Support My Blog

Thursday, November 30, 2023

CILI KULAI - APA HEBATNYA?

CILI KULAI (Capsicum annum) merupakan satu varieti cili yang popular ditanam oleh penanam sayur di Malaysia dan di terima dengan baik oleh para pengguna di negara ini. Cili ini adalah sejenis Cili Besar atau Cili Merah atau Cili Hijau yang mempunyai banyak panggilan dan juga jenama yang dijual di kedai pertanian. Cili Besar atau Cili Merah ini merupakan sejenis tanaman popular di Malaysia yang ditanam seluas 3,420 hektar dengan pengeluaran sebanyak 30,365 metrik tan pada tahun 2022 dengan nilai pengeluaran lebih RM 223 juta (Sumber: Booklet Keluasan Tanaman Makanan Malaysia, Jabatan Pertanian Malaysia 2022). Pengeluaran cili di Malaysia adalah untuk tujuan penggunaan segar. Bagaimana pun dipasaran pengguaan jenis cili merah kering import lebih dominan berbanding dengan penggunaan cili merah segar. Kebanyakan cili kering merah ini diimport dari India, China, Thailand dan beberapa negara lain yang benilai jutaan ringgit setahun memberikesan kepada jumlah import makanan negara mencecah RM75.54 billion direkod pada tahun 2022. Masakan masyarakat Malaysia sememangnya menggunakan pelbagai jenis cili sebagai komponen utama untuk perisa pedas kepada banyak kuliner makanan. Apakah varieti cili merah yang anda tahu sangat popular di tanam di Malaysia?. dimana dianalisa iaitu kebanyakan petani akan nyatakan Cili Kulai. Pada pengetahuan penulis blog di peringkat awal dulu Cili Kulai ini diberikan nombor 'MC' didepannya. Bagaimana pun cili kulai sebenarnya terdiri daripada banyak varieti kerana cili ini belum banyak yang didaftarkan dengan Senarai Pendaftaran Varieti (National Listing). Kajian penulis blog semasa bertugas dulu mendapati antara beberapa varieti cili merah yang sesuai ditanam adalah seperti Varieti MC 11, MC 12, MC 4, MC 5 dan akhir sekali Varieti Kulai Hibrid. Selain itu dipasaran ada pula yang mengelarkan cili besar atau cili merah ini mengikut lokaliti seperti Cili Merah Ipoh, Cili Merah  Minyak Beku dari Batu Pahat, Varieti Cili Bangi dan beberapa lagi. Pada penulis blog ada sedikit pencirian varieti cili merah agar dapat meningkatkan ilmu pengetahuan pembaca semua seperti ciri yang ada pada CA 905 (F1 Cili Kulai 905), CA 907 (F1 Cili Kulai 907), CA 910 (Cili Kulai Tempatan), CA 914 (F1 Cili Kulai Pedas), CA 915 (F1 Cili Kulai Kering), CA 908 (Cabai Kulai Kerinting), Cili No. 8338 (Cili Kulai King) dan terkini adalah Cili Kulai 461 (Jenis paling popular untuk Cili Fertigasi). Merujuk kepada artikel tulisan saya pada tahun 2013 (Ogos) dan 2011 yang telah menjelaskan beberapa jenis cili merah sesuai dirujuk dengan pautan (Sila klik disini) dan (Sila klik disini). Penulis blog pernah melawat beberapa pusat penyelidikan swasta termasuk CWG Sdn Bhd yang mempunyai koleksi baka benih cili kulai lebih daripada 35 varieti yang sesuai dikomersilkan sebahagiannya. Artikel pada malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya mengupas apa yang dikatakan sebagai 'Cili Kulai' berdasarkan kajian dan pengalaman sendiri penulis di lapangan untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Selalunya didalam menentukan sesuatu varieti tanaman data pencirian tanaman tersebut penting di kaji cirinya. Bagi varieti cili kulai memeng tidak ada didaftarkan lagi didalam Senarai Daftar Varieti Tanaman di Jabatan Pertanian Malaysia dimana cuma ada satu sahaja varieti cili yang ada iaitu CA9 iaitu Varieti Solok Pintal di luluskan pendaftarannya pada 11.11.2018 dari Kelantan. Penulis blog ada nyatakan pencirian v
arieti Cili Kulai dimana saiz buahnya berukuran diantara 12-15 cm panjang, hujungnya berbentuk tirus dan ia mempunyai mesocap tebal. Lazimnya dengan penanaman secara konvensional diatas tanah tinggi pokok adalah 60-180 cm dimana nilai rasanya adalah pedas sehingga sangat pedas. Hasil potensi tanaman cili secara konvensional sekitar 10 - 15 tan/hektar tetapi penanaman cili ini secara fertigasi mampu mencapai lebih dari jumlah tersebut. Dalam membuat tinjauan di kedai menjual benih cili merah dimana penulis blog dapati diantara jenis Varieti Cili Kulai yang terdapat di pasaran ialah dengan nama seperti CA 905 F1 Cili Kulai 905, CA 907 F1 Cili Kulai 905, CA 910 Kulai Tempatan, CA 914 F1 Cili Kulai Pedas, CA 915 F1 Cili Kulai Kering, CA 908 Cabai Kulai Kerinting, No 8338 Kulai King dan palin banyak di tanam untuk sistem cili fertigasi adalah Cili Kulai 461. Semasa membuat tinjauan ada juga sesetengah penjual dakwa cili kuli mereka adalah jenis cili ada yang dunyatakan sebagai 'Cili Hibrid F1' pada label. Perlu diingat bahawa kebanyakan jenis Cili Merah Kulai dilihat cara pembiakkannya adalah melalui proses penghasilan benih secara OP (Open Pillination). Apabila label ditulis sebagai benih hybrid maka lazimnya ia akan dijual dengan harga lebih tinggi sebagai salah satu strategi pasaran. Pada penulis blog yang telah membuat tinjauan teknologi kepada lebih 100 penanam cili di Malaysia mendapati petani akan membuat benih Cili Kulai sendiri dengan memilih buah tertentu untuk dijadikan biji benih Cili Kulai dan mereka ini amat jarang sekali membelinya di kedai. Mereka akan mendapatkan bekalan bijibenih daripada petani lain (rakan-rakan lain) dan jika terputus bekalan barulah mereka membelinya di kedai pertanian. 


Pada penulis blog dimana jika ditanya 
petani ada kalanya sampai pening untuk menjaawab pertanyaan pasal cili apa lagi kalau tanamannya sering di serang pelbagai penyakit. Kalau mereka bertanya apakah sebenarnya 5 jenis cili yang sering di tanam dan di makan di Malaysia mungkin boleh dijelaskan.  Bagaimana pun ketika berada dipasar pasti tidak ramai yang dapat membezakannya jenis-jenis cili merah tersebut asalkan cili tersebut cantik tidak berlubang akan dibeli. Sebenarnya cili kulai pun boleh dijual sebagai Cili Merah Besar dan Cili Hijau Besar. Pada masa ini  antara jenis yang popular di tanam terutama secara fertigasi adalah jenis Cili Kulai 461. Benih ini di keluarkan oleh Syarikat Sakata dengan nombor SJ2-461 dimana boleh di beli dikedai pertanian didalam tin kedap udara (jumlah banyak) atau dibeli secara on-line sahaja di Lazada dengan harga RM6.00 satu paket mengandungi 50 biji benih. Dari dakwaan pengedar dimana benih Cili Kulai 461 mempunyai rasa pedas sedikit dan sesuai digunakan untuk masakan dan penambah rasa dimana benih yang dihasilkan di Jepun dan stabil ditanam di bumi Malaysia secara komersil. Kalangan petani dimana jenis Cili Minyak Kulai 461 ini yang selalunya dijual di pasaraya yang ditulis sebagai cili merah atau cili hijau. Jika buahnya dipetik muda ketika masih muda maka ia adalah 'Cili Hijau' yang selalunya di potong-potong untuk dijadikan penambah keenakan makanan atau sesuai dijadikan jeruk cili. Jika buahnya di petik sudah matang ia akan berwarna merah yang dijual dengan harga lebih tinggi daripada cili hijau. Pada masa ini dilaporkan varieti ini popular ditanam secara fertigasi dimaa cara penanamannya selalu akan mengambil masa antara 60 - 65 hari dimana ia sesuai ditanam didalam polibeg menggunakan media cocopeat. Pada penulis blog pemilihan media cocopeat yang tepat selalunya akan menentukan penghasilannya yang ditanam diatas tanah yang dilapiskan dengan plastik tebal atau secara fertigasi gantung. Sila baca teknologi tanaman fertigasi gantung didalam blog ini dengan pautan yang berikut (Sila klik disini) dan (Sila klik disini).  Kebanyakan petani menggunakan baja A & B untuk membesarkan pokok secara fertigasi dimana ianya dilihat mampu memberikan hasil lumayan jika tiada serangan penyakit dan perosak serta harga baik.


Menarik di kongsikan fakta di bh.com bertajuk 'C
ili Kulai 461 fertigasi tahan lama, harga tinggi' sebagai rujukkan. Kisah dari Putrajaya dimana kaedah pertanian menerusi sistem fertigasi, terutama cili jenis 'Kulai 461' dilaporkan semakin mendapat tempat di negara ini kerana tidak memerlukan kawasan luas, selain hasil kebun mendapat harga yang tinggi di pasaran. Dilaporkan dimana cili kulai ini juga berkualiti, tahan lama dan mampu mengeluarkan hasil berkali ganda berbanding yang ditanam menggunakan kaedah konvensional. Konsep fertigasi tidak terhad kepada cili, malah tomato, timun Jepun, terung, strawberi dan pokok hiasan juga boleh ditanam secara komersial menggunakan kaedah sama. Bagi pengusaha cili fertigasi, Datuk Abdul Halim Samad nyatakan Cili 'Kulai 461' boleh dituai hasilnya seawal dua atau tiga bulan dimana ia berterusan berbuah sehingga pokok berusia enam bulan bagi mendapatkan hasil maksimum. Saiz cili jenis ini tirus dan tebal, panjangnya antara 15 - 18 cm serta mempunyai rasa sangat pedas. Tinggi pokoknya sekitar 60 - 180 cm dan mudah dijaga. Pokok cili kulai ini boleh mengeluarkan hasil sekitar dua hingga tiga kilogram sehari dimana ia juga mampu menghasilkan bunga secara serentak dengan buah dimana ia sekali gus memudahkan pengusaha membuat penuaian berterusan. Cili terbabit mendapat permintaan tinggi daripada pengguna dan pemborong dengan tawaran harga purata borong RM4.20 - RM5.00 sekilogram dan harga runcit pula RM5 - RM20 sekilogram mengikut pasaran semasa. Abdul Halim yang juga Pengarah Urusan Global Inter-Dream (M) Sdn Bhd dskwa dia mengeluarkan modal sekitar RM5,000 bagi menyediakan keperluan infrastruktur termasuk meratakan tanah. Walaupun modal agak tinggi dakwanya ia amat berbaloi kerana pulangannya lebih lumayan dan jangka hayat tanaman lebih panjang. Pada masa yang sama syarikatnya juga turut memberi khidmat nasihat kepada mereka yang berminat menceburi kaedah pertanian fertigasi, bermula dari awal projek sehingga hasil dapat dituai. Mereka juga ada menyediakan kursus sehari dengan sedikit bayaran kepada mereka yang mahu berjinak-jinak dalam bidang ini. Orang ramai boleh menghubungi Jabatan Pertanian atau agensi berkaitan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kursus yang ditawarkan secara percuma. Dijelaskan fertigasi berasal dari dua perkataan Inggeris, 'fertilization' dan 'irrigation' dimana ia adalah salah satu cabang hidroponik yang sangat sesuai bagi tanaman jenis sayuran berbuah dan berdaun. Kini kaedah fertigasi menggunakan pengairan dengan baja akan disalurkan dalam bentuk larutan terus ke bahagian akar pokok. Pokok lazimnya ditanam dalam beg plastik atau 'polybag' dan diletakkan di atas pelantar setinggi hampir satu meter bagi memudahkan kerja memetik hasil. Pengairan titis membolehkan larutan baja menitis secara perlahan dan berkala bagi mengoptimumkan pertumbuhan pokok dalam tempoh yang ditetapkan. Kaedah fertigasi tidak menggunakan tanah, sebaliknya digantikan dengan sabut kelapa atau sekam yang dapat mengelakkan serangan penyakit akar berpunca daripada tanah. Sebagai info asas dimana kawasan seluar 0.4 hektar boleh memuatkan 4,000 beg plastik yang ditanam dengan pokok cili 'Kulai 461' perlu 120 hari untuk matang.  Setiap pokok boleh hasilkan satu hingga tiga kilogram cili sehari dengan jangka hayat produktif pokok ialah enam bulan.


Dalam portal utusanborneo.com juga menarik kisah petani menanam cili bertajuk '
Pemuda cipta pendapatan tanam Cili Kulai' sesuai dikongsikan. Dilaporkan seorang pemuda yang telah diberhentikan kerja susulan krisis ekonomi sejak penularan wabak COVID-19 menjadikan projek penanaman Cili Kulai sebagai sumber pendapatan baharu. bagi pemuda tersebut iaitu Ashyraf Yusof (29) yang sebelum ini pernah bekerja sebagai pembantu pejabat di salah sebuah syarikat swasta diberhentikan kerjasemasa pendemik covid19 apabila majikannya mengurangkan jumlah perkerja kerana pendapatan syarikat merosot. Dia mengambil keputusan untuk lebih serius dan sepenuh masa mengusahakan projek penanaman cili yang diusahakannya di Kg Pasir Putih, Tawau. Dia berminat mengusahakan projek ini setelah melihat di media sosial ramai yang sudah berjaya dan mencipta pendapatan daripada penanaman cili menggunakan kaedah fertigasi. Dia mengusahakan tanah kakak yang terbiar dijadikan tempat menanam pokok cili dan bersyukur kerana keluarganya semua setuju dan sepakat untuk berkongsi mengeluarkan modal permulaan sebanyak RM20,000 untuk membeli benih dan peralatan lain. Ashyraf mulanya ada cabaran kerana dia tidak mempunyai apa-apa pengetahuan dan pengalaman berkaitan pertanian, hanya berpandukan pembelajaran di media sosial serta rakan yang mempunyai kebun cili sebagai rujukan. Mulanya dari 500 pokok yang ditanam hanya 430 pokok sahaja yang tumbuh subur, namun tetap bersyukur kerana sehingga kini lebih 800 kilogram sudah hasil yang dituai dan dijual. Dia dapat menjangkakan hasil tuaian akan mencecah kira-kira 1,100 kilogram dalam sebulan yang dipasarkan di supermaket dan pasar tempatan. Dakwanya penanaman cili agak mudah dan tidak memerlukan kawasan yang luas malahan dapat berbuah dengan cepat. Cili Kulai ini hanya mengambil masa 70 hari sahaja untuk dituai dan harga pasarannya juga sangat lumayan boleh mencecah RM17 sekilogram. Dia kemudian menanam 1,500 pokok dan akan membuka kebun baharu di tempat lain. Ashyraf turut menasihatkan kepada sesiapa yang dibuang kerja supaya tidak menjadikannya sebagai alasan untuk terus berputus asa dan hanya berharap bantuan sahaja. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
CILI KULAI... BANYAK JENISNYA...
LUAS DITANAM...FERTIGASI ADA...
HARGA MAHAL...PETANI PUN SUKA...
MENYEDAPKAN MAKANAN... LADA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(13 Jamadilawal 1445H).

Wednesday, November 29, 2023

UMANG-UMANG - APA DIA?

UMANG-UMANG
atau Kelomang 
adalah sejenis krustasia dekapod yang tergolong dalam superfamili Paguroidea dimana ada tujuh (7) keluarga haiwan ini dikenali sebagai keuarga Coenobitidae, Diogenidae, Lithodidae, Paguridae, Paarapaguridae, Pylochelidae dan Pylojacquesidae. Pada penulis blog yang sudah lama dulu kenal dan sering melihat haiwan ini dipantai memang suka mengejarnya dan bermain.Kebanyakan spesies umang-umang berabdomen panjang dan lembut yang dilindungi dari ancaman pemangsa dengan memakai 'rumah bergerak' iitu sekeping cangkerang kosong yang ditinggalkan haiwan lain (cangkerang suput laut). Apa pun cangkerang kosong ini selalunya yang boleh memuatkan badan haiwan ini. Selalunya umang-umang akan memakai cangkerang siput laut atau mana-mana moluska gastropod marin yang ada dihabitatnya. Pada bahagian hujung abdomen umang-umang disesuaikan agar kuat menggenggam turus kulit cangkerang. Sebaik sahaja ia tumbuh membesar lazimnya haiwan umang-umang perlu mencari cangkerang yang lebih besar dimana ia memakainya dan ini sekaligus meninggalkan yang lama (akan digunakan oleh umang-umang yang lain). Apa pun sifat umang-umang yang suka tinggal di dalam cangkerang lama ini memberikan gelaran umang-umang dalam bahasa Inggeris sebagai "hermit crab" iaitu sempena perangai 'suka bertapa' sebab ia suka tinggal sendirian macam didalam gua. Dilaporkan dimana ada terdapat lebih kurang 1,100 spesies umang-umang yang dikenalpasti di seluruh dunia dimana kebanyakannya adalah spesis akuatik dan tinggal dalam air masin di kawasan air yang cetek seperti kawasan terumbu karang dan di kawasan pesisir pantai hingga didalam dasar laut. Di kawasan tropika pula apa uang unik dimana ada pula spesies umang-umang daratan dimana dilihat ada spesis ini berukuran agak besar, contohnya seperti Coenobita clypeatus. Dalam pada itu dilaorkan dimana umang-umang liar lazimnya hidup secara berkumpulan iaitu sekawan 100 ekor atau lebih dalam habitatnya. Penulis blog dapati dimana umang-umang adalah krustasia dekapod yang tergolong kumpulan Pagoirodea. Kebanyakkan umang-umang berodomen panjang dan ia lembut. Bagi melindungi diri daripada pemangsa selalunya umang-umang akan bersembunyi di sebalik cengkerang yang telah ditinggalkan oleh haiwan bercengkerang. Kebiasaannya umang-umang menggunakan cengkerang siput laut atau mana-mana jenis moluska gastropod marin yang ada di laut. Saintis memanggilnya sebagai Hermit Crab. Artikel kali ini sambil melihat ombak laut di Pantai Mersing, Johor dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan fakta dan juga maklumat mengenai umang-umang untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.


Pada penulis blog dapati dimana haiwan 'Hermit Crab' atau dalam di Malaysia ia dikenali sebagai umang-umang amat unik kerana ianya adalah sejenis hidupan yang menyerupai ketam namum memerlukan rumah (biasanya cengkerang siput yang telah kosong) yang akan dibawa ke sana-sini bagi melindungi bahagian badannya yang lembut. Sekali pandang apabila haiwan ini bergerak di aatas pasir di kawasan pantai ia dilihat seakan ketam berjalan (Sila lihat foto disebelah). Walaupun menyerupai ketam akan tetapi sbenarnya umang-umang mempunyai spesisnya sendiri dan terdiri daripada 1,100 spesis yang diketahui dan dikaji oleh saintis. Walaupun umang-umang pada kebiasaannya menggunakan cengkerang siput untuk dijadikan sebagai ‘rumah’ perlindungan baginya ada kalanya terdapat juga umang-umang yang menggunakan batu atau kayu yang kosong sebagai bahan perlindungan. Umang-umang selalu ia mendiami laut pada pelbagai kedalaman samada di pinggir pantai, perairan cetek mahupun pada bahagian yang lebih dalam. Di kawasan tropika terdapat umang-umang yang tinggal di daratan (seperti juga spesis ketam darat dan ketam kelapa). Namun begitu ia tetap akan ke laut untuk bertelur dan menetaskan anak-anaknya. Selain itu juga kebanyakan spesis umang-umang ini keluar pada waktu malam untuk mencari makanan. Dilaporkan diman antara masalah paling besar bagi umang-umang adalah apabila ia semakin membesar saiz badannya dimana kemudian ia perlu mendapatkan saiz cengkerang yang lebih besar bagi membolehkan ia berada dalam keadaan yang selesa. Keadaan kulit siput yang sempit akan menyebabkan pembesarannya terbantut dan perkara ini kemungkinan kehilangan tempat perlindungannya yang amat berharga itu. Pada pembaca blog semua ada yang mungkin akan terkejut apabila melihat persaingan antara umang-umang dalam merebut kulit siput kosong ini untuk dijadikan sebagai tempat perlindungan. Persaingan ini mungkin boleh menyebabkan umang-umang berbunuhan sesama sendiri. Bagi sesetengah spesis yang lebih besar pula dimana antara beberapa langkah keselamatan turut menggunakan buran (sea anemones) bagi menakutkan pemangsa. Ini kerana ‘sea anemones’ mempunyai sesengat beracun yang mana ia boleh mengakibatkan kematian kepada pemangsa tersebut. ‘Sea anemones’ akan mendapat manfaat daripada sisa makanan umang-umang sebagai salah satu ganjaran daripada sifat perkongsian simbiosis ini. Bagi memberikan semua akan gambaran yang lebih jelas mengenai persaingan sengit dalam kehidupan umang-umang dalam mendapatkan perlindungan (cengkerang siput) seua boleh menonton video di internet.


Selalunya dikalangan orang ramai dimana sepintas lalu apabila melihat haiwan kecil iaitu umang-umang atau nama lainnya 'kelomang' yang memiliki tubuh berupa cengkerang tetapi ternyata tidak. Ini kerana haiwan umang-umang yang dalam bahasa Inggrisnya disebut sebagai Hermit Crab (ketam bertapa) memang suka bersembunyi dalam cengkerang kosong. Ia juga biasanya bersembunyi di dalam ckulit cengkerang atau tempurung dari siput laut yang telah kosong iaitu sebagai rumahnya. Umang-umang memiliki ciri-ciri khusus seperti ia mempunyai ciri tubuh badan yang sangat lembut maka sebeb itulaj ia perlu bersembunyi di dalam cengkerang siput yang telah kosong dan keras untuk mempertahankan dan juga bagi melindungi diri dari serangan pemangsa seperti burung. Pa pun pada penulis blog dimaa haiwan ini yang tidak memiliki tulang belakang ini memiliki 6-10 kaki dan memiliki tubuh tidak simeteri dimana sifatnya dilihat ia suka sekali menggali pasir untuk ia beristirahat atau untuk tidur. Sekali lihat dimana ia emang mirip ketam atau apabila ia berada didalam cengkerang dmana apabila umang-umang tidak berada di dalam cengkerang dilihat ia lebih mirip seperti udang kerana tubuhnya yang merlingkar. Dalam habitatnya dimana umang-umang semuanya akan sentiasa menukar rumahnya apabila keadaan memaksa seperti rumahnya yang kecil dan tidak sesui lagi dengan saiz badannya. Penulis blog belum jumpa laporan nilai ekonomik umang-umang ini dilaorkan sama ada untuk dijadikan makanan atau perubata dimana-mana. Cuma ada beberapa laporan yang umang-umang biasanya juga dijadikan anak untuk mainan kalangan kanak-kanak. Biasanya juga dipelihara di dalam toples atau aquarium. Ada juga yang dibuat tempat mainan di dalam baskom dan diisi pasir. Adapun dilaporkan dimana jenis makanan kegemaran umang-umang adalah daun pepaya dan tebu. Umang-umang juga ada yang dicat sedemikian rupa oleh pemiliknya untuk dipelihara dan mampu menjana pendapatan untuk dipamerkan. Sebenarnya dilaporkan habitat hidup dari umang-umang atau haiwan kelomang adalah air, hidup di air masin dan laut di pesisir pantai. Ada juga umang-umang yang hidup di daratan namun pun begitu umang-umang memerlukan air kemudian untuk pembiakan. Sebhaagian besar umang-umang aktif di malam hari. Populasi umang-umang bagaimana pun semakin berkurangan atau ia boleh pupus dengan perubahan cuaca dunia dimasa akan datang.


Menarik dalam portal hmetro.com dengan satu berita bertajuk '
16 jam tanggung derita' untuk dikongsikan. Akhbar tersebut laporkan dimana ada seorang nelayan menahan bisa akibat tertusuk duri umang-umang yang patah di dalam telapak kaki kirinya selama 16 jam sebelum ia berjaya dikeluarkan melalui pembedahan. Bagi Abdul Rahim Azali (34 tahun) dimana dia tepaksa menanggung kesakitan tidak terperi selepas kaki kirinya tertusuk duri hidupan laut itu ketika membersihkan tapak pendaratan perahu gentian kacanya di pantai berhampiran Balai Nelayan Kampung Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Alor Gajah,Melaka. Dalam kejadian 5 petang itu, Abdul Rahim membersihkan pantai itu bagi tujuan untuk membolehkannya meletakkan perahu yang dipindahkan dari Pangkalan Nelayan Kampung Sungai Kertah iaitu kira-kira 400 meter dari lokasi kejadian. Dakwanya waktu itu dia sedang membersihkan semak dan serpihan kayu yang memenuhi pantai itu untuk membolehkan perahu saya pindahkan dan diletakkan di kawasan itu. Bagaimana pun tiba-tiba kaki kiri saya terasa amat sakit apabila terpijak benda tajam dan saya terkejut mendapati duri seekor umang-umang menembusi kasut dipakai dan umang-umang itu melekat pada tapak kasut. Kesakitannya membuatkan saya terduduk, tetapi tetap menggagahkan diri untuk mencabut umang-umang itu daripada melekat pada kaki dan ketika itulah saya rasakan bisanya yang sangat menyeksakan. Nelayan masih bujang itu dibantu rakan yang membawanya ke Hospital Alor Gajah dan menjalani pembedahan kecil untuk mengeluarkan duri patah itu pada 9 pagi semalam. Hanya selepas duri berkenaan dikeluarkan, Abdul Rahim mampu berjalan dengan sempurna berbanding terpaksa melangkah dengan bertunjangkan tumit kiri sambil menahan kesakitan. Beberapa tahun lalu tangan kanan saya pernah tertusuk sengat ikan duri ketika menarik jaring, tetapi bisanya tidak sesakit duri umang-umang kerana sengat ikan itu tidak terpatah dalam tangan. Bagaimanapun, kedua-dua kejadian ini tidak pernah melunturkan semangat saya untuk terus mencari rezeki di laut bagi menyara kehidupan yang ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
HAIWAN UMANG-UMANG... ITU NAMANYA...
BECENGKERANG... ITU RUMAH DIBAWA...
BADANNYA LEMBUT.. ELAKKAN PEMANGSA...
SAIZ BADAN BESAR... PINDAH SENTIASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 122, Hotel Sri Malaysia,
Mersing, Johor,
Malaysia.
(16 Jamadil awal 1445H).

Tuesday, November 28, 2023

CARA MUDAH MEMBUAT 'PLANT BOOSTER'

APAKAH DIA 'PLANT BOOSTER?'
. Kini suadah ramai orang yang bercakap mengenai plant booster jika mereka berminat dengan menyuburkan tanaman. Plant Booster atau pun ia adalah Penggalak Tumbuhan merupakan sejenis produk supplement yang diberikan kepada tanaman untuk dapat merangsang pertumbuhan dan meningkatkan hasil tanaman. Sesiapa sahaja yang googe mengenai plant booster akan dapat melihat pelbagai jenama ada dijual dipasaran dan ada tunjukajar bagaimana untuk membuatnya sendiri. Teknologi membuatnya juga mudah dilakukan memadai dengan membaca artikel di internet tentunya seseorang akan dapat tahu membuatnya. Bagaimana pun sebaiknya untuk lebih baik disyorkan agar menghadiri mana-mana sahaja kursus membuat plant booster yang disediakan oleh pihak kerajaan seperti Jabatan Pertanian atau syarikat swasta yang ada mengeluarkan produk.Plant booster pada penulis blog ia merupakan gabungan bahan-bahan semulajadi bersama mikroorganisma berfaedah yang memberi kesan ke atas pertumbuhan, membaik pulih dan meningkatkan hasil tanaman. Plant Booster juga dapat berfungsi memudahkan penyerapan nutrien yang telah terurai oleh tanaman dan membantu meningkatkan daya tahan penyakit ke atas tanaman. Mana-mana tunjukajar ilmu membuat produk plant booster akan mengguakan bahan-nahan asas agak sama iaitu terdiri daripada bahan-bahan organik seperti buah-buahan tempatan, sayur-sayuran, molasses dan susu yang mana ia kemudiannya di fermentasikan. Daripada bahan-bahan ini, plant booster yang dihasilkan mengandungi mikrob yang berfaedah serta enzim, nutrient, vitamin, asid humik dan hormon semulajadi yang merangsang pertumbuhan tanaman. Jenis tanaman yang sesuai menggnakan Plant Booster ada banyak jenis daripada jenis tanaman hiasan berbunga, tanaman hiasan daun, tanaman sayuran berdaun, tanaman sayuran berbuah dan tanaman singkat masa. Ia sesuai digunakan pada semua peringkat tanaman iaitu dari anak pokok hingga berbunga, berbuah dan tua. Artikel pada subuh ini di Melaka dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis bagaimana cara mudah membuat plant booster untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan semua.


Pembaca blog diharpa jangan keliru akan kenyataan dan pertanyaan seperti adakah bahan Plant Booster Itu Baja?. Plant Booster sebenarnya bukanlah baja sebab jelas dimana ia memang tidak dapat membekalkan NPK dan unsur lain kepada tanaman. Plant Booster ialah bahan penggalak tumbesaran semulajadi yang melalui proses fermentasi. Jadi jika sesiapa menggunakan plant booster makan unsur baja masih perlu diberikan kepada tanaman. Penggunaan baja boleh diminimakan apabila digandingkan dengan penggunaan Plant Booster. Pada penulis blog sebaiknya pengguna faham dengan cara penggunaan Plant Booster kerana lazimnya ada terdapat dia (2) cara dalam penggunaan plant booster iaitu mengikut jenis tanaman. Pertama adalah cengan cara Kaedah Semburan (spraying technique) dimana cecair ini sesuai disembur pada daun tanaman atau tumbuhan sebelum jam 11 pagi. Kaedah ini disyorkan bagi jenis tanaman seperti jenis tanaman hiasan berbunga, tanaman hiasan berdaun, tanaman sayuran berdaun, jenis tanaman sayuran berbuah serta kepada jenis tanaman singkat masa. Kaedah penggunaan plant booster yang kedua adalah melalui Kaedah Siraman. Kaedah siraman ini dengan cara menyiram plant booster kepada permukaan tanah di bawah kanopi atau media tanaman di dalam bekas. Kaedah ini sangat disyorkan kepada jenis tanaman buah-buahan samada buah bermusim atau buah tidak bermusim. Kadar penggunaan Plant Booster ini ada pelbagai kerana ia bergantung kepada banyak fakur seperti jenis tanaman, umur tanaman, cuaca, jenis produk dan sebagainya. Sebagai contoh dimana bagi kaedah semburan tanaman berbunga seperti Bunga Rose Jepun dan Bunga Tunera kadar seabanyak 10ml plant booster dicampur dengan sebanyak 1 liter air sesuai disembur dalam jangkamasa 2 minggu sekali.


Berlainan pula dengan semburan pada jenis tanaman Hiasan Daun seperti pokok Keladi, Puding dan sebagainya dimankuantiai sebanyak 5ml plant booster dicampur dengan 1 liter air pada kekerapan juga 2 minggu sekali. Bagi tanaman tanaman Sayuran Berdaun seperti sayur Sawi, Bayam, Kailan dan kangkong maka di sediakan campuran 5ml Plant Booster dengan 1 liter air dengan kekerapam semburan 1 kali seminggu. bagi tanaman jenis Sayur Berbuah seperti cili, timun dan bendi dimana disukat 10 ml plant booster dengan 1 liter air dan disembur pada minggu ke 4 - 7 dan minggu ke 5 - 8 dengan kekerapan 1 minggu sekali. Bagi tanaman singkat masa pula seperti jagung dan rock melon digunakan 5 ml plant booster dengan 1 liter air disembur dengan kekerapan 1 minggu sekali. Car Sirman sesui diberikan kepada kebanyakan jejis buah-buahaan seperti pokok mangga, zdurin, rmbutan dan lain-lainnya dengan kadar 10ml plsnt booster dicsmpur 1 liter air yang disebur dengan kekerapan sebanyak 2 minggu sekali. Kalau ada sisa plant booster sebaiknya ia disiman dengan cara yang betul. Cara terbaik penyimpanan untuk mempastikan ketahanan Plant Booster dimana selalunya tahap ketahanan plant booster ialah selama 6 bulan sahaja. Cara penyimpanan ialah simpan di tempat gelap dan teduh dimana Jangan menyimpan dalam bekas kedap udara atau terdedah kepada cahaya panas matahari. Apa pun kebanyakan produk komersial plant booster boleh dibeli dan ia baik dipraktikkan untuk tujuan Pertanian organik,  Pertanian konvensional, Pertanian Fertigasi, Kombinasi fertigasi dengan booster serta digunakan sebagai kombinasi baja kimia dengan plant booster.


Merujuk kepada bagaimana cara mudah untuk membuat plant booster sendiri di rumah sesuai di fahami. Ramai pembaca blog anim agro technology yang bertanya
 macam mana cara nak buat Plant Booster (PB) secara organik dimana selalu juga disyorkan agar mereka membeli produk yang sudah siap. Sebenarnya membuat PB tidaklah susah sangat pun kerana bahan yang sesuai di gunakan pun hampir 100% ada di dapur rumah. Sediakan peralatan seperti pisau tajam 1 unit, bekas yang ada penutup kapasiti 20 liter (2 unit) dimana bekas ini seeloknya dibibahagian atasnya dan bahagian bawah bekas adalah sama saiz. Peralatan lain adalah Alat Penapis (1 unit). Bahan asas digunakan disediakan Air bersih (10 liter - dimana sebaiknya gunakan air hujan atau air perigi tanpa bahan kimia), Pisang (1 kg), Nanas (1 kg), Betik (1 kg), Kangkung (0.6 kg), Labu manis (1 kg), Belacan (0.6 kg), Telur ayam (2 biji), Gula Merah (0.6 kg), Ragi (1 biji) dan juga susu segar (1 liter).  Car amembuatnya dengan memotong semua bahan-hahan iaitu bahan pisang, betik, nanas, kangkung, belacan lebih kurang saiz 2-3 cm dan ia diletakkan semua bahan-bahan diatas yang telah siap dipotong didalam 1 bekas. Sebaiknya ia digaul pun boleh semasa mencampurkannya (Sila lihat foto disebelah). Kemudian ia dikisar (blender) separa hancur semua bahan diatas dan awas keraja jika diblender terlalu hancur maka proses menapis nanti akan jadi sukar nantinya. Sebaiknya dikisar dengan kuantiti sedikit-sedikit dan semasa mengisar perlu dicampur dengan air sedikit. Pastikan belacan diblender bersama bahan yang lain untuk elakkan ia melekat pada blender. Kemudian diletakkan semua bahan yang telah diblender di dalam bekas berasingan. Sebaiknya dilabelkan bekas tu sebagai Bekas A untuk lebih mudah faham. Langkah seterusnya adalah memecahkan telur dan masukkan ke dalam Bekas A. Dengan kulit-kulit sekali dimasukkan pun tiada ada masalah yang penting telur mesti dipecahkan. Masukkan gula merah ke dalam Bekas A dan masukkan susu ke dalam Bekas A. Seterusnya dimasukkan semua baki air ke dalam Bekas A. Pastikan Bekas A yang telah siap dimasukkan semua bahan tersebut mempunyai 1/3 ruang udara. Ianya penting untuk proses pemeraman berlaku dengan sempurna.
Jika ruang udara tidak sampai 1/3 maka sebaiknya ditukar bekas. Jika tidak tukar bekas kemudian timbul risiko untuk Plant Booster yang dibuat tidak menjadi adalah sangat tinggi. Seterusnya di kacau semua campuran tersebut hingga sebati. Kemudian di hiris nipis-nipis buah labu dan hirisan buah labu diletakkan didalam Bekas A yang mengandungi semua campuran bahan tadi. Pastikan hirisan labu yang diletak itu dapat menutup semua permukaan campuran di dalam Bekas A tersebut. Hancurkan ragi dan tabur diatas hirisan buah labu yang berada di dalam Bekas A. Pastikan menutup Bekas A tersebut tetapi ingat jangan ketatkan penutup. Memadai letak sahaja penutup diatas bekas tersebut. Kemudian ia diperam secara partially anaerobic selama 1 minggu ditempat redup.  Selepas seminggu, biasanya Plant Booster telah matang bila ada miselium putih dipermukaan larutan. Ia perlu ditapis larutan tersebut dan simpan ditempat yang redup. Sebaiknya ia sesuai simpan ditempat gelap. Produk plant booster ini lazimnya akan boleh tahan 6-8 bulan.


Dalam satu artikel yang dirujuk di Jabatan Pertanian dimana cara penggunaan plant booster adalah penting. Lazimnya cara sesuai dengan penggunaan untuk 1 liter air yang dicampur dengan plant booster. Jika sesiapa hendak guna untuk kuantiti air yang lebih banyak pun boleh asalkan jumpah PB di gandakan jumlahnya. Kiraan asas dimana dim
asukkan 1 liter air ke dalam bekas penyembur iaitu sebaiknya menggunakan jenis air hujan atau air telaga dimana kalau tidak ada stok maka bubuh air paip sahaja. Masukkan 5-25 ml Plant Booster ke dalam sir dimana kuantiti Plant Booster bergantung pada umur dan jenis tanaman atau lazimua dengan jumlah 5 ml ni lebih kurang 1 sudu makan untuk satu liter air. kemudian boleh disembur pada semua daun hijau tanaman dan seeloknya sembur awal-awal pagi. Semburan Plant Booster boleh dibuat bersama dengan Fish Amino Asid dan racun organik. maksudnya Plant Booster boleh juga ia dicampurkan dengan Fish Amino Asid dan racun organik dalam satu alat penyembur. Sebaiknya diulang langkah semburan dengan kekerapan setiap1-2 minggu sekali bergantung kepada tahap kesuburan pokok. Perlu diingat dimana didalam Plant Booster yang dibuat ini memeng ada mikroorganisma yang berfaedah. Ia memberi kesan kepada pertumbuhan, membaikbulih dan meningkatkan hasil tanaman. Produk plant Booster ini sebenrnya ia tidak terhad pada tanaman sahaja dimana ia juga boleh guna untuk semburan pada tanah. Didalam pembuatan baja organik seperti bokashi boleh digunakan PB sebagai ganti kepada EM. Perlu ingat dimana Plant Booster adalah bukan baja dimana ia cuman bahan penggalak tumbesaran semulajadi yang dihasilkan melalui proses fermentasi. Pemberian baja kepada tanaman masih diperlukan untuk bekalkan nutrien. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!
NAMA PLANT BOOSTER... IA BUKAN BAJA...
MEMBUATSENDIRI... MUDAH SAHAJA CARA...
CAMPUR DENGAN AIR... DISEMBUR SAJA...
POKOK SUBUR... TERBAIK NANTI HASILNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronommist,
Room 122, Hotel Sri Malaysia,
Mersing, Johor,Malaysia.
(14 Jamadilawal 1445H).

Monday, November 27, 2023

TEKNOLOGI PEMBAJAAN NANAS MD2 TANAH MINERAL

TEKNOLOGI PEMBAJAAN NANAS MD2
(Ananas comosus) di tanam di tanah mineral sudah banyak disesuaikan dengan pelbagai pendekatan setelah adanya berjenis-jenis baja dan bahan lain boleh disediakan dan dijual di pasaran. Manual Tanaman Nanas Tanah Mineral yang ada disediakan oleh Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) boleh dijadikan sebgai panduan semua penanam nanas untuk ia diikuti sebagai garisapanduan yang terbaik. Terdapat kelainan pengurusan amalan agronomi penanaman nanas diantara tanah mineral dengan tanah gambut dan jenis tanah lain kerana sifat atau ciri tanah yang berlainan. Kalau dahulu tekbik pembajaan nanas hanya tertumpu dengan pemberian baja kimia sahaja seperti baja NPK dan beberapa baja jenis lain akan tetapi kini petabu yag menanam nanas di Malaysia sudah jauh meningkatkan amalan agronomi mereka dengan menggunakan pelbagai tenologi baru termasuk amalan ICT melalui Internet of Things (IoT), penggunaan lebih kerap Baja Sembura (Baja Foliar) dan juga Plant Booster didalam mempastikan tumbesaran tanaman nanas khususnya varieti nanas premius seperti MD2 (AC9) untuk menghasilkan buah nanas premiun (Banyak Gred A dihasilkan) dan tpenuaian lebih cepat dilakukan berbanding dengan kaedah secara konvensional. Petani di Malaysia apa yang penulis blog kaji memang mereka lebih cepat menerima teknologi baru dan sanggup mengeluarkan bajet terbaik untuk mempastikan mereka mampu mendapatkan pulangan terbaik seperti didalam usaha penanaman nanas MD2 untuk pasaran domestik dan eksport. Penulis blog kini sudah dapat melihat bagaimana penanam nanas MD2 dan nanas lain sudah mula percaya dengan aplikasi penggunaan baja semburan atau baja foliar walau pun melibat kos bahan dan kos tenaga yang agak signifikan jumlahnya. Penulis blog sudah lebih 7 tahun memebuat penjelasan kepada ribuan penanam nanas dan para pegawai teknikal akan kepentingan memahami teknik aplikasi pembajaan nanas versi baru. Bagaimana pun belum ramai pengusaha nanas yang mampu melakukannya kerana belum memahami secara total teknologi ini. kekurangan bajet, kekurangan tenagakerja dan juga tidak ada 'pushing factor' untuk mereka berbuat demikian. Artikel kali ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan salah satu amalan agronomi aplikasi pembajaan dengan semburan baja foliar dan plant booster dalam pembajaan tanaman nanas MD2 yang di tulis berdasarkan beberapa usahawan nanas berjaya di tanah air untuk dijadikan bahan rujukan pembaca blog semua. Artikel yang ke 7,790 ini mengambil masa beberapa bulan untuk ianya dikemaskini dan disiapkan.


Menyentuh bagaimana tips Pembajaan Nanas MD2 dengan cara terbaik sesuai diamalkan oleh penanam nanas di tanah mineral menggunakan baja sembura foliar dengan plant booster mungkin masih kurang di ketahui. Sebenarnya ada beberapa bengkel telah dibuat melibatkan penulis blog didalam penyediaan buku garispanduan terkini dimana teknologi pembajaan nanas MD2 dan di tulis dalam Manual Tanaman (SOP) Tanaman Nanas LPNM. Bagaimana pun kini kaedah pembajaan ini sudah disesuaikan dengan keadaan di tanah mineral berdasarkan pengalaman penanam nanas dimana buah nanas MD2 premium yang dihasilkan jadi manis walau pun kulitnya masih hijau. Antara tinjauan penulis adalah Amalan Pembajaan oleh Syarikat BERONE (Zulkifli Saidin) dimana beliau menanam nanas di Tanah Mineral dengan Plastik Penutup Batas dan juga tanaman Tanpa penutup Batas dikebunnya di Kedah dan beberapa penanam nanas lainnya. Amalan dimana beliau menggunakan Teknik pembajaan agak berlainan dan 134 hari sahaja sudah dipetik buahnya dengan kemanisan 18-20 darjah brixs. Antara beberapa amalan teknologi yang dilakukan di sini dimana sebaiknya kerja bagi membuat batas tanaman dengan saiz ukuran 2 kaki lebar dan 1 kaki tinggi. Panjang batas mengikut keadaan kontor kebun. Kemudian pertama sekali di sembur atau siram di permukaan batas tanaman dengan plant booster + asid amino dalam tempoh 3 - 4 hari sebelum dipasang sungkupan plastik silveshine. Gunakan kadar semburan dengan kadar 25 ml plant booster dan 10 ml fish amino asid untuk 1 iter air. Sila baca tulisan saya mengenai teknologi membuat plant booster dengan pautan disini (Sila Klik DIsini) dan (Sila klik Disini).  Sebaiknya dipastikan yang semua permukaan tanah atas batas basah. Adalah lebih elok jika disembur atau di siram pada waktu petang supaya mikrob dapat membiak dengan cepat pada sebelah malamnya. Langkah seterusnya adalah dalam tempoh 2-3 hari sebelum sungkupan plastik penutup batas dipasang dimana baja asas di tabur diatas baris tanaman. Disyorkan setiap satu batas ditanam dengan 2 baris tanaman benih nanas MD2. Jarak antara baris adalah 1.5 kaki. Amalan seterusnya iaitu dengan menggunakan baja NPK 16:16:16 dengan anggaran 50 gram satu pokok. Maksudnya jika satu baris itu dapat tanam dengan 25 pokok, maka jumlah baja yang kita perlu tabur diatas baris tanaman tersebut adalah 1,250 gram. Apa pun sebaiknya kadar bagi serakan baja adalah 3 - 4 inci. Satu batas perlukan sebanyak 2.5 kg baja NPK 16:16:16. Kemudian setelah selesai membaja maka perlu di pasang sungkupan plastik penutup batas iaitu dengan secepat mungkin. Disyorkan agar sentiasa mampu mengelakkan baja NPK ini terkena hujan dan terdedah pada cahaya matahari dalam tempoh yang lama.


Langkah seterusnya adalah menjalankan pembajaan Semburan Pertama (Foliar fertilizer) iaitu ia dibuat semasa umur pokok 45 hari. Sebelum membaja kena pastikan ada pucuk baru yang tumbuh sudah dilihat kerana apabila ada pucuk baru itu tandanya akar pokok dah kuat dan bersedia untuk menyerap baja. Seterusnya adalah pembajaan dengan menggunakan baja larut air NPK18:18:18 + unsur mikro. Kepekatan @ EC adalah 1.5 mS. Campur sekali plant booster (15 ml / 1 liter air) dan fish amino asid (5 ml /1 liter air). Apa pun sebaiknya kaedah dilakukan dengan menyembur atau menyiram ditengah-tengah pucuk dengan kuantiti lebih kurang 100 ml setiap pokok. Langkah berikutnya adalah aktiviti pembajaan Semburan Kali Ke 2 iaitu apabila pokok nanas MD2 berusia 75 hari lepas tanam. Sebaiknya perlu digunakan baja larut air NPK18:18:18 + mikro. Kepekatan @ EC adalah 2.0 mS. Amalan mencampur sekali plant booster (15 ml / 1 liter air) dan fish amino asid (5 ml / 1 liter air) adalah digalakkan iaitu dengan cara menyembur atau siram ditengah-tengah pucuk dengan kuantiti lebih kurang 100 ml setiap pokok. Seterusnya adalah aktiviti Pembajaan Semburan Ke 3 pada usia 105 hari lepas tanam. Gunakan baja jenis larut air NPK18:18:18 + mikro. Kepekatan @ EC adalah 2.3 mS. Pada kali ini juga digalakkan untuk mencampurkan sekali dengan bahan plant booster (20 ml /1 liter air) dan fish amino asid (10 ml /1 liter air) yang disembur atau disiram ditengah-tengah pucuk dengan kuantiti lebih kurang 100 ml setiap pokok. Kemudian dilakukan Pembajaan Semburan Ke 4 pada usia pokok nanas MD2 iaitu 135 hari lepas tanam. Guna baja larut air NPK18:18:18 + mikro. Kepekatan @ EC adalah 2.5 mS. Sama juga dimana sebaiknya dicampur sekali plant booster (20 ml / 1 liter air) dan fish amino asid (10 ml / 1 liter air). Semburkan atau disiram ditengah-tengah pucuk dengan kuantiti lebih kurang 100 ml setiap pokok. Kemudian amalan dilakukan adalah Pembajaan Semburan ke 5 pada usia 165 hari lepas tanam. Gunakan jenis baja NPK 12:12:36 + mikro. Kepekatan @ EC adalah 2.5 mS. Sebaiknya juga ia dicampurkan sekali plant booster (20 ml / 1 liter air) dan fish amino asid (10 ml/ liter air). Semburkan atau disiram ditengah-tengah pucuk dengan kuantiti lebih kurang 100 ml setiap pokok.


Teknologi pembajaan ini diikuti dengan langkah seterusnya iaitu apabila tanaman sudah mencapai usia 195 hari lepas tanam dimana ada dua kaedah pembajaan yang perlu dibuat iaitu pembajaan secara tabur terus (pembajaan tambahan) dan pembajaan secara semburan atau siraman. Dalam pada itu sesuai diberikan pembajaan tambahan dimana petani boleh gunakan baja sebatian NPK 12:12:17 yang ditabur lebih kurang 3 inci pada pangkal pokok dengan kuantiti 50 gram 1 pokok. Sebelum meabur baja sebaiknya pada bahagian atas plastik sunkupan iaitu bertempat di pangkal pokok nanas MD2 dikoyakkan terlebih dahulu. Seterusnya amalan dimana Pembajaan Semburan Ke 6 petani adalah perlu gunakn baja larut air NPK 12:12:36 + mikro pada kadar kepekatan @ EC adalah 2.5 mS. Kali ini sesuai juga dicampur sekali plant booster (20 ml /1 liter air) dan fish amino asid (10 ml / 1 liter air). Semburkan bahan ini ditengah-tengah pucuk dengan kuantiti lebih kurang 100 ml setiap pokok. Kemudian pada usia 240 hari @ 8 bulan lepas tanam maka aktiviti yang sesuai dilakukan adalah membuat aruhan pada pokok (menghormon nanas). Ianya sangat bergantung pada tahap kesuburan pokok. Pengalaman mendapati dimana lazimnya pokok nanas MD2 diladang sudah ada paling kurang 35 helai daun segar pada usia ini. Aruhan ini dilakukan dengan beberapa kaedah dimana boleh lakukan untuk proses aruhan digunakan bahan Ethrel + Urea yang disembur ditengah pucuk pada waktu petang dengan jumlah kuantiti semburannya lebih kurang 50 ml setiap pokok. Jika semuanya dilakukan mengikut jadual dan prosedur makan selepas 135 hari menghormon maka buah nanas MD2 sudah sedia untuk dituai dan seterusnya boleh digredkan sebelum dipasarkan. Panduan dan tips ini pada pengalaman penulis memang mampu menghasilkan buah nanas MD2 yang premium dimana bentuknya cantik (bentuk selinder), besar (saiz AA dan A), rasa yang manis dikesemua bahagian buah, warna yang menarik dan sesuai untuk dijual di pasaran domestik serta pasaran eksport. Bagaimana pun petani dan pengusaha perku memunyai kemudahan dan ada pekerja yang mahir didalam menjalankan petua PEMBAJAAN TERKINI menggunakan kombinasi baja semburan (foliar fertilizer) dengan Plant Booster sehingga manual tanaman ini sebagai yabg terbaik pernah penulis ketahui. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca bloh saya kali ini. Wasallam!!!...
MENANAM NANAS...IA PERLU DI BAJA...
BAJA SEMBURAN... PLANT BOOSTER ADA...
MASA DAN KADAR... TEPATI IKUT MASA...
POKOK SUBUR... KUALITI BUAH TERJAGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(8 JamadilAwal 1445H).

JERING DAN FAKTA MENARIK - APA DIA?

JERING
(Archidendron jiringa) atau Jengkol (Indonesia) adalah sejenis ulaman yang mudah dijumai di Malaysia dan beberapa negara Asia Tenggara seperti diIndonesia, Filippina,Thailand adalah sejenis tumbuhan dari keluarga Leguminocae. Di Indonesia ia dikenali dengan nama Djengkol (Jawa) dan dimakan sebagai Ulam dengan nasi dan sambal. Nama lain jering adalah seperti tangyin ; tanyeng-pen (Myanmar), niang ; niang-nok ; chaniang (Thailand) dan juga jingkol ; jringkol ; jengkol (Indonesia). Pengarang blog mempunyai pengalaman dalam menanam, menjaga, memetik hasil dan memakan buah jering semenjak kecil lagi kerana di sekeliling rumah penulis blog di Muar, Johor ada sebanyak lebih 8 pokok jering yang sentiasa berbuah bila tiba musim. Jering dipercayai adalah natif atau berasal dari Malaysia dan Indonesia serta ditanam di Thailand, Bangladesh dan juga Myanmar sebagai makanan. Tidak ada laporan rasmi yang penulis blog dapat disemak daripada Jabatan Pertanian mengenai keluasan tanaman jering di Malaysia tetapi pengarang menganggarkan sekitar 60 hektar CHE sahaja. Ia tidak atau jarang ditanam secara monokrop tetapi apa yang dilihat kebanyakannya adalah sebagai tanaman campuran didalam dudun buah-buahan atau tanaman sekitar rumah. Sebahagian pokok jering juga tumbuh didalam hutan yang mana hasilnya akan dikutip oleh pihat tertentu mengikut musim. Teknologi tanaman ulaman atau kategori rempah ratus iaitu jering sebagai tanaman ulaman yang popular di Malaysia dan Indonesia berdasarkan kepada kepakaran, pembacaan, pengalaman selama lebih 35 tahun dalam sektor pertanian dan kajian oleh penulis sendiri. Artikel pada malam Ahad ini saya dapat ilham untuk terus menulis dalam blog  ''Anim Agro Technology'' mengenai beberapa fakta menarik mengenai jering atau jengkol untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan pembaca semua.


Pada penulis dimana 
Jering atau jengkol atau nama latinnya ada beberapa iaitu sebagai Archidendron pauciflorum, sinonim Archidendron jiringa . atau Pithecellobium jiringa, dan P. lobatum adalah tumbuhan khas di kawasan tropika di Asia Tenggara. Bijinya digemari di Malaysia, Thailand, dan Indonesia sebagai bahan ulaman yang akan dapat menyedapkan makanan. Jering termasuk kumpulan keluarga kekacang (Fabaceae). Buahnya berupa lengai dan bentuknya leper dengan tangkai yang berbelit membentuk spiral serta apabila matang dilihat berwarna lembayung tua. Biji buahnya berkulit ari tipis dengan warna coklat berkilat. Jering dapat menimbulkan bau tidak sedap pada kencing atau urin setelah di makan sama ad jering segar atau pun jering di proses dimana selepas di cerna dan bau kuat lagi apabila dimakan segar sebagai ulaman. Jering dari analisa makmal dilaporkan mengandungi bahan serat yang tinggi, asid jengkolat, vitamin (meskipun belum jelas jenisnya) dan juga mineral. Beberapa laporan nyatakan khasiat jering termasuk membantu untuk melancarkan buang air besar atau mencuci perut sebab ia mengandungi serat yang tinggi. Jering juga dikatakan bagus kepada pesakit diabetes sebab bahan asid dan mineralnya dan juga didakwa mencegah penyakit jantung koronari. Fakta selanjutnya dimana pokok jering kemampuan menyerap air tanah yang tinggi sehingga berguna untuk konservasi air di suatu tempat. Fakta yang jarang di kongsikan atau EFEK NEGATIF makan jering dimana dilaporkan ad pemakan jering yang agak sukar kencing dan terasa sakit sekali sewaktu keluarnya. Beberapa penjelasan dinyatakan ia berlaku disebabkan bahan kandungan asidiknya akan tetapi bukan semua orang yang makan jering akan mengalami perkara ini. Bagi mengelakan perkara ini dinasihatkan dimana pemakan jering boleh banyak minum air putih atau air minuman soda sahaja. Isu lain dimana air kencing selepas makan jering berbau busuk atau hancing dan seluruh ahli keluarga akan 'tidk suka' dengan bau busuk tersebut untuk beberapa jam atau hari. Juga semasa bercakap atau bernafas akan berbau busuk mulutnya.


Dalam beberapa laporan di dakwa dimana kesan negatif lain adalah jika diambil secara berlebihan selain menyebabkan bau akan juga ia akan 
menyebabkan terjadinya penumpukan kristal di saluran urin atau didalam bahasa perubatan sebagai masaalah 'Djengkolism'. Perkara ini boleh terjadi sebab jering memang mengandungi bahan Asid Jengkolat yang tinggi dan ia sukar larut di air pada pH yang masam. Pengambilan jering secara berlebihan akan menyebabkan terbentuknya kristal dan ia akan mengganggu semasa kencing. Risiko terkena masaalah 'djengkolism' ini memang berlainan diantara individu yang berunca dari pengaruh oleh genetik dan oleh persekitaran. Apa pun sudah diketahui petua bagaimana cara untuk mengatasi masaalah bau jering apabila hendak makannya. Ramai percaya dan amalkan untuk mengatasinya dengan cara memakan buah timun, mengunyah beras mentah, minum kopi hitam atau mengunyah pucuk daun cengkeh. Bagaimana pun dilaporkan kaedah ini kadang-kadang tidak berjaya dan mulut terysa berbau. Sebenarnya cara terbauk di syorkan menghilangkan bau mulut selepas makan jering adalah dengan ulangkali berkumur-kumur dengan bahan ubat kumur yang dijua dipasaran. Dalam pada itu amalan biasa untuk denga Merendam dan Merebus jering juga dilaporkan mampu mengurangkan bau jering. Selalunya bau semasa waktu kencing dapat dikurangkan apabila pembilasan dilakukan sebelum dan sesudah kencing dengan amalan meminum sejumlah air yang cukup. Dalam merujuk beberapa tulisan ada juga dibincangkan hukum makan jering dalam Islam. Dilaporkan diana sebahagian besar ulama nytakan makan jering adalah Makruh (tidak berdosa tetapi kurang disukai) kerana ia menimbulkan bau tidak sedap. Ada kenyataan hadis dimana jika memakan bawang putih atau bawang merah dalam jumlah banyak dan menimbulkan bau mulut hendaknya jangan melakukan ibadah di mana ada ramai jemaah lain seperti di masjid atau surau.  Akan tetapi kalau makan sedikit dan tidak menimbulkan bau masih ia diperbolehkan asalkan ia tidak menggangu orang lain. Dalam dunia perubatan disentuk fajta mengenai makan jering sama ada jenis segar atau jering diproses. Jering segar adalah rangup dan enak dimakan walau pun selepas makan semacam ada rasa kelat di mulut. Penulis blog ada membeli kerepek jering semasa berkunjung ke negara jiran Indonesia.


Dalam dedia hmetro.com dengan tajuk laporan 
'Lagi lama jering direbus, lagi sedap' sebagai fakta yang menarik. Kisah dari Kampong Bukit Besar, Kuala Terengganu ini menarik dimana ada dilaporkan semakin lama jering direbus lagi sedap dimakan. Biasanya jering ini akan direbus antara tiga hingga lima hari sebelum dijual dakwa pengusaha jering rebus dikenali sebagai Ali Ismail (61 tahun) memberitahu bagaimana sebelum dia berniaga jering rebus dia merupakan seorang mekanik kenderaan namun sejak lima tahun lalu dia beralih kepada perniagaan jering rebus di bangsal yang terletak di pekarangan rumahnya. Ada dua jenis jering digunakan iaitu Jering Padi dan Jering Papan yang mana bekalannya diperoleh daripada Terengganu, Perak, Kedah dan Thailand. Proses dilakukan dengan mana selepas dikupas jering akan direbus di dalam periuk besar menggunakan kayu api antara tiga hingga lima hari sehingga empuk dan getah pada jering sudah tiada. Dakwanya lagi lama direbus lagi sedap rasanya dan pernah jering ini saya rebus selama lima hari lima malam sebelum dijual. Setiap periuk boleh memuatkan lebih 8,000 keping jering dan dia menggunakan empat periuk dalam satu-satu masa bergantung kepada permintaan pelanggan. Jering adalah jenis buah bermusim namun sekiranya tiada bekalan jering tempatan maka dia akan menempah jering dari negara jiran Thailand bagi mengelak terputus bekalan. Kini 'Jering rebus' merupakan makanan tradisional yang dimakan bersama kelapa parut dan kudapan itu mempunyai peminatnya yang tersendiri. Kombinasi antara jering dan kelapa akan ianya menghasilkan rasa lemak, manis dan masin, manakala rasa pahit jering juga sudah tidak dirasai berikutan ia sudah direbus. Jering mentah diperoleh dengan harga RM60 - RM80 sebakul yang mengandungi kira-kira 1,000 biji. Jering yang direbus dengan resepi tersendiri itu dijual dengan harga RM5 secawan bersama kelapa parut. Memberitahu dimana jering rebus merupakan makanan orang dulu-dulu kerana buah jering mudah diperoleh berbanding sekarang namun dia tidak menyangka permainannya masih tinggi. Salah seorang dari pembelinya iaitu Nadia Husin dakwa jering rebus dan sentiasa singgah di gerai berkenaan untuk membeli jering rebus. Rasa jering rebus tidak seperti jering yang dimakan sebagai ulam itu membuatkan saya menggemarinya. Kalangan peminat dakw kini memang sukar untuk mendapatkan jering rebus kerana ia merupakan buah bermusim namun di gerai Pak Ali di Kyala Terengganu ini penggna boleh diperoleh sepanjang tahun.  Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
NAMANYA JERING... BERMUSIM DIA...
IA ULAM... BERBAU KENCINGNYA...
JIKA DIREBUS... LEBIH ENAK RASA...
BERBAU MUKUT... BERKUMUR SAJA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(13 JamadilAwal 1445H).

Sunday, November 26, 2023

BATANG KELAPA SAWIT - POTENSINYA

POKOK KELAPA SAWIT
(Elaeis guneeensis) dimana ia boleh tumbuh sehingga dan lebih daripada enam puluh kaki tinggi. Batang pokok muda dan matang dibalut dengan pelepah yang memberikan rupa yang agak kasar. Pokok sawit yang tua mempunyai batang yang lebih licin selain daripada parut yang ditinggalkan oleh pelepah yang telah layu dan gugur. Apa pun pada penulis blog dimana pokok kelapa sawit mempunyai rupa bentuk dan bahagian-bahagian utama pokok sawit iaitu Akar, Batang, Daun (pelepah) dan Buah. Setiap bahagian pokok sawit mempunyai ciri-ciri dan fungsi tertentu. Tuding tetikus dan tekan kotak di bawah untuk lihat maklumat dengan lebih lanjut. Bahagian paling bawah adalah Akar Kelapa Sawit yang berfungsi sebagai penyerap air dan juga mineral terlarut kepada batang pokok dan juga untuk penyimpanan nutrien simpanan. Akar kelapa sawit adalah jenis Akar Serabut dan dibahagian kepada 4 kelas akar iaitu Primer, Sekunder, Tertiari dan Kuaterneri. Fungsi akar ini adalah untuk menyerap air dan iineral dalam tanah. Batang Kelapa Sawit berfungsi sebagai penyokong pokok, mengalirkan air dan mineral dari akar kedaun dan juga untuk mengangkut nutrien kebahagian lain. Ciri-ciri umum batang kelapa sawit dimana ia mempu tubuh setinggi 13 - 18 meter dengan garispusat pangkal (perdu) mencapai ukuran 60 cm semenraea garispusat batangnya sekitar 40 cm. Batang sawit juga berfungsi untuk menyokong pelepah sawit, mempunyai sistem vaskular pusat bagi pengangkutan air dan mineral serta tempat penyimpanan bahan makanan iaitu kabohiderat dan gula. Kegunaan batang kelapa sawit secara umumnya adalah dijadikan perabot, dibuat papan lapis dan juga baja (terutama baja kompos). Bahagian Daun (Pelepah) Kelapa Sawit adalah bahagian yang menghasilkan makanan tumbuhan melalui proses fotosintesis iaitu dengan menyerap cahaya matahari dan memproses nutrien menjadi tenaga. Umumnya daun kelapa sawit berbentuk Majmuk dimana setiap pelepah purata mempunyai 100 helai daun. Pelapas sawit terdiri daripada beberapa laidaun yang bercantum pada bahagian rakis. Bilangan pele[as sawit bertambah sehingga 40 pelepah ketika berumur 3-4 tahun dan menurun kepada hanya 25 pelepah kemudiannya. Kegunaan pelepah daun adalah untuk makanan haiwan dan pembuatan baja. Bahagian Buah Sawit merupakan kompponen paling utama dari pokok sawit. Satu fungsi utama buah ini adalah untuk menyebarkan biji benih dan membolehkan tumbuhan terus membiak. Satu pokok matang mengeluarkan 10 -12 tandan sawit setahun dengan beratnya diantara 20 - 30 kg setandan dimana lazimnya tandan sempurna mempunyai 1,000 - 3,000 biji sawit didalamnya. Buah sawit adalah jenis 'drup' yang mempunyai pelbagai bentuk daripada bulat ke bujur dimana buah muda berwarna hitam bertuka kepada oren kemerahan apabila cukup matang. Buah sawit ada beberapa lapisan iaitu Lapisan Luar (eksokarpa), Lapisan Tengah (mesokarpa) yang mengandungi minyak, Tempurung (Endokarpa) dan juga Isirong (biji). Kegunaan buah sawit dimana ia menghasilkan munyak masak, pelbagai produk makanan seperti coklat, ais krim dan produk bukan makanan seperti sabun serta biodisel dan sebagainya. Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai potensi 4 kegunaan batang kelapa sawit untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Penanaman kelapa sawit di rantau ini menjadikan ia sebagai pengeluar utama minyak sawit dan produk berkaitan sawit di dunia. Indonesia yang merupakan paling luas menanam sawit menjadi peneraju kepada industri ini disamping dengan Malaysia dan beberapa negara lain. Tanaman kelapa sawit yang luasnya 5.4 juta hektar di Malaysia menghasilkan banyak biomass terdiri daripada daun, pelepah, tandan dan juga batangnya saban tahun. Sudah banyak kajian dan industri yang berkaitan dengan bagaimana kaedah memanafaatkan sisa sawit ini dan sudah ada banyak industri yang memproses disa sawit. Antara bahagian yang menjadi tumpuan adalah bagaimana batang kepapa sawit ini dapat di manafaatkan dengan baik. Merujuk kepada beberapa laporan media dan jurnal dimana ada sekitar 4 kegunaan umum batang kelapa sawit untuk tingkat ekonomi dan juga menjawab isu penebangan hutan (deforestation) yang menjadi isu penguna di Kesatuan Eropah dan beberapa negara maju lain. Diseluruh dunia kini siapa yang tidak mengenal kelapa sawit dan produk kelapa sawit. Apa pun tanaman ini menyimpan banyak sekali akan kegunaannya terutama pada bahagian buah dan batangnya penting menumbang kepada KDNK negara. Bukan hanya buah sawit yang boleh dimanafaatkan untuk bahan asas menjadi minyak masaktetapi kini batang kelapa sawit juga boleh dimanfaatkan untuk industri kayu dan menekan laju isu kepada masaalah deforestasi. Kelapa sawit sendiri termasuk tumbuhan monokotildon dimana ia tidak memiliki akar tunjang sebaliknya cuma mempunyai akar serabut. Akar yang mesuk kedalam tanah bagi pokok dewasa sehingga panjang akar boleh mencapai 15 meter dalam. Komponen daun kelapa sawit yang bentuknya menyerupai bulu ayam atau burung merupakan bahagian penting untuk fotosintesis. Bahagian pangkal pelepah daunnya berbentuk dua baris dengan duri yang sangat tajam dan keras pada kedua sisinya. Penulis blog yang di keliling rumah d kampong memang di tanam dengan sawit memahami pokok ini dengan baik. Kelapa sawit yang sudah berusia 3 tahun akan mengeluarkan bunga jantan dan juga bunga betina. Bunga jantan biasanya berbentuk lonjong memanjang dengan dihujung kelopak agak meruncing dan garis tengah lebih kecil, sedangkan bunga betina bentuknya agak bulat dengan hujung kelopak agak rata serta garis tengah bunga agak tebal. Buah kelapa sawit adalah drupe dimana setiap bijinya mempunyai biji yang berbentuk bulat atau lonjong dan berbeza-beza. Tanaman kelapa sawit sesuai tumbuh dalam pelbagai jenis tanah asalkan ia mempunyai salian baik dan subur. 


Dilaporkan batang kelapa sawit boleh mengurangkan kesan deforestasi dengan lebih baik.  Satu cara adalah dengan memanfaatkan adalah batang kelapa sawit. Batang kelapa sawit tidak kalah gunanya dengan buah sawit sebagai bahan asas pembuatan minyak. Ini kerana bahagian batangnya juga mempunyai potensi besar jika dimanfaatkan sebagai bahan asas bagi industri kayu. Kini masih banyak lagi ruang pemanfaatan batang kelapa sawit yang masih belum optimal dan hanya dilakukan oleh sebahagian pemain industri sahaja. Bahagian batang sawit biasanya dibiarkan terletak dikebun dan kemudian mereput, di potong kecil-kecil (di cacah) atau selalu dibiarkan begitu saja tanpa ada pengolahan yang berguna. Sebenarnya ia banyak guna dimana salah satunya adalah bertujuan menekan lajunya proses deforestasi. Maksud 'deforestasi' adalah penggondolan hutan untuk membuka kawasan pertanian termasuk menanam sawit dimana ia tentu saja membawa kesan negatif bagi kelestarian alam sekitar disebabkan oleh sebab hutan menjadi semakin gondol. Oleh sebab itu, dengan memanfaatkan batang kelapa sawit menjadi bahan asas bagi membuat perabot dan bahan lain ia dianggap sama saja seperti menyelamatkan hutan dari penggondolan untuk kurangkan pembalakan kayu atas tujuan sama. Dilaporkan dimana kualiti produk atau barang yang terbuat dari batang sawit juga tidak jauh berbeza dengan perabut kayu bulat dari hutan. Terdapat teknologi mengolah batang sawit sehingga ia sesuai dijadikan bahan perabot untuk pasaran domestik dan eksport. Bagaimana pun kualiti produk perabut dari batang sawit semestinya sepadan dengan kualiti perabut dari kayu hutan untuk lebih ekonomik. Secara tidak langsung aktiviti penebangan hutan untuk tujuan pembalakkan dapat dikurangkan. 
Dilaporkan dimana perabut (furniture) yang terbuat dari tanaman batang sawit tentu memiliki nilai jual yang tinggi. Selain itu dilaporkan diman bahagian batang pada sawit juga sesuai digunakan sebagai bahan pembuatan flooring (lantai rumah) dan juga pembuatan papan kayu lapis. Apa pun dengan teknologi dimana struktur batang sawit yang kukuh akan selalunya membuatkan perabut dari kayu lapis menjadi kuat. Kualitinya tidak kalah setanding dengan perabut dari kayu biasa dan ia juga memiliki corak yang unik menarik. Batang sawit dilihat mempunyai potensi penghasilan lebih komersil jika hendak  dibandingkan dengan pengeluaran perabut dari kayu balak dari hutan. 


Kalau di Malaysia aktiviti 
Pembuatan Gula Merah dari kelapa sawit agak kurang kedengaran tetapi sebaliknya ia popular di Indonesia. Di beberapa daerah seperti Aceh,Sumatera dan Kalimantan Tengah dimana ada masyarakat yang aktif untuk memanfaatkan batang kelapa sawit menjadi gula merah. Masyarakat setempat akan menebang batangnya (pokok tua yang condong di tanah gambut) dan mereka kemudian mengambil air niranya yang kemudian akan dijadikan gula merah (Sila lihat foto disebelah)Gula merah ini berasaskan nira kelapa sawit yang mana ia mempunyai potensi cukup besar untuk menambah pendapatan para petani iaitu apabila pokok sawit tidak berhasil lagi. Inovasi untuk menghasilkan nira sawit ini sehingga diproses menjadi gula merah ini sudah bermula iaitu sejak tahun 2015 di Kabupaten Serdang akan tetapi jumlah penghasilannya masih berskala kecil-kecilan. Petani Serdang akan menyadap nira menggunakan dua cara iaitu menyadap tangkai bunga pokok sedia ada yang selendangnya belum terbuka dan juga menyadap nira setelah pokok tumbang selama 3-7 hari. Cara ini boleh mereka menghasilkan sebanyak 3.4 - 146.7 liter air nira dengan kadar kandungan gula didalamnya sekitar 8 - 19.1%. Kini usaha membuat gula merah dari nira kelapa sawit Kabupaten Serdang dilaporkan sudah pun menghasilkan sebanyak 400 -1,000 kg/unit dalam masa sehari sahaja. Dilaporkan sebanyak 41.6 mt gula merah sudah berjaya dihasilkan oleh pekebun sawit di Serdang dan ia semakin diminati ramai. Pada penulis blog inovasi ini sesuai dikembangkan di Malaysia terutama bagi pekebun kecil sawit yang menanam pokok sawitnya di tanah gambut dan tumbang untuk menjalankan pengutipan air nira sawit. Pihak MPOB, MARDI dan Jabatan Pertanian Malaysia perlu melihat inovasi ini untuk tingkatkan pekebun sawit di Malaysia.


Batang kelapa sawit merupakan salah satu asas untuk dijadikan 
Bahan Bakar Alternatif dialam menghasilkan tenaga.  Sudah banyak lapran kajian dijalankan dan hasil kajian mendapati dimana serat batang kelapa sawit boleh menjadi pelet pengganti arangbatu atau batubara dan juga minyak bioetanol. Inovasi ini muncul, karena sebelumnya bagian batang sawit seringkali dibiarkan hingga membusuk atau dibakar. Dalam keadaan terbiar dimana batang kelapa sawit akan menjadi sarang kumbang Oryctes rhinoceros dan juga Kulat Ganoderma yang apabila merebak akan merugikan dan boleh mengganggu tanaman sawit muda. Aktiviti pembakaran batang sawit juga boleh membayakan terutama di tanah gambut dan kesannya juga aakan menyebabkan kebakaran hutan dan sisanya pula akan mencemarkan sungai. Kebakaran memang akan beri kesan buruk dimana berlaku JEREBU dan Jerebu Rentas Negara seperti pernah berlaku banyak tahun dahulu. Ia akan menyusahkan masyarakat dimana menjejaskan kesihatan dan juga menyebabkan aktiviti ekonomi terganggu terutama sektor penerbangan, pelancongan dan sebagainya. Kalangan saintis dilihat mula melakukan penyelidikan terhadap batang sawit untuk menjadi dijadikan bahan bakar alternatif. Bagaimana pun belum banyak produk dipasaran yang berasaskan batang kelapa sawit sebagai bahan bakar alternatif ini di komersilkan.


Terakhir yang ke empat (4) adalah bagaimana batang kelapa sawit ini mengandungi Cacing Yang Mati dan Boleh Mendatangkan Keuntungan pengusahanya. Maklumat mengenai perkara ini belum banyak dibincangkan dan dikaji dengan skala ekkonomik. Perkara ini memang kesnya tidak sama dengan kegunaan batang sawit untuk dibuat perabut, gula merah atau pun bahan bakar alternatif kerana bagaimanakah caranya batang sawit busuk boleh dijadikan ia ekonomik. Proses pereputan batang kelapa sawit yang sudah mati selalunya dilaporkan melibatkan banyak hidupan lain sebagai agen pereputan termasuk sejenis cacing 
berbentuk pipih sepanjang 10-15 cm dimana ia dikenali sebagai African Night Crawler (ANC) yang berada didalamnya (Sila lihat foto disebelah). Kehadiran cacing ANC inilah yang nantinya layak dikomersilkan dimana ia boleh dieksport ke luar negera juga. Kajian melibatkan seorang anak petani sawit yang bernama Kristanto di Provinsi Riau, Indonesia dilaporan dimana dia sudah berhasil menternak cacing ini sejak tahun 2005 lagi amat wajar di teliti teknologinya. Cacing jenis ini apa pun penulis blog tahu ia sangat berguna untuk industri farmasi, kosmetik dan sebagai makanan ternakan. Lazimnya memang cacing ANC ini adkan menyukai tingal di dalam medium yang berasal daripada pokok yang sedang mereput secara semulajadi. Mungkin pokok tersebut mati akibat kena petir atau kena penyakit dimana kajian dapati pokok dan batang sawit memang tidak banyak zat kimia atau makanan yang sesuai dimakan cacing ini. Dilaporkan cara menternak cacing ini menggunakan batang sawit agak rumit kerana pengusaha mesti merawat serta penjaggan dengan betul batang sawit sebelum ia sesuai dijadikan penempatancacing ANC ini. Semuga artikel panjang ini memberi info yang berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BATANG SAWIT... BESAR SAIZNYA...
DI TEBANG DIBUANG...REPUT DIA...
DALAM ARTIKEL ..ADA KISAHNYA...
MENARIK DI FAHAMI... DAN DI CUBA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(11 Jamadilawal 2023).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...