Support My Blog

Wednesday, August 23, 2023

TANAMAN JAGUNG MANIS - SEMAKIN POPULAR

MENANAM JAGUNG
(Zea mays) dari keluarga Poaceae merupakan satu bidangusaha tanaman bijirin berasal dari Amerika dan tesebar ke Asia dan Afrika. Abad ke 16 sudah dilaporkan dimana ada kalang penjajah termasuk orang Portugis yang berjaya menyebarluaskan tanaman ini ke rantau Asia. Terdapat berbagai jenis jagung yang ditanam diseluruh dunia termasuk daripada jenis Jagung Manis (Zea may var saccharata), Jagung Berkanji (Zea mays var indurata), Jagung Bertih (Zea mays var everta) dan juga jenis Jagung Tepung (Zea mays amylacea). Tanaman jagung di Malaysia sebagai tanaman jangka pendek dilakukan kebanyaknnya untuk di makan segar dengan jenis jagung manis. Keluasan tanaman jagung manis di Malaysia adalah sekitar 10,912 hektar pada tahun 2022 dengan pengeluaran sebanyak 80.340 metrik tan (Sumber: Booklet Keluasan Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia, Putrajaya, 2022). Pada penulis blog j
agung manis merupakan jagung yang paling popular ditanam dan dimakan kerana ia mengandungi lebih banyak gula dan di makan segar atau diproses untuk menjadi makanan berasaskan jagung. Antara makanan berasaskan jagung seperti bubur, goreng tepong, jagung cup corn, sup dan banyak lagi termasuk sebagai makanan salad juga. Dari segi teknikal penanaman jagung manis merupakan tanaman yang mana pakej amalan teknologinya sudah maju disediakan oleh Jabatan Pertanian Malaysia dan pihak penyelidikan. Walau pun kebanyakan biji benih hibrid jagung manis hampir 100% diimport dari luar negara, akan tetapi ia masih mudah didapati oleh kebanyakan petani di Malaysia. Memang mudah mengenali biji benih jagung manis kerana cirinya yang mana apabila kering ia akan berkeriput atau berkedut setelah dikeringkan dan matang. Bagaimana pun apabila ia masih dipokok dna agak muda dimana biji yang masih muda dilihat bercahaya dan berwarna jernih seperti kaca kerana banyak kandungan gula yang berikan rasa manis. Pada penulis blog dimana antara kaedah didalam cara membezakan jagung manis dengan jagung biasa dimana lazimnya jagung manis mrngrluarkan rambut berwarna putih sedangkan jagung biasa berambut merah. Dalam pada itu umur bagi menuai jagung manis adalah singkat diantara 60 - 70 hari sementara bagi jagung biasa sekitar 80 - 100 hari. Artikel pada tengahari ini dalam kesihatan baik di dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai kisah bagaimana jagung manis ditanam seperti dilaporkan oleh beberapa media tempatan untuk dijadikan rujukkan.


Dalam portan hmetro.com dilaporkan bagaimana '
Jagung manis jana pendapatan' sesuai dikongsikan. Kini dengan jumlah permintaan tinggi terhadap jagung manis mendorong penduduk Kampung Pering, Kodiang, Kedah mengusahakan tanaman itu secara serius. Melalui Koperasi Asas Tani Kedah Berhad (KATKB), projek pertanian jagung manis membabitkan keluasan 47.3 hektar itu menjadi punca pendapatan penduduk berkenaan selain tanaman padi dan getah. Pengerusinya, Johari Yahaya (68) dakwa koperasi yang ditubuhkan sejak tahun 2002 memberi peluang kepada ahlinya menambah pendapatan (Sila lihat foto disebelah). Setakat ini terdapat 40 peserta projek tanaman jagung manis yang diusahakan sekitar kawasan tersebut iaitu dengan hasil pengeluaran bagi 0.4 hektar adalah sebanyak l5 tan.  Kampung Pering terkenal sebagai desa utama pengeluar jagung manis yang juga sebuah desa seimbang dan mampan dari segi jumlah pembangunan serta mempunyai semangat perpaduan tinggi dalam kalangan masyarakatnya. Petani disini memberikan tumpuan meningkatkan hasil projek tanaman jagung manis yang menjadi punca pendapatan utama penduduk. Selain tanaman padi, langkah proaktif dilakukan supaya peningkatan luas tanaman jagung dapat dijalankan secara meluas bukan saja tertumpu pada kawasan kampung semata-mata, tapi merentasi kawasan luar. Projek kelompok ini memberi peluang pekerjaan kepada penduduk sekali gus menambah punca pendapatan masing-masing dibantu oleh Jabatan Pertanian. Jagung manis yang selalu dihasilkan di ladang terbabit dibahagikan kepada gred A bagi berat melebihi 320 gram setongkol, B (280 gram hingga 320 gram) dan C (kurang 280 gram). Tanaman ini mengeluarkan hasil selama tiga musim dalam setahun dengan setiap musim memerlukan 65 -70 hari untuk dipetik. Jagung memerlukan cuaca panas, namun jika terlalu panas ia boleh mendatangkan kesan kepada mutu tanaman. Walaupun proses penanaman jagung manis tidak rumit dimana ia masih tetap perlukan cara pengurusan tanaman yang betul. Paling penting kawalan serangga bagi mengeluarkan hasil terbaik. Kawasan ladang juga perlu bersih kerana rumput yang panjang dan semak menyebabkan pokok jagung akan kurang subur serta hasil berkurangan. Setongkol jagung bagi gred A dijual dengan 70 sen, gred B dijual dengan 40 sen dan gred C pula dijual dengan 25 sen kepada pembeli. Jabatan Pertanian Kedah banyak membantu dari segi khidmat nasihat dan membimbing peserta hingga berjaya. Bagi Ketua Kelompok Projek Jagung Kampung Pering iaitu Ku Senang Ku Ahmad beritahu dimana selain projek tanaman jagung manis, KATKB turut membina sebuah kilang memproses kordial jagung di Kodiang sebagai alternatif perniagaan. Pasaran diperluaskan ke seluruh negara melalui media sosial dan pasar raya bagi mengembangkan perniagaan KATKB. Mereka kini mempunyai lebih 20 pekerja sepenuh masa dan separuh masa untuk mengendalikan kilang berkenaan. Alhamdulilah, kordial jagung ini mendapat permintaan menggalakkan kerana keenakan rasanya.


Kisah lain berkaitan jagung manis juga dilaporkan dimedia dengan tajuk iaitu  'Daripada 0.8 hektar kini 24.3 hektar' yang menarik untuk dikongsikan. Ia jadi contoh bagi seorang pemuda berusia 29 tahun yang manan meninggalkan kerjaya sebagai kontraktor yang diceburi selama 15 tahun untuk terjun ke bidang pertanian sememangnya sesuatu yang tidak disesalkan. Ini kerana permintaan bahan makanan yang sentiasa meningkat menjadikan kerjayanya sebagai usahawan tani dilihat mempunyai potensi cerah. Bagi petani Mohd Iskandar mengakui pembabitannya dalam penanaman jagung manis bermula ketika Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) akibat Covid-19 iaitu dua tahun lalu. A[a pun ketika itu masa itu aktiviti kontraktor bagi membina rumah terpaksa diberhentikan dan saya mencari alternatif dengan mencuba tanaman jagung sebagai punca pendapatan. Walaupun tanpa latar belakang dalam bidang ini tapi dengan usaha menyertai kursus pertanian dan pemasaran tanaman ini saya mampu bertahan sehingga ke hari ini. Dia yang mana mulakan memajak tanah seluas 0.8 hektar (dua ekar) sahaja untuk tanaman jagung manis dan kini anak kelahiran Selangor itu sudah memindahkan projek tanaman ke tanah yang lebih luas iaitu 24.3 hektar (60 ekar). Pada peringkat awal sudah semestinya mempunyai cabaran tersendiri untuk berada di dalam bidang itu. Apatah lagi tidak mempunyai pengalaman. Dulu dia habis modal di peringkat awal kira-kira RM50,000 dan banyak belajar mengenai perkara yang boleh ianya menjimatkan modal di peringkat awal sebenarnya. Enam bulan selepas itu semasa tanaman ini dilihat mempunyai potensi baik maka dia pun memajak tanah lebih luas di lokasi yang lain di Jenalik Hilir, Kuala Kangsar di Perak selauas sekitar 24.3 hektar (60 ekar). Kalau dulu hanya 2.8 hektar (tujuh ekar) sahaja digunakan dan tanah selebihnya dalam proses untuk tujuan membangunkan projek pertanian lain. Jagung manis yang diusahakannya mengambil masa antara 65 hingga 70 hari tempoh matang dan siap untuk dijual kepada pemborong. Dia kini membuat tanaman secara berfasa yang dilihat lebih baik untuk membekalkan kepada pemborong dalam setiap dua minggu hasil jagung yang sudah matang. Setiap musim jagung yang ditanam saya mampu menghasilkan antara 2 - 2.5 tan. Daripada harga pasaran kepada pemborong pula kira-kira RM75 hingga RM85 untuk seguni jagung manis gred A yang mempunyai berat kira-kira 60 kilogram (kg). Meskipun ketika ini ladang jagungnya mampu mengeluarkan kapasiti berkenaan dalam tempoh setiap dua minggu, pasaran masih lagi tidak mencukupi.  Permintaan jagung manis ini agak tinggi kerana ia digunakan dalam pelbagai makanan seperti bagi membuat kuih dan air. Dia akan terus memajak tanah yang lebih luas untuk dapat memenuhi permintaan pasaran. Ketika ini jagung keluaran ladang saya sudah terjual ke luar Perak khusuanya  di negeri Kelantan. Mengenai cabaran tanaman itu terdedah dengan serangan haiwan seperti babi, monyet dan kera yang gemar menceroboh ladang jagung. Dia kini sudah memasang pagar elektrik bagi mengekang masalah berkenaan. Apa pun dakwanya menanam jagung dilihat mudah kerana perkara paling penting ialah memastikan ia mendapatkan air yang secukupnya dan juga baja. Dia akan menyiram pokok jagung ini dua kali sehari jika tidak hujan. Saya menggunakan sistem siraman secara automatik supaya lebih mudah menetapkan masa siraman. Bagi menjadi usahawan pertanian perkara yang penting sudah tentu ilmu yang boleh diperoleh menerusi pelbagai kursus. Di Malaysia kini terdapat pelbagai kursus daripada segi tanaman dan pemasaran yang boleh kita sertai. Selain itu, di media sosial juga terdapat pelbagai kumpulan sembang pengusaha tanaman ini yang boleh mendapatkan maklumat penjagaan daripada mereka.


Kisah menarik lain mengenai tanaman jagung manis di Kelantan bertajuk 'Sepakat tanam jagung manis' juga wajar untuk dikongsikan. dilaporkan dari tanah terbiar sejak beberapa tahun ini, ia sudah pun dimanfaatkan lima penduduk dengan mengusahakan tanah seluas 4.8 hektar itu secara berkelompok dengan tanaman jagung manis hingga memberi pulangan hasil lumayan. Mereka adalah penduduk di Kampung Kuala Balah di Jeli, Kelantan yang mengusahakan tanaman itu setahun lalu hingga berjaya menanam hampir 30,000 pokok jagung semusim. Mereka kini sudah menanam jagung itu dalam tiga musim membabitkan lebih dua bulan semusim dan permintaan pasarannya juga menggalakkan. Selain dijual yang mentah sebanyak 14 tongkol RM10 dimana mereka juga sepakat membuka gerai di tepi Jalan Jelawang-Jeli untuk pasaran jagung rebus. Ketua kumpulan tanaman jagung berkelompok itu, Mat Izman Mat Hussin (54) beritahu dimana tanaman jagung manis yang diusahakannya antara paling luas. Memang ada juga penduduk lain berbuat demikian, tetapi tidak seluas kumpulannya dan mempunyai kemahiran mengeluarkan jagung bermutu. Dia juga mengakui tanah di kawasan itu lebih lama terbiar dan melihat kepada keadaan kerugian ada kesepakatan untuk memajukannya secara beramai-ramai. Tanaman yang diusahakan di kawasan itu juga melihat kepada musim dan mungkin selepas ini diusahakan pula dengan tembikai kerana musim tengkujuh. Apabila mereka mrnanam tembikai mungkin hasil dapat dikeluarkan pada Ramadan tahun depan dan sudah tentu mendapat pasaran baik hingga mampu meningkatkan keuntungan.  Begitu juga musim seterusnya mungkin pelbagai sayur-sayuran seperti lada solok, timun batang dan terung sebelum datang semula pusingan jagung. Menurut rakan kongsi, Mohd Riduwan Shafie (29) dakwa Kampung Kuala Balah terkenal sebagai pengeluaran jagung manis setanding dengan Cameron Highlands, Pahang. Dilaporkan ada juga pemborong daripada beberapa daerah di Kelantan datang membelinya untuk dijual secara rebus di tempat mereka. Tanaman jagung itu sentiasa mendapat khidmat nasihat daripada jabatan berkaitan khususnya Jabatan Pertanian Kelantan dan baja serta racun dikongsi bersama. Dalam sehari paling kurang dapat kutip 1,500 tongkol jagung dan kadangkala hampir 3,000 tongkol apabila ada permintaan lebih daripada itu. Kini mereka juga menggunakan pelbagai jentera bermula daripada membersih kawasan, membajak dan menanam bagi menjimatkan masa. Bagi Siti Zuliha Shafie (27) yang telah ditugaskan menjual secara tongkol jagung pula mengakui ramai yang datang membeli menyatakan jagung manis ini tersohor (Sila lihat foto paling bawah sekali). Ini kerana mereka tidak bersusah payah lagi ke Cameron Highlands bagi mendapatkan jagung manis dan harganya pula lebih murah. Cuba bayangkan jagung mereka kini dijual 14 tongkol RM10 akan tetapi tetapi dimaklumkan jagung yang dijual di Cameron Highlands lebih mahal sekitar lima hingga tujuh tongkol RM10. Apa pun jagung manis itu dijual dengan harga RM1 setongkol hingga mendapat pasaran lebih 200 tongkol sehari dan tidak putus-putus dikunjungi orang ramai. Mereka bersyukur bila semua tiga beradik berada dalam kumpulan tanaman jagung berkelompok itu dimana hanya abang ditugaskan berada di kebun dan mereka dua beradik bahagian menjualnya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
JAGUNG MANIS... ENAK RASANYA...
ADA DI TANAM... LUAS DI MALAYSIA...
MUDAH DIBELI... SESUAI HARGANYA...
SELALU DITANAM ...PETANI SUKA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(10 Zulkaedah 1444H).
Posted from:
Taman Bayu Damai, Pengerang,
Kota Tinggi, Johor.
6 Safar 1445H.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...