah Graminae) atau ia adalah katehori rumput. Pada penulis blog dimana padi merupakan tanaman semusim dengan sistem perakaran serabut. Komponen Akar Padi (Root) mempunyai dua jenis sistem perakaran padi iaitu jenis akar seminal yang tumbuh dari radicula (akar primer) pada masa bijibenih bercambah dan jenis akar adventif (akar sekunder) yang mana ia keluar bercabang-cabang dimana ia tumbuh dari perdu batang muda bahagian bawah pokok padi. Apabila pertumbuhan pada akar primer terganggu maka akar seminal akan tumbuh dengan cepat. Akar-akar seminal ini kemudian akan digantikan oleh akar-akar sekunder (akar adventif) yang tumbuh dari perdu dibatang bahagian bawah. Bahagian akar yang telah dewasa dan telah mengalami pertubuhan baik akan berwarna coklat sedangkan akar yang masih muda dan aktif berwarna putih. Proses perakaran padi yang dalam, tebal, sihat seterusnya akan mencengkam tanah lebih luas. Ia akan membolehkan pokok padi menjadi kuat dan mampu menahan pokoko padi dari rebah dan membolehkan akar padi mampu untuk dapat menyerap air dan nutrien dengan lebih cekap terutama pada masa padi bunting dan pengisian buah. Akar tanaman padi berfungsi menyerap air dan nutrien ini dari dalam tanah yang kemudian diangkut ke bahagian atas tanaman untuk proses fotosintesis dan memberikan tenaga kehidupan. Kompopnen Batang Padi (stem) 
berfungsi sebagai penyokong pokok padi dan menyalurkan zat makanan dan air dalam tumbuhan tersebut. Batang padi apa yang penulis blog tahu berbentuk bulat, berongga dan mempunyai ruas-ruas. Antara ruas pada batang padi dipisahkan oleh buku (nodes) dimana panjang setiap ruas selalunya tidak sama. Ruas yang terpendek selalu terdapat pada pangkal batang dan ruas kedua, ketiga dan  ruas yang seterusnya lebih panjang dari pada ruas yang sebelumnya. Pada buku bahagian bawah ruas terdapat daun pelepah yang membalut ruas sampai buku bahagian atas. Dilihat pada buku bahagian hujung dari daun pelepah akan dilihat sistem percagangan dimana cabang yang terpendek menjadi ligula (lidah daun) dan bahagian yang terpanjang dan terbesar akan menjadi daun kelopak yang memiliki bahagian auricle pada sebelah kiri dan kanan. Artikel pada petang 1 Ramadan ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya gembira menulis berkaitan ciri marfologi, pertumbuhan dan mutasi tanaman padi untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan semua pembaca blog ini.


Daun Padi (leaves) merupakan komponen penting pada pokok padi. Daun kelopak yang terpanjang dan membalut ruas yang paling atas dari batang disebut daun bendera. Pembentukan anak-anak (tiller) padi sangat dipengaruhi oleh keberadaan unsur nutrien, sinaran cahaya matahari, jarak tanaman dan amalan agronomi. Daun tanaman padi memiliki ciri khas iaitu terdapat sisik dan telinga daun. Daun padi mempunyai tulang daun yang sejajar. Daun padi tumbuh pada batang dan tersusun berselang-seli pada setiap buku. Setiap daun padi dilihat terdiri atas helaian daun, pelepah daun yang membungkus ruas, telinga daun (auricle) dan lidah daun (ligule). Daun teratas selalu disebut 'daun bendera' yang kedudukannya dan ukurannya selalu dilihat berbeza dari daun padi yang lain. Satu daun pada awal fasa pertumbuhan padi selalu perlukan jangkamasa 4 - 5 hari untuk tumbuh secara penuh. Bagaimana pun selalunya pada fasa pertumbuhan seterusnya dimana jangkamasa proses pertumbuhannya memakan masa yang lebih lama sekitar 8 - 9 hari. Jumlah daun pada tiap tanaman bergantung pada varieti padi dimana kebanyakan varieti baru padi dikawasan tropika mempunyai sebanyak 14 - 18 helai daun pada batang utamanya. Kompponen Bunga Padi (Flower) a
dalah dari jenis bunga telanjang dimana ia mempunyai dua jantina dengan bunga yang bakal menjadi buah adalah bunga yang di atas. Bahagian bagian bunga padi terdiri dari tangkai, bakal buah, lemma, palea, putik dan benang sari. Jumlah benang sari ada 6 unit dengan tangkai sarinya pendek dan tipis, kepala sari besar serta mempunyai dua sarung debunga. Putik bunga ini akan mempunyai dua tangkai putik dengan dua buah kepala putik yang berbentuk malai dengan warna pada umumnya putih atau ungu. Jika bunga padi sudah matang maka palea dan lemma yang asalnya bersatu akan terbuka dengan sendirinya agar pemanjangan benang sari dapat terlihat dari floret yang membuka. Masa terbuka palea dan lemma ini selalu berlaku diantara jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari pada suhu 30-32 Celsius. Palea dan lemma kemudian akan tertutup setelah kepala sari selesai melakukan proses dalam pendebungaaan. 


Komponen Buah Padi (Grain) yang mana 
sebenarnya selalu disebut sebagai 'Bijirin padi' atau 'bulir' atau 'Biji Padi atau Gabah' dimana ia sebenarnya bukan biji melainkan buah padi yang tertutup oleh lemma dan palea. Lemma dan palea serta bahagian lain akan membentuk sekam atau kulit padi atau gabah dimana lemma selalu lebih besar dari palea dan menutupi hampir 2/3 permukaan beras, sedangkan pada sisi palea tepat akan bertemu pada bahagian sisi lemma. Biji padi terdiri atas biji yang terbungkus sekam dimana komponen sekam terdiri atas gluma rudimenter dan sebahagian dari tangkai gabah (pedicel). Berat bijirin padi beragam dari 12 - 44 mg pada kadar air 0% sedangkan berat bagi sekam adalah pada purata sekitar 20% berat biji padi. Perkara asas yang selalu berlaku pada tanaman padi adalah Proses Mutasi Padi. Ini kerana secara umum perubahan sifat keturunan disebut dengan mutasi iaitu proses perubahan yang terjadi pada kandungan sifat genetik (gen atau kromosom) suatu sel yang diwariskan kepada keturunan dan varietinya. Antara penyebab terjadinya 'mutasi' diantaranya disebabkan oleh kesalahan replika bahan genetik semasa proses pembelahan sel berpunca dari kesan Radiasi, Bahan Kimia (mutagen) atau disebabkan serangan Virus semasa proses Meiosis. Tetapi ada juga mutasi yang tidak jelas mutagennya iaitu berlaku disebabkan oleh kesan kealpaan atau kekeliruan yang berlaku pada suatu proses metabolisma dalam sel. Apa pun perkara ini boleh terjadi keranaa adanya ilmu kemungkinan (probability) dan ia bukan berpunca dari pengaruh luar tetapi kerana oleh kebetulan sahaja. Mutasi dapat terjadi secara spontan (spontaneous mutation) dan juga dapat terjadi melalui induksi (induced mutation). Mutasi spontan adalah mutasi (perubahan materi genetik) yang disebabkan oleh adanya sesuatu pengaruh yang tidak jelas sama ada ia berpunca dari kesan persekitaran luar atau pun dari internal organisma itu sendiri. Sedangkan mutasi terinduksi adalah mutasi yang disebabkan oleh paparan dari sesuatu yang jelas sebagai contoh apabila ada paparan sinar UV. Apa pun dilaporkan memang tida ada perbezaan antara mutasi yang terjadi secara semulajadi (natural) atau pun mutasi hasil induksi pada tanaman padi. Mutasi mempunyai makna amat penting bagi pemurnian baka tanaman padi kerana kesan dari radiasi juga memungkinkan untuk meningkatkan hanya satu karakter yang diinginkan dalam varieti padi tertentu yang dikehendakki tanpa mengubah ciri atau karakter yang lainnya. Tanaman seperti padi yang secara umum dibiakkan secara vegetatif pada umumnya bersifat heterozigot yang dapat menimbulkan keragaman yang tinggi setelah dilakukannya radiasi. Radiasi merupakan satu-satunya proses dan cara yang mana ia dapat dilakukan untuk meningkatkan keragaman pada tanaman yang steril dan apomiksis (Mutasi juga dapat menghasilkan karagaman yang lebih cepat dibandingkan pemuliaan secara konvensional). Selain itu juga mutasi juga dapat menghasilkan keragaman yang tidak dapat dijangka hasilnya. Perkara ini adalah aspek sangat baik dalam proses biakbaka tanaman padi. Dilaporkan proses mutasi ini dilihat ia mempunyai aspek  beberapa keunggulan juga memiliki beberapa kelemahan seperti kesan ketidakstabilan sifat-sifat genetik yang muncul pada generasi berikutnya.


Teknologi 
Radiasi Sinar Gamma merupakan teknik popular dilakukan dalam proses mutasi termasuk bagi tanaman padi. Biasanya radiasi adalah melakukan pancaran tenaga melalui suatu bahan atau ruang dalam bentuk panas, partikel, atau gelombang elektromagnetik (foton) dari suatu sumber tenaga. Radiasi memiliki beberapa jenis iaitu Radiasi sinar X, Radiasi Sinar Gamma dan Radiasi Sinar Ultra Violet. Radiasi sinar gamma akan dipancarkan dari isotop radio aktif dimana panjang gelombangnya lebih pendek dari sinar X dan daya tembusnya adalah yang paling kuat. Ada laporan dimana sinar gamma merupakan bentuk sinar yang paling kuat dari bentuk radiasi yang diketahui penyelidik dimana kesan kekuatannya hampir 1 billionr kali lebih kuat tenaganya berbandingkan radiasi Sinar X. Sinar gama yang keluarkan tenaga membolehkan kesan kerosakan molekul melalui reaksi spontan di mana tenaga radiasi diserap oleh molekul DNA. Pada reaksi tidak langsung dimana tenaga tidak diserap oleh DNA akan tetapi ia oleh molekul lain dalam sel sama mampu menghasilkan radikal bebas sehingga ianya akan mengakibatkan perubahan molekul DNA. Pada dos iradiasi sinar gamma 100 Gy dimana biji padi mempunyai purata berat biji padi bagi satu rumpun sekitar 13.13 gram apabila ada kesan radiasi membolehkan berat biji menjadi seberat 11.38 gram serumpun. Sinar gamma dilaporkan mampu menambah baik pertumbuhan akar, batang dan daun (pertumbuhan vegetatif). Dos radiasi yang diberikan untuk mendapatkan baka padi baru yang memperlihatkan wujud perubahan sifat (mutant) tergantung pada jenis tanaman, fasa pertumbuhan, ukuran, kekerasan dan bahan yang akan dimutasi. Kebaikan proses radiasi sinar gamma dengan tahap rawatan berbagai dos didakwa akan mampu mendapatkan jenis varieti padi lebih baik dan unggul yang memiliki ciri-ciri biji padi lebih baik dari sebelumnya. Pemberian dos radiasi yang terlalu tinggi akan menyebabkan proses pembelahan sel yang boleh menyebabkan kematian sel yang berpengaruh terhadap pertumbuhan tanaman, menurunnya daya tumbuh tanaman dan morfologi tanaman. Rawatan dos dosis radiasi yang terlalu rendah pula ia tidak cukup untuk memutasikan tanaman padi kerana frekuensi tanaman yang terlalu rendah hanya menghasilkan sedikit kesan. Varieti padi yang dtanam akan berkurangan ketahannya apabila sudah lama ditanam banyak tahun. Penulois blog dapati dimana sejak 1969 hingga kini MARDI sudah mengisytiharkan lebih dari 47 varieti padi untuk ditanam pesawah di Malaysia. Setiap varieti mempunyai kelebihan masing-masing dari segi ketahanan terhadap penyakit, hasil dan rasa. Kepelbagaian genetik dalam ekosistem penanaman padi ini penting untuk memberi lebih pilihan varieti kepada pesawah selain memastikan bekalan makanan ruji negara sentiasa terjamin. Dilaporkan lebih 90 peratus daripada kawasan tanaman padi di Malaysia atau 350,000 hektar menggunakan varieti padi yang mana proses penyelidikanya adalah dihasilkan MARDI. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TANAMAN PADI... BANYAK ILMUNYA...
MARFOLOGI PADI... SEMUA DIBACA...
BERLAKU MUTASI... SEMULAJADI ADA...
SECARA RADIASI..., DAPATKAN BAKA...

By,
M Anem,
Senior Agriculturist Expert,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(1 Ramadan 1444H).
Posted and updated:
12 Safar 1445H.

Monday, August 28, 2023

PISANG GORENG CHEESE - VIRAL

PISANG GORENG CHEESE
atau pun lebih popular dengan gelaran Pisang Goreng Keju kini merupakan sejenis makanan berasaskan pisang yang digoreng bersama keju yang sudah viral dikalangan rakyat Malaysia. Pisang Keju kini semakin diminati ramai berbanding dengan pisang goreng tradisional yang hanya menggunakan tepung rangup sahaja. Apabila seseorang meminati makan pisang goreng panas dan ia dtambah pula dengan jala keju serta ada yang ditambah coklat akan menambah rasa lemak kepada pisang tersebut. Penulis blog memang salah seorang peminat pisang goreng keju yang ada dijual di beberapa buah kompleks belibelah, RnR PLUS, Restoren, Pasar Malam dan sebagainya. Buah Pisang (Musa spp) merupakan sejenis buah tropika tidak bermusim yang ditanam di negara kita secara komersil untuk tujuan makan segar atau pun di proses untuk dijadikan kuih muih dan juga pelbagai jenis makanan ringan seperti kerepek pisang dan sebagainya. Terdapat berpuloh jenis pisang yang ditanam di Malaysia yang mana anda boleh mengenali jenis pisang ini dalam penulisan saya sebelum ini (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan berpuloh artikel lagi mengenai pisang dalam blog ini. Hanya beberapa jenis pisang yang sedap untuk di goreng seperti Pisang Abu, Pisang Kapok, Pisang Tanduk, Pisang Nangka, Pisang Awak dan ada beberapa lagi. Biasanya ia juga bergantung kepada teknik menggoreng dan pasaran dimana pisang goreng dihidangkan dalam banyak keadaan dariada semasa mesyuarat, jamuan umum, minum petang bersama keluarga dan sebagainya. Kini pembaca boleh mendapatkan pisang cheese melalui kaedah pembelian secara on-line sahaja dimana kemudian para penghantar makanan seperti Grab Food atau Panda Food akan menghantar terus kerumah.  Pisang merukapan jenis makanan yang murah tetapi dengan adanya produk piang goreng keju ini telah meningkatkan lagi nilai pasaran bagi pisang. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya akan paparkan mengenai makanan viral iaitu pisang goreng cheese atau pisang goreng coklat untuk dijadikan bahan bacaan semua.


Pada masa ini resepi pisang goreng cheese cukup popular sekitar beberapa tahun dulu dan kini sudah viral. Produk ini sudah pun mendapat permintaan ramai hingga ada yang merebut peluang keterujaan orang ramai untuk menjadikan ianya sebagai pendapatan sampingan melalui jualan secara terus atau on-linbe sahaja. Ada laporan dimana ramai peminat makanan ini yang menceritakan dan mengambarkan betapa enak dan lazatnya bila dapat menikmati pisang goreng cheese dan juga pisang goreng coklat. Memang bagi penulis blog makanan ini akan bertambah enak lagi bila di makan ketika masih hangat. Apa pun Pisang Goreng Cheese di katakan dessert yang cukup popular di negara jiran Indonesia. Ianya di jual dibanyak lokasi sama ada di tepi jalan dimana ia  sangat di gemari warga setempat maupun para pelancung asing juga. Ada beberapa youtubers yang membuat konten mengenai pisang goreg cheese ini dan diviralkan juga dan juga dalam tiktok. Memang s
ebenarnya untuk buat pisang goreng cheese ini tidaklah susah dimana semua pembaca blog pun boleh mencuba. Apa pun bahan utama yang diperlukan pastilah pisang. Pisang pada penulis blog cuba dapatkan apa-apa jenis pisang untuk goreng yang sesuai untuk di goreng seperti pisang nipah, pisang tanduk, pisang nangka atau pisang lain yang sesuai di goreng. Pisang tersebut sebaiknya tidak terlalu masak atau pun belum masak lagi kerana ia akan akhirnya menjejaskan kualiti. Pisang janganlah terlalu keras dan jangan juga yang terlalu masak atau pada tahap masak sedang sahaja. Pernah penulis blog gunakan pisang agak muda sangat dimana hasilnya menjadi keras dan tawar yang rasanya kurang sedap. Kalau pisang masak sangat nanti hasilnya jadi lembik, banyakk minyak dan rasa yang terlalu manis serta tidak tahan lama. Berlainan dengan cara masaknya di negeri jiran Indonesia yang biasanya pisang ini akan di goreng terus dalam minyak panas tanpa di celup tepung dimana kesannya tidak celup tepung maka ia akan menyerap minyak yang banyak dan rasanya pun tidak berapa enak. Cara memasak dengan tidak di goreng sebaliknya di bakar juga memberikan kelainan.


Membuat sendiri resepi pisang ini mudah sahaja dibuat dirumah. Bahan diperlukan adalah satu sisir pisang (ia kemudian perlu dibuang kulit dan dipotong dua), 2 cawan tepung beras, 1 cawan tepung gandum, 1 sudu besar baking powder, 5 sudu besar santan, sedikit kunyit serbuk atau pewarna kuning, secubit garam, 1 sudu besar margerin dan juga 1 biji telur. Cara membuatnya dengan mencairkan bahan mentega dan ia dis
atukan bersama tepung gandum, tepung beras, garam, pewarna, baking powder, santan dan telur secara mengacau rata. Kemudian dituangkan bahan margerin cair dan dikacau sebati. Masukkan pisang dan dalam masa sama dipanaskan minyak dalam kuali. Bila cukup panas maka digoreng pisang hingga kuning keemasan dan kemdudian diangkat dan toskan minyaknya. Langkah seterusnya adalah menydiakan bahan Sos dan Topping dimana menggunakan bahan iaitu 1 sudu besar butter, 1 sudu besar susu pekat manis, Keju Cheedar dan kemudian di sagat halus serta Choc Rise atau parutan coklat masakan. Seterusnya didalam kuali yang bersih maka bolehah dicairkan butter. Tutup api bila butter dah cairdan kemudian ditambahkan susu pekat manis dan sedikit keju dan sentiasa dikacau rata. Seterusnya dimasukkan pisang yang telah siap di goreng tadi dan digaul rata. Angkat pisang dan letak di atas pinggan atau bekas yang sesuai. Kemudian ia ditaburkan dengan keju cheedar yang telah di sagat dan taburkan dengan choc rise atau parutan coklat masakan. Memang makanan ini memang cukup enak di makan ketika masih hangat.


Dalam portal berita hmetro.com ada dilaporkan bagaimana ada seorang pengusaha goreng pisang gunakan '
40kg pisang sehari' bagi sediakan pisang goreng cheese agak menarik dikongsikan. Kisah dari Gombak nyatakan dimana pisang goreng keju atau lebih dikenali sebagai pisang ‘cheese’ semakin menjadi sebutan dalam kalangan orang ramai yang menganggapnya sebagai juadah enak apabila pisang goreng dinikmati dengan keju parut. Bagi seorang peniaga, Ratna Dewi (46) dakwa perniagaan pisang cheese yang dilakukan sejak enam bulan lalu seperti meniup semangat baru kepada dirinya untuk terus berkecimpung dalam perniagaan. Dia sebelum ini melakukan pelbagai perniagaan termasuk menjahit, secara tiba-tiba menemui jalan buntu apabila kurang mendapat sambutan selain sukar memberi fokus. Dia dulu pernah terdesak dan mencari jalan bagaimana untuk melakukan perniagaan yang mampu menjana keuntungan dengan cepat. Disebabkan itu juga, saya berhenti seketika daripada perniagaan dan bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat, tetapi bertahan selama seminggu. Resepi menyediakan pisang goreng cheese ini diperolehi daripada rakannya yang sudah lama berniaga dan kini semakin mendapat pelanggan tetap terutama sebelah petang. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
PISANG GORENG.. ADA CHEESE PULA... 
PERASA COKLAT... ADA DIJUAL JUGA...
RESEPI DIPAPARKAN... KENA CUBA...
USAHAWAN BERJAYA... SUDAH ADA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(20 Ramadan 1444H). 
Selamat Berpuasa Ramadan!.
Kemaskini Dan posting: 
11Safar 1445H.

Sunday, August 27, 2023

RACUN RUMPAI - FAKTA YANG PERLU TAHU

RACUN RUMPAI
(Weedicide) ialah racun makhluk perosak yang digunakan untuk membunuh rumpai dan tumbuhan yang tidak dikehendaki dikawasan kebun atau di tanah lapang. Apa pu dilaporkan ada terdapat dua jenis sifat racun rumpai iaitu Racun Selektif (memilih) dan Racun Tidak Selektif (tidak memilih). Racun rumpai selektif hanya mematikan rumpai atau spesis rumpai tertentu sahaja manakala ia akan meninggalkan tanaman dalam keadaan terkawal. Sesetengah tindakan ini adalah dengan mengganggu pertumbuhan rumpai dimana ia selalunya bersifat "peniruan" hormon tumbuhan. Pemilihan mungkin disebabkan oleh translokasi, penyerapan berbeza, perbezaan fizikal (morfologi) atau fisiologi antara spesies tumbuhan.Antara contoh racun rumpai selektif adalah seperti 2,4-D dan Imazapic. Racun rumpai jenis tidak selektif pula akan bertindak terhadap spesies tumbuhan tertentu dan akan mematikan tumbuhan yang terkena racun. Ia digunakan untuk membersihkan tapak perindustrian, tanah sisa, jalan kereta api dan semak di benteng keretapi dan sebagainya. Dilaporkan dimana Racun seperti Paraquat, Glufosinate, Glyphosate adalah racun rumpai tidak selektif. Ia membunuh semua jenis tumbuhan yang disentuh olehnya. Kuantiti racun jenis ini dengan kuantiti sedikit digunakan di kawasan perhutanan, sistem pastura dan pengurusan kawasan yang terdapat hidupan liar seperti di kawasan Zoo Binatang. Saintis laporkan dimana ada sesetengah tumbuhan yang mampu untuk ianya menghasilkan racun rumpai secara semula jadi seperti genus Juglans (walnut) atau pokok Syurga dimana cara tindakan seperti ini atau beberapa interaksi kimia berkaitan digelar alelopati. Penulis blog dapati dimana racun rumpai digunakan secara meluas dalam bidang pertanian dan pengurusan rumput turf. Di USA dilaporkan dimana hampir 70% daripada jumlah racun makhluk perosak yang digunakan adalah racun rumpai. Begitu juga di Malaysia dimana penggunaan racun rumpai adalah luas digunakan dalam mengawal rumpai dalam semua aktiviti berkaitan. Antara puncanya ialah racun rumpai dapat mengawal rumpai dengan lebih baik, murah dan menjimatkan masa serta kesan yang signifikan. Di Malaysia apa yang penulis blog lihat dimana corak penggunaan racun rumpai tidak banyak berbeza dengan negara-negara lain yang lebih maju kerana aplikasi teknologinya adalah mengikut prosedur khusus. Lazimnya kos atau perbelanjaan terhadap racun rumpai meningkat 15% setiap tahun akan tetapi semenjak perang Rusia-Ukraine dan pasca-pandemik covid 19 dilaporkan kenaikan harga racun rumpai meningkat sehingga lebih dari 150%. Seperti penulis blog jangkakan dimana kos racun dan bahan input kinia lain seperti baja akan terus meningkat selagi tiada cara-cara lain yang lebih baik sebagai pengganti untuk mengawal rumpai. Kini petani yang menggunakan bahan kimia dalam sistem amalan agronomi di ladang atau kebun merasa tertekan dengan ancaman kos ini yang menghimpit pendapatan mereka dan kualiti hasil pertanian mereka. Artikel pagi Jumaat ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan beberapa fakta yang perlu tahu mengenai racun rumpai sekadar menjadi bahan rujukkan pembaca blog semua.


Racun Rumpai Jenis Sistemik adalah jenis racun yang menyerap kedalam sistem rumpai dan membunuh rumpai dengan mengganggu proses metabolism dalaman rumpai. Sebagai contoh racun jenis 'monoron' menghalang proses Fotosintesis. Lain-lain racun mungkin merosakkan proses pernafasan, metabolism, karbohirat, lemak dan juga protein. Cara bertindak jenis racun ini adalah dengan mengganggu proses metabolism tumbuhan yang berkenaan. Biasanya racun rumpai jenis ini juga dapat membunuh rumpai dengan lebih berkesan. Selalunya racun jenis ini kesannya terhadap rumpai adalah lambat iaitu selama 2-3 minggu. Setengah-setengah petani mencampur racun sentuh dengan racun sistemik untuk mendapat kesan yang cepat. Ini tidak sesuai dilakukan walau pun kesannya nampak nyata. Racun sentuh akan membunuh tissue dan apabila tissue telah mati pergerakan racun sistemik akan tergganggu. Menggunakan tahap atau kadar kepekatan yang tinggi juga tidak sesuai untuk racun ini. Kepekatan yang tinggi akan menyebabkan kematian pada tissue tertentu dan ini akan menghalang pergerakan racun ke bahagian akar rumpai. Kepada petani yang ingin membeli racun rumpai perlu memahami jenis racun apa yang hendak dibeli adalah amat penting. Petani boleh bertanya terus kepada penjual racun tersebut dan kemudian mempastikan dengan membaca label pada botol racun.


Jenis Racun Rumpai Sentuh bertindak dengan sentuhan kepada bahagian tanaman (daun dan batang) dan akan matikan rumpai. Kesan racun sentuh adalah cepat dan dapat dilihat tumbuhan layu dalam beberapa jam sahaja selepas penyemburan dijalankan. Racun Sistemik bertindak dengan diserap kedalam seluruh bahagian tumbuhan dam rumpai akan mati perlahan-lahan. Lazimnya proses racun ini lambat dilihat. Selepas 2-3 hari pun kesan racun jenis ini tidak dapat dikesan lagi. Keberkesanan racun ini agak lama berbanding dengan racun sentuh. 
Pada asasnya cara racun bertindak ada dua cara iaitu dengan cara 'Sentuh' dan dengan cara 'Sistemik'. Apa yang penulis blog maksudkan dengan satu konsep penggunaan racun sentuh samalah seperti menebas rumpai yang tidak dikehendakki. Racun sentuh akan membunuh bahagian yang kena dengan racun sahaja manakala yang tidak terkena masih hidup lgi. Bahagian akar dan mungkin batang yang terlindung akan hidup dan akan tumbuh semula. Ia sangat berkesan pada rumpai daun lebar yang tumbuh semusim. Racun sentuh sesuai digunakan bagi kawasan yang telah ditanam dan disembur secara jalur atau semburan bulatan dibawah kanopi tumbuhan. Lazimnya untuk ini campuran dengan racun pracambah adalah dicadangkan. Untuk kawalan yang menyeluruh bagi rumpai saka, racun ini perlu digunakan berulang-ulang dalam jangkamasa yang pendek. Tujuannya adalah untuk mengurangkan dan terus menghabiskan simpanan makanan dalaman dalam tisu yang tidak terkena racun. 


Portal berita dari bharian.com ada mempaparkan kisah bagaimana 'CAP gesa haramkan penggunaan glyphosate' untuk dikongsikan. Pernah dilaporrkan bagaimana CAP menggesa Kementerian Pertanian & Industri Makanan (MAFI) dan Lembaga Racun Makhluk Perosak (MRLP) supaya mengharamkan penggunaan ‘glyphosate’ dan racun rumpai berasaskan bahan itu kerana memberi kesan ke atas kesihatan manusia, haiwan dan alam sekitar. Ia berlaku apabila dulu Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Pertanian & Industri Makanan (MAFI) dan Lembaga Racun Makhluk Perosak (MRLP) supaya mengharamkan penggunaan 'glyphosate' dan racun rumpai berasaskan bahan itu kerana memberi kesan ke atas kesihatan manusia, haiwan dan alam sekitar. Malah bahan itu juga dikategorikan sebagai karsinogen yang boleh dilapor menyebabkan barah kepada manusia serta pelbagai masalah kesihatan. Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader, berkata individu yang banyak terdedah kepada racun rumpai itu lebih berisiko mengalami barah yang dipanggil 'non-Hodgkin limfoma (NHL)'. Penemuan itu amat membimbangkan berikutan bahan glyphosate yang paling banyak digunakan dalam racun rumpai. Dilaporkan bahawa kira-kira 8.6 bilion kilogram racun rumpai berasaskan glyphosate sudah disembur di seluruh dunia sejak 1974. Penggunaannya sudah meningkat 15 kali ganda sejak tanaman kejuruteraan genetik diperkenalkan pada 1996 yang mana majoriti daripadanya adalah tanaman kejuruteraan genetik (GE) toleran glyphosate. Kebimbangan mengenai kesan kesihatan glyphosate memuncak apabila Agensi Antarabangsa bagi Penyelidikan Kanser (IARC) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengkategorikan racun rumpai itu sebagai kemungkinan karsinogen kepada manusia pada 2015. Ia tambah meruncing dengan peningkatan bukti bahayanya kepada manusia dan saman undang-undang terhadap pengeluarnya (Monsanto). Antara individu yang terdedah kepada racun rumpai berasaskan glyphosate mempunyai 41 peratus peningkatan risiko mendapat non-Hodgkin limfoma (NHL). Walaupun tidak terdedah, sisa atau residu glyphosate boleh memasuki tanaman GE menerusi rantaian makanan. Susulan itu, CAP sudah menghantar memorandum kepada MAFI dan LRMP pada 25 September lalu berhubung gesaan berkenaan.  Menerusi laman sesawang Jabatan Biokeselamatan Malaysia mendedahkan bahawa daripada 40 tanaman GE diluluskan bagi makanan, makanan haiwan dan pemprosesan, sebanyak 11 daripadanya adalah toleran kepada glyphosate. Semuga tulisan ini sedikit sebanyak berikan info kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
RACUN RUMPAI... SELALU DIGUNAKAN...
RACUN SISTEMIK....IA LAMA BERKESAN..
RACUN SENTUH... MUDAH DIGUNAKAN...
KESELAMATAN RACUN... DIUTAMAKAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(10 Safar 1445H).

Saturday, August 26, 2023

TAHI KAMBING - SESUAIKAH IA SEBAGAI BAJA?

TAHI KAMBING (Goat Dung) 
merupakan salah satu sisa najis kambing yang dikeluarkan dan boleh dikumpulkan dibawan kandang kambing sepanjang masa. Persoalannya ramai ingin tahu adalah tahi kambing ini sesuai digunakan sebagai baha tanaman dan bagaimanakah kteknologi terbaik menggunakannya. Kambing Bela Jinak
 (Capra aegagrus hircus) apa yang penulis blog be;ajar dan lihat merupakan satu subspesies kambing yang dibela jinak daripada kambing liar berasal dari Asia Barat Daya dan Eropah Timur. Haiwan Kambing ini ia dirangkumkan dalam famili Bovidae bersama dengan beberapa spesies lain seumpama biri-biri kerana kedua-duanya tergolong dalam subkeluarga Caprinae. Apa yang dilaporkan dimana terdapat lebih 300 baka kambing yang berlainan. Kambing adalah antara spesies yang paling lama dibela jinak oleh tamadun manusia sebagai haiwan terbakan pelbagai guna termasuk untuk susu, daging, bulu, dan kulit di seluruh dunia malahan kini tahi kambing pun sudah ada kepentingannya. Pada tahun 2021 dilaporkan dimana jumlah ternakan kambing yang hidup di seluruh dunia mencecah 925 - 050 juta ekor (Sumber: FAO Stat). Laporan sama juga menyatakan dimana pengeluaran susu kambing segar terbanyak pada tahun 2012 masa itu adalah India (4.85 juta tan metrik), Bangladesh (2.608 juta tan metrik) dan Sudan (1.532 juta tan metrik) dan kini tahun 2023 ianya dilaporkan pada kedudukkan sama dari negara ini. Pada penulis blog Tahi Kambing atau Tinja Kambing adalah salah satu hasil dari aktiviti menternak kambing yang boleh ianya di menafaatkan sebagai baja organik yang sesuai untuk tanaman. Penulis blong sebenarnya memang tahu akan perkara ini semenjak remaja dulu kerana pernah memelihara kambing dan tahi kambing diambil dari kandang kambing akan di kumpulkan dan di letakkan di bawah pokok pisang dan hasilnya pokok pisang subur dan memberikan hasil yang lumayan. Selama ini ramai pe,baca blog mungkin hanya tahu yang aktiviti ternakan kambing dan kambing biri-biri hanya menghasilkan satu produk saja misalnya kambing pedaging hanya menghasilkan daging, manakala kambing tenusu mengeluarkan susu saja. Saya rasa ramai penternak sedia maklum tinja atau najis ternakan sesuai dijadikan baja bagi pelbagai jenis tanaman, sama ada untuk tanaman jangka pendek atau panjang. Pada masa ini telah ada teknologi dan teknik pemprosesan tinja yang biasanya dibuang begitu saja dimana ianya mampu bagi menyumbang kepada pencemaran alam sekitar telah boleh di proses untuk dijadikan baja yang dikenali sebagai 'Baja organik'. Artikel pada pagi ini sambil melihat deruan ombak dari tingkat 4 berada di Sand & Sandals Resorts, di Desaru, Johor saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai persoalan adalakah tahi kambing sesuai untuk dijadikan baja bagi bahan rujukkan semua.


Dalam Sektor Pertanian, mungkin anda pernah dengar berkenaan 'Baja organik' atau ada yang katakan lebih popular sebagai 'Emas Hitam' oleh usahawan tertentu dimana ia merupakan hasil tahi atau tinja kambing yang diproses atau dikitar semula. Baja jenis organik ini juga merupakan baja yang dihasilkan daripada punca ternakan yang tidak mempunyai sebarang bahan kimia atau bahan hormon lain. Hasil kajian dan pemerhatian mengenai aktiviti menternak kambing lazimnya mereka akan bermula dengan bilangan populasi yang sesuai untuk mendapatkan jumlah tahi kambing yang ekonomik untuk di proses. Lazimnya dengan jumlah kambing sebanyak 50 ekor maka penternak sudah boleh mengusahakan baja organik untuk meningkatkan lagi pendapatan dan menggantikan punca pendapatan utama asal. Disarankan juga hasil tinjauan penulis blog dimana projek ini merupakan pelengkap kepada bidang penternakan selain daripada mendapatkan hasil aktiviti penternakan untuk daging, kulit, susu dan sebagainya. Kuantiti tahi kambing lazimnya terkumpul di bawah kandang akan bertambah dari sehari ke sehari dan ia perlulah diuruskan dengan baik. Keadaan sesuai penghasilan tahi kambing ini sering dilaporkan kan berlaku isu mengujudkan pencemaran bau jika ia tidak diuruskan dengan betul dan mengakibatkan pencemaran dikawasan kandang kambing. Keadaan berkenaan boleh menyebabkan berlakunya serangan beberapa jenis penyakit kepada kambing yang diternak seperti penyakit radang paru-paru terutama pada ternakan tua dan terlalu muda. Kandang kambing yang disimen dibawahnya serta dilakukan pengumpulan tahi setiap masa akan membolehkan ia bersih dan boleh diproses.


Memang perlu belajar bagaimana cara membuat baja organik dari tahi atau tinja kambing. Dilaporkan b
aja organik tinja kambing memang elok dan bagus untuk hampir semua jenis tanaman. Apa yang menarik didakwa penggunaan yang berlebihan kesannya ia tidak akan merosakkan pokok kerana kandungan baja yang telah diuraikan (bakteria) mudah untuk diserap akar tanaman. Cara buat baja organik ini pun tidak sepayah mana tetapi apa yang penting adalah pengusaha perlu ada ilmu dan rajun sebab kerja yang agak memenatkan untuk memproses 1 - 2 tan baja jika dijalankan secara manual. Sebaiknya dapatkan modal untuk membeli beberapa peralatan seperti mesin pembancuh simen (cement mixer) yang bantu kerja memproses untuk menjadi lebih mudah. Beberapa alatan lain seperti kereta sorong, baldi, penyodok, tong penyimpanan, alat timbang dan lebih komersil jika mampu membeli jentera penyodok (bobcat). Dalam beberapa teknologi banya formulasi yang boleh diamalkan dalam membuat baha dari tahi kambing. Penulis blog paparkan antaranya dimana bahan-bahan asas perlu ada adalah Tahi Jambing (83%),  Abu sawit 10% (100 kg), Habuk kayu 5% (50 kg), Kapur atau Lime 2% (20 kg) dan Stardex sekitar 0.25% (2.5 kg). Cara-cara membuat baja organik ini dengan mengeringkan Tinja kambing. Tahi perlu betul-betul kering bagi mengelakkan mesin grinder tersumbat. Hancurkan tinja menggunakan mesin penghancur (grinder). Ratakan tinja yang hancur didalam petak 1. Kemudian ditabur habuk kayu, abu kelapa sawit, kapur dan stardec. Gaul dan balik-balikkan sehingga agak sebati semua bahan-bahan asas. Campurkan air dan mula menggaul dan periksa kadar kelembapan adalah sehingga 60% . Longgokkan sehingga membukit dan adalah seeloknya ditutup dengan kanvas bagi mengelakkan kes kekeringan. Selalunya proses mengurai tahi akan berlaku oleh bacteria stardec ini (suhu akan mencecah sehingga 70° Celcius). Perlu dibiarkan selama seminggu dan rekodkan tarikh. Pada minggu kedua perlu dimasukkan ke petak ke 2 dan tutup. Pada minggu ketiga di pindahkan ke petak ke 3 dan tutup. Pada minggu ke empat dipindahkan ke petak ke 4 dan biarkan terbuka. Ini bagi mempercepatkan pengeringan berlaku. Pada ketika ini diperiksa suhu sudah mula menurun dimana ini bermakna proses penguraian telah berkurangan dan bau tahi telah hilang. Selepas 4 minggu mekudian ia boleh diselerakkan baja organi tahi kambing yang telah siap ini untuk dikeringkan supaya boleh dibungkus untuk digunakan atau dijual kepada pelanggan.


Merujuk kepada beberapa pengalaman dan usahawan tempatan yang memperkenalkan baja tahi kambing ini dengan jenama 'Emas Hitam' atau 'Mas Hitam' akan dikongsikan. Baja organik ini dihasilkan daripada hasil buangan haiwan atau tumbuhan. Baja ini 100% tidak terdapat unsur-unsur bahan kimia, antibiotik atau hormon. Baja organik yang dihasilkan daripada proses pengkomposan tinja kambing menggunakan STARDEC yang ditambah dengan bahan abu, kapur dan habuk kayu gergaji dalam tempoh tertentu. Selain itu pellet atau makanan kambing juga harus dicampur dengan Probiotik STARBIO. Proses pengkomposan dimana pallet atau makanan kambing haruslah dicampur dengan STARBIO sebanyak 300gm -500gm bagi 100 kg pallet. Kemudian tinja dikumpulkan dibangsal pengkomposan yang mana lantainya sudah ditabur dan dilapisi dengan habuk kayu gergaji, kapur, abu dan STARDEC. Kemudian bahan ini harus berlapis lapis dengan tinja kambing yang baru sehingga ketinggian 1.5 meter. Biarkan timbunan selama seminggu. Dipastikan agar bangsal proses pengomposan menggunakan lantai tanah dan ternaung daripada hujan dan cahaya matahari secara langsung. Pada minggu kedua maka terbalikkan timbunan dengan memindahkannya ke petak berasingan. Suhu dalam timbunan pada minggu kedua akan naik hingga 60 darjah celsius dan ulang pembalikan pada setiap minggu hingga minggu kelima. Suhu dalam timbunan pada minggu ketiga dan keempat akan naik hingga 70 darjah celsius. Pada minggu kelima pula suhu akan turun antara 30-40 darjah celsius menandakan proses pengkomposan telah selesai. Semasa pembalikan dilakukan, pastikan keadaan kelembapan sekitar 60% dan jika terlalu kering hendaklah direnjiskan air. Bahan pengkomposan yang telah selesai ini, dicampur homogen dengan cara disisir cangkul dari atas ke bawah. Kemudian ditimbunkan pada tempat pemprosesan baja dengan ketinggian 1.5 meter juga. Di dakwa ciri-ciri produk ini yang ada dipasaran mempunyai suhu bilik sederhana, berwarna coklat kehitaman, suhu dalam timbunan antara 60 -80 darjah celsius, tidak berbau dengan kadar kelembapan atau kadar air ± 40%. Timbunan baja organik ini perlu dihancurkan dengan menggunakan mesin penghancur (grinder) yang berharga antara RM2,300 - RM2,500 dalam pasaran tempatan. Ia kemudiannya perlu ditapis menggunakan jaring dawai untuk mendapatkan tekstur yang seragam dan mengasingkan benda asing yang tidak diperlukan. Pembungkusan baja organik yang telah dihancurkan dan ditapis perlu di timbang mengikut saiz plastik pembungkusan mengikut kehendak pengusaha. Pembungkusan boleh dibuat menggunakan jenama tertentu (contohnya Casserose) dengan mengikut saiz 0.5 kg, 1kg, 5kg, 10kg atau 20kg mengikut permintaan pasaran. Apa pun antara faedah baja ini termasuk ia  akan menyelesaikan masalah pencemaran dan bau busuk tahi kambing, dapat menjimatkan kos penyediaan kumbahan najis ternakan dan juga menjimatkan kos letrik dan air. Selain itu faedahnya kepada penternak kambing adalah ia mesra alam sekitar, meningkatkan dayamaju projek, menarik minat pengusaha dan membantu mencapai sasaran Dasar Pedaging Negara. Dalam pada itu kelebihan Baja Kompos ini dimana ia tidak berbau, meningkatkan kesuburan tanah, meningkatkan mikrobia tanah, mengurangkan serangan hama dan penyakit, memperbaiki struktur dan mengemburkan tanah, memperbaiki pH tanah, merangsang pertumbuhan pokok, meningkatkan kualiti hasil pertanian serta amat sesuai untuk semua jenis tanaman samaada perladangan komoditi, sayur-sayuran, buah-buahan, pokok perhiasan dan bunnga-bungaan. Kini harga pasaran borong emas hitam kini adalah antara RM800 - RM1000 satu tan. Namun begitu jika dijual dengan bungkusan yang kecil dengan harga antara RM6 - RM8 sekilogram.


Dalam media tempatan bernama laporkan '
PPNT proses tinja baja organik' memang ia sesuai dikongsikan. Bernama laporkan Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu (PPNT) melangkah setapak lagi ke depan dalam bidang pertanian apabila membuka pusat pemprosesan tinja kambing di Kampung Pelam Hulu Terengganu. Pengurus Besarnya Sawalludin Ahmad berkata pusat berkenaan yang mampu memproses dua hingga tiga metrik tan tinja (tahi) kambing sehari, diwujudkan dua tahun lepas dengan perbelanjaan modal kira-kira RM10,000. Diantara tujuan kita membuka pusat dalam pemprosesan tinja ini ialah untuk mengukuhkan ekonomi selain untuk pasaran baja organik. Selain untuk membajai ladang kelapa sawit milik PPNT seluas hampir 200 hektar di Kampung Pelam serta untuk membaiki kesuburan tanah, PPNT memasarkan 32 metrik tan baja organik itu kepada 21 pertubuhan peladang seluruh Kelantan baru-baru ini.
Menurutnya tinja kambing itu dikumpul daripada ladang ternakan kambing yang diusahakan oleh PPNT sejak 11 tahun lepas. Ladang itu yang menternak 1,000 ekor kambing mampu menghasilkan tinja sebanyak kira-kira 60 metrik tan sebulan dimana untuk jangka panjang, PPNT mungkin menjalin kerjasama dengan PPN Kelantan dan PPK Jeli dalam projek penternakan kambing. Penternak disana boleh bawa tinja kambing kepada PPNTdan boleh  diproses dan seterusnya kita hantar balik kepada mereka tinja yang sudah diproses. Pihak PPNT berkemungkinan menggunakan baja organik itu untuk ladang mini vitato yang akan dibuka di kawasan seluas 33.5 hektar di Ru Tapai Setiu dan meminta pihak MARDI bagi menjalankan kajian sama ada baja organik itu sesuai untuk tanaman ubi vitato itu. 
Semuga artikel ini memberi info yang berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam...!
TAHI KAMBING... GELAP WARNANYA...
DIKUMPUL ... DIPROSES JADI BAJA...
BOLEH DIJUAL... POKOK SUBURNYA...
BACA ARTIKEL... SUDAH DAPAT IDEA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 441, Tingkat 4,
Sand & Sandals Resort and SPA,
Desaru Beach, Kota Tinggi,
Johor,
Malaysia.
(8 Safar 1445H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...