Support My Blog

Saturday, August 19, 2023

JALA - ALAT MENANGKAP IKAN

JALA IKAN
(Casting net) merupakan sejenis alat yang selalu digunakan untuk menangkap ikan atau seumpamanya sama ada menjala ikan di laut dan juga ikan di dalam air tawar. Apa pun pada penulis blog yang ada mempunyai beberapa unit jala mendapati dimana kebanyakan jenis 'Jala Tebar' atau pun dipanggil sebagai 'Jala Lempar' ini digelar sebagai 'cas net' dalam bahasa Ingersi merupakan satu lingkaran kecil benang atau tali khas dengan pemberat (selalunya timah) berbentuk bulat berlubang pada tepi-tepinya. Jala yang dilempar atau ditebar oleh nelayan kedalam sungai atau kawasan pantai ini lazimnya mempunyai banyak jenis dan bentuk bergantung kepada kegunaannya. bagaimana pun secara umumnya dimana ukurannya bervariasi sehingga kepada 4 meter pada diameternya. Jala sama dengan anyaman sama seperti jaring ini akan dilempar dengan sedemikian rupa sehingga ianya menyebar bulat (atau bentuk tebaran lain) di permukaan air dan kemudian tenggelam untuk memerangkap ikan atau udang dibawahnya. Ikan yang terkurung akan terperangkap didalam jaring semasa jaring tersebut turun dalam air iaitu sehingga kedasar air. Kemudian dengan cara perlahan dan betul ia akan ditarik keatas atau ditarik keluar dari air. Pada prinsipnya penangkapan dengan jala adalah mengurung ikan atau udang dengan jalan menebarkan alat tersebut dimana ia sedemikian rupa sehingga menelungkup atau menutup sasaran yang dikehendaki. Bagi nelayan sungai lazimnya ia akan menabur umpan yang sesuai dengan sasaran 10 - 20 minit sebeum tebaran jala dijalankan. Sasaran ikan atau udang ini akan berkumpul dikawasan umpan untuk mudahkan kerja menjala. Umum faham bagaimana jala merupakan salah satu jenis peralatan menangkap ikan tradisional yang mana ia sehingga kini masih digunakan walaupun terdapat beberapa alatan tangkapan ikan yang lain yang sudah tentu lebih canggih dan mudah digunakan oleh para nelayan. Masih ada lagi pembuat jala yang masih diteruskan sehingga ke hari ini. Penduduk kampung pendalaman biasanya menghasilkan jala untuk dipasarkan ataupun hanya untuk kegunaan sendiri atau pun sebagai barang hiasan kraftangan diganting dirumah atau di hotel. Jala tradisional lazimnya diperbuat daripada benang-benang kapas atau benang nylon yang sederhana kasar bagi menyokong beban berat hasil tangkapan. Ianya menggunakan teknik anyaman benang menggunakan alatan dinamakan 'coban' dimana dibahagian bawahnya ia dikelilingi dengan cincin besi atau timah sebagai pemberat. Artikel pada subuh ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" iaitu mengenai alat menangkap ikan iaiatu JALA ia untuk dijadikan bahan rujukkan.


Dilaporkan 
Jala Ikan merupakan sejenis peralatan menangkap ikan tradisional yang sehingga kini masih digunakan walaupun terdapat beberapa alatan tangkapan ikan yang lain yang sudah tentu lebih canggih dan mudah digunakan oleh para nelayan masa kini. Selalunya aktiviti menjala ikan dilakukan olejh mereka yang tinggal dikawasan perairan sama ada dikawasan sungai, paya atau pun pantai. Menjala ikan adalah satu aktiviti yang boleh menghasilkan tangkapan seperti ikan, udang, ketam dan sebagainya untuk dimakan sendiri atau dijual kepada pelanggan. Penduduk kampung pendalaman biasanya menghasilkannya untuk dipasarkan ataupun kebanyakan penjala ikan ini juga hanya untuk kegunaan sendiri. Jala ikan ada banyak jenisnya dimana ia selalu diperbuat daripada benang-benang kapas atau benang nilon yang agak kasar bagi menyokong beban berat hasil tangkapan. Ianya menggunakan teknik anyaman benang menggunakan coban yang dianyam secara tradisional. Apa pun yang pasti dimana peranan pemberat yang diletakkan dibahagian keliling bawah jala iaitu diletakkan cincin besi atau timah sebagai pemberat. Kini ada jala yang dibuat secara tradisional (ia lebih tahan lama) berbandning dengan jela yang dibuat oleh mesin dikilang (selalunya cepat rosak). Pada penulis blog dimana teknik atau pun cara menebar jala memang perlukan kemahiran melalui latihan dan pengalaman seseorang penjala ikan. Ada sedikit perbezaan teknik menjala ini jika di sungai, ditasek, di pesisir pantai atau pun melalui teknik menjala dari atas perahu. Penulis blog beberapa kali menjala di kolam ternakan ikan di kolam ternakan kerana ikan yng dijala itu boleh dibawa pulang sebagai buah tangan dahulu. Memang mudah menebar jala didalam kolam yang penoh dengan ikan setelah ditabur dengan umpan (Sila lihat foto disebelah). Lazimnya ikan yang bersaiz kecil akan dilepaskan semula kedalam kolam dan dipilih ikan yang sesuai untuk dimasak sahaja di kolam ini.


Secara umumnya dimana jenis j
ala tradisional biasanya mempunyai jaring yang lebih kecil iaitu ia diperbuat daripada benang kapas yang telah dipintal dan panjangnya dari tengah ke tepi biasanya dua atau tiga lengan panjangnya dimana ukuran bagi panjangnya pula biasanya dua atau tiga belas kaki panjang. Jala tersebut haruslah ditebar dengan cara yang betul agar dapat melebar dengan lebih luas dan cepat tenggelam kedalam air agar ikan yang dijala tidak sempat keluar. Apa pun sebaiknya jalan yang hendak ditebar dimana jala tersebut pada mulanya akan ditarik dibahagian tali yang kendur dan ia kemudian tali tadi akan digelung dengan tangan kanan. Apa pun selepas itu jala itu akan ditarik hingga cincin besi pada jala tersebut terangakt dari perahu sampai ke paras lutut penjala. Dengan cara menggunakan tangan kirinya maka penjala akan mengambil jala itu dan disandangnya pada bahu dan lengan kanannya dan yang selebihnya diraih dengan tangan kiri. Teknik menghayun jala dimana badannya mesti dilentur ke belakang kemudian ke depan dengan gerak hantaran yang kuat  dimana dengan tenaga dari lengan, bahu dan belakangnya maka ditebar jala itu keatas air. Jika tebaran itu cantuk membulat makan ia akan berkembang seperti sarang labah-labah yang besar bentuknya. Bahagian tepi jala tersebut tenggelam dengan serta-merta kedalam air dimana ia disebabkan oleh pemberat cincin logam yang menarik turun jaring jala tersebut. Sebaik sahaja sampai di dalam air sama ada dipesisiran pantai atau disungai maka ia di terik dengan cara perlahan-lahan agar tidak terbuka dibahagian bawahnya dan ikan akan terlepas keluar. Masaalah menjala di sungai atau pantai adalah apabila jala tersangkut pada kayu atau batu yang menyebabkan jala terbuka dan ikan terlepas atau jala akan koyak. Jika berlaku maka ikan akan terlepas keluar dan jala perlu diperbaiki jika ia rosak.


Penulis blog ada sedikit pengalaman dulu membuat jala di rumah sendiri di Muar. Pengalaman ini bagaimana pun jika ada sedikit kemahiran membuat jaring maka tidak sukar untuk membuat jala juga. Apa pun memang cara membuatnya perlukan sedikit kamahiran dan pengetahuan dipelajari dari saudara yang tinggal dekat dengan Sungai Muar, Alatan yang 
perlu disiapkan untuk membuat jala adalah jarum khusus (Coban atau Suban) iaitu alat yang boleh dibuat sendiri dari buluh atau beli sahaja dengan murah di kedai pancing yang khusus memang ada menjual peralatan pancing. Jenis alatan lain adalah dinamakan pencetak atau 'suri' disesetengah tempat dimana ia merupakan sejenis alat cetak yang terbuat dari buluh juga yang gunanya untuk mencetak ukuran lubang jala agar jarak dan saiznz ukurannya akan menjadi sama. Alatan lain seperti gunting dan pisau juga perlu ada. Proses yang penting didalam membuat jala adalah adalah jenis benang yang dijadikan bahannya. Bahan ini juga yang harus disediakan terdiri dari benang tali nylon atau pun benang kuat yang ada dijual di kedai pancing atau kedai menjual pukat. Perlu bertanya kepada tauke kedai mengenai jenis-jenis benang yang sesuai untuk dijadikan jala yang kuat, tahan, mudah dianyam dan juga jumlah yang mencukupi. Jumlah benang ini mestilah kelak akan mencukupi disanping batu pemberat cincin (sama ada diperbuat daripada besi, timah dan sebagainya) serta tali untuk mengikat jala dibahagian pangkalnya. Pertama kali membuatnya dengan menganyam benang tersebut menggunakan coban dari bahagian 'tai pusat' sehingga sepanjang mana jala hendak dibuat tetapi jaraknya mesti menggunakan alat pencetak atau suri yang sama. Pastikan uuntuk mengikat disetiap kotak ruang jala dengan kuat (ikat mati) agar jalinan jala ini tidak mudah bergeser dan tidak berubah bentuk serta ukurannya. Penulis blog dapati dimana membuat jala tidaklan terlalu sudah tetapi ia memang memerlukan tahap kesabaran dan kemasan yang tinggi. Ia menjadi rumit jika membuat jala yang lebih halus lubangnya. Hasil tinjauan dimana harga jala yang dijual di kawasan utara Malaysia antara RM60 - RM250 semantara jala benang putih dijual dengan harga yang agak murah dibawah dari RM50 seunit. Penulis blog dapati dimana jenis jala yang dibuat menggunakan tangan (hand made) selalunya lebih mahal dan tahan lama. Sebaliknya jala yang dibuat oleh mesin akan lebih cepat rosak kerana beberapa kali pakai maka tali seakan-akan reput dan mudah koyak. Selalunya jenis jala dari benang tangsi memudahkan penjala untuk membuang sampah atau daun-daun serta ikan kecil. Sebaliknya kelemahan jala benang tangsia pula adalah dimana ikan, udang dan ketam juga akan mudah terlepas juga kerana sifat talinya yang licin. Apa pun selalunya jenis jala benang atau dari benang nylon akan sukar bagi ikan besar merosakkan jala tersebut. Jala yang bewarna gelap berukuran panjang 12 kaki dan berat tanpa basah hampir 4-5 kilogram dan setelah basah maka berat jala ini boleh mencecah hampir 2 kali ganda sekitar 8 - 10 kilogram.  Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!!.
NAMANYA JALA.... LAMA DIGUNAKAN....
JALA TRADISIONAL...IA LEBIH TAHAN...
JALA DITEBAR... IA DAPATKAN IKAN...
TULIS ARTIKEL...ADA PENGALAMAN..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(9 Zulkaedah 1444H).
Posted from:
Room 1604, Pullman Hotel,
Miri, Sarawak.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...