Umum sudah tahu dimana biji bijan merupakan bahan penambah di dalam sesetengah masakan. Ia juga selalu dijadikan sebagai penghias masakan sebelum dihidangkan untuk dinikmati. Biji bijan merupakan bahan penambah di dalam sesetengah masakan dimana ia juga selalu dijadikan sebagai penghias masakan sebelum dihidangkan. Ramai pengguna yang juga boleh mendapatkannya dalam bentuk minyak yang dapat untuk ia menambahkan lagi aroma masakan. Kalangan pembaca di Melaysia mungkin belum pernah melihat tanaan bijan (sama jenis tanaman bijan putih atau bijan biji hitam). Ini kerana memang tiada tanaman bijan komersil dilakukan di Malaysia. Bagaimana pun ramai pembaca akan biji bijan yang ad dijual di kedai runcit, pasaraya mahu pun ingin membelinta secara on-line sebagai trend masakini. Biji bijan dihasilkan oleh buah bijan yang masa mudanya kulit berarna hijau aga berbulu (capsule) dan ada banyak biji didalamnya (Sila lihat foto disebelah). Apabila pokok matang ia menjadi kering berwarna coklat kekuningan dan perlu dituai untu diproses dengan cara khusus bagi mengeluarkan bijinya. Biji bijan yang kering akan dijaga kualitinya sehingga sesuai untuk dijual. Biji bijan memang memunyai banyak khasiat dan kegunaannya. Paling diketahui umum adalah dimana biji bijan merupakan sejenis bijian yang menjadi sumber serat yang bagus. Ini kerana kajian menunjukkan dimana dari tiga sudu biji bijan (30 gram) biji bijan ia mempunyai sebanyak 3.5 gram fiber iaitu 12% daripada pengambilan serat harian yang disarankan. Apa pun keberadaan serat sangat penting dalam membantu didalam proses melawaskan sistem pencernaan manusia. Peranan serat atau fiber memang signifikn didalam proses aktiviti dan penghadaman makanan.
Bijan juga memang dilaporkan dimana ia didakwa boleh kurangkan akan tahap kolesterol. Penguna yang mengambil biji bijan secara terkawal dan berpatutuan dapat membantu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan. Ciri ini adalah sangat bagus kerana ia mengurangkan risiko serangan sakit jantung. Dalam pada itu biji bijan juga merupakan sumber berkhasiat bagi tujuan mendapatkan protein yang mana berasaskan tumbuhan. Bagi biji bijan yang tidak diproses dimana setiap 30 gram daripadanya mengandungi sebanyak 5gram protein. Perkara ini sangat berguna bagi mereka yang kekurangan protein di dalam diet mereka atau yang selalu mengamalkan diet tanpa daging. Bijan juga didakwa mampu mengurangkan tekanan darah dimana biji bijan mempunyai kandungan Magnesium (Mg) yang dapat membantu dalam mengurangkan tekanan darah tinggi individu yang ada bermasaalah. Biji bijan memang membantu sistem imunisasi seseorang. Biji bijan merupakan sumber kepada beberapa nutrien yang bagus dalam menguatkan sistem imunisasi badan kita. Antaranya adalah bahan mineral sperti Zink (Zn), Selenium (Se), Zat besi (Fe) dan vitamin B6 serta vitamin E. Pada penulis blog dimana berdasarkan fakta di atas maka pengambilan biji bijan yang mencukupi dan tidak terlalu sedikit memang akan dapat membantu dalam meningkatkan kesihatan secara umum. Pilihan yang lebih baik adalah dengan mengambil biji bijan yang tidak diproses dimana ia sesuai diambil seadanya. Ia mempunyai lebih banyak khasiat berbanding dengan biji bijan yang melalui beberapa proses seperti dilakukan di beberapa kilang pemprosesan biji bijan diseluruh dunia.
Dalam portal berita bharian.com kisah bertajuk 'Bijan hitam penawar luka dan kesan terbakar' sesuai untuk kisah ini dikongsikan. Kini masalah parut atau kecacatan akibat kebakaran serta pembedahan kini boleh diatasi dengan rawatan alternatif yang mudah dan menjadikan kulit kembali normal. Rawatan itu adalah dengan menggunakan minyak bijan hitam sebagai bahan utama itu bukan saja melegakan kesakitan, malah berupaya menumbuhkan semula kulit yang terbakar atau luka. Dilaporkan ia diperkenalkan oleh MEBO International dimana kes keberkesanan kaedah rawatan berkesan mendapat kepercayaan pengamal perubatan untuk digunakan untuk merawat mangsa kebakaran serta luka kesan pembedahan seperti caesarian. Dalam laporan tersbut dnyatakan rawatan sembilan bulan kepada ibu yang bersalin yang menerusi pembedahan caesarian dirujuk kepada jabatan terlibat kerana mengalami luka pada pembedahannya yang sangat teruk sehingga kehilangan hampir separuh daripada dinding abdomen. Pesakit ini ditahan di dalam wad rawatan rapi (ICU) ketika itu tidak banyak kami dapat lakukan sehingga seorang profesor dari China menggunakan MEBO untuk merawatnya selama sembilan bulan sehingga sembuh. Menurut Dr Noor Haliza ketika ditemui wartawan pada program "Every Woman Every Child China Patnership Network Life Regenerative Action" di Kuala Lumpur positif degan teemuan tersebut. Program dilancarkan Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Datuk Mariam Mas Yacob dan Pengerusi MEBO International, Kevin P.Xu (Sila lihat foto disebelah). Dilaporkan nojan memng berupaya menumbuhkan semula kulit muka. Pihak MEBO International menyumbangkan 5,000 tiub MEBO kepada Malaysia tahun ini dan 10,000 tiub pada tahun 2018 dan 2019. Minyak bijan hitam lazimnya digunakan dalam perubatan tradisional Cina dimana ia berkhasiat dalam menumbuhkan semula kulit yang telah terbakar atau luka pembedahan selepas bersalin. Krim ini hanya perlu disapu pada luka dan akan menghalang bakteria daripada menjangkiti kawasan luka terbabit. Pihak MEBO International memulakan usaha perniagaannya di negara ini pada tahun 2009 dengan produk pertamanya diedarkan oleh Triniare Sdn Bhd dan kini boleh didapati di kebanyakan hospital di seluruh negara. Apa pun MEBO sesuai digunakan untuk merawat luka atau jangkitan selepas pembedahan, para pesakit diabetes atau penyakit yang bahaya untuk menjalani pembedahan dan juga kanak-kanak dan dewasa mangsa kebakaran. Pihak MEBO dilaporkan sudah membantu 1,000 pesakit yang cedera akibat kebakaran, luka dan ulser di Malaysia dimana dilaporkan ada seramai 265,000 meninggal akibat cedera terbakar diseluruh dunia saban tahun. Bijan hitam pernah menjadi bahan utama dalam perubatan tradisional Cina dan berupaya mengubati masalah parut, kesan melecur dan pembedahan. Artikel ini ditulis dalam dua segmen iaitu (Part 1) dan Part 2 yang disyorkan untuk dibaca semuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
BIJI BIJAN... IANYA MEMANG BANYAK GUNA...
MALAYSIA IMPORT... BANYAK JUMLAHNYA...
BANYAK KHASIAT... HEBAT PENJELASKANNYA...
SEMAKIN BERILMU... RASA INGIN MENGUNA...
BIJI BIJAN... IANYA MEMANG BANYAK GUNA...
MALAYSIA IMPORT... BANYAK JUMLAHNYA...
BANYAK KHASIAT... HEBAT PENJELASKANNYA...
SEMAKIN BERILMU... RASA INGIN MENGUNA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
The Sand & Sandals Resort and SPA,
Desaru Beach, Kota Tinggi,
Johor,
Malaysia.
(7 Safar 1445H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.