Support My Blog

Saturday, October 31, 2020

BENARKAH DURIAN BELANDA RAWAT KANSER?


BUAH DURIAN BELANDA
(Anonna muricata) atau dalam bahasa Inggeris dinamakan sebagai 'Soursop' atau di negara Indonesia sebagai Sirsak didakwa mampu menlawan masaalah kanser. Banyak penulisan yang dibuat dimana kebanyakannya sudah tahu bagaimana buah durian belanda ini yang dahulu hanya dikelaskan sebagai buah nadir akan tetapi kini menjadi buah yang menjadi buruan ramai. Bukan sahaja buah durian belanda yang kini diminati ramai orang akan tetapi daunnya yang dijadikan teh daun durian belanda juga semakin mendapat pasaran baik. Minuman berasaskan buah durian belanda kini menjadi popular akibat keenakannya dan juga khasiatnya.  Saya ada menulis berpuloh-puloh artikel mengenai penanaman dan semua yang berkaitan dengan tanaman durian belanda untuk dijadikan bahan rujukkan (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan banyak lagi. Penanaman buah 
ini semakin popular dikalangan petani di Malaysia kerana permintaan yang tinggi dan harga runcit yang baik. Ini kerana dakwaan akan hebatnya khasiat dari tanaman buah durian belanda yang mengandungi banyak bahan Antocyanin ini didakwa mampu mengurangkan risiko beberapa penyakit seperti Kanser, Gout, Diabetis dan sebagainya. Bukan sahaja buahnya yang ada khasiat perubatan yang baik tetapi kini bahagian daunnya pula telah dijadikan teh untuk diminum kerana kehebatan khasiatnya. Daripada sumber laporan statistik Jabatan Pertanian Malaysia dilaporkan seluas 500 - 650 hektar tanaman durian belanda secara Crop Hectarage Equivalent (CHE) telah direkodkan pada tahun 2019. Ini disebabkan penanaman durian belanda secara tradisional adalah didalam dusun campuran dimana hanya sekitar kurang 5 tahun ini sahaja durian belanda ditanam secara monokrop oleh usahawan komersil. Diantara beberapa ladang durian belanda yang besar pernah lawat ke beberapa kebun durian belanda dimana telah mengeluarkan hasil. Satu lawatan di Kalumpang dan Bentong baru-baru ini penulis sempat lawat tapak tanaman pokok durian belanda yang telah berbuah. Harga ladang dari tinjauan penulis di dua lokasi ini adalah sekitar RM8.00 sekilogram untuk Gred A dan RM5.00 -RM7.00 sekilogram bagi Gred B. Harga runcit durian belanda Gred A dipasaran Lembah Kelang dan sekitarnya adalah diantara RM15.00 - RM20.00 sekilogram. Kini telah banyak premis jualan minuman jus durian belanda yang amat digemari pelanggan di Premis Kompleks Membeli Belah, Pasar Malam, Gerai Tepi Jalan dan sebagainya. Artikel petang Ahad ini bagaimana pun penulis "Anim Agro Technology" menulis mengenai dakwaan oleh saintis perubatan dimana benarkah durian belanda mampu merawat kanser untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda semua.

Penulis blog merujuk kepada satu artikel daripada lamanweb 
https://www. cancer center. com/community yang menarik untuk dibuat rujukkan. Pakar dari pusat tersebut telah menyatakan AMARAN akan wujudnya pengambilan buah durian belanda yang dimakan bertujuan untuk merawat kanser. Para saintis tersebut nyatakan dimana dakwaan bahawa buah durian belanda didalam merawat kanser belum dibuat kajian terhadap manusia lagi. Oleh itu mereka berpendapat dimana memang belum dibuktikan lagi kesahihannya dari segi keselamatan dan keberkesanan isu buah durian belanda dijadikan buah merawat kanser. Ia dinyatakan didalam para seperti berikut "Experts warn against using the soursop fruit to treat cancer. While research suggests soursop can fight cancer, it has not been studied in humans. As a result, there is no evidence of its safety or efficacy." Pada kita di malaysia sebagai pengguna bagi buah yang memang enak dan manis ini dengan aromanya yang hebat membuatkan penulis blog menyukai buah ini. Buah ini yang sesuai dimakan segar, dijadikan jus minuman, candy, teh, pil kapsul, sorbet dan ais krim memang kini boleh dibeli dimana-mana premis termasuk kedai kesihatan. Bagaimana pun dari segi 'kepercayaan' bagi seseorang yang mengambil buah ini dan berfikiran positif dimana dia telah mengambil buah yang berkhasiat secara tidak langsung mampu elakkan kesan penyalit kanser jika percaya perkara berikut. Namun bagi mereka yang telah disahkan secara klinikal memang mempunyai kanser tahap 3 dan tahap  4 mungkin dakwaan pakar sains diatas boleh dikaitkan. Jika kita masih sihat dan mengambil buah durian belanda (terutama jenis organik) tentunya akan memberikan kesan kesihatan yang baik.

Artikel tersebut seterusya menceritakan akan beberapa ciri buah durian belanda. Saya paparkan teks original agar pembaca dapat memahaminya dengan lebih jelas. Mereka nyatakan dimana Buah Durian Belanda atau pun '
Soursop fruit, with its sweet flesh and distinctive flavor, is grown commercially to make juice, candy, sorbet and ice cream. It's also is purported to have medicinal qualities, with claims across the Internet that soursop extract can slow the spread of cancer or make traditional cancer therapies work better. Experts warn against using the fruit to treat cancer. While research suggests soursop can fight cancer, it has not been studied in humans. As a result, there is no evidence of its safety or efficacy. Soursop has been associated with many unsubstantiated claims, says Daniel Kellman, ND, FABNO, Clinical Director of Naturopathic Medicine at their hospital at Atlanta, USA. The long, prickly fruit comes from the graviola tree, an evergreen native to Mexico, the Caribbean, and Central and South America. It's also known as custard apple, guanabana and Brazilian paw paw. Practitioners of herbal medicine use soursop fruit and graviola tree leaves to treat stomach ailments, fever, parasitic infections, hypertension and rheumatism. It's used as a sedative, as well. But claims of the fruit's anti-cancer properties have attracted the most attention. A study  published in the Journal of Medicinal Chemistry in 1997 suggests that soursop compounds tested on breast cancer cells in culture were more effective than chemotherapy in destroying the cells. But, without clinical trials, there is no data to support the claim. The report links to other disorders in which most studied are soursop's fatty acid derivatives called annonaceous aceteogenins. The predominant acetogenin is annonacin, which, because of its toxicity, likely would not be studied in clinical trials. When used orally, soursop is classified as likely unsafe, said Kellman, citing two studies. Eating the fruit could lead to movement disorders similar to Parkinson's disease, according to a case-control study in the French West Indies. In addition, the study suggests tea made for the leaves and stems of graviola is associated with neurotoxicity. In general, some cancer patients use herbal supplements to relieve their symptoms and to treat their cancer. Herbal supplements, though, are not a substitute for mainstream cancer care. What's more, using herbal supplements while undergoing chemotherapy could reduce the efficacy of chemotherapeutic agents due to possible herb-drug interactions.' Membaca fakta tersebut dan saya percaya anda memang boleh memahaminya dengan baik.

Tanaman buah durian belanda sememangnya menjadi satu jenis buah yang semakin popular di Malaysia dan dinegara jiran diatas potensi yang ada. Kalau dahulu teknologi tenaman pokok durian belanda kurang lengkap akan tetapi kini sudah ditambahbaik terutama didalam teknologi pendebungaannya. 
Dalam banyak keadaan, pokok durian belanda atau pokok Sirsak memang mempunyai percabangan batang yang rendah tetapi ia mampu menjadi tinggi juga. Tinggi pohonnya antara 3 sampai 8 meter dimana selalunya bahagian daunnya memanjang dengan bentuk lanset atau bulat telur terbalik. Bunganya berdiri sendiri berhadapan dengan daun dimana ia berbentuk seperti Karung (kerucut). Warna bunganya yang matang adalah kuning muda. Dibahagian pangkal atau dasar bunga cekung, benang sarinya cukup banyak dan begitu pula bakal buahnya. Bagaimana pun proses pendebungaan bunga durian belanda kadang-kadang bermasaalah dan ianya mengurangkan 'fruit set' pada sesetengan pokok. Bagi meningkatkan kadar kejayaan tinggi dalam pendebungaan, kaedah memelihara lebah tukang dalam kawasan kebun boleh membantu. Kini telah ada teknologi untuk meningkatkan peratus kejayaan pendebungaan durian belanda. Kaedah terbaik adalah dengan menggunakan alat khas iaitu 'Muricata Shaker'. Alat ini digunakan pada malam hari dari jam 8.00 malam sehingga tengah malam dengan menggoncang pokok durian belanda yang berbunga. Ini kerana bunga jantan (debunga) akan matang pada sekitar jam 5.00 petang sedangan bunga betina hanya 'receptive' mulai jam 8.00 malam sehingga pada waktu tengahmalam. Oleh itu gegaran pada pokok mampu dalam memberikan peratus pendebungaan melebihi 80% dari jumlah bunga pada pokok untuk jadi buah. Sila baca banyak tulisan saya mengenai teknologi ini dimana telah dibuktikan amat berkesan. Sebaiknya anda makan buah durian belanda yang segar untuk menikmati akan keenakannya dan aromanya disamping khasiatnya yang tinggi kandunga antosianin dan membantu kesihatan semua. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam....

BUAHNYA ENAK... DURIAN BELANDA...
RAWAT KANSER... RAMAI MENDAKWA...
PAKAR DI BARAT... MASIH TAK PERCAYA...
KITA DIMALAYSIA... BALUN SAHAJA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Mai Farm, Kalumpang,
Sabak Bernam, Selangor,
Malaysia.
(14 Safar 1442H).

Friday, October 30, 2020

HYDROGEL - APAKAH DIA?

HYDROGEL adalah satu bahan polimer yang boleh menyerap kelembapan (air dan sebagainya) dan kemudian tumbuh-tumbuhan mampu mengambilnya. Terdapat pelbagai kegunaan bahan yang mampu menyerap ini didalam industri termasuk untuk sektor pertanian. Produk ini dihasilkan dalam bentuk serbuk atau butiran (kadang-kadang dalam bentuk cecair) yang mana apabila serbuk ini bersentuhan dengan air ia akan menyerapmya dan membengkak, meningkat dengan ketara dalam jumlah. Hydrogel apabila dipenuhi air akan menjadi lembut seakan-akan jeli telus tanpa warna kecuali diwarnakan airnya. Hidrogel (hydrogel), di negara-negara Barat disebut crystal soil, di Jepun disebut ichigo soil dimana ia merupakan salah satu inovasi media tanam bagi mereka yang suka bercucuktanam di kebun, diladang atau pun dalam rumah. Penggunaan bahan ini dilakukan bagi meningkatkan kesuburan tanah, kualiti hasil, produktiviti dan paling penting dilaporkan mampu mengurangkan kos pengairan. Hidrogel merupakan media yang terbuat dari kristal polimer yang dapat menyerap dan menyimpan air. Bentuk asalnya adalah jenis kristal atau bulat iaitu terdiri dari warna jernih.Bagaimana pun ada produk hydrogel yang akan berubah berbagai macam warna yang menarik (jernih, merah, merah jambu, biru, ungu, kuning, hijau, orenhitam dan pelangi dan sebegainya untuk tujuan ornamental (hiasan). Amalan biasa dimana bahan hidrogel perlu dimasukkan dalam air untuk ia dikembangkan terlebih dahulu sebelum digunakan. Penulis blog yang telah beberapa kali membuat promosi teknologi penggunaan grl  pertanian mndapati memang amat mudah cara menyediakan hidrogel untuk pertanian. Selalu ditunjukkan kepada audien dengan mengambil satu bekas air (1 litaer) dan dimasukkan serbuk gel sebanyak 5 gram dimana ia akan berkembang memenuhi bekas dalam beberapa minit sahaja. Hidrogel yang telah kembang ini sudah sesuai untuk digunakan sebagai media tanaman ornamental. Artikel dalam blog "Anim Agro Technology" kali ini saya paparkan mengenai apakah dia hydrogel dan bagaimana ia penting dalam peranian untuk dijadikan bahan rujukan semua.

Secara saintifiknya produk Hydrogel ini b
erfungsi sebagai pengganti tanah pada tanaman (jenis-jenis tanaman tertentu dimana tidak semua tanaman sesuai ditanam dengan bahan hidrogel. Hidrogel Pertanian (common hydrogel agriculture's) dibuat daripada bahan iaitu Potassium polyacrylate atau Sodium polyarylate. Keuda bahan ini merupakan bahan penyerap air yang hebat dimana ia menjadikannya sebagai setor gel menyimpan air. Gel ini membolehkan hidrgel pertanian membentuk Polimer Gel Air yang mengikat air dalam keadaan jenis tanah yang berbeza-beza dan terbaik adalah tanah peroi dan berpasir. Air yang disimpan ini membolehkan tanah kurang memerlukan air berbanding dengan jika ia tidak dirawat dengan gel pertanian ini. Dalam tanah pasir hudrogrl mampu menyimpan air sehingga 85% banyaknya. Selain itu ia membantu suburkan tanah, mengurangkan kepadatan tanah, elakkan hakisan tanah dan terbaik adalah menambaik pertumbuhan tanaman. Bagi tanah gurun atau separa-gurun penggunaan hidrogel merupakan satu teknologi yang sesuai dilakukan. Terdapat beberapa jenis hidrogel pertanian bergantung kepada cara penggunaannya. Pertama adalah Hidrogel Kanji (starch-based hydrogel) yang mudah larut (biodegradeble) dan murah serta boleh disesuaikan kapasiti pegangan air tetapi mudah reput. Jenis kedua adalah Hidrogel Polimer Asid Acrylic yang banyak dikomersilkan dan ia tidak larut dalam air tetapi ia agak perlahan didalam menyerap dan melepaskan air. Ia juga tidak mudah rosak didalam tanag atau tahan lebih lama. Potensi penggunaan hidrigel pertanian didakwa membantu tumbuhan dari stress akibat kemarau, mengurangkan kuantiti pengairan dan meningkatkan pengambilan baja. Bahan ini memang akan mengurangkan proses evaporasi, memadatkan tanah, membaiki tekstur dan struktur tanah dan kurangkan larutresap. Ia membolehkan racun serangga diambil degan perlahan-lahan dalam jangkamasa lebih lama kerana kurang berlaku larian air permukaan tanah.

Bila guna produk ini dalam pertanian ia sesuai dicampur dengan tanah dan bagi ornamental dirum
ah ia tidak perlu lagi menggunakan pasir, kerikil atau media hidroponik lainnya, Dirumah anda sudah dapat bertanam hidroponik dengan menggunakan media tanam hydrogel.  Secara otomatik biasanya hudrogel ini akan menyerap (absorb) dan melepaskan (release) kadar air dan nutrien sesuai yang diperlukan oleh tumbuh-tumbuhan. Bergantung kepada kualiti, kapasiti kemampuan hidrogel dalam menyerap air adalah 100 -  500 kali ganda dari berat hidrogel itu sendiri. Bagi kegunaan 'indoor plants' sebenarnya tidak semua tumbuhan ornamenal yang sesuai dengan cara guna hidrogel ini. Tanaman yang sesuai ditanam di hidrogel adalah tanaman yang batangnya tidak berkayu dan juga tidak memerlukan intensiti cahaya matahari terus diatasnya. Tumbuhan yang tahan dengan daya kelembapan tinggi dipilih kerana akarnya akan berada dialam air terganang. Antara jenis-jenis tanaman yang cocok untuk hidrogel seperti dari genus Senseviera (Pokok lidah mertua, masonia, lorentii), Genus Aglaonema ( tanaman sri rezeki, lady valentine, dona carmen, red sumatra, pride of sumatera), Genus Cripthantus atau Keluarga Bromaliaceae (Nanas), Genus Anthurium (telinga gajah, hookery), Genus Phylodendron (honeylemon, phylo katak, mercy, sirih merah, sirih hitam, sirih belanda, dan jenis tanaman sirih hiasan yang lainnya. Tanaman lain adalah seperti dari genus Dracaena (buluh mini, buluh Jepun, jenis buluh hiasan lain), tanaman paku dan pakis, tanaman Pilea cadieri serta jenis tanaman lainnya yang suka kelembapan tinggi. Hidrogel juga sesuai dgunakan sebagai pengganti air bagi kegunaan bunga bunga potong sehingga bunga tidak cepat layu.

Dipasaran hidrogel ini ada dijual dalam bentuk serbuk (powder) dan kemudian ia dicampur dalam air. Penggunaan hidrogel bagi benih tanaman adalah dengan cara dimana biji benih perlu dibasahkann dengan air dahulu dan kemudian digaul rata dengan serbuk hidrogel sebelum menyemai
. Ia kemudian dimasukkan dalam ubang penanaman atau didalam barisan tanaman. Bagi pokok dalam pasu yang dewasa ia boleh dibuat lubang dengan kayi sedalam 3 - 4 cm dalam dan kemudian bubuh hidroge yang telah kembang dengan air atau serbuk hidrogel kering kedalam lubang tersebut dan ditutup. Elakkan daripada membiarkan serbuk hidrogel ini terdedah kepada panas matahari kerana ia akan mudah rosak. Di beberapa negara maju petani mencampurkan racun kimia dan baja bersama hidrogel sebelum campuran ini diaplikasikan keatas tanah. Penulis blog akan membincangkan beberapa kebaikan (Pro) dan kelemahan (contra) penggunaan bahan hidrogel ini untuk dikongs bersama. Dilaporkan penggunaan hidrogel ini membolehkan proses percambahan dipercepatkan dimana penelitian menunjukkan iaitu anak benih tumbuh 1-2 minggu lebih cepat. Ini kerana benih mendapat kelembapan dan air yang mencukupi untuk bercambah dan terus hidup subur. Komposisi baja granule juga membolehkan tumbuhan akan mendapat nutrien dalam jangkamasa waktu lebih lama dalam tanah. Tanah yang ditambah dengan campuran hidrogel mampu mengekalkan strukturnya yang longgar dimana ini membolehkan akar tumbuhan cepat menyerap di dalamnya. Akar mudah menembusi hidrogel ini dengan cekap, mudah dan bebeas. Kajian menunjukkan taburan benih dengan hydrogel membolehkan kadar pertumbuuhan naik kepada 95 - 98% berbanding dengan tanpa rawatan. Syor kadar dalam penggunaan bahan hidrogel ini adalah sekitar hanya 0.8-1.6 grgram bahan hidrogel serbuk bagi setiap liter tanah. Secara umumnya penggunaan hidrogel ini adalah untuk tempoh selama dua (2) tahun dan kemudian perlu diganti semula.

Dalam beberapa kenyataan dilaporkan cara dan kadar penggunaan hidrogel ini berbeza mengikut jenis tanaman dan tujuan. Bagi tanaman bunga-bungaan, tanaman bersazi kecil, sayuran (parsley dan seumpamanya) dos disyorkan adalah sekitar 20 - 30 gram granul atau serbuk kering bagi keluasan 1 meter persegi. Cara aplikasi adalah dengan mencampurkan semasa proses menyemai dan dituang sehingga melimpah. Bagi tanaman Radish sebanyak 5 - 10 gram setiap 1 meter persegi atau sebanyak 0.2 - 0.5 gram sepokok. Begitu juga dengan tanaman umbisi lain seperti kacang tanag serta lobak sebanyak 3 - 5 gram setiap 1 meter persegi atau sebanyak 0.2 - 0.5 gram sepokok. Tanaman timun, labu dan tembikai disyorkan memberi sebanyak 0.5 - 1.0 gram granul gel kering bagi kawasan 1 meter persegi. Bagi tanaman tomato digunakan sebanyak 0.5 -1.0 gram serbuk hidrogel iaitu sebaiknya semasa menanam anakbenih dalam lubang. Bagi tumbuhan rumput (termasuk bagi rumput padang golf) disyorkan sebanyak 50 gram serbuk hidrgel kering ditabr bagi keluasan 1 meter persegi. Perlu diingakan amalan sebelum menanam anakbenih sebaiknya dicampur hidrogel bersama tanah campuran dan dimasukkan atau ditabur diatas tanah. Lazimnya bagi berat 
1 gram serbuk hidrogel kering mampu untuk menyerap sehingga 200 ml air menyebakan walaupun dengan hujan jarang tetapi penyiraman dengan air boleh dikurangkan atau tidak diperlukan.bMengenali bentuk hidrogel ini penting kerana ada Hidrogel Lembut dan Hidrogel Tebal. Hidrogrl Lembut dimana hidrogel ini biasanya tidak berwarna dan digunakan untuk menanam benih,dan dimasukkan kedalam tanah bag pokok dewasa untuk meningkatkan kandungan air dalam tanah dan seterusnya kurangkan aktiviti penyiraman. Strukturnya membolehkan akar untuk ianya mampu menembusi di dalam dan mendapatkan air. Kedua iaitu Hidrogel Tebal (aqua) selalu akan digunakan bagi tanaman hiasan indoor (ornamental).  ia mempunyai bentuk dan warna yang berbeza mengikut kesukaan. Ia boleh dilihat dalam beberapa bentuk yang bukan sahaja bola tetapi juga berbentuk seperti kiub dan piramid. Sesuai juga digunakan terutamanya untuk batang pokok keratan.  Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
HYDROGEL..WATER ABSORBANT SAMA...
MENYERAP AIR...BERGANDA-GANDA...
DALAM PERTANIAN.. ADA DIGUNANYA...
POKOK SUBUR... KURANG SIRAMNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(9 RabiulAwal 1442H).

Thursday, October 29, 2020

APAKAH DIA - KELADI BIRAH?

PERKATAAN 'BIRAH' adalah merujuk kepada tumbuhan jenis keladi daripada genus Alocasia. Terdapat banyak jenis perkataan yang berkaitan dengan 'birah' tetapi orang Melayu sejak dahulu lebih suka memanggilnya dengan merujuk kepada tumbuhan keladi kerana lebih dikenali melalui pepatah "miang keladi". Peribahasa 'Miang Keladi' ini bermakna iaitu seseorang yang semakin tua semakin miang atau dalam bahasa mudah selalu dikatakan 'menggatal'. Terdapat juga tempat yang dinamakan sempena pokok birah iaitu Kampung Teluk Birah yang terletak di Teluk Intan, Perak malahan ada sebuah sekolah dinamakan Sekolah Kebangsaan Teluk Birah. Penulis blog yang banyak menulis mengai pelbagai jenis tumbuhan di Malaysia termasuk tanaman keladi mendapati dimana pokok birah adalah tumbuhan berubi (rizom). Batang pokok keladi ini tidak nyata dengan tangkai yang bergabus serta tidak bercabang dan bercantum sempurna dengan daun. Tunas daun baru terbentuk pada pangkal daun lama dimana jika diteliti akan dilihat bentuk daun berbagai. Ciri bentuknya ini yang sebenarnya membezakannya dengan keladi minyak ialah tangkainya bersambung di celah cabang daun manakala tangkai keladi minyak bersambung di tengah daun . Daunnya kalis air dan mempunyai lapisan seperti lilin di permukaan daun. Anak pokok baru boleh tumbuh dari ubi keladi dan terpisah dari ubi utama. Anak pokok mempunyai bentuk daun yang berbeza kerana faktor ontogeni. Keadaan ini selalunya memang menyukarkan didlam sistem penamaan kepada anak pokok birah yang dijumpai dari habitat asal. Apa pun dari segi aspek bitaninya dan dari segi pengkelasan saintifi saya dapati pokok birah adalah tumbuhan Angiosperma daripada jenis monokotiledon dalam order Arales dan Keluarganya adalah dibawah Araceae (jenis kumpulan keladi). Artikel subuh yang dingin ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya berjaya paparkan mengenai keladi birah dan beberapa info penting boleh dibaca mengenainya untuk dijadikan bahan rujukkan. 

Penulis menarik kepada tajuk iaitu Keladi Lambuk dan Keladi Birah. Dalam saya merujuk beberapa pakar dalam botani tumbuhan ada dinyatakan bahawa perkataan  '
Birah'  sebenarnya adalah dirujuk kepada satu jenis keladi yang dulu banyak tumbuh di Tanah Melayu (dan juga di Sumatra). Lazimnya juga perkataan ini hanya digunakan oleh masyarakat melayu di sekitar Malaysia dan ada digunakan di Bahagian Pantai Timur Sumatra, Indonesia. Mereka sebenarnya telah lama tahu dan mengenal Birah sebagai tanaman herba yang berguna untuk menghilangkan rasa sakit akibat angin atau masuk angin. apa yang dirujuk juga menyatakan simana daun birah pada kebun yang subur dapat mencapai ukuran lebar sehingga 1m atau lebih besar lagi. Bagaimana pun hakikatnya keladi birah suka hidup di tempat yang lembab dan semua orang perlu sangat berhati hati kerana Getah Birah yang berkhasiat ini gatal jika kena kulit apa lagi kalau jenis kulit yang allergik. Sekali pandang mungkin ramai dikalangan pembaca blog anim agro technology todak kenal aantara daun Keladi Birah dengan Daun Keladi Lambuk (Sila lihat foto diatas). Ini kerana jika dilihat sekali pandang ia seakan sama saahaja warna dan bentuknya. Bagaimana pun jenis keladi Lambuk yang dijadikan makanan tradisional di pendalaman Pahang ini telah dijadikan masakan eksotik. Saya  sudah beberapa kelai menikmati sayuan batang keladi lambuk yang dihidangkan semasa menjadi Pengarah Pertanian Negeri Pahang dahulu.

Sebenarnya pada daun keladi lambuk jika idteliti ememang berbeza dengan daun keladi birah. Hakikatnya adalah dimana daun keladi lambuk mempunyai struktur seperti 'bintat' pada laidaun seperti bintat dan lekukan (Sila lihat foto disebelah). Struktur ini tidak terdapat pada daun pokok keladi birah. Selanjutnya dalam membuat rujukkan mengenai keladi birah dimana ia digunakan untuk tujuan perubatan. Antara cara perubatan dengan keladi birah yang mana lama diamalkan adalah dengan memotong batang birah sepanjang 15 cm panjang. Bahan lain yang diperlukan seperti kapur sirih setengah sudu teh dan air panas untuk mencairkan kapur sirih. Caranya dengan mengambil kapur sirih dan ia kemudian diletakkan dalam piring kemudian dititiskan air hangat sehingga kapur pecah seperti pasta cair. Kemudian diambil sepotong batang keladi birah dan ianya ditekan atau diketukkan hujungnya pada kapur. Kapur yang melekat pada batang keladi birah disapukan pada bahagian badan yang ada sakit-sakit. Petua untuk menghindari getah yang gatal maka disyorkan agar digunakan alas lain sewaktu sesiapa cuba jika ingin memegangnya. Masyarakat melayu dahulu akan terus amalkan menggunakan keladi birah untuk mengubati masalah pada bengkak-bengkak, kejadian masuk angin, sakit kepala disebabkan oleh hujan, demam, perut kembung, masaalah kaki kejang atau kaki krem dan sebagainya. Walau pun amalan ini sudah agak dilupakan kerana lebih mudah mendapatkan rawatan dari klinik atau doktor hospital atau doktor swasta tetapi ianya masih relevant.

Bagi mengubati masaalah perut yang sakit kembung sebaiknya disapukan sahaja keladi birah disekitar pusat di perut. Ianya didakwa akan melegakan masaalah tersebut. Ada pun seterusnya untuk sakit kepala maka sebaiknya disapukan kapur dan keladi birah pada bahagian tengkuk. Ia juga didakwa akan dapat menghilangkan sakit kepala tersebut. Sebagaimana yang penuls bentangkan hanya berdasarkan kepada info yang diperolehi semasa membuat lawatan di kawasan kampung-kampung di Pahang. Lazimnya batang keladi birah berwarna kemerahan ('mirah' atau red colour). Dalam bahasa lain ia juga pernah dipanggil sebagai '
Sinthe wulung' di Indonesia iaitu sejenis tumbuhan dengan nama saintifiknya sebagai Colocasia plumbea. Apa pun cara perubatan menggunakan keladi birah ini semakin kurang popular masa kini kerana mudahnya untuk mendapatkan rawatan perubatan moden. Tanaman keladi ini mampu dan berpotensi untuk ianya dikembangkan bagi meningkatkan pendapatan petani. Penulis blog anim agro technology harap lebih banyak penyelidikan dan penulisan dalam negara mengenai keladi lambuk dan keladi birah dan bagaimana ia boleh ditanam secara komersil dan ekonomik. Pihak yang terlibat dengan penyelidikan tumbuuhan seperti MARDI, FRIM, Universiti dan pihak sawasta yang berkepentingan boleh meneruskan kajian dan penyelidikan mengenai kegunaan dan kepentingan keladi biran secara berterusan.

Menyentuh mengenai Birah Ular atau keladi ular dengan nama saintifik Alocasia denudata Engl amat perlu dibincangkan dalm artikel anim agro kali ini.  Ini adalah disebabkan akan ia merupakan sejenis tumbuhan tempatan Asia Tenggara yang tumbuh semulajadi. Di Indonesia pula dilaporkan tumbuhan ini ia dikenali sebagai telinga kelinci. Ramai kalangan orang kampung dan orang awam yang selalu tersilap atau keliru diantara jenis keladi Alocasia denudata dengan keladi birah hitam dengan tanggapan ia ialah spesies yang sama atau variasi. Dalam pada itu sebenarnya jenis 
Keladi Seberang atau keladi sebaring (Alocasia macrorrhizos Linn G. Don) merupakan sejenis pokok Keladi Birah juga sebaliknya oleh kerana apabila dilihat warna keseluruhannya hijau dan bahagian daunnya juga seakan-akan keladi, maka ia dikenali sebagai keladi. Ia menyebabkan kekeliruan semasa mencari nama saintifik. Pokok ini boleh tumbuh besar hingga mencapai 10 kaki. Birah Tengkorak atau keladi tengkorak atau 'kris plant' atau Alocasia amazonica juga dalam genus Alocasia. Ia ialah kacukan diantara dua spesies keladi iaitu dari jenis Alocasia sanderiana Hort. dengan jenis Alocasia watsoniana Hort. Pokok yang popular dan ditanam sebagai tanaman hiasan (ornamental plants) di kawasan khatulistiwa ini mempunyai urat berwarna hijau muda dimana ia berlatarbelakangkan hijau pekat serta mempunyai unjuran di setiap urat utama. Ia sangat cantik sebagai tanaman hiasan.

Dalam pada itu ada spesis 
Keladi Birah Hitam atau juga dikenali sebagai keladi Merbah, Keladi Ular, Keladi Sebaring, Keladi rimau, Keladi hitam, Keladi cantik, Keladi cali atau Keladi Birah Kijang dengan nama saintifiknya Alocasia denudata juga merupakan sejenis tumbuhan dalam keluarga keladi. Pokok ini mempunyai jenis batang tidak nyata, mempunyai rizom atau ubi dan akar berselirat. Tangkai daun menegak, licin berdebu, mempunyai keratan rentas bulat. Ia bersambung sempurna dengan daun dan berwarna gelap. Daun berbentuk kepala anak panah berwarna hijau gelap. Tajam dibahagian bawah dan bercabang tumpul di atas. Tangkai daun bersambung di celah belahan atas daun. Ia mempunyai urat daun berwarna hijau cerah bersusun seperti tulang ikan. Berbeza dari birah ular ia mempunyai lebihan segitiga di bahagian dalam celah atas daun. Birah ular atau Keladi Rimau, Keladi Ular, Keladi Canek atau Keladi Candik dengan nama saintifik Alocasia denudata Engl. ialah tumbuhan tempatan selatan China dan Asia Tenggara. Umum selalu tersilap A. denudata dengan birah hitam dengan tanggapan ia ialah spesies yang sama atau variasi. Birah ular mendapat nama daripada warna tangkai yang yang bercorak sisik ular, manakala birah hitam pula bertangkai hitam keunguan. Pokok birah ular adalah jenis tumbuhan berubi (rizom). Batang keladi ini tak nyata, tangkai bergabus, tidak bercabang dan bercantum sempurna dengan daun. Tunas daun baru terbentuk pada pangkal daun lama. Daunnya berbentuk kepala anak panah, bentuk tajam di bawah, terbahagi dua di atas dan berbentuk tajam di kedua-dua belah hujung. Daunnya kalis air dan mempunyai lapisan seperti lilin di permukaan daun. Anak pokok baru boleh tumbuh dari ubi keladi dan terpisah dari ubi utama. Pokok ini boleh dijumpai di pinggir dan dalam hutan. Pokok ini sentiasa dijumpai tidak berkelompok di kawasan yang agak terdedah kepada cahaya matahari di lantai hutan. Pokok ini kurang menjadi pilihan peminat seni laman kerana lambat membiak. Warnanya juga hanya hijau dengan sedikit cerah pada urat daun. Hanya bentuknya saja yang unik menjadikannya bernilai kepada peminat tumbuhan araceae ini. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!......
KELADI BIRAH... JARANG JUMPA...
KESAN GATAL.. SIAPA TERKENA...
KAJIAN DIBUAT... BE,UM SEMPURNA...
BACA ARTIKEL... FAHAMLAH SAYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11F, Putrajaya,
WP Pesekutuan,
Malaysia.
(20 Safar 1442H).

Wednesday, October 28, 2020

MAKANAN DAN KESELAMATANNYA - ERA COVID19

PANDEMIK COVID-19
telah mengubah norma hidup penduduk diseluruh dunia daripada semua sektor termasuk sektor pertanian yang membekalkan makanan kepada manusia. Siapa sangka wabak virus yang mana menyebabkan jutaan manusia meninggal dunia ini bermula dari Wuhan, China menyebabkan banyak sektor industri yang terjejas teruk apa lagi sektor pelancongan, penerbangan dan perdagangan antarabangsa. Walau pun ada dilaporkan oleh WHO dimana setiap tahun berjuta-juta orang di seluruh dunia menderita penyakit bawaan virus, bakteria dan juga disebabkan oleh keracunan makanan yang serius akan tetapi covid-19 pada tahun 2020 ini merupakan antara yang paling memusnahkan dalam sejarah moden. Separuh tahun pertama di tahun 2020 telah menyaksikan dimana sebahagian peristiwa besar iaitu wabak penyakit berjangkit COVID-19 menyerang rakyat Malaysia dengan ratusan kematian dan belas ribu jangkitan. Adalah penting untuk menekankan bahawa insiden jangkitan yang merebak secara meluas berpunca daripada kesan hazad mikrobiologi, kimia atau hazad makanan lain terus menjadi masalah serius bagi sistem makanan. Dalam perkembangan terbaru dilaporkan dimana virus itu ditemui di papan pemotong yang digunakan untuk memotong salmon import di pasar Xinfadi Beijing dan perkara ini menimbulkan kerisauan kepada berlakunya gelombang kedua wabak di China. Walaupun tidak ada bukti makanan atau pembungkusan makanan yang dikaitkan dengan penyebaran virus corona di Malaysia, ia tidak bermakna Malaysia bebas daripada risiko tersebut. Keadaan keselamatan dan kebersihan sumber makanan berasaskan haiwan semasa proses peruncitan dan proses memasak masih perlu dipantau oleh pihak berkuasa. Apa pun ada pelajaran yang dapat dipelajari daripada pandemik ini iaitu mengenai makanan yang tidak selamat tidak hanya membawa kepada masalah kesihatan masyarakat yang serius akan tetapi juga memberi impak negatif terhadap pendapatan petani sebagai mata pencarian penjual makanan dan juga kelangsungan perniagaan dan perdagangan. Artikel dalam blog "Anim Agro Technology" subuh ini membincangkan akan jaminan makanan dan keselamatan makanan serta kaitannya dalam rantaian ekonomi di Malaysia untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda.

Pengumuman oleh Perdana Menteri Malaysia yang baru dilantik Tan Sri Muhyiddin pada Mac 2020 mengenai Perintah Kawalan Perjalanan (PKP) mengejutkan masyarakat Malaysia. Apa tidaknya dimana larangan keluar rumah selama beberapa bulan amat menganggu ekonomi dan pergerakan. Sehingga artikel ini ditulis ada 
kemungkinan besar masih wujud ruang untuk virus baru dari haiwan atau makmal muncul kembali dimasa akan datang disebabkan kerana kelawar adalah hos dalam penyimpan untuk virus seperti SARS-CoV. Dari segi perspektif yang lebih besar iaitu bermula dengan aspek biodiversiti dimana selama manusia terus mengubah kegunaan tanah untuk penempatan, pertanian, pembalakan dan tujuan untuk pengekstrakan maka kesannya secara tidak langsung akan memusnahkan zon persekitaran semula jadi yang biasanya akan memisahkan antara manusia dari haiwan. Kegiatan liar seperti ini memungkinkan kejadian spesis kuman yang boleh beradaptasi dengan lebih baik di persekitaran yang diubahsuai manusia (seperti kelawar dan tikus). Kejadian seperti ini boleh mewujudkan peluang untuk patogen berpindah dari haiwan kepada manusia dan menyebabkan penyakit unik bawaan makanan. Apabila populasi global meningkat dan proses pembandaran secara besar-besaran berterusan yang berlaku dalam dekad yang akan datang dimana trend ini dijangka meningkat berganda-ganda akan menambahkan risiko. Maka peyelidik dan saintis seluruh dunia perlu menumpukan kajian terhadap perkara ini dengan lebih terancang.

Apabila penduduk dunia bertambah dengan lebih daripada 7 billion dimana mereka semua memerlukan
 jaminan dan ketersediaan bahan makanan. Ketidakjaminan makanan wujud apabila manusia kehilangan akses kepada makanan yang selamat dan berkhasiat dan tidak memiliki gaya hidup yang aktif dan sihat bagi pertumbuhan dan perkembangan yang normal. Akses kepada makanan bergantung pada tahap kemiskinan, kuasa membeli isi rumah, biaya makanan asas dan adanya infrastruktur pengangkutan dan pasar serta sistem pengedaran makanan. Bagi isi rumah termiskin lazimnya mereka jadikan makanan dalam menyumbang pada sebahagian besar perbelanjaan mereka. Apabila berlaku sebarang kenaikan kos makanan makanan maka dengan secara langsung mempengaruhi jaminan makanan mereka. Daripada laporan UNICEF menunjukkan bahawaterkini ada lebih daripada 820 juta orang penduduk dunia kekurangan gizi dimana ini akan menyukarkan lagi cabaran untuk mencapai sasaran Zero Hunger pada tahun 2030. Laporan tersebut nyatakan apa lebih membimbangkan lagi adalah kesan penyakit pandemik yang disebabkan wabak menyebabkan kematian dii dunia akan mengalami ketidakjaminan makanan yang lebih teruk. Laporan UNICEF juga menjelaskan bahawa pada tahun 2019 sekitar 20.7 % kanak-kanak di bawah usia lima tahun di Malaysia menderita pertumbuhan terbantut, 11.5 % susut berat badan dan 12.7 % kanak-kanak (berumur 5-19 tahun) mengalami kegemukan. Persekitaran makanan yang cepat berubah dimana ia disebabkan punca makanan serta tabiat permakanan di Malaysia telah mengubah budaya permakanan dengan jelas. Disebabkan terlalu banyak promosi dan iklan makanan segera di Malaysia menyebabkan pola permakanan rakyat Malaysia telah berubah. Tabiat makan selepas malam hari membolehkan restoren makan malam dibuka 24 jam. 

Apa yang semua orang kena fikirkan adalah 
bagaimana menjadikan sistem makanan lebih lestari iaitu dari segi keselamatan dan jaminannya di tengah-tengah wabak COVID-19.  Semua orang perlu berfikir dan melihat punca masalah ini. Sama ada sebelum wabak atau ketika wabak ini dimana masalah di Malaysia bukanlah kekurangan makanan akan tetapi aspek kemiskinan yang tidak berkesudahan apabila ramai tidak bekerja akibat premis tempat mereka dahulu bekerja sudah tidak beroperasi. Kerajaan dan orang awam perlu untuk mengambil kira peranan pertumbuhan ekonomi, ketidaksamaan dan isu peminggiran dalam membentuk kesan jaminan makanan dan pemakanan. Terkini satu laporan terbaru oleh Organisasi Makanan dan Pertanian (FAO) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang bertajuk (The State of Food Security and Nutrition in The World (2019) menunjukkan bahawa berlaku perkembangan ekonomi pada dasarnya akan mempengaruhi jaminan makanan dan pemakanan. Ia banyak juga bergantung pada tahap kemiskinan yang melampau dan sejauh mana rakyat miskin akan tersisih kerana tahap ketidaksamaan yang berbeza. Keperluan mengubah corak konsumsi menyebabkan pengurangan perbelanjaan diperuntukkan untuk pendidikan dan kesihatan, atau peralihan makanan daripada makanan yang kaya nutrien, seperti sayur-sayuran atau daging, kepada makanan yang lebih berkanji. Walaupun ini membantu untuk memberi tenaga yang mencukupi dalam jangka pendek, tingkah laku ini akan memberi kesan jangka panjang yang negatif terhadap kesihatan, kesejahteraan dan produktiviti generasi akan datang dan masyarakat secara keseluruhan. Sebaiknya semua sektor daripada kerajaan, swasta, para saintis dan sebagainya perlu bekerjasama untuk mengkaji sumber makanan yang lebih lestari dan lebih selamat untuk memenuhi keperluan penduduk. Program seperti program pertanian bandar, industri asas tani berasaskan makanan dan sebagainya perlu digalakkan didalam menambah bekalan makanan. Sektor pertanian negra pasc covid-19 perlu dipulihakan segera semua pengeluaran bahan makanan akan terjamin dengan harga mampu beli oleh semua golongan masyarakat. Sektor pertanian dilihat sangat penting dalam era pandemik ini kerana walau pun duduk rumah semuanya perlukan makanan yang selamat dan mencukupi. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!,,,!
WABAK COVID-19... WABAK BAHAYA...
BOLEH BAWA MAUT ... BERJAGA-JAGA...
JAMINAN MAKANAN... MESTI DISEDIA...
SEKTOR PERTANIAN...PALING BERGUNA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Istana,
Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(23 Safar 1442H).

Tuesday, October 27, 2020

MINYAK SAWIT MALAYSIA - BESAR SUMBANGAN

KELAPA SAWIT
(Elaeis guneensis) merupakan tanaman paling penting di Malaysia dimana ia menyumbang kepada ekonomi negara dengan signifikan. Penanaman kelapa sawit ini dilakukan oleh sektor perladangan serta pekebun kecil yang mana ia mencecah jutaan hektar di seluruh negara. Antara produk utama kelapa sawit tentunya minyak kelapa sawit dimana ia adalah penyumbang terbesar perdagangan antarabanngsa. Bagaimana pun disebalik kempen memburuk-burukkan minyak sawit oleh sesetengah negara Barat akan tetapi komoditi itu terus membekalkan kira-kira satu pertiga keperluan lemak penduduk dunia. Malaysia sendiri telah mengeksport minyak sawit ke hampir 160 negara dengan mana negara China, India dan Kesatuan Eropah (EU) sebagai pasaran terbesarnya. Bagaimana pun penulis blog ingin merujuk kepada satu artikel didalam wawancara bersama Sinar Ahad pada 25 Oktober 2020 bersama Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) iaitu Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir. Beliau menyatakan dimana dakwanya permintaan terhadap minyak sawit Malaysia dijangka terus meningkat seiring dengan pertambahan penduduk dunia yang akan meningkat kepada sembilan bilion orang menjelang tahun 2043. Saintis dalam tanaman kelapa sawit itu turut berkongsi kejayaan MPOB dalam mengkomersialkan hasil penyelidikan agensi berkenaan dalam usaha meningkatkan kualiti dan pengeluaran sekali gus menambah pendapatan petani terutamanya dalam situasi tidak menentu turun naik harga minyak sawit sekarang. Artikel ini mengupas semula laporan dari temu bual Penolong Pengarang Pengisian Berita Sinar Harian, Junhairi Alyasa dan wartawan Norshahzura Mat Zuki bersama Ahmad Parveez di pejabat MPOB di Bandar Baru Bangi, Selangor dalam blog "Anim Agro Technology" untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda semua.

Terkini dilaporkan dimana h
arga Minyak Sawit Mentah (MSM) Malaysia melonjak naik pada 21 September 2020 iaitu antara yang paling tinggi sejak wabak Covid-19 melanda dunia bermula tahun 2019. Apa yang penting adalaj apakah faktor-faktor utama yang mempengaruhi turun naik harga minyak sawit dan dapatkah kita mengawalnya?. Dinyatakan KP MPOB dimana semenjak  sebulan lepas (Ogos 2020) dimana harga sawit adalah stabil. Harga sawit mencecah RM3,111 satu tan pada Januari 2020 iaitu yang paling tinggi pada tahun 2020 setakat ini. Apa pun pada bulan Mei 2020 dimana harganya turun disebabkan Covid-19 dan kini naik semula kepada RM3,000. Harga MSM pada 13 Oktober 2020 adalah RM3050.50 satu tan. Harga minyak sawit di pasaran tempatan mahupun antarabangsa sentiasa dipengaruhi faktor asas dan sentimen pasaran. Dilaporkan dimana peningkatan permintaan terhadap minyak sawit akan membantu meningkatkan harga MSM di pasaran dan begitulah sebaliknya. Walaupun banyak negara masih mengamalkan kawalan pergerakan kerana Covid-19 akan tetapi keperluan makanan sentiasa ada. Faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan harga ini adalah berlaku peningkatan eksport minyak sawit sehingga dua peratus pada bulan September berbanding Ogos 2020. Peningkatan eksport itu disebabkan pembelian oleh negara India, Bangladesh, Afrika Selatan, Filipina dan Turki

Faktor kedua ialah pengeluaran MSM yang rendah pada Oktober 2020 ini adalah disebabkan kesan La Nina yang membawa hujan lebat sekali dimana ini gus mengganggu aktiviti penuaian dan pengumpulan buah tandan segar (BTS). Dianalisa dimana antara f
aktor lain ialah peningkatan harga minyak kacang soya. Pada 6 Disember 2019 dilihat iaitu berlaku pertama kali harga sawit berada AS$3 lebih tinggi berbanding harga soya. Dalam masa terdekat ini dilaporkan negara China akan meningkatkan pembelian soya dan ini akan meningkatkan harganya. Peningkatan harga soya akan menyebabkan produk minyak sawit menjadi lebih berdaya saing dan kompetitif. Beberapa usaha kerajaan mengekalkan hubungan baik dengan negara pengimport termasuk China dan India berjaya meningkatkan eksport minyak sawit Malaysia. Kerajaan juga berjaya mengurangkan lebihan stok minyak sawit negara melalui pelaksanaan polisi seperti pengecualian duti eksport MSM sehingga Disember 2020. Jika pada Januari 2020 Malaysia berjaya harganya mencecah RM3,111 satu tan maka dengan sentimen pasaran eksport dan stok rendah, kita jangkakan harga MSM boleh mencecah RM3,150 satu tan hujung tahun 2020. Harga minyak kacang soya lebih tinggi daripada harga sawit adalah satu perkara yang menyebabkan kemungkinan banyak negara luar yang antiminyak sawit menyerang negara pengeluar minyak sawit telah dilakukan. MPOB mendapati ia adalah antara puncanya juga. Itu yang berlaku sekarang di Eropah dan mungkin juga di Amerika Syarikat. Pada peringkat awal didapati sawit adalah pengeluar kedua dan soya adalah pengeluar minyak makanan utama di dunia sebelum tahun 2006.

Dilaporkan dimana pada tahun 1980-an dan 1990-an kita diserang oleh persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan soya dengan mengatakan minyak sawit kita tidak selamat dimakan kerana kandungan asid lemak tepu dan sebagainya. Bagaimanapun, pada 2006 sawit telah menjadi pengeluar minyak utama. Kita menjadi pembekal utama minyak makanan dunia dimana ini menyebabkan peranan minyak kacang soya semakin rendah. Ini kerana didapati soya bukanlah sebagai cabaran utama kita di Eropah kerana negara itu juga ada minyak bunga matahari dan minyak jagung. Apa yang berlaku ialah minyak sawit kita lebih murah kerana beberapa faktor. Ia dihasilkan oleh dunia ketiga dan inimenjadikan kos pengeluaran lebih rendah manakala hasilnya adalah lapan kali ganda lebih tinggi berbanding soya. Ini memberikan kelebihan kepada kita. Pesaing tidak boleh menggunakan alasan ekonomi menyebabkan mereka menggunakan alasan alam sekitar, kesihatan dan sebagainya untuk mempertahankan ekonomi dan perniagaan mereka. Apa pun penulis blog setuju dengan kenyataan dimana dari segi angka matematik, jika harga MSM ialah RM3,000 satu tan, berapakah sepatutnya harga satu tan buah kelapa sawit segar di ladang?. Untuk harga buah tandan segar (BTS), kalau kita melihat pasaran semasa MSM RM3,000 satu tan dan harga isirung sawit pada RM1,600 satu tan, anggaran BTS di kilang adalah RM30.94 sen untuk kadar perahan minyak (OER) atau bersamaan dengan RM619 satu tan jika OER yang digred di kilang mencapai 20 peratus. Kedua-dua harga MSM dan harga isirung dilihat saling mempengaruhi harga BTS. Justeru, semakin tinggi harga MSM dan isirung sawit maka semakin tinggi harga BTS di pasaran. Namun begitu, harga BTS di ladang adalah lebih rendah berbanding harga di pintu kilang. Ini berikutan harga yang dikenakan oleh peniaga BTS perlu diambil kira. Kadar potongan yang dikenakan oleh peniaga BTS ini adalah berbeza-beza mengikut peniaga dan wilayah. Sebagai contoh dilaporkan bagi Semenanjung Malaysia kadar potongannya dianggarkan antara RM30 hingga RM70 satu tan manakala di Sabah dan Sarawak pula kadar potongan biasanya akan lebih tinggi berbanding di Semenangjung Malaysia berikutan faktor geografinya yang menyebabkan kos yang lebih tinggi ditanggung oleh peniaga BTS.

Pendapatan pekebun sawit khususnya peneroka Felda terjejas teruk setiap kali harga sawit jatuh. Bagaimanakah pendapatan mereka dapat ditingkatkan?. Antara langkah yang boleh diambil bagi meningkatkan pendapatan contohnya bagi peneroka Felda ialah melalui kepelbagaian pendapatan seperti aktiviti tanaman makanan atau singkat masa, ternakan dan bekerja secara sepenuh masa dengan berniaga atau bekerja dengan majikan. Pihak Felda juga boleh menetapkan harga minimum bagi buah tandan segar dan pengurangan kos pengeluaran kepada RM150 hingga RM180 per tan. Melalui cara ini, margin keuntungan dapat ditambah. Kini selepas 20 tahun ditubuhkan, apakah pencapaian siginifikan MPOB dari segi penyelidikan dan inovasi teknologi dalam usaha meningkatkan hasil pengeluaran sawit?. Setelah 20 tahun MPOB ditubuhkan, banyak pencapaian dalam bidang penyelidikan dan pembangunan teknologi (R&D) yang diperoleh untuk proses huluan dan hiliran sawit. Dengan komitmen dan kesungguhan untuk menjadikan sawit Malaysia sebagai yang terbaik di dunia, MPOB boleh berbangga dengan kejayaan inovasi teknologi mencipta dan melancarkan 675 teknologi merangkumi semua sektor dalam industri sawit sejak 20 tahun lalu. Sebanyak 30 peratus daripada teknologi yang dihasilkan telah dikomersialkan oleh industri. MPOB juga menggunakan teknologi dron untuk mengawal serangga perosak seperti ulat bungkus di ladang sawit. MPOB juga membangunkan 47 teknologi untuk mekanisasi ladang dan formulasi baja seimbang iaitu MPOB F1, F2, F3, F4, F5, dan F5 bagi meningkatkan hasil dan produktiviti.

Dalam pada itu dinyatakan iaitu di sektor hiliran pula makanan pihak MPOB sentiasa proaktif dalam menerajui usaha-usaha memperkukuhkan dan meningkatkan daya saing industri hiliran sawit negara dengan mempergiat aktiviti R&D serta memberi nilai tambah kepada produk hiliran sawit. Teknologi terbaharu yang dibangunkan ialah penghasilan marjerin yang bersesuaian dengan suhu bilik dan teknologi makanan minyak sawit merah (Sila lihat foto disebelah). Melalui R&D yang berterusan kini MPOB berjaya menghasilkan teknologi dan formulasi produk-produk yang mesra alam dan mesra pengguna. Ini termasuk bahan surfaktan untuk produk pencuci, produk kosmetik, sabun dan sebagainya. Apakah perasaan KP MPOB setiap kali negara Barat memboikot minyak sawit dan apakah hujah untuk menangkisnya?. Beliau kata walau pun Malaysia ditohmah dan diburuk-burukkan dan diboikot kerana kejayaan kita serta kelebihan yang ada. Kos penghasilan kita yang rendah dan hasil sawit tinggi, malah pelbagai kegunaannya terutamanya bahagian cair dan tepu. Antara beberapa kebaikan minyak sawit ini menjadi satu cabaran dan persaingan kepada mereka. Mereka akan terus mengeluarkan apa sahaja hujah untuk memburukkan minyak sawit kita bagi mempertahankan ekonomi dan minyak mereka sendiri. Selain itu, teknologi dan pelaksanaan pensijilan bagi Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) menjadikan minyak sawit kita satu-satunya di dunia yang wajib dihasilkan secara mampan. Kita mewajibkan MSPO dan MPOB terlibat secara langsung membantu lebih 500,000 pekebun kecil. 

Menyorot pertanyaan bagaimanakah masa depan industri sawit di Malaysia?. Dinyatakan dimana sekarang ini industri sawit Malaysia telah mampu dalam menghasilkan hampir 20 juta tan minyak sawit mentah setahun dengan jumlah nilai eksport mencecah RM65 bilion pada tahun 2019. Sektor ini menyumbang kira-kira RM50 bilion atau 3.5 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Pada tahun ini, kita menyasarkan nilai eskport RM70 bilion. Dari tempoh Januari hingga Ogos 2020, jumlah eksport industri sawit Malaysia mencatatkan RM27.42 bilion dimana ini telah meletakkan industri ini sebagai salah satu penyumbang keempat terbesar kepada pendapatan eksport negara selepas elektrik dan elektronik, keluaran petroleum dan produk kimia. Malaysia perlu memastikan bahawa sawit yang dihasilkan akan sentiasa lestari, mampan pada masa akan datang. Kita perlu tingkatkan kemampanan, produktiviti dan kualiti sebab antara cabaran yang kita hadapi selain penolakan Eropah ialah isu keselamatan makanan yang merupakan isu yang serius di sana. Kini apa yang penting sebenarnya ialah kita tidak boleh bergantung semata-mata kepada penghasilan komoditi tetapi perlu mempelbagaikan produk hiliran bernilai tinggi. Melihat kepada populasi dunia yang akan terus meningkat, keperluan minyak sawit akan meningkat. Kita sebagai negara terbesar pengeluar sawit, perlu meningkatkan hasil walaupun mempunyai tanah yang terhad. Sebanyak satu pertiga keperluan lemak dan minyak dunia dipenuhi oleh minyak sawit, jadi peranan kita agak besar. Berapakah anggaran bilangan pengguna minyak sawit di seluruh dunia? Selain India, negara manakah lagi yang berpotensi menjadi pengguna minyak sawit?.  Secara umumnya, 160 negara yang mengimport minyak sawit dari Malaysia. Kegunaan minyak memang sangat tinggi, hampir di seluruh dunia menggunakan minyak sawit Malaysia. Buat masa ini, kita melihat China, India dan Kesatuan Eropah sebagai pasaran terbesar kita. Banyak cabaran yang kita hadapi dari negara-negara tersebut. Apa yang penting ialah pengguna akan sentiasa bertambah, bilangan penduduk dunia akan bertambah dan dijangka pada tahun 2043 jumlah penduduk akan mencapai sembilan bilion. Keperluan lemak meningkat, jadi kebergantungan kepada minyak dan lemak akan meningkat. Namun, kita tidak boleh bergantung kepada India, China dan Kesatuan Eropah sahaja untuk pasaran minyak sawit. Pencapaian kita dalam tempoh enam hingga lapan bulan pertama tahun ini bukan semuanya dari negara-negara tadi, sebaliknya turut meliputi Turki dan Filipina. Apa pun sebenarnya cara memperkukuhkan pasaran sedia ada dan menambah pasaran baharu seperti Afrika boleh menjadi keutamaan. Selain 10 pengimport terbesar minyak sawit dari Malaysia seperti India, China, Kesatuan Eropah, Pakistan, Turki, Filipina, Vietnam, Amerika Syarikat, Iran dan Jepun, pasaran di rantau Timur Tengah, Afrika dan Asia Tengah berpotensi menjadi pengguna minyak sawit. Malangnya kesan PKP dan Covid-19 memperlahankan aktiviti berkenaan. Juga didapati ada sesetengah negara menerima maklumat negatif dan tidak tepat mengenai minyak sawit. Semuga artikel kali ini dalam blog anim agro echnology memberi info berguna kepada semua pembaca. Wasallam!...
MINYAK SAWIT ... KOMODITI UTAMA...
20 JUTA TAN MINYAK...SETAHUNNYA...
RM65 BILLION... NILAI YANG DIKIRA...
HARGA STABIL... SEMUA GEMBIRA,,,

By,
M ANem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(9 Rabiul Awal 1442H).

Monday, October 26, 2020

KELAPA PANDAN TKPM SEDILI, JOHOR


TANAMAN KELAPA PANDAN (Cocos nucifera) di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM), Sedili, Kota Tinggi, Johor dikira sebagai salah satu projek kelapa pandan yang berjaya. Ini merupakan satu kejayaan bagi petani di TKPM ini dimana saya ada membuat lawatan dan menulis artikel bertajuk 'Tanam Kelapa Guna Bakul Plastik' yang diposting pada 6 Jun 2017 (Sila klik disini) untuk membacanya. Dalam artikel tersebut saya maklumkan dimana menanam kelapa pandan (Cocos nucifera) dengan menggunakan teknologi bakul plastik pemasaran merupakan satu amalan yang praktikal dijalankan. Penulis blog masa itu baru sahaja menjumpai teknologi ini di sebuah ladang milik peserta TKPM Sedili, Kota Tinggi, Johor semasa membuat tinjauan teknologi kesebuah ladang nenas Maspine kepunyaan Encik Shukri pada plot berhampiran. Kebun dipenuhi dengan tanaman Betik Sekaki (Carica papaya) kepunyaan peserta projek Ah Chuan ini mempumyai keluasan 4.6 hektar ditanam betik sekaki yang sedang berhasil. Petani lakukan amalan agronomi dikebun ini mengikuti amalan MyGAP dimana keadaan pokok subur dengan banyak buah yang dihasilkan. Jenis tanam lom berpasir dan ada kawasan tanah bris membolehkan pokok betik subur diselang dengan tanaman kelapa sandan. Kawasan TKPM Sedili seluas 200 hektar ini mempunyai 28 orang peserta yang menanam pelnagai jenis sayuran buah seperti kacanf bendir, cili, terung panjang, kacang panjang, peria, petola dan beberapa lagi. Tanaman lain di TKPM ini adalah betik, nenas, pisang, limau kasturi, jambu batu dan beberapa lagi. Projek TKPM ini yang diselia oleh Pejabat Pertanian Daerah Kota Tinggi, Johor kini merupakan antara TKPM yang didakwa telah pun berjaya menghasilkan bahan makanan berkualiti dan segar untuk pasaran domestik dan eksport terutama ke Singapura. Pada Ogos 2020 sekali lagi saya setelah hampir setahun bersara datang ke kebun nanas milik Tn Hj Shukri dan melihat pokok kelapa pandan tersebut telah berbuah tetapi kini dikelilingi dengan pelbagai tanaman dapur yang produktif malahan keluasannya bertambah. Artikel kali ini dalam blog "Anim Agro Technology' saya paparkan bagaimana kejayaan dalam bidang pertanian di TKPM untuk dijadikan bahan rujukkan semua pembaca.


Menanam kelapa pandan bukan satu perkara yang mudah kepada mereka yang baru mencubanya. Ramai pengusaha yang telah mencuba menanam pokok kelapa pandan tetapi akhirnya tidak berjaya mendapatkan hasil selepas beberapa tahun. Pada penelitian penulis mendapati banyak faktor yang boleh mengagalkan penanaman kelapa pandan secara komersil terutama dikawasan baru yang berhampiran dengan hutan belukar atau pun kawasan tanah kebun yang baru diterokai. Anak benih pokok kelapa pandan perlulah diperolehi daripada pembekal yang disahkan ketulinannya daripada pembekal yang berwibawa. Pembekal benih yang ada sijil Skim Pengesahan Benih Tanaman (SPBT) Jabatan Pertanian mampu menjamin kualiti benih kelapa pandan. Peringkat 3 tahun pertama penanaman kelapa pandan amat berisiko tinggi untuk serangan pelbagai musuh tanaman, serangga perosak dan penyakit serta pengurusan air serta pembajaan. Serangan babi hutan antara perkara yang paling ketara merosakkan tanaman kelapa pandan di TKPM ini yang mengecewakan Ah Chuan. Ini kerana babi hutan yang aktif pada petang dan malam hari akan cuba mengorek pangkal anakbenih kelapa pandan untuk mencari cacing ataupun memakan umbut kelapa pandan yang lembut. Teknik penggunaan bakul plastik di kebun ini ada kaitan dengan serangan babi hutan. Bakul yang di pasang kuat dalam tanah menyukarkan babi untuk menyodok pangkal pokok kelapa. Selain itu penggunaan bakul plastik ini menjamin tahap kelembapan dalam bakul membolehkan pokok mendapat air apa lagi pokok betik yang disiram dua kali sehari menyebabkan air cukup untuk benih kelapa.


Bakul plastik pemasaran berwarna hitam dipilih dan petani tidak menggunakan warna lain seperti merah atau pun biru. In kerana warna hitam dipercayai menjadikan ia kurang dapat dilihat haiwan perosak iaitu diwaktu malam berbanding dengan warna lain yang terang. Bakul ini di tebuk lubang dibahagian tengah berukuran 50 cm x 50 cm bertujuan untuk membolehkan bahagian pucuk benih kelapa pandan dapat melepasinya. Bakul seperti ini akan diterbalikkan dan bahagian bawah bakul disusun sebelah atas dan bawahnya ditanam, dalam tanah sedalam 3-5 inci. Memang agak sukar untuk penulis blog mengangkat bakul ini dan ada juga dibeberapa lokasi yang pernah diserang babi hutan dipacakkan dengan besi pada bahagian bawah bakul plastik ini untuk mengukuhkan strukturnya. Jika kawasan kebun betik disiram dengan sistem sprinkler pada waktu pagi dan petang semasa cuaca panas maka air percikkan tersebut dapat masuk kedalam tanah kerana lubang bakul yang jarang. Daripada pemerhatian penulis blog semua pokok kelapa yang dilindungi dengan bakul ini kukuh dan anak pokok kelapa dapat tumbuh dengan baik dan subur. Tinjauan penulis mendapati pokok kelapa pandan yang 'Off-Type' seperti tidak berbuah, buah kecil, rosak dan tidak dperlukan ditebang dan ditanam semula dengan teknik menggunakan bakul yang sama (Sila lihat foto terbaru pada Ogos 2020) dimana rumput dibiarkan tinggi (untuk kawal kelembapan di tanah bris) dan diletak 2 beg tahi ayam (kiri dan kanan). Teknik ini penulis blog dapati amat sesuai digunakan untuk menanam kelapa dikawasan tanah bris yang banyak musuh haiwan terutama babi. 


Kini setelah hampir 3.5 tahun pokok kelapa pandan ini ditanam telah mengeluarkan hasil malahan hidup subur (Sila lihat foto disebelah). Petani dilihat menggunakan banyak baja organik (tah ayam) yang dimasukkan didalam beg plastik dan diletakkan dipangkal pokok serta ada dipasang sistem pengairan (diguna sama untuk tanaman dapur) diintergrasi diantara tanaman kelapa. Menurut info daripada Pejabat Pertanian Daerah Kota Tinggi, Ah Chuan juga diantara peserta TKPM yang berjaya menghasilkan pendapatan sasaran minima peserta TKPM iaitu jauh ianya melebihi RM5,000 sebulan. Selain daripada pasaran di Johor Bahru, hasilan kebun dari sini dihantar ke pasaran Singapura dengan konsisten dan kawalan kualiti terjamin. Pihak pengurusan TKPM telah memasang pagar dan Pintu Utama hanya boleh diakses peserta dengan menggunakan 'Remote Control Gate' kerana masaalah kecurian hasil di TKPM ini. Semua peserta akan diberikan 'romote control' untuk masuk dengan bayaran minima. Kedudukan TKPM ini yang agak luas dan berjauhan dari kampong menyebabkan kes-kes kecurian menjadi-jadi sebelum ini. Penulis blog gembira kerana inovasi Ah Chuan yang menggunakan bakul untuk menanam kelapa pandan disini telah berjaya dibuktikan dan bleh ditiru oleh [etani lain jika mempynyai masaalah yang sama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
MENANAM KELAPA... SUSAH JUGA...
DISERANG BABI... MATI POKOKNYA...
BAKUL DILETAK... KUKUH ASASNYA...
SUDAH BERHASIL... TELAH BERJAYA...

By,
M Anem, 
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(26 Zulhijjah 1441H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...