TANAMAN NANAS (Ananas comosus) di Malaysia kini adalah merupakan sejenis tanaman yang kini semakin di minati ramai petani terutama untuk pengeluaran buah nanas segar (Fresh consumption). Industri nanas negara telah dimulakan dahulu semenjak awal tahun 1950'an dengan penanaman nanas untuk tujuan dikalengkan (di tinkan) dimana Malaysia pernah menjadi pengeluar nanas dalam tin utama dunia. Jenis nanas Moeis (AC1) merupakan varieti nanas yang paling meluas di tanam terutama di Negeri Johor diatas tanah gambut dengan kelolaan oleh pihak lembaga nanas Tanah Melayu yang ditubuhkan pada tahun 1957. Kemudian industri nanas telah dikelolakan oleh Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) dimana tumpuan penanaman nanas telah berubah daripada pengeluaran nanas Moris, N36 dan beberapa lagi untuk kilang kepada pengeluaran Nanas Segar seperti Nanas Josapine, MD2 dan sebagainya. Kalau dahulu aktiviti penanaman nanas kebanyakannya dilakukan diatas tanah gambut tetapi kini dengan adanya varieti nanas premium MD2 dimana aktiviti penanaman nanas juga dijalankan diatas tanah mineral. Penanaman nanas secara perladangan (estet) telah dijalankan di beberapa lokasi di Johor dan Pahang dan kini lebih banyak pekebun kecil nanas dan isahawan nanas yang menanam nanas untuk pasaran domestik dan eksport. Penulis blog merujuk beberapa laporan media dimana Nanas Malaysia mendapat permintaan tinggi di beberapa negara Eropah, Timur Tengah dan China sejak pengenalan nanas varieti MD2 sekitar tahun 2015. Terkini dilaporkan di mana diantara negara yang berminat mengimport nanas dari Malaysia ialah Jerman yang berhasrat mendapatkan hasil tanaman itu dalam jumlah yang besar. Pihak LPNM sudah pun menyasarkan untuk meningkatkan jumlah pengeluaran nanas sehingga 700,000 metrik tan setahun menjelang 2025. Apa pun status terkini dimana Malaysia hanya boleh mengeksport 30 peratus hasil keluaran tanaman nanas kerana 70 peratus lagi adalah untuk kegunaan dalam negara. Disasarkan oleh LPNM untuk meningkatkan lagi tanaman nanas kepada 20,000 hektar setahun mempu menjadikan sasaran Malaysia dalam mengeluarkan 700,000 metrik tan setahun akan ia dapat direalisasikan dimana ini sekali gus mampu menampung untuk pasaran eksport ke negara luar. Dilaporkan eksport nanas Malaysia menunjukkan trend meningkat sejak 2016 hingga tahun lalu menerusi nilai keseluruhan sekitar RM1.1 bilion berbanding RM642 juta tahun sebelumnya yang merangkumi pelbagai hasilan berasaskan nanas segar, nanas kaleng dan industri bromeliad. Ada peningkatan permintaan dari China dan Timur Tengah terhadap nanas Malaysia terutama bagi varieti MD2 dan varieti tempatan seperti N36 dan Josapine. Bagaimana pun rekod menunjukkan dimana Singapura sudah lama merupakan negara pengimport tertinggi bagi produk nanas Malaysia dengan penguasaan pasaran 66 peratus. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis bagaimana cabaran dan analisa industri pengeluaran nanas negara untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan pembaca blog semua.
Dalam analisa SWOT aspek Ancaman (Threat) dimana ada persaingan dengan negara pengeluar nanas lain dunia dari aspek harga, kualiti, konsistensi dan juga jumlah bekalan (volume) masih perlu di perhatikan. Ini kerana kos pengeluaran nanas dari negara jiran seperti di Filipina, Indonesia dan Thailand rata-rata lebih rendah berbanding dengan kos pengeluaran buah nanas di Malaysia. Filipina yang merupakan salah satu sebuah negara pengeksport buah nanas segar dan pisang cavendish terbesar dunia mampu mengeluarkan buah nanas yang berkualiti, konsistent, volume banyak dan jauh lebih murah daripada Malaysia. Pengalaman penulis bloh semasa promosi ekport buah nanas MD2 di Dubai, UAE dahulu mendapati dimana satu karton nanas MD2 dari Filipina hanya USD6 berbanding dengan sekitar USD10 buah nanas MD2 dari Malaysia (Sila lihat foto disebelah). Ancaman yang kurang dianalisa adalah bila berlaku dasar kerajaan yang berubah-ubah di Malaysia yang berpunca dari isu politik. Beberapa kali nama pihak kementerian bertukar dan dasar kerajaan berkaitan industri nanas juga tidak konsistent. Agak penting dinyatakan ancaman berkaitan isu perubahan cuaca dunia (climate change) dimana ia juga menganggu pola pengeluaran buah nanas negara. Peling ketara ketika ini adalah ancaman harga input tidak stabil dan meningkat yang menjejaskan kos pengeluaran dan pendapatan penanam nanas. Kos bahan kimia seperti baja, racun dan hormos penggalak pembunggan terus meningkat naik. Ia menjadi lebih teruk apabila nilai mata wang Malaysia dan pertukaran wang asing menjejaskan ekonomi negara. Faktur penawaran dan bekalanbuah nanas terutama nanas segar adalah tidak menentu dimana semasa musim durian dan buah-buahanan lain ramai pengguna tidak membeli buah nanas sebaliknya memilih buah lain terutama buah durian. Ancaman ini perlukan strategi bagaimana untuk elakkan pengeluaran buah nanas semasa musim buah-buahan utama keluar.
Bagaimana pun Malaysia masih lagi beruntung kerana masih ada Peluang (Opportunity) dalam analisa SWOT ini didalam industri nanas. Malaysia masih mempunyai kelebihan dalam pasaran eksport berkaitan dengan segmentasi pasaran yang lebih besar produk Malaysia disebabkan kekuatan 'Halal Hub' yang diterima diseluruh dunia sebagai antara terbaik. Produk makanan dari negara ini mudah diterima oleh negara lain kerana ujudnya halal certificate dan tracebility yang baik. Apa pun beberapa negara mudah menerima buah nanas dari Malaysia kerana kedudukan yang cepat sampai ke negara pengimport di timur tengah, eropah berbanding dengan Filipina dan negara lain. Lazimnya penghantaran buah nanas ke Timur Tengah cuma ambil masa 10-12 hari sahaja berbanding dengan buah Filipina yang mengambil masa 14 - 16 hari. Kini buah nanas premium seperti nanas MD2 adalah jauh lebih baik berbanding dengan nanas tradisional yang ditanam kerana nanas ini manis, tidak lidas dan mempunyai aroma enak sesuai untuk di makan segar. Memang ada peluang baik agar buah nanas dijadikan sebagai salah satu 'Health Food' atau 'Super Fruit' agar permintaan terhadap buah ini akan dapat ditingkatkan. Kempen memakan buah nanas perlu dikukuhkan dengan lebih kerap. Dalam pada itu peluang menghasilkan produk proses berasaskan tanaman nanas dan buah nanas boleh dikembangkan lagi. Selain dari produk makanan dari buah nanas seperti kuih muih, bromelin, produk kecantikan dan produk kesihatan dimana sisa tanaman nanas boleh diproses menjadi baja kompos, kertas, baju, media cendawan dan banyak produk lagi. Konsep 'zero waste management' dalam industri tanaman nanas jika dibuat akan membolehkan penanaman nanas lebih mesra alam dan ia menguntungkan banyak pihak. Potensi dimana syarikat yang berkaitan nanas Malaysia berkapasiti sederhana diberikan peluang untuk boleh beradaptasi dengan persekitaran dalam mempastikan pengeluaran industri nanas negara signifikan. Peluang untuk menghubungkan diantara pihak industri yang boleh menerima sumber material daripada nanas boleh di kembangkan lagi. Kini ada pihak menyebut 'night farming' bagi industri penanaman nanas yang boleh dilaksanakan. Program agrotourism dalam industri nanas merupakan satu peluang yang dilihat semakin berkembang di Malaysia.
Beberapa strategi didalam pengeluaran nanas perlu di lihat terutama dalam aspek keperluan tenagakerja, mekanisasi ladang, kefahaman teknologi, sistem pasaran dan juga kawasan tanah untuk penanaman nanas. Kekurangan dalam Tenagakerja (Manpower) di Malaysia dalam banyak sektor tidak mencukupi disektor pertanian, binaan dan kilang masih berterusan. Bagi estet nanas masih perlukan ramai tenagakerja dimana kebergantungan kepada pekerja asing masih diminan menjadi isu dalam pengeluaran buah nanas. Pandemik covid-19 menunjukkan dimana isdustri tanaman nanas lumpuh dibeberapa estet apabila ketiadaan pekerja ladang di Estet Nanas Rompin, Simpang Rengam dan kalangan usahawan komersial nanas lain. Kerja diladang nanas yang panas dan perlukan tenaga memang kurang diminati oleh rakyat tempatan (Sila lihat foto disebelah). Masih tidak banyak mekanisasi ladang yang digunakan dalam industri penanaman nanas di Malaysia. Hanya ada beberapa perladangan luas yang pempunyai jentera membaja, menuai dan sebagainya dan dari sektor pekebun kecil kebanyakannya secara manual sahaja terutama penanam nanas tanah gambut. Belum banyak tahap penggunaan jentera yang cekap dijalankan masa ini. Perkhidmatan jentera pembajak selalunya di sewa daripada pihak swasta yang agak sukar diperolehi jika kedudukan kebun nanan berskala kecil dan berjauhan dari pusat perkhidmatan. Adalah disyorkan agar duwujudkan lebih ramai 'sercive porvider' dalam industri nanas melalui pihak berkaitan jika inginkan industri nanas lebih cepat berkembang. Memang penulis blog dapati hanya beberapa mekanisasi ladang nanas yang ada seperti Alat Penyembur Racun Berjentera, Alat Pembajaan Berjentera, Treller kecil pengangkut buah di tanah gambut (ceketeng) dan beberapa lagi. Pihak terlibat industri nenas tempatan perlu membuat inovasi yang bersesuaian dengan teknologi dan mekanisasi di ladang nanas. Aspek yang paling ketara adalah isu kawasan khusus untuk penanaman nanas. Kekurangan kawasan tanah yang baru untuk memperluaskan tanaman nanas tidak mudah didapatkan terutama untuk estet. Walau pun ada beberapa negeri yang mempunyai kawasan tanah gambut luas tetapi ketiada akses jalanladang dan sistem perparitan sempurna tidak membolehkan penanaman nanas secara meluas boleh dilakukan. Masih berlaku persaingan yang kuat isu gunatanah untuk tanaman nanas dengan komoditi lain seperti getah, kelapa sawit, sayuran, buah-buahan dan untuk kegunaan industri perlilangan dan perumahan. Kalangan pekebun kecil nanas masih ramai yang membuat pemilihan varieti nanas yang tidak sesuai untuk pasaran segar dan tujuan eksport. Ini kerana memang sukar untuk mendapatkan benih nanas premium dan juga selalunya harga adalah lebih mahal berbanding dengan varieti nanas konvensional. Bagaimana pun pihak berwajib perlu adalah program menukarkan varieti nanas biasa kepada varieti atau jenis nanas premium secara berperingkat. Masih kedapatan dimana kefahaman teknikal tanaman nanas yang lebih komprehsif ditahap rendah terutama oleh penanam baru dan pekebun kecil. Sebaiknya perlu dikukuhkan dan ditambahbaik manual tanaman nanas dan SOP pengurusan tanaman nanas untuk mudah difahami. Aspek lain adalah isu kurang jaminan pasaran yang tersedia bagi buah nanas dan sebaiknya diwujudkan jaminan pasaran dan harga lantai dalam industri nanas. Mungkin dikukuhkan lebih banyak anchor campany dan ada konsep 'buy back guarantee' dalam industri nanas untuk memperkuatkan lagi industri ini di Malaysia.
Menarik lapran media bertajuk 'Nanas potensi besar merentasi pasaran global' untuk dikongsikan. Pada masa ini Negeri Johor menyumbang 61% kepada pengeluaran nanas negara dengan keluasan tanaman melebihi 10,000 hektar dengan jumlah pengeluaran hasil nanas sebanyak 65% atau 250,000 metrik tan setahun. Dilaporkan kerajaan menerusi LPNM akanmelaksanakan Dasar Agro Makanan Negara 2.0 boleh membantu merancakkan lagi industri nanas di Johor. LPNM akan memastikan industri nanas berdaya tahan dan ini sekali gus memacu pertumbuhan ekonomi negara dan di Johor khususnya. Ia termasuk membantu pekebun dan pengusaha industri hiliran dalam sektor ini dengan teknologi dan aspek pembangunan pertanian terkini seiring perkembangan dunia digital. Kini ada seramai 3,286 petani di Johor terlibat dengan tanaman nanas dimana Daerah Kluang merupakan daerah terbesar tanaman nanas berkeluasan lebih 3,000 hektar diikuti Batu Pahat dan Pontian masing-masing lebih 1,000 hektar. Apa pun secara keseluruhan, jumlah eksport nanas negara pada suku ketiga tahun lepas sebanyak RM802 juta iaitu berbanding RM641 juta sepanjang 2020. Tanaman itu dieksport ke lebih 20 buah negara antaranya Singapura, Mesir, China dan Jepun. Purata eksport nanas Johor adalah lebih 10 kontena sebulan dimana setiap 1 kontena ada lebih kurang 2,200 karton (10 kilogram) atau keseluruhan 18,000 biji buah yang didapatkan tanamannanas dalam 1.5 ekar sahaja. Peranan LPNM memberikan banyak bantuan yang disalurkan kepada pekebun nanas seperti baja, mesin, racun rumput, benih nanas dan khidmat nasihat menjadikan industri nanas terus berkembang. Harga baja dan peralatan kini semakin mahal dan kalau boleh diperbanyakkan lagi bantuan kerajaan seperti ini pada masa depan. Ke arah sifar sisa ada potensi daripada sisa nanas dan inovasi menghasilkan seperti produk kraftangan dan cendawan yang sekali gus membantu ramai usahawan industri hiliran meningkatkan pendapatan. Sisa nanas sesuai dijadikan mesia cendawan yang sekarang ini mengalami masalah habuk kayu getah. Dalam memenuhi keperluan Dasar Agro Makanan Negara 2.0 maka kerajaan telah sasarkan keluasan tanaman nanas negara melonjak kepada 20,000 hektar tiga tahun lagi berbanding 17,000 hektar pada 2020. Artikel ini dituis dalam dua segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
KEKUATAN MALAYSIA... ADA AGENSI...
VARIETI PREMIUM... LUASKAN LAGI...
BAGI EKSPORT... BUAH BERKUALITI...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 2307, Trove Hotel,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(22 Zulkaedah 1444H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.