Support My Blog

Tuesday, August 8, 2023

TUBUH LEMBAGA KELAPA DAN KOKO?

TANAMAN KELAPA DAN KOKO
dicadangkan dibawah satu lembaga iaitu dicadangkan di bawah Kementerian lain iaitu Kementerian Perdagangan dn Komoditi?. Kisah untuk idea kerajaan mengujudkan sebuah lembaga yang khusus menjaga kelapa ini sudah berlarutan semenjak puluhan tahun tetapi sehingga kini industri tanaman kelapa masih di jalankan oleh pihak Kementerian Pertanian Malaysia dan Keterjaminan Makanan (KPKM) khususnya oleh pihak Jabatan Pertanian Malaysia. Pada penulis bloh memang perlua ada dasar dan strategi baru untuk membangunkan industri kelapa di Malaysia yang keluasannya semakin menurun saban tahun dn ia digantikan dengan tanaman lain seperti kelapa sawit, buah-buahan, sayur-sayuran dan tidak kurang yang ditukar kepada industri perkilangan dan perumahan. 
Tanaman Kelapa (Cocos nucifera) merupakan sejenis tanaman yang keempat terpenting di negara kita selepas tanaman Kelapa Sawit (Elaeis guineensis), Getah (Hevea brazilliensis) dan Padi (Oryza sativa). Pada penulis blog yang banyak menulis artikel mengenai tanaman kelapa mendapati tanaman ini menjadi penting apabila negara perlu mengimport jutaan biji kelapa tua dari negara jiran untuk membolehkan permintaan kelapa tempatan dipenuhi. Industri kelapa masih merupakan industri penting kepada negara kerana ia juga menyumbang kepada sosioekonomi negara khususnya dalam pembasmian kemiskinan dikalangan pekebun kecil kelapa. Disamping itu industri kelapa penting untuk memenuhi keperluan industri kelapa segar dan pemprosesan prodik asas kelapa negara disamping berkeupayaan menjana sumber pertumbuhan baru saperti industri terkini seperti pengeluaran produk minyak kelapa dara atau Virgin Coconut Oil (VCO). Penulis blog dapati dimana pada tahun 2021, Malaysia mempunyai kira-kira 84,228 hektar kelapa melibatkan 80,000 keluarga tani yang menghasilkan lebih kurang 566,595 metrik tan biji berdasarkan kepada hasil purata kelapa sebanyak 3,500 biji/hektar/tahun (Sumber: Booklet Statistik Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2021). Tanaman Koko (Theobroma cacao) pula di tanam seluas 16,931 hektar dimana seluas 6,819 ha di Sarawak, seluas 6,819 di Sabah dan bakinya 3,293 hektar di Semenanjung Malaysia. Industri koko di Malaysia berpotensi menyumbang kepada pendapatan eksport negara sebanyak RM6 bilion setahun. Mengikut data daripada Kementerian Industri Utama dimana koko diantara komoditi berpotensi besar untuk dibangunkan menerusi pelaksanaan model perniagaan yang tepat, aktiviti didalam pengkomersialan yang baik dan memperbanyakkan aktiviti hiliran. Sektor koko secara khususnya telah menyumbang sebanyak RM5.55 bilion kepada pendapatan eksport negara pada 2018 dan menyumbang sebanyak RM1.44 bilion atau 0.1 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Menyentuh kepada industri tanaman kelapa pula dimana penulis blog memdapati sebahagian besar dari varieti kelapa yang ditanam sedia ada adalah dari jenis tradisional seperti Malayan Tall (80%), manakala bakinya adalah dari jenis hibrid komersil seperti MATAG (15%), pandan (4%) dan MAWA (1%). Dilaporkan dimana data semasa menunjukkan dimana sekitar 61% dari keluasan kelapa Malaysia terletak di Semenanjung Malaysia. Kawasan utama tanaman kelapa adalah Hilir Perak, Sabak Bernam, Samarahan, Batu Pahat sementara di Sabah banyak kelapa dikawasan Kudat dan Tawau. Pada penulis blog dapati dimana industri penanaman kelapa kini semakin merosot sepanjang tahun disebabkan oleh banyak faktor terutama penggantian tanaman kelapa dengan tanaman kelapa sawit. Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan ulasan mengenai berita dari Timbalan Perdana Menteri selaku Menteri Pembangunan Komoditi mengenai cadangan untuk menggabungkan industri Kelapa dan Koko dibawah satu lembaga baru (LKKM) sebagai pendapat peribadi bagi tujuan untuk dijadikan rujukkan pembaca blog semua.

Cadangan untuk menubuhkan sebuah lembaga berkaitan dengan tanaman kelapa sudah banyak kali dibawa kepada kerajaan tetapi sehingga artikel ini ditulis masih belum ada apa-apa kemajuan dicapai. Penulis blog yang pernah aktif dan kini masih aktif lagi dalam industri tanaman kelapa mendapati ia merupakan suatu perkara yang perlu ditangani oleh semua pihak iiaitu oleh pihak kerajaan melalui kementerian terlibat, ramai pihak penanam kelapa, pengilang memproses kelapa sehingga kepada pihak pemasaran. Ini kerana dalam banyak penulisan saya mengenai kelapa yang jumlah artikrl ditulis  lebih dari 450 artikel dalam blog ini ada banyak fakta untuk dijadikan bahan rujukkan dan analisa oleh semua pihak yang terlibat didalam industri tanaman kelapa. Bukan sahaja di Malaysia dimana sebenarnya jumlah keluasan tanaman kelapa di seluruh dunia terutama di negara pengeluar kelapa terbesar didunia seperti Filipina, Indonesia, India dan beberapa lagi menghadapi isu penurunan keluasan tanaman kelapa. Negara Indonesia juga khuatir dimana penanaman kelapa semakin menurun dimana telah banyak kawasan tanaman kelapa tradisional sudah bertukar kepada kelapa sawit dan di Filipina berkalu bencana alam yang memusnahkan tanaman kelapa selain daripada akibat serangan perosak dan penyakit. Malaysia yang mampu menghasilkan sekitar 650 juta biji setahun masih perlu mengimport sekitar 150 - 200 juta bijii kelapa tua setahun untuk kegunaan sektor perkilangan. Pengimportan kelapa dari negara jiran Indonesia ini mungkin akan terhenti apabila negara tersebut juga mengalami kekurangan bekalan kelapa di masa akan datang. Isu penurunan tanaman kelapa ini perlu ditangani di Malaysia dengan menjadikan tanaman kelapa sebagai sektor tanaman yang lebih menarik dan ia lebih menguntungkan berbanding dengan tanaman lain. Dalam beberapa artikel tulisan saya menyatakan penerimaan petani khususnnya pekebun kecil untuk menanam kelapa di Malaysia adalah sangat rendah. Ini kerana tanaman kelapa (gunakan varieti lama seperti Malayan Tall, Tagnanan dsb) ianya akan mengambil masa lama sebelumia mengeluarkan hasil. Isu kekurangan benih hibrid seperti Kelapa Matag F1 memang menjadi kritikal kerana bukan mudah untuk menghasilkan sepokok anakbenih kelapa hibrid Matag. Strategi baru perlu dibuat agar industri tanaman kelapa di Malaysia menjadi lebih menarik dengan bantuan insentif penanaman kelapa sala ada dalam program penanaman baru atau pemulihan semula kawasan kelapa tradisional. Kementerian mana juga yang menerajui industri kelapa ini pelu lebih strategik dan agresif didalam menggubal dasar dan strategi untuk menjadikan industri kelapa di Malaysia terus berkembang dimasa akan datang. 


Dalam beberapa portal media termasuk Bernama pada 7 Ogos 2023 ada beberapa berita mengenai isu ini sepeti kisah bertajuk "Kerajaan pertimbang jadikan kelapa antara hasil komoditi" untuk dijadikan rujukkan. Kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof pada sidang media selepas lawatan di ladang koko di Tanjung Sepat, Selangor berkaitan. Kementerian Perdagangan dan Komoditi akan seterusnya mempertimbangkan cadangan memasukkan sektor pertanian kelapa sebagai hasil komoditi di bawah penyelarasan Lembaga Koko Malaysia (LKM). Ia adalah antara cadangan dikemukakan dalam sesi dialog bersama pengusaha, petani dan usahawan koko di Tanjung Sepat dimana cadangan tersebut meminta supaya industri kelapa dimasukkan dalam komoditi yang bermakna pihak LKM akan menjaga koko dan kelapa. Cadangan ini akan kemukakan ke peringkat atasan dan bincangkan sama ada ia boleh dipersetujui atau tidak. Hadirin yang terdiri dari penanam kelapa dan koo dalam sesi dialog bertujuan untuk mendapat sokongan daripada kerajaan sama macam getah, kelapa sawit yang input pertaniannya kini meningkat termasuk dari segi baja, racun dan juga benih. Petani mengharapkan supaya Kerajaan Persekutuan dapat membantu, perkara ini juga kita akan bawa untuk berbincang dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Kementerian Kewangan dan Kementerian Ekonomi. Perbincangan itu antara lain untuk melihat bagaimana kerajaan dapat membantu komuniti berkenaan sama ada dalam bentuk subsidi atau apa sahaja bantuan bagi meringankan input pertanian kepada mereka. Dalam pada itu mengulas industri koko di negara ini dimana  Menteri Perdagangan dan Komoditi itu berkata produk biji koko premium berpotensi untuk dijual dengan harga lebih tinggi berbanding jenis biasa sekali gus dapat membantu meningkatkan pendapatan petani. Pihak LKM sedang giat menjalankan kursus dari masa ke semasa bagi melatih pekebun kecil untuk beralih kepada produk koko lebih premium. LKM mengadakan kajian untuk melihat dan menghasilkan biji benih yang lebih baik, bermutu dan boleh dikatakan premium daripada segi rasa dan sebagainya. Untuk biji koko premium dan kering, ia boleh dijual pada harga RM15 manakala jenis biasa dimana harganya sekitar RM7. LKM bukan sahaja menanam biji benih yang baik dan premium tetapi mengusahakan ia dengan amalan pertanian yang baik. Kalau semua dipatuhi dan ikut standard ditetapkan maka pihak pengusaha dan petani ini dapat menjual biji koko berkenaan dengan harga yang lebih baik.


Dalam utusan.com pula dilaporkan 'Kelapa dijadikan komoditi di bawah Lembaga Koko Malaysia' dimana Timbalan Perdana Menteri iaitu Fadillah Yusof menyatakan demikian semasa melawat ladang koko pada Program Tanaman Koko sempena Trek Komoditi Zon Tengah 2023 di Kebun Lees Cocoa Farm, Tanjung Sepat, Selangor. Kisah dari Kuala Langat ini menyetakan dimana kerajaan bersedia agar  memasukkan kelapa sebagai komoditi di bawah Lembaga Koko Malaysia (LKM) sekali gus akan membantu pekebun tanaman tersebut. Perkara berkenaan antara yang dicadangkan para penanam koko di Selangor yang turut mengusahakan kelapa. Insya-Allah dia akan bawa isu ini susulan ketika sesi soal jawab tadi, mereka minta agar kelapa dimasukkan sebagai komoditi dan dijaga terus LKM. Apa pun terdahulu, beliau yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi hadir pada acara santai mesra bersama-sama pengusaha koko di kebun Lee’s Cocoa diusahakan Lee Soon Cheong. Ia merupakan lokasi terakhir sempena dengan program Trek Komoditi Zon Tengah Semenanjung Malaysia 2023 dianjurkan oleh pihak seperti kementerian berkenaan. Semasa sesi soal jawab ada seorang pengusaha koko yang menanam kelapa berkata, ramai kalangan mereka mengalami kesukaran kerana kelapa di bawah seliaan Jabatan Pertanian. Menjawab permintaan pekebun tersebut, Fadillah berkata, kelapa setakat ini belum sesuai dimasukkan di bawah komoditi negara kerana produk itu tidak dieksport tetapi diimport. Ketika ini memang Malaysia menghasilkan pengeluaran kelapa mencecah 536 juta biji setahun di kawasan berkeluasan 84,942 hektar meliputi varieti pandan, matag, yellow dan red dwarf. Sekiranya kelapa diurus oleh pihak LKM maka akronim agensi yang dibentuk sejak 1988 itu akan perlu dipinda kepada LKKM pula. Pada masa ini, Malaysia masih terpaksa mengimport kelapa sebanyak 34 peratus lagi dari negara jiran teruatama Indonesia dan Filipina kerana bekalan stok tempatan tidak cukup. erdasarkan kajian Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia pada 2020 ldimana dila[orkan kadar sara diri penanam kelapa di negara ini hanya kurang 70 peratus namun boleh ditambah baik. Apa pun kebergantungan kepada kelapa import lebih disebabkan kekurangan tanah pertanian untuk ditanam komoditi kelapa berkenaan yang tidak seiring dengan permintaan tinggi dalam negara. Dalam perkembangan berkaitan kerajaan mahu para pengusaha kebun kecil koko mengubah cara pendapatan mereka dengan beralih kepada produk hiliran yang lebih bersifat premium. Ia antara usaha yang boleh dilaksanakan mereka dan sekali gus mampu memberikan nilai tambah lagi kepada koko. Lembaga Koko Malaysia (LKM) malah sedia bantu penanam kerana agensi ini memang sering buat kajian bagi menghasilkan benih bermutu tinggi. Pada penulis blog ada kekuatan dan kelemahan untuk menjadikan kelapa digabungkan dengan kokoo di Malaysia yang banyak perlu diteliti.  Semuga industri kelapa di Malaysia akan lebih hebat dan berjaya di masa akan datang. Diharap artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
TANAMAN KELAPA... PENTING DIJAGA...
KELUASAN MENURUN... BANYAK ISUNYA....
DITUBUH LEMBAGA... PERLU WASPADA...
SEMUGA TERJADI... PENDEKATAN BERJAYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(20 Muharram 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...