Support My Blog

Monday, August 7, 2023

POKOK EUCALYPTUS - APA POTENSINYA

POKOK EUCALYPTUS
 (
Eucalyptus spp) merupakan sejenis pokok yang mempunyai lebih 700 spesis diseluruh dunia. Tumbuhan eucalyptus ialah tumbuhan yang mana ia selalu berbunga, berbatang sama ada darr bentuk pokok renek atau pokokk besar yang tinggi. Eucalyptus juga mempunyai jenis kulit yang licin, berserabut, keras atau ada yang berserat. Daunnya pula memiliki kelenjar minyak yang mampu hasilkan cecair, bersepal dan ranggi bercantum dan membentuk seakan bentuk 'topi' . Buahnya pula adalah jenis berkapsul dan berkayu (gumnut). Apa pun kebanyakan spesis pokok Eucalyptus merupakan tumbuhan yang berasal dari negara  Australia dimana sebahagian besar hutan di Australia terdiri daripada spesis Eucalyptus. Bagaimana akibat selalu berlaku kebakaran hutan di Australia maka ada banyak spesis pokok Eucalypt telah berubah dan ia tumbuh semula selepas kes kebakaran berlaku. Diantara spesis yang banyak tumbuh adalah Eucalyptus deglupta selalunya tumbuh cepat mencapai ketinggian 60- 75 meter dengan mempynyai jenis akar banir sehingga setinggi 4 meter dalamnya dengan batang kayunya mampu membesar dengan rentas garispusat sepanjang 240 cm. Kulit kayu pokok eucalyptus dilihat ia mempunyai beberapa lapisan dengan selalunya berwarna hijau, perang, merah dan kelabu dan juga ia ditutupi lapisan luar berwarna kejinggan. Daunnya tumbuh berpasangan dengan susunan yang setentang dimana pada setiap pasangan helaiannya berbentuk ringkas dengan ukuran 75 - 150 mm panjang dan 50 - 75 mm lebar. Menganalisa dari marfologi bunga yang mana putiknya berjambak sebanyak enam kuntum yang keluar daripada ketiak daun. Bunga tersebut dimana setiap kuntum tunggal ditutupi suatu pedikel 5 mm panjang bertukar warna hijau atau kuning tua apabila sudah matang dengan stamen yang berwarna kuning atau keputihan. Buah eucalyptus yang terhasil selepas pendebungaan berbentuk kapsul separa bulat degan ukuran  3 - 5 mm panjang persegi dengan kulit kasar seakan kayu. Selalaunya setiap buah ini beruas mengeluarkan 3 - 12 biji benih berwarna perang yang uniknya ia  bersayap. Apa pun aspek kegunnan dimana lazimnya pokok eucalyptus akan diambil bahagian gentiannya (fiber) untuk pembuatan kertas dan produk lain yang sesuai. Tumbuhan ini sesuai juga ditanam dikawasan taman riadah, sepanjang jalan dan juga kawasan perumahan yang sesuai. Artikel petang Sabtu ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai potensi dan laporan media pokok eucalyptus untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan semua.


Dalam satu artikel dari Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dengan tajuk '
Tanam pokok mesra alam tingkat kelestarian semula jadi' sesuai dikongsikan. Foto disebelah menunjukkan bagaimana pokok eucalyptus hibrid ditanam oleh warga Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, di sekitar kampus itu yang subur. Pokok eucalyptus merupakan spesies pokok hutan yang asalnya ia berasal dari Australia. Ia juga dikenali sebagai pokok kayu putih. Di Australia, ia sinonim dengan habitat beruang koala. Selain Australia, beberapa genus eucalyptus ditemui di Indonesia dan Papua New Guinea. Pokok eucalyptus boleh mencapai ketinggian daripada 10 sehingga 60 meter menjadikannya sesuai sebagai sumber kayu kayan dalam perindustrian kayu balak. Pokok eucalyptus banyak ditanam di China, Indonesia dan negara-negara di Amerika Selatan. UPM adalah universiti utama dalam bidang pertanian dan juga nombor satu di Asia dalam Greenmetric, Universiti Putra Malaysia (UPM) menjadi pelopor dalam kajian dan penanaman eucalyptus hibrid di sekitar kampus tersebut. Ia bukan hanya bertujuan penanaman semata-mata dimana para penyelidik UPM mengkaji potensi pokok tersebut dalam membaiki kualiti tanah dan mengawal hakisan. Apa pun pokok eucalyptus hibrid ini ditanam untuk memupuk semangat cintakan kelestarian alam semula jadi di kampus hijau. Pokok eucalyptus mempunyai akar yang mampu tumbuh jauh ke dalam tanah untuk mendapatkan kelembaban atau air. Ciri pertumbuhan akar ini memberikan kelebihan penyesuaian tinggi kepada eucalyptus untuk bertahan hidup dalam keadaan kemarau. Selain itu, rembesan kimia daripada akar eucalyptus memberikan sumber makanan dan kelembaban kepada makro dan mikroorganisme dalam tanah. Kadar pertumbuhan yang cepat serta mampu untuk hidup dalam keadaan persekitaran terhad seperti kekurangan air menjadikan pokok ini mudah diselia pertumbuhannya. Pokok eucalyptus banyak digunakan dalam industri perkayuan, pulpa dan kertas termasuk perubatan seperti penghasilan minyak angin dan pengawal perosak semula jadi. Kajian awal kesesuaian eucalyptus hibrid ini dijalankan di Hutan Simpan Sungai Betis, Lojing, Kelantan seawal 2017 untuk tujuan konservasi kawasan hutan yang mempunyai kadar pertumbuhan pokok yang rendah. Setelah penanaman dijalankan lebih lima tahun, kawasan tersebut telah bertukar menjadi kawasan hutan eucalyptus di samping menjadi habitat kepada flora dan fauna. Potensinya bagi Malaysia bukan sahaja dalam konservasi alam sekitar tetapi juga mampu menyumbang kepada penjanaan pendapatan negara sekiranya penanaman eucalyptus hibrid ini dirancang dalam sektor perhutanan dan industri perkayuan tempatan. Antara produk utama eucalyptus terkenal termasuk kertas A4 Double A, minyak pati, minyak angin dan pulpa. Eucalyptus hibrid ini adalah solusi kepada kekurangan sumber kayu dan mampu mengekang penuaian sumber kayu dalam hutan negara kita yang amat berharga. Pengunjung boleh ke kampus hijau UPM Serdang untuk melihat sendiri kejayaan penanaman pokok eucalyptus hybrid ini.


Dalam portan bernama.com ada kisah bagaimana '
Kelantan sasar jadi antara pengeluar pokok Eucalyptus dalam negara' juga sesuai dikongsikan kisahnya. Dilaporkan Kelantan telah pun menyasarkan untuk menjadi antara pengeluar pokok Eucalyptus di dalam negara selepas ia mula ditanam secara komersial di kawasan hulu Kelantan bagi menggantikan pokok balak yang ditebang. Penanaman pokok berkenaan kira-kira dua tahun lepas di kawasan seluas 30 hektar di Hutan Simpan Sungai Betis yang mana akan memperoleh hasil kayu pertama yang dijangka dikutip pada 2025. Kini sudah ditanam 21,000 anak pokok di kawasan berkenaan dengan setiap sehektar boleh memuatkan kira-kira 700 batang pokok. Didakwa dimana pokok eucalyptus mempunyai tempoh matang tujuh tahun sahaja berbanding pokok balak yang mengambil masa sehingga 25 tahun. Ia juga mudah ditanam dan proses penjagaannya tidak rumit. Dilaporkan setiap sehektar tanaman itu mampu memberi keuntungan bersih sehingga RM40,000 dan ia selamat kepada alam semula jadi kerana dilaporkan ia tidak mengganggu ekosistem terutama aliran sungai. Apa pun bagi penduduk Kelantan yang mempunyai tanah kosong juga digalakkan untuk mengusahakan tanaman berkenaan kerana ia boleh memberi pulangan lumayan kepada mereka.


Dalam portal sinarharian.com pula sudah dilaporkan bagaimana '
Adakah benar pokok eucalyptus alat pembersih udara semula jadi?' yang memang sesuai ditulis semula. Artikel ini ditulis selepas ada  beberapa video tular di media sosial yang memberi cadangan untuk meletakkan pokok eucalyptus di dalam tandas seakan menjadi trend. Video yang tular di media sosial yang memberi cadangan untuk meletakkan pokok eucalyptus di dalam tandas seakan menjadi trend. Rata-rata daripada kita cepat percaya dan mengikuti trend ini tanpa membuat kajian apakah kelebihan dan kekurangan tanaman ini. Cukup sekadar ianya wangi dan boleh menjadi alat pembersih udara. Namun begitu ada beberapa orang yang pakar di Universiti Putra Malaysia (UPM) kurang bersetuju pokok eucalyptus diletakkan sebagai tanaman hiasan yang dikatakan alat pembersih udara semula jadi. Bagi Pensyarah Kanan, Fakulti Pertanian, UPM, Dr. Puteri Edaroyati Megat Wahab nyatakan setakat ini tiada penyelidikan menyatakan ia boleh membersihkan udara secara semula jadi. Namun penggunaan sebenarnya adalah sebagai pewangi memang tidak dinafikan. Dakwanya minyak pokok ini boleh digunakan sebagai pewangi yang menyegarkan, penyegar udara, kosmetik, minyak wangi dan sabun. Dilaporkan ia ia juga sebagai ramuan dalam minyak angin atau urut. Minyak tersebut mengandungi cineol yang mudah meruap dan memberi bau yang sangat kuat. Disebabkan itu maka ada orang yang suka kepada bau segar ini akan menjadikannya keratan untuk digantung di ruang yang perlu kepada kesegaran seperti bilik air. Dilaporkan pokok ini memang banyak digunakan dalam industri perkayuan, pulpa dan kertas termasuk perubatan seperti penghasilan minyak angin dan pengawal perosak semula jadi. Antara produk utama eucalyptus terkenal termasuk kertas A4 Double A, minyak pati, minyak angin dan pulpa. Eucalyptus hibrid ini adalah solusi kepada kekurangan sumber kayu dan mampu mengekang penuaian sumber kayu dalam hutan negara kita yang amat berharga. Dilaporkan juga yang pokok Eucalyptus mempunyai kebaikan kepada saluran pernafasan. Pati minyak yang dihasilkan dari pokok ini dapat menghasilkan rasa yang menenangkan dan menyegarkan apabila dihidu. Disebabkan itu minyak kayu putih dijual secara meluas dan ianya dapat membantu individu yang mengalami masalah pernafasan seperti asma atau alahan, namun kajian masih terhad dalam bidang kesihatan. Kini ada pelbagai kajian yang dibuat bagi membuktikan bahawa tumbuhan hijau dan semula jadi memberi kesan positif dalam mengurangkan tekanan dan meningkatkan kesejahteraan mental. Jika anda meletakkan pokok eucalyptus di dalam rumah ia akan mengubah suasana rumah lebih santai dan tenang, namun kajian yang teliti mengenai keberkesanan sebenar belum disahkan. Kajian mendapati dimana pokok ini mengandungi sebatian yang berbahaya kepada manusia kerana sesetengah orang mengalami alahan sehingga mengakibatkan ruam, sukar bernafas, atau sakit mata yang teruk. Pokok eucalyptus merupakan spesies pokok hutan yang berasal dari Australia. Ia juga dikenali sebagai pokok kayu putih. Di Australia, ia sinonim dengan habitat beruang koala. Selain Australia, beberapa genus eucalyptus ditemui di Indonesia dan Papua New Guinea. 


Portal hmetro.com pula melaporkan '
Pokok eucalyptus dari China hidup subur di Kelantan' sesuai dirujuk. Pokok eucalyptus yang ditanam di Hutan Simpan Sungai Betis Pos Brooke, Gua Musang hidup subur selepas ditanam tiga tahun lalu. Dilaporkan dimana pokok yang diambil benih dari Naning, China dan ditanam seluas 20 hektar bagi mengurangkan kebergantungan kepada balak yang sudah ditebang. Setakat ini pokok berkenaan bukan untuk dijual tetapi percubaan untuk melihat masalah dan keberkesanannya terhadap tanah serta pokok lain. Sebelum ini ada yang mendakwa pokok eucalyptus menyerap lebih banyak air tetapi setakat tiga tahun penanaman, tiada kesan negatif malah pokok lain tumbuh subur di persekitarannya. Keberkesanan tanaman itu menarik beberapa syarikat perkayuan menanam sendiri pokok berkenaan sehingga mencapai keluasan 400 hektar. Jumlah pokok yang ditanam dalam kawasan seluas satu hektar bergantung kepada spesiesnya dimana ada spesies yang boleh mencapai 1,000 perhektar dan istimewanya ia boleh tumbuh semula sehingga lima kali ditebang. Pokok ini lebih cepat membesar daripada pokok lain dan boleh ditebang dalam tempoh tujuh tahun berbanding 25 tahun pokok balak biasa. Modalnya juga kecil iaitu kira-kira RM10,000 untuk 0.4 hektar dan hasilnya boleh mencapai sehingga RM30,000. Dilaporkan dimana ada juga beberapa spesies lain yang boleh dipromosikan iaitu pokok kembang semangkuk dan kayu machang yang turut mendapat perhatian di luar negara. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
POKOK EUCALYPTUS... APA BENDA...
SESUAI DITANAM... DI NEGARA KITA...
CEPAT MEMBESAR.. 7 TAHUN SAJA...
BANYAK GUNA... KERTAS ANTARANYA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(19 Muharram 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...