Support My Blog

Thursday, August 17, 2023

SAYUR KANGKONG - FAKTA DI MEDIA (Part 3)

SAYUR KANGKONG
(Impomea spp Poir) merupakan sejenis sayuran daun yang mudah ditanam dan diusahakan secara komersial atau tradisional oleh petani di Malaysia. Terdapat 2 jenis kangkung yang lazim ditanam di Malaysia iaitu Kangkung Darat (Impomea reptans Poir) dan juga jenis Kangkung Air (Impomea aquatica Forsk) dari keluarga Convulvulaceae. Kangkung Darat adalah kangkong yang ditanam atas tanah darat yang tumbuh menegak dan diusahakan secara komersial sementara kangkong air adalah jenis kangkong yang tumbuh dalam kolam atau taliair yang menjalar. Kangkong merupakan satu jenis sayuran jenis daun yang popular ditanam kerana mempunyai pasaran yang besar. Pada tahun 2022 ada terdapat seluas 4,321 hektar tanaman kangkong dengan penghasilan sebanyak 46,034 mt di seluruh negara (Sumber: Booklet laporan Statistik Keluasan Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia, 2022). Kawasan peling luas menanam kangkong adalah di Negeri Johor (1,430 hektar) diikuti dengan Negeri Perak (521 hektar) dan juga ketiga adalah Selangor (498 hektar). Kangkong merupakan satu jenis tanamam dari keluarga Convovulaceae iaitu dari kumpulan sayuran daun yang berbatang lembut dan berwarna hijau yang penting di Malaysia dan Asia. Kangkung dikenali dengan pelbagai nama lain di barat seperti water convolvulus, water spinach, swamp cabbage dan swamp morning-glory. Kangkung darat pula mempunyai daun yang panjang menirus dan berbatang kecil dan bagi kangkung air pula ia mempunyai daun yang agak lebar dan bujur serta berbatang besar. Kangkung dikalangan negara lain pula dipanggil sebagai phak bong (Laos), camotillo (Peru), cancong (Filipina), argali (sudan), paakboong (Thailand), rau muong (Vietnam) dimana tamanan ini juga merupakan sayuran yang tumbuh menjalar yang dimakan sebagai sayuran bersama makanan lain seperti nasi dan laukpauk lain. Makanan nasi lemak yang menjadi ikon sebagai 'Makanan Malaysia' juga lazimnya tidak lengkap kalau tidak ada sayuran kangkung. Kalau mengkaji akan asal usul dan keberadaan tanaman kangkong ini dimana ia boleh didapati di Selatan Asia, Asia Tenggara, Africa, Amerika Selatan, Amerika Tengah dan juga dikawasan Oceania. Pada penulis blog mendapati tanaman dan sayur kangkung merupakan tanaman yang penting dan ditanam secara intensif di Asia Tenggara, Hong Kong, Taiwan dan Selatan Cina. Daun kangkung berbentuk hati dan tumbuh secara berselang bergantung kepada spesisnya.  Penulis blog ada pernah menerbitkan buku teknikal di Jabatan Pertanian yang telah menjelaskan sebanyak 7 spesis kangkong yang lazim atau popular ditanam di Malaysia. Bunga kangkong lazimnya berwarna putih dan ungu di bahagian tengahnya. melihat kepada biji kangkung pula selalu ia berwarna coklat kehitaman. Kangkung yang merupakan sayuran hijau memang ada dijual di pasar biasa, pasar malam, pasar tamu, pasar tani, pasaraya dan kedai-kedai runcit diseluruh negara dengan harga yang agak berpatutan murah berbanding dengan sayuran jenis lain. Sebenarnya semua bahagian kangkung yang muda boleh dimakan secara segar atau dimasak. Umumnya penanaman kangkung yang subur memerlukan suhu 24 oC dengan pH tanah antara pH5.5 hingga pH 6.5. Pelbagai jenis tanah adalah sesuai untuk menanam tanaman ini seperti jenis tanah gambut, BRIS dan tanah bekas lombong. Kangkung didakwa mempunyai kandungan vitamin yang pelbagai seperti Vitamin A, Vitamin B, Vitamin C, protein, zat besi, kalsium, fosforus, karoten selain mempunyai antioksida dan mineral. Kangkung adalah sajian yang selalu disarankan oleh ahli diet dalam program kawalan kolesterol dan penurunan berat badan disebabkan kandungan lemak dan kalori yang rendah, serta sifat antioksidannya. Artikel subuh Ahad ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan fakta menarik mengenai kangkong sebagai bahan rujukkan bagi pembaca blog semua.


Menarik kisah di bharian.com yang bertajuk '
Tanam semalu air, kangkung sebagai penapis semulajadi di Pantai Tengah, Langkawi' untuk dikongsikan. Dilaporkan sekumpulan sukarelawan menanam lebih 2,000 batang pokok semalu air dan kangkung di parit monsun Tasik Anak, Pantai Tengah, Langkawi. Ada lebih 2,000 batang pokok semalu air (water mimosa) dan kangkung telah ditanam di parit monsun Tasik Anak, Pantai Tengah yang akan ianya berfungsi sebagai penapis semula jadi supaya sisa air yang mengalir ke laut lebih bersih dan tidak berbau. Inisiatif murni tersebut dianjurkan Persatuan Perniagaan Langkawi (Niagakawi) dengan kerjasama 10 pengusaha hotel dan resort sekitar lokasi berkenaan, tujuh agensi kerajaan, lima badan bukan kerajaan dan dua universiti awam. Presiden Niagakawi, Anthony Wong, berkata pokok semalu air dan kangkung yang ditanam akan bertindak seperti ‘tanah lembap yang dibina’ untuk memperbaiki air yang di parit tersebut sebelum mengalir ke laut. Tumbuhan semalu air dan kangkung ini memerlukan nutrien, jadi tumbuhan ini akan menyerap bahan seperti fosfat, nitrit, ammonia dan logam berat di dalam parit tersebut, sebelum seterusnya membersihkan air dan menyahbau sebelum sampai ke dalam laut. Di jangka masa selama tiga bulan diperlukan untuk semalu air dan kangkung ini membiak di parit Tasik Anak ini, seterusnya proses semula jadi itu berjaya merawat sisa air dan menjadikan air itu selamat, sebelum mengalir ke laut. Wong yang juga pemilik Frangipani Langkawi Resort and Spa, pusat peranginan empat bintang yang terletak di Pantai Tengah, terharu dengan dedikasi yang ditunjukkan 65 sukarelawan yang terbabit dalam program tersebut memastikan persekitaran lokasi tersebut sentiasa terpelihara. Program ini merupakan julung kali diadakan di luar Frangipani Langkawi Resort and Spa, selepas inisiatif yang sama kita laksanakan sejak 2005 di kawasan resort itu yang mana telah menunjukkan kejayaan. 


Dalam portal berita mstar.com yang bertajuk '
Ada sebab kangkung dikatakan boleh cegah koronavirus, Wah! Macam-macam khasiatnya' wajar dikongsikan faktanya. Kalau sebelum ini mungkin ramai yang memandang rendah terhadap sayur kangkung kerana ia dikategorikan sebagai makanan murah dan senang didapati ianya sudah meleset. Disarankan oleh  doktor kesihatan profesional (MBBS) terkenal iaitu Dr Noordin Darus ketika menghadiri wacana Sinar Harian Siri 155 yang bertajuk: Koronavirus: Adakah kita lambat bertindak? agar makan lebih sayuran termasuk kangkung membuatkan ramai mula memberi perhatian kepadanya. Dilaporkan sayuran kangkong memiliki khasiat dalam meningkatkan ketahanan badan sekaligus boleh mencegah penularan wabak koronavirus yang melanda seluruh dunia ketika ini. Tetapi tahukah anda sebenarnya kangkung yang mudah tumbuh di kawasan berair mempunyai pelbagai khasiat termasuklah mengandungi vitamin A dan vitamin C. Selain itu kangkung turut mempunyai pelbagai mineral seperti kalium, kalsium, zat besi dan natrium. Paling penting ia rendah kalori. Ia bukan sahaja mempunyai rasa yang enak tetapi terdapat pelbagai manfaat jika mengamalkan pemakanannya. Kangkung mempunyai pelbagai khasiat antaranya mampu Menjaga kesihatan mata. Kangkung kaya dengan vitamin A yang baik untuk mata anda sebab ia mampu melindungi kornea dan lapisan mata daripada bakteria dan virus. Vitamin ini juga dapat meningkatkan penghasilan cecair yang melembapkan deria penghilatan itu. Kangkung juya mampu Mencegah diabetes dimana pada 2013, pengkaji berjaya menemukan kangkung dapat mencegah diabetes pada ibu hamil kerana ia mempunyai antioksidan yang mampu menghalang pertumbuhan sel-sel diabetes. Kangkong dapat Melawan kerosakan hati dimana sejak berabad lalu, manfaat kangkung diketahui mujarab untuk melawan kerosakan hati dan kajian dalam jurnal Molecules membuktikan ia juga mampu menyembuhkan luka dan radang dengan cepat. Ini kerana kangkung mempunyai enzim yang akan dapat membersihkan hati dari racun dan zat yang menyebabkan kerosakan. Kangkong mampu Mengatasi Anemia kerana bahan mineral yang terdapat pada sayur itu juga boleh membantu mengatasi masalah anemia kerana ia tinggi dengan kandungan zat besi dan fostor. Zat besi penting untuk meningkatkan produksi sel darah merah dan melancarkan perjalanan oksigen. Memang ramai tidak tahu yang kangkong Megurangkan risiko penyakit kronik kerana kangkung tinggi vitamin C dan mampu meningkatkan kekebalan tubuh sekaligus melawan kerosakan sel pada penyakit kronik seperti jantung dan strok.


Bagi penulis blog terkini salah satu amalan mudah menanam kangkong adalah dengan cara mudah iaitu menanamnya didalam botol plastik terpakai, bekas minyak masak terpakai dan bekas-bekas lain yang sesuai. Ini kerana boleh dikatakan bekas minyak masak 5 kg selalu akan dibuang selepas isinya habis dipakai untuk memasak. Kos membeli sayuran untuk keperluan makanan harian semakin lama semakin mahal dimana ia menyebabkan bajet keluarga menjadi sempit. Kini lebih ramai yang terkesan dengan isu kenaikan harga barang terutama barang makanan semanjak rea covid-19 dan perang Rusia-Ukraine berlaku. Walau pun ada kalngan pembaca kurang terasa akan perkara ini sebenarnya semua boleh mengurangkan kos bajet keluarga dengan mananam sayurab sendiri dirumah. Sudah sampai masa semua orang perlu lebih berjimat-cermat dan berusaha manfaatkan apa yang ada di sekeliling rumah sendiri. Salah satu langkah yang boleh diambil adalah dengan menanam sayur-sayuran sendiri di rumah termasuk sayur kangkong. Pada pengalaman penulis blog dimana taanaman kangkung termasuk antara sayuran yang paling mudah ditanam. Salah satu cara adalah dengan menggunakan bekas botol minyak masak. Memang ramai penduduk bandar sama ada yang tinggal di rumag teres, rumah murah atau kondominium mempubyai ruang yang sempit untuk berkebun. Apa pun perlu ada minat, ilmu pengetahuan dan bahan yang mencukupi untuk usaha menanam kangkong guna botol terpakai atau bbekas botol mintak dengan cara yang betul. Kumpulkan botol bekas minyak terpakai beberapa unit (bergantung kepada lias kawasan yang ada dan potong sebahagian atasnya untuk membolehkan ia diisi denga media tanaman dan botol ditutup (Sila lihat foto disebelah). Media terbaik adalah tanah campuran (ada dijual dinurseri) atau dicampur dengan bahan cocopeat yang diperkayakan dengan nutrien. Pastikan ada dibuat lubang agar air yang berlebihan dalam bekas ini boleh mengalir keluar. Ada dua cara menanam kangkong iaitu meletakkan bijibenih yang telah direndam atau menggunakan keratan batang kangkong sedia ada. Siram tanaman mengikut keperluan dan dibaja mengikut kadar disyorkan. Periksa sesekali jika ada serangan perosak dan penyakit. Sayur kangkong boleh dituai beberapa minggu kemudian mengikut keperluan memasak. 
Artikel ini ditulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai untuk ia dibaca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
NAMANYA KANGKONG... HIJAU WARNANYA...
MUDAH DI TANAM... CEPAT MENUAINYA...
HARGANYA MURAH.. HEBAT KHASIATNYA...
ARTIKEL DITULIS... MENAMBAH ILMUNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.(26 Muharram 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...