Support My Blog

Saturday, August 12, 2023

AIR KELAPA TUA - APA GUNA? (PART 1)

AIR KELAPA TUA (Matured Coconut Water) merupakan jenis cecair yang terdapat dalam buah kelapa tua dimana ia selalunya dibuang sahaja semasa kelapa tersebut dipecahkan untuk di jadikan kopra atau dia,mbil santannya terutama dikawasan tanaman kelapa. Ini kerana selalunya isi putih atau daging kelapa sahaja yang akan dikeluarkan untuk diperah santannya. Ada kalangan mereka yang cuba minum air kelapa tua ini tetapi rasanya kurang enak berbanding dengan ait dari kelapa muda yang lebih manis dan enak. Bagaimana pun dengan teknologi moden masa kini dimana sudah diketahui akan kehebatan dan khasiat air kelapa tua yang hasil dari kajian makmal ia juga cecair isotonik sangat menyihatkan dan dapat dikomersilkan sebagai 'minuman diet sihat'. Hasil analisa makanan dilaporkan dimana kadar gula pada air kelapa tua lebih sedikit daripada air kelapa muda disamping banyak zat-zat mineral lain didalamnya yang sesuai dijadikan minuman kesihatan. Khasiat tersebut dari kelapa tua adalah sangat beragam kandungan mineral dan vitamin didalamnya. Salah satu kelebihannya buah tropika yang satu ini adalah dimana ia mampu mengembalikan cairan dan elektrolit yang hilang yang membantu tubuhbadan terhindar dari dehidrasi. Hasil penelitian penulis bog dulu dimana air kelapa yang mana biasanya berasal dari kelapa muda yang berumur 6 - 9 bulan adalah lebih banyak berbanding dengan isipadu air kelapa dari buah kelapa tua. Dilaporkan kandungan nutrisi Air Kelapa Tua dengan purata kuantiti sebanyak 250 mililiter atau setara dengan 1 cawan minuman didakwa mengandungi sebanyak 44 kalori tenaga dan memang ia juga bebas lemak. Air kelapa tua juga mengandungi sebanyal 10 gram karbohidrat, 0.5 gram protein, 10 gram gula, 64 mg natrium dan 404 mg kalium serta sekitar 24 mg vitamin C. Kandungan vitamin pula memang hebat antaranya Vitamin B1 dan mineral lain seperti Manganese (Mn), Zat besi (Fe), Phosforan (P) dan Zinc (Zn). Kalau secara umum di Malaysia memang amat jarang ada masyarakat tempatan ,ahu minum air kelapa tua berbanding kelapa muda. Rasanya yang kurang manis dan ada sedikit bau minyak ramai yang kurang suka. Sebenarnya air kelapa tua mempunyai banyak nutrisi serta kesan antioksidan serta antiradang, antibakteria dan antivirus yang berguna untuk kesihatan. Kini didalam dunia moden air kelapa tua telah dikumpulkan dan diproses menjadi minuman isotonik yang sangat bernilai dipasaran terutama untuk aktiviti sukan. Contohnya adalah minuman jenama 'Vitacoco' yang tulisannya boleh dibaca dalam tulisan saya (Sila klik disini). Artikel petang Khamis kali ini di dalam blog "Anim Agro Technology" saya tulis satu fakta bagaimana air kelapa tua sesuai dijadikan produk yang kesihatan yang berguna dan bernilai tinggi dengan teknologi pemprosesan dan cara pasaran yang betul untuk dijadikan bahan rujukkan.


Pembaca blog mungkin sudah tahu akan khasiat dan kehebatan minuman air kelapa muda. Jika belum membacanya sila baca tulisan saya dengan pautan seperti yang berikut (Sila klik disini). Saya akan senaraikan beberapa kehebatan air kelapa tua dalam kesihatan tubuh manusia untuk dijadikan bahan rujukkan. Pertama dimana air kelapa tua mampu untuk mengatasi isu 
dehidrasi. Minum air kelapa tua dapat membantu mengembalikan elektrolit dan cairan tubuh yang hilang disebabkan oleh cirit birit atau setelah berolahraga. Minum air kelapa tua tidak hanya memenuhi keperluan cairan badan akan tetapi juga menggantikan elektrolit penting yang diperlukan oleh tubuh termasuk unsur kalium, natrium, kalsium dan magnesium. Memang air kelapa tua menjadi Minuman Isotonik Semulajadi yang hebat kerana selain dapat mengembalikan elektrolit dan cairan tubuh yang hilang, air kelapa tua juga dapat digunakan sebagai minuman isotonik semulajadi yang boleh diminum semasa bersukan atau  berolahraga. Kandungan karbohidrat didalamnya akan dapat menjadi sumber energi untuk mempertahankan stamina dan ketahanan otot semasa berolahraga. Bahan kalium dan juga magnesium dalam air kelapa tua akan memaksimakan kinerja otot selama berolahraga. Minuman ini juga akan membantu dalam proses pemulihan otot setelah berolahraga dan kurangkan rasa sengal pada otot. Sudah lama penulis blog dengar dan tahu jika air kelapa tua akan mencegah batu dibuah pinggang (batu ginjal) semasa proses penumpukan zat-zat sisa dalam tubuh yang membentuk kristal atau batu-batu kecil didlamnya. Jika batu ini tidak dikeluarkan melalui air kencing atau urine maka kristal-kristal tersebut akan membesar dan menyumbat saluran ginjal maupun saluran kencing. Minum air kelapa tua kaedah dapat mencegah pembentukan batu dalam urine. Air kelapa tua juga akan meningkatkan frekuensi buang air kecil sehingga membantu pengeluaran zat-zat sisa badan dan pembentukan batu ginjal pun dapat dicegah. Air kelapa juga membantu Mengawal Gula Darah kerana engontrol gula darah terutama mereka yang ada diabetis. Ini disebabkan oleh kandungan magnesium yang ada didalam air kelapa tua yang dapat meningkatkan sensitiviti insulin dalam tubuh sehingga kadar gula darah pada pesakit kencing manis terkawal. 


Dalam kajian dinyatakan dimana minum air kelapa tua mampu menurunkan kadar kolesterol. Ini kerana 
air kelapa tua juga dapat menurunkan kadar kolesterol jahat (LDL) dan trigliserida dalam tubuh serta dapat meningkatkan kadar kolesterol baik (HDL). Manfaat ini disebabkan daripada kandungan Asid Amino, Asid Askorbat, Kalsium dan Kalium dalam air kelapa tua yang tinggi. bahan nutrisi tersebut membantu mengurangi kolesterol. Ia juga ada memberikan seperti ubat 'statin' yang digunakan untuk kawal menurunkan kolesterol. Uniknya dimana air kelapa didakwa akan dapat menurunkan tekanan darah terutama bagi mereka ada masaalah hipertensi. Bahan Kalium dapat merelaksasi dinding pembuluh darah sehingga tekanan darah pun turun. Dilaporkan dimana selain itu dimana bahan kalium dalam air kelapa tua juga berguna untuk membantu mengeluarkan jumlah natrium berlebih dalam tubuh. Natrium berlebihan selalunya akan menyebabkan tekanan darah meningkat dan dengan cara minum air kelapa tua kesannya tekanan darah akan menurun. Bagaimana pun perlu dingatkan dimana bagi mereka yang sedang mengambil ubat tekanan darah tinggi sebaiknya tidak minum air kelapa tua secara berlebihan. Meminum air kelapa tua berlebih dan ubat tekanan darah secara bersama akan dapat menyebabkan kes penurunan tekanan darah terlalu drastik dan ia akan membahayakan kesehatan. Memang ada info bagaimana minum air kelapa tua akan mencegah serangan jantung. Kaedah ini dilaporkan akan dapat mencegah risiko terjadinya serangan jantung kerana tekanan darah tinggi merupakan salah satu faktor yang meningkatkan risiko terjadinya serangan jantung. Kandungan kalium dalam air kelapa tua yang cukup tinggi juga dapat membantu irama jantung berdetak lebih teratur. Kedua kelebihan ini akan membantu menjaga tekanan darah tetap normal, sehingga menurunkan risiko terkena serangan jantung. 


Minum air kelapa tua juga mampu m
encegah kes timbulnya jerawat disebabkan dari kandungan antimikrobe di dalamnya yang dapat membantu mencegah timbulnya kes jerawat. Caranya dengan menyapukan air kelapa tua kepada bahagian kulit yang berjerawat. Ia juga dilaporkan akan mencegah kulit berkedut kerana radikal bebas adalah molekul tidak stabil yang dapat merosakkan sel dalam tubuh. Ketika sel-sel dalam tubuh rosak dimana keadaan ini dapat mempercepatkan proses penuaan seperti munculnya kulit berkedut atau keriput. Bagi tujuan mencegahnya maka amalan minum air kelapa tua sesuai dilakukan. Kandungan antioksidan dalam air kelapa tua berkesan bagi mencegah terjadinya keriput serta membantu tubuh melawan kerosakan sel yang disebabkan oleh radikal bebas. Dengan begitu maka kulit akan tetap sihat. Terhebat dimana minum air kelapa tua akan menurunkan risiko terkena kanser dimana air kelapa tua efektif melindungi tubuh dari paparan radikal bebas yang menyebabkan timbulnya berbagai penyakit termasuk kanser. Khasiat kelapa tua ini didapati dari kandungan antioksidan di dalamnya yang dapat mencegah terjadinya radikal bebas.  Apa pun apa yang penulis blog tahu dimana manfaat air kelapa tua untuk kesihatan tubuh memang sangat banyak. Namun begitu bagi ibu sedang hamil atau menyusui adalah sebaiknya menghindari mengambil air kelapa tua. Ini perlu dilakukan sebab belum ada penyelidikan yang cukup untuk mengetahui apakah air kelapa tua selamat diminum oleh ibu hamil dan menyusui. Memang menjadi fakta dimana air  kelapa tua itu mempunyai kandungan kalium yang tinggi. Sesiapa yang meminumnya dengan jumlah terlalu banyak unsur mineral kalium dapat menyebabkan kes negatif seperti hiperkalemia terutama kepada mereka yang sedang mengambil ubat terkanan darah tinggi. Artikel ini ditulis dalam dua segmen iaitu Part 1 dan Part 2 untuk dibaca semuanya secara bersiri. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
AIR KELAPA TUA... BANYAK GUNA...
KURANG SEDAP... DARI YANG MUDA...
MINUMAN ISOTONIK... SELURUH DUNIA...
MEMBACA ARTIKEL.. FAHAM FAKTANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(25 Muharram 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...